karangan bhg b berformat i

Upload: ln

Post on 10-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    1/19

    Jenis-Jenis Karangan

    Umumnya, karangan atau penulisan dalam UPSR terbahagi kepada dua jenis:

    A. Karangan berformat

    i. Dialog/ temu ramah

    ii. Laporan

    iii. Surat kiriman rasmi

    iv. Surat kiriman tidak rasmi

    v. Syarahan

    vi. Ucapan

    vii. Berita

    viii. Catatan

    B. Karangan tidak berformat

    i. Autobiografi & biografi

    ii. Fakta

    iii. Imaginasi/cereka

    iv. Peribahasa

    v. Perbincangan

    vi. Naratif/keperihalanvii. Penerangan

    viii. Situasi

    ix. Menyudahkan cerita

    1 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

    http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspxhttp://www.bmupsr.com/2010/06/surat-kiriman-rasmi.htmlhttp://www.bmupsr.com/2010/06/surat-kiriman-rasmi.htmlhttp://www.bmupsr.com/2010/07/berita.htmlhttp://www.mindaaku.com/2010/04/biodata-tun-dr-mahathir.htmlhttp://www.bmupsr.com/2010/06/surat-kiriman-rasmi.htmlhttp://www.bmupsr.com/2010/07/berita.htmlhttp://www.mindaaku.com/2010/04/biodata-tun-dr-mahathir.htmlhttp://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx
  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    2/19

    Contoh Karangan Berformat

    i. Dialog/ temu ramah

    SOALAN : Kamu mendapat tahu bahawa kawan kamu mendapat keputusan

    7A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Kamu menghubunginya melalui

    telefon untuk mengucapkan tahniah. Tulis perbualan kamu selengkapnya.

    Rangka Karangan:

    a. Pendahuluan

    - Memperkenalkan diri

    - Bertanya khabar

    b. Isi penting

    - Mengucapkan tahniah

    - Bagaimana mencapai kejayaan

    - Harapan dan cita-cita

    c. Penutup

    - Mengucapkan terima kasih

    Sally : Helo, boleh saya bercakap dengan Sara ?

    Sara : Helo, Sara di sini. Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana ?

    Sally : Saya Sally. Apa khabar ?

    Sara : Sally rupanya. Saya sihat.

    Sally : Ya. Saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan kamu

    memperoleh keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR yang lalu.

    Sara : Terima kasih.

    Sally : Saya turut berasa bangga dengan kejayaan kamu. Walaupun

    kamu seorang murid yang aktif dalam bidang kokurikulum kamu

    tetap cemerlang dalam pelajaran. Boleh berkongsi rahsia

    kejayaan kamu dengan saya?

    Sara : Boleh! Paling penting kita perlu bijak membahagikan masa. Kita

    perlu mempunyai jadual belajar sendiri dan memberikan fokus

    ketika guru yang sedang mengajar di dalam kelas

    2 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    3/19

    Sally : Apakah perancangan kamu selepas ini?

    Sara : Saya berhasrat untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Saya

    juga bercita-cita menjadi pakar perubatan pada masa hadapan.

    Sally : Saya mendoakan kejayaan kamu.

    Sara : Saya percaya kamu juga boleh berjaya dalam UPSR tahunhadapan.

    Sally : Itulah harapan saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa

    untuk berbual dan memberi kata-kata semangat kepada saya

    Sara : Sama-sama.

    Rakan kamu tidak dapat hadir ke sekolah. Telefonnya untuk mengetahui

    sebab dia tidak hadir. Tuliskan perbualan tersebut.

    a. Pendahuluan

    - Memperkenalkan diri

    - Bertanya khabar

    b. Isi penting

    - Sebab tidak ke sekolah

    - Mendapatkan pemeriksaan

    - Kerja rumah

    c. Penutup

    - Mengucapkan terima kasih

    Aman : Helo, boleh saya bercakap dengan Lim?

    Lim : Saya, Lim. Siapakah yang bercakap di sana?

    Aman : Saya Aman. Kamu, apa khabar?

    Lim : Saya kurang sihat. Sudah dua hari saya demam dan batuk-batuk.

    Aman : Tujuan saya menelefon kamu ini untuk bertanya tentang sebab

    kamu tidak hadir ke sekolah. Sekarang saya sudah tahulah

    sebabnya itu. Adakah kamu sudah berjumpa dengan doktor?

    Lim : Ibu telah membawa saya ke Klinik Othman. Doktor kata saya

    demam kerana terkena hujan. Saya terkena hujan semasa

    menunggang basikal pulang dari sekolah petang Selasa lalu.

    Aman : Bila awak akan dapat kembali ke sekolah? Kawan-kawan

    3 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    4/19

    menantikan kehadiran semula kamu ke sekolah.

    Lim : Saya rasa lusa dapatlah saya kembali ke sekolah. Doktor minta

    saya berehat dahulu di rumah.

    Aman : Eloklah begitu. Kita mesti mendengar nasihat doktor dan makan

    ubat yang diberi seperti ditetapkan.Lim : Betul itu Aman. Ibu saya uga sentiasa memastikan saya

    makan ubat mengikut peraturan. Adakah apa-apa kerja rumah

    yang cikgu berikan?

    Aman : Ada. Petang esok saya pergi ke rumah kamu dan bolehlah kita

    buat bersama-sama.

    Lim : Terima kasih Aman kerana sudi membantu saya. Saya juga

    mengucapkan terima kasih kerana kamu mengambil berat

    tentang saya.

    Aman : Sama-sama. Baiklah Lim, kita berjumpa lagi petang esok.

    Tuliskan sebuah wawancara kamu dengan olahragawan di sekolah kamu

    bagi dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

    a. Pendahuluan

    - Memperkenalkan diri

    - Bertanya khabar

    b. Isi penting

    - Mengucapkan tahniah

    -Kejayaan yang dicapai

    - Harapan dan cita-cita

    c. Penutup

    - Mengucapkan terima kasih

    Rajan : Apa khabar David? Saya Rajan. Bolehkan saya mewawancara

    saudara untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah kita, Citra.

    David : Khabar baik. Boleh. Apakah perkara yang hendak saudara

    ketahui dari saya.

    Rajan : Terlebih dahulu saya dan majalah Citra ingin mengucapkan

    tahniah kepada saudara kerana terpilih sebagai olahragawan

    4 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    5/19

    dalam kejohanan sukan tahun di daerah kita ini.

    David : Terima kasih. Saya percaya hadiah kejayaan ini kepada warga

    Sekolah yang banyak memberi sokongan kepada saya.

    Rajan : Adakah saudara berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai ini.

    David : Sudah tentu saya berpuas hati.Rajan : Apakah acara yang dimenangi oleh saudara?

    David : Saya telah memenangi acara lari 100 meter dan 200 meter

    dengan rekod baru. Selain itu saya bersama pasukan 4 x 100

    meter dan 4 x 200 m sekolah kita juga berjaya mendapat johan.

    Rajan : Apakah perancangan saudara seterusnya dalam bidang ini?

    David : Saya telah terpilih untuk mewakili daerah kita ke peringkat

    negeri. Saya berazam untuk turut mendapat johan. Seterusnya

    saya bercita-cita untuk menjadi pelari pecut handalan negara.

    Rajan : Saya bersama majalah Citra berharap saudara akan memperolehkejayaan seperti yang dicita-citakan. Saya juga mengucapkan

    terima kasih kerana sudi ditemuramah.

    David : Sama-sama.

    ii. Laporan

    Kamu Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah kamu. Tulis

    sebuah laporan tentanglawatan sambil belajar ke pameran buku yang

    dianjurkan persatuan kamu.

    a. Pendahuluan

    - Aktiviti yang dijalankan

    - Tarikh, masa, tempat dan peserta yang terlibat

    b. Isi penting

    - Tujuan lawatan

    - Apa yang terdapat di tempat lawatan

    - Aktiviti sampingan

    c. Penutup

    - Pulang

    5 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    6/19

    Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku.

    Pada 29 Februari 2012, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah

    Kebangsaan Aman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran bukudi Dewan 2020 Kangar. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan

    bersama tiga orang guru pengiring.

    Tujuan utama lawatan ini diadakan untuk menyemai sikap rajin

    membaca di kalangan peserta. Selain itu, lawatan ini akan menambahkan

    pengalaman dan pengetahuan murid semasa mengikuti lawatan sambil belajar.

    Kami tiba di Dewan 2020 Kangar pada pukul 9.30 pagi. Sebaik tiba,

    kami terus menuju ke gerai buku yang disediakan. Terdapat pelbagai penerbityang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-

    masing. Kami membeli beberapa buah buku rujukan UPSR dan buku cerita.

    Kami telah diberi potongan harga istimewa.

    Di pameran tersebut juga diadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti

    pertandingan melukis dan mewarna, kuiz serta pertandingan bercerita secara

    spontan.

    Kami pulang pada pukul 2.00 petang. Lawatan ini telah memberipengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli.

