dialog_bencana banjir 2014

2

Upload: nurlinaramzan

Post on 10-Feb-2016

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Dialog bencana banjir besar 2014

TRANSCRIPT

DIALOG BENCANA BANJIR 2014 : RESPONS DASAR, TINDAKAN DAN PENYELIDIKAN

Bencana Banjir Besar 2014 merupakan fenomena bencana banjir paling serius pernah berlaku di lembangan Sungai Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu. Banjir ini telah mengubah persepsi masyarakat ia bukan lagi peristiwa atau pesta, tetapi bencana alam yang mengerunkan. Negeri Kelantan seakan lumpuh, beberapa bandar dan ratusan pekan serta kampung ditenggelami air bah. Bencana ini telah mengakibatkan kehilangan 25 nyawa, lebih 500,000 penduduk terjejas, sementara kerosakan harta awam bernilai lebih RM2.85 bilion. Ini tidak termasuk kerosakan harta swasta dan persendirian serta kesangsaraan yang dialami masyarakat selepas bencana.

Satu kajian ringkas forensik bencana banjir telah dijalankan pada Januari hingga Mac 2015 oleh sekumpulan pasukan pakar dari beberapa buah universiti tempatan iaitu UMT, UTM, UMK, UKM dan USM. Respon dasar, tindakan dan penyelidikan yang dikemukakan dari kajian ini adalah berasaskan kepada penelitian berkaitan punca dan faktor penyebab bencana banjir, keberkesanan amaran awal, kesedaran awam, kesiapsiagaan komuniti terjejas, dan keberkesanan operasi bantuan dan menyelamat serta aktiviti pasca-bencana.

Laporan kajian memberikan penekanan kepada keseluruhan kitaran pengurusan bencana, penjelasan dan syor dibuat berasaskan Kerangka Tindakan Hyogo (Hyogo Framework for Action) yang memberikan penekanan kepada lima komponen berikut:

a. Amalan pengurungan risiko banjir berasaskan pengukuhan institusi;

b. Tindakan memperkukuhkan amaran awal;

c. Pembudayaan keselamatan melalui pendidikan dan inovasi;

d. Mekanisma mengurangkan faktor risiko; dan

e. Kesiapsiagaan awam dan keberkesanan respons.

Laporan kajian juga mengguna pakai kerangka pengurusan pengurangan risiko bencana secara bersistem seperti yang dicadangkan dalam Deraf Pelan Tindakan Kebangsaan Pengurungan Risiko Bencana (myDRR).

Faktor risiko bencana yang boleh ditangani pada tahap pencegahan, mitigasi dan kesiapsiagaan boleh dilaksanakan secara lebih kos efektif daripada tindakan pasca-bencana iaitu semasa respons kecemasan dan proses pemulihan.

Sesi dialog bersama semua pihak berkepentingan ini penting untuk meneliti 12 syor respons dasar dan perancangan; 12 syor tindakan susulan dan penambahbaikan; dan 12 cadangan penyelidikan dan pembangunan yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak dalam membudayakan pengurusan pengurangan risiko bencana bagi memastikan pembangunan negara terus rancak dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.

ATUR CARA

08.30 Pendaftaran

09.15 Ketibaan Tetamu Kehormat

09.30-10.30 Ucaptama dan Perasmian Tan Sri Prof. Dr. Zakri Abdul HamidPenasihat Sains YAB Perdana Menteri, Pengerusi Majlis Professor Negara

10.30-11.00 Rehat / Minum Pagi

11.00-11.45 Bencana Banjir Besar 2014: Respons Dasar, Tindakan & Penyelidikan

Dato’ Prof. Emeritus Dr. Ibrahim KomooPenyelaras, Pasukan Bertindak Kajian Forensik Banjir 2014Ketua, Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara

11.45-12.30 Bencana Banjir Besar 2014:Laporan Kajian Forensik

Prof. Dr. Zulkifli YusofWater Research Alliance, Fakulti Kejuruteraan Awam UTM

12.30-14.00 Makan Tengahari

14.00-15.30 DIALOG BENCANA BANJIR 2014: Respons Dasar, Tindakan dan Penyelidikan

Pengukuhan Institusi Dalam Pengurangan Risiko Bencana BanjirPengerusi: Prof. Ir. Ahmad Jusoh (UMT)

Memperkukuh Sistem Amaran AwalPengerusi: Prof. Dr. Zulkifli Yusof (UTM)

Pendidikan Awam dan Pembangunan KeupayaanPengerusi:Prof. Madya Dr. Aweng Eh Rak (UMK)

Mekanisme Mengurangkan Faktor RisikoPengerusi: Prof. Joy Jacqueline Pereira (UKM)

Kesiapsiagaan Awam dan Keberkesanan ResponsPengerusi: Prof. Dr. Kamarulazizi Ibrahim (USM)

15.30-16.00 Rehat / Minum Petang

16.00-17.30 Sesi Pleno Bencana Banjir Besar 2014 - Respons Dasar, Tindakan dan PenyelidikanPengerusi : Dato’ Prof. Emeritus Dr. Ibrahim KomooAhli Panel : Prof. Ir. Ahmad Jusoh, Prof. Dr. Zulkifli Yusof, Prof. Madya Dr. Aweng Eh Rak, Prof. Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr. Kamarulazizi Ibrahim

Respons Bencana

Kesiapsagaan

Mitigasi Bencana

Pencegahan Bencana

Pemulihan

Kitaran Pengurusan Bencana berasaskan myDRR