karangan cerpen

3

Click here to load reader

Upload: nurul-hidayah

Post on 30-Jun-2015

2.727 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: karangan CERPEN

SOALAN 2 : Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, pertandingan cerpen telah diadakan. Tema yang telah ditetapkan ialah perpaduan kaum. Tulis cerpen itu selengkapnya.

Swee Lan, seorang ibu kepada anak tunggal yang bernama Jason. Perangai Jason yang tidak gemar bercampur dan bergaul dengan orang lain, sangat tidak disukai oleh Swee Lan. Jason suka memerap di rumah dan menolak untuk keluar rumah dan bersosial dengan anak-anak jiran yang lain. Hal ini merunsingkan ibunya. Manakan tidak, Jason sanggup memerap di rumah sehari suntuk daripada keluar dan bertegur sapa dengan jiran di kawasan persekitaran itu.

“Jason, mengapa kamu asyik terperap di rumah sahaja? Ibu risaulah dengan keadaan kamu ini.” tanya Swee Lan. Pertanyaan ibunya pada suatu pagi itu tidak dijawab oleh Jason. Dia hanya berdiam diri tanpa sebarang kata. Dia seolah-olah tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya. Melihat keadaan Jason, Swee Lan berlalu pergi. Dia tahu bahawa Jason tetap enggan bercampur dengan anak-anak jirannya yang berbangsa Melayu walaupun pelbagai nasihat telah diberikan kepadanya. Nasihat yang diberikan itu bagaikan mencurah air ke daun keladi, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Keesokan harinya, Swee Lan cuba untuk memujuk Jason supaya bersosial dengan jirannya. Dia menyuruh Jason agar tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung. Hal ini akan menyukarkan masyarakat untuk saling mengenali antara satu sama lain. Namun begitu, Jason memberikan bermacam-macam alasan untuk tidak bergaul dengan jirannya. Dia mengatakan bahawa jiran-jirannya hanya suka menjaga tepi kain orang. Swee Lan menggeleng-geleng dengan jawapan yang diberikan oleh Jason itu.

Anak jiran Swee Lan, Rahman menghantar bubur pisang yang dibuat oleh ibunya ke rumah Swee Lan pada suatu petang. Pada waktu itu, Jason kebetulan berada di luar rumah. Lalu, Rahman menyapa Jason dan bertanya akan khabarnya. Jason hanya menganggukkan kepalanya tanpa menjawab pertanyaan tersebut. Tanpa putus asa, Rahman tetap mengajukan beberapa soalan kepada Jason namun dia hanya menjawab soalan tersebut secara endak tak endah sambil menunjukkan perasaan dingin. Selepas menyampaikan bubur tersebut kepada Jason, Rahman berlalu pergi dari rumah Jason dengan perasaan yang kecewa.

Di sekolah pada waktu mata pelajaran Sejarah, guru Sejarah telah meminta para pelajar untuk menyiapkan tugasan Sejarah secara berkumpulan. Jason ditempatkan dalam kumpulan yang sama dengan Rahman. Sepanjang perbincangan berlangsung, sikap Jason tetap tidak berubah dan dia hanya mendiamkan diri umpama kera sumbang. Rahman berusaha untuk membuat Jason bercakap, namun usahanya itu tetap tidak berhasil.

Page 2: karangan CERPEN

Namun begitu, dengan takdir Tuhan, rumah Jason terbakar pada suatu hari. Kebakaran tersebut berpunca daripada gangguan litar pintas yang berlaku di bahagian atas rumah Jason. Seluruh kampung gempar dengan kejadian tersebut lalu tergesa-gesa pergi ke tempat kejadian. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memadamkan api. Swee Lan yang berada di luar rumah teringat akan Jason yang sedang tidur di ruang tamu. Dia menjerit meminta bantuan orang kampung untuk menyelamatkan permata hatinya itu. Apabila mendengar jeritan tersebut, Rahman segera meluru ke dalam rumah Jason untuk menyelamatkannya. Dia langsung tidak peduli akan api yang menjulang tinggi di dalam rumah tersebut.

Akhirnya, Jason dapat diselamatkan walaupun terdapat sedikit kecederaan ringan di bahagian kakinya. Dia terus dikejarkan ke hospital. Di hospital, Jason terbaring lesu. Dia merenung wajah ibunya yang berada di sisi katil itu. “Jason, syukurlah awak selamat,” bisik ibunya perlahan. Seketika kemudian, pintu kamar pesakit dibuka perlahan. Kelihatan Pak Ahmad , Mak Jah, dan Rahman berjalan perlahan menuju ke katil Jason. Swee Lan tersenyum dan menjemput mereka duduk. Tiba-tiba Jason bersuara, “Rahman, saya minta maaf. Saya menyesal. Sekarang baru saya mengerti erti jiran dan persahabatan.” Jason menghulurkan tangannya kepada Rahman. Rahman menyambutnya. Swee Lan memandang wajah Pak Ahmad dan Mak Jah. Swee Lan tersenyum luas.