karangan respons terbuka bahagian c.pdf

9
CSL2011 Karangan PMR Bhg C 1 KARANGAN RESPONS TERBUKA BAHAGIAN C Kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen dalam usaha menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam. Isi 1: Mengurangkan kesesakan jalan raya Isi 2: Mengurangkan kadar kemalangan Isi 3: Menjimatkan kos Tema : Pengangkutan awam Tugasan : kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam. MENULIS PENDAHULUAN Ayat 1: (TEMA) Kait dengan semasa Akhir-akhir ini, Pada masa ini, Belakangan ini, Mutakhir, Marcapada, Tema isu berkaitan/gejala/masalah.....................(sebutkan tema) Sasaran dalam kalangan pelajar dalam kalangan remaja dalam kalangan masyarakat Prioriti sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa (P) sering diwara-warakan dalam media arus perdana (P) saban hari menjadi topik perbincangan hangat (P) menjadi polemik yang hangat diperdebatkan(N) Lokasi di Malaysia/di negara kita Ayat 2: (TUJUAN) Wacana Justeru, (P) Sehubungan dengan itu, (N) Menyedari hakikat ini, (N) Saranan (Positif) semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk Tujuan (Tema positif) meningkatkan ……..(tema)……sehingga mencapai objektifnya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tujuan (Tema negatif) menangani gejala/masalah ini sehingga ke akar umbi sebelum nasi menjadi bubur.

Upload: seluang1

Post on 30-Sep-2015

93 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • CSL2011 Karangan PMR Bhg C 1

    KARANGAN RESPONS TERBUKA BAHAGIAN C Kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen dalam usaha menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam. Isi 1: Mengurangkan kesesakan jalan raya Isi 2: Mengurangkan kadar kemalangan Isi 3: Menjimatkan kos Tema : Pengangkutan awam Tugasan : kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam. MENULIS PENDAHULUAN Ayat 1: (TEMA)

    Kait dengan semasa Akhir-akhir ini, Pada masa ini, Belakangan ini, Mutakhir, Marcapada,

    Tema isu berkaitan/gejala/masalah.....................(sebutkan tema)

    Sasaran dalam kalangan pelajar dalam kalangan remaja dalam kalangan masyarakat

    Prioriti sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa (P) sering diwara-warakan dalam media arus perdana (P) saban hari menjadi topik perbincangan hangat (P) menjadi polemik yang hangat diperdebatkan(N)

    Lokasi di Malaysia/di negara kita

    Ayat 2: (TUJUAN)

    Wacana Justeru, (P) Sehubungan dengan itu, (N) Menyedari hakikat ini, (N)

    Saranan (Positif) semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk

    Tujuan (Tema positif)

    meningkatkan ..(tema)sehingga mencapai objektifnya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

    Tujuan (Tema negatif)

    menangani gejala/masalah ini sehingga ke akar umbi sebelum nasi menjadi bubur.

  • CSL2011 Karangan PMR Bhg C 2

    Ayat 3: (TUGASAN)

    Persoalan + Tugasan Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?)

    Bina perenggan pendahuluan yang lengkap:

    Marcapada, isu berkaitan pengangkutan awam saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sehingga mencapai objektifnya kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Persoalannya, apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam? MENULIS PERENGGAN ISI ISI PERTAMA Tugasan: kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di

    negara kita Isi 1: Mengurangkan kesesakan jalan raya Ayat 1: MENYATAKAN IDEA UTAMA (GAPO) Pada pandangan saya, antara............(TUGASAN).........ialah.......(IDEA UTAMA)..... Pada pandangan saya, antara kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita ialah mengurangkan kesesakan jalan raya. Ayat 2: MENERANGKAN KAITAN IDEA UTAMA DAN TEMA (BAKPO) Hal ini demikian kerana kesesakan jalan raya dapat dikurangkan di negara kita apabila masyarakat memilih menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian. Ayat 3: MENERANGKAN IMPAK POSITIF IDEA UTAMA (BAKPO) Dengan berbuat demikian, bilangan kenderaan persendirian di jalan raya akan dapat dikurangkan terutama di bandar-bandar besar dan hal ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya.

  • CSL2011 Karangan PMR Bhg C 3

    Ayat 4: MENYATAKAN BUKTI MENYOKONG IDEA UTAMA (LAGU MANA)

    Sebagai contoh + (bukti untuk menyokong idea) Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awam seperti bas, LRT dan komuter dalam kalangan warga kota untuk ke tempat kerja sudah pasti akan berupaya mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang menjadi duri dalam daging kepada pengguna jalan raya.terutama pada waktu puncak. Ayat 5: MENGESAHKAN KERELEVANAN IDEA UTAMA (YO LO KO NI) Tegasnya, penggunaan pengangkutan awam ternyata memberi banyak kelebihan kepada masyarakat kerana pengguna jalan raya dapat mengelakkan daripada masalah kesesakan jalan raya yang menghantui warga kota sejak sekian lama. Contoh perenggan Isi Pertama: Pada pandangan saya, antara kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita ialah mengurangkan kesesakan jalan raya. Hal ini demikian kerana kesesakan jalan raya dapat dikurangkan di negara kita apabila masyarakat memilih menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian. Dengan berbuat demikian, bilangan kenderaan persendirian di jalan raya akan dapat dikurangkan terutama di bandar-bandar besar dan hal ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awam seperti bas, LRT dan komuter dalam kalangan warga kota untuk ke tempat kerja sudah pasti akan berupaya mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang menjadi duri dalam daging kepada pengguna jalan raya.terutama pada waktu puncak. Tegasnya, penggunaan pengangkutan awam ternyata memberi banyak kelebihan kepada masyarakat kerana pengguna jalan raya dapat mengelakkan daripada masalah kesesakan jalan raya yang menghantui warga kota sejak sekian lama.

  • CSL2011 Karangan PMR Bhg C 4

    ISI KEDUA Tugasan: kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di

    negara kita (Ubahsuai) manfaat yang diperoleh daripada penggunaan pengangkutan awam Isi 2: Mengurangkan kadar kemalangan Ayat 1: MENYATAKAN IDEA UTAMA (GAPO) Selain itu, + (IDEA UTAMA) juga merupakan antara + (TUGASAN U/S) Selain itu, mengurangkan kadar kemalangan juga merupakan antara manfaat yang diperoleh daripada penggunaan pengangkutan awam. Ayat 2: MENERANGKAN IDEA UTAMA (BAKPO) Saya berpendapat sedemikian kerana risiko kemalangan dapat dikurangkan disebabkan masyarakat tidak perlu berlumba-lumba mengejar masa. Malah penggunaaan pengangkutan awam lebih selamat dan terjamin daripada menggunakan kenderaan persendirian. Ayat 3: MENERANGKAN IMPAK POSITIF IDEA UTAMA (BAKPO) Dalam konteks ini, kita harus akur betapa kerajaan begitu komited untuk memastikan keselamatan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam. Pemantauan dan pemeriksaan yang ketat terhadap ciri-ciri keselamatan pengangkutan awam dari semasa ke semasa mampu mengurangkan risiko kemalangan. Ayat 4: MENYATAKAN BUKTI MENYOKONG IDEA UTAMA (LAGU MANA) Sebagai tamsilan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk Suret Singh menegaskan statistik menunjukkan kebarangkalian risiko kemalangan pengangkutan awam adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian. Ayat 5: MENGESAHKAN KERELEVANAN IDEA UTAMA (YO LO KO NI) Jelaslah, penggunaan pengangkutan awam amat bermanfaat sebagai suatu langkah bijak masyarakat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.. Contoh perenggan Isi Kedua:

    Selain itu, mengurangkan kadar kemalangan juga merupakan antara manfaat yang diperoleh daripada penggunaan pengangkutan awam. Saya berpendapat sedemikian kerana risiko kemalangan dapat dikurangkan disebabkan masyarakat tidak perlu berlumba-lumba mengejar masa. Malah penggunaaan pengangkutan awam lebih selamat dan terjamin daripada menggunakan kenderaan persendirian. Dalam konteks ini, kita harus akur betapa kerajaan begitu komited untuk memastikan

  • CSL2011 Karangan PMR Bhg C 5

    keselamatan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam. Pemantauan dan pemeriksaan yang ketat terhadap ciri-ciri keselamatan pengangkutan awam dari semasa ke semasa mampu mengurangkan risiko kemalangan. Sebagai tamsilan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk Suret Singh menegaskan statistik menunjukkan kebarangkalian risiko kemalangan pengangkutan awam adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian. Jelaslah, penggunaan pengangkutan awam amat bermanfaat sebagai suatu langkah bijak masyarakat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita..

  • CSL2011 Karangan PMR Bhg C 6

    ISI KETIGA Tugasan: kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di

    negara kita (Ubahsuai) kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat Isi 3: Menjimatkan kos Ayat 1: MENYATAKAN IDEA UTAMA (GAPO) Seterusnya, + (TUGASAN U/S) yang berikutnya ialah + (IDEA UTAMA) Seterusnya, kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat yang berikutnya ialah menjimatkan kos. Ayat 2: MENERANGKAN IDEA UTAMA (BAKPO) Bertitik tolak daripada itu, kos dapat dijimatkan berikutan kenaikan harga bahan bakar yang begitu membebankan masyarakat tatkala ini.. Ayat 3: MENERANGKAN IMPAK POSITIF IDEA UTAMA (BAKPO) Sehubungan dengan itu, penggunaan pengangkutan awam memberi lebih nilai kepada setiap wang yang dibelanjakan oleh masyarakat untuk kos pengangkutan. Tambahan pula, kadar tambang pengangkutan awam di Malaysia dikawal ketat oleh kerajaan agar tidak membebankan pengguna. Ayat 4: MENYATAKAN BUKTI MENYOKONG IDEA UTAMA (LAGU MANA) Sebagai analoginya, apabila seseorang itu menggunakan pengangkutan awam, mereka hanya perlu membayar tambang perkhidmatan pengangkutan itu sahaja. Berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian, mereka juga perlu memikirkan kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, pembayaran tol dan sebagainya. Ayat 5: MENGESAHKAN KERELEVANAN IDEA UTAMA (YO LO KO NI) Saya optimis, daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam amat penting dan signifikan dengan kempen jimat cermat yang dilancarkan oleh kerajaan. Justeru kita sebagai pengguna, tepuk dada dan tanyalah selera. Contoh perenggan Isi Ketiga:

  • CSL2011 Karangan PMR Bhg C 7

    Seterusnya, kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat yang berikutnya ialah menjimatkan kos. Bertitik tolak daripada itu, kos dapat dijimatkan berikutan kenaikan harga bahan bakar yang begitu membebankan masyarakat tatkala ini.. Sehubungan dengan itu, penggunaan pengangkutan awam memberi lebih nilai kepada setiap wang yang dibelanjakan oleh masyarakat untuk kos pengangkutan. Tambahan pula, kadar tambang pengangkutan awam di Malaysia dikawal ketat oleh kerajaan agar tidak membebankan pengguna. Sebagai analoginya, apabila seseorang itu menggunakan pengangkutan awam, mereka hanya perlu membayar tambang perkhidmatan pengangkutan itu sahaja. Berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian, mereka juga perlu memikirkan kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, pembayaran tol dan sebagainya. Saya optimis, daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam amat penting dan signifikan dengan kempen jimat cermat yang dilancarkan oleh kerajaan. Justeru kita sebagai pengguna, tepuk dada dan tanyalah selera. MENULIS KESIMPULAN Ayat 1 : Wacana + Saranan + Harapan Contoh: [Saranan] Kesimpulannya, Konklusinya, Sebagai intiha, Sebagai natijah, Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama/berusaha untuk meningkatkan/menangani ............(tema)................ [Harapan] ...supaya + impak yang positif secara keseluruhan

    i. negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang ii. ekonomi negara dapat ditingkatkan. iii. wawasan negara akan tercapai iv. kesihatan pelajar terjamin

    Contoh: Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam supaya keselamatan dan keselesaan masyarakat sentiasa terjamin.. Ayat 2: Seruan Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya! ATAU Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

  • CSL2011 Karangan PMR Bhg C 8

    Contoh perenggan kesimpulan yang lengkap: Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam supaya keselamatan dan keselesaan masyarakat sentiasa terjamin. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama! Contoh Karangan Yang Lengkap:

    Marcapada, isu berkaitan pengangkutan awam saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sehingga mencapai objektifnya kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Persoalannya, apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam?

    Pada pandangan saya, antara kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita ialah mengurangkan kesesakan jalan raya. Hal ini demikian kerana kesesakan jalan raya dapat dikurangkan di negara kita apabila masyarakat memilih menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian. Dengan berbuat demikian, bilangan kenderaan persendirian di jalan raya akan dapat dikurangkan terutama di bandar-bandar besar dan hal ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awam seperti bas, LRT dan komuter dalam kalangan warga kota untuk ke tempat kerja sudah pasti akan berupaya mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang menjadi duri dalam daging kepada pengguna jalan raya.terutama pada waktu puncak. Tegasnya, penggunaan pengangkutan awam ternyata memberi banyak kelebihan kepada masyarakat kerana pengguna jalan raya dapat mengelakkan daripada masalah kesesakan jalan raya yang menghantui warga kota sejak sekian lama.

    Selain itu, mengurangkan kadar kemalangan juga merupakan antara manfaat yang diperoleh daripada penggunaan pengangkutan awam. Saya berpendapat sedemikian kerana risiko kemalangan dapat dikurangkan disebabkan masyarakat tidak perlu berlumba-lumba mengejar masa. Malah penggunaaan pengangkutan awam lebih selamat dan terjamin daripada menggunakan kenderaan persendirian. Dalam konteks ini, kita harus akur betapa kerajaan begitu komited untuk memastikan keselamatan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam. Pemantauan dan pemeriksaan yang ketat terhadap ciri-ciri keselamatan pengangkutan awam dari semasa ke semasa mampu mengurangkan risiko kemalangan. Sebagai tamsilan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk Suret Singh menegaskan statistik menunjukkan kebarangkalian risiko kemalangan pengangkutan awam adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian. Jelaslah, penggunaan pengangkutan awam amat bermanfaat sebagai suatu langkah bijak masyarakat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita..

    Seterusnya, kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat yang berikutnya ialah menjimatkan kos. Bertitik tolak daripada itu, kos dapat dijimatkan berikutan kenaikan harga bahan bakar yang begitu membebankan masyarakat tatkala ini.. Sehubungan dengan itu, penggunaan pengangkutan awam memberi lebih nilai kepada setiap wang yang dibelanjakan oleh masyarakat untuk kos pengangkutan. Tambahan pula, kadar tambang pengangkutan awam di Malaysia dikawal ketat oleh kerajaan agar tidak membebankan pengguna. Sebagai analoginya, apabila seseorang itu menggunakan pengangkutan awam, mereka hanya perlu membayar tambang perkhidmatan pengangkutan itu sahaja. Berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian, mereka juga perlu memikirkan kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, pembayaran tol dan sebagainya. Saya optimis, daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam amat penting dan signifikan dengan kempen jimat cermat yang dilancarkan oleh kerajaan. Justeru kita sebagai pengguna, tepuk dada dan tanyalah selera.

    Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam supaya keselamatan dan keselesaan masyarakat sentiasa terjamin. Usaha yang

  • CSL2011 Karangan PMR Bhg C 9

    sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!