karangan f1

3
Kampung Batu Putih,Paya Dalam, 75460,Melaka, Melaka. 22 Ogos 2015. Menemui kembali sahabatku Jessica Jung yang berada di San Francisco,California.Semoga berada dalam keadaan yang menggembirakan di samping keluarga dan tugas harian.Saya dan keluarga disini sentiasa sihat. Saudari, Warkah saudara yang bertarikh 18 April yang lalu telah selamat saya terima. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas ingatan saudari itu. Sebelum saya meneruskan coretan ini, saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengutus surat kepada saudari. Saya berasa amat gembira tentang cadangan saudari untuk bercuti di Malaysia. Berita ini telah sampai ke pengetahuan keluarga saya. Mereka amat mengalu-alukan kedatangan saudari. Negara Malaysia telah mengadakan pelbagai acara dan pesta sepanjang tahun dengan tujuan untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang boleh dilawati. Salah satu contohnya di negeri Melaka, terdapat banyak tempat bersejarah seperti Mini Malaysia, Kota A Famosa, Perigi Hang Tuah dan lain-lain. Kota Melaka adalah tempat tumpuan para pelancong. Di sini juga terdapat pelbagai hasil kraf tangan penduduk tempatan.Sementara itu, Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia yang begitu pesat membangun telah menjadi pusat pentadbiran dan segala aktiviti harian. Ramai penduduk dari luar bandar berhujrah ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan. Sungguh indah bandaraya ini.Di antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelancong adalah seperti Muzium Negara, Tugu Negara,

Upload: julitah-khalif

Post on 05-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN F1

Kampung Batu Putih,Paya Dalam,

75460,Melaka,

Melaka.

22 Ogos 2015.

Menemui kembali sahabatku Jessica Jung yang berada di San Francisco,California.Semoga berada dalam keadaan yang menggembirakan di samping keluarga dan tugas harian.Saya dan keluarga disini sentiasa sihat.

Saudari,   Warkah saudara yang bertarikh 18 April yang lalu telah selamat saya terima. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas ingatan saudari itu. Sebelum saya meneruskan coretan ini, saya ingin meminta maaf  kerana sudah lama tidak mengutus surat kepada saudari.

Saya berasa amat gembira tentang cadangan saudari  untuk bercuti di Malaysia. Berita ini telah sampai ke pengetahuan keluarga saya. Mereka amat mengalu-alukan kedatangan saudari. Negara Malaysia telah mengadakan pelbagai acara dan pesta sepanjang tahun dengan tujuan untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang boleh dilawati. Salah satu contohnya di negeri Melaka, terdapat banyak tempat bersejarah seperti Mini Malaysia, Kota A Famosa, Perigi Hang Tuah dan lain-lain. Kota Melaka adalah tempat tumpuan para pelancong. Di sini juga terdapat pelbagai hasil kraf tangan  penduduk tempatan.Sementara itu, Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia yang begitu pesat membangun telah  menjadi pusat pentadbiran dan segala aktiviti harian. Ramai penduduk dari luar bandar berhujrah ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan. Sungguh indah bandaraya ini.Di antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelancong adalah seperti Muzium Negara, Tugu Negara, dan Pasar Budaya. 

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mepunyai pelbagai jenis kesenian dan kebudayaan. Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama yang tinggal di Malaysia hidup dengan aman dan harmoni. Masing-masing mengamalkan sikap bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain. Ini menjadi salah satu faktor utama yang menarik perhatian para pelancong. Saudari tentu akan  kagum melihat keindahan negara Malaysia.  Saya sedia menemani saudari sepanjang lawatan saudara di sini nanti. Saya berharap saudari memberitahu tarikh kedatangan supaya kami dapat  menyambut saudari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Setakat ini sahaja sehingga kita berjumpa pada waktu yang ditetapkan nanti.

Sahabatmu,

ISMAHANI.

Page 2: KARANGAN F1