kandungan - majlis agama islam wilayah persekutuan

12

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Page 2: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

kandungan

3

4

5

6

7

7

8

9

9

10

10

11

12

MAJLIS PELANCARAN S-ASSESSMENT TADIKA ISLAM MAIWP

BUKIT AMAN TERIMA SET NASKAH AL-QURAN

30 ASNAF TERIMA BANTUAN DEPOSIT TEKSI BAITULMAL MAIWP

JEJAK ASNAF KE RUMAH PANJANG JINJANG DAN PPR SERI ALAM

BENGKEL PEMBUATAN KEK DAN JAHITAN LANGSIR

KURSUS ASAS PERNIAGAAN SIRI 1 DAN 2

KURSUS ASAS PERNIAGAAN SIRI 4

MAIWP TERIMA 52 PEGAWAI BARU

HARI BERTEMU PELANGGAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH

LAWATAN MAIWP KE MAIPK

MAIWP SERTAI PAMERAN KARNIVAL HIJRAH

PERHIMPUNAN BULANAN MAIWP MAC

MESYUARAT AGONG BKPM KALI KE-7

kandungan

Page 3: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

S-AssessmentTadika Islam MAIWP

Majlis Pelancaran

25 Mac - Majlis pelancaran S-Assessment (Self-Assessment) Pengurusan Kewangan Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin Bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan diiringi YBhg. Tuan Haji Ismail Bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta Ustaz Mohammad Rushdan Bin Ab Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan (BPI).

S-Assessment telah diperkenalkan oleh Unit Audit Dalam MAIWP bagi memperkemaskan sistem pengurusan kewangan Tadika Islam MAIWP (TIM). S-Assessment membolehkan setiap TIM menilai sendiri tahap kepatuhan ke atas pengurusan kewangan sebelum dinilai oleh Unit Audit Dalam MAIWP.

Antara objektif S-Assessment adalah bagi membolehkan semua TIM turut terlibat dalam proses penilaian ke atas pengurusan kewangan di mana

guru-guru Tadika Islam MAIWP akan dapat melihat sendiri kekurangan dan kelemahan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan tersebut.

Melalui S-Assessment ini diharap dapat memantau secara lebih tersusun agar pengurusan kewangan TIM disediakan mengikut peraturan. Selain itu juga, S-Assessment turut dijadikan sebagai asas bagi menilai TIM untuk dicalonkan dalam Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik (APKT).

Pada sebelah pagi telah diadakan satu taklimat mengenai pengendalian S-Assessment kepada semua ketua guru dan wakil ketua guru Tadika Islam MAIWP seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Encik Mohamad Nazrol Bin Moktar, Juruaudit Unit Audit Dalam MAIWP.

Buku S-Assessment yang dihasilkan oleh Unit Audit Dalam MAIWP

YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin Bin Jaffar, KPE MAIWP ketika melancarkan perasmian S-Assessment

3 |

bu

leti

n M

AIW

P

Page 4: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

20 Mac - Satu Majlis Penyerahan Bantuan Naskah Al-Quran Baitulmal MAIWP telah diadakan di pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Tuan Haji Ismail bin Porjo telah menyerahkan naskah Al-Quran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dalam satu majlis ringkas anjuran bersama PDRM dan Baitulmal MAIWP ini.

Pada ucapannya, KPN telah mengucapkan terima kasih kepada MAIWP atas sumbangan yang diberikan. ‘Insyaallah kami berjanji akan memanfaatkan sumbangan Al-Quran yang diberikan ini sebaik mungkin untuk melahirkan warga PDRM selain cekap, amanah tetapi turut sama menjadikan Al-Quran sebagai asas dalam kehidupan’.

Set Naskah Al-Quran yang diberikan mengandungi satu Mushaf Al-Quran bertajwid, mushaf al-quran terjemahan bahasa Melayu dan DVD Tajwid Amali rasm Uthmani. Sebanyak 20 ribu set Naskah Al-Quran ini telah diagihkan kepada beberapa agensi melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM3.99 juta. Pemberian bantuan ini adalah di bawah Skim Bantuan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertujuan membantu pegawai dan agensi yang terlibat memahami dan

Bukit Aman Terima Set Naskah Al-Quran

menghayati Al-Quran melalui terjemahan dan bacaan Al-Quran bertajwid.

