karangan pt 3

21
KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara. Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan

Upload: fortunelk

Post on 06-Dec-2015

210 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Pt 3

KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini  ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada  congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu,  generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional  kepada bangsa dan negara.

Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul.  Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni  yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan  tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka  di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan.

Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan  adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang.  Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka.  Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri.  Senario ini jauh lebih baik daripada  individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.

Natijahnya,  permainan tradisional  merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti  peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun zaman beredar,  tetapi segala  warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut  oleh arus globalisasi.

Page 2: Karangan Pt 3

HARI KOPERASI SEKOLAH

                Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2 telah mengadakan Hari Koperasi pada 27 Jun 2012 iaitu pada hari Khamis yang lepas. Sehubungan dengan itu, pelbagai  aktiviti jualan telah diadakan bertempat di Dataran Ilmu, tempat perhimpunan sekolah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 3.00 petang.

                Tujuan Hari Koperasi ini diadakan adalah untuk menambah wang tabungan persatuan dan kelab yang ada di sekolah ini. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah. Sebahagian keuntungan yang diperoleh akan diperuntuk kepada program menceriakan kawasan sekolah.  Selain itu, aktiviti ini mampu menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Hal ini kerana setiap persatuan dan kelab akan mengendalikan sebuah gerai..

                Tepat pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri daripada para pelajar sibuk menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah disediakan. Para peserta kelihatan bersemangat ketika mendirikan gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual. Antaranya pelbagai jenis makanan dan minuman berserta buku. Makanan dan minuman terdiri daripada aneka mee, pelbagai jenis kek, nasi ayam, laksa dan banyak lagi. Ada juga gerai menjual pakaian, tudung dan aksesori wanita.

                Sambutan pada tahun ini amat meriah berbanding tahun -tahun sebelumnya. Sambutan amat menggalakkan kerana seramai  200 orang pelajar dan 120 orang guru terlibat serta 20 persatuan dan kelab yang mengambil bahagian. Selain itu, para petugas Koperasi memasang muzik latar ‘beatsbox’  untuk merancakkan lagi suasana jualan pada Hari Koperasi.

                Malahan, Hari Koperasi mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan para guru. Mereka turut hadir untuk membeli juadah. Hasil jualan yang dijalankan oleh pelajar telah mencatat jumlah sebanyak RM10 000. Jumlah yang berjaya dikumpulkan ini amat membanggakan banyak pihak.

                Pada pukul 3.00 petang, acara Hari Koperasi sampai ke penghujungnya. Sebelum itu, banyak gerai mengadakan jualan penghabisan stok sebelum menutup gerai masing-masing. Banyak pengunjung berpusu-pusu untuk membeli makanan dan minuman dengan harga yang murah.

                Kesimpulannya, sambutan Hari Koperasi tahun ini sungguh meriah dan mendapat sambutan yang hebat daripada pelbagai pihak. Semua guru dan pelajar telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat erat. Diharapkan sambutan Hari Koperasi ini dapat diadakan dua kali setahun agar pelajar dapat berpeluang menunjukkan bakat masing –masing dalam bidang usahawan.

               

Page 3: Karangan Pt 3

Kepentingan Menyertai Badan Beruniform

Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan  Negara yang berobjektif untuk  melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis kokurikulum yang mustahak ialah badan beruniform, seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Pandu Puteri Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Sesungguhnya, ibu bapa dan para pelajar perlu dicelikkan supaya menyedari kepentingan menyertai badan beruniform.

Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan badan beruniform sangat maslahat untuk memupuk semangat berdisiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini terjadi demikian kerana peserta unit beruniform perlu mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Sebagai contohnya, ketika dalam latihan berkawad, setiap anggota harus mematuhi arahan ketua pasukan  masing-masing sehingga memiliki rentak yang sama semasa bergerak. Semangat berdisiplin ini akan terbawa-bawa dalam kehidupan mereka sehingga tidak melanggar peraturan sekolah dan bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan sendiri. Nescaya remaja yang berdisiplin  dapat dicanai sebagai rakyat yang mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah juvenil.

Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa badan beruniform merupakan medan yang paling sesuai untuk mencambahkan pemimpin yang berwibawa.  Melalui kegiatan dalam pasukan  beruniform, pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam  pasukan beruniform dapat menjadikan mereka sebagai pemimpin kelak. Sebagai fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa majoriti pemimpin negara kita pernah  menjadi pemimpin dalam pasukan beruniform  di sekolah.

Lebih-lebih lagi,  anggota  pasukan beruniform lebih berdikari  berbanding dengan pelajar lain. Lazimnya, pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kegiatan  tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi.  Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagai contoh, mereka perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri. Nilai berani, gigih, inisiatif, proaktif dan tabah akan dipupuk dalam sanubari setiap peserta untuk menghadapi pelbagai cabaran atau pancaroba. Lantaran daripada itu, anggota pasukan beruniform tidak seperti burung dalam sangkar yang hanya disuap nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari.

Sudah terang lagi bersuluh,  badan beruniform juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peserta.  Selain ilmu akademik, pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial. Dengan menyertai Persatuan St. John Ambulans, pelajar telah diberi pengetahuan tentang pertolongan kecemasan.  Dalam kegiatan Pasukan Pengakap dan Pandu Puteri,  pelajar turut belajar untuk masak-memasak . Pengetahuan dan pengalaman ini tidak dapat ditimba daripada buku teks. Sebagai insan yang sempurna pelajar tidak boleh  bergantung pada pencapaian akademik sahaja. Pengalaman  dan kemahiran  ini dapat mematangkan fikiran pelajar itu.

Badan beruniform juga dapat mewujudkan kerjasama antara pelajar yang berlainan bangsa. Semasa menjalankan kegiatan, pelajar yang berlainan bangsa dapat bertoleransi,  tolong-menolong dan bahu-membahu untuk menjayakan sesuatu program, bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Ahli pasukan beruniform bukan sahaja menjalani aktiviti di dalam sekolah tetapi juga dalam  gabungan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa. Anggota badan beruniform berpeluang berinteraksi dengan anggota dari sekolah lain bahkan negeri lain sehingga terjalinlah hubungan mesra antara generasi muda yang berbezaan latar belakang. Kerjasama mereka akan mencambahkan benih perpaduan, integrasi nasional dan nasionalisme dalam sanubari generasi muda kita sehingga merealisasikan 1 Malaysia.

Bukan itu sahaja,  pelajar dapat menentukan kerjaya masa depan mereka  melalui kegiatan badan beruniform. Hal ini terjadi demikian kerana setelah menyertai kegiatan pasukan pakaian seragam,  mereka dapat mencungkil bakat mereka dan minat mereka dalam bidang tertentu.  Tamsilnya, anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan St John Ambulans lazimnya berminat menjadi doktor, jururawat dan pegawai kesihatan apabila dewasa kelak.  Anggota Kadet Polis berpeluang besar untuk diterima dalam pasukan Polis Diraja Malaysia kerana sejak di bangku sekolah mereka telah menjalani pelbagai latihan ala polis di sekolah. Ternyata,  anggota badan beruniform dapat menentukan hala tuju kerjaya mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Secara tuntasnya, kegiatan badan beruniform berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti, iaitu berdisiplin, beramanah, berketerampilan, bekerjasama, bertanggungjawab serta bersemangat kental dan waja diri . Untuk mencapai pembangunan fizikal dan mental negara, generasi yang berjati diri dan berwawasan merupakan  elemen yang tidak ternilai seperti peribahasa “pemuda harapan bangsa, pemudi srikandi negara”.

Page 4: Karangan Pt 3

KEPENTINGAN KOMPUTER KEPADA MANUSIA

Dewasa ini, komputer merupakan  alat penting  yang  digunakan oleh manusia. Sebagai contoh, komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan komputer seperti kata-kata peribahasa, alah bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak kepentingan komputer kepada manusia.

Antara faedah komputer ialah komputer akan menjadikan aktiviti  pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh, program Skor A atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan secara langsung atas  talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan suasana pembelajaran akan lebih ceria.

Selain itu, belajar menggunakan komputer  boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang  pelajar  di sekolah.  Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini dari internet boleh dijadikan sumber ilmu.  Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu.  Jika ini dilakukan, sudah tentu pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata , usaha tangga kejayaan.  Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, dengan menggunakan komputer, segala urusan dalam apa juga bidang dan kegiatan dapat dijelaskan dengan cepat. Tamsilnya, pengurus dapat mengetahui maklumat pengurusannya dalam sekelip mata sahaja. Kakitangan pejabat tidak lagi perlu membuang masa sampai berhari-hari untuk membuka fail demi fail untuk mendapatkan maklumat yang penting. Pendek kata,komputer itu semacam maklumat di hujung jari pengguna sahaja.

Bukan itu sahaja, kepentingan komputer kepada manusia sekarang ialah komputer dapat menyimpan data dengan lengkap dan kemas. Penyimpanan data yang banyak dalam disket yang kecil sahaja dapat menjimatkan ruang dan tempat. Bayangkan jika tidak ada komputer, betapa banyak fail yang diperlukan untuk menyimpan pelbagai rekod.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam kehidupan.  Di samping menjadikan generasi yang celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan banyak faedah.  Hal ini bertepatan dengan dasar  kerajaan dan saranan Perdana Menteri ke arah konsep 1 Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG

Page 5: Karangan Pt 3

             

Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat seperti di bank. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.

       Salah satu daripada kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan. Hal ini kerana wang yang disimpan di bank akan dibayar faedah. Sebagai contoh, jika kita menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap, kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh simpanan. Oleh itu,lebih lama wang itu disimpan,lebih tinggi kadar faedah yang akan diperoleh.

      Selain itu, amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana kita akan lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan. Oleh itu, dapat mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh, apabila mempunyai wang lebihan, seseorang yang tidak menabung akan bertindak membelanjakan wang tersebut untuk membeli barang yang dikehendakinya. Tegasnya, sikap suka menabung akan menjadikan seseorang itu tidak membazir.

           Tambahan pula, amalan menabung juga dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang memerlukan wang. Kita sebenarnya tidak dapat menjangka hal yang akan berlaku kepada diri kita atau keluarga kita, bak kata orang malang tidak berbau. Oleh itu, jika kita ditimpa kemalangan atau dijangkiti penyakit, kita boleh menggunakan wang simpanan untuk mendapatkan rawatan yang baik di hospital. Justeru, wang simpanan yang ada dapat menyelamatkan nyawa anda dalam keadaan yang kritikal.

                Di samping itu, menabung juga dapat mengawal inflasi. Hal ini demikian kerana apabila kita menabung, wang yang mengalir dalam aktiviti belian adalah kurang. Keadaan ini dapat mengelakkan kenaikan harga barang dalam pasaran. Apabila harga barang tidak naik, inflasi tidak akan berlaku. Oleh itu, menabung dapat mengawal inflasi.

          Kesimpulannya, kita mesti mengamalkan sikap suka menabung. Kanak-kanak harus digalakkan supaya menabung sejak kecil lagi, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Wang simpanan akan meningkat, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.              

KEBAIKAN PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA

Page 6: Karangan Pt 3

Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan langkah ke arah merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang merupakan inspirasi dan wawasan pembangunan negara yang dapat melahirkan masyarakat yang maju, penyayang, demokratik dan sejahtera. Negara kita amat bertuah kerana telah terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf dunia. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi negara kita untuk menonjolkan imej dan kewibawaan Malaysia di arena antarabangsa. Persoalannya sekarang apakah faedah penganjuran sukan bertaraf dunia kepada rakyat dan negara kita?

            Kemaslahatan penganjuran sukan bertaraf dunia kepada negara ialah pendapatan negara akan meningkat sekiranya berjaya menjadi tuan rumah sukan antarabangsa. Hal ini kerana pertandingan sukan seumpama ini akan membawa pelancong dan peminat sukan yang banyak untuk melawat ke negara kita. Secara tidak langsung, kedatangan mereka ini akan memajukan industri pelancongan dan perhotelan negara. Industri pelancongan dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada negara. Para pelancong dan peminat sukan bukan sahaja membeli tiket sukan, tetapi mereka turut membeli cenderamata dan hasil kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia. Maka, industri kecil dapat berkembang dengan lebih maju lalu ekonomi negara dapat dijana.

            Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan instrumen perpaduan yang berkesan untuk mencapai integrasi nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga mendorong rakyat yang berbilang bangsa, etnik dan budaya menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban untuk negara. Bukan itu sahaja, hal ini juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan seperti toleransi, kerjasama, meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan peribadi. Dengan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, mereka akan memberikan sokongan yang padu kepada atlet negara kita untuk memenangi sesuatu perlawanan. Penganjuran sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam sesuatu pasukan untuk meraih kejayaan kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, tanpa muafakat amat sukar untuk sesuatu pasukan itu mencapai kejayaan. Jadi, perpaduan antara kaum dapat dilahirkan melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.

            Dengan menganjurkan sukan seumpama ini, mutu sukan negara kita pasti bertambah baik. Melalui sukan bertaraf antarabangsa, kita dapat meniru teknik-teknik latihan yang digunakan dan kelengkapan yang disediakan oleh negara tersebut. Tamsilnya, dalam sukan badminton dan bola sepak, kita boleh mempelajari teknik pengurusan dan melihat kelengkapan prasarana sukan. Dengan cara ini, atlet kita akan mengetahui punca kegagalan mereka dan membaiki kelemahan mereka. Oleh itu, mereka akan berlatih dengan lebih giat lagi demi mencapai tahap yang diharapkan. Mereka juga akan berlatih dengan berdisiplin demi mencapai prestasi yang diharapkan. Pendek kata, prestasi sukan dan atlet negara akan meningkat jika kita sering menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa.

            Sebagai konklusinya, penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan membawa negara kita ke era kecemerlangan yang lebih membanggakan. Semua pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun rakyat jelata yang lain harus berganding bahu dan menggembleng tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjayakan pertandingan sukan yang diadakan dan menolong membuat persiapan sepenuhnya. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, acara sukan yang diadakan di negara kita akan dapat berjalan dengan lancar. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat memperbaik prestasi sukan yang diidamkan oleh setiap negara. Dengan ini, diharapkan agar manfaat-manfaat yang tidak ternilai harganya semasa penganjuran sukan bertaraf dunia harus dihayati dan dapat dinikmati oleh semua rakyat di nusa yang tercinta ini.

USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. 

Page 7: Karangan Pt 3

Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan  usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kerana semangat bekerjasama begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.            

Sebenarnya semangat kerjasama dalam masyarakat dapat dipupuk melalui peranan ibu bapa. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan ibu bapa bersama-sama ahli keluarga yang terdiri daripada anak-anak dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat  tinggal mereka. Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan  atau perjumpaan bulanan komuniti. Manfaatnya setiap keluarga akan dapat dipertemukan dengan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat  bekerjasama dalam kalangan anggota masyarakat dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.          

Selain itu semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat dapat dibentuk melalui kempen-kempen kesedaran oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan seharusnya mengadakan kempen memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat dari semasa ke semasa agar terus subur dalam sanubari mereka. Tuntasnya, semangat bekerjasama dalam kalangan masyarakat membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari  perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat bekerjasama  penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

Di samping itu, semangat kerjasama juga dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat melalui peranan jawatankuasa penduduk setempat. Dalam hal ini, pihak jawatankuasa penduduk setempat boleh merancang pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama-sama dalam suasana yang aman dan harmoni ibarat peribahasa ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni maka segala aktiviti yang dijalankan akan dapat dinikmati   dengan penuh bermakna. Sebagai contohnya, pihak jawatankuasa penduduk setempat boleh mengadakan aktiviti seperti gotong-royong membersihkan atau menceriakan kawasan setempat, seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti. Jelaslah semangat kerjasama penting bagi merapatkan hubungan anggota masyarakat dalam suatu kawasan penduduk setempat .            

Semangat kerjasama merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara . Dengan itu, peranan sekolah amat penting dalam memupuk semangat kerjasama kepada murid-murid di sekolah. Melalui pengajaran dan pembelajaran para guru boleh membimbing murid-murid tentang kepentingan semangat bekerjasama. Pelbagai aktiviti berbentuk kerjasama dalam kalangan murid-murid seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengemas dan menceriakan bilik darjah, menghias sekolah dengan jalur gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya dapat diimplimentasikan.   Hal ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia melalui semangat bekerjasama yang diterapkan di peringkat sekolah ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya membolehkan keharmonian masyarakat terbentuk.                       

Intihanya, semangat kerjasama merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, semangat bekerjasama bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana  rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.

Page 8: Karangan Pt 3

Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang medorong isu ini berlaku.

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangn kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan petrumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan atu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

KEPENTINGAN KRAF TANGAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Page 9: Karangan Pt 3

Industri kraf tangan bukanlah antara kegiatan ekonomi gergasi di Malaysia. Hal ini menyebabkan industri kraf tangan negara kian lenyap ditelan zaman. Mengapakah keadaan ini berlaku? Sesetengah berpendapat bahawa kurangnya perhatian kerajaan terhadap industri ini menjadikan masalah ini berlarutan. Kurangnya pengusaha-pengusaha muda juga menyumbang kepada isu ini. Oleh itu, orang ramai seharusnya sedar akan kepentingan industri ini meskipun industri ini berskala kecil.

Mari kita fokuskan minda kita kepada perkara yang pertama iaitu industri kraf tangan dapat menjadi sumber kewangan kepada penduduk luar bandar. Seperti mana yang kita sudah sedia maklum, terdapat jurang ekonomi yang besar antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar. Kegiatan industri kraf tangan pula sering dijalankan oleh penduduk luar bandar. Apabila penduduk luar bandar mula menceburi bidang ini, maka penduduk luar bandar dapat menjual produk ini dan mendapat keuntungan yang berlipat-ganda.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran industri kraf tangan dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang terdapat dalam negara. Industri kraf tangan bukanlah industri yang setanding dengan industri pertanian atau pelancongan. Namun, jika hasil industri kraf tangan dieksport ke luar negara, hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, malah dapat menjadi suatu keunikan di Malaysia.

Selain itu, industri kraf tangan juga dapat membentuk masyarakat yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya semangat yang tinggi. Hal ini kerana persaingan dalam industri kraf tangan amat sengit. Sesebuah hasil kraf tangan hendaklah mempunyai nilai komersial dan reka bentuk yang mampu menarik perhatian pembeli. Untuk menjadi pengusaha yang terbaik, maka pengusaha tersebut haruslah mempunyai kualiti seperti kreatif dan mampu berdaya saing.

Mari kita luaskan takrifan minda kita kepada perkara yang seterusnya iaitu industri kraf tangan dapat memperbanyak peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat desa. Tenaga kerja sememangnya diperlukan bagi menghasilkan kraf tangan yang diperlukan bagi meningkatkan kadar pengeluarannya. Kraf tangan membuka peluang kepada para remaja serta belia untuk mengenali kraf tangan secara lebih mendalam melalui berbagai-bagai peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang ini. Selain itu, tenaga kerja yang terlatih juga diperlukan bagi berkongsi ilmu tentang penghasilan sesuatu produk kraf tangan. Hal ini dapat mewujudkan peluang bagi mereka yang hanya berkemahiran dalam bidang tersebut khususnya penduduk desa yang kebanyakannya hanya memperoleh kemahiran yang diturunkan oleh generasi terdahulu.

Tambahana pula, industri kraf tangan dapat mengekalkan warisan dan budaya Melayu serta menyemai perasaan cinta akan budaya Melayu dalam kalangan masyarakat. Arus pemodenan telah menenggelamkan budaya tradisional masyarakat Melayu dalam diri remaja pada masa kini. Oleh itu, peluang haruslah diberi kepada setiap lapisan masyarakat untuk mengenali warisan dan budaya tersebut melalui konsep rekaan sesuatu kraf tangan yang menggunakan bahan tempatan sebagai ramuan utama. Budaya masyarakat Melayu juga dapat dipromosikan kepada negara-negara luar kerana kraf tangan itu sendiri sudah melambangkan identiti negara yang masih mengekalkan warisan unik secara turun-temurun.

