karangan bahagian

3
KARANGAN BAHAGIAN (A) & (B) PENDAHULUAN Dalam menongkah /meniti arus globalisasi dengan ledakan teknologi bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik seharusnya petikan ini untuk siapa (ada dalam soalan) perlu cakna dan tidak alpa tentang A1.A2.A3.A4. A1 - Ayat Rancang(ada dalam soalan) A2 – Ayat Definisi(boleh diabaikan sekiranya tiada perkataan yang hendak ditakrifkan) A3 - Ayat Saranan (cadangan atau harapan kamu untuk karangan tersebut) A4 - Ayat Tanya(kehendak soalan tersebut) CONTOH SOALAN Semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja kini berpunca daripada kurangnya penekanan oleh ibu bapa. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Dalam menongkah arus globalisasi dengan ledakan teknologi bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik seharusnya ibu bapa perlu cakna dan tidak alpa tentang semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja. Patriotik bermaksud satu sifat yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memberi sedikit penekanan terhadap anak-anak dalam mewujudkan semangat patriotik. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?

Upload: siti-balkhis-abu-bakar

Post on 24-Apr-2015

150 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nnnn

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN BAHAGIAN

KARANGAN BAHAGIAN (A) & (B)

PENDAHULUAN

Dalam menongkah /meniti arus globalisasi dengan ledakan teknologi bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik seharusnya petikan ini untuk siapa (ada dalam soalan) perlu cakna dan tidak alpa tentang A1.A2.A3.A4.

A1- Ayat Rancang(ada dalam soalan)

A2 – Ayat Definisi(boleh diabaikan sekiranya tiada perkataan yang hendak ditakrifkan)

A3- Ayat Saranan (cadangan atau harapan kamu untuk karangan tersebut)

A4- Ayat Tanya(kehendak soalan tersebut)

CONTOH

SOALAN

Semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja kini berpunca daripada kurangnya penekanan oleh ibu bapa.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Dalam menongkah arus globalisasi dengan ledakan teknologi bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik seharusnya ibu bapa perlu cakna dan tidak alpa tentang semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja. Patriotik bermaksud satu sifat yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memberi sedikit penekanan terhadap anak-anak dalam mewujudkan semangat patriotik. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?

Petikan ini untuk - ibu bapa

A1 - semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja

A2 - Patriotik bermaksud satu sifat yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan Negara

A3 - Oleh itu, ibu bapa seharusnya memberi sedikit penekanan terhadap anak-anak dalam mewujudkan semangat patriotik

A4 - Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?

Page 2: KARANGAN BAHAGIAN

ISI

Buat peta minda dahulu. Mesti ada 5 atau lebih isi(BAHAGIAN A).

Setiap perenggan mesti ada penanda wacana.

Setiap perenggan mesti ada peribahasa atau kata-kata hikmah/petikan percakapan dari menteri atau tokoh(bohong pun takpe,asalkan logik dan ada kaitan dengan isi tersebut)

Urutan untuk perenggan isi- penanda wacana,isi. Huraian (kenapa). Huraian (bagaimana). Peribahasa/kata-kata hikmah/petikan percakapan(boleh diselitkan ikut kesesuaian ayat). Kesimpulan (kesimpulan kecil untuk perenggan tersebut)

CONTOH

Langkah perdana yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah memberikan penekanan tentang sejarah sejak dari kecil lagi bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ kerana anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Hal ini demikian kerana, anak yang masih kecil mudah menerima ajaran, nasihat atau teguran daripada orang yang lebih dewasa. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik dalam memberikan penekanan tentang sejarah kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Pupuklah minat membaca bermula dari bahan-bahan sejarah yang ringan sebagai langkah permulaan bagi menerapkan nilai patriotisme serta semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Kenalkanlah tokoh-tokoh sejarah dan pejuang kemerdekaan seperti Mat Kilau, Dato’ Maharajalela, Rentap dan lain-lain lagi kepada anak-anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya tidak alpa dalam menjalankan tanggungjawab mereka agar dapat melahirkan generasi berwawasan yang celik sejarah serta tahu asal-usul Negara pada masa akan datang.

Isi - Langkah perdana yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah memberikan penekanan tentang sejarah sejak dari kecil lagi

Peribahasa - melentur buluh biarlah dari rebungnya

Huraian (kenapa) - Hal ini demikian kerana, anak yang masih kecil mudah menerima ajaran, nasihat atau teguran daripada orang yang lebih dewasa

Huraian (bagaimana) - Ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik dalam memberikan penekanan tentang sejarah kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Pupuklah minat membaca bermula dari bahan-bahan sejarah yang ringan sebagai langkah permulaan bagi menerapkan nilai patriotisme serta semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Kenalkanlah tokoh-tokoh sejarah dan pejuang kemerdekaan seperti Mat Kilau, Dato’ Maharajalela, Rentap dan lain-lain lagi kepada anak-anak.

Kesimpulan - Oleh itu, ibu bapa seharusnya tidak alpa dalam menjalankan tanggungjawab mereka agar dapat melahirkan generasi berwawasan yang celik sejarah serta tahu asal-usul negara pada masa akan datang.