Ianya juga bagi menggalakkan pegawai membudayakan Al-Quran dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan. Bantuan ini adalah merupakan sebahagian bantuan yang disalurkan di bawah Program Pembangunan Ummah Baitulmal MAIWP.

Agensi yang menerima sumbangan set Naskah Al-Quran ialah seperti berikut:

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Porjo menyerahkan cenderamata al-Quran kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar

BIL NAMA AGENSI JUMLAH

1. Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur

4,000

2. Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

2,000

3. Kor Agama Angkatan Tentera (ATM)

4,000

4. Jabatan Penjara Malaysia 3,000

5. Jabatan Pembangunan Wanita 2,000

6. Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan

4,500

7. MAIWP 500

JUMLAH 20,000

Bergambar kenangan diakhir program

bu

letin M

AIW

P | 4

Page 5: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

20 Feb - Satu majlis taklimat telah diadakan kepada penerima Bantuan Deposit Sewabeli Teksi Baitulmal MAIWP bertempat di Bangunan Daruzzakah, Kuala Lumpur. Seramai 30 orang penerima bantuan telah hadir pada majlis tersebut.

Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Saiful Hafiz bin Abdullah, Penolong Pengurus dari Unit Bantuan Ekonomi. Beliau dalam ucapannya meminta supaya asnaf yang bakal memiliki teksi sendiri ini supaya melaksanakan tugas dengan amanah serta menjadi pemandu yang berhemah dan bertanggungjawab. Asnaf hendaklah menggunakan dengan sebaik mungkin peluang yang diberikan dalam menjana pendapatan keluarga supaya keluar dari kepompong kemiskinan. Ini adalah amanah yang daripada pembayar-pembayar zakat kepada asnaf, gunakan bantuan yang diberikan sebaik mungkin, tegas beliau lagi.

Pada majlis ini juga, surat kelulusan bantuan Bantuan Deposit Sewabeli Teksi Baitulmal MAIWP telah disampaikan kepada asnaf.

30 Asnaf Terima Bantuan Deposit Teksi Baitulmal MAIWP

5 |

bu

leti

n M

AIW

P

Ustaz Mohd Saiful Hafiz bin Abdullah menyerahkan kunci kepada penerima Bantuan Deposit sewa Beli TeksiBergambar kenangan diakhir program

Ustaz Mohd Saiful Hafiz bin Abdullah ketika memberi taklimat kepada penerima Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi

Ustaz Mohd Saiful Hafiz bin Abdullah menyerahkan surat kelulusan bantuan teksi

Page 6: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Bergambar kenangan setelah tamatkursus teknik asas perniagaan

bu

letin M

AIW

P | 6

31 Mac - Skuad Jejak Asnaf semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat di Wilayah Persekutuan khasnya dalam usaha MAIWP membantu golongan asnaf yang memerlukan. Antara lokasi yang telah dijejaki oleh Skuad Jejak Asnaf tersebut adalah di Rumah Panjang, Jinjang dan PPR Seri Alam, Asnaf pertama yang dijejaki di Rumah Panjang Jinjang adalah seorang warga tua muallaf bernama Encik Ridhuan Lasser bin Abdullah. Beliau yang kini berusia 77 tahun telah memeluk Islam lebih 20 tahun lamanya. Beliau yang uzur dan tidak lagi mampu membuat kerja-kerja berat tinggal bersama adik perempuannya yang juga seorang muallaf. Skuad dimaklumkan bahawa adik beliau berulang alik bekerja di Sungai Buloh dengan pendapatan kurang daripada RM1,000.00.