Konklusinya, suatu jaringan kolaborasi haruslah diwujudkan untuk memajukan industri kraf tangan negara.

KEPENTINGAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mengalami iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang indah dan

Page 10: Karangan Pt 3

terdapat tempat-tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Contoh tempat peranginan yang terdapat di Malaysia ialah, Pulau Redang, Tanah Tinggi Genting, Melaka dan sebagainya. Tempat-tempat ini amat menarik dan indah dan mampu memukau warga asing. Langkah kerajaan mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 menunjukkan industri pelancongan semakin diberi perhatian oleh kerajaan. Persoalannya, apakah kepentingan industri pelancongan di Malaysia?

Industri pelancongan ini banyak mendatangkan faedah kepada negara. Antaranya dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Dengan sokongan dan bantuan modal oleh kerajaan pula, industri pelancongan boleh beroperasi dengan lebih meluas. Keadaan ini menarik pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia dalam industri pelancongan. Secara tidak langsung dapat menambahkan lagi pendapatan negara.

Selain itu, penduduk Malaysia yang berbilang bangsa mempunyai adat dan budaya yang pelbagai. Melalui industri pelancongan, adat dan budaya rakyat Malaysia yang pelbagai dapat diketengahkan kepada pelancong asing. Keramahan dan sopan santun yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia juga mampu menarik minat pelancong mengunjungi Malaysia. Di samping itu, kehadiran para pelancong boleh memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata dunia.

Memajukan industry perhotelan juga merupakan kebaikan yang diperoleh hasil daripada industry pelancongan negara kita. Pusat-pusat penginapan yang dibina di kawasan peranginan seperti pulau, tepi pantai dan sebagainya menarik minat warga asing untuk menginap. Seterusnya, industry perhotelan akan berkembang maju dan banyak kawasan bari akan dibuka.

Oleh itu, rakyat Malaysia diseru supaya menyahut seruan kerajaan dengan bersikap mesra dan berbudi bahasa kepada para pelancong seiring dengan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan pelancongan terutamanya dari segi pengurusan dan penyediaan infrastruktur yang lebih baik secara tidak langsung memberi keuntungan kepada masyarakat setempat. 

PERIBAHASA “MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA” MENDIDIK MANUSIA DENGAN TATASUSILA DAN AKHLAK YANG BAIK. BERIKAN PENDAPAT ANDA.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Page 11: Karangan Pt 3

             ‘Melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ merupakan salah satu daripada ratusan peribahasa Melayu yang dicipta oleh orang dahulu. Maksud peribahasa ini ialah ‘jika hendak mendidik, mengasuh atau membentuk peribadi anak, biarlah bermula dari peringkat kanak-kanak lagi’. Hal ini demikian kerana pada peringkat inilah lebih mudah untuk menasihat dan menegur sebarang salah laku anak.

            Persoalan kini ialah masih reklevankah peribahasa ini? Sebenarnya peribahasa ini masih benar dan dapat diterima pakai dalam semua situasi mengasuh anak. Peribahasa ini sebanyaknya ditujukan kepada para ibu bapa berhubung hal mendidik anak. Peribahasa ini merupakan sebahagian daripada ilmu keibubapaan yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini. Mesej penting di sebalik peribahasa ini ialah para ibu bapa harus mendidik dan membentuk keperibadian anak sejak mereka kecil lagi. Janganlah menuggu  hingga anak sudah menjadi remaja, baru hendak cuba melentur perwatakan mereka. Apabila sampai ke peringkat ini, sukar bagi ibu bapa melaksanakan tugas berat ini. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya anak adalah lebih kuat daripada nasihat para ibu bapa. Begitu juga para remaja lebih terpengaruh oleh media massa.

            Biasanya hubungan ibu bapa dengan anak-anak cukup mesra semasa anak-anak masih kecil lagi. Anak-anak dilayan bagai ‘menatang minyak yang penuh’ kerana setiap kerenah anak dilayan dengan sepenuh hati. Ibu bapa berharap agar pada suatu hari nanti, anak-anak mereka akan menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab, dan pandai mengenang jasa ibu dan bapa yang telah melahir, menyayangi, dan mengasuh mereka sejak kecil lagi. Sesungguhnya pada waktu inilah, para ibu bapa harus memainkan peranan sebenar mereka untuk membentuk sahsiah, peribadi, dan tabiat anak.

