karangan 06 penulisan perenggan penutup

10
PENULISAN P E N G A K H I R A N KARANGAN

Upload: abdul-manaf-bin-mohd-yasir

Post on 05-Jul-2015

11.659 views

Category:

Sports


6 download

DESCRIPTION

Karangan Perbincangan 06

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

PENULISAN

PENGAKHIRANKARANGAN

Page 2: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

Pengakhiran Karangan Perbincangan

• Pengakhiran karangan harus memberi kepuasan kepada pembaca.

• Penutup adalah kesimpulan atau akiran sesebuah karangan.

• Pengakhiran ditulis dengan baik.• Pengakhiran perenggan penutup

boleh menggambarkan pendapat atau saranan penulisnya yang berhubung dengan topik.

Page 3: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

3 Pengakhiran Karangan Perbincangan

1. Kesimpulan pada penulisan- pernyataan semula idea utama

- penegasan semula idea utama

5. Harapan terhadap perbincangan idea utama

3. Pemberhentian pada penghujung karangan

Page 4: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

Pengakhiran Perbincangan

• sama penting dengan pendahuluan• menegaskan sikap penulis terhadap

perbincangan dalam karangan• memberikan pembaca kesan

daripada pembacaan bahagian-bahagian isi karangan yang dikemukakan

• padat, ekonomis dan kejap

Page 5: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

Beberapa Contoh

Perenggan AkhirKarangan Perbincangan

Page 6: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

1 Pengakhiran Kesimpulan Perbincangan

Kesimpulannya, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam mendidik anak-anak. Hakikat ini sememangnya tidak dapat disangkal oleh sebarang pihak. Ibu bapa adalah orang-orang yang bertanggungjawab memberi asuhan dan didikan sempurna kepada anak-anak mereka. Dalam pada itu, peranan guru dan sekolah turut penting bagi melahirkan golongan terpelajar dan berdisiplin. Tetapi, tanpa kerjasama ibu bapa, adalah sukar untuk guru-guru di sekolah memainkan peranannya. Jadi, jelaslah peranan ibu bapa kebih diperlukan dalam mendidik anak-anak.

Page 7: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

2 Pengakhiran DenganPernyataan Harapan

Demikianlah faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak menjadi buruh. Oleh itu, majikan yang melanggar undang-undang buruh mesti dihukum. Begitu juga dengan ibu bapa, penjaga dan sesiapa sahaja yang melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak bukanlah barang dagangan yang boleh diperjualbelikan. Sebaliknya, mereka seharusnya dilindungi dan disayangi kerana merekalah yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Mereka juga berhak menerima pelajaran dan mengecapi zaman kanak-kanak yang menggembirakan biar sekalipun mereka berasal daripada keluarga yang miskin.

Page 8: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

3 Pengakhiran Sekadar Pemberhentian Perbincangan

Fenomena pelajar-pelajar sekolah membuang masa di pusat-pusat hiburan yang menyediakan perkhidmatan ‘permainan komputer’ semakin berleluasa. Tanpa perhatian dan kawalan daripada pihak-pihak tertentu, pasti keadaan bertambah buruk dan akan mencetuskan masalah-masalah sosial yang lain.

Page 9: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

Latihan

Berdasarkan beberapa keratan karangan perbincangan yang disediakan, bina perenggan

penutup yang sesuai.

Page 10: Karangan 06   Penulisan Perenggan Penutup

Petikan 1

Petikan 3

Petikan 2

Petikan 4