karangan kebaikan membaca

5
KARANGAN KEBAIKAN MEMBACA Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan perasaan yang telah terbungkam dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca juga dapat mencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sesungguhnya, dengan membaca kita mampu menguasai pelbagai cabang ilmu persis mutiara kata membaca itu jambatan ilmu. Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan membaca dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing’. Demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam diri pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah , nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca bahan- bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.) Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membaca yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di jagatraya ini.

Upload: elia-lya

Post on 25-Jan-2016

144 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

karangan SPM

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN KEBAIKAN MEMBACA

KARANGAN KEBAIKAN MEMBACA

Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan perasaan yang telah terbungkam dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca juga dapat mencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sesungguhnya, dengan membaca kita mampu menguasai pelbagai cabang ilmu persis mutiara kata membaca itu jambatan ilmu.

Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan membaca dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini. ‘ Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing’. Demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam diri pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah , nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.) Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membaca yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di jagatraya ini.

Seterusnya , mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya iaitu membaca dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang berpengetahuan. Ibu bapa menjadi cerucuk utama dalam membentuk diri anak-anak supaya suka membaca. Hal ini demikian kerana, rumah merupakan institusi pendidikan yang pertama untuk anak-anak. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat. Oleh sebab itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat madani yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu bergantung kepada kepakaran luar lagi.

Page 2: KARANGAN KEBAIKAN MEMBACA

Selain itu, ibu bapa pula seharusnya memainkan peranan masing-masing dengan aktif bagi menyemai minat membaca dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah, ' melentur buluh biarlah dari rebungnya ' . Apabila diri kita sudah terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan yang berbeza, kita akan dapat mengenalpasti genre bahan bacaan yang sepadan dengan minat dan kecenderungan kita sendiri. Dengan ini, sudah tidak dapat dinafikan bahawa memupuk minat membaca akan menyumbang terhadap keberkesanan pengaplikasian amalan membaca dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kita juga seharusnya mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti membaca. Pada zaman kini, sebilangan besar daripada masyarakat di negara kita gemar atau cenderung untuk memenuhi waktu senggang mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, bermain permainan video, berpelesaran di pusat-pusat beli belah dan melibatkan diri dengan gejala sosial yang membimbangkan. Hal ini biasanya terjadi dalam kalangan remaja yang belum dewasa akibat desakan nafsu dan keinginan diri untuk menggapai kebebasan bukan seperti ' burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung' . Bagi mengatasi hal ini, ibu bapa hendaklah meluangkan masa yang lebih berkualiti bersama anak-anak di samping mendorong mereka untuk menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti bagi memanfaatkan masa lapang mereka secara optimum. Di samping itu, ibu bapa juga sewajarnya menjadi teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak dengan turut menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti wajib semasa waktu senggang. Dengan ini, anak akan meniru perbuatan kedua-dua orang tua mereka bak kata pepatah, ' ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' .

Inisiatif berikutnya ialah membawa buku ke mana-mana sahaja. Perbuatan ini sebenarnya mudah dan tidak sukar sama sekali untuk dipraktikkan. Namun begitu, amalan ini diabaikan oleh masyarakat di negara kita. Sekiranya kita melihat penduduk di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, mereka sudah sekian lama mengimplimentasikan amalan ini dalam kehidupan mereka. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya masyarakat di negara-negara tersebut sangat bertamadun dari pelbagai sudut seperti lahiriah, rohaniah dan juga ekonomi negara. Jadi, sampai bilakah kita ingin berdiam diri dan terus berada di takuk lama? Kita sewajarnya mencontohi perbuatan mereka kerana perbuatan tersebut akan mendatangkan faedah yang besar kepada diri, masyarakat dan negara bak kata pepatah, ' yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan' . Oleh yang demikian, kita mestilah membiasakan diri dengan membawa bersama sebuah buku ke mana-mana tempat sahaja yang kita pergi agar waktu senggang kita akan dapat dimanfaatkan dengan pembacaan ilmiah biarpun sekejap.

Di samping itu, kita mestilah melazimkan diri untuk berkunjung ke pesta buku. Pesta buku adalah bertujuan untuk memapar dan mempromosikan karya-karya baharu kepada khalayak ramai. Di pesta buku juga biasanya terdapat potongan harga yang menarik bagi judul-judul buku yang terpilih. Dengan ini, kita akan dapat menjimatkan wang yang sedia ada selain dapat membeli judul-judul buku yang terbaharu di pasaran. Selain itu, kita juga berpeluang untuk bertemu dengan penulis-penulis buku yang terkenal dan masyhur seperti A. Samad Said, Ain Maisarah dan ramai lagi.

Page 3: KARANGAN KEBAIKAN MEMBACA

Peluang keemasan seperti ini tidak seharusnya kita lepaskan kerana melalui pertemuan tersebut kita akan dapat berbual-bicara dengan pengarang buku yang kita minati. Dengan ini, minat kita terhadap membaca akan bertambah di samping dapat meluangkan masa bersama-sama insan tersayang dengan berkunjung ke pesta buku bersama-sama.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.

Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu mahupun negara. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlang malah dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca.