karangan pilihan

3
Punca Dan Langkah Menangani Gejala Ponteng Dalam Kalangan Pelajar Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yangmenanda aras kelemahan sistem pendidikan Malaysia yangdiimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasipunca dan ikhtiar bagi menekan kemajuan polemik ini. Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa akan datang. Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

Upload: jessy-ling

Post on 01-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

karangan cemerlang

TRANSCRIPT

Punca Dan Langkah Menangani Gejala Ponteng Dalam Kalangan Pelajar

Ponteng merupakankekangandisiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satuindikatoryangmenanda araskelemahan sistem pendidikan Malaysia yangdiimplementasikanmelalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkanpro serta kontrakegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas denganmengobservasipunca dan ikhtiar bagi menekan kemajuanpolemikini.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjaditonggaknegara pada masa akan datang.

Pemudawatankita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remajamarcapadalebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalamkotak pemikirankita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

Di samping itu, peranan media juga menjaditulang belakangkepada kegawatan ini. Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengannormamasyarakatlokal.Eksploitasiseks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagaiintiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bagi menangani punca-punca ini, pelbagaiinisiatiftelah diambil olehvariasipihak. Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkanimpaknegatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hatimenongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng sekolah, kerana peribahasaghalibmenyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebihefektif.

Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandangsebelah mataakan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkanair mukanegara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjaminketerjelmaannegara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

(551 patah perkataan)

KOSA KATA:1.Kekangan = masalah / halangan2.Indikator = penunjuk aras3.Menanda aras = penunjuk tahap4.Diimplementasikan = dilaksanakan5.Pro serta kontra = kebaikan dan keburukan6.Mengobservasi = memantau7.Polemik = perdebatan8.Tonggak = asas9.Watan = tanah air10.Marcapada = kini11.Kotak pemikiran = minda / pemikiran12.Norma = adat / kebiasaan13.Lokal = setempat14.Ekploitasi mengambil kesempatan15.Intiha = pengakhiran16.Inisiatif = daya usaha17.Variasi = pelbagai18.Impak = kesan19.Menongkah arus kehidupan = menyonsong cabaran hidup20.Ghalib = biasa21.Efektif = berkesan22.Keterjelmaan = penjelmaan