karangan berformat perbahasan

9
KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN Perbahasan (Tips Penting) 1) Karangan jenis perbahasan mengkehendaki anda menyatakan hujah-hujah sama ada menyokong ataupun membangkang sesuatu tajuk yang telah diberikan. 2) Karangan jenis perbahasan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) perbahasan berbentuk pertandingan - anda dikehendaki berpendirian tetap serta perlu mematuhi segala prosedur perbahasan yang sepatutnya - anda haruslah memulakannya dengan kata-kata hormat atau kata alu-aluan. Contohnya, Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang amat saya geruni, guru-guru, murid- murid, serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati. (b) perbahasan bukan pertandingan (berdasarkan tajuk) - anda hanya perlu memberikan perhatian kepada format perbahasan seperti kata alu-aluan dan kata-kata penghadapan - anda hendaklah terus menulis hujah-hujah utama sahaja tanpa mengemukakan kata alu-aluan dan seumpamanya. Calon harus memulakan karangan dengan mendefinisikan tajuk, membahaskan tajuk mengikut kehendak soalan, dan mengegaskan pendirian anda terhadap tajuk tersebut. 3) Tajuk karangan jenis perbahasan biasanya berkaitan dengan perkara-perkara yang dapat menimbulkan dua pendapat yang bertentangan, iaitu sama ada menyokong atau membangkang sesuatu isu atau tajuk yang diberikan. 4) Sebelum menulis karangan perbahasan, anda harus jelas akan pendirian yang perlu diambil supaya penulisan anda nanti tidak mengelirukan. 5) Segala hujah anda haruslah tepat, meyakinkan, matang dan logik, serta menjawab kehendak soalan.

Upload: jeremy-gregory

Post on 12-Apr-2016

493 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

pelan strategik

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN

KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN

Perbahasan

(Tips Penting)

1) Karangan jenis perbahasan mengkehendaki anda menyatakan hujah-hujah sama ada menyokong ataupun membangkang sesuatu tajuk yang telah diberikan.

2) Karangan jenis perbahasan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) perbahasan berbentuk pertandingan- anda dikehendaki berpendirian tetap serta perlu mematuhi segala prosedur

perbahasan yang sepatutnya

- anda haruslah memulakannya dengan kata-kata hormat atau kata alu-aluan. Contohnya, Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang amat saya geruni, guru-guru, murid-murid, serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati.

(b) perbahasan bukan pertandingan (berdasarkan tajuk)- anda hanya perlu memberikan perhatian kepada format perbahasan seperti kata alu-

aluan dan kata-kata penghadapan

- anda hendaklah terus menulis hujah-hujah utama sahaja tanpa mengemukakan kata alu-aluan dan seumpamanya. Calon harus memulakan karangan dengan mendefinisikan tajuk, membahaskan tajuk mengikut kehendak soalan, dan mengegaskan pendirian anda terhadap tajuk tersebut.

3) Tajuk karangan jenis perbahasan biasanya berkaitan dengan perkara-perkara yang dapat menimbulkan dua pendapat yang bertentangan, iaitu sama ada menyokong atau membangkang sesuatu isu atau tajuk yang diberikan.

4) Sebelum menulis karangan perbahasan, anda harus jelas akan pendirian yang perlu diambil supaya penulisan anda nanti tidak mengelirukan.

5) Segala hujah anda haruslah tepat, meyakinkan, matang dan logik, serta menjawab kehendak soalan.

6) Semua fakta yang anda ajukan haruslah dihuraikan serta mempamerkan tahap kematangan yang dapat diterima oleh pemeriksa.

7) Gunakan bahasa yang mudah, tepat, padat dan meyakinkan. Hindarilah daripada menggunakan bahasa yang berbelit-belit atau berbunga-bunga.

