karangan cemerlang

14
7/27/2019 karangan cemerlang. http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 1/14

Upload: kenneth-leong

Post on 03-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 1/14

Page 2: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 2/14

rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan

sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan

secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana

yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok 

tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya,

kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-

taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak 

mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh

anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting

 bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai

kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. 

 Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan

yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan

salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang

harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan

kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat

diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena

ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk 

Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia

membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan jalur 

gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat

Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi

melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa. 

Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang

kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing

ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai

 pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan.

Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong

terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari

Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan

 perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong

asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau

Page 3: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 3/14

Page 4: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 4/14

PERANAN IBU BAPA DALAM MENGURANGKAN

GEJALA SOSIAL

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban

 bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja

yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu inimenjadi suatu isu

yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosial

yang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluarga begitu

 penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu

 bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani

gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini

menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi

keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagimenghalang golongan remaja

daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka

dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-

anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih

sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan

 perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang

ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga

mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah

meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di

negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah

yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan

keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang

ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna . Ibu

 bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja

kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawa remaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku

mereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada

menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali.

Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang

sempurna. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran

agama kepadaanak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Page 5: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 5/14

Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka

mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri

dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik 

sesebuah keluarga.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-

anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa

kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk 

mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu

 bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan

ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu

remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu

memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah

Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa

memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan

kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa

sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala

 perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa

akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti

merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan

 besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan

yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka

terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam

menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan

tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu

menghancurkan masa depan mereka.

Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perlu dihapuskan dari akar 

umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulah mengambil

langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja tidak akan

menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada

masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan

 berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda

kelas pertama akan dapat direalisasikan.

Page 6: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 6/14

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan

Negara

Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia

(AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-

 baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum

lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan

sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada

 peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam

kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama

sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi

apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagailangkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita

dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang

sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa

induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-

 persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan

Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini,

sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskanagenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program

 pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang

 bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan

 pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad

Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam

 persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang

 berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya

memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta

 beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang

mengenal manikam”. 

Page 7: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 7/14

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru

dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada

 peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan

 peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di

negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan,

Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak 

kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian

dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih

menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program

 berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet

yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton

Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah

 penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan

emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam KejohananBadminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan

tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam

semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali

martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa

secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan

 persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan

 bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan

menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyailatar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam

 pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu

menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga

membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah

 berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat

antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan

usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam

dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan

malahan peminat sukan tanah air.

Page 8: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 8/14

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan

kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar 

dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia

telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita

 belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya

melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkanatlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat

kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan

menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di

tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah

sukan untuk negara!” 

Page 9: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 9/14

Ciri-ciri Remaja Gemilang

Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu persoalan yang

sering menjadi topik perbualan masyarakat pada hari ini, iaitu ciri-ciri sebenar remaja gemilang.Mantan presiden Indonesia, Seokarno pernah berkata, "berikan saya sepuluh orang belia waja,

nescaya saya akan gegarkan dunia ini". Kata-kata beliau jelas membuktikan bahawa remaja yang

merupakan insan kerdil ciptaan Tuhan mampu melakukan anjakan paradigma terhadap masyarakat,

negara dan dunia. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan dengan kerjasama badan-badan bukan

kerajaan giat melaksanakan pelbagai langkah demi membentuk remaja yang dapat memberi impak 

saujana terhadap negara pada masa hadapan. Tamsilnya, pihak kerajaan telah memperkenalkan

 program Rakan Muda yang bermatlamat untuk melahirkan remaja yang sempurna dan seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Lebih-lebih lagi, mereka turut menganjurkan Himpunan

Jutaan Belia pada setiap tahun untuk menghimpunkan remaja dari seluruh negara dan melibatkan diri

dalam pelbagai aktiviti secara sihat. Setiap langkah ini dilaksanakan demi melahirkan remaja yang

gemilang dengan ciri-ciri tertentu.

Pertama sekali, remaja gemilang merupakan remaja yang sentiasa menunjukkan ketaatan yang utuh

terhadap negara. Tunas yang baru sahaja mengenali dunia ini dapat disifatkan sebagai individu yang

cemerlang jika mereka sentiasa sudi memberi sumbangan kepada tanah air mereka. Remaja gemilang

 patut bergiat secara aktif dalam pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa demi

mengharumkan nama Malaysia. Umpamanya, remaja harus mencontohi Pandalela Rinong yang baru

sahaja berumur 19 tahun tetapi telah berjaya meraih satu pingat gangsa dalam Sukan Olimpik yang

lalu sekali gus menyebabkan Malaysia mendapat tumpuan masyarakat di seluruh dunia. Pada masa

yang sama, remaja perlu mengelakkan diri daripada kegiatan yang mampu menjejaskan keharmonian

negara. Mereka tidak patut menjadi duri dalam daging sehingga mudah dipengaruhi oleh pihak 

tertentu untuk kepentingan peribadi mereka. Contohnya, remaja seharusnya tidak terlibat dengan

 perhimpunan haram yang jelas memburukkan negara pada pandangan mata dunia. Maka, remaja

yang sentiasa sudi memberi sumbangan kepada negara serta tidak melakukan onarlah yang dikatakan

sebagai remaja gemilang yang taat kepada negara.

Page 10: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 10/14

 

Di samping itu, remaja gemilang juga merupakan golongan muda yang mempunyai jati diri.

Hakikatnya, remaja kini sering terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Contohnya, gejala pembuangan

 bayi, vandalisme dan gangsterisme semakin berleluasa dalam kalangan golongan muda malah berada

 pada tahap kritikal. Keadaan ini bertambah keruh apabila remaja mudah dipengaruhi dengan budaya

kuning dan semakin melupakan budaya timur. Sebagai contoh, cara berpakaian dan pertuturan harian

golongan muda kini bersifat 'kebaratan'. Namun begitu, jika remaja berjati diri, sudah tentu mereka

sentiasa sanggup mempertahankan budaya timur yang sememangnya kaya dengan pelbagai amalan

yang luhur. Misalnya, masyarakat Timur amat menekankan amalan menghormati orang yang lebih

tua, cara berpakaian secara bersopan serta pertuturan yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat.

Secara tidak langsung, remaja akan berdisiplin dan tidak terlibat dengan kegiatan negatif. Maka,

golongan remaja inilah yang dikatakan sebagai gemilang.

Selain itu, sebagai golongan rakyat yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan, remaja

gemilang harus mempunyai semangat inkuiri yang tinggi. Hal ini demikian kerana tanpa semangat

untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu, remaja tidak akan dapat memajukan diri dan negara.

Tamsilnya, remaja mestilah melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan serta berani untuk 

menerokai sesuatu bidang yang baharu. Remaja patut mencontohi individu-individu yang berjaya

dalam hidup mereka pada usia yang muda. Umpamanya, seorang pelajar berumur 16 tahun di Nepal

telah berjaya mencipta sebuah alat yang dapat menghasilkan kuasa elektrik daripada rambut. Kisah

kejayaannya mendapat perhatian seluruh dunia sehingga dia ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan

 pelajarannya di Amerika Syarikat. Individu seperti inilah yang dikatakan sebagai remaja gemilang.

Walau bagaimanapun, remaja haruslah berfikir secara rasional dan mengelakkan perkara-perkara

yang mampu memudaratkan diri mereka dan orang lain. Secara ringkas, semangat inkuiri yang

dimiliki oleh remaja mestilah digunakan secara positif untuk pembangunan masyarakat. Situasi ini

sudah tentu melahirkan remaja gemilang yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Page 11: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 11/14

 

Seterusnya, kita perlu sedar dan ingat bahawa remaja gemilang juga perlu mempunyai ilmu

keagamaan yang lengkap dalam diri mereka. Golongan muda tidak patut bersikap materialistik tetapi

haruslah mengamalkan amalan harian yang selari dengan pegangan agama mereka. Seseorang remaja

masih akan dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat walaupun dia berjaya dalam hidup tetapi

tidak mempercayai kewujudan Tuhan sehingga sering melakukan perkara-perkara yang bertentangan

dengan ajaran agama. Contohnya, remaja yang cemerlang dalam akademik dan aktif dalam sukan

akan tetap dicela jika tidak menunaikan kewajipannya sebagai seorang penganut agama tertentu.

Oleh sebab itu, remaja gemilang perlu sentiasa berpegang kepada ajaran agamanya. Misalnya,

sebagai seorang penganut agama Islam, remaja harus menunaikan solat lima kali pada setiap hari.

Setiap penganut agama Buddha dan Hindu pula perlu mempercayai hukum karma yang menekankan

 bahawa setiap tindakan manusia pasti ada balasannya. Keadaan ini seterusnya akan melahirkan

remaja yang sentiasa mempunyai satu pegangan hidup yang kukuh.

Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai ciri remaja gemilang. Oleh itu, pihak kerajaan, badan-

 badan bukan kerajaan, pihak sekolah dan ibu bapa perlu mengenal pasti dan melaksanakan langkah-

langkah yang dapat membantu remaja membina keperibadian diri mereka secara positif dan holistik.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa masa hadapan Malaysia terletak pada tangan remaja. Malah,

gambaran masa hadapan negara dapat dilihat melalui remaja pada hari ini. Maka, remaja gemilang

sememangnya mustahak jika kita mahu melihat Malaysia terus membangun dan mencapai status

negara maju. Sekiranya remaja gemilang dapat dibentuk, sudah tentu negara kita yang tercinta dapat

 berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun, Singapura dan

Amerika Syarikat sekali gus menzahirkan Wawasan 2020.

Page 12: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 12/14

Cara-cara Menangani Kenaikan Harga Barang.

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas

daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh

selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di

sebalik kemajuan yang sedang dikecapi, negara kita masih lagi terkongkong dalam

gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan

sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita,

apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam

Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga

 barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini

tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk 

merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat 

didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni. 

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian

 yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan

menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh

pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-

kata azimat Lootze, kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke

arah kebinasaan.

Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimatcermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan

masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya

 berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan

sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan

mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada

menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan pula,

pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaaan

khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya

dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen

 berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk 

merungkai masalah kenaikan harga barangan. 

“Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuk a untuk menyelesaikan sebarang

kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun

 begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu

tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka.

Page 13: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 13/14

Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell,

seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah

pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan

idea, tindakan agensi bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak 

pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di

pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa.

Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan

Persatuan Pengguna Malaysiaatau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau

CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini

 berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang

dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan

 barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya.

Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk 

memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi

oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi iniharuslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak

serai dan kita juga berpegang pada falsafah Confusius, apakah gunanya sekiranya kita

tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan,

tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada

kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh

agensi bukan kerajaan atau NGO. 

Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh

diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini

memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata

kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif.

Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa

membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-

mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh

kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah

memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke

premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah

darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya

menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi

peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga

 barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di

mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua

kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan

Page 14: karangan cemerlang

7/27/2019 karangan cemerlang.

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-cemerlang 14/14

mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat

mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran. 

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih

dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan

semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh

kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya. Hakikatnya, mediamassa juga menggalas

kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu

kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan

harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan

dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang

lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang

mengutamakan keuntungan akan bersikapibarat menangguk di air keruh,

menindas gologan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian,media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan

pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan

komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk 

menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana.

Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat

aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat

dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik,

para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan

secara total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka

seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini. 

Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh,

segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk 

mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia

 yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan

lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak

datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua anggota

komuniti haruslah mendukung semangathabis kapak berganti beliung untuk 

membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantanPerdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi

menjadi angan-angan Mat Jenin.