    Laporan disediakan oleh,

    lim mei ling

    (LIM MEI LING)

    Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia

    Sekolah Kebangsaan Aman

    2 Mac 2012

    6 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    7/19

    Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan

    yang dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya.

    a. Pendahuluan- Aktiviti yang dijalankan

    - Tarikh, masa, tempat dan peserta yang terlibat

    b. Isi penting

    - Acara sebelum pertandingan

    - Pertandingan dijalankan

    - Penyampaian hadiah

    c. Penutup- Sukan berakhir

    Laporan Temasya Sukan Ke-12 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Padang Besar

    Pada 10 Mac 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Padang Besar

    (SJK(C)PB) telah mengadakan termasya sukan yang ke-12. Termasya sukan ini

    diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

    Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang

    mengambil bahagian. Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Perlis menerima

    tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

    Setelah itu acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang

    dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat

    pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara

    lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu.

    Kira-kira pukul 12.00 tengah hari, semua acara tamat. Seterusnya,

    acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah

    disampaikan oleh Pengerusi PIBG dan Guru Besar.

    7 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    8/19

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    9/19

    terdiri daripada 35 orang murid dan 5 orang guru. Tujuan lawatan ini untuk

    meningkatkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid berkaitan tempat-

    tempat bersejarah dan menarik di Pulau Pinang.

    Kami berkumpul di sekolah seawal pukul 7.00 pagi. Kami bertolak kesana pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kira-

    kira dua jam kemudian, kami tiba ke destinasi pertama iaitu Muzium Pulau

    Pinang. Di sini kami dapat mengetahui sejarah pembukaan Pulau Pinang dengan

    lebih mendalam.

    Pada 12.30 tengah hari pula, kami ke Bukit Bendera. Pemandangan dari

    puncak Bukit Bendera sungguh indah sekali. Sebahagian besar Pulau Mutiara

    seperti bangunan-bangunan tinggi dan feri serta kapal yang belayar dapat

    dilihat dari sini.

    Pada pukul 4.00 petang, kami telah dibawa untuk membeli barangan

    sebagai kenang-kenangan di sebuah pasaraya terbesar di sini.

    Tepat jam 6.00 petang, kami pun bertolak pulang dengan memperolehi

    pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru. Kami berasa gembira kerana

    dapat melawat pelbagai tempat yang menarik semasa lawatan tersebut. Kami

    berharap agar pihak sekolah akan mengadakan lawatan lagi.

    Laporan disediakan oleh. 27 Ogos 2012

    Soo Yi Chia

    ........................

    (Soo Yi Chia)

    9 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    10/19

    iii. Berita

    Pasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri

    kenderaan di Kangar. Tuliskan berita tentang kejadian tersebut.

    Rangka Karangan:

    a. Pendahuluan

    - Pasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kenderaan

    b. Isi penting

    - Berjaya mengesan beberapa kenderaan curi

    - Membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta- Polis menjumpai alat ganti kenderaan

    c. Penutup

    - Seorang lelaki dicari

    -dapat membantu polis

    KANGAR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu

    sindiket mencuri kenderaan di sekitar bandar ini. Pihak polis berjaya

    mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.

    Jurucakap polis, Inspektor Jamal Abdul Salam menyatakan bahawa

    siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut

    jurucakap itu lagi, beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.

    Kejayaan kepada penangkapan ini adalah hasil maklumat orang ramai.

    Pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di

    Jalan Ipoh sebaik menerima maklumat. Lima orang ditahan dalam serbuan itu.

    Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu curi dan plat nombor kereta

    palsu di bengkel tersebut.

    10 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    11/19

    Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari

    seorang lelaki yang bernama Mutusamy. Dia dipercayai dapat membantu polis

    dalam kes tersebut.

    Tuliskan sebuah berita tentang kejadian banjir.

    Rangka Karangan:

    a. Pendahuluan

    - Hujan yang lebat mengakibatkan banjir

    b. Isi penting

    - mangsa banjir berpindah- Keadaan banjir di kampung berkenaan

    - bantuan diberikan

    c. Penutup

    - Nasihat pihak polis

    PADANG BESAR, 16 NOVEMBER 2012 Hujan yang turun mencurah-curahselama tiga hari telah mengakibatkan Kampung Titi Tinggi Hilir dilanda banjir.

    Penduduk kampung itu terkejut kerana banjir yang melanda kampung mereka

    kali ini lebih teruk berbanding sebelum ini.

    Setelah air naik ke paras bahaya, pihak berkuasa telah mengarahkan

    penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk

    berpindah ke tempat yang selamat. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh

    pasukan penyelamat dan ditempatkan di dewan orang ramai.

    Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana

    banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk

    kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.

    Ketua bilik gerakan banjir kampung itu, Encik Azizan Khamis

    memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit

    11 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    12/19

    bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa banjir itu. Dalam pada itu

    pihak polis menasihatkan penduduk kampung supaya sentiasa bersedia dan

    berwaspada dalam menghadapi situasi banjir.

    Sebuah sekolah telah mengadakan Seminar UPSR. Tuliskan berita tentang

    peristiwa tersebut.

    Rangka Karangan:

    a. Pendahuluan

    - Peristiwa berlaku

    - Tempat, tarikh, masa dan penglibatan

    b. Isi penting

    - Tujuan program

    - Petikan kata dari mereka yang terlibat

    - Penutupan dan pesanan

    c. Penutup

    - Akan adakan lagi

    PADANG BESAR, Ahad Seramai 50 orang murid Sekolah Kebangsaan Taman

    Jaya telah mengikuti Seminar UPSR yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa

    dan Guru. Seminar yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang

    menggalakkan daripada para pelajar.

    Menurut pengerusi PIBG Encik Kassim Yahya, tujuan program ini

    diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara

    belajar untuk persediaan menghadapi UPSR. Program ini diadakan di Kem SeriGemilang selama tiga hari iaitu pada 3 Mac 2012 hingga 5 Mac 2012.

    Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada

    pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana menganjurkan

    program ini, kata Encik Rahmat Ani yang ditemui pada hari penutup program.

    12 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    13/19

    Seminar ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh

    Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis. Beliau menyeru agar murid-

    murid dapat memanfaatkan perkara yang diperoleh dalam seminar ini demi

    kejayaan dalam UPSR.

    Pihak penganjur menyatakan akan mengadakan lagi program sebegini

    kerana ia berfaedah kepada murid-murid.

    iv. Surat Kiriman Tidak Rasmi

    Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang

    persedidaan kamu untuk menghadapi UPSR.

    Rangka Karangan:

    a. Pendahuluan

    - Bertanya khabar

    - Tujuan menulis surat

    b. Isi penting

    - Menyediakan jadual harian

    - Menghadiri kelas tambahan

    - Menghadiri seminar dan kem motivasi

    c. Penutup

    - harap ceritakan juga persediaannya

    13 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    14/19

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    15/19

    Kamu telah pergi bercuti bersama keluarga. Tuliskan sepucuk surat

    kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang percutian kamu.

    Rangka Karangan:

    a. Pendahuluan

    - Bertanya khabar

    - Tujuan menulis surat

    b. Isi penting

    - Melawat Underwater World

    - Mandi-manda di pantai

    - Menaiki kereta kabel

    c. Penutup

    - harap ceritakan juga percutiannya

    No. 47, Jalan Kenari,

    Taman Kim,

    02100 Padang Besar,

    Perlis.

    3 Januari 2012

    Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Suzy yang berada di Alor

    Setar. Semoga saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

    Saudari,

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun

    Baru 2012. Saya menulis surat pada kali ini untuk menceritakan tentang

    percutian saya pada cuti yang lalu.

    Pada cuti itu saya berpeluang bercuti di Pulau Langkawi. Mula-mula

    kami ke Underwater World. Di sini kami dapat melihat pelbagai hidupan air

    samada yang besar atau kecil dengan begitu jelas. Saya begitu tertarik

    dengan pertunjukan penguin dan anjing laut.

    15 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    16/19

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    17/19

    Andaikan bahawa anda tinggal bersama nenek anda . Anda ingin

    menyertai rombongan sekolah ke beberapa tempat menarik di Kuala

    Lumpur. Tuliskan surat kepada ayah anda untuk meminta kebenaran

    daripadanya.

    Rangka Karangan:

    a. Pendahuluan

    - Bertanya khabar

    - Tujuan menulis surat

    b. Isi penting

    - Butiran lawatan

    - Tujuan lawatan

    - Mohon kebenaran

    c. Penutup

    - bertemu lagi

    No. 34, Taman Kim,

    02100 Padang Besar,

    Perlis.

    3 Jun 2012

    Ke hadapan ayahanda dan keluarga yang diingati selalu. Semoga

    keluarga di Pulau Pinang berada dalam keadaan sihat sejahtera.

    Ayahanda,

    Terlebih dahulu anakanda ingin memaklumkan kepada ayahanda yang

    pihak sekolah anakanda bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajarke Kuala Lumpur. Lawatan ini bermula dari 1 Julai 2012 hingga 4 Julai 2012.

    Tujuan lawatan ini diadakan untuk menambahkan pengetahuan murid-

    murid. Antara tempat yang dicadangkan untuk dilawati ialah Petrosains,

    Muzium Negara, Taman Burung dan Menara Kuala Lumpur.

    17 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    18/19

  • 7/22/2019 Karangan Bhg B Berformat i

    19/19

    19 Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan