karangan jenis biografi

9
1) Diri saya Nama saya Tan Sang Kui. Saya dilahirkan pada 31 Januari 1996. Kini, saya berusia 12 tahun. Saya merupakan anak bongsu dalam sebuah keluarga yang sederhana. Saya mempunyai seorang abang dan dua orang kakak. Bapa saya seorang mekanik. Ibu saya pula seorang tukang jahit. Saya amat menyayangi mereka. Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga sederhana, tetapi bahagia. Sekarang saya belajar dalam tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa. Saya pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Setiap hari saya membawa bekal yang disediakan oleh ibu ke sekolah. Pada masa lapang, saya suka memancing. Selain itu, saya juga suka mendengar radio dan membaca buku. Saya tidak suka membazir masa dan dengan melakukan perkara- perkara yang tidak mendatangkan faedah. Saya bercita-cita menjadi peguam yang bertauliah. Oleh itu, saya harus rajin belajar selalu supaya tidak menyesal kemudian hari. 2) Ayah saya Nama saya Thiban. Saya mempunyai seorang ayah. Nama ayah saya ialah Suman a/l Arvin. Umur ayah saya 39 tahun. Ayah saya mempunyai lima orang adik beradik. Ayah saya anak yang ketiga. Ayah saya seorang guru. Ayah saya seorang yang penyayang. Ayah selalu bergurau

Upload: rashidah-zakaria

Post on 08-Apr-2016

84 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Jenis Biografi

1)       Diri sayaNama saya Tan Sang Kui. Saya dilahirkan pada 31 Januari

1996. Kini, saya berusia 12 tahun. Saya merupakan anak bongsu dalam sebuah keluarga yang sederhana. Saya mempunyai seorang abang dan dua orang kakak.

        Bapa saya seorang mekanik. Ibu saya pula seorang tukang jahit. Saya amat menyayangi mereka. Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga sederhana, tetapi bahagia.

        Sekarang saya belajar dalam tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa. Saya pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Setiap hari saya membawa bekal yang disediakan oleh ibu ke sekolah.

Pada masa lapang, saya suka  memancing. Selain itu, saya juga suka mendengar radio dan membaca buku. Saya tidak suka membazir masa dan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Saya bercita-cita menjadi peguam yang bertauliah. Oleh itu, saya harus rajin belajar selalu supaya tidak menyesal kemudian hari.

2) Ayah sayaNama saya Thiban. Saya mempunyai seorang ayah. Nama

ayah saya ialah Suman a/l Arvin. Umur ayah saya 39 tahun. Ayah saya mempunyai lima orang adik beradik. Ayah saya anak yang ketiga. Ayah saya seorang guru. Ayah saya seorang yang penyayang. Ayah selalu bergurau dengan saya dan adik-adik saya. Hobi ayah saya pula ialah menulis buku. Ayah saya banyak menulis buku cerita. Saya sayang akan ayah saya.

3) Kawan baik sayaNama saya Ros. Saya mempunyai seorang kawan baik.

Marina ialah kawan baik saya. Rambutnya panjang dan kulitnya

Page 2: Karangan Jenis Biografi

cerah. Kami belajar di kelas yang sama. Marina tinggal di Taman Sejahtera. Dia ada empat orang adik-beradik. Dia anak yang kedua. Bapa Marina bekerja sebagai ahli bomba. Ibu Marina pula seorang suri rumah. Saya suka berkawan dengan Marina. Dia rajin dan baik hati. Dia peramah dan tidak sombong. Kami selalu belajar bersama-sama.

4) Guru kelas sayaNama saya Raju . Nama guru kelas saya ialah Cikgu Melvin

Ho. Beliau berbangsa cina dan berumur 40 tahun. Beliau seorang yang tinggi. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Beliau seorang guru yang garang dan tegas tetapi baik hati. Beliau sangat mengambil berat akan pelajaran murid-muridnya. Saya sangat menghormati Cikgu Melvin Ho. Saya selalu memberikan perhatian semasa beliau mengajar di dalam kelas.

5) Datuk sayaNama saya Nani. Saya mempunyai seorang datuk. Nama

datuk saya ialah Ishak bin Zakaria. Umur datuk saya ialah 60 tahun. Datuk saya seorang pesara guru. Dia tinggal dengan nenek saya di kampung Buluh Kasap. Rambut datuk saya sudah beruban, tetapi dia masih sihat dan kuat. Datuk saya seorang yang penyayang. Dia selalu menasihati saya supaya rajin belajar. Saya sayang akan datuk saya.

6) Nenek sayaNama saya Roslan. Saya mempunyai seorang nenek. Nama

nenek saya ialah Fatimah binti Ibrahim. Umur nenek saya 55 tahun. Nenek saya seorang suri rumah. Dia tinggal dengan datuk saya. Nenek saya pandai menjahit. Dia menjahit baju kurung dan alas meja. Jahitannya kemas dan cantik. Nenek saya juga seorang

Page 3: Karangan Jenis Biografi

yang penyayang. Nenek selalu menasihati saya supaya berbuat baik. Saya sayang akan nenek saya.

7) Ibu Saya.Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu. Begitu

juga dengan saya. Nama saya Aidah. Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim. Usianya sekarang ialah 32 tahun. Beliau dilahirkan di kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor. Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan.

Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima tahun. Keputusan peperiksaannya cemerlang telah melayakkannya menempatkan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Kuala Terengganu.

Pada tahun 1996 hingga sekarang, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang. Ibulah insan yang melahir dan membesarkan saya dan adik-adik sejak kecil. Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak. Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan. Ibu saya seorang yang lemah- lembut dan penyabar. Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.

Saya merasakan amat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan amat memahami. Akan kukenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku. Engkaulah ratu hatiku.

  8)  Kakak saya.

Nama saya Yati. Saya mempunyai seorang kakak yang bernama Mazni binti Hashim. Dia berumur 22 tahun dan dilahirkan pada 31 Oktober 1980 di Hospital Besar Kota Kinabalu.

Page 4: Karangan Jenis Biografi

Kakak saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Labawang. Kemudian dia menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sri Medan selama 5 tahun. Kakak saya seorang yang pintar. Dia telah muncul sebagai pelajar terbaik di sekolahnya dan telah berjaya ke menara gading pada tahun 1998. Kini dia masih menyambung pendidikannya di Universiti Malaya dalam jurusan bahasa peringkat Sarjana Muda.

Kakak saya bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti. Sifat yang paling saya suka pada dirinya ialah dia seorang yang baik hati, tegas dan penyayang. Apabila dia lama tidak pulang ke kampung, kami akan merinduinya. Telefonlah yang menjadi penghubung melepaskan kerinduan. Kakak saya selalu memberi nasihat kepada saya supaya belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengikut jejak langkahnya.

Semua keluarga menyenangi dan menyayangi kakak kerana sikapnya yang baik hati, tidak sombong, dan ringan tulang. Saya senang mendampinginya.

9) Pak Cik Man Seorang Tukang Kebun.

Pak Cik Man seorang tukang kebun. Dia berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min sejak berusia 24 tahun. Kini usianya telah mencecah 50 tahun.

Pagi-pagi lagi Pak Cik Man sudah sampai di sekolah. Di sekolah dia akan memulakan tugasnya dengan membuka kunci-kunci pagar, pejabat, bilik guru, dan kelas. Selepas itu, dia akan menyiram pokok-pokok bunga.

Walaupun Pak Cik Man telah lanjut usia, tetapi beliau masih lagi kuat bekerja. Mengikut kata seorang kerani di sini, beliau jarang sekali mengambil cuti sepanjang perkhidmatannya.

Page 5: Karangan Jenis Biografi

Walaupun tugasnya telah selesai, saya jarang sekali melihat Pak Cik Man berehat. Kadang-kadang dia bertukang membetulkan kerusi dan meja yang rosak. Ada masanya dia mengecat dinding-dinding sekolah yang kotor. Selain itu, Pak Cik Man juga suka berbual-bual dengan kami. Malah, dia selalu menasihatkan kami agar belajar rajin-rajin.

Kami bangga mempunyai seorang tukang kebun yang rajin. Murid-murid juga senang dengan sikap Pak Cik Man. Kami berharap Pak Cik Man akan terus berkhidmat di sekolah ini sehingga bersara.

AKU SEEKOR KUCING

Aku seekor kucing yang berbulu tebal. Aku berasal dari negara Jepun. Badanku berwarna kuning kebiru-biruan. Aku adalah sepsis kucing yang disukai ramai. Kecantikan dan kehebatanku telah terkenal di seluruh dunia.

Aku telah dibeli  oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Dia telah membeliku untuk dihadiahkan kepada anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12. Tuanku bernama Eryana.

Eryana  sangat ,menyayangiku. Setiap kali aku dibelai dan dijaga dengan rapi. Aku umpama “insan istimewa” buat Eryana. Aku telah dinamakan sebagai manja. Namaku Manja kerana tuanku sering memanjakanku. Semua ahli keluarga Eryana sangat mengambil berat akan diriku.

Page 6: Karangan Jenis Biografi

Aku dimandikan setiap pagi. Selepas itu, aku diberi makan Friskies dan makanan tambahan yang lain. Pada waktu tengah hari, aku akan menunggu kepulangan tuanku dari sekolah. Aku ditimang seperti anak kecil. Gembiranya hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu.

Pada suatu hari, Eryana membawa aku ke taman untuk bersiar-siar dan beriadah. Tiba-tiba datang seekor anjing gila menyerangku. Aku terkejut dan tergamam dengan kejadian itu. Badanku mengalami calar-balar dan luka hampir ke seluruh badan.

Tuanku  mengejarkanku ke klinik haiwan. Aku telah disahkan dijangkiti penyakit. Keadaan ini menyebabkan aku mula dilupakan. Tuanku menjauhkan diri daripadaku. Apalah nasibku ini. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Aku Sepasang Kasut”

Nama saya ialah puteri. Saya diperbuat daripada kulit buaya dan tapak saya diperbuat daripada getah. Saya berasal daripada sebuah kilang di kawasan perindustrian Seberang Perai.

Setelah siap dibungkus saya dihantar ke sebuah kedai kasut di Parit Buntar. Ramai orang tertarik dengan diri saya kerana kulit saya yang asli dan berwarna hitam. Saya selalu digilap sehingga berkilat.

Pada suatu hari,seorang gadis cantik telah datang ke kedai tersebut. Dia berminat melihat bentuk saya yang cantik lalu membelinya. Saya di bawa pulang ke rumah.

Page 7: Karangan Jenis Biografi

Tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia tidak suka memijak becak jika memakai saya. Pada setiap hujung minggu, tubuh saya akan digilap dengan pengilat yang dibeli khas untuk saya.

Walaupun dua tahun berlalu, saya masih setia berkhidmat.Namun begitu, kini diri saya telah mula uzur. Tapak saya mula haus dan tubuh saya telah mula cedera.

Pada suatu hari,tuan saya pulang dengan membawa sepasang kasut baru. Saya berasa sungguh sedih. Tuan saya telah menyimpan saya di dalam stor. Tinggalah saya dalam kegelapan dan kesepian.

AKU SEBUAH KERETA PROTON

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku dilahirkan di kilang proton di  Shah Alam. Tubuh badanku  direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah kereta, aku dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran kereta.

Sempena pelancaran kereta baru ini, akudan rakan-rakan telah mendapat sambutan hangat daripada para pengungjung. Mereka memandu ujiku dan rakan-rakan. Para pengungjung yang datang ke majlis pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami.

Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah habis ditempah oleh para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali  telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik buat tuanku.           

Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka bentuk aku. Rakan-rakan  juga sering memujiku. Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.

Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku menjadi seperti baru semula. Ini membuat aku semakin lama semakin disayangi oleh tuanku.

Pada suatu hari,tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku telah terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuh lori. Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih akan diriku tetapi meratapi akan nasib tuanku.