gerakan moa pasca banjir - moa.gov.mymoa+pasca… · moa sebagai pengerusi penyelarasan misi...

11
GERAKAN MOA PASCA BANJIR Bantuan pasca banjir bermula 6 Januari 2015. Peruntukan pasca banjir = RM3.5 juta. Sehingga 20 Januari 2015, bantuan yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM2.04 juta di seluruh negara. Seramai 2,900 (jumlah keseluruhan sukarelawan semasa dan pasca banjir 5,000 orang) sukarelawan daripada pelbagai agensi di bawah MOA selain nelayan tempatan berjaya dikumpulkan dan digerakkan ke 4 negeri melibatkan 38 parlimen untuk membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir selain membersihkan premis- premis yang dilanda bencana banjir ini. MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG MOA telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pasca Banjir berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Pengurusan Krisis Banjir yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada Selasa, 30 Disember 2014. Fokus Jawatankuasa ini adalah bantuan pasca banjir kepada Negeri Pahang Darul Makmur. Jawatankuasa Penyelarasan Pasca Banjir Negeri Pahang ini dipengerusikan oleh KSU MOA bersama SUK Pahang dan dianggotai oleh : (i) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); (ii) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF); (iii) Kementerian Sumber Asli dan ALam Sekitar (NRE); (iv) Kementerian Sumber Manusia (MOHR); (v) Kementerian Kerja Raya (KKR); (vi) Jabatan Kerja Raya (JKR); (vii) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM); (viii) IM4U; (ix) Pusat Khidmat Operasi Banjir (PKOB)/Majlis Keselamatan Negara (MKN); dan (x) Agensi-agensi di bawah MOA Untuk tujuan tersebut, kita telah menggariskan tiga (3) langkah yang akan dilakukan; 1) gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2) mengenalpasti keperluan-keperluan mangsa banjir selepas pulang ke rumah; 3) menyelaraskan sukarelawan yang akan ke kawasan-kawasan terjejas banjir untuk diberikan bantuan.

Upload: dangthien

Post on 14-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

GERAKAN MOA PASCA BANJIR

Bantuan pasca banjir bermula 6 Januari 2015.

Peruntukan pasca banjir = RM3.5 juta.

Sehingga 20 Januari 2015, bantuan yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM2.04

juta di seluruh negara.

Seramai 2,900 (jumlah keseluruhan sukarelawan semasa dan pasca banjir – 5,000

orang) sukarelawan daripada pelbagai agensi di bawah MOA selain nelayan tempatan

berjaya dikumpulkan dan digerakkan ke 4 negeri melibatkan 38 parlimen untuk

membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir selain membersihkan premis-

premis yang dilanda bencana banjir ini.

MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG

MOA telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pasca Banjir berdasarkan

keputusan Mesyuarat Khas Pengurusan Krisis Banjir yang telah dipengerusikan oleh

YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada Selasa, 30 Disember 2014. Fokus

Jawatankuasa ini adalah bantuan pasca banjir kepada Negeri Pahang Darul Makmur.

Jawatankuasa Penyelarasan Pasca Banjir Negeri Pahang ini dipengerusikan oleh KSU

MOA bersama SUK Pahang dan dianggotai oleh :

(i) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI);

(ii) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF);

(iii) Kementerian Sumber Asli dan ALam Sekitar (NRE);

(iv) Kementerian Sumber Manusia (MOHR);

(v) Kementerian Kerja Raya (KKR);

(vi) Jabatan Kerja Raya (JKR);

(vii) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM);

(viii) IM4U;

(ix) Pusat Khidmat Operasi Banjir (PKOB)/Majlis Keselamatan Negara (MKN); dan

(x) Agensi-agensi di bawah MOA

Untuk tujuan tersebut, kita telah menggariskan tiga (3) langkah yang akan dilakukan;

1) gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir;

2) mengenalpasti keperluan-keperluan mangsa banjir selepas pulang ke rumah;

3) menyelaraskan sukarelawan yang akan ke kawasan-kawasan terjejas banjir

untuk diberikan bantuan.

Page 2: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

2

MOA telah mengenalpasti sebanyak tujuh (7) daerah di seluruh Pahang yang terjejas

teruk dengan insiden banjir dan memerlukan bantuan khidmat pasca banjir ini.

Tujuh daerah berkenaan adalah Bera, Jerantut, Pekan, Maran, Kuala Lipis, Kuantan

dan Temerloh. Bagi membantu menyelaraskan tindakan bantuan yang diberikan,

mesyuarat koordinasi bersama pelbagai Kementerian yang telah diadakan sebelum ini

bersetuju dengan ketetapan untuk melantik beberapa Kementerian sebagai

Kementerian angkat seperti berikut :

(a) Daerah Bera – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

(b) Daerah Jerantut dan Kuantan – Kementerian Pertahanan (MINDEF)

(c) Daerah Pekan – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

(d) Daerah Lipis – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

(e) Daerah Temerloh – Kementerian Kerja Raya (KKR)

(f) Daerah Maran – Kementerian Sumber Manusia (MOHR)

Kementerian-kementerian ini akan membantu Majlis Keselamatan Negaran (MKN) dan

Pejabat SUK Pahang untuk menyediakan keperluan untuk aktiviti pembersihan dan

kemudahan bagi sukarelawan; selain mengenalpasti kerosakan dan kemusnahan di

daerah angkat masing-masing.

Kaedah agihan di Pahang

MEKANISME PENYALURAN

BIL PARLIMEN BIL KELUARGA

NILAI (RM)

1. Container/Box (14 Parlimen)

Pahang = 13 Parlimen

20300 2.03 juta

Pecahan agihan container

Bil Daerah Kuantiti Bil

1 Bera 1,000 7 Kuala Krau 2,386

2 Temerloh 3,147

8 Maran 1,969

3 Jerantut 1,233 9 Indera Mahkota 1,451

4 Kuala Lipis 1,066 10 Kuantan 2,323

5 Rompin 120 11 Raub 200

6 Pekan 3,073 12 Paya Besar 2,032

13 Jelai 300

JUMLAH PAHANG 20,300

Page 3: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

3

Kandungan container

BIL JENIS BARANG Qty BIL JENIS BARANG Qty

1 Minyak 1kg 1 9 Garam 400g 1

2 Tepung 1kg 1 10 Pes Nasi

Goreng 3

3 Gula 1kg 1 11 Serbuk Kopi 1

4 Ikan Bilis 200g 1 12 Serbuk Teh 1

5 Sardin 1 13 Serunding 1

6 Kicap 340mL 1 14 Makanan Dalam

Tin (Kari Ayam) 2

7 Sos Cili 280mL 1 15 Biskut Tin 1

8. Mee Segera 5 16 Nanas Dalam

Tin 1

17 Beras 1

TEKUN NASIONAL DAN AGROBANK

TEKUN Nasional mengambil inisiatif meringankan beban dan kesusahan yang

dihadapi usahawan-usahawan TEKUN ini dengan menawarkan pelan pemulihan seperti

berikut kepada peminjam-peminjam yang terlibat :

1. Menangguhkan bayaran balik pinjaman bulanan sehingga 3 bulan.

2. Penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman.

3. Pengeluaran simpanan pinjaman

4. Suntikan modal pinjaman baru (fast track) sebanyak RM 10,000 (tertakluk pada

syarat & kelayakan).

Kita faham bahawa walaupun sebahagian pasar tani dibuka semula, tetapi masih ada

peniaga menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan kerana peralatan dan

barang niaga musnah dalam banjir. Justeru, kita sediakan ‘laluan khas’ kepada

usahawan yang terlibat dengan banjir untuk mendapat pinjaman segera RM10,000

tersebut.

Anggaran jumlah keseluruhan usahawan TEKUN yang terjejas banjir adalah seramai

21,462 peminjam dengan nilai baki pinjaman sebanyak RM136.9 juta seluruh

negara.

Page 4: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

4

Agrobank juga telah mengumumkan pelan bantuan bagi pelanggan-pelanggan yang

terjejas kerana banjir. Pelan tersebut termasuk :

1. Moratorium atau penangguhan bayaran ansuran pembiayaan untuk pelanggan yang

kehilangan sumber pendapatan dan mengalami kemusnahan projek 80-100% -

boleh dipertimbangkan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga 12 bulan.

2. Penyusunan dan penstrukturan semula pembiayaan.

3. Pengecualian caj bagi penggantian kad ATM dan Buku Simpanan yang telah

musnah dalam bencana banjir.

Anggaran kerosakan projek terjejas banjir adalah melibatkan 13,744 peminjam dengan

nilai baki pinjaman sebanyak RM565.3 juta seluruh negara.

PASAR TANI KHAS PASCA BANJIR

Saya telah lancarkan jualan khas di pasar tani terpilih seluruh

negara yang menawarkan potongan harga sebanyak 16-80% bagi barangan makanan

32 komoditi seperti sayur-sayuran, ikan, telur, ayam serta beras.

Pasar Tani Khas ini beroperasi di 67 buah lokasi di 51 buah parlimen

yang terjejas banjir.

Tempoh pelaksanaan : 10 Januari 2015 sehingga 1 Februari 2015

(tertakluk kepada perubahan keadaan semasa), mengikut waktu operasi pasar tani dan

tambahan 1 hari di lokasi yang sama (tertakluk kepada kelulusan PBT).

Penyertaan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, NEKMAT,

NAFAS, BERNAS, Pusat Operasi FAMA dan Usahawan Pasar Tani / Ladang Kontrak.

Kakitangan akan menjual sendiri bahan makanan di pasar tani.

Sebagai contoh, beras ST15. Harga kawalan adalah RM18.50

namun dijual pada harga kos iaitu RM16.50. Begitu juga dengan JPV dan NAFAS turut

menjual harga telur ayam dengan harga yang murah sebanyak 16-60 %.

Namun harus diingat, kita tidak menjadi pemborong bagi

keseluruhan bahan makanan yang ada. Kita hanya ingin membantu rakyat dengan

memudahkan dan meringankan beban mereka.

Bantuan segera RM1,000 oleh FAMA untuk keperluan peniaga

pasar tani dalam bentuk peralatan perniagaan seperti kanopi, meja, lapik meja, alat

timbang, baju uniform, apron dan lain-lain.

Page 5: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

5

JANGKA MASA PEMULIHAN BAGI SEKTOR PERTANIAN DAN PENTERNAKAN.

Jangka masa pemulihan bagi sektor pertanian boleh dibahagikan kepada dua (2)

peringkat iaitu pemulihan jangka masa pendek dan pemulihan jangka masa panjang.

Jangka masa pendek

o Langkah awal Kementerian dalam proses pemulihan adalah dengan

menjalankan Program Pasca Banjir bertujuan untuk membersihkan beberapa

kawasan banjir yang terlibat.

o Memberi bantuan dalam bentuk wang ehsan melalui Tabung Bencana

Agromakanan MOA kepada petani, penternak yang terlibat bagi membantu

mereka memulakan semula aktiviti pertanian.

o Mengenal pasti dan membaiki kerosakan infrastruktur yang kritikal dan

berkeutamaan tinggi bagi membolehkan petani meneruskan kembali aktiviti

pertanian mereka.

o Pembaikan infrastruktur pertanian ini akan dijalankan segera dengan

menggunakan peruntukan pembangunan 2015 sedia ada Kementerian.

o Antara kerosakan segera yang perlu dibaik pulih adalah pembaikan jalan ladang,

pintu air dan rumah pam.

Jangka masa panjang

o Bagi kerosakan yang besar dan tidak begitu kritikal, pembaikan akan dijalankan

pada tahun 2016.

o Kos pembaikan kerosakan ini akan menggunakan peruntukan di bawah RMK-11.

Page 6: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

6

INISIATIF KHUSUS YANG AKAN DIAMBIL OLEH MOA DALAM MENANGANI ISU YANG

SAMA PADA MASA AKAN DATANG

MOA akan melihat semula perancangan pembangunan pertanian dengan mengambil

kira keperluan mewujudkan infrastruktur mengurangkan kesan akibat banjir.

MOA bersama-sama dengan Agensi teknikal akan merangka kaedah yang lebih sesuai

bagi menaik taraf sistem pengairan dan saliran pertanian bagi membantu

mengurangkan masalah banjir di negeri yang terlibat.

Dengan cara ini sistem pengairan di bawah Kementerian tidak menjadi penyumbang

kepada masalah banjir yang berlaku.

Selain itu, Kementerian juga akan mengkaji amalan-amalan dalam pertanian bagi

mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

NASIHAT

Semua agensi di bawah MOA diarahkan supaya bertindak secara proaktif mendaftar

jumlah petani dan penternak yang mengalami kerugian akibat musibah banjir di

beberapa negeri terlibat.

Pendaftaran ini adalah penting agar bantuan dapat disalurkan kepada golongan yang

terjejas dengan musibah sekaligus membantu mereka memulihkan kehidupan.

Kementerian sentiasa bersedia membantu mereka yang mengalami kerugian akibat

banjir tetapi laporan kerosakan perlu dikemukakan kepada agensi berkaitan.

Kita juga sedar bahawa mangsa banjir mungkin berdepan kesukaran untuk membuat

laporan kerugian secepat mungkin kerana tumpuan mereka sekarang ini lebih kepada

membersihkan premis kediaman yang dilitupi lumpur tebal.

Pegawai agensi berkaitan boleh meminta kerjasama ketua kampung atau pemimpin

setempat untuk membantu membuat tafsiran kerugian dengan segera.

Kementerian tidak akan menunggu sehingga banjir surut sepenuhnya untuk

menyalurkan bantuan kerana masih ada mangsa tinggal di pusat pemindahan. Mana-

mana mangsa banjir yang membuat laporan lengkap awal mereka akan diberi bantuan

diperlukan.

Bantuan yang disediakan tidak semestinya dalam bentuk material tetapi melibatkan

peralatan, benih pokok dan benih ternakan seperti ikan.

Page 7: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

7

Jaga kesihatan diri sendiri - pakai mask dan sarung tangan sepanjang masa dalam

kerja-kerja pembersihan.

Pastikan sumber minuman dari bekalan air yang bersih, seelok-eloknya air minuman

botol/bekas tertutup.

PENGHARGAAN

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat; semua agensi di bawah MOA, warga

kerja seluruh kementerian, agensi dan jabatan, pemimpin-pemimpin tempatan, orang

ramai dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

Page 8: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

8

SEKITAR MISI BANTUAN BANJIR

Page 9: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

9

Page 10: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

10

Page 11: GERAKAN MOA PASCA BANJIR - moa.gov.myMOA+PASCA… · MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG ... gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir; 2)

11