karangan berita banjir 2

Upload: eradidana

Post on 07-Jan-2016

319 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Karangan Berita : Kejadian Banjir

Kejadian banjir telah berlaku di tempat tinggal kamu. Tulis berita mengenai kejadian banjir tersebut.

Kemaman, Ahad Kejadian banjir telah melanda daerah Kemaman baru-baru ini. Beberapa kawasan telah dinaiki air setinggi antara 1 meter hingga 2 meter.

Kejadian banjir ini berlaku disebabkan hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama beberapa hari. Hal ini menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air dengan cepat. Masalah longkang yang tersumbat juga telah memburukkan keadaan.

Pihak berkuasa telah mengarahkan semua penduduk yang terlibat dengan banjir perpindah ke pusat pemindahan. Beberapa pusat pemindahan telah dibuka di kawasan yang terlibat dengan banjir. Di pusat perpindahan, mangsa-mangsa banjir dibekalkan dengan makanan, pakaian dan selimut.

Selepas beberapa hari, banjir mulai surut. Beberapa pusat pemindahan telah ditutup. Mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.

Pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat memberi bantuan kepasa mangsa-mangsa banjir. Antara bantuan yang diberikan ialah wang tunai dan makanan. Bantuan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir.

Mangsa banjir sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Mereka berharap banjir besar seperti tahun ini tidak akan berulang.