8) Andai kata anda berperanan sebagai pihak pencadang, anda haruslah membentangkan hujah-hujah yang menyokong tajuk. Begitulah sebaliknya jika sebagai pembangkang, anda

Page 2: KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN

mesti mengutarakan hujah-hujah yang menentang tajuk serta perlu mematahkan hujah-hujah pihak pencadang dengan memberikan alasan yang meyakinkan.

9) Pada bahagian kesimpulan atau penutup, anda harus menegaskan semula dan merumuskan hujah-hujah yang telah dikemukakan lebih awal.

Format karangan perbahasan

(Kata alu-aluan + pengenalan dari tajuk bahas)

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________. Kata penegas

(Isi 1)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(Isi 2)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(Isi 3)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(Penutup)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 3: KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN

Contoh karangan

1. Anda mewakili pihak pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan yang bertajuk “Aktiviti menonton pita video mendatangkan banyak kesan negatif kepada kehidupan kita”. Tulis hujah anda selengkapnya.

Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bestari, barisan pencadang yang saya hormati, dan hadirin sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi.

Kini tibalah masanya untuk saya bangun bagi mengenukakan hujah-hujah saya sebagai pembangkang pertama tajuk perbahasan pada pagi ini. Sebelum itu, izinkan saya menghuraikan definisi tajuk perbahasan kita pada pagi ini. Pita video merupakan perisian yang digunakan bersama-sama sejenis perkakasan, iaitu alat perakam video. Alat ini mampu mengeluarkan imej gambar dan suara melalui peti televisyen. Kesan negatif pula ialah akibat yang tidak membawa kebaikan atau keuntungan. Oleh itu, apa-apa yang kita bahaskan hari ini ialah kesan atau akibat yang dibawa oleh pita video dalam kehidupan kita masa kini.

Sesungguhnya pita video banyak memberikan kebaikan atau manfaat bagi kita. Dengan adanya pita video, seseorang itu tidak lagi perlu ke panggung wayang untuk mencari hiburan dengan menonton filem. Hal ini akan mengelakkan seseorang itu keluar rumah dan hubungan antara ahli keluarga akan bertambah erat. Pertukaran pita video antara jiran dan rakan-rakan juga akan mengeratkan perpaduan dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Menonton video juga merupakan suatu hiburan yang menjimatkan kerana satu pita video yang disewa adalah jauh lebih murah daripada harga tiket pawagam.

Hadirin sekalian,

Menonton pita video juga dapat mengisi masa lapang kanak-kanak atau orang tua di rumah. Masa lapang di rumah yang sebelum ini dihabiskan dengan melakukan berbagai-bagai perkara lain akan diisi dengan menonton video. Mereka tidak berasa bosan lagi tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Pita video sebenarnya mampu menjadi alat pembelajaran yang paling berkesan. Berbagai-bagai tajuk dan bidang perkara yang dirakamkan mampu menjadi alat bantuan dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana menonton tayangan video menggabungkan dua deria, iaitu pandang dan dengar. Kajian telah membuktikan bahawa kemampuan seseorang itu mengingat dan belajar banyak bergantung pada panacindera pandang dan dengar. Maka tidak hairanlah kini terdapat berbagai-bagai judul pita video di pasaran yang dapat memenuhi selera semua orang. Oleh itu, menonton video merupakan aktivi yang tidak menjemukan.

Warga dewan sekalian,

Pita video juga mampu merakamkan setiap rancangan yang dipancarkan melalui kaca televisyen. Faktor ini dapat menyumbang terhadap pengurusan masa seseorang. Rancangan yang telah dirakam boleh ditonton pada hari dan masa mengikut selera penontonnya sendiri. Belajar dengan menggunakan pita video juga amat murah dan menguntungkan. Satu pita video dapat digunakan beberapa kali yang kita suka.

