misi kemanusiaan traumatik mangsa banjir · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa...

20
Penyebar Maklumat Terkini ISSN 0127-886X JANUARI Bil.1/2015 MISI KEMANUSIAAN UUM SELAMI TRAUMATIK MANGSA BANJIR MISI KEMANUSIAAN UUM SELAMI TRAUMATIK MANGSA BANJIR

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Penyebar Maklumat Terkini

ISSN 0127-886X JANUARI Bil.1/2015

MISI KEMANUSIAAN UUM SELAMI TRAUMATIK MANGSA BANJIR

MISI KEMANUSIAAN UUM SELAMI TRAUMATIK MANGSA BANJIR

Page 2: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus
Page 3: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Sidang PengarangPENASIHATProf. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak

PENGARANG URUSANAhmad Rasidi Abdullah

KETUA PENGARANGAzahari Azmi

PENYELARAS PENERBITANMohammad Amzari Bakri

PENGARANGSiti Zaleha Ahmad NadzimAmir Aizat SainonNordiana ShafieeNurul Hanis Abd. Halim

SUNTINGAN BERITASiti Fatimah Abdullah

PEMBACA PRUFNor Azizah Ismail

GRAFIKNor Azli Abdul AzizUmi Kalsum Othman

FOTOGRAFIShamsaimi EzilMuhammad Shamsul ShafieAbdul Halim HusainHairul Nizam Zahari

CETAKANSeksyen Penerbitan KorporatUnit Komunikasi Korporat

EDARANUnit Komunikasi Korporat

Sebarang berita

boleh dihantar

terus melalui e-mel

atau pos kepada:

KETUA PENGARANGBULETIN UNIUTAMA,UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, JABATAN CANSELORI,UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, 06010 UUM SINTOK,KEDAH DARUL AMAN.

Telefon: +604 928 3040Faks: +604 928 3053E-mel: [email protected]

KandunganBuletin Uniutama | Universiti Utara Malaysia

Seminar & Bengkel

SUKARELAWAN BELAJAR ILMU PSIKOSOSIAL

Aktiviti Mahasiswa

KOMITED BELAJAR BAHASA MANDARINMOBILITI PELAJAR BELAJAR KEUSAHAWANAN

Berita Kampus

SEKRETARIAT IAHA DIRAIMUSAFIR ILMU AL-MAQDISIBAITULMAQDIS PERLUAS JARINGAN ANTARABANGSAPELAKON TANAH KUBUR BUAT DOKUMENTARIDUNIA WUJUD KERANA NABI MUHAMMAD SAWKENAPA CINTA PADA RASULULLAH BEGITU PUDAR?- SYEIKH NURUDDIN

Berita Semasa

MISI KEMANUSIAAN UUM SELAMI TRAUMATIK MANGSA BANJIRUUM HULUR RM293,000 KEPADA MANGSA BANJIRTIGA SEKOLAH DI KELANTAN TERIMA BANTUANSAYU HIBA LIHAT KEMUSNAHAN DEPAN MATAPSB KUMPUL SUMBANGAN MANGSA BANJIR59 STAF TERIMA WATIKAH PELANTIKAN PENJAWAT UTAMAUUM METERAI MoU DENGAN ASIAN INSTITUTE CHARTERED BANKERGALAK PELAJAR ASEAN JADI SUKARELAWANPERSEMBAHAN KEK UNTUK TUANKU SULTAN KEDAHTAMING SARI KE LAYARACADEMIA LOUNGE KEDUA BAKAL DIBANGUNKAN

Page 4: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

2014 menutup tirai dengan tragedi menyayat hati. Bah besar yang melanda pantai timur memusnahkan harta dan nyawa ibarat tsunami kecil yang meninggalkan trauma dalam kalangan mangsa banjir.

Penderitaan yang dialami mereka terus mendapat perhatian UUM dengan melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan UUM Untuk Mangsa Banjir yang disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Atas semangat ukhuwah, 216 sukarelawan bersama enam buah bas, lori, pacuan empat roda dan kenderaan serba guna (MPV) berkampung di Machang, Kelantan selama lima hari bagi membantu operasi pasca banjir membersihkan rumah dan sekolah.

Antaranya, Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kedah, Majlis Mahasiswa Negeri Kedah, Persatuan Radio Amatur Kedah dan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM).

Menyedari banjir yang sangat traumatik, UUM turut menawarkan khidmat perubatan dan kaunseling kepada mangsa banjir yang stress akibat bencana yang menimpa.

Terdahulu pada 30 Disember 2014, 16 kakitangan UUM telah memulakan misi bantuan ke kawasan terjejas banjir untuk agihan sumbangan barangan keperluan seperti pakaian dan makanan kepada mangsa banjir. Misi Bantuan Kemanusiaan UUM Untuk Mangsa Banjir Fasa 2 diteruskan pada 16 Januari dengan penyertaan lebih 500 warga UUM.

Bantuan kilat terus disalurkan apabila 560 sukarelawan warga UUM berlepas ke Kelantan dan Pahang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur untuk kerja pembersihan dan pemulihan pasca banjir.

MISI KEMANUSIAAN UUM SELAMI TRAUMATIK MANGSA BANJIR

MISI KEMANUSIAAN UUM SELAMI TRAUMATIK MANGSA BANJIR

BeritaSemasa Buletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

4

Page 5: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

UUM HULUR RM293,000 KEPADA MANGSA BANJIRUUM menghulur sumbangan bernilai RM293,000 kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk diagihkan kepada mangsa banjir Pantai Timur pada majlis pelancaran Tabung Bantuan Banjir KPM di Putrajaya.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyerahkan Mock Cheque kepada Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa, Datuk Zuraidah Atan yang disaksikan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh. Sumbangan UUM itu merupakan yang tertinggi diterima KPM. Bantuan dana pertama itu secara keseluruhannya berjumlah RM1.5 juta hasil sumbangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta. Idris mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan sokongan semua IPT dan sukarelawan yang menghantar bantuan kaunseling, perubatan, wang, makanan dan pakaian. “Dalam tempoh dua hari kita mengutip RM1.5 juta ini sesuatu yang luar biasa, namun masih banyak perlu dilakukan untuk fasa pasca banjir yang mengalami kemusnahan besar dan memerlukan pembaikan segera,” ujarnya.

Tiga buah sekolah di Machang yang terjejas akibat bencana banjir menerima sumbangan daripada UUM. Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Mak Wan dan SK Bandar yang juga sekolah angkat UUM serta SK Paloh Rawa menerima sumbangan baucer pakaian sekolah, alat tulis, komputer, sejadah dan al-Quran. Persatuan Alumni UUM turut menyumbangkan wang berjumlah RM5,000 dan barangan bernilai RM10,000 kepada sekolah tersebut. Ahli Parlimen Machang, Dato’ Haji Ahmad Jazlan Dato’ Yaakub dalam ucapannya bersyukur atas kesudian UUM menghantar sukarelawan dan sumbangan kepada beberapa sekolah yang terjejas teruk. Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir Fasa 2 ini melibatkan 560 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar UUM untuk membantu kerja pembersihan dan pemulihan pasca banjir di negeri Kelantan dan Pahang.

TIGA SEKOLAH DI KELANTAN TERIMA BANTUANTIGA SEKOLAH DI KELANTAN TERIMA BANTUAN

BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

5

Page 6: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

SAYU HIBA LIHAT KEMUSNAHAN DEPAN MATADari atas bukit kemusnahan lagi dahsyat dan jelas dapat disaksikan, rumah dihanyutkan arus deras, haiwan ternakan mati bergelimpangan dan nyawa menjadi taruhan.

“Perasaan bercampur baur dan menyentuh hati tatkala melihat keadaan mangsa, rumah yang musnah dan kehilangan harta dalam sekelip mata.

Bagi meringankan beban yang ditanggung, Misi Bantuan Kemanusiaan UUM menjalankan proses pembersihan pasca banjir dan menghulur sumbangan.

“Dengan kerjasama ketua kampung kita dapat mengenal pasti keluarga yang terjejas teruk termasuk Alumni UUM dengan mengagihkan barang keperluan kepada 150 keluarga di Kampung Joh, Machang,” cerita Prof. Madya Dr. Chek Derashid.

