karangan catatan

Upload: azharomar

Post on 01-Mar-2016

884 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Karangan Perbahasan

KARANGAN CATATAN1.Karangan catatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu :

a. catatan sehari

b. catatan beberapa hari

2.Jika catatan sehari, nyatakan hari, tarikh dan tahun. kemudian, diikuti waktu/masa berlakunya sesuatu kejadian itu.3.Jika catatan beberapa hari, nyatakan hari, tarikh dan tahun. Waktu berlakunya sesuatu kejadian itu dinyatakan jika perlu sahaja.

4.Peristiwa yang dicatatkan mesti penting dan berkaitan dengan tajuk.

5.Urutan peristiwa mestilah menarik dan menimbulkan keinginan pembaca untuk mengetahui peritiwa selanjutnya. Kali terakhir karangan ini diuji dalam UPSR ialah pada tahun 2005.

SOALAN PERBINCANGAN

Arahan : Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak

kurang daripada 80 patah perkataan.

Soalan :Sekolah kamu telah mengadakan kejohanan merentas desa baru-baru ini. Tuliskan

catatan pengalamn kamu menyertai kejohanan tersebut.

Peta minda

JAWAPAN CONTOHSabtu, 22 Januari 2012

Hari ini sekolah aku telah mengadakan kejohanan merentas desa. Kejohanan yang melibatkan empat buah rumah sukan itu bertujuan untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan peringkat daerah di samping dapat meningkatkan tahap kecergasan murid-murid melalui aktiviti fizikal.

7.00 pagi

Aku dan rakan-rakan mula memenuhi kawasan sekolah. Cikgu Izwan mengarahkan kami berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Kasturi. Sementara itu, guru-guru rumah sukan mengagihkan nombor-nombor peserta kepada murid-murid.

7.30 pagi

Cikgu Nazri telah mengarahkan murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Aku dan rakan-rakan melakukan aktiviti regangan satu persatu seperti yang ditunjukkan oleh cikgu. Tubuh badanku mula terasa berpeluh selepas melakukan aktiviti tersebut.

8.00 pagi

Puan Guru Besar telah menyampaikan ucapan perasmian sempena kejohanan merentas desa. Selesai ucapan tersebut, kami telah diarah bergerak ke garisan permulaan iaitu di hadapan pintu pagar sekolah. Kemudian, guru besar telah membunyikan siren menandakan para peserta boleh memulakan larian.

8.30 pagi

Aku dan rakan-rakan melakukan larian merentasi jalan-jalan kampung yang telah ditetapkan. Ada antara rakan-rakanku telah mula ketinggalan jauh di belakang kerana kepenatan. Namun, aku menguatkan semangat untuk meneruskan larian walaupun terasa penat dan juga dahaga.

9.30 pagi

Setelah berhempas pulas, akhirnya aku dan rakan-rakan berjaya sampai ke garisan penamat. Aku segera mencapai botol air untuk diminum bagi menghilangkan dahaga. Walaupun aku tidak berjaya mendapat tempat pertama namun aku tetap berbangga kerana rumah sukanku iaitu Jebat telah berjaya muncul sebagai johan dalam kejohanan merentas desa untuk tahun ini.

LATIHAN BERPANDUArahan :Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak

kurang daripada 80 patah perkataan.

Soalan : Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu dan keluarga kamu telah pulang ke

kampung. Tulis catatan pengalaman kamu sepanjang berada di kampung.

SOALAN LATIHAN

Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.Baru-baru ini kelas kamu telah mengadakan jamuan akhir tahun. Berbagai-bagai persiapan dan aktiviti telah dijalankan. Tuliskan catatan pengalaman kamu tentang jamuan tersebut.

2.Baru-baru ini kamu telah mengadakan majlis sambutan hari jadi di rumah kamu. Pelbagai persiapan dan aktiviti telah dijalankan. Tulis sebuah catatan tentang pengalaman kamu itu. Isi 1

berkumpul di padang mengikut rumah sukan

-guru agihkan nombor-nombor peserta

Pengenalan:

- tarikh, hari tempat diadakan

- tujuan kejohanan

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Isi 2

melakukan aktiviti regangan

ditunjukkan oleh guru

badan mula berpeluh

Isi 3

guru besar sampaikan ucapan perasmian

murid-murid memulakan larian

Isi 4

berlari merentas kampung

mengikut jalan yang ditetapkan

kuatkan semangat walaupun penat

Penutup

berasa bangga rumah sukan menjadi johan

Penutup

pulang ke rumah

Isi 4

menghadiri majlis perkahwinan

berjumpa saudara-mara

Isi 3

pergi ke dusun

mengait buah-buahan

puas makan pelbagai jenis buah

Isi 2

mandi di sungai

berkelah

Isi 1

-bersalam dengan gembira

-memberi buah tangan kepada datuk dan nenek

Pengenalan:

-cuti persekolahan bermula

- pulang ke kampung semasa cuti

PENGALAMAN DI KAMPUNG