kapitalisme di as

2
Soalan Bincangkan perkembangan sistem kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-18 Pendahuluan Sistem ekonomi kapitalisme ialah sistem ekonomi yang menekankan hak milik persendirian, pasaran, kebebasan ekonomi, dan perniagaan untuk keuntungan. Di Amerika Syarikat sistem ekonomi kapitalisme bermula selepas tamatnya Perang Amerika dengan Britain pada 1812 dan Perang Saudara yang berlangsung pada 1861 hingga 1865. Perkembangan ini juga mendorong kemunculan revolusi perindustrian. Terdapat beberapa perkembangan yang berlaku akibat perkembangan sistem kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-18. Kemunculan industri kereta api merupakan perkembangan yang berlaku akibat sistem kapitalisme di Amerika Syarikat. Industri kereta api berkembang akibat muncul peniaga-peniaga besar yang melabur dalam industry ini. Syarikat-syarikat keretapi yang muncul telah menyebabkan lahirnya golongan kapitalis seperti Daniel Drew dan Jay Gould. Buktinya, panjang landasan telah meningkat dari 31 ribu batu kepada 53 ribu batu. Oleh itu, jelaslah bahawa kemunculan industry keretapi merupakan perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat. Perkembangan industri minyak juga menyaksikan perkembangan yang besar dalam sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.Industri minyak ini bermula dengan pengenalan minyak tanah yang digunakan untuk tujuan pemanasan dan sumber cahaya semasa tercetusnya Perang Saudara.Telaga minyak pertama di Amerika Syarikat digerudi di Pennsylvania dengan penglibatan individu penting iaitu John D.Rockfeller.Beliau telah menubuhkan syarikat minyak yang dikenali sebagai Standard Oil of New Jersey serta Standard Oil Company of Ohio pada tahun 1870 yang merupakan pengeluar minyak terbesar di Cleveland,Ohio. Jelaslah bahawa perkembangan industri minyak mendorong kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat. Perkembangan lain ialah kemajuan industri besi dan keluli.Tokoh utama yang terlibat dalam industri ini ialah Andrew Carnegie.Pada tahun 1894,firma beliau mengeluarkan 25 peratus daripada pengeluaran besi dan keluli negara.Selepas beberapa

Upload: nur-atieyqah

Post on 03-Feb-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

system ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat

TRANSCRIPT

Page 1: Kapitalisme Di As

Soalan

Bincangkan perkembangan sistem kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-18

Pendahuluan

Sistem ekonomi kapitalisme ialah sistem ekonomi yang menekankan hak milik persendirian, pasaran, kebebasan ekonomi, dan perniagaan untuk keuntungan. Di Amerika Syarikat sistem ekonomi kapitalisme bermula selepas tamatnya Perang Amerika dengan Britain pada 1812 dan Perang Saudara yang berlangsung pada 1861 hingga 1865. Perkembangan ini juga mendorong kemunculan revolusi perindustrian. Terdapat beberapa perkembangan yang berlaku akibat perkembangan sistem kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-18.

Kemunculan industri kereta api merupakan perkembangan yang berlaku akibat sistem kapitalisme di Amerika Syarikat. Industri kereta api berkembang akibat muncul peniaga-peniaga besar yang melabur dalam industry ini. Syarikat-syarikat keretapi yang muncul telah menyebabkan lahirnya golongan kapitalis seperti Daniel Drew dan Jay Gould. Buktinya, panjang landasan telah meningkat dari 31 ribu batu kepada 53 ribu batu. Oleh itu, jelaslah bahawa kemunculan industry keretapi merupakan perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.

Perkembangan industri minyak juga menyaksikan perkembangan yang besar dalam sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.Industri minyak ini bermula dengan pengenalan minyak tanah yang digunakan untuk tujuan pemanasan dan sumber cahaya semasa tercetusnya Perang Saudara.Telaga minyak pertama di Amerika Syarikat digerudi di Pennsylvania dengan penglibatan individu penting iaitu John D.Rockfeller.Beliau telah menubuhkan syarikat minyak yang dikenali sebagai Standard Oil of New Jersey serta Standard Oil Company of Ohio pada tahun 1870 yang merupakan pengeluar minyak terbesar di Cleveland,Ohio. Jelaslah bahawa perkembangan industri minyak mendorong kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.

Perkembangan lain ialah kemajuan industri besi dan keluli.Tokoh utama yang terlibat dalam industri ini ialah Andrew Carnegie.Pada tahun 1894,firma beliau mengeluarkan 25 peratus daripada pengeluaran besi dan keluli negara.Selepas beberapa tahun,J.Pierpont Morgan telah membeli firma Andrew Carnegie dan menyatukannya atas nama US Steel Corporation.Corporation tersebut telah menjadi syarikat pengeluar besi dan keluli yang terbesar di Amerika Syarikat.jelaslah bahawa kemajuan industri besi dan keluli sememangnya merupakan perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.

Kemunculan perniagaan besar juga memperlihatkan perkembangan yang pesat dalam sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.Perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan syarikat-syarikat disatukan bagi membentuk kartel.Hal ini telah menyebabkan berlaku gelombang penyatuan besar di Amerika Syarikat.Dengan penyatuan syarikat-syarikat besar ini menyaksikan persaingan yang kurang dan syarikat-syarikat yang kecil tidak dapat menandingisyarikat-syarikat yang lebih besar. Jelaslah bahawa sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat menyebabkan peningkatan perdagangan antarabangs

Page 2: Kapitalisme Di As

Kesimpulanya, Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar. Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam negara meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat. Seterusnya membawa Amerika Syarikat menjadi sebuah negara Merkantilsme.