nama2 tokoh islam_masjid2 di wilayah persekutuan

23
NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH http://twitter.com/tuanasmawi2u 1 ANAS BIN MALIK RIWAYAT HIDUP ANAS BIN MALIK Nama sebenar beliau ialah Anas bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Beliau adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah. Ayahnya pula bernama Malik ibn Nadar dan beliau tidak memeluk Islam. Pada waktu berumur 10 tahun ibunya mendorong agar beliau mengabdi pada Rasulullah. Ibunya berkata, “Ini anakku pandai menulis.” Rasulullah pun menerima permohonan ibunya. Rasulullah berdo’a, “Ya Allah berikan dia harta dan anak yang banyak. Dan Beri keberkahan yang saya berikan padanya.”(HR.Bukhori Muslim). Beliau telah berkhidmat kepada Rasulullah S.A.W semenjak kecil lagi di mana ibunya telah menghadiahkannya kepada Rasulullah S.A.W agar dapat berkhidmat kepada Baginda S.A.W. Semenjak itu beliau hidup bersama Baginda Rasulullah S.A.W selama sepuluh tahun. Ketika Rasulullah S.A.W wafat, umur beliau baru mencecah 20 tahun. Maka dalam umur 10 hingga 20 tahun beliau mendapat tarbiah secara langsung daripada Baginda S.A.W. Beliau juga adalah salah seorang sahabat yang faham akan keadaan nabi, tahu akan kesusahan nabi, dan tahu akan sifat dan tingkah laku nabi. SUMBANGAN ANAS BIN MALIK Menjadi duta umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah selepas wafatnya Baginda S.A.W. Anas bin Malik urutan ke tiga dari sahabat yang banyak meriwayatkan hadith, Ia meriwayatkan sebanyak 2.286 hadith. Anas bin Malik tidak berperang dalam perang Badar yang akbar, kerana usianya masih sangat muda. Tetapi ia banyak mengikuti peperangan lainnya sesudah itu. Pada waktu Abu Bakar meminta pendapat Umar mengenai pengangkatan Anas bin Malik menjadi pegawai di Bahrain, Umar memujinya :” Dia adalah anak muda yang cerdas dan bisa baca tulis, dan juga lama bergaul dengan Rasulullah”. KEWAFATAN ANAS BIN MALIK Beliau merupakan antara sahabat Rasulullah S.A.W yang panjang umurnya , dan hidupnya menjangkaui usia 100 tahun lebih.Setelah menjalani hidupnya hampir satu abad, beliau wafat pada tahun 91 Hijriah, berumur 99 tahun. Pada waktu beliau sakit, beliau berpesan kepada keluarganya, “Ajarkan/talkin aku kalimat “La ilahaillallah. Muhammadurrasullah.” Beliau pun mengucap kalimat