Page 4: KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN

Penggunaan pita video ini juga telah mengakibatkan beberapa buah panggung wayang ditutup. Sebagai ganti, panggung-panggung wayang ini digunakan untuk berbagai-bagai fungsi pula. Ada yang dijadikan pusat beli-belah, pusat hiburan, pusat permainan u dan restoran. Hal ini merupakan suatu perkembangan yang sihat kerana sekali gus akan mempelbagaikan kegiatan perniagaan dan mewujudkan persaingan perniagaan di sesuatu tempat.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak bersetuju dengan tajuk perbahasan kita yang menyatakan bahawa menonton pita video banyak mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan.

Sekian, terima kasih.

2. Anda telah mengambil bahagian dalam suatu pertandingan perbahasan antara sekolah. Sebagai pihak pencadang, sediakan hujah-hujah anda bagi tajuk “Belajar di universiti dalam negara lebih baik daripada luar negara”.

Sediakan hujah anda selengkapnya.

Selamat sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang disegani, guru-guru, murid-murid, dan hadirin yang dohormati. Pada hari yang ceria ini, saya akan membahaskan tajuk perbahasan kita, iaitu “Belajar di universiti di dalam negara lebih baik daripada luar negara”. Saya selaku pencadang bersetuju sepenuhnya dengan tajuk perbahasan pada hari ini.

Sebelum saya membahaskan tajuk ini dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama meneliti dahulu maksud yang terungkap di sebalik tajuk tersebut. “Belajar” bererti berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, Manakala “dalam negara” bermakna tanah air sendiri dan “universiti” pula bermakna badan yang ditubuhkan untuk melakukan tugas-tugas pengajaran yang lebih tinggi.

Hadirin yang dihormati,

Seperti yang kita sedia maklum, kos untuk belajar di universiti tempatan adalah lebih murah dan rendah berbanding dengan belajar di universiti luar negara. Hal ini demikian kerana perbelanjaan untuk pengajian di luar negara merangkumi kos tiket penerbangan ke destinasi negara tersebut, penginapan, makanan, dan bayaran yuran yang mahal. Tambahan pula kadar tukaran mata wang asing yang tinggi turut menambah kos keseluruhan. Hal ini tentu membebankan pelajar.

Selain itu, di negara ini juga telah banyak pusat pengajian tinggi sama ada awam atau swasta yang ditubuhkan dan setaraf dengan universiti luar negara. Antaranya, Universiti Malaya, Universiti Multimedia, Universiti Telekom, dan sebagainya. Pada masa yang sama, kerajaan juga telah mengimport tenaga pengajar asing untuk meningkatkan kualiti pengajian tinggi di negara ini. Oleh hal yang demikian, kita perlu menyahut seruan kerajaan supaya meneruskan

Page 5: KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN

pengajian di dalam negara. Tambahan pula, segala kemudahan serta kepakaran di institut tempatan setanding dengan institusi luar negara.

Hadirin yang dihormati,

Belajar di luar negara akan merenggangkan hubungan silaturahim para pelajar dengan sanak saudara. Hal ini demikian kerana mereka akan berada jauh dari sisi keluarga dan tidak akan dapat menikmati belaian kasih sayang ibu bapa. Tanpa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya, mereka akan mudah terjerumus dengan budaya negatif yanga diamalkan di negara-negara Barat.

Dengan bilangan pelajar di luar negara yang semakin bertambah setiap tahun, pihak kerajaan akan mengalami kerugian dari segi pertukaran wang asing. Hal ini akan memburukkan keadaan ekonomi negara. Jadi, dapatlah ditegaskan di sini bahawa belajar di luar negara merupakan satu pembaziran wang. Sudah terang lagi bersuluh bahawa belajar di universiti di dalam negara lebih baik daripada belajar di universiti di luar negara.

Hadirin yang dihormati,

Nampaknya masa seakan-akan cemburu melihat saya berbicara. Bak kat orang, setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga dengan hujah saya ini. Perbahasan ini akan diteruskan oleh sahabat-sahabat saya untuk menegakkan pendirian kami bahawa “Belajar di universiti di dalam negara lebih baik daripada belajar di universiti di luar negara”. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengutarakan kata-kata hikmat buat renungan hadirin yang dihormati, iaitu “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri”.