Menurut Encik Ridhuan Lasser, sebelum memeluk agama Islam, beliau mempunyai seorang isteri dan anak, namun telah meninggalkannya apabila dia memeluk agama Islam. Bagi beliau, tiada langsung rasa menyesal atas jalan yang dipilihnya selama ini.Ketika menerima sumbangan daripada Baitulmal MAIWP, airmata Encik Lasser mengalir

kerana keprihatinan Baitulmal yang sanggup turun padang menemui muallaf sepertinya. Ketua Skuad bagi Parlimen Batu, Encik Mohd Saiful Hafiz turut berpesan agar walau apapun cabaran yang dihadapi, beliau teguh dengan ajaran Islam dan mengerjakan solat lima waktu meminta pertolongan dariNya.

Skuad Jejak asnaf telah turun padang menziarahi Puan Dayang Herlina pada 7 Mac 2014. Beliau yang merupakan seorang ibu tunggal tinggal bersama 4 orang anak tanpa sebarang pendapatan tetap disebabkan faktor kesihatan. Buat masa ini, duit bantuan Kewangan Bulanan MAIWP sebanyak RM500 sebulan digunakan sebaik mungkin untuk perbelanjaan harian. Selain bantuan ini, beliau juga merupakan penerima bantuan sewa rumah bulanan. Pada Januari 2014, Baitulmal telah meluluskan bantuan segera berjumlah RM2,400.00 bagi menampung perbelanjaan hospital anak bongsu beliau. Baitulmal MAIWP telah meluluskan bantuan perubatan am sebanyak RM4,000.00 pada Mac 2014 bagi membiayai perubatan dan dressing luka anak beliau.

Sehingga Mac 2014, Baitulmal telah menjejaki seramai 1083 asnaf melalui program turun padang dan kaunter terbuka Baitulmal MAIWP.

Jejak Asnaf Ke Rumah PanjangJinjang Dan PPR Seri Alam

Ustaz Mohd Rodzi bin Osman, Penolong Pengurus Kanan Pentadbiran Baitulmal melawat ke rumah

Puan Dayang Herlina dari PPR Seri Alam

Ustaz Mohd Saiful Hafiz menyampaikan bantuan keperluan harian kepada Encik Ridhuan Lesser bin

Abdullah dari Rumah Panjang Jinjang

Page 7: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

8 Mac - 40 asnaf penerima Bantuan Baitulmal MAIWP telah berpeluang mengikuti Bengkel Pembuatan Kek dan Bengkel Jahitan langsir yang telah diadakan di Institut Kemahiran Baitulmal, Kampung Pandan.

Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini telah dianjurkan bersama oleh Unit Bantuan Kewangan Bulanan dan IKB Pada 8 & 9 Mac 2013. Bengkel ini diadakan memberi pendedahan awal kepada para peserta untuk memilih laluan kerjaya yang mudah dalam menentukan matlamat hidup mahupun untuk mengembangkan perniagaan

20 Feb - Baitulmal MAIWP telah menganjurkan Kursus Asas Perniagaan dan Penyata Kewangan Siri 1 dan 2 yang diadakan pada 10 hingga 11 Februari dan 17 hingga 18 Februari bertempat di Dewan Seminar Perkim, Jalan Ipoh.

Seramai 100 orang asnaf telah terpilih menyertai dua siri kursus tersebut. Kursus ini diadakan bertujuan mendedahkan para peserta dengan ilmu asas perniagaan. Kursus ini juga adalah antara insiatif Baitulmal dalam membantu dan memantau perkembangan asnaf penerima Bantuan di bawah Skim Bantuan Perniagaan. Pada majlis penutup, Encik Mohd Saiful Hafiz Bin Abdullah, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi telah menyeru asnaf supaya sentiasa menanamkan sikap berdaya saing dan sentiasa bersemangat ingin berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

40 Asnaf Pelajari Teknik MembuatKek Dan Jahitan Langsir

Kursus Asas PerniagaanSiri 1 & 2

yang dijalankan. Bengkel dimulakan dengan taklimat dan Pembentukan Minda Niaga dari tenaga pengajar supaya para asnaf tidak hanya bergantung kepada bantuan Baitulmal semata-mata malah membuka peluang untuk menjana ekonomi dan pendapatan keluarga.

Bagi peserta Bengkel Pembuatan Kek, mereka telah diajar secara teori dan praktikal cara-cara membuat Kek Coklat, Kek Laici dan Kek Cawan. Manakala teknik mendraf pola pakaian dan jahitan jubah pula telah dipelajari oleh 20 orang peserta Bengkel Jahitan.

Peserta kursus mendengar taklimat daripada guru Kursus Pengajian Makanan IKB

Bergambar kenangan setelah tamatkursus teknik asas perniagaan

Peserta kursus sedang menjahit langsir

7 |

bu

leti

n M

AIW

P

Page 8: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

20 Mac - Bahagian Baitulmal telah mengadakan Kursus Asas Perniagaan dan Penyata Kewangan Siri 4 bertempat di Dewan Seminar Tingkat 1, Bangunan Perkim.

Kursus yang diadakan selama 2 hari bermula 19 Mac bertujuan memberi pendedahan kepadaasnaf penerima Bantuan Perniagaan asas perniagaan serta tatacara perakaunan yang tersusun dan sistematik. Kursus-kursus Asas Perniagaan dan Penyata Kewangan ini telah diadakan sebanyak 4 siri dengan jumlah keseluruhan peserta yang terlibat adalah seramai 200 orang. Kursus yang telah diperkenalkan sejak tahun 2010 ini telah memberi manfaat kepada 580 asnaf penerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP . Setiap tahun, 2 siri kursus akan dilaksanakan melibatkan peserta seramai 100 orang. Namun pada tahun ini, kursus ini telah dilaksanakan sebanyak 4 siri melibatkan keseluruhan peserta seramai 200 orang. Sejak diperkenalkan, Baitulmal telah membelanjakan RM196,892.00 wang zakat bagi mengadakan kursus Asas Perniagaan dan Penyata Kewangan ini.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg TKPE MAIWP, Tuan Haji Ismail bin Porjo mewakili KPE MAIWP. Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan MAIWP dalam membantu kerajaan membasmi kemiskinan melalui dana zakat dengan pemberian bantuan berbentuk keusahawanan seperti ini. Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengurus Baitulmal Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya dan Penolong Pengurus Unit Pembangunan Asnaf (Ekonomi) En. Mohd Saiful Hafiz bin Abdullah.

YBhg Tuan Haji Ismail bin Porjo (Kanan depan sekali) sedang melawat gerai tudung dan pakaian wanita.

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Porjo (2 dari kanan) bersama YBhg. Dato Sazali bin Atar, Pengerusi Persatuan Usahawan Asnaf Baitulmal MAIWP (berkot) sedang membuat lawatan ke gerai jualan.

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Porjo, TKPE MAIWP melawat Gerai Asnaf

bu

letin M

AIW

P | 8

Kursus Asas PerniagaanSiri 4

Page 9: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

17 Mac - MAIWP telah menerima seramai 52 pegawai baru bagi mengisi kekosongan jawatan di MAIWP. Empat daripada mereka mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur dan lapan orang akan berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Labuan.

Selain itu, seramai 7 orang ditempatkan di Bahagian Pembangunan Insan iaitu seorang Pegawai Psikologi, 4 orang sebagai Pembantu Tadbir (P/O), seorang Pembantu Hal Ehwal Islam dan seorang sebagai Pembantu Operasi. Manakala bagi mengisi kekosongan penjawatan di Bahagian Baitulmal seramai 29 orang ditugaskan di bahagian tersebut. Antaranya jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pembantu Hal Ehwal Islam dan Pembantu Operasi dan seorang Pemandu.

Bahagian Kewangan menerima seorang Penolong Pegawai Tadbir dan Bahagian Khidmat Pengurusan menerima seorang Juruteknik Komputer dan 3 orang Pemandu.

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di Majlis Akujanji Pegawai Baru MAIWP mengucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai warga MAIWP. Beliau berharap warga baru MAIWP ini dapat memberikan komitmen dan melakukan yang terbaik dalam perkhidmatan. Beliau turut mengingatkan agar mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam khususnya MAIWP.

MAIWP Terima52 Pegawai Baru

Bacaan Ikrar Akujanji

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Porjo, Timb. Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ketika memberi taklimat

14 Mac - Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Hayyu Sabiek, Kaherah. Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, TYT Dato’ Ku Jaffar bin Ku Shaari dan Menteri Penasihat Pendidikan KBMK, Prof Madya Dr Mohd Radhi Bin Ibrahim serta pegawai-pegawai lain.

Sementara itu, Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff, Pengurus Asrama MAIWP di Mesir selaku tuan rumah mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan majlis yang julung kali diadakan ini.

Program yang dijalankan adalah bertujuan memudahkan para pelajar membuat urusan. Antara kaunter yang di buka pada hari tersebut adalah kaunter terjemahan dokumen, kaunter kad pelajar, kaunter khidmat Konsular dan kaunter khidmat nasihat. Kaunter kad pelajar merupakan kaunter yang paling mendapat sambutan.

“Saya berharap program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang kerana saya melihat banyak kebaikan yang dibawa selain memudahkan urusan, ia juga dapat merapatkan lagi hubungan antara pelajar dan kedutaan,” ujar Nurul Farhana pelajar Tahun 3 Perubatan, Universiti Al-Azhar.

Hari Bertemu PelangganKedutaan Besar Malaysia Kaherah

TYT Dato’ Ku Jaffar bin Ku Shaari (berbaju putih) turut hadir di Hari Bertemu Pelanggan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Kaunter untuk membuat kad pelajar

9 |

bu

leti

n M

AIW

P

Page 10: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

4 Mac - Seramai 30 orang pegawai MAIWP telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Perak (MAIPK). Lawatan kerja sehari ini diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP diiringi oleh pegawai-pegawai kanan setiap bahagian MAIWP.

Kedatangan peserta lawatan MAIWP ini disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPK, YBhg. Dr Amiruddin bin Muhamed dan Puan Noor Waheda bin Abu Seman, Eksekutif Zakat (Agihan) MAIPK.

Lawatan MAIWP Ke MAIPkTujuan utama lawatan ini bagi melihat dengan lebih dekat pengurusan sumber manusia MAIPk di samping bertukar pengalaman dalam pelaksanaan aktiviti agihan zakat.

Pada lawatan tersebut, para pegawai MAIWP telah dibawa melawat premis - premis milik MAIPK yang diusahakan oleh asnaf iaitu Muslimah Beauty & SPA yang terletak di Taman Soon Choon, Ipoh Perak. Para peserta lawatan juga dibawa melawat Kreatif Collection di Klebang yang menjadi tempat melatih para asnaf.

Bergambar kenangan di hadapan bangunan Ibu

Pejabat MAIPK

Lawatan ke Kreatif CollectionYBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, KPE MAIWP menyerahkan

plak kepada YBhg. Dr. Amiruddin bin Muhamed, KPE MAIPK

bu

letin M

AIW

P | 10

29 Mac - MAIWP telah menyertai pameran di Karnival Hijrah sempena Sambutan Bulan Dakwah Negara 2014 anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan TV Al-Hijrah yang diadakan di Yan, Kedah.

Pada program pameran yang diadakan selama 3 hari bermula 28 hingga 30 Mac 2014 itu, MAIWP mengenengahkan kejayaan yang telah dicapai sebagai sebuah agensi Islam yang menjadi kebanggaan umat Islam seluruhnya. Selain itu, perkhidmatan yang disediakan oleh MAIWP turut dikongsi antaranya mengenai Institut Kemahiran Baitulmal.

Karnival berkenaan telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi MAIWP. Menurut beliau, program yang dianjurkan ini memberi peluang terbaik untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan Islam sebagai agama kasih sayang demi kesatuan dan perpaduan umat.

Selain pameran, karnival tersebut turut dimeriahkan dengan beberapa acara seperti Bicara Sakinah, Malam Cinta Rasul dan Dikir Zikir untuk menarik orang ramai berkunjung ke karnival berkenaan.

MAIWP Sertai Pameran Karnival Hijrah

YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) ketika

melancarkan gimik perasmian Program Dakwah Negara

YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B)

ketika menyampaikan ucapan

Kaunter MAIWP turut menjadi tumpuan orang ramai

Page 11: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

MAIWP Sertai Pameran Karnival Hijrah

11

| b

ule

tin

MA

IWP

28 Mac - Seramai 250 orang warga MAIWP telah menghadiri Perhimpunan Bulanan MAIWP Mac 2014 yang diadakan di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM.

YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ketika berucap di majlis tersebut mengucapkan tahniah kepada warga MAIWP atas komitmen yang diberikan dalam melaksanakan tugas. Beliau juga menyeru warga MAIWP agar terus melaksanakan langkah penjimatan sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan.

Pada majlis tersebut, tiga orang warga MAIWP iaitu Puan Rosliza binti Mat Dzin daripada Bahagian Kewangan, Puan Hamnah Binti Shahadan daripada Bahagian Baitulmal dan Encik Mohd Ruzaidi Bin Ayob

juga daripada Bahagian Baitulmal telah menerima Anugerah Pekerja Berprestasi Bulanan (APBB) Mac 2014 di majlis berkenaan.

Majlis perhimpunan pada kali ini juga turut meraikan Encik Abdul Malek bin Mokhtar, Ketua Unit Audit Dalam MAIWP yang tamat tempoh pinjaman di MAIWP pada 31 Mac 2014. Beliau yang dipinjamkan daripada Jabatan Audit Negara pada 25 April 2010 akan melanjutkan pengajian di Jepun.

YBhg. Datuk Haji Zainal dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan dan jasa Encik Malek selama berkhidmat di MAIWP.

Perhimpunan BulananMAIWP Mac

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu MAIWP Berbakti Berjasa

YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, KPE MAIWP menyampaikan cenderamata kenangan kepada En. Abd Malek bin Mokhtar

Penerima Anugerah Pekerja Berprestasi Bulanan (ABPP) dari kiri Puan Rosliza, Puan Hamnah dan Encik Ruzaidi

Page 12: kandungan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

28 Mac - Badan Kebajikan Pekhidmat MAIWP (BKPM) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-7 bertempat di Dewan Seminar, Aras 1, Bangunan PERKIM.

Mesyuarat tersebut yang diadakan sejurus selesai Perhimpunan Bulanan MAIWP Mac 2014. Pada mesyuarat tersebut, Encik Wan Ahmad Fadhli Shah, Setiausaha BKPM telah membentangkan laporan aktiviti yang diadakan Sesi 2012-2014. Pembentangan kemudiannya diteruskan oleh Encik Mohamad Nazrol bin Moktar selaku Bendahari BKPM yang melaporkan prestasi kewangan BKPM tahun 2013.

YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2012-2014 atas sumbangan dan khidmat yang diberikan dalam menjayakan aktiviti di MAIWP.

Sementara itu, beliau juga berharap agar semua warga MAIWP dapat memberikan komitmen dan kerjasama kepada barisan jawatankuasa BKPM yang baru dilantik yang diterajui oleh Encik Husaini bin Hussin sebagai Pengerusi.

Senarai Ahli Jawatankuasa BKPM Sesi 2014-2016.

BIL NAMA JAWATAN

1. Mohd Husaini Bin Hussin Pengerusi

2. Khairul Mazli bin Saut Timbalan Pengerusi

3. Nor Aishah Binti Mohd Ali Setiausaha

4. Sumarno Bin Siswanto Bendahari

5. Mohd Faridil Atrash Bin Mohd Suhaidi

Pemeriksa Kira

6. Mohd Suffian Bin Mohamed Esa

Pemeriksa Kira

7. Nuryakeen Binti Md. Khalid AJK Sukan dan Rekreasi

8. Ibrahim Bin Misbah AJK Agamadan Kerohanian

9. Suwaibah Binti Romli AJK Ekonomi

10. Mohd Izham Bin Baharum AJK Kebajikan

11. Zainol Hashim AJK Perhubungan

Mesyuarat AgungBKPM Kali Ke-7

bu

letin M

AIW

P | 12

Undian bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa baru

Ucapan Sulung oleh Encik Husaini bin Hussin Pengerusi baru BKPM bagi sesi 2014-2016

Ahli Jawatankuasa BKPM bagi sesi 2012-2014