karangan berpandu

6
KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Upload: azmahothman66

Post on 20-Jul-2015

2.324 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Berpandu

KARANGANBERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Page 2: Karangan Berpandu

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Murid dapat mengenal pasti pelbagai jenis bahan rangsanganuntuk menulis karangan seperti gambar, jadual, carta, graf dansebagainya.

2. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga isi pentingberdasarkan bahan rangsangan yang dikemukakan.

3. Murid dapat membina ayat huraian berdasarkan isi penting secarabertulis.

4. Murid dapat menyusun isi-isi karangan mengikut keutamaan.5. Murid dapat menghasilkan pendahuluan dan penutup karangan

dengan baik.6. Murid dapat mengolah isi karangan dengan baik dan cemerlang.7. Murid dapat menghasilkan karangan berdasarkan maklumat yang

terdapat dalam bahan rangsangan dengan baik.8. Murid dapat menerapkan penggunaan peribahasa dalam karangan

yang ditulis untuk membentuk ayat yang gramatis dan menarik.9. Murid dapat memilih kata dan rangkai kata untuk membina ayat

yang gramatis bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan.

Page 3: Karangan Berpandu

Soalan: Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada hobi yang menjadi pilihan seseorang. Huraikan pendapat anda tentang faedahhobi kepada seseorang. Panjangnya huraian anda hendaklah tidakmelebihi 120 patah perkataan

Page 4: Karangan Berpandu

Kata kunci Faedah atau kebaikan hobi

Skop tajuk Hobi

Kehendak soalan Faedah seseorang itu mempunyai hobi

Langkah 1: Menganalisis Soalan.

Bil Isi Huraian

Isi 1 Kebanyakan orang mempunyai

hobi

Hobi mendatangkan kebaikan atau mempunyai

pelbagai faedah.

Isi 2 Menjimatkan perbelanjaan Hobi seperti berkebun dapat menjimatkan belanja

kerana tidak perlu membeli sayur- sayuran dan

hasilnya boleh dijual

Isi 3 Menyihatkan tubuh badan dan

membina otak yang cergas

Bersukan dapat merehatkan fikiran dn dapat

menjamin kesihatan

Isi 4 Mendapat ilmu pengetahuan. Dapat menambah ilmu pengetahuan yang

merangkumi pelbagai bidang.

Penutup Kesimpulan Hobi yan baik memberikan impak yang berguna

Langkah 2: Membina Rangka Karangan

Page 5: Karangan Berpandu

Langkah 3: Karangan LengkapSetiap orang pasti mempunyai hobi yang mendatangkan pelbagai

kebaikan. Seseorang yang tidak mempunyai hobi akan merasakan hidupnyakosong dan membosankan.

Salah satu kebaikan hobi adalah dapat mengisi masa lapang. Denganadanya hobi, seseorang itu dapat mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, merempit dan seagainya. Hobijuga boleh menjimatkan perbelanjaan. Jika kita berkebun, hasilnya boleh dijualsekiranya berlebihan. Kita juga tidak perlu membeli sayur-sayuran, sekali gusboleh menjimatkan perbelanjaan seharian. Hobi turut menyihatkan tubuhbadan dan mencerdaskan minda. Contohnya, dengan bersukan, seseorang itudapat merehatkan fikiran dan menjamin kesihatan. Seterusnya membina otakyang cerdas. Hobi membaca pula dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang. Jadi, pengetahuan seseorang itu akanbertambah.

Kesimpulannya, setiap orang mestilah bersikap bijak dalam memilihhobi yang berfaedah dan menguntungkan

(120 patah perkataan)

Page 6: Karangan Berpandu

Latihan:Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan pembakaranterbuka di sesebuah kawasan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Jelebu Penyakit

KemalanganIndustri

KESAN PEMBAKARAN TERBUKA