pss-sktkj.weebly.com · web viewbunga karangan cantik tersemat, janganlah membaca kulit sahaja,...

30
PANTUN Bunga melur dalam jambangan, Di tepi kolam menjadi hiasan. Kucipta pantun buat renungan, Semarak Nilam empunya wawasan. Mekar sejambak bunga gubahan, Jatuh sekuntum di atas peti, Membaca itu suruhan Tuhan, Al-alaq diturun menjadi bukti. Cerana kesumba indah melati, Cantik tersemat dambaan puteri, Ilmu ditimba sepenuh hati, Kekuatan umat minda bestari. Harum sungguh bunga kemboja, Bunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat.

Upload: phungmien

Post on 22-Jul-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

PANTUNBunga melur dalam jambangan,Di tepi kolam menjadi hiasan.Kucipta pantun buat renungan,Semarak Nilam empunya wawasan.Mekar sejambak bunga gubahan,Jatuh sekuntum di atas peti,Membaca itu suruhan Tuhan,Al-alaq diturun menjadi bukti.Cerana kesumba indah melati,Cantik tersemat dambaan puteri,Ilmu ditimba sepenuh hati,Kekuatan umat minda bestari.Harum sungguh bunga kemboja,Bunga karangan cantik tersemat,Janganlah membaca kulit sahaja,Telitilah kandungan sehingga tamat.Mekar angsana pandang tak jemu,

Page 2: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Bunganya luruh ke dalam raga,Buku laksana lautan ilmu,Dasarnya penuh mutiara berharga.Daun nipah kajangnya rapat,Hidangan tetamu di Kuala Maran,Buku menyimpan berjuta maklumat,Fakta, ilmu, cereka hiburan.Anak muda pulang ke desa,Ibu dan ayah lama menanti,Warga membaca tak buang masa,Khutub khanah teman sejati.Pohon pedada di dalam taman,Jadi idaman si anak rusa,Marilah anakanda marilah teman,Kita membaca sepanjang masa.Meniti senja biasan mentari,Merkah setitis menjelang kabut,

Page 3: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Bacalah baca setiap hari,Tak akan habis ilmu dituntut.Cantik sungguh si bunga kejora,Buat hiasan di hari raya,Marilah sahut seruan negara,Bangsa membaca bangsa berjaya.

BAHASA JIWA BANGSA

Ikat jerami muat ke kandar,Selepas makan mandi di telaga;Ucap difahami wasangka terhindar,Bahasa kebangsaan penyatu warga.Batang halban dibawa ke huma,Hendak dirikan sebuah taman;Bahasa kebangsaan milik

Page 4: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

bersama,Kita ungkapkan sepanjang zaman.Terbang tempua ke semak berduri,Singgah sekali di pohon rumbia;Bahasa kita lambang jati diri,Tidak rugi berbahasa Malaysia.Berbanjar cemara di tanah rata,Tempat teduhan sekumpulan murai;Segar dan mesra bahasa kita,Anugerah warisan usah terburai.BAHASA JIWA BANGSA (2)Riuh nelayan memunggah pelata,Beli seraga dibawa pulang;Bahasa kebangsaan jiwa kita,Jati diri warga gampak cemerlang.Busut di hutan sarang kelekatu,Angsana tumbang terkejut

Page 5: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

tempua;Berbahasa kebangsaan saban waktu,Makin berkembang ke serata benua.Dari Benta ke Kota Gelanggi,Singgah di Jengka membeli toman;Bahasa kita martabatnya tinggi,Lingua franca zaman-berzaman.Sepohon celagi lanjut usia,Tempat istirahat ayam jantan;Tidak rugi berbahasa Malaysia,Warga erat sejahtera watan.

PANTUN BUDITegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa;Tegak bangsa kerana budi,Runtuh budi hilanglah bangsa.

Page 6: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Bunga melati bunga di darat,Bunga seroja di tepi kali;Hina besi kerana karat,Hina manusia tidak berbudi.Limau manis dimakan manis,Manis sekali rasa isinya;Dilihat manis dipandang manis,Manis sekali hati budinya.Di sana padi di sini padi,Baru bernama sawah dan bendang;Di sana budi di sini budi,Baru sempurna bernama orang.Awal pertama orang berbangsa,Kedua banyak ribu dan laksa;Ketiga majlis bermanis muka,Keempat banyak berbudi bahasa.PANTUN NASIHAT

Page 7: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Orang Jawa mencari benang,Mencari benang di atas bukit;Orang jauh jangan dikenang,Lama-lama jadi penyakit.Orang berkain corak berbelang,Mengayuh rakit mencari duku,Jangan bermain kekasih orang,Nyawa tersangkut di hujung kuku.Patah jarum dalam peti,Buat menjahit kain bertimbun;Nasihat sepatah kurang dimengerti,Rupanya penawar beribu tahun.Padi muda jangan dilurut,Kalau dilurut patah batangnya;Hati muda jangan diturut,Kalau diturut susah datangnya.

Page 8: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Bawa mari ke kedai Cina,Kerana itu buah dagangan;Hidup kita biar sempurna,Kerana dunia ini adalah tumpangan.Beras kisar mudik ke hulu,Tanak pulut santan durian;Tak ada orang menyesal dahulu,Banyak orang menyesal kemudian.Bukan tidak saya katakan,Merbuk biasa makan di papan;Bukan tidak saya katakan,Buah mabuk jangan dimakan.Bukit Jertih berhutan buluh,Tempat raja pergi memburu;Minta selisih malaikat empat puluh,Janganlah saya diberi malu.Orang hulu memalu nobat,Nobat dipalu kayu berangan;

Page 9: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Fikir dahulu sebelum buat,Kalau dibuat menyesal jangan.Angin teluk menyisir pantai,Hanyut rumpai di bawah titi;Biarlah buruk kain dipakai,Asal pandai mengambil hati.Buah pelaga makan dikikir,Dibawa orang dari hulu;Sebarang kerja hendak difikir,Supaya jangan mendapat malu.Hendak belayar ke Teluk Betong,Sambil mencuba labuhkan pukat;Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat.Pakai baju warna biru,Pergi ke sekolah pukul satu;Murid sentiasa hormatkan guru ,Kerana guru pembekal ilmu.Jangan pergi mandi di lombong,Emak dan kakak sedang mencuci;

Page 10: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Jangan suka bercakap bohong,Semua kawan akan membenci.Jikalau tuan mengangkat peti ,Tolong masukkan segala barang;Jikalau anak-anak bersatu hati .Kerja yang susah menjadi senang .Asam kandis mari dihiris ,Manis sekali rasa isinya ;Dilihat manis dipandang manis ,Lebih manis hati budinya .Selasih tumbuh di tepi telaga ,Selasih dimakan si anak kuda;Kasih ibu membaa ke syurga,Kasih saudara masa berada.Masuk hutan pakai sepatu,Takut kena gigitan pacat;Kalau kita selalu bersatu,Apa kerja mudah dibuat.Orang haji dari JeddahBuah kurma berlambak-lambak

Page 11: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Pekerjaan guru bukanlah mudahBagai kerja menolak ombakPinang muda dibelah duaAnak burung mati diranggahDari muda sampai ke tuaAjaran baik jangan diubahAsal kapas menjadi benangDari benang dibuat kainBarang yang lepas jangan dikenangSudah menjadi hak orang lainKapal Anjiman disangka hantuNampak dari Kuala AchehRosak iman kerana nafsuRosak hati kerana kasihTingkap papan kayu bersegiSampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budiTinggi darjat kerana bahasaBintang tujuh sinar berseriBulan purnama datang menerpa

Page 12: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Ajaran guru hendak ditaatiMana yang dapat jangan dilupaParang tajam tidak berhuluBuat menetak si pokok RuBila belajar tekun selaluJangan ingkar nasihat guruHari malam gelap-gelitaPasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kitaJadi kebanggaan zaman berzamanPergi berburu sampai ke sempadanDapat Kancil badan berjalurBiar carik baju di badanAsalkan hati bersih dan jujurDalam semak ada duriAyam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugiMacam anjing dengan bayangBaik-baik mengirai padiTakut mercik ke muka orang

Page 13: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Biar pandai menjaga diriTakut nanti diejek orangKe hulu membuat pagarJangan terpotong batang durianCari guru tempat belajarSupaya jangan sesal kemudianOrang Daik memacu kudaKuda dipacu deras sekaliBuat baik berpada-padaBuat jahat jangan sekaliDayung perahu tuju haluanMembawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkanIbarat pokok tidak berbuahKalau kita menebang jatiBiar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari gantiBiar lebih kurang janganAdik ke kedai membeli haliaEmak memesan membeli laksa

Page 14: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Jadilah insan berhati muliaBaik hati berbudi bahasaPantai Mersing kuala JohorPantainya bersih sangat mashyurPohonkan doa kita bersyukurNegara kita aman dan makmurTuan Mahmud bermain tombak,Dang Kasuma menangkap tupai;Kalau takut dilambung ombak,Jangan berumah di tepi pantai.Sayang Musalmah memakai tudung,Tudung dipakai sebelah kiri;Apa dikenang kepada untung,Untung tak untung diri sendiri.Ambil bertih dari hulu,Isi mari di dalam balang;Bersihkan laman kita dahulu,Baru bersihkan halaman orang.Anak tiung anak ketitir,Anak balau terlompat-lompat;

Page 15: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Barang dikendong habis tercicir,Barang dikejar haram tak dapat.

Pantun Agama – Kanak-kanak

Anak katak terlompat-lompat,Terlompat-lompat di tepi paya,Janganlah kita suka mengumpat,Kelak hilang semua pahala.Enak rasanya ikan gelama,Jika dimasak secukup rasa,Solat itu tiang agama,Perlu dijaga setiap masa.Lemak kubis santan kelapa,Ikan haruan dimasak cuka,Taatlah kepada ibu dan bapa,Jangan menjadi anak derhaka.

Page 16: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Pohon sena tumbuh menjulang,Pandan semerbak tepian mempelas,Bila Ramadhan mulai menjelang,Puasalah dengan hati yang ikhlas.Pak tani membeli baja,Baja ditabur di sawah padi,Hidup ini sementara sahaja,Akhirat di sana kekal abadi.

PANTUN UNTUK MAJLIS RASMI

PANTUN PEMBUKA ACARAMelati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;

Page 17: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Assalamualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.Ingin rasa memakan kari,Kari cendawan batang keladi;Girang rasa tidak terperi,Bertemu tuan yang baik budi.Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali;Selamat datang kami ucapkan,Moga diiring restu Ilahi.Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Page 18: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.Mega berarak indah berbalam,Dipuput bayu ke pohon ara;Pemanis kalam selamat malam,Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOAKalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.Garam ada kicap pun ada,Sayang lada terlupa bagi;

Page 19: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Pantun ada ucapan ada,Sayang tiada berdoa lagi.Lebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa;Sepuluh jari kami menadah,Mohon berkat yang Maha Esa.Tetak buluh kajang sepuluh,Mari jolok sarang penyengat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.PANTUN JEMPUT MAKANLebat rumbia di Sungai Kedah,Sayang senduduk di tepi muara;Penganan mulia terletak sudah,Samalah duduk menjamu selera.Terbang sekawan si burung merbuk,Batang selasih di Tanjung Dara;Padamu tuan kami persembah,Santapan kasih juadah mesra.

Page 20: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Kalau tuan pikat cemara,Buatlah bara bakar selasih;Sudilah tuan jamu selera,Hidangan mesra pengikat kasih.Sungguh indah bunga kemboja,Di bawah atap tepi halaman;Juadah sudah letak di meja,Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUANBukan rumput sebarang rumpun,Rumput penghias tepi halaman;Bukan jemput sebarang jemput,Jemput memohon kata aluan.Duduk sekawan gadis jelita,Buat santapan untuk pahlawan;Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan.

Page 21: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam;Sudilah tuan beri ucapan,Kata aluan pemanis kalam.Emas tempawan buatmu puteri,Busana indah buat rupawan;Sudilah tuan tampilkan diri,Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPANTerbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang selisih;Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan pengikat kasih.Besar langit di tepi busut,Besar tak muat di dalam peti;Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati.

Page 22: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Duduk sekawan si burung unta,Tepi keramat di waktu malam;Pada mu tuan kami meminta,Kata azimat penutup kalam.Terbang di awan burung jentayu,Kerana penat gugur ke bumi;Tampillah tuan kami merayu,Bersama amanat bekalan kami.Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.PANTUN UCAPAN PERASMIANTerbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang jerami;Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan kata perasmi.Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Page 23: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Jangan tertawan alpa duniawi,Hanya indah serupa mimpi;Duhai pahlawan ksatria pertiwi,Hulurkan madah kata perasmi.Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN AKHIR MAJLISBanyak keluk ke penarik,Keluk tumbuh pohon kuini;Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Page 24: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan negara.Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Lain masa bersua lagi.Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.Dari Rokan ke Indragiri,Membawa tinta ke Kuala Linggi;Baliklah tuan rehatkan diri,Esok kita bersua lagi.Dari Kedah ke pekan sari,Beli suasa di Kota Tinggi;Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.

Page 25: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

PANTUN BUAT WARGA EMASBulan purnama ke pekan Kuah,Di tengah hari membeli ragi;Dirimu umpama nyiur bertuah,Padat sari harum mewangi.Curah serbat di atas lantai,Basah tikar lupa disidai;Dikau ibarat karang di pantai,Tak pernah gentar dipukul badai.Pohon sena tepi perigi,Tepi paya si pohon jambu;Hadirmu laksana suria pagi,Menyinar maya tak pernah jemu.Anak dara ke Tanjung Batu,Janji bertemu di Teluk Bayu;Walau usia dimamah waktu,Cekal hatimu tak pernah layu.Bukan gua sebarang gua,Gua penuh pusaka bonda;

Page 26: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

Bukan tua sebarang tua,Tua penuh ilmu di dada.Pergi ke Nilai membeli jamu,Jamu rasa dari tenggara;Tidak ternilai jasa baktimu,Kepada bangsa juga negara.Tidak goyah pancang seribu,Tika masih badai menderu;Engkau ayah engkaulah ibu,Menumpang kasih mengubat rindu.Pohon beringin tepi keramat,Dengar siulan diufuk barat;Kalau ingin hidup selamat,Buat bekalan untuk akhirat.Beli keladi di Pekan Lidup,Sayang rasa lemaknya kurang;Taburlah budi ketika hidup,Kelak jasa dikenang orang.Pintal kapas menjadi benang,Tenun benang menjadi sari;Barang yang lepas jangan

Page 27: pss-sktkj.weebly.com · Web viewBunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh

dikenang,Kalau dikenang meracun diri.Pohon senduduk baru di tanam,Sayang mati di pijak pak tani;Dari duduk baik bersenam,Senang hati sihat jasmani.Apa guna siparang panjang,Kalau tidak dengan tujuan;Apa guna berumur panjang,Kalau tidak dengan amalan.Timba suasa ditepi kali,Buat menyimbah si tuan puteri;Berputus asa jangan sekali,Jadikan tabah pakaian diri.Betik muda buat halwa,Kelapa muda santan dirasa;Biar muda di dalam jiwa,Dari tua sebelum masa