karangan sumbangan daripada guru bahasa · pdf filekarangan sumbangan daripada guru bahasa...

26
KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA MELAYU YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG SPM 2011 KARANGAN PASANG SIAP UNTUK KUMPULAN CEMERLANG AKTIVITI 1 : MENTAFSIR SOALAN A. PANDUAN MEMAHAMI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA Baca arahan dengan teliti Baca semua soalan Pilih soalan berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan Kenal pasti isu, penyataan soalan dan arah soalan B. KONSEP MENTAFSIR SOALAN KARANGAN Isu = Topik dalam soalan Ayat penyataan = Ayat isu Ayat tugasan = Ayat kehendak soalan C. CONTOH MENTAFSIR SOALAN Kenal pasti dan lengkapkan jadual jadual mentafsir soalan di bawah. Contoh soalan : Sejak akhir-akhir ini [ masalah sosial dalam kalangan remaja ] semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak Huraikan [ langkah langkah untuk mengatasi masalah ini.] Isu Masalah sosial dalam kalangan remaja Penyataan soalan Sejak akhir akhir ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak Ayat tugasan Langkah langkah mengatasi. ISU PENYATAAN SOALAN AYAT TUGASAN

Upload: hoangthuy

Post on 06-Feb-2018

415 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA MELAYU YANG

MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG SPM 2011

KARANGAN PASANG SIAP UNTUK KUMPULAN CEMERLANG

AKTIVITI 1 : MENTAFSIR SOALAN

A. PANDUAN MEMAHAMI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA

Baca arahan dengan teliti

Baca semua soalan

Pilih soalan berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan

Kenal pasti isu, penyataan soalan dan arah soalan

B. KONSEP MENTAFSIR SOALAN KARANGAN

Isu = Topik dalam soalan

Ayat penyataan = Ayat isu

Ayat tugasan = Ayat kehendak soalan

C. CONTOH MENTAFSIR SOALAN

Kenal pasti dan lengkapkan jadual jadual mentafsir soalan di bawah. Contoh soalan : Sejak akhir-akhir ini [ masalah sosial dalam kalangan remaja ] semakin meningkat

dan membimbangkan banyak pihak

Huraikan [ langkah – langkah untuk mengatasi masalah ini.]

Isu Masalah sosial dalam kalangan remaja

Penyataan soalan Sejak akhir – akhir ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak

Ayat tugasan Langkah – langkah mengatasi.

ISU PENYATAAN SOALAN

AYAT TUGASAN

Page 2: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

A. Perenggan Pendahuluan

1. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia

ini tentang isu ……. ( isu karangan ).

2. Umum mengetahui bahawa ………( isu)……. semakin hari semakin serius/ kritikal/

berkurangan/ meningkat/ membimbangkan.

3. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini pasti … ( kesan)………

4. Persoalannya mengapakah hal/masalah/fenomena sedemikian berlaku?

5. Siapakah yang harus dipersalahkan? ……………………….. ( masukkan peribahasa yang

sesuai. Cth tepuk dada Tanya selera)

6. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan

pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar

umbi.

B.Perenggan Isi

ISI PERTAMA

1. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa.. ( ayat tugasan)…. ialah…..

( isi 1 / apa)

2.Hal ini demikian kerana ……………. ( huraian / mengapa )

3.Sekiranya dipraktikkan akan ……………………… ( bagaimana/kesan)………

4. Sebagai analoginya ………….( masukkan contoh )

5. Hal ini menyebabkan ………. ( huraian contoh )

6. Persis kata peribahasa Melayu,……………………………

7. Natijahnya,…….. ( kesimpulan kecil/ penutup isi)…………

ISI KEDUA

1. Sesungguhnya …………. ( ayat tugasan )….. ialah ( isi 2 / apa)

2. Hal ini tercetus kerana ……….. ( huraian isi/ mengapa )

3. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa … ( kesan jangka pendek )…….

4. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah……….(contoh)………..

5. Justifikasinya…….( huraian contoh)……

6. Bertepatanlah dengan kata peribahasa bahawa………( jika ada )……

7. Dengan keadaan sedemikian ………….. ( kesan/kesimpulan kecil )………

ISI KETIGA

1. Umum mengetahui bahawa …………. ( ayat tugasan ) yang seterusnya ialah …….. ( isi

3/apa)……..

2. Dalam konteks ini ………….. ( huraian isi/ mengapa)……………..

3 ……..huraian (bagaimana)………..

4.Misalnya……….( contoh )………………………..

Page 3: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

5. Oleh hal yang demikian ……………………(huraian contoh )……………….

6 . Fenomena ini dikatakan …………..(masukkan peribahasa jika ada)

7. Yang pasti ………..(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil)

ISI KEEMPAT

1. Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain……..( ayat tugasan )……ialah …( isi empat

/apa)……

2. Hal ini demikian kerana……… huraian isi/mengapa)……………………

3 . …..huraian / bagaimana ………..…….

4. Sebagaimana yang kita sedia maklum,…….( masukkan contoh)……

5. Oleh hal yang sedemikian………..(huraian contoh )………

6. Bak kata peribahasa atau ungkapan menarik jika ada………………………………………

7. Tentulah ……………………..( kesan jangka panjang/kesimpulan kecil )

ISI KELIMA

1. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ……

( ayat tugasan )…….. ialah ( isi 5/apa)

2. Buktinya ialah………( huraian isi /mengapa )……………………….

3. Hal ini dilakukan kerana …………… ( kesan jangka pendek )…………………..

4. Tamsilnya…………………………………………………………………..

5. Jelaslah bahawa………………………. huraian contoh )………………………………

6. Persis kata mutiara……………………………..

7. Nyatalah……………………….(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil)

c.Kesimpulan

1. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama ibarat ke bukit

sama didaki ke lurah sama dituruni mengatasi / menyokong isu _________ini.

2. Jika tidak kita akan *dipandang rendah / dipandang tinggi oleh negara lain.

3. Semoga kita akan dapat melahirkan masyarakat / negara yang cemerlang, gemilang dan

terbilang.

4. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.

Page 4: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Contoh Karangan Menggunakan Teknik Pasang Siap

Soalan: Terdapat sebilangan remaja yang menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak

dan merempit. Sebahagian remja pula terjebak dalam gejala sosial seperti menagih

dadah dan pergaulan bebas.

Huraikan langkah – langkah untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh karangan

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia

tentang masalah sosial dalam kalangan remaja seperti merempit, melepak , penyalahgunaan

dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa masalah sosial dalam

kalangan remaja semakin membimbangkan. Seandainya kita terus leka dan memandang

remeh terhadap isu ini pasti usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada

tahun 2020 pasti akan menjadi omomg kosong sahaja. Persoalannya mengapakah masalah

sedemikian berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada prnyakit yang tiada

penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan

secara berterusan agar masalah ini boleh diatasi hingga ke akar umbi.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, antara tindakan yang boleh

diambil untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu

bapa dan keluarga. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para

remaja banyak dihabiskan di rumah terutamanya sewaktu cuti persekolahan. Ibu bapa

sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak remaja. Sebagai

analoginya ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang

dihadapi dan berusaha untuk membantu mereka menyelesaikannya atau dengan kata lain ibu

bapa adalah pakar rujuk kepada anak – anak semasa di rumah. Hal ini menyebabkan anak –

anak akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Bak kata mutiara

anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Tegaslah,perhatian dan kasih sayang daripada

ibu bapa amat penting dalam usaha menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.

Sesungguhnya, selain ibu bapa, pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga perlu

memainkan peranan yang signifikan dalam menangani masalah ini. Hal ini tercetus kerana

para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat yang perlu diberikan perhatian.

Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa jika masyarakat mendapati terdapat remaja

yang melakukan perbuatan negatif, mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara

berhemah. Dengan kata lain, pihak masyarakat setempat perlu menjadi mata dan telinga dalam

membentuk tingkah laku remaja. Contoh yang ketara paling dekat dengan kita ialah masalah

vandalisme. Justifikasinya, sekiranya masalah ini berlaku, masyarakat boleh menegur para

remaja yang melakukan masalah tersebut dengan berhemah dengan harapan remaja akan

lembut hati dan makan nasihat. Bertepatanlah dengan kata-kata mutiara iaitu tunjuk menjadi

telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Dengan keadaan sedemikian sekiranya masyarakat

setempat sentiasa ambil cakna terhadap permasalahan remaja, masalah ini akan dapat diatasi.

Page 5: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Umum mengetahui bahawa antara langkah yang pragmatik untuk menangani masalah

sosial dalam kalangan remaja ialah peranan pihak media massa. Dalam konteks ini, media

massa perlu memainkan peranan yang berkesan dalam mempengaruhi hati dan minda para

remaja. Media massa seperti televisyen, radio,Internet ataupun media cetak yang merupakan

perantara yang paling dekat dengan jiwa remaja perlu menyiarkan program – program yang

boleh memberi kesedaran kepada remaja terutama dalam usaha remaja mencari jati diri

mereka. Misalnya program seperti Rancangan realiti Imam Muda atau Ustazah Pilihan amat

berguna kepada remaja kerana melalui program ini terdapat info yang amat berguna untuk

remaja.Oleh hal yang demikian pemilihan progam yang berkualiti dapat memberi banyak

faedah dan pihak media massa sewajarnya tidak menjadikan remaja sebagai alat untuk

mengaut keuntungan semata – mata tetapi menjadi wadah penting untuk menjana remaja yang

berwawasan.Yang pasti, masalah sosial dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi sekiranya

pihak media massa sama- sama bahu - membahu memainkan peranan dan tidak hanya

memikirkan keuntungan sahaja.

Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain, pihak kerajaan juga boleh memainkan

peranan yang penting dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerana

pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan

dan boleh menggubal undang – undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan

dilaksanakan secara berterusan agar segala nilai – nilai murni yang cuba diterapkan melalui

program ini akan diamalkan oleh para remaja. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN )

yang telah dianjurkan oleh kerajaan adalah satu program yang baik kepada remaja. Hal ini

demikian kerana melalui program ini, remaja akan mempunyai jati diri, nilai moral yang

tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara. Pujangga ada berkata, Pemuda Harapan

Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Oleh itu, remaja yang dilahirkan ialah remaja yang boleh

menjadi modal insan yang berguna untuk membangunkan negara pada masa akan datang.

Namun demikian, satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah, antara langkah

menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan agensi kerajaan seperti

Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan adalah antara agensi yang aktif

menjalankan pelbagai program untuk menarik minat para remaja. Kementeria Belia dan Sukan

bertanggungjawab menjadikan remaja dan belia di Malaysia berkualiti dan seterusnya berjaya

menjana kemajuan negara.Tamsilnya, Program Rakan Muda merupakan antara program yang

dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.Jelaslah bahawa melalui program ini remaja

telah dibentuk agar mempunyai jati diri dan sahsiah yang terpuji sesuai dengan pembentukan

modal insan kelas pertama kerana remajalah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara.

Nyatalah sekiranya pihak Kementerian Belia dan Sukan aktif menjalankan pelbagai program

yang berguna untuk remaja, nescaya remaja akan terhindar daripada anasir-anasir yang

negatif.

Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama – sama ibarat

kebukit sama didaki kelurah sama dituruni berusaha untuk mengatasi masalah yang beronal

dalam kalangan remaja kita. Jika tidak kita akan dipandang rendah oleh negara lain. Semoga

kita akan dapat melahirkan remaja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Negara amat

mengharapkan remaja yang berkualiti dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

maju. Namun begitu bak kata peribahasa, tepuk dada tanya selera. (812 patah perkataan)

Page 6: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

CONTOH 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut.

Panjang huraian anda antara 200-250 patah perkataan.

Alam semula jadi Kemudahan pengangkutan

Tempat-tempat menarik Kebudayaan pelbagai kaum

MENGGUNAKAN KAEDAH SAYA PINTAR MENGARANG

( Sumbangan Puan Romzan Bt Abdullah )

Pendahuluan Malaysia ialah sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelacong

dari serata dunia. Hal ini menyebabkan Malaysia mempunya potensi

yang besar untuk membangunkan sektor pelancongan. Atas dasar

inilah kerajaan telah berusaha untuk mempromosikan sektor

pelancongan di Malaysia melalui pelbagai cara. Antaranya adalah

dengan memperkenalkan keistimewaan Malaysia kerana kata orang tak

kenal maka tak cinta.

Perenggan Isi Huraian Contoh Kesimpulan

Isi 1 Antara

keistimewaan

yang dimiliki

oleh Malaysia

dan menjadi

tarikan utama

pelancong ialah

keindahan alam

semulajadinya

Keindahan

gunung –

ganang, bukit-

bukau dan pulau

– pulau yang

terdapat di

Malaysia telah

menarik jutaan

pelancong

datang ke

Malaysia setiap

tahun

Contohnya

Gunung

Kinabalu, Tanah

Tinggi Cameron

Highlands,

Pulau Langkawi,

dan Pantai

Cherating

memukau

pelancong

dengan

panoramanya

yang indah

Selain itu

terdapat juga

tarikan lain

iaitu

bangunan

bersejarah

dan bangunan

berkembar

Petronas

(KLCC).

Page 7: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Isi 2 Tarikan lain

pelancong ke

Malaysia ialah

kemudahan

pengangkutan

yang sistematik.

Keadaan ini

akan

memudahkan

pelancong untuk

bergerak dari

satu destinasi ke

satu destinasi

Contohnya,

apabila

pelancong

sampai sahaja di

Lapangan

Terbang

Antarabangsa

(KLIA) ,

pelancong akan

mendapat

kemudahan

pengangkutan

yang seterusnya

untuk bergerak

ke destinasi

yang diingini

seperti teksi,

komuter, LRT

dan sebagainya

Dengan

kemudahan

pengangkutan

yang

disediakan ini

akan

memberikan

daya tarikan

kepada

pengunjung

untuk

melancong ke

Malaysia.

Isi 3 Malaysia juga

terkenal dengan

keunikan

budayanya yang

juga boleh

menjadi tarikan

kepada

pelancong

Keunikan

budaya ini

adalah

disebabkan oleh

masyarakat

Malaysia yang

terdiri daripada

pelbagai kaum

Pelancong dapat

melihat

kepelbagaian

perayaan di

Malaysia seperti

Perayaan

Deepavali, Hari

Raya Aidilfitri,

Tahun Baru

Cina, Hari

Gawai dan

sebagainya

Tambahan

lagi, rakyat

Malaysia

yang terdiri

daripada

pelbagai

kaum bukan

sahaja

menampilkan

kebudayaan

yang

pelbagai,

bahkan

mewujudkan

pelbagai jenis

makanan

tempatan.

Kesimpulan Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah

melakukan pelbagai usaha untuk memajukan sektor pelancongan. Selaku

rakyat Malaysia, tugas kita adalah menjaga keindahan alam semulajadi

yang terdapat di Malaysia. Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita

yakin dan percaya bahawa kita akan dapat meningkatkan jumlah

pelancong yang datang ke Malaysia pada masa yang akan datang.

Page 8: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Contoh Karangan

Malaysia ialah sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelacong dari serata dunia.

Hal ini menyebabkan Malaysia mempunya potensi yang besar untuk membangunkan sektor

pelancongan. Atas dasar inilah kerajaan telah berusaha untuk mempromosikan sektor

pelancongan di Malaysia melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan memperkenalkan

keistimewaan Malaysia kerana kata orang tak kenal maka tak cinta.

Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong

ialah keindahan alam semulajadinya. Keindahan gunung – ganang, bukit- bukau dan pulau –

pulau yang terdapat di Malaysia telah menarik jutaan pelancong datang ke Malaysia setiap

tahun. Contohnya Gunung Kinabalu, Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pulau Langkawi, dan

Pantai Cherating memukau pelancong dengan panoramanya yang indah. Selain itu terdapat

juga tarikan lain iaitu bangunan bersejarah dan bangunan berkembar Petronas (KLCC).

Tarikan lain pelancong ke Malaysia ialah kemudahan pengangkutan yang sistematik.

Keadaan ini akan memudahkan pelancong untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi.

Contohnya, apabila pelancong sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) ,

pelancong akan mendapat kemudahan pengangkutan yang seterusnya untuk bergerak ke

destinasi yang diingini seperti teksi, komuter, LRT dan sebagainya. Dengan kemudahan

pengangkutan yang disediakan ini akan memberikan daya tarikan kepada pengunjung untuk

melancong ke Malaysia.

Malaysia juga terkenal dengan keunikan budayanya yang juga boleh menjadi tarikan

kepada pelancong. Keunikan budaya ini adalah disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang

terdiri daripada pelbagai kaum. Pelancong dapat melihat kepelbagaian perayaan di Malaysia

seperti Perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan

sebagainya. Tambahan lagi, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bukan

sahaja menampilkan kebudayaan yang pelbagai, bahkan mewujudkan pelbagai jenis makanan

tempatan.

Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah melakukan

pelbagai usaha untuk memajukan sektor pelancongan. Selaku rakyat Malaysia, tugas kita

adalah menjaga keindahan alam semulajadi yang terdapat di Malaysia. Dengan keizinan

Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa kita akan dapat meningkatkan jumlah

pelancong yang datang ke Malaysia pada masa yang akan datang.

Page 9: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

CONTOH KARANGAN A : JADUAL

KERTAS 1 (1103/1)

KARANGAN A : BAHAN RANGSANGAN

CONTOH 2:

Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Huraikan faktor-faktor penyebab kemalangan jalan

raya dengan berdasarkan data yang terdapat dalam jadual tersebut. Panjang huraian anda

hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Faktor-faktor Penyebab Kemalangan Jalan Raya di Malaysia

dengan berdasarkan 533 Kajian Kes.

Faktor Manusia Jumlah Kemalangan Peratus (%)

Memandu laju 17 3.38

Kecuaian 301 59.96

Khayal 4 0.79

Terbabas 44 8.7

Dilanggar kereta lain 116 23.11

Lumba haram 4 0.79

Letih/mengantuk 7 1.39

Brek secara mengejut 6 8.76

Langgar lampu merah 2 0.39

Guna telefon bimbit 1 0.19

Jumlah 502 94.18

Faktor Persekitaran Jumlah Kemalangan Peratus (%)

Hujan 11 2

Jalan licin 9 1.6

Tiada lampu jalan 2 0.3

Tiada had laju 1 0.1

Jalan berlubang 1 0.1

Jumlah 24 4.5

Faktor Mekanikal Jumlah Kemalangan Peratus (%)

Brek rosak 1 0.1

Lampu isyarat rosak 2 0.39

Tayar pancit 4 0.8

Jumlah 7 1.31

(Sumber Kajian Kumpulan Penyelidik Kemalangan

Dan Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia)

Page 10: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Dalam menelusuri era globalisasi, kemalangan jalan raya masih menjadi isu polemik

bukan sahaja warung-warung kopi bahkan turut diperdebatkan di Dewan Parlimen. Hal ini

demikian kerana, kes-kes kemalangan jalan raya bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda

tetapi turut meragut nyawa. Kes-kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap kali

musim perayaan atau cuti persekolahan kerana pada ini jumlah kenderaan di jalan raya

meningkat beberapa kali ganda berbanding hari biasa. Peningkatan kes-kes kemalangan jalan

raya telah menimbulkan kegusaran bukan sahaja dalam kalangan pengguna jalan raya tetapi juga

pihak penguat kuasa. Sehubungan dengan itu, para penyelidik dari Universiti Kebangsaan

Malaysia telah menjalankan kajian tentang isu nasional ini. Dapatan kajian mendapati bahawa

terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan kemalangan berlaku di Malaysia.

Faktor paling dominan ialah ialah faktor manusia. Sejumlah 94.18% atau 502 kes

kemalangan disebabkan kecuaian, terbabas, dilanggar kenderaan lain dan memandu terlalu laju.

Terdapat pengguna jalan raya yang tidak mahu mengubah sifat negatif semasa berada di jalan

raya. Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat semakin tidak dipraktikkan. Pengguna-pengguna

jalan raya tidak menghiraukan kesihatan fizikal mereka, keadaan kenderaan sebelum memulakan

perjalanan, tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan serta memandu secara

tidak berhemah. Mereka memandu laju, sering berkhayal, membrek secara mengejut, melanggar

lampu merah dan menggunakan telefon bimbit. Mereka bukan sahaja seolah-olah tidak sayang

nyawa melayang tetapi tidak peduli penderitaan yang terpaksa ditanggung ahli keluarga. Lebih

malang lagi jika kecuaian menyebabkan perlindungan insurans tidak diberikan. Bukan sahaja

tiada pampasan kepada keluarga yang tinggal malah kematian mereka ibarat mati katak sahaja.

Semua pengguna jalan raya menyedari bahawa malang tidak berbau. Ironinya, mereka tidak

pula tidak mengamalkan slogan Berhati-hati di Jalan Raya, Ingatlah Orang Yang

Tersayang. Jelaslah, kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang

tidak mahu mengubah sifat negatif dalam diri mereka.

Faktor mekanikal turut menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Walaupun

hanya menyebabkan 1.3% kes kemalangan namun faktor ini tidak boleh dipandang sebelah

mata. Hal ini demikian kerana, kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan brek, tayar pancit

atau lampu isyarat tidak berfungsi sebenarnya boleh dielakkan. Pemilik kenderaan tidak

mempunyai rasa tanggungjawap untuk memastikan bahawa kenderaan berada dalam keadaan

selamat sebelum memulakan perjalanan, khususnya ke destinasi yang jauh. Tidak dinafikan ada

yang mengambil mudah hal-hal sebegini tetapi ada juga alpa kerana kempen-kempen kesedaran

yang disiarkan di corong-corong radio dan di dada-dada akhbar tidak berkesan. Kempen-

kempen kesedaran oleh pihak media massa yang tidak disiarkan pada waktu perdana sehingga

menyebabkan ramai yang tidak menyedarinya. Selain itu, kempen-kempen kesedaran tentang hal

ini juga tidak melibatkan ikon terkemuka seperti tokoh motivasi tersohor tanah air seperti datuk

Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan penceramah bebas Uztar Azahar Idrus. Ketiadaan tokoh-

tokoh yang berwibawa seperti menjadi kempen-kempen kesedaran kurang menarik kerana ikon

seperti mereka mempunyai pengaruh yang besar dan kata-kata mereka akan didengar oleh ribuan

peminat. Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan memastikan kenderaan sentiasa dalam

keaadaan selamat juga disiarkan secara bermusim dan tidak berterusan. Pihak PUSPAKOM pula

Page 11: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

tidak menjalankan program atau kempen kesedaran yang benar-benar menarik untuk

menggalakkan pemilik kenderaan melakukan pemeriksaan berkala. Di samping itu, mungkin

juga usaha-usaha yang dijalankan untuk memberikan kesedaran ini bersifat hangat-hangat tahi

ayam sahaja. Hal ini menyebabkan pemilik-pemilik kenderaaan memandang enteng hal ini

sedangkan kita tidak mahu sudah terantuk baru terngadah. Apabila nasi sudah menjadi

bubur, penyesalan tidak berguna lagi. Jelaslah, faktor kenderaan juga merupakan penyebab

kemalangan jalan raya.

Faktor persekitaran pula ialah jalan licin, jalan berlubang dan tiada lampu jalan. Faktor

ini akan menyebabkan kemalangan biarpun pemandu berhati-hati dan kenderaan dalam keadaan

baik kerana pesan orang tua-tua malang tidak berbau.Walaupun daripada 533 kes yang dikaji,

hanya 24 kes kemalangan disebabkan faktor ini namun pemandu mesti berhati-hati kerana

peribahasa ada menasihati kita agar sediakan payung sebelum hujan. Faktor persekitaran ini

sangat berkait rapat dengan faktor alam. Apabila hujan lebat, kemalangan lebih mudah berlaku

kerana jalan raya menjadi licin. Keaadaan menjadi semakin serius sekiranya pemandu tidak

memandu secara berhemah dan jalan berliku-liku atau bercerun curam. Suasana berkabus dan

ketiadaan lampu jalan akan menyebabkan pengguna jalan raya melanggar lubang di atas jalan

kerana jarak penglihatan terhad. Selain itu, kedudukan jalan raya yang berhampiran dengan

hutan juga boleh menyebabkan kemalangan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes

kemalangan yang berpunca daripada kegagalan pengguna jalan raya mengelak binatang liar

seperti musang, monyet dan ular yang melintas jala secara tiba-tiba. Terdapat juga kemalangan

yang disebabkan kegagalan pemandu menyedari kehadiran haiwan ternakan penduduk di

kawasan berhampiran seperti lembu dan kambing. Di samping itu, kemalangan juga berpunca

daripada sikap tidak bekerjasama pihak swasta untuk membantu kerajaan mengurangkan kes-kes

kemalangan jalan raya. Pihak swasta seperti pengendali lebuh raya dan pihak pengiklanan tidak

menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyediakan papan tanda tentang keadaan

persekitaran di kawasan yang sering berlaku kemalangan untuk memberi amaran atau peringatan

pengguna yang menggunakan laluan tersebut. Jelaslah, factor persekitan turut menjadi punca

berlakunya kemalangan jalan raya.

Konklusinya, semua pihak mesti berganding bahu seperti aur dengan tebing

dalam usaha mengelakkan kemalangan dan menjadikan jalan raya tempat yang selamat kerana

jalan raya di Malaysia terkenal sebagai Pembunuh Nombor 1 Negara. Semua pihak janganlah

hanya pandai menuding jari kea rah orang lain seperti yang terdapat dalam lagu rakyat Bangau

Oh Bangau kerana sikap ini tidak menguntungkan sesiapa malah hanya membuang masa. Selain

itu, kita juga mestilah melakukan anjakan paradigma dengan mengubah persepsi yang salah

bahawa tanggungjawab menangani kemalangan jalan raya tergalas di bahu pihak kerajaan

semata-mata. Sebaliknya, semua pihak mestilah saling membantu untuk menjayakan pelbagai

usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti kempen Sifar Kemalangan Jalan Raya.

Hal ini demikian kerana, sebanyak manapun usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan tetapi

jika anggota masyarakat tidak mahu bekerjasama menjayakannya sudah pasti semua usaha itu

menjadi sia-sia. Hal ini bertepatan dengan analogi yang mengatakan bahawa, kita boleh

memaksa lembu turun ke sungai tetapi kita tidak dapat memaksanya untuk minum

air.Setiap pengguna jalan raya mestilah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk

Page 12: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

mengubah sikap-sikap negatif yang ada di dalam diri mereka dan bekerjasama menjayakan

pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana, firman Allah

dalam Surah Ar Rad‟, Ayat: 11 ada menyebut “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu

kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, slogan

Pandu Cermat Jiwa Selamat perlulah menjadi panduan dan amalan semua rakyat Malaysia

semasa berada di jalan raya.

TEKNIK MENGHURAIKAN IDEA DALAM PENULISAN KARANGAN

Soalan 2 : DIMENSI IBU BAPA

ISU : AMALAN BERBUDI BAHASA

SOALAN : Langkah-langkah menjayakan amalan berbudi bahasa.

KATA KUNCI 1 : QUDWAH HASANAH.

Kata Kunci Ayat Huraian

Ayat Judul 1 Langkah paling dominan ialah ibu bapa mestilah menjadi

qudwah hasanah terbaik kepada anak-anak.

What?

Apakah

contoh teladan

yang mesti

ditunjukkan?

2 Ibu bapa mestilah bertutur dengan sopan dan menghormati

orang lain, khususnya golongan warga emas. Ibu bapa mestilah

sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama insan seperti

menziarahi jiran tetangga yg sakit, membantu orang yang

memerlukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

kemasyarakatan.

Why/How? (Mengapa

/ Bagaimana

contoh teladan

dapat menjayakan

amalan ini)

Kata-kata

menarik/Peribahasa

3-7 Ibu bapa yang bertutur secara sopan dan menghormati orang lain

akan memberi gambaran yang baik kepada anak-anak tentang

cara berkomunikasi yang berhemah dalam kehidupan seharian.

Sekiranyanya ibu bapa sering menziarahi jiran tetangga / sanak

saudara dan membawa anak-anak bersama-sama dengan mereka,

sudah pasti amalan mulia ini dapat dipupuk dalam diri anak-

anak kerana kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah

kuihnya. Selain itu, sikap mulia ibu bapa seperti sering

bersedekah dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong

akan mendorong anak-anak agar melakukan amalan yang sama.

Hal ini demikian kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu

bapalah yang mencorakkan mereka. Selain itu. hal ini juga

bertepatan dengan ajaran Confucius iaitu Kepimpinan

Melalui Teladan. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak mengamalkan

budaya berbudi bahasa dalam kehidupan seharian seperti

bertutur secara kasar, tidak menghormati orang lain dan bersikap

seperti enau, melepaskan pucuk masing-masing sudah pasti

sukar bagi mereka menasihati anak-anak agar berbudi bahasa

Page 13: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

ISU

kerana mereka kelihatan tidak ubah seperti ketam menyuruh

anaknya berjalan lurus.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?

Bila/

tempoh

pelaksanaan

8-11 Ibu bapa mesti menunujukkan contoh teladan yang terbaik

kepada anak-anak secara berkesan dan tidak besifat hangat-

hangat tahi ayam.

Ayat Penegasan Jelaslah, ibu bapa mestilah menjadi qudwah hasanah terbaik

untuk memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.

KATA KUNCI 2 : PERATURAN DAN HUKUMAN.

Kata Kunci Ayat Huraian

Ayat Judul 1 Langkah yang pragmatik ialah ibu bapa mestilah menetapkan

peraturan dan melaksanakan hukuman.

What?

Apakah

contoh peraturan /

hukuman yang

mesti dilaksanakan

2 Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di

ruah seperti mesti bertutur secara sopan, mesti menghormati ibu

bapa dan anggota keluarga yang lebih berusia serta berbuat baik

sepanjang masa.

[Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di

ruah seperti tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat,

dilarang menganiayai anggota keluarga, dan sebagainya]

Ibu bapa mestilah memberikan amaran keras kepada anak-anak

yang melanggar peraturan. Sekiranya mereka melakukannya

berulang kali hukuman seperti merotan, memastikan anak-anak

melakukan kerja-kerja amal dalam kawasan kejiranan mestilah

dilaksanakan.

Why/How? (Mengapa

/ Bagaimanakah

peraturan dan

hukuman dapat

menjayakan

amalan ini)

Kata-kata

menarik/Peribahasa

3-7 Sekiranya anak-anak mematuhi peraturan-peraturan di rumah

seperti sentiasa bertutur secara sopan, sentiasa menghormati ibu

bapa dan anggota keluarga serta bekerjasama dalam kehidupan

seharian sejak kecil sudah pasti amalan berbudi bahasa akan

menjadi budaya hidup mereka. Anak-anak yang melanggar

peraturan yang telah ditetapkan seperti mengeluarkan kata-kata

kesat, menyakiti jiran tetangga dan enggan melibatkan diri

dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan mestilah diberikan

amaran yang keras dan dikenakan hukuman yang setimpal

seperti hukuman rotan, tidak dibenarkan keluar bersama-sama

dengan kawan untuk satu tempoh tertentu atau mesti melibatkan

diri dalam kerja-kerja amal. Hukuman yang tegas dan tanpa

kompromi penting agar anak-anak menyedari bahawa ibu-bapa

benar-benar serius dalam hal ini. Hukuman yang dikenakan juga

akan menjadikan anak-anak serik untuk mengulangi kesilapan

yang sama. Sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadikan

Page 14: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

ISU

amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka. Hal ini

bertepatan dengan kata-kata tokoh legalisme China, Han Fei

Tzu iaitu hanya undang-undang yang ketat yang mampu

mengawal tingkah laku manusia.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?

Bila/

tempoh

pelaksanaan

8-11 Peraturan-peraturan yang ditetapkan mestilah dipamerkan di

rumah dan hendaklah dipatuhi sepanjang masa. Hal ini penting

agar anak-anak terbiasa dengan amalan mulia ini kerana kata

orang tua-tua alah bisa tegal biasa. Hukuman mestilah

dilaksanakan sejak anak-anak kecil kerana melentur buluh,

biarlah dari rebungnya.

Ayat Penegasan Jelaslah, peraturan dan hukuman dapat memupuk amalan

berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.

KATA KUNCI 3 : PROGRAM.

Kata Kunci Ayat Huraian

Ayat Judul 1 Langkah yang tidak kurang efisiennya ialah ibu bapa mestilah

mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memotivasi

anak-anak menyertai program-programm yang dianjurkan

oleh pihak lain.

What?

Apakah

contoh aktiviti /

program yang

mesti dilaksanakan

2 Ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat

mendorong anak-anak agar menjadikan amalan budi bahasa

sebagai budaya hidup mereka seperti aktiviti yang dapat

dijalankan ibu bapa ialah usrah/tazkirah, lawatan ke rumah

kebajikan dan sambutan Hari Keluarga. Program-program yang

dianjurkan oleh pihak lain yang dianjurkan oleh JKK kawasan

perumahan, pihak sekolah, NGO dan pihak kerajaan ialah Kem

Bina Insan, Kuliah Perdana, Kempen Budi Bahasa budaya

Kita dan Program Masyarakat Penyayang.

Why/How? (Mengapa

/ Bagaimanakah

aktiviti dan

program dapat

menjayakan

amalan ini)

Kata-kata

menarik/Peribahasa

3-7 Usrah/tazkirah selepas solat Maghrib atau Subuh dapat memberi

pengetahuan dan kesedaran kepada anak-anak tentang

kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan mereka.

Lawatan ke rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak

yatim, rumah golongan istimewa dan rumah warga emas dapat

memupuk rasa empati, nilai tanggungjawap dan keprihatinan

untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik .Ibu bapa

yang kesuntukan masa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti

mestilah mempunyai inisiatif untuk memotivasikan anak-anak

agar menyertai program-program yang dianjurkan oleh pelbagai

pihak lain. Namun begitu, aktiviti atau program yang dijalankan

Page 15: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

ISU

mestilah benar-benar menarik dan dilaksanakan scara sistematik.

Program-program yang dianjurkan mestilah dapat menarik minat

anak-anak seperti melibatkan ikon tersohor seperti Datuk Dr Hj

Mohd Fadzillah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus kerana kata-

kata mereka dapat mempengaruhi ribuan peminat yang

mendengarnya. Ibu bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak

bahawa semua program yang dilaksanakan tidak mendatangkan

apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama

menjayakannya. Ibu bapa mesti memberi kesedaran kepada

anak-anak bahawa kita boleh menarik lembu ke sungai tetapi

tidak boleh memaksa lembu itu minum air. Selain itu, dalam

Surah Ar Rad‟ Ayat:11 Allah berfirman “Allah tidak akan

mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah

nasib mereka sendiri”.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?

Bila/

tempoh

8-11 Program-program ini mestilah dijalankan sekerap mungkin dan

tidak bersifat bermusim. hujung minggu dan pada musim cuti

persekolahan.

Ayat Penegasan Jelaslah, program-program yang menarik dapat memupuk

amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.

KATA KUNCI 4 : PERHATIAN DAN KASIH-SAYANG.

Kata Kunci Ayat Huraian

Ayat Judul 1 Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan

perhatian dan kasih-sayang kepada anak-anak.

What?

Apakah bentuk

Perhatian dan kasih

sayang yang mesti

diterapkan?

2 Ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang secukupnya

kepada anak-anak seperti memantau tingkah laku, pergaulan dan

aktiviti-aktiviti yang disertai mereka. Kasih-sayang yang

mencukupi seperti sentiasa meluangkan masa bersama-sama

dengan anak-anak dan tidak brrsikap pilih kasih juga perlu

diamalkan.

Why/How? (Mengapa

/ Bagaimana

perhatian dan

kasih-sayang dapat

menjayakan

amalan ini)

Kata-kata

menarik/Peribahasa

3-7 Ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih-sayang yang

secukupnya kepada anak-anak agar mereka berasa disayangi.

Hal ini demikian kerana, anak-anak yang berasa disayangi lebih

mudah mendengar kata, contohnya agar sentiasa berbudi bahasa.

Ibu bapa mestilah memantau tingkah laku anak-anak, di luar

rumah khususnya kerana tutur kata dan tingkah laku mereka

seringkali dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Sekiranya,

rakan-rakan mereka sentiasa bertutur dan berkelakuan secara

sopan sudah pasti anak-anak juga akan bersopan dalam

pergaulan. Sebaliknya, jika kawan-kawan mereka bersikap

Page 16: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

ISU

biadap dan sering mengeluarkan kata-kata kesat sudah pasti

anak-anak juga bersikap sedemikian. Hal ini bertepatan dengan

kata-kata tokoh motivasi terkenal tanah air, Dr Dr Hj Mohd

Fadzilah Kamsah iaitu anak-anak kita ialah siapa kawan-

kawan mereka. Selain itu, Ibu bapa juga mestilah menasihati

anak-anak agar bijak memilih rakan sebaya kerana pepatah

Arab ada menyebut bahawa berkawanlah dengan pembuat

minyak wangi agar kamu terpalit bau wanginya itu dan

janganlah berkawan dengan tukang besi agar bau busuk

besi terbakar tidak melekat padamu. Di samping itu, ibu bapa

mestilah menasihati anak-anak tentang kepentingan menjadikan

amalan berbudi bahasa ini sebagai budaya hidup dengan penuh

rasa kasih sayang tanpa sedikit pun rasa jemu kerana lazimnya

anak-anak mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu.

Datuk Dr Hi Mohd Fadzilah Kamsah juga ada mengingatkan

bahawa untuk menasihati seseorang, kita mestilah mengulan-

ulang nasihat yang sama sebanyak 200 kali.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?

Bila/

tempoh

pelaksanaan

8-11 Ibu bapa mesti sentiasa berusaha memberikan perhatian dan

kasih sayang kepada anak-anak, walaupun sibuk dengan kerjaya

atau urusan rumah tangga.

Ayat Penegasan Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni

dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan

remaja.

KATA KUNCI 5 : AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI.

Kata Kunci Ayat Huraian

Ayat Judul 1 Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan

didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri

anak-anak.

What?

Apakah

Didikan gama dan

Nilai-nilai Murni

yang mesti

diterapkan?

2 Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan agama yang

secukupnya kepada anak-anak mereka. Konsep Dosa Pahala

mestilah dijelaskan dan ajaran Amal Makruf Nahi Mungkar

mestilah menjadi pegangan hidup anak-anak. Nilai-nilai muni

seperti bertutur dengan sopan dan sentiasa berbuat baik sesama

insan mestilah diterapkan sejak anak-anak masih kecil supaya

amalan berbudi bahasa menjadi budaya hidup mereka.

Page 17: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Why/How? (Mengapa

/ Bagaimana

contoh didikan

agama dan NNM

dapat menjayakan

amalan ini)

Kata-kata

menarik/Peribahasa

ISU

3-7 Ibu bapa yang sentiasa mendidik anak-anak agar menjadikan

ajaran agama sebagai panduan hidup mereka pasti mudah

menasihati anak-anak agar menjadikan amalan berbudi bahasa

sebagai budaya hidup mereka. hal ini demikian kerana semua

agama menganjurkan penganut-penganutnya agar melakukan

kebaikan dan meninggalkan amalan-amalan buruk seperti

mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti orang lain, sombong

dan bersikap seperti enau melepaskan pucuk masing-masing.

Anak-anak sentiasa akan mengawal pertuturan dan tingkahlaku

mereka kerana percaya kepada pembalasan di akhirat kelak.

Ajaran agama Hindu dan Buddha juga ada menjelaskan

Hukum Karma dan Kelahiran Semula. Oleh itu, anak-anak

tidak mengira agama lebih mudah dinasihati agar berbudi bahasa

kerana mereka yakin dan percaya akan ganjaran dosa dan

pahala. Kejayaan ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dalam

kehidupan anak-anak juga akan membantu kerajaan menjayakan

amalan mulia ini kerana para remaja telah terbiasa dengan

kehidupan yang mengutamakan amalan berbudi bahasa. Ibu

bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak bahawa ajaran

agama dan nilai-nilai murni yang telah dipelajari tidak

mendatangkan apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu

mengamalkankan dalam kehidupan seharian. Hal ini bertepatan

dengan pepatah Arab yang menyebut bahawa ilmu tanpa amal

ibarat pohon rending tanpa buah.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?

Bila/

tempoh

pelaksanaan

8-11 Ibu bapa mesti memberikan didikan agama dan menerapkan

nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil

lagi melalui sesi usrah/tazkirah atau secara tidak langsung.

Ayat Penegasan Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat

menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.

Page 18: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

KARANGAN BAHAGIAN A (KARANGAN CONTOH –CEMERLANG)

TAJUK : PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan

sebarang bahan kimia, jirim, zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan

mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidupan lain serta

merosakkan alam sekitar ke dalam atmosfera. Contoh pencemaran udara ialah

seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflourokarbon, bau-bauan, logam

toksik seperti plumbum dan tembaga dan bahan radioaktif. Walau bagaimanapun,

bumi masih mempunyai ’kaedah semulajadi’ bagi menangani pencemaran semula

jadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti

harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan bumi tidak mampu lagi

”memikul” beban pencemaran tersebut.

Kini, semua orang harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar

besar sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang semakin

bertambah. Di Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya dikatakan terdapat lebih

kurang sejuta buah kenderaan memasukinya setiap hari. Banyak faktor yang

menyumbang kepada kesesakan ini. Salah satu puncanya ialah tidak keseimbangan

pada kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan

jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah sedangkan penambahan

keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini

menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Kesesakan juga

menyebabkan pengeluaran asap kenderaan yang terkumpul dari kenderaan telah

mengumpulkan gas karbon monoksida dan gas dari penyaman udara mencemar

udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan kloroflourokarbon

(CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.

Selain itu, aktiviti perkilangan juga penyumbang kepada pencemaran udara.

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan

terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun, kadar pengeluaran yang

kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas

organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri

menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Sebagai contoh, industri kimia

melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan

nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang

mengandungi sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar

terutama karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat

memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seantero dunia. Selain

Page 19: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis-premis atau zon industri

tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan

getaran.

Seterusnya pembakaran terbuka turut memainkan peranan penting. Sebagai

contoh, pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula

mengandungi banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada

jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang

udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang

mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

Dalam pada itu, fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini

berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan

tanah pertanian di sekitar Riau, Sumatera, Kalimantan dan Indonesia. Disebabkan

perkara ini, kerajaan mengisytiharkan darurat jerebu bermula 11 0gos 2005.

Natijahnya, jarak penglihatan semakin terjejas dan mengakibatkan penyakit

Bronkitis, asma dan katarak mata.

Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya disebabkan

oleh kealpaan masyarakat di negara ini dalam mengejar arus pemodenan. Semua

pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan permasalahan ini agar kesan

buruk tidak berlaku. Sebelum nasi menjadi bubur langkah-langkah pencegahan

perlulah diambil dengan segera kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian

tiada berguna. Hal ini juga untuk kebaikan semua pihak dan untuk generasi yang

akan datang tidak perlu hidup di dalam dunia yang bagaikan neraka yang panas

dengan peningkatan suhu Bumi.

Page 20: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Bahagian A

( 30 markah )

( Masa dicadangkan : 45 minit )

Lihat rajah di bawah dengan teliti . Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam

memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Panjangnya huraian hendaklah antara

200 hingga 250 patah perkataan.

PERANAN IBU BAPA

Mengunjungi

perpustakaan

dan pameran

buku

Menjadi

suri teladan

Ilmu

keibubapaan

Page 21: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memupuk minat membaca

dalam kalangan anak-anak. Alang-alang menyeluk pekasam , biar sampai ke

pangkal lengan. Alang-alang menjadi ibu bapa, mainkanlah peranan dengan

sebaik mungkin. Dalam meniti arus pemodenan negara, negara Malaysia semakin

hari semakin berkembang pesat. Bangunan-bangunan pencakar langit banyak

dibina bak cendawan tumbuh selepas hujan lantaran menawarkan peluang-

peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak hairanlah pada abad ke-

21 ini hampir kesemua ibu bapa bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta

untuk mencari nafkah bagi keluarga masing-masing. Hal ini kerana Malaysia telah

menunjukkan peningkatan dalam bidang pendidikan setaraf dengan negara maju

yang lain dan menawarkan banyak peluang pekerjaan. Namun begitu, budaya

membaca dalam kalangan masyarakat jauh ketinggalan oleh pemodenan negara

bagai langit dengan bumi. Ibu bapa yang bekerja ini kebanyakannya alpa akan

tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dek kerana mengejar kemewahan

duniawi.Saya berpendapat ibu bapa mestilah proaktif dalam memupuk minat

minat membaca.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca

dalam diri anak-anak. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Dalam institusi

kekeluargaan, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Mereka

haruslah menunjukkan sikap positif terhadap budaya membaca. Sikap bagai

ketam mengajar anaknya berjalan, seharusnya tidak wujud dalam diri ibu

bapa.Tamsilannya, ibu bapa menyuruh anaknya membaca serta melakukan

aktiviti-aktiviti berfaedah daripada menonton televisyen 24 jam. Pada hakikatnya,

ibu bapa ini hanya menyuruh dan mereka hanya omong-omong kosong terhadap

anak-anak mereka tanpa mengajak membaca bersama-sama.

Tidak dapat disangkal jua , ibu bapa mempunyai peranan penting dalam

memupuk budaya membca dalam diri anak-anak dengan mengukuhkan ilmu

„parenting skill‟ dalam diri ibu bapa. Ibu bapa seharusnya memantau pembacaan

anak-anak. Negara maju seperti negara China, ibu bapa adalah nadi kepada budaya

membaca dalam diri anak-anak. Rakyat negara China akan sentiasa memantau dan

memastikan anak-anak mereka membaca walaupun sebuah buku dalam sehari.

Usaha ini membuahkan hasil dan melahirkan anak-anak yang suka membaca dan

sentiasa berfikir di luar kotak. Sikap ini seharusnya menjadi ikutan ibu bapa di

Malaysia bak aforisme Melayu ,yang baik menjadi ikutan, yang buruk

menjadi teladan.

Page 22: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Sementelahan itu, dengan berkunjung ke pusat-pusat yang terdapat bahan

bacaan boleh memupuk budaya membaca. Tidak kenal maka tidak cinta.

Sebagai contoh, apabila kerajaan mengadakan pesta buku antarabangsa di Pusat

Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menawan hati rakyat untuk berkunjung dan

mencintai amalan membaca. Akhbar Utusan Malaysia, 16 April 2009 menyatakan

bahawa seramai 2,000 orang pengunjung telah menjayakan program yang

dianjurkan oleh kerajaan Malaysia selama empat hari iaitu dari 14 April hingga 17

April 2009. Justeru, ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka ke tempat yang

sedemikian bagi menanamkan rasa cinta terhadap membaca dan menjadikan

budaya membaca sebagai amalan kita seharian.

Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam

memupuk budaya membaca anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah orang

yang paling hampir dan memahami anak-anak. Selain itu, ajaran agama juga amat

menitikberatkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Malah ibu

bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan budaya hidup anak-anak.

Seandainya corak yang dilakarkan itu cantik maka cantiklah cara kehidupan anak-

anak.

Page 23: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Bahagian B

( 100 markah )

( Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit )

Soalan:

Anda merupakan Pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda. Sempena Kempen

Bulan Kebangsaan di peringkat sekolah, anda telah diminta menyampaikan

syarahan bertajuk, “Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah.”

Sediakan teks syarahan anda itu.

Analisis soalan:

Kata kunci : Mata pelajaran Sejarah

Kehendak soalan : Kepentingan mata pelajaran Sejarah

Jenis karangan : Syarahan

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis . Yang Berusaha,Tuan Haji Azmi bin Zulkefli, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 24, Yang Dikasihi Puan Noor Hamiza bin Hang Tuah,Pengerusi Panita Sejarah, guru-guru, dan rakan pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa penghargaan saya di atas kesudian pihak sekolah member peluang kepada saya menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah”. Bagi saya, undangan ini merupakan penghargaan pihak sekolah terhadap penglibatan saya di dalam Persatuan Sejarah Sekolah. Hadirin Yang dimuliakan, Menurut Kamus Dewan, sejarah bermaksud peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau. Apabila menyebut peristiwa, kebiasaannya yang dirakamkan ialah tentang peristiwa yang melibatkan jatuh bangun sesebuah negara atau bangsa. Sejak KBSM diperkenalkan pada akhir tahun 1980-an, mata pelajaran Sejarah diwajibkan dalam peperiksaan PMR dan SPM. Belajar apa-apa juga aliran, tidak mempunyai pilihan, minat atau tidak mesti mempelajari sejarah untuk berdepan dengan peperiksaan. Pada peringkat awal, memang ramai yang menentang kerana pelajaran sejarah tidak mempunyai nilai ekonomi. Anda sendiri pun berasa tidak selesa kerana berdepan dengan tarikh dan peristiwa

Page 24: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

,namun alah bisa tegal biasa. Justeru, yakinlah tujuan mewajibkan mata pelajaran ini demi kepentingan kita semua . Negara kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang berbeza dan corak budaya seharian yang berlainan tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi , saling mengerti, bertolak ansur, dan berdaya saing untuk memaknakan kemerdekaan tanah air. Kecuali peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, sepanjang waktu melalui kehidupan dengan aman dan damai. Hal ini berpunca mereka mengerti asal usul mereka, hak masing-masing, dan peranan perlu dimainkan di dalam Negara ini. Semuanya dirakamkan dalam mata pelajaran Sejarah. Orang Melayu sedar, sebahagian daripada mereka dari Kepulauan Indonesia, orang Cina mengerti mereka dari Tanah Besar China, dan orang India juga faham mereka dari negara India. Pengertian yang diperoleh menerusi mata pelajaran Sejarah menjadikan mereka dapat mengelakkan rasa ini bagi menghadapi cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hadirin yang dikasihi, Mata pelajaran Sejarah juga menyebabkan kita mengenali tokoh tertentu yang berhasil melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman.Rata-rata mereka terlibat dalam memperjuangkan tanah air daripada dibelenggu penjajah Inggeris.Kecuali Tunku Abdul Rahman yang berpeluang menjadi Ketua Menteri, kemudian Perdana Menteri , pemimpin yang lain hanya mampu mengalirkan keringat demi keselesaan anak watan. Jika sesetengah negara para pejuangnya bermandikan darah sebelum negara memperoleh kemerdekaan,tetapi perjuangan kita dengan cara permuafakatan. Pengetahuan ini menyedarkan kita akan kesenangan yang dinikmati ini dengan keringat para pejuang silam.

Page 25: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Semasa hayatnya Tunku Abdul Rahman pernah berkata, memperoleh kemerdekaan lebih mudah berbanding untuk mempertahankannya. Sebenarnya, kita janganlah berasa terlalu selesa, sehinggakan tidak sesekali berwaspada akan kemungkinan negara ini dijajah. Penjajahan alaf baru ini bukan semestinya dengan senjata tetapi dengan ekonomi. Peristiwa tahun 1997 apabila negara kita diserang penyangak mata wang , George Soros menyebabkan nilai ringgit menjunam wajar dijadikan iktibar. Sejarah akan berulang dan sebab itu kemungkinan buruk senantiasa ada. Bagaimana kita boleh mengingati akan hal ini jika kita tidak mempelajari sejarah? Pengetahuan akan pengalaman pahit sesebuah negara begitu sukar jika hanya menatap akhbar atau majalah, kecuali mata pelajaran Sejarah. Para pelajar yang budiman, Sebenarnya mempelajari Sejarah juga menambahkan pengetahuan kita. Sebagaimana mata pelajaran Geografi,Fizik, atau Kimia, berfungsi menggerak minda menjadikan seseorang pelajar itu berwawasan. Dalam konteks mata pelajaran sejarah, segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari, sekali gus mengelakkan kita seperti menjadi katak di bawah tempurung. Pengetahuan ini mampu mewujudkan rasa kecintaan di dalam diri kita. Sebagai contoh jika mengetahui sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stadium Merdeka, sudah tentu kita akan menentang jika tempat tersebut dirobohkan kerana hal ini berkait rapat dengan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, lalu kita mencadangkan agar tempat tersebut dipulihara sebagai satu bahan bersejarah yang tidak ternilai harganya. Kini, anak-anak muda bersikap negatiif terhadap kepimpinan negara dengan melontarkan pelbagai tohmahan terhadap apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Apa-apa juga usaha dilakukan untuk pembangunan negara ,tetapi tanggapan buruk telah dihamburkan. Pada saat inilah mata pelajaran Sejarah berperanan menyedarkan mereka terhadap sikap keterlaluan mereka dengan melihat akan peranan pemimpin tidak sekadar memikirkan perut rakyat semata-mata, tetapi menyediakan pelbagai perkara bukan untuk saat ini sahaja tetapi generasi mendatang. Sebab itulah sepanjang bulan Ogos hingga 16 September , pelbagai aktiviti dijalankan seperti kempen mengibar Bendera Jalur Gemilang dan media massa pula memaparkan sejarah perjuangan silam kerana mereka sedar hanya sejarah dapat menyedarkan orang ramai.Sehubungan itu, YAB Dato’ Sri

Page 26: KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA · PDF filekarangan sumbangan daripada guru bahasa melayu yang mendapat keputusan cemerlang spm 2011 karangan pasang siap untuk kumpulan cemerlang

Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Gagasan 1Malaysia ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasa antara rakyat pelbagai kaum di Negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi ancaman dan cabaran yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Rasanya sudah panjang saya menyampaikan syarahan pada pagi yang mulia ini. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi, Dari runtuhnya Kota Melaka, Kehebatan Putrajaya kita dirikan; Sejarah melakar detik merdeka, Keharmonian hidup mampu dikekalkan. Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya menyeru rakan pelajar semua meminati mata pelajaran Sejarah yang kelihatan tiada nilai ekonomi tetapi besar peranannya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan mewujudkan jati diri dalam kalangan kita semua .Justeru, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Saya akhiri syarahan dengan lafaz terima kasih. Romzan binti Abdullah SMK Jengka 24