Ujarnya, ketika menghulur sumbangan sukarelawan dapat menyelami kesusahan mangsa menghadapi bencana banjir sekali gus meringankan beban yang ditanggung.

Sukarelawan, Adilah Ishak berkata, tidak hairanlah mangsa banjir mengalami trauma kerana mereka menyaksikan kemusnahan yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Tengok sekolah tak apa lagi, tapi bila semakin jauh masuk kampung kelihatan lumpur tebal merata ceruk, jambatan, jalan raya rosak dan rumah tunggang-langgang terus rasa sebak”.

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) mengambil inisiatif mengumpul wang tunai dan pakaian terpakai dalam kalangan kakitangannya bagi membantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

PSB KUMPUL SUMBANGAN MANGSA BANJIRKetua Pustakawan, Salleh Hudin Mustaffa berkata, bagi memudahkan tugas pengedaran semua sumbangan terutama pakaian terpakai telah diasingkan mengikut jenis sebelum dihantar ke tempat pengumpulan di DPP Petronas. “Sumbangan ini amat bermakna kepada mangsa yang serba kekurangan dan menunggu bantuan kita, terima kasih kepada staf yang prihatin terhadap saudara kita di sana,” ujarnya.

BeritaSemasa Buletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

6

Page 7: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Seramai 59 staf UUM menerima Watikah Pelantikan Penjawat Utama Universiti yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Dewan Sri Angsana, EDC-UUM. Naib Canselor dalam ucapan beliau meletakkan harapan kepada penjawat utama universiti yang dilantik itu supaya dapat memikul tanggungjawab dalam membantu universiti menjayakan matlamat UUM. “Penjawat utama ini juga adalah bagi memastikan pusingan terakhir Pelan Strategik Fasa 1 berjaya mencapai matlamat sebelum memulakan Pelan Strategik Fasa 2 yang bakal dilaksanakan mulai 2016 hingga 2020. “Fasa 2 ini lebih sukar dan mencabar kerana sasaran universiti lebih besar, justeru kita akan mula mengadakan bengkel-bengkel kecil di peringkat universiti, Pusat Tanggungjawab (PTJ) supaya semua orang dapat memberi sumbangan atau idea-idea bernas. “Kita akan memastikan juga semua orang akan terlibat secara langsung dengan memberi sumbangan mengikut konteks masing-masing. Oleh itu, kita memerlukan komitmen dan pembabitan semua peringkat universiti, namun demikian kita perlu melihat terlebih dahulu hasil dan halangan yang terdapat dalam Pelan Strategik Fasa 1 menjelang akhir tahun 2015 nanti,” ujarnya.

Tambahnya, tahun ini merupakan tahun yang penting untuk melaksanakan pelan universiti di peringkat akhir dan membuat perancangan

bagi tahun ke hadapan. Sehubungan itu, penjawat utama ini penting untuk memahami kelemahan dan kesilapan dalam Pelan Strategik dan mencari penyelesaian supaya tidak berulang lagi. Naib Canselor turut merakamkan ucapan tahniah kepada staf yang telah dilantik sebagai penjawat utama bagi peringkat Kolej dan Pusat Pengajian kerana sanggup memikul amanah dan tanggungjawab dalam menggerakkan pusat tanggungjawab masing-masing ke arah kecemerlangan.

Ujarnya, setiap lantikan baharu ini, universiti memerlukan orang baru untuk memberi suntikan dalam pentadbiran universiti di mana golongan ini dapat menyumbang idea segar serta dapat mencungkil bakat kepimpinan baru yang bersiap sedia dan memiliki latihan yang cukup sebelum layak mengambil alih kepimpinan.

59 STAF TERIMA WATIKAH PELANTIKAN PENJAWAT UTAMA

BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

7

Page 8: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Satu perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai antara UUM dan Asian Institute Chartered Banker (AICB) dalam bidang latihan dan pendidikan, yang berlangsung di Bilik Senat. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Hassan Ali mewakili UUM, manakala AICB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tay Lay Kuan saling bertukar dokumen perjanjian. Hassan berkata, majlis ini mencatat satu lagi peristiwa penting dalam kerjasama antara UUM dengan badan profesional.

“Dengan pemeteraian MoU ini akan menjadi langkah besar ke hadapan untuk memenuhi agenda pembangunan tenaga mahir Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kami menjangkakan menerusi perjanjian ini, program Sarjana Muda Perbankan dan Sarjana Perbankan akan terus dipertingkatkan dengan Pensijilan AICB serta memberi manfaat kepada pelajar dalam usaha memastikan sukatan pelajaran mengikut kehendak pasaran.

Tambahnya, usaha ini membuktikan penjenamaan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka dan menjadi tumpuan mengadakan kerjasama dengan penyedia latihan terkemuka di peringkat antarabangsa seperti AICB. AICB merupakan badan profesional terkenal dalam industri perbankan dan kewangan di Malaysia yang meningkatkan industri perbankan melalui peningkatan kualiti profesional yang bekerja dalam industri tersebut.

UUM METERAI MOU DENGAN ASIAN INSTITUTE CHARTERED BANKER

BeritaSemasa Buletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

8

Page 9: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

GALAK PELAJAR ASEAN JADI SUKARELAWANBanjir terburuk yang melanda Malaysia menyaksikan berduyun-duyun sukarelawan datang dari pelbagai ceruk rantau dunia mengembleng tenaga membantu mangsa banjir sekali gus menunjukkan pentingnya semangat sukarelawan dalam kalangan belia.

Lantas, College of Arts and Sciences (CAS) menganjurkan “The 1st ASEAN University Youth Summit 2015 (AUYS2015)” selama empat hari melibatkan 300 pelajar Malaysia dan ASEAN di bawah ASEAN University Network (AUN), Passage to ASEAN (P2A).

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata seminar ini menjadi platform kepada belia dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara ASEAN berkongsi idea dalam pembangunan belia khususnya dari aspek kesukarelawanan. Jelasnya, di samping meningkatkan kerjasama antara universiti di ASEAN seminar bertemakan Forging 1-ASEAN Youth Network Through Volunteerism diadakan sempena Malaysia menjadi pengerusi tuan rumah ASEAN pada tahun ini.

“Saya percaya peserta yang terdiri dalam kalangan belia mampu menangani isu yang timbul kerana belia adalah kuasa transformasi sosial, ekonomi dan politik yang sering menjadi golongan pertama yang menentang ketidakadilan,” ucapnya sebelum merasmikan majlis.

Mukhriz turut menyentuh isu belia di Asia termasuk pendidikan, pekerjaan, memperkasakan belia, kebuluran dan pelarian dalam kalangan belia.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan Malaysia melalui pelbagai peristiwa sepanjang 2014 antaranya tragedi pesawat MH370, MH17 dan QZ 8501 serta bencana banjir Pantai Timur yang menuntut semangat kesukarelawanan yang tinggi. “Bencana banjir di Pantai Timur baru-baru ini memperlihatkan pelbagai usaha sukarelawan yang bersama-sama membantu mangsa menunjukkan semangat kesukarelawanan perlu ditanam dalam diri setiap belia,” katanya.

BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

9

Page 10: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Ke-87, UUM mempersembahkan kek di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit.

Kek hasil tangan chef EDC-UUM yang unik dan menarik direka mengikut seni bina Anjung Tamu yang menjadi lambang kebanggaan warga UUM.

Kek berukuran 70 cm x 40 cm dengan berat 50 kilogram itu dipersembahkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Abdul Razak Saleh.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah) dan Yang

Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah) yang merupakan Canselor UUM.

PERSEMBAHAN KEK UNTUK TUANKU SULTAN KEDAH

BeritaSemasa Buletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

10

Page 11: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Academia Lounge kedua berkonsepkan resort in a forest bakal dibangunkan berhampiran Dewan Kuliah Gugusan 6 (DKG6), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC). Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak melawat tapak Academia Lounge yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini sambil diberikan taklimat oleh Ismadi Yaacob, Arkitek, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP). Academia Lounge pertama ditubuhkan di UUM College of Business (UUM COB) pada 2012 bertujuan membolehkan ahli akademik bertemu dan membincangkan aktiviti akademik dan penyelidikan dalam suasana santai dan selesa.

Taming Sari, satu nama yang tidak asing dan sarat dengan cerita sejarah.

Keris dipercayai berasal dari Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa yang dibawa ke Tanah Melayu oleh Laksamana Hang Tuah setelah menerimanya sebagai hadiah kerana memenangi pertarungan dengan pahlawan Majapahit. Bagi menyingkap kisah keris legenda tersohor dalam alam Melayu yang kini menjadi salah satu alat kebesaran Diraja Negeri Perak, Unifilm Studio (UNIFILM) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) akan menerbitkan dokumentari berjudul `Taming Sari: Semangat Besi`.

Naib Canselor UUM telah menghadap Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bagi penerbitan dokumentari, di Istana Perak. Tuanku Sultan Nazrin memberi sokongan penuh kepada usaha UUM dalam menghasilkan dokumentari tersebut.

“Usaha ini perlu dilaksanakan bagi mengangkat martabat tamadun Melayu di mata dunia, syabas dan terima kasih atas usaha UUM menerbitkan dokumentari tersebut,” titahnya. Majlis mengadap dihadiri Naib Canselor UUM, Pengarah Unifilm Studio (UNIFILM), Bahiyah Md Idris dan Subaidah Md Top, Pengarah Pengurusan Produksi FINAS. Bahiyah berkata, dokumentari yang berdurasi 45 minit itu memaparkan kedudukan Taming Sari sebagai alat kebesaran, penceritaannya dalam manuskrip Melayu tradisi dan revolusi fungsi keris dari zaman ke zaman.

“Dengan suntikan dana sebanyak RM120,000 daripada FINAS dokumentari warisan dan budaya dijangka siap menjelang Julai 2015,” ujarnya. Diarahkan bersama Azharul Azmir Kamarulzaman yang juga penulis skrip, dokumentari ini menjalankan pengambaran di Melaka, Perak, Surabaya dan Yogyakarta, Indonesia.

ACADEMIA LOUNGE KEDUA BAKAL DIBANGUNKAN

TAMING SARI KE LAYAR

BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

11

Page 12: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Sekretariat Persidangan Antarabangsa Sejarawan Asia Ke-23 (IAHA) 2014, diraikan pada Jamuan Penghargaan Sekretariat IAHA 2014 berlangsung di EDC-UUM.

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kejayaan penganjuran lima hari itu amat bermakna kepada universiti kerana buat julung kalinya UUM berjaya mengadakan satu persidangan berteraskan sejarah yang berprestij di peringkat antarabangsa. “Persidangan ini secara tidak langsung membuka dimensi baru dalam aspek kepengurusan tapak sejarah dan bangunan

SEKRETARIAT IAHA DIRAIwarisan yang terdapat di Kedah.

“Saya berharap persidangan bertaraf antarabangsa dan berimpak tinggi seperti ini dapat diteruskan lagi oleh setiap pusat pengajian,” ujarnya. IAHA 2014 diadakan pada 23 Ogos 2014 di TH Hotel, Alor Setar menghimpunkan ahli sejarahwan dari seluruh dunia yang membuat penyelidikan mengenai sejarah benua Asia dan Pakistan menjadi tuan rumah bagi Persidangan IAHA 2016 nanti.

BeritaKampus Buletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

12

Page 13: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) melancarkan projek Musafir Ilmu (Edutour) Al-Maqdisi untuk menyebarluaskan ketamadunan dan sumbangan ilmuwan Islam. Pengarah IEIJS, Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata Edutour menekankan konsep ibadah dalam permusafiran dan ilmu.

Ujarnya, projek ini bertujuan memantapkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan ilmu sejarah Islam dan kaitannya dengan hal ehwal semasa menerusi destinasi teladan oleh tokoh geografi dan permusafiran ulung, Al-Maqdisi.

“Menerusi konsep ini, pelancongan dilakukan atas semangat ibadah dilengkapi pengisian ilmu dan kita akan menyediakan modul bagi memberi pengetahuan kepada peserta mengenai sejarah destinasi yang dilawati,” ujarnya.

Tambahnya, program umrah berserta lawatan berorientasikan ilmu ke destinasi Timur Tengah seperti Mesir, Jordan serta Turki dijayakan bersama Imtiyaz Travel and Tours Sdn. Bhd. Dalam pada itu, satu syarahan khas bertajuk Istanbul: From the Prophet (PBUH) to the Hearts of Ummah disampaikan oleh Profesor Ulung Pelawat Pengajian Baitulmaqdis UUM, Prof. Dr. Abd Al-Fattah El-Awaisi. “Istanbul adalah antara destinasi yang perlu diziarahi kerana kota berkenaan pernah disebut Rasulullah dan di situ terletaknya makam sahabat baginda, Abu Ayyub Al-Ansari,” jelasnya di Pusat Islam.

MUSAFIR ILMU AL-MAQDISI

BeritaKampusBuletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

13

Page 14: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Perjanjian Persefahaman (MoU) dimeterai antara Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) dan The Academy for Islamicjerusalem Studies (ISRA) United Kingdom (UK), di Putrajaya.

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak memeterai bagi pihak IEIJS-UUM manakala ISRA diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Muhsin Kilby.

MoU ini membuka peluang kerjasama antarabangsa yang lebih luas dalam pelbagai disiplin pengajian Baitulmaqdis terutama dalam bidang penyelidikan.

ISRA yang sebelum ini dikenali sebagai Islamic Research Academy ditubuhkan pada tahun 1994 di UK telah membantu menginstitusikan bidang Pengajian Baitulmaqdis dalam pendidikan tinggi British dan berusaha memajukan pendidikan dan penyelidikan

umat Islam dengan mengkhususkan dalam Pengajian Baitulmaqdis.

Sementara IEIJS merupakan institusi akademik kedua di dunia selepas University of Aberdeen, Scotland dan yang pertama dan satu-satunya di negara Islam yang menggalakkan penyelidikan dan biasiswa dalam Pengajian Baitulmaqdis.

Mustafa berkata, pemeteraian MoU antara IEIJS-UUM dan ISRA menunjukkan bahawa IEIJS serius dengan peranannya memupuk keharmonian serantau dan global selaras dengan aspirasi pengantarabangsaan UUM dan agenda negara untuk menjadi hub pendidikan serantau dan global.

“Kerjasama ini akan mengukuhkan hubungan dan meningkatkan kolaborasi antara institusi yang memberi manfaat bersama dalam aktiviti penyelidikan dan kesarjanaan bidang pengajian Baitulmaqdis,” ucapnya.

BAITULMAQDIS PERLUAS JARINGAN ANTARABANGSA

BeritaKampus Buletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

14

Page 15: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

PELAKON TANAH KUBUR BUAT DOKUMENTARIPelakon Tanah Kubur yang memegang watak Tok Adi, Nasir Bilal Khan mengadakan kunjungan ke pejabat Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Beliau bersama produksi Tokoh Islam Kedah (TIK) disertai Dato’ Khamshah Abu Bakar membincangkan jalinan kerjasama dalam kerja penyelidikan tokoh Islam di negeri Kedah bagi proses dokumentari sebanyak 13 episod. Naib Canselor sedia bekerjasama menjalankan kajian TIK yang diketuai Pengarah Pusat Islam UUM, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak bersama penyelidik UUM selain Uniutama Film Studio dan Uniutama Holdings. kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dijangka akan dimeterai pada Februari depan.

BeritaKampusBuletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

15

Page 16: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

DUNIA WUJUD KERANA NABI MUHAMMAD SAWDarah mercik di kepalanya, namun baginda sanggup dihina, dipukul, luka supaya umatnya tidak dihina, disiksa di hari akhirat nanti, begitulah sayangnya Rasulullah pada umatnya dalam menyebarkan dakwah supaya kita hari ini kenal Allah dan sujud pada Allah yang satu.

Bagi mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW, Pusat Islam menganjurkan Seminar Adaptasi Keperibadian Rasulullah SAW Dalam Pengurusan Organisasi oleh Ebit Irawan Ibrahim Lew, di TH Hotel, Alor Setar.

Menurut Ebit, bukan senang Nabi kita menyebarkan Islam, dengan darah, air mata dan tenaga, baginda korbankan segala-galanya untuk Islam.

“Di saat kematian menghampirinya, ummati... ummati (umatku) meniti di bibirnya. Tunjukkan cinta kasih kita pada Rasulullah sebagai menghargai perjuangan baginda dengan ikuti apa yang disuruh dan tinggalkan larangan-Nya,” ulasnya.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Kedah Syeikh Dato’ Muhamad Baderuddin Ahmad berkata, Allah mencipta bumi, langit dan manusia kerana ingin mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan Islam.

Tambahnya, Nabi Muhammad satu-satunya tokoh yang tidak dapat ditandingi dalam aspek pengurusan sama ada pengurusan peribadi, kekeluargaan, masyarakat atau organisasi. “Perkara ini bukan sahaja diakui umat Islam tetapi turut diakui oleh penulis barat yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW adalah tokoh yang paling berpengaruh justeru, contohilah Rasulullah perilaku dan Sunah baginda,” ulasnya.

Beliau menyeru umat Islam mengambil iktibar dan teladan mengenai kisah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang amat mencintainya. “Para sahabat sentiasa menghadiri kuliah bersama Rasulullah SAW dan kusyuk mendengar hingga tersenyum apabila baginda membuka kisah syurga dan menangis apabila diceritakan neraka. “Betapa tingginya peradaban yang diajar Rasulullah dalam hati para sahabat, namun berbeza dengan manusia sekarang yang banyak melakukan dosa kerana melupakan mati dan mengejar dunia sehingga sanggup membunuh, rasuah, riba dan mencuri,” tambahnya.

BeritaKampus Buletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

16

Page 17: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Siapa yang menyelamatkan manusia daripada api neraka dan kemungkaran?

Siapa yang menyelamatkan manusia daripada melakukan syirik?

“Siapa lagi kalau bukan Nabi yang terakhir bagi umat Islam, Muhammad SAW, tetapi kenapa kita tidak pandai berterima kasih, kenapa cinta kita kepada Rasulullah begitu pudar?

“Jangan jadikan perbezaan yang ada seperti pangkat, darjat, jawatan sebagai penghalang untuk berbakti di jalan Allah seperti yang dilakukan Baginda. Demikian pesanan Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari pada Majlis Solat Sunat Dhuha dan Bual Bicara Bersama Ulama di Masjid Sultan Badlishah.

Beliau menyeru umat Islam sentiasa mengingati keagungan Rasulullah yang cekal dan tabah apabila menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya malah dihujani dengan umpat keji dan siksaan yang menyakiti batang tubuh baginda.

Tetapi katanya, lihat bagaimana kita sambut bola penuh semangat dan keseronokan, kalau menyambut hari kebangsaan, keputeraaan,

KENAPA CINTA PADA RASULULLAH BEGITU PUDAR? – SYEIKH NURUDDIN

kita libatkan semua peringkat bawahan hingga atasan begitu juga Hari UUM semua terlibat, tetapi bagaimana cara kita menyambut hari kelahiran junjungan besar.

“ S a m b u t a n n ya sangat menyedihkan sehingga orang bukan Islam tidak nampak siapa manusia agung yang sepatutnya disambut lebih besar daripada segala hari kebesaran yang ada barulah menunjukkan kecintaan kita pada Rasulullah,” ujarnya.

Beliau mempersoalkan kenapa cinta kepada Rasulullah begitu pudar sedangkan baginda penerima wahyu pertama daripada Allah.

“Sebabnya 2/3 daripada kontena hati kita penuh maksiat sebab itu nak pergi masjid berat, baca al-Quran malas yang saki baki waktu... lenguh, letih, stress bawa ke masjid sedangkan waktu segar dihabiskan dengan kerja dunia.

“Dunia... ke mana kita gunakan, kalau tahu bezakan antara cantik dan hodoh kita tidak akan diperbodohkan,” pesannya pada majlis yang mengupas keperibadian dan perjuangan Nabi yang bergema dengan alunan zikir.

Beliau melahirkan rasa sedih apabila ada yang meletakkkan al-Quran, hadis, kalimah Allah dan nama-nama mulia di atas lantai tanpa rasa hormat.

BeritaKampusBuletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

17

Page 18: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Seramai 96 sukarelawan yang ingin membantu mangsa banjir di negeri-negari pantai timur didedahkan dengan ilmu psikososial sebagai persediaan dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Bengkel Persediaan Sukarelawan Bantuan Banjir dikendalikan oleh Sharima Ruwaida Abbas, Pensyarah Kerja Sosial yang juga Sukarelawan Team Psikososial MERCY Malaysia di Pusat Konvensyen.

“Bengkel ini memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang kemahiran bantuan awal psikologikal apabila berdepan dengan

masyarakat yang ditimpa musibah.

“Kemahiran ini penting bagi membantu meningkatkan keupayaan psikososial mangsa yang berada dalam keadaan tertekan dan berisiko untuk mengalami trauma disebabkan bencana tersebut,” ujarnya dalam program anjuran Jabatan Pendaftar. Sejurus selepas itu, Ketua Jurulatih PALAPES UUM, Mejar Faridon Saad menyampaikan taklimat keselamatan operasi dikuti Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Rabi’ah Abdul Ghani dengan ceramah tentang kesihatan dan penjagaan diri semasa menjalankan misi di kawasan yang berisiko.

SUKARELAWAN BELAJAR ILMU PSIKOSOSIAL

Seminar&Bengkel Buletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

18

Page 19: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus

Pelajar Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang & Perniagaan, UUM COLGIS komited mengikuti Program Khas Bahasa Mandarin selama sembilan hari di SMMTC.

KOMITED BELAJAR BAHASA MANDARIN

Guru Bahasa, Tan Pin Wooi berkata, pelajar menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya menjawab semua soalan tahun 2014 daripada Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK) atau Chinese Proficiency Test untuk Tahap 1.

“Pada awalnya saya izngin mengajar satu bab sehari tetapi memandangkan prestasi dan kesungguhan pelajar, saya mengajar dua bab dalam sehari.

“Mereka hanya mengambil masa seminggu untuk menguasai tahap tersebut berbanding dengan pelajar sepenuh masa yang perlu mengikuti kelas selama satu semester,” jelasnya. Beliau mencadangkan agar pelajar menduduki peperiksaan HSK yang akan diadakan pada Mac 2015 dan sijil peperiksaan tersebut akan dikeluarkan oleh negara China yang memberi kelebihan kepada para pelajar ketika temu duga.

Pertukaran pelajar dalam bidang keusahawanan amat bermanfaat yang boleh dijadikan penanda aras kepada pelajar UUM untuk belajar selok-belok keusahawanan dengan berkongsi ilmu daripada pelajar luar negara.

Seramai 19 pelajar Babson College, Amerika Syarikat menyertai Program International Exchange of Entrepreneurial Youth Leader anjuran Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) di University Inn, UUM.Pengarah Eksekutif CEDI, Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Othman berkata, program julung kali diadakan bertujuan memberi pendedahan tentang ilmu keusahawanan antara pelajar UUM dan Babson College.

MOBILITI PELAJAR BELAJAR KEUSAHAWANANSementara itu, Prof. Dr. James Hoopes mewakili Babson College menyambut baik kerjasama yang ditawarkan oleh CEDI dan K-Commerce (M) Sdn Bhd untuk mengadakan pertukaran pelajar dalam bidang keusahawanan.

“Babson dan CEDI memiliki persamaan dalam jurusan keusahawanan dan program ini pastinya memberi kelebihan kepada pelajar agar berdaya saing berkongsi budaya, persekitaran dan bahasa yang berbeza,” ulasnya. Program selama tiga hari itu membabitkan pelajar UUM semester akhir jurusan keusahawanan yang terlibat dalam Program Start-up.

AktivitiMahasiswaBuletin Uniutama | Bil. 1 Januari 2015

19

Page 20: MISI KEMANUSIAAN TRAUMATIK MANGSA BANJIR · sukarelawan belajar ilmu psikososial aktiviti mahasiswa komited belajar bahasa mandarin mobiliti pelajar belajar keusahawanan berita kampus