Sekian, saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Soalan Latihan

Tulis karangan di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Sempena Minggu Bahasa di sekolah anda, satu pertandingan bahas diadakan. Tajuk perbahasan itu ialah “Pertanian moden lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan”. Anda mewakili pasukan pembangkang dalam pertandingan bahas itu.

Sediakan teks bahas anda selengkapnya.

2. Anda telah terpilih menyertai suatu pertandingan perbahasan di sekolah. Tajuk perbahasan ialah “Internet lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan”.

Nyatakan hujah-hujah anda sebagai pihak pencadang.

Page 6: KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN

Karangan Jenis Perbahasan

SoalanAnda menyertai perbahasan yang bertajuk ‘Rancangan televisyen hari ini lebih banyak membawa kesan buruk kesan buruk kepada kanak-kanak’. Sebagai pencadang, tuliskan hujah-hujah anda.

Jawapan       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, barisan pembakang, dan hadirin yang mulia. Sebagai pencadang yang pertama, saya ingin menegaskan rancangan televisyen hari ini lebih banyak membawa kesan buruk kepada kanak-kanak berbanding dengan kesan baik.

Hadirin yang dihormati,

        Terlebih dahulu, saya ingin menjelaskan kesan buruk yang dimaksudkan dalam tajuk perbahasan. Kesan buruk di sini merujuk kepada kesan yang tidak baik yang dilihat dari segi pemikiran dan tingkah laku seseorang menurut pandangan nilai masyarakat, budaya, dan agama.

Hadirin yang dihormati,

         Rancangan televisyen hari ini banyak mendatang kan kesan buruk kepada rancangan yang disiarkan banyak bersifat hiburan. Rancangan seperti ini bukan sahaja melalaikan tetapi akhirnya akan melahirkan generasi yang leka dengan hiburan.

          Kira-kira 70% rancangan yang disiarkan melalui televisyen merupakan rancangan yang dimport. Malah, sebahagian besarnya dibawa Barat. Dengan ini, televisyen merupakan punca tersebarnya pengaruh Barat yang bersifat negatif kepada kanak-kanak. Tambahan pula, rancangan televisyen yang begitu digemari oleh kanak-kanak menyebabkan kesan buruk pengaruh Barat begitu kuat terhadap anak-anak kita.

Hadirin yang dihormati,

            Apabila kita memperkatakn pengaru Barat dalam televisyen, kita tidak boleh lari daripada mempekatakan soal keganasan dan seks. Kegawatan masalh sosial hari ini tidak boleh dipisahkan daripada pengaruh rancangan televisyen yang mengandungi unsure keganasan dan seks. Kita sedar bahawa perlakuan yang ditonton secara berulang-ulang itu akan mempengaruhi tingkah laku individu, terutamanya kanak-kanak.

Hadirin sekalian,

             Kanak-kanak ibarat kain putih. Kitalah yang akan mencorakkankain tersebut. Kalu kita mendedahkan kanak-kanak kapada perkara-perkara yang tidak baik, maka tidak baiklah tingkah lakunya. Oleh sebab itu, rancangan televisyen perlu ditapis dengan lebih teliti agar pengaruh buruk daripada rancangan yang disiasiharkan itu dapat dikawal. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

              Sekian,terima kasih. 

Page 7: KARANGAN BERFORMAT PERBAHASAN

PENGGUNAAN INTERNET LEBIH BYK KEBURUKAN DARIPADA KEBAIKAN.BAHASKAN.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu ‘Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan’. Saya sebagai pembangkang amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.Para hadirin sekalian,

Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada penggunaan Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila.

Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.

Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan.

Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan.

Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain.

Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’.Sekian sahaja, terima kasih.