karangan fakta

4
Karangan Fakta : Faedah Bersukan Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh. Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman- taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama

Upload: syasha-syazwanie-mazlan

Post on 13-Dec-2014

287 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Karangan Fakta

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Fakta

Karangan Fakta : Faedah Bersukan

 Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

            Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

            Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

            Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

            Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.Anda mungkin juga meminati:

Contoh Karangan Jenis Fakta - Kebaikan Bersukan

          Sukan merupakan salah satu kegiatan riadah yang diminati ramai. Sukan juga dapat memberikan pelbagai

faedah kepada rohani dan jasmani kita.

Page 2: Karangan Fakta

          Pada masa yang sama, bersukan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Apabila bersukan,  darah

dapat berjalan dengan lancar ke seluruh badan. Tubuh badan kita akan menjadi sihat dan segar. Tubuh yang sihat

dapat menghindarkan diri kita daripada dihinggapi penyakit.

          Selain itu, dengan bersukan kita juga dapat mengisi masa lapang dan menjauhkan diri daripada melakukan

perbuatan yang sia-sia. Secara tidak langsung, bersukan dapat mengelakkan diri seseorang itu daripada terjebak ke

dalam gejala negatif.

          Melalui sukan juga, sesorang itu dapat mengharumkan nama negara ke seluruh dunia. Apabila seseorang itu

memenangi pertandingan pada peringkat antarabangsa, nama negara akan turut harum kerana berjaya melahirkan

seorang ahli sukan yang handal.

          Oleh sebab bersukan banyak memberi kebaikan, semua golongan patut bersukan demi kesejahteraan diri,

masyarakat dean negara.

KEPENTINGAN SUKAN

         Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang kepentingan sukan terhadap masyarakat konvensional kini. Menurut Menteri Sukan Datuk Sri Shabery Chik,  banyak manfaat yang mampu diperoleh hasil daripada bersukan kepada masyarakat kini yang kian alpa terhadap perkara ini.

          Antara kepentingan sukan ialah mampu mengekalkan kesihatan. Hal ini demikian kerana, bersukan mampu mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin daripada badan dan dalam pada masa yang sama mampu menstabilkan degupan jantung pada purata 80 ke 100 degupan per minit. Maka, semua pihak haruslah bangkit dari kealpaan dan mengamalkan dasar " 10 000 langkah setiap hari" dalam mengekalkan ketahanan jasmani.

                       Selain itu, bersukan juga mampu mengurangkan masalah sosial dek kerana masa terluang remaja kini diisi dengan bersukan. Impaknya, remaja kini tidak akan terjebak ke kancah gejala sosial dan secara tidak langsung peratus masalah sosial akan merundum dari semasa ke semasa. Hal ini persis kata mutiara " Remaja Produktif, Remaja Bebas Masalah".

            Sementelahan itu, sukan merupakan medium utama dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Tamsilnya, seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa akan bersorak bagi menyemarakkan semangat para atlet untuk mencapai kejayaan. Secara tidak langsung, peribahasa "bagai isi dengan kuku" terpancar dalam kalangan masyarakat Malaysia hasil daripada bersukan.

            Seterusnya, kegiatan sukan juga mampu meningkatkan imej negara di seantero mayapada. Hal ini demikian kerana, perjuangan anak glokal di arena sukan antarabangsa amat mengagumkan. Contohnya, Datuk Nicol Ann David telah merangkul banyak kejuaraan dan melestarikan gelarannya sebagai "Ratu Skuash Dunia" selama

Page 3: Karangan Fakta

tujuh edisi penglibatannya. Maka anak glokal memainkan peranan penting dalam menaikkan nama Malaysia.

           Deduksinya, semua pihak haruslah berkongkalikung dan memainkan peranan penting dalam menjana golongan masyarakat yang ideal dari pelbagai sudut. Hal ini persis peribahasa "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" dalam memanifestasikan kegiatan sukan.

Semua orang perlu bersukan sebanyak tiga kali seminggu. Bidang sukan sangat penting

kepada masyarakat dan negara. Ini kerana bersukan dapat menyihatkan badan. Bersukan

juga mempunyai kepentingan tersediri.

     Kita boleh bersukan untuk mengisi masa lapang. Cara ini dapat membantu kita mengisi

masa lapang dengan berfaedah. Cara ini juga dapat menolong kita mencergaskan badan.

Perbuatan ini boleh menepati peribahasa ‘badan cergas otak cerdas’    

     Selain itu, bersukan dapat membantu kita menjaga kesihatan. Semasa kita bersukan,

badan kita mengeluarkan peluh. Secara tidak lengsung, garam yang berlebihan dikeluarkan.

Dengan ini, kita tidak akan mudah menjadi gemuk.

     Di samping itu, bersukan juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam

kegiatan yang tidak sihat. Kita juga tidak akan melakukan kegiatan yang tidak seronok jika

kita bersukan. Jenayah di negara kita juga dapat dikurangkan.

     Bagi mereka yang berbakat dalam bidang sukan, mereka boleh mengharumkan nama

sekolah, negeri dan negara dengan mengambil bahagian dalam pertandingan, seperti Lee

Chong Wei. Jaguh-jaguh sukan sebegini akan mengharumkan nama negara di pentas

antarabangsa.

     Oleh itu, semua pihak harus sedar akan kepentingan bersukan. Jika semua masyarakat

bersukan, maka kes jenayah di negara dapat dikurangkan dengan mudah.

 

Faedah Membaca 

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari

mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang

hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut. 

        Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu

dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang

itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.  

        Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah

untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau

buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya

tanpa sebarang gangguan. 

        Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama

ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk

hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah. 

Page 4: Karangan Fakta

        Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus

dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah

peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan

berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah. 

        Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya

akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam

diri seseorang itu.