karangan

Upload: nurul-hanim-azahari

Post on 12-Oct-2015

124 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kesan-kesan perang

TRANSCRIPT

Karangan : Kesan peperanganPeperangan merupakan suatu peristiwa yang memberikan kesan negatif kepada sesebuah negara. Bincangkan kesan-kesan yang dialami oleh negara yang terlibat dalam peperangan tersebut.Setiap peperangan yang berlaku pasti mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada sesebuah negara. Hal ini membangkitkan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat dunia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan agar peristiwa peperangan ini tidak berlanjutan sehingga meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa. Namun demikian, usaha yang dilakukan ini ibarat mencurah air ke daun keladi kerana perkara ini tidak mendatangkan apa-apa faedah sekalipun. Terdapat pelbagai kesan yang dialami oleh negara yang terlibat dalam peperangan tersebut.Apabila berlakunya sesuatu peperangan, antara kesan utama yang dapat diperhatikan ialah kemusnahan harta benda masyarakat setempat ekoran daripada kekejaman tentera penceroboh. Antara harta benda awam yang musnah ialah bangunan, sekolah, jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, dan sebagainya. Bagi mereka yang bekerja sebagai petani, hasil tanaman, alat pengangkutan dan ternakan juga lenyap akibat daripada tindakan tentera penceroboh yang tidak berperikemanusiaan ini. Matlamat mereka hanyalah untuk melihat masyarakat setempat menderita dan hidup dalam kedaifan tanpa sebarang kemudahan asas. Justeru itu, peperangan merupakan suatu perkara yang amat menyeksakan bagi mereka yang pernah mengalaminya sendiri.

Peperangan yang berlaku ini banyak mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa di serata tempat. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua terkena tempiasnya apabila mereka juga dibunuh tanpa rasa belas kasihan dan berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh. Akibat daripada keganasan dan kezaliman yang dilakukan, mangsa perang mengalami penderitaan akibat kehilangan orang yang tersayang. Bagi mereka yang tidak dibunuh, mereka telah diseksa dengan teruk sehingga mengalami kecacatan yang kekal. Kekejaman tentera penceroboh ini dapat dilihat apabila mereka melakukan serangan tanpa mengira tempat dan keadaan. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan komuniti masyarakat di sesuatu kawasan itu. Tegaslah di sini bahawa, peperangan yang berlaku akan membawa kepada kehancuran keharmonian sejagat manusia.Selain itu, penggunaan senjata kimia dan biologi dalam peperangan mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk. Proses pengayaan uranium bagi menjana reaktor nuklear terutama untuk menghasilkan senjata, akan menghasilkan kira-kira 70 peratus gas uranium oksida yang mampu dibawa angin sekali gus mengakibatkan seluruh negara tersebut diancam pelbagai penyakit. Bagi mereka yang terhidu gas uranium oksida ini atau mengambil makanan yang terdedah kepadanya akan menimbulkan kesan negatif kepada sistem perkembangan tubuh badan. Gas-gas yang terbebas melalui udara itu akan mengundang pelbagai penyakit seperti asma, barah, kerosakan otak, diabetis, parkinson dan seumpamanya. Mereka yang berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut adalah kanak-kanak dan orang tua. Natijahnya, peperangan ini akan menyebabkan kesihatan penduduk dunia semakin merudum dan pembangunan negara tidak dapat berkembang dengan baik.Sehubungan itu juga, sistem ekonomi bagi negara yang terlibat dalam peperangan turut mengalami gangguan yang teruk sehingga menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat setempat terpaksa melepaskan pekerjaan yang menjadi punca pendapatan mereka semata-mata untuk berperang demi keamanan dan keselamatan mereka semua. Kesannya, aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pelancongan dan lain-lain tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini menyebabkan pelabur asing tidak berani untuk melabur di negara tersebut dan mereka akan menarik semula modal yang telah disuntik itu. Kebanyakan firma yang tidak dapat menanggung kos operasinya, akan memberhentikan operasi firma tersebut dan mereka akan kembali pulang ke negara asal mereka. Ini akan menyebabkan negara tersebut mengalami kerugian yang sangat besar. Jelaslah di sini bahawa, sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, kadar penggangguran dalam kalangan penduduk semakin tinggi dan pembangunan negara tidak dapat berkembang dengan baik.Seperti yang kita maklum, peperangan yang berterusan akan mengundang kepada gangguan emosi yang teruk dalam kalangan orang awam terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keadaan yang huru-hara akan mengalami gangguan emosi yang teruk sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Hal ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka telah melihat kekejaman yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap ahli keluarga mereka seperti diperkosa, dibedil dengan peluru berpandu, ditembak dengan bom dan sebagainya. Kebanyakan kanak-kanak yang masih hidup ini bukanlah seperti kanak-kanak normal yang lain kerana ada di antara mereka yang mengalami kecacatan dari segi fizikal dan mental Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan mereka dan kekal dalam ingatan untuk selamanya.Kesimpulannya, peperangan yang berlaku ini memberi impak yang negatif terutamanya dari segi pembangunan negara dan keharmonian sosial masyarakat sejagat. Untuk mengelak daripada berlakunya peperangan secara berterusan, semua pihak perlulah bekerjasama dan berganding bahu tanpa mengira pangkat, darjat atau bangsa untuk menjaga keharmonian sesebuah negara itu. Setiap peperangan yang berlaku, bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa, malah pembangunan negara dari segi ekonomi dan politik juga terganggu. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat yang prihatin kita seharusnya bersatu hati dan bermuafakat untuk menjaga keamanan negara daripada diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

(Karangan sumbangan, Norhafizah, Sem.3, PBMP, UPM)

Kuasa imperialisme Barat seperti Portugis,Belanda , Inggeris , Perancis, Sepanyol , Jerman, dan Amerika Syarikat datang ke timur adalah dengan tiga tujuan asas iaitu gold , glory dan god. Kedatangan mereka telah menimbulkna persaingan sengit dalam menguasai sumber di Asia. Anggapan bahawa tamadun timur adalah mundur oleh orang barat telah mendorong kuasa barat mengambil kesempatan untuk campur tangan. Tindakan barat ini boleh diibaratkan sepertimenangguk di air yang keruhkerana tiada sifat ikhlas orang barat melainkan untuk kepentingan mereka sendiri. Akhirnya , campur tangna ini berkesudahan dihujung mata pedang ( peperangan ) yang menyaksiokan orang timur dan terpaksa menandatangani perjanjian. Sifat rakus orang barat telah banyak meninggalkan kesan terhadap masyarakat Asia. Antara peperangan yang melibatkan orang barat dan orang timur ialah perang Inggeris-Burma, perang Candu , perang Russia-Jepun , perang Jawa , perang Dahagi India dan perang di Indochina. Peperangan ini telah memberi kesan utama dari aspek polotik, ekonomi dan sosial masyarakat Asia.Dari aspek polotik , masyarakat Asia telah mengalami pelbagai reformasi impak daripada peperangan ini berlaku. Antaranya ialah kebanyakan negara-negara Asia mula diletakkan di bawah sistem pentadbiran baru oleh penjajah. Raja dan para pembesar telah kehilangan takhta dan kuasanya. Ada pula raja-raja yang diberi mandat untuk memegang tampuk pemerintahan negara oleh penjajah hanyalah menjadi boneka sahaja. Hal ini telah dilihat ke atas beberapa buah negara seperti Burma, Indonesia dan India. Sebagai contoh semasa peperangan Jawa meletus yang telah berlaku di Indonesia, Belanda telah mempergunakan Sultan Surakarta iaitu Pakubuwono VII untuk melemahkan pasukan pemberontak pimpinan Dipo Negoro yang selaku seorang putera raja dari kerajaan Jogjakarta yang menyebabkan beliau dibuang negeri ke utara Sulawesi. Tindakan ini telah mengakhiri pemerintahan beraja di Jogjakarta selepas menandatangani perjanjian. Sistem pemerintahan negara tersebut telah disusun semula dan diletakkan di bawah penguasaan penjajah. Masyarakat terpaksa menerima seoramg penasihat dalam mengendalikan pentadbiran negara.Selain itu, kita boleh lihat akibat daripada perang British-Burma yang berlarutan sehingga berlaku tiga siri peperangan antara British dan Burma pada abad ke-19. Burma telah mengalami kekalahan tiga kali berturut-turut dan memberi kesempatan kepada British untuk menguasai Burma. Kekalahan Burma pada siri pertama peperangan British Burma telah menyebabkan Burma kehilangan hak dan kuasa di beberapa wilayah seperti Arakan , Tenassenim , Assam , Manipur dan Cachar melalui perjanjian Yandabo. Ini diikuti dalam kekalahan Burma dalam siri kedua peperangan British-Burma ( 1852 ) yang meryebabkan British menguasai seluruh wilayah di Burma hilir iaitu dari pelabuhan Rongoon ke Toungao. Dan nasib yang sama menimpa Burma dalam peperangan British-Burma yang ketiga iaitu ( 1855-1856 ) yang meyebabkan British mengambil alih wilayah Burma hulu dan menguasai seluruh Burma dan memulakan pemerintahan British di Burma. Kejayaan British ini telah meyebabkan berakhirnya pemerintahan beraja dinasti Konbeang yang diasaskan oleh Alaungpaya ( 1752-1856 ).Peperangan yang berlaku juga telah memberikan kesan yang cukup penting iaitu masyarakat Asia terpaksa menandatangani perjanjian. Perjanjian-perjanijian yang ditandatangani telah menyebabkan masyarakat Asia kehilangan wilayah-wilayah dan tanah jajahan. Hak milik mereka tela dirampas oleh kuasa-kuasa asing. Sebagai contoh kesan daripada peperangan Inggeris-Burma, perjanjian Yandabo telah ditandatangani.Akibatnya masyarakat Burma kehilangan hak keatas tanah dan wilayah sehinggalah Perang Inggeris-Burma ketiga ( 1855-1856 ) yang mengakibatkan seluruh Burma ditakluk oleh Inggeris. Begitu juga kesan perang Jepun-China ( 1894-1895 ) yang mengakibatkan kuasa imperialis menjadikan negara China seperti kek yang telah dibahagi-bahagikan sesama mereka. Berdasarkan bukti tersebut jelaslah peperangan hanya menyebabkan masyarakat di negara-negara Asia kehilangan kuasa. Ini keran perjanjian yang ditandatangani antara mereka hanyalah mengenyangkan golongan penjajah sebaliknya masyarakat Asia terus menahan kelaparan.Dalam aspek polotik juga, peperangan yang telah berlaku meyebabkan segelintir negara Asia mengubah dasar dan pemikiran untuk kepentingan polotik antaranya ialah Siam dan Jepun. Di Siam pada permulaannya melaksanakan dasar pemencilan atau dasar tutup pintu sejak abad ke 17 terhadap penjajah barat. Walaupun raja Rama II (1808-1825) dan Rama III ( 1825-1852 ) menjalinkan hubungna dengan kuasa barat seperti Inggeris dan Perancis melalui perjanjnianseperti perjanjian Burney. Siam tetap menghadkan segala hubungan dengan barat , sehingga meyebabkan kuasa barat merasa tertekan. Raja Rama III merasa curiga keatas niat dan takut akan memberi kesan politik dan sosial seperti yang berlaku di negara Asia lain yang menagmbil dasar buka pintu. Namun demikian Raja Rama III iaitu Raja Mongkut ( 1852-1868 ) mengambil keputusan untuk membuka pintu perdagangan kepada dunia barat. Baginda bertindak demikian keran melihat situasi kuasa barat yang menggunakan dasar kekrasan untuk menjajah negara-negara Asia yang enggan membuka pintu. Baginda sedar jika mahu mengekalkan kemerdekaan Siam , dasar pintu tertutup harus di tamatkan dan negara Siam dibuka kepada hubungan perdagangan dan diplomatik barat. Antara langkah baginda ialah dengan menandatangani satu perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan barat iaitu perjanjian Bowring pada 18 April 1853.Selain itu juga, melalui perjanjian yang telah ditandatangani antara kuasa barat dengan negara Asia telah menyebabkan negara Asia terpaksa menerima penasihat dari barat untuk membantu sistem pentadbiran negara-negara Asia.contonya boleh dilihat di negara Burma, setelah kekalahan Burma keatas British sebanyak tiga kali. British telah mengambil alih pentadbiran Burma dan menempatkan seorang resident British dan melantik seorang duta Burma ke Calcutta. Begitu juga di Vietnam, pentadbiran perancis telah meletakkan seorang penasihat di vietnam. Ini telah mencabar kedaulatan negara-negara Asia.Manakala jika dilihat daripada aspek akonomi, kebanyakan masyarakat Asia telah banyak menanggung kesengsaraan akibat peperangan. Peperangna yang meletus telahmeragut banyak jiwa. Malahan wabak penyakit pula yang datang mengundang akibat kekurang sumber makanan yang berzat. Ditambah pula dengan berlakunya kemelesetan ekonomi. Contohnya di Indonesia bagi menjana semula ekonomi di sini, kerajaan Belanda telah memansuhkan undang-undang pembatalan kontrak sewa tanah dan memperkenalkan sistem tanaman paksa yang jelas manunjukkan penindasan masyarakat Asia oleh penjajah. Ternyata tindakan Belanda ini hanyalah menguntungkan sebelah pihak sahaja sedangkan masyarakat terus melarat.Kekalahan negara-negara Asia keatas kuasa barat juga telah meyebabkan negara barat mengambil tindakan sesukahatinya dengan memaksa negara Asia membayar ganti rugi sebagai pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung semasa peperangan. Di Burma, pihak Inggeris telah memaksa Burma supaya membayar pampasan sebanyak 10 juta rupee kepada Inggeris. Di China pula semasa perang candu berlaku, pihak Inggeris telah banyak kerugian akibat tindakan China yang merampas candu daripada Inggeris. Kekalahan China keatas Inggeris dalam perang candu telah memberi kesempatan kepada Inggeris untuk memaksa China untuk membayar ganti rugi keatas candu yang dirampas. Begitu juga kekalahan China keatas British, dalam perang British-China telah memaksa China membayar ganti rugi kepada British dan Perancis. Ini telah merugikan pihak China dam pemberontakan Boxer, ini juga telah dipaksa oleh British supaya membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tael dan jika gagal berbuat demikian dalam masa 40 tahun nilai ini akan digandakan. Ini menyebabkan ekonomi China mengalami kemelesetan yang teruk dan dikuasai orang asing sahaja.Selain itu juga peperangan terlah mengakibatkan kuasa asing memonopoli beberapa sumber negara Asia. Sebagai contoh boleh dilihat di negara Burma, British telah menguasai kawasan-kawasan hutan Burma yang kaya dengan kayu jati yang mahal. Terutamanya di kawasan utara Pegu. Selain itu juga kebanyakan pedagang terpaksa melalui kawasaan yang dikuasai oleh British untuk berdagang. Di Vietnam pula pihak Perancis, telah merampas kawasan pertanian utama Vietnam yang merupakan hasil utama negara Vietnam. Mankala di China, British telah memasukkan barangan import dari barat yang mempunyai mutu yang lebih baik dan harga lebih murah berbanding barangan China. Ini menyebabkan barangan China tidak mendapat tempat dan bersaing dengan barangan dari Barat. Sekaligus melemahkan ekonomi China sehingga meletuskan pemberontakan Boxer.Dalam aspek ekonomi juga, peperangan telah membuatkan negara-negara Asia yang menjalankan ekonomi tertutup terpaksa membuka pelabuhannya kepada para pedagang barat. Di Vietnam, Perancis telah mendesak Vietnam membuka tiga pelabuhannya seperti Da Ning , Delat dan Queng Yen kepada para pedagang daripada Perancis. Begitu juga di China, British telah mendesak China membuka pelabuhan utamanya seperti Canton , Amoy , Foo Chow , Ningpo , dan Shang Hua kepada pedagang barat. Tindakan ini jelas telah merubah pendirian China dan Vietnam yang menjalankan dasar pintu tertutup terhadap kuasa asing.Seterusnya, peperangan juga memberi kesan kepada aspek sosial. Ini termasuklah dari aspek keagamaan , perpespektif masyarakat dan kebudayaan. Peperangan yang berlaku antara orang barat dengan Asia kebanyakannya berkesudahan dengan kekalahan dipihak orang Asia. Kekalahan ini telah memberi kesempatan kepada orang barat menuntut hak seperti penyebaran agama Kristian. Dengan ini masyarakat Asia terpaksa menerima kemasukan agama Kristian kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah dimerterai selepas peperangan. Sebagai contoh amalan KowTow di China iaitu penyembahan maharaja semasa menghadap telah dihapuskan tetapi agama Kristian dibenarkan penyebarannya. Perkara ini juga telah terjadi di negara-negra Asia lain. Pengaruh agama yang datang dari barat telah menyebabkan sistem kepercayaan dan amalan tradisi masyarakat tempatan mula tergugat. Nilai adat resam mula semakin rapuh dan dilupakan. Begitu juga dengan nilai-nilai agama. Nilai moral masyarakat turut dicemari akibat peperanga yang berlaku. Contohnya, beberapa adat di India seperti Suttee , Thugee dan pembunuhan bayi perempuan telah dihapuskan sama sekali. Malah balu-balu hindu juga dibenarkan berkahwin semula. Ini jelas menunjukkan peperangan memberi kesan ke atas sosial masyarakat Asia.Masyarakat Asia juga menghadapi masalah serangan wabak penyakit dan kebuluran kesan peperangan. Banyak jiwa yang terkorban dan menjadi mangsa peperangan. Penderitaan dan kesengsaraan yang btertimpa keatas masyarakat Asia telah mendorong untuk bergerak bangun menentang kuasa penjajah. Setelah berlakunya peperangan mereka mulai sedar untuk mempertahankan diri dan tanah air. Dengan ini timbulah semangat nasionalisme dikalangan masyarakat Asia. Ditambah pula akibat peperangan Russia-Jepun, dimana masyarakat Asia telah mengambil iktibar bahawa orang timur bolah tewaskan orang barat. Ataskesedaran inilah pelajar-pelajar tempatan mula dihantar untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan akhirnya lahirlah tokoh-tokoh reformasi. Disini dapat dilihat, bahawa peperangan juga telah memberi sumbangan kepada masyarakat Asia.Kesimpulannya, peperangan sememangnya telah memberi pelbagai intipati sama ada positif mahupun negatif. Perspektif masyarakat Asia terhadap peperangan akhirnya telah berjaya mencorak tamadun masyarakat Asia.

Kesan perang pada ekonomi -- Lidah PengarangSehingga ini peperangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Iraq belum lagi mendatangkan kesan ekonomi hingga menjejaskan kehidupan seharian rakyat Malaysia secara langsung.Namun begitu, kita wajar akur bahawa lambat laun perang ini akan juga mendatangkan kesan kepada ekonomi dunia yang sudah tentu tempiasnya akan sampai ke Malaysia.Apabila kesan negatif yang datang, maka sudah tentu sedikit sebanyak ia akan menjejaskan kehidupan seharian rakyat negara ini.Kita percaya kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh dengan melakukan pelbagai cara bagi mengurangkan kesan negatif perang terhadap kedudukan ekonomi negara.Tetapi dalam hal ini rakyat harus bersikap realistik dan menyediakan minda kita untuk menerima hakikat bahawa sebagai negara perdagangan, Malaysia pasti menerima kesan daripada perubahan kedudukan ekonomi dunia.Dalam keadaan aman sekalipun, kita terdedah dengan pelbagai perubahan suasana ekonomi global, apatah lagi ketika mana sedang berlaku peperangan di Iraq yang natijahnya tidak menentu lagi.Iraq sebagai pengeluar minyak yang penting dan pembabitan kuasa utama dunia, AS dalam konflik menjadikan kesan perang ini bersifat global dan berjangka panjang.Sesungguhnya perang mendatangkan kesusahan kepada semua pihak, bukan saja terhadap rakyat Iraq sendiri tetapi juga manusia pada keseluruhannya.Justeru, usaha penentangan perang oleh rakyat di banyak negara di seluruh dunia mempunyai kewajaran kerana mereka juga akan menerima padah daripada kesan perang ini.Tetapi penentangan negara ini terhadap serangan AS ke atas Iraq ialah berasaskan prinsip antikekerasan kerana kita percaya perang hanya mendatangkan kesusahan dan ia merupakan cara primitif dan tidak bertamadun.Sungguhpun begitu, kita sedar bahawa kedudukan Malaysia merupakan sebuah negara kecil dan lemah untuk memberi pengaruh besar terhadap AS. Tetapi itulah kedudukan sebenar kebanyakan negara di dunia.Majoriti negara dunia menolak peperangan yang dilancarkan AS dengan kesedaran bahawa bencana yang dialami oleh Iraq sekarang boleh menimpa mana-mana negara lain kerana tidak ada siapa yang dapat menahan tindak-tanduk AS. Lebih-lebih lagi Washington sendiri telah mengetepikan institusi multilateralisme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Dalam menghadapi suasana masa depan yang tidak menentu, apa yang perlu dilakukan oleh rakyat negara ini ialah mengelakkan diri daripada melakukan tindakan-tindakan yang boleh memburukkan lagi kedudukan ekonomi negara.Sesungguhnya apa yang mungkin berlaku terhadap ekonomi negara ini pada masa-masa akan datang tidak wajar untuk menjadi sesuatu yang mengejutkan.Ini kerana rakyat negara ini juga telah melalui pelbagai jenis pengalaman ekonomi dan acapkali kerajaan berjaya mengatasinya dengan mengurangkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian kita.Apa yang kita harapkan ialah mereka yang mempunyai pengaruh ke atas ekonomi seperti penggubal-penggubal dasar, ahli-ahli perniagaan dan perancang-perancang ekonomi di semua peringkat mempunyai kreativiti bagi mencari jalan mengatasi sebarang masalah yang dihadapi negara.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0401&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz39nsB96VD Utusan Melayu (M) Bhd

Peperangan membawa pelbagai kesan buruk kepada manusia. Peperangan yang biasanya menggunakan peralatan senjata yang semakin canggih, bukan sahaja mengorbankan jiwa manusia malah membawa seribu satu mcm kesan negatif lain. Perang dunia kedua sahaja telah mengorbankan lebih kurang dua juta manusia sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam peperangan tersebut. Kemusnahan perang yang besar inilah yang telah mendorong pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945 yang bertujuan untuk memelihara keamanan dunia.

Kesan perang yang paling nyata ialah ia banyak mengorbankan nyawa manusia. Peperangan adalah berpunca daripada pertikaian di antara manusia. Dengan demikian matlamat perang adalah untuk menawan secara kekerasan sekelompok manusia. Nyawa terpaksa dipertaruhkan kerana setiap pihak tidak mahu mengalah. Biasanya yang terkorban dalam perang ialah mereka yang terbabit secara langsung dalam peperangan iaitu anggota tentera. Bagaimanapun peperangan juga biasanya akan membabitkan nyawa orang awam. Dalam Perang Teluk yang lalu lebih 10,000 orang awamIraqterkorban. Ini membuktikan bahawa peperangan akan mengorbankan banyak nyawa manusia.

Selain itu peperangan juga banyak sekali memusnahkan harta benda. Peralatan ketenteraan yang semakin canggih seperti bom nuklear, meriam dan peluru berpandu berkeupayaan untuk memusnahkan apa sahaja dalam lingkungan sasarannya. Peluru berpanduScudyang digunakan olehIraqdalam Perang Teluk umpamanya dapat memusnahkan apa sahaja dalam lingkungan 30 meter daripada sasarannya. Ini boleh memusnahkan sejumlah besar harta benda sama ada milik tentera atau orang awam. Bagi tentera, antara harta yang boleh musnah dalam peperangan ialah senjata, kapal pejuang dan kereta perisai, sementara orang ramai akan kehilangan tempat tinggal dan harta.

Peperangan yang berlaku juga boleh memusnahkan alam sekitar. Peperangan memungkinkan kawasan hutan terbakar. Letupan bom nuklear akan menyebabkan bahan kimia tertentu merosakkan alam sekitar. Bom atom yang digugurkan diHiroshimadanNagasakidahulu umpamanya telah menjadikan sisa-sisa nuklear terbebas di udara sehingga mengancam kehidupan manusia. Sebagai strategi perang pula, bahan-bahan tertentu seperti minyak mungkin sengaja ditumpahkan ke laut untuk menghalang perjalanan pihak musuh. Dalam Perang Teluk lalu, pihakIraqdikatakan sengaja menumpahkan minyak dari telaga-telaga minyakKuwait. Perbuatan ini menyebabkan alam semulajadi di laut musnah dan kesannya akan turut dirasai oleh manusia.

Selain itu peperangan juga akan menyebabkan kepincangan perjalanan ekonomi sesebuah negara. Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara. Tanpa sumber ekonomi yang mencukupi, sesebuah negara tidak berupaya untuk berdiri sendiri. Dalam peperangan, ekonomi negara yang terbabit amat penting. Jika ekonomi mereka dilumpuhkan oleh musuh, maka ada kemungkinan untuk mereka kalah dalam peperangan. Dalam peperangan, setiap satu pihak yang bermusuh akan berusaha memusnahkan ekonomi lawannya. Ekonomi juga musnah apabila sasaran perang memusnahkan sumber-sumber ekonomi seperti pertaniaan dan perusahaan.

Sistem peralatan perang semakin hari semakin canggih. Setiap negara berusaha untuk mempercekapkan sistem pertahanan masing-masing dan turut berusaha untuk memenangi peperangan dalam apa cara sekalipun. Inilah yang menimbulkan pelbagai gejala seperti penggunaan racun berbentuk bom kimia dan tenaga nuklear. Bahan-bahan ini mempunyai kesan serta-merta dan sampingan yang berbahaya. Selain dapat membunuh manusia melalui kimia yang terbebas melalui letupan, bahan-bahan itu juga mengancam kehidupan dalam jangka masa panjang. Kecacatan yang dialami oleh bayi-bayi yang dilahirkan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua contohnya, telah banyak dihubungkan dengan kesan sampingan bahan kimia.

Peperangan juga boleh menyebabkan kepincangan sistem sosial sesebuah negara. Pengalaman negara yang pernah berperang dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum menunjukkan bahawa kesan perang amat besar kepada sistem sosial mereka. Di Yugoslavia yang kini dilanda perang umpamanya, hubungan sentiasa tegang di antara masyarakat Islam dengan bukan Islam disebabkan peperangan di negara mereka. Jumlah orang tua akan melebihi golongan muda dan bilangan perempuan akan melebihi lelaki. Ini kerana orang lelaki yang muda banyak terkorban dalam perang. Keadaan ini sudah tentu menyebabkan sistem sosial sesebuah kelompok masyarakat atau negara itu kurang sempurna.

Jelaslah bahawa peperangan membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia dan alam sekitarnya. Peperangan bukanlah penyelesai masalah. Oleh itu peperangan perlu dielakkan. Setiap pihak haruslah bertolak ansur untuk menyelesaikan sebarang pertikaian melalui saluran sah antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan untuk menjamin keamanan dunia. Oleh yang demikian pihak atau negara yang bertikai haruslah menggunakan pertubuhan tersebut untuk menyelesaikan masalah masing-masing. Peperangan bukanlah jawapannya.POSTED BY MOHAMMAD KHAIRUL AZIMAN HAJI AWANG BAKARAT10:36 PMLABELS:KARANGAN

PENGLIBATAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA1.PENDAHULUAN

Penulisan ini membincangkan tentang Perang Dunia Pertama yang berlarutan dari tahun 1914 sehingga 1918. Peperangan ini melibatkan pertempuran di antara dua buah pihak, iaitu Kuasa Bersekutu yang dikenali juga sebagai Kuasa Berikatdan Kuasa Pusat.Perang Dunia Pertamaini berlaku disebabkan oleh faktorpolitikdanekonomi.Penulisan ini juga membincangkan tentang penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam perang tersebut serta faktor utama yang mendorong kerajaan Turki Uthmaniyah membuat keputusan untuk terlibat sama dalam perang tersebut. Perang Dunia Pertama berakhir dengan pengisytiharan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dan sekutunya. Rentetan daripada kekalahan ini, ia telah mengubah sistem politik dan pemerintahan Turki Uthmaniyah yang seterusnya.

2.LATAR BELAKANG PERANG DUNIA PERTAMA

Perang Dunia Pertama telah meletus bermula pada 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918. Peperangan ini melibatkan pertempuran di antara dua buah pihak, iaitu Kuasa Bersekutu yang dikenali juga sebagai Kuasa Berikatdan Kuasa Pusat. Kuasa Bersekutu terdiri daripada kebanyakan kuasa barat seperti Perancis, Russia, Britain, Amerika Syarikat, Itali dan Kanada. Manakala Kuasa Pusat pula terdiri daripada Jerman, Australia-Hungary,Turki dan Bulgaria. Peperangan ini bermula di Balkan dan merebak dari sebuah negara ke negara yang lain sehingga akhirnya hampir keseluruhan negara di dunia terlibat dalam Perang Dunia Pertama ini (http://www.tatsachen).

Dawlah Uthmaniyah merupakan satu-satunya kuasa Islam yang terlibat dalam peperangan ini. Kesan daripada perang ini amat besar ke atas dunia Islam dalam mencorakkan senario politik umat Islam.

2.1FAKTOR TERCETUSNYA PERANG DUNIA PERTAMAPerang Dunia Pertama berlaku disebabkan oleh faktorpolitikdanekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculannasionalismedan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaituPerikatan Kuasa TengahdanPakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi(http://www.tatsachen).

Pada penghujungabad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awalabad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibatImperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkanbahan mentahserta untuk memasarkan barangan siap mereka (http://www.tatsachen).

2.2SENARIO SEBELUM TERCETUSNYA PERANG

Peperangan Crimea dan juga konflik di Balkan menggugat Turki Uthmaniyah. Wilayah Balkan yang diduduki oleh pelbagai bangsa seperti Serbia, Greek, Slavia dan Romania (Kristian) mendesak kuasa autonomi. Kegawatan masalah di rantau Balkan membawa kepada Perang Dunia Pertama. Austria dianggap sebagai pencetus yang membawa kepada konflik tersebutdan mengheret kuasa Eropah yang lain ke dalam kancah peperangan. Pada Mac 1914, akhbar-akhbar di Austria mengumumkan bahawa Archduke Franz Ferdinand putera mahkota Austria dan isterinya Countess Sophie akan melawat Sarajevo, ibu negara Bosnia pada 28 Jun 1914. Hari tersebut merupakan tarikh yang amat sensitif bagi Serbia kerana mencatatkan kekalahan mereka di Kosovo yang menghalang kemerdekaan mereka.Kolonel Dimitrievich (KetuaRisikan Serbia), melatih Gavrilo Princip, menembak menggunakan bahan letupan di Belgrade sebagai persediaan untuk melakukan pembunuhan pada 28 Jun 1914.

Pada28 Jun1914, ArchdukeFranz Ferdinand, putera mahkota HabsburgdariAustria-Hungarybersama isterinya, Sophie telah dibunuh diSarajevo,BosniaolehKumpulan Tangan Hitam. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negaraJerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia. Peristiwa tersebut merupakan titik tolak bermulanya peperangan Australia-Hungary dengan Serbia yang kemudiannya merebak menjadi Perang Dunia Pertama(http://www.tatsachen).

Austria-Hungary mula menyerang Serbia pada 28 Julai 1914.Rusiamembuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. NegaraPerancispula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Pada 3 Ogos 1914, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Perancis apabila berlakunya serangan bom oleh tentera udara Perancis berhampiran wilayah Karlsruhe dan Nuremburg. Untuk sampai diParisdengan secepat mungkin, pada 4 Ogos 1914, tentera Jerman bergerak melalui Belgium dan menyerangBelgium, sebuah negara yang berkecuali.British mengarahkan agar Jerman berundur tetapi ditolak. Pada tarikh tersebut, British mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Peristiwa ini kemudiannya membawa kepada Perang Dunia Pertama.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun1915,Italimenyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun1917,Amerika Syarikatmemasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.

3.PENGLIBATAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA

Empayar Turki Uthmaniyah tidak dapat mengelak daripada tempias peperangan itu. Peperangan itu berpunca daripada perebutan antara kuasa-kuasa besar untuk menguasai Bosnia-Herzegovina, bekas wilayah Turki Uthmaniyah di Eropah. Sejak pertengahan abad ke-19 lagi kuasa-kuasa Eropah, khususnya Rusia, berhasrat untuk menguasai bumi Turki Uthmaniyah. Rusia menghasut Serbia di Bosnia Herzegovina supaya memberontak terhadap kerajaan Islam Turki Uthmaniyah pada 1878. Empayar Turki Uthmaniyah masih dapat bartahan daripada tekanan Rusia kerana Britain memihak kepadanya. Walau bagaimanapun, apabila Britain berbaik dengan Rusia pada 1907, dan sebelum itu berbaik dengan Perancis pada 1904, keselamatan empayar Turki Uthmaniyah mula tergugat. Kuasa-kuasa eropah itu berpakat hendak mengusir empayar Turki dan meruntuhkan pemerintahan khalifah. Keruntuhan empayar Turki yang menjadi penaung kepada umat Islam sejagat, akan memudahkan mereka menguasai dunia. Persidangan Gereja-gereja Kristian di Kaherah pada 1909 mendesak kuasa-kuasa besar menyekat kebangkitan Islam yang dianggap berbahaya( Abdul Raub bin Yaacob. 1995 ) (Farid Mat Zain. 2009: 90)

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama,Jerman kelihatan keseorangan berbanding kuasa Eropah yang lain dan berharap agar Turki Uthmaniyah dapat menyebelahinya. Perbincangan serius pakatan Jerman-dawlah Uthmaniyah bermula pada 18 Julai 1914. Enver Pasha dan Perdana Menteri Said Halim memberikan tawaran kerjasama secara rasmi kepada Wangenheim dan Pallavicini pada 22 Julai 1914. Tiga orang pemimpin Turki Muda dalamCommittee of Union and Progress(C.U.P) iaitu Enver, Talaat dan Jamal Pashabertanggungjawab mengambil keputusan mengheret dawlah Uthmaniyah dalam peperangan tersebut. Enver dan Talaat Pasha cenderung menyokong Jerman manakala Jamal lebih berpihak kepada berkecuali. Perdana Menteri Said Halim Pasha dan Enver Pasha menandatangani perjanjian rahsia pada 2 Ogos 1914 yang menyokong Jerman sekiranyadapat memberikan bantuan dalam menghadapi ancaman dari pihak luar.

Turki Uthmaniyah memberi kepercayaan kepada Jerman kerana Jerman tidak seperti Britain, Perancis, dan Rusia yang mana Jerman tidak menjajah negara umat Islam. Oleh kerana itu, Jerman tidak dianggap sebagai kuasa imperialis. Kaiser William menonjolkan imejnya sebagai pembela umat Islam. Dengan bersekutu dengan Jerman dan Australia, Turki Uthmaniyah berharap empayarnya dapat dipertahankan daripada ancaman Rusia. Perjanjian ini dihadiri oleh pegawai tinggi dawlah Uthmaniyah iaitu Perdana Menteri, Said Halim, Menteri Peperangan, Enver, Menteri Dalam Negeri, Talaatdan Ketua Parlimen, Halil Bey( Abdul Raub bin Yaacob. 1995 ) (Farid Mat Zain. 2009: 90).

Apabila perang meletus antara Jerman dengan Britain, kerajaan Turki Uthmaniyah membenarkan Jerman menempatkan dua buah kapal perangnya, Goeben dan Breslau di Selatan Darnelles. Pada 17 September 1914, kerajaan Turki Uthmaniyah menutup selat tersebut. Perluasan pengaruh Jerman di Turki Uthmaniyah dianggap oleh Britain sebagai satu ancaman kepada kepentingannya. Pengawalan Selat Darnelles oleh Jerman menghalang kapal perang British memasuki Laut Hitam. Pada 5 November 1914, Britain mengisytiharkan perang terhadap Turki Uthmaniayh ( Abdul Raub bin Yaacob. 1995 ) ( Farid Mat Zain. 2009: 91 ).

3.1SERUAN JIHAD DAN RESPON DARIPADA MASYARAKAT LUAR TERHADAP PENGLIBATAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA

Penglibatan dawlah Uthmaniyahdalam perang yang menyebelahi Jerman menghampakan sebahagian pemimpin umat Islam di India. Walau bagaimanapun kesetiaan dan simpati mereka masih diberikan kepada bangsa Turki dan Sultan Uthmaniyah yang diiktiraf sebagai pemimpin yang dapat menyatukan seluruh umat Islam. Muhammad Ali pemimpin gerakan Khilafah di India menyuarakan pandangan beliau dalam artikel yang tajam bertajukThe Choice of the Turksdalam akhbarComradebertarikh 26 September 1914. Dalam artikel ini Muhammad Ali menjelaskan bahawa dawlah Uthmaniyah harus membuat pilihan yang bijak dan pilihan yang terbaik ialah bersikap berkecuali.

Pengisytiharan perang oleh Britain pada 5 November 1914 dan Rusia pada 2 November 1914 memaksa kerajaan Turki Uthmaniyah mengeluarkan fatwa yang dikenali sebagai Jihad i-Ekbar Fard-iAynon pada 11 November 1914. Fatwa tersebut ditandatangani oleh Sheikh al-Islam, Khayri Effendi. Fatwa itu mengisytiharkan jihad terhadap Britain, Perancis, Rusia dan sekutunya. Pengisytiharan jihad disiarkan oleh akhbarTaninpada hari berikutnyadi bawah tajukJihad-i ekbar, Far-zi .Ia menyeru umat Islam di seluruh dunia yang ditindas oleh kuasa-kuasa penjajah itu bangkit untuk berjihad bersama kerajaan Turki Uthmaniyah dengan nyawa dan harta ( Farid Mat Zain. 2009: 91 ).

Sehubungan ini Sheikh al-Islam memetik ayat al-Quran yang bermaksud:

Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah sama ada dengan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah untuk membela umat Islam(Surah al-Taubah, 41).

Perangilah mereka nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memusnahkan hati orang yang tidak beriman.(Surah al-Taubah, 14).

Pengisytiharan jihad oleh dawlah Uthmaniyah mendapat sambutan umat Islam di India.Golongan ulama di Deoband, mengadakan hubungan dan memberikan sokongan kepada dawlah Uthmaniyah. Mahmud al-Hassan iaitu seorang ulama di Deoband, pergi ke Hijaz dan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Ghalib Pasha danMenteri Turki Uthmaniyah iaitu Jamal dan Enver Pasha. Mahmud al-Hassan menyampaikan rayuan agar dawlah Uthmaniyah dan juga sekutunya menyokong India yang menuntut ke arah berkerajaan sendiri.

Manakala di Hijaz, Sharif Husayn mendapat sokongan British melakukan pemberontakan menentang dawlah Uthmaniyah. Beliaumendapatkan fatwa daripada ulama di Makkah yang menuduh bahawa orang Uthmaniyah ghairah dengan penggulingan Sultan Abdul Hamid II. Fatwa baru ini menafikan hak orang Uthmaniyah sebagai khalifah kerana bukan dari keturunan Quraysh dan menyokong hasrat Sharif Husayn untuk menjadi khalifah kepada seluruh umat Islam. Mahmud al-Hassan menolak untuk menandatangani fatwa tersebut. Beliau ditangkap oleh orang Sharif Husayn dan kemudiannya dipenjarakan oleh pihak British di Malta dari tahun 1917-1920.

Peperangan antara Turki Uthmaniyah dengan Britain mendapat perhatian serius orang Melayu. Mereka menganggap peperangan itu sebagai perang Salib baru yang dilancarkan oleh Kristian Eropah terhadap umat Islam di Timur Tengah. Pada kemuncak Perang Balkan (1912-1913), akhbar-akhbar Melayu, sepertiNerachabukan sahaja menyiarkan berita peperangan itu tetapi juga menyokong dan membela kerajaan Turki Uthmaniyah. Neracha menyiarkan latar belakang perang antara Turki Uthmaniyah dengan kuasa-kuasa Eropah. Neracha juga mengutip derma untuk membantu Kerajaan Turki Uthmaniyah membeli senjata dan peluru ( Farid Mat Zain. 2009: 92 ).

Kempen akhbar-akhbar Melayu itu Berjaya mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu. Bagi orang Melayu, Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah penaung umat Islam di seluruh dunia. Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah penjaga dua kota suci umat Islam Mekah dan Madinah. Kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah bukan sahaja menjejaskan maruah umat Islam tetapi juga mendedahkan bumi umat Islam kepada imperialism Barat ( Farid Mat Zain. 2009: 92 ).

Perkembangan di Tanah Melayu diawasi oleh British dengan teliti dan waspada. Pihak British bimbang dengan kemungkinan orang Melayu akan menyambut seruan jihad di atas faktor persaudaraan sesama Islam. Justeru itu, beberapa langkah diambil oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu untuk mematahkanseruan jihad itu. Selain melarang akhbar-akhbar tempatan menyiarkan berita peperangan Turki Uthmaniyah-Britain, Raja Melayu dan pegawai-pegawainya juga dipaksa berikrar dan memihak kepada British dan setia kepada mahkota British. Raja-raja Melayu juga dipaksa mengadakan majlis sembahyang hajat supaya Britain menang dalam peperangan tersebut ( Mohamad Redzuan Othman. 1999:1 )( Farid Mat Zain. 2009: 31 dan 92 ).

Pihak British juga mengeluarkan undang-undang melarang orang Melayu daripada menyatakan sokongan terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah ataupunmenunjukkan sebarang usaha untuk bersahabat atau bersimpati dengan kerajaan tersebut dalam peperangannya menentang Britain. Hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar larangan tersebut ( Farid Mat Zain. 2009: 92 ).

Sultan Perak jelas menyatakan pendiriannya menyokong pihak British demi menjaga keamanan orang Melayu. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan turut menyarankan agar askar Melayu menyebelahi pihak British. Sultan Selangor pula menyatakan rasa kekesalannya kerana kerajaan Turki Uthmaniyah mengisytiharkan perang terhadap pihak Britain. Walau bagaimanapun, dari segi keagamaan, baginda Sultan Selangor sebenarnya menyebelahi kerajaan Turki Uthmaniyah, akan tetapi demi menjaga keamanan negeri, baginda menyebelahi British. Baginda mengeluarkan perintah agar umat Islam diSelangor hanya menyokong pihak British ( Farid Mat Zain. 2009: 32 ).

Pihak berkuasa British juga mengedarkan kenyataan Sultan Sir Mohammad Shah atau dikenali juga sebagai Agha Khan mengenai peperangan Turki Uthmaniyah dengan Britain. Agha Khan adalah Imam Mazhab Ismaili (Syiah), dan Presiden Liga Muslim India. Dengan membuat demikian, pihak British berharap ia akan mengurangkan semangat pro-Turki dalam kalangan orang Melayu. Agha Khan menganggap peperengan itu tidak ada kaitan dengan agama Islam. Sebaliknya Agha Khan menyalahkan kerajaan Turki Uthmaniyah kerana memihak kepada Jerman yang dianggap sebagai pengancam umat Islam.Andainya Jerman menang dalam peperangan itu, umat Islam tidak akan lagi berpeluang menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah dan Madinah ( Farid Mat Zain. 2009: 93 ).

Secara keseluruhannya dapat dilihat pendekatan British yang bimbang sekiranya masyarakat Melayu menyokong kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. Keamanan dan kestabilanmasyarakat dijadikan pertaruhan agar orang Melayu tidak menyokong atau menyebelahi kerajaan Turki Uthmaniyah. Kuasa Barat itu ternyata sangat licik dalam mempergunakan sultan untuk menjaga kedudukan dan kepentingan mereka di Semenanjung Tanah Melayu.

3.2KESAN PERANG DUNIA PERTAMA TERHADAP KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

Kekuatan Tentera Bersekutu amat luar biasa.Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, Jerman menguasaiLuxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis Utara. Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami kelemahan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Padamusim panas1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Jerman menurunkan tandatanganperjanjian gencatan senjatapada 11 November 1918(http://www.tatsachen).

Perang Dunia Pertama ke atas umat Islam berakhir dengan penguasaan Tentera Bersekutu ke atas Istanbul. Satu perjanjian ditandatangani sebagai tanda berakhirnya perang dengan Turki Uthmaniyah pada tahun 1919. Pemimpin-pemimpin CUP dihukum dan dibuang negeri (Farid Mat Zain. 2009:106 ).

Setelah perang tamat dengan kekalahan pakatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Jerman, dunia Islam telah memulakan era baru. Kerajaan Turki Uthmaniyah bukan sahaja terpaksa bersetuju melepaskan seluruh wilayahnya di Timur Tengah yang merupakan sebahagian daripada keagungannya pada masa lampau, bahkan terpaksa pula berjuang mempertahankan tanah air mereka di Anatolia dan persekitarannya daripada menjadi rebuatn kuasa-kuasa asing. Ekorannya, Timur Tengah telah dipersetujui untuk diletakkan di bawah kuasa mandat. Antara wilayah yang diletakkan di bawah kuasa mandat ialah Syria bersama Lubnan yang diserahkan kepada British. Ini tidak termasuk wilayah-wilayah lain yang diletakkan secara langsung di bawah pengaruh British seperti Iraq, Jordan dan Mesir atau dalam bentuk ikatan perjanjian dengan pemimpin-pemimpin tempatan seperti di Arabia ( Farid Mat Zain. 2009: 73 dan 74 ).

Di bawahPerjanjian Versaillesyang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayahEropahnya.Polanddiasaskan semula dan menerima Posen (sekarang digelarPoznani), sebahagianSilesiaserta sebahagianPrussiaBarat.Alsacedan bahagianLorraineyang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasanSaarselama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyaitentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar(http://www.tatsachen).

Gerakan pembebasan Turki berjaya mengusir Britain dari bumi Turki Uthmaniyah pada tahun 1922. Pada 29 Oktober 1923, Turki diisytiharkan secara rasminya sebagai sebuah negara sekular yang memakai nama Republik Turki. Pengisytiharan ini dibuat setelah berlakunya pemansuhan kuasa sultan pada 1 November 1922 dan yang paling menyayat lagi ialah dengan lenyapnya asas kekuatan dan keagungan Dunia Islam, Khilafah Islamiyah pada 3 Mac 1924 ( Farid Mat Zain. 2009: 129 ).

Sebaik sahaja Mustafa Kamal Attartuk dilantik menjadi pemimpin negara Turki Moden, beliau melaksanakan program pembaratan dan pensekularan yang merangkumi penamatan institusi Khilafah Uthmaniyah dan penutupan madrasah serta mewujudkan sistem pendidikan sekular (1924); pengharaman amalan tariqat dan penutupan tempat-tempat tariqat diamalkan (tekke), penutupan makam-makam wali (turbe) dan penguatkuasaan pemakaian topi ala Barat dan peraturan yang mengharamkan berpakaian cara Islam (1925); pelaksanaan undang-undang Barat, pengenalan sistem timbang serta sukat mengikut Barat dan pengenalan Kalendar Gregorian (1926); penukaran penulisan kepada tulisan Rumi bagi menggantikan tulisan Arab dan mengakhiri Islam sebagai agama rasmi negara (1928); penamatan pengajaran bahasa Arab dan Parsi di sekolah rendah dan menengah kerajaan (1929); memberikan hak mengundi dan memegang jawatan dalam perkhidmatan awam kepada wanita (1930-1935); dan akhirnya, penerimaan sekularisme dan revolusionisme sebagai prinsip dasar dalam perlembagaan Turki (1937). Ternyata bahawa tindakan yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Attartuk dengan melaksanakan pembaratan dan pensekularan mencetuskan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak.Ada yang melabelkan beliau sebagai mengkhianati perjuangan Islam (Farid Mat Zain. 2009:203 dan 204 ).

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalahPerang Dunia IIberlaku(http://www.tatsachen).

4.KESIMPULAN

Senario sebelum Perang Dunia Pertama menunjukkan konflik berlaku di antara kuasa Eropah dan ketidakstabilan di rantau Balkan. Keputusan pemimpin Turki Muda membawa kepada penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam peperangan menyokong Jerman. Perang Dunia Pertama inibermula 1914 dan berlanjutan sehingga 1918 dan menyaksikan kekalahan berpihak kepada pasukan Jerman dan sekutunya termasuklah kerajaan Turki Uthmaniyah. Dengan runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, berakhirlah pemerintahan Khalifah yang menjadi penaung dan pelindung umat Islam. Kesan daripada Perang Dunia Pertama membawa pembentukan negara-bangsa di Eropah dan juga Timur Tengah. Sejak itu bumi Islam menjadi mangsa penjajahan Barat. Penjajahan mengakibatkan umat Islam menjadi hina, mundur dan lemah. Perjuangan untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu penjajahan Barat mengambil masa yang lama. Justeru, Islam mewajibkan umatnya mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk pencerobohan dan penjajahan asing.

RUJUKAN

Farid Mat Zain. 2009.Daulah Utmaniyah dan Alam Melayu: Detik Kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki 1924 dan Reaksi Orang Melayu. Shah Alam: Karisma Publication Snd. Bhd.Ibnu Ahmadain al-Barlisi. 2011. Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah: Suatu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan Wahhabiyyah.Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.Abdullah Azzam. 2009.Turki Negara Dua Wajah: Pengkhianatan Atartuk Terhadap Dunia Islam.Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise.Abdul Raub bin Yaacob, Hubungan Arabia dengan British pada masa Perang Dunia Pertama, 1914-1918,JEBAT, 25,1995.Mohamad Redzuan Othman. 1999.Reaksi Masyarakat Melayu Terhadap Revolusi Kemal dan Pembentukan Negara Turki Moden. Seminar Sejarah Malaysia Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia.

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan yang berhasrat menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tragedi peperangan di luar negara dinasihatkan mencari rakan kongsi strategik di negara terbabit bagi menjamin bantuan yang ingin disalurkan selamat sampai kepada mangsa terbabit.

Pengerusi Islamic Relief Malaysia (IRM), Zawahir Che Abdullah berkata, tanpa rakan kongsi itu bantuan yang ingin disalurkan mungkin tidak akan sampai ke kawasan tragedi seperti yang berlaku pada bantuan yang ingin diberikan kepada mangsa perang Gaza di Palestin Januari lepas.

"NGO tempatan yang mahu membuat kerja-kerja amal di peringkat antarabangsa perlu ada rakan kongsi di negara terbabit.

"Jika tiada, dikhuatiri bantuan tidak akan sampai kepada mereka yang memerlukan. Sebagai contoh di Gaza, akibat NGO tiada rakan kongsi, barangan dan makanan tidak sampai ke kawasan tragedi dan makanan terbiar sehingga busuk dan berkulat," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program 'Secangkir Kasih-Bantulah Mereka Berpuasa' di sini pada hari Isnin.

Bagaimanapun Zawahir berkata perkara ini tidak berlaku kepada IRM kerana pertubuhannya mempunyai pejabatnya sendiri bagi menguruskan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza ketika perang tersebut.

-- BERNAMA

KUALA LUMPUR:Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aqsa Syarif Berhad memperkenalkan empat pakej Ramadan bagi memudahkan rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin yang ditimpa musibah di bulan mulia ini.

Sumbangan yang dirangka khusus untuk mangsa kekejaman tentera Israel itu termasuk pakej sahur, berbuka puasa, hadiah Hari Raya dan pek makanan.

Setiap pakej, ditentukan nilai sumbangan serta sasaran rakyat Palestin yang akan menerimanya misalnya, pakej sahur bernilai RM20 ditentukan bagi satu set hidangan, berbuka puasa (RM50/set), hadiah Hari Raya (RM150/set) manakala pek makanan (RM300/set).

Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya,Dr Mohd Tahir Abdul Rahman berkata, keseluruhannya pihaknya menyasarkan kutipan tabung bantuan 'Aqsa 2 Gaza-Emergency Relief Operasi Badar' sebanyak RM6 juta, termasuk pakej Ramadan.

Katanya, sumbangan itu merupakan bantuan jangka pendek yang akan diagihkan dalam tempoh 30 hari sempena sambutan bulan puasa berbentuk makanan, kelengkapan Hari Raya serta bantuan perubatan.

"Sehingga kini, pertubuhan ini telah mengumpul sebanyak RM1 juta bermula awal Ramadan lalu dan akan berterusan menghulurkan bantuan kepada mereka (rakyat Palestin) walaupun selepas Ramadan.

"Kami juga sedang merangka kerjasama dengan pasukan bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar bantuan kecemasan ini secepat mungkin," katanya di sini.

Turut hadir Pengurus Besar Aqsa Syarif, Kamarul Zaman Shahrul Anwar, Jawatankuasa Eksekutif VIVA Palestina Malaysia, Noraini Hashim, dan wakil Srikandi Perwani Bikers, Rozaidah Shahbudin.

Sementara itu, Pengurus Besar Aqsa Syarif Kamarul Zaman Shahrul Anwar berkata setakat ini lebih 30 peratus pek makanan telah diagihkan kepada rakyat Gaza dengan bantuan enam orang sukarelawan pertubuhan.

"Kami sememangnya mempunyai tiga orang staf sepenuh masa yang merupakan penduduk tempatan di Palestin manakala tiga orang lagi merupakan staf separuh masa yang diambil untuk bersama-sama membantu misi bantuan ini.

"Sekarang ini kami dalam perancangan untuk menghantar pasukan perubatan yang terdiri daripada empat hingga lima wakil ke sana memandangkan pintu Rafah iaitu sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza telah dibuka," kata Kamarul Zaman.

Sehingga kini, pertubuhan itu menyampaikan sumbangan sebanyak RM26.33 juta kepada penduduk Palestin melalui sumbangan masyarakat negara ini diuruskan Aqsa Syarif, yang diwujudkan pada Februari 2010.

Sumbangan itu meliputi projek pembangunan termasuk bantuan keperluan asas, perubatan, sosioekonomi, infrastruktur, pendidikan dan kemanusiaan.

SHAH ALAM Susulan daripada derita yang terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa peperangan di Gaza, Pertubuhan Aqsa Syarif bakal melancarkan kempen kutipan dana bagi membantu pelarian Palestin yang hampir tiga minggu ditindas Israel.

Mengesahkan mengenai kempen tersebut yang bakal dilancarkan pada hari esok di Putra Hotel, Kuala Lumpur, Pengerusi Lembaga Amanah Aqsa Syarif, Prof Madya Doktor Hafidzi Mohd Nor berkata, kempen tersebut sudah pun berjalan dan pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM6 juta bagi peruntukan sumbangan berbentuk pakaian dan makanan.

Kami sudah ada pegawai khas yang bertugas di sana (Gaza) bagi membungkus makanan, ubat-ubatan dan pakaian untuk diagihkan kepada para pelarian dan mangsa peperangan di sana.

Walaupun misi menyampaikan bantuan menjadi sukar berikutan kekangan dan halangan oleh pihak tentera Israel, namun setakat ini kami sudah berjaya mengagihkan sumbangan sebanyak RM4 juta kepada mangsa-mangsa peperangan di tanah Gaza, katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mengutuk sekerasnya tindakan Israel yang memerangi Palestin dan menganiaya rakyatnya.

Menurutnya ianya hanya salah satu propaganda yang dirancang Israel untuk menghancurkan umat Islam di tanah Gaza.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru kepada seluruh warga masyarakat yang bersimpati terhadap nasib mangsa peperangan di Gaza supaya tampil menghulur bantuan bagi meringankan kesusahan penduduk Palestin.

Menurutnya lagi, mana-mana pihak dan individu yang ingin tampil menghulur bantuan boleh memberikan bantuan secara berpakej akaun Maybank Islamic bernombor 551575-004299 atau akaun Bank Islam 1209-20100-34904.

Tun Dr Mahathir ditemui selepas menerima sumbangan daripada Tabung Kemanusiaan Palestin, Media Prima Berhad yang diaktifkan, semula semalam.Sumbangan RM575,000 itu disampaikan oleh Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan, Datuk Ahmad A. Talib, kepada Yayasan Keamanan Sedunia Perdana.Sumbangan akan digunakan bagi membiaya usaha membeli dan menyalurkan bekalan ubat-ubatan ke penduduk di sememanjung Gaza.Ia akan dilakukan dalam kadar segera memandangkan, serangan dijangka akan lebih dahsyat dalam masa beberapa hari ini.Ketika ini, Yayasan Keamanan Sedunia Perdana, sedang mendapatkan persetujuan menggunakan jalan darat menerusi Rafah, Mesir bagi menyalurkan bantuan ubat-ubatan itu.00125- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Sumbangan_Akan_Digunakan_Penduduk_Di_Sememanjung_Gaza.html#sthash.kjpOQGIX.dpuf