            Sekiranya pada peringkat ini, anak-anak diabaikan, kehendak mereka tidak dilayan, ragam mereka dibiarkan, dan makan minum mereka tidak dititikberatkan, pasti apabila anak-anak ini meningkat dewasa, kehidupan mereka akan menjadi tidak tertib, kucar-kacir, dan tidak berhaluan serta tiada matlamat hidup. Justeru, bermula dari sinilah masalah sosial mula menular kerana anak-anak remaja pada peringkat ini sukar dikawal kerana mereka inginkan kebebasan. Sementara sebilangan besarnya sudah mula menghisap rokok dan minum arak kerana sudah berupaya mencari nafkah sendiri dengan bekerja di kilang-kilang atau di restoran, stesen minyak mahupu sebaagai buruh kasar.

            Sering kita terbaca berita tentang para remaja yang melakukan pelbagai kesalahan seperti jenayah juvana, pergaulan seks bebas, lumba motosikal haram, berfoya-foya, penyalahgunaan dadah, dan seumpamanya. Kesemua ini adalah sebagai akibat pengabaian para ibu bapa sendiri. Sudah tentu kejadian-kejadian seperti ini tidak akan berlaku sekiranya para ibu bapa mengambil berat dan memberi perhantian terhadap kebajikan anak-anak sejak dari bayi lagi.

            Pada peringkat remaja dan awal dewasa, anak sudah tiak mudah menerima sebarang teguran terbuka, dan nasihat daripada para ibu bapa. Peringkat ini merupakan peringkat ‘melawan’. Justeru itu, peringkat terbaik untuk mendidik dan mengasuh serta membentuk anak-anak, seperti yang disarankan oleh peribahasa ini ialah pada peringkat ‘rebungnya’ kerana hubungan anak-anak dengan ibu bapa cukup akrab.

            Kesimpulannya, kesempurnaan tingkah laku dan tabiat anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Oleh itu, hayatilah peribahasa ini dan amalkan pengajarannya dalam kehidupan seharian kita.

PUNCA-PUNCA BANJIR KILAT

Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan

Page 12: Karangan Pt 3

manusia. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.

Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai. Sampah yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam longkang, parit dan sungai akan tersekat. Oleh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.

Di samping itu juga, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca banjir kilat. Hal ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak memantau kawasan pembuangan sampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan sampah menakung air dan banjir kilat berlaku. Contoh peniaga pasar malam sesuka hati membuang sampah berhampiran parit atau longkang tanpa dikenakan hukuman. Oleh itu, jelaslah bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakan punca terjadinya banjir kilat.

Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. Parit dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca banjir kilat.

Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan. Syarikat perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan.

Penggunaan bahasa kebangsaan semakin terpinggir oleh rakyat pada masa kini. Bincangkan pernyataan di atas.     

  Pada hari ini, isu bahasa kebangsaan selalu diperkatakan. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa kebangsaan semakin terpinggir oleh rakyat pada masa kini. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah mulut masyarakat? Oleh itu, marilah kita membincangkan cara-cara untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Page 13: Karangan Pt 3

  Sesungguhnya, kerajaan sepatutnya mengadakan kempen kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini dapat menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dan mengembalikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai contoh, kempen “Cintailah Bahasa Kita” perlu diadakan dari semasa ke semasa untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat. Oleh itu, bahasa Melayu dapat berkembang menjadi bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

   Selain itu, kerajaan seharusnya mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi. Hal ini secara tidak langsungnya dapat menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang baku dalam sektor kerajaan. Sebagai tamsilan, bahasa Melayu perlu terus kekal digunakan dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah. Benarlah, mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi merupakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.

   Selain itu, kerajaan sepatutnya mewajibkan penggunaan bahasa yang betul pada papan-papan tanda. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang tidak betul akan menjejaskan imej negara di mata masyarakat. Sebagai misalan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab untuk memantau dan membuat teguran terhadap sebarang kesalahan bahasa pada papan-papan tanda dan pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan selanjutnya. Oleh itu, isu pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat dikurangkan. Tegasnya, mewajibkan penggunaan bahasa yang betul pada papan-papan tanda merupakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.

   Di samping itu, kerajaan sewajarnya mewajibkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa di sekolah. Hal ini demikian kerana sekolah merupakan satu medium penting untuk menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, sekolah perlu diwajibkan mengadakan program bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Oleh itu, para pelajar dapat belajar tentang bahasa yang betul melalui penyertaan mereka dalam aktiviti bulan bahasa. Sudah terang lagi bersuluh, mewajibkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa di sekolah merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu.

  Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” untuk memartabatkan bahasa Melayu. Jika tidak, bahasa Melayu akan musnah ditelan zaman. Semoga kita akan dapat meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat. Namun begitu, bak kata peribahasa, “tepuk dada tanya selera”.

CARA UNTUK MENGURANGKAN TABIAT MEROKOK DALAM MASYARAKAT

Walaupun bahaya rokok telah didedahkan kepada mereka yang merokok atau masyarakat umum tetapi gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan ataupun meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan

Page 14: Karangan Pt 3

mereka hadapi untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu terpaksa berusaha lebih gigih untuk mengurangkan atau mengelakkan masyarakat terutama golongan remaja termasuklah pelajar supaya berhenti merokok.

Antaranya ialah pihak kerajaan mahupun pihak persendirian mengadakan pelbagai kempen untuk mengatasi masalah merokok. Misalnya, kerajaan mengadakan kempen anti merokok melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam televisyen, radio, poster-poster mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah mahupun di pejabat dan sebagainya.

Selain itu, pihak kerajaan seharusnya mengubal dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan rokok. Hal ini penting bagi mengekang para remaja dan orang dewasa merokok. Sebagai contoh, pihak kerajaan wajar mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pemilik kedai yang menjual rokok kepada remaja yang berumur 18 ke bawah bukan setakat denda wang ringgit sahaja mahupun penjara. Selain itu, undang-undang lebih tegas juga dikenakan kepada golongan dewasa yang merokok di tempat awam seperti bayaran kompaun yang lebih tinggi.

Di samping itu, pihak sekolah hendaklah mengenalpasti pelajar yang merokok dan memberikan kaunseling. Hal ini berlaku demikian kerana golongan ini mungkin kurang didedahkan pengetahuan tentang keburukan tabiat merokok. Dengan ini, pelajar-pelajar yang terbabit akan berasa insaf dan sedar tentang keburukan mengamalkan tabiat merokok ini. Sebagai contoh, guru kaunseling mengadakan kaunseling secara individu atau bersama-sama ibu bapa pelajar yang terbabit.

Pada masa yang sama, pihak ibu bapa juga patut memainkan peranan dalam menangani masalah merokok. Ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan yang baik dengan tidak merokok, bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah rupanya. Lebih-lebih lagi, ibu bapa hendakah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak supaya mereka tidak berkawan dengan perokok ataupun dipengaruhi oleh rakan sebaya yang suka merokok. Satu perkara yang juga patut dilakukan oleh pihak ibu bapa ialah sentiasa menyemak beg sekolah anak-anak supaya mereka tidak menyembunyikan rokok secara rahsia.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa tabiat merokok merupakan penyakit yang agak sukar untuk diselesaikan secara mendadak oleh semua pihak di negara kita. Walau bagaimanapun, perkara ini bukan mustahil untuk diselesaikan seperti yang kita tahu ada satu perpatah mengatakan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain iaitu setiap langkah penyelesaian pasti ada kesudahannya. Oleh itu, usaha menangani tabiat merokok sudah pastinya memerlukan komitmen daripada semua pihak. Apa yang pasti, melalui kerjasama dan kesedaran semua pihak maka masalah ini dapat dilenyapkan secara evolusi sekaligus menjadikan masyarakat kita bebas daripada tabiat merokok. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Tegasnya, bersatulah kita dalam menangani masalah rokok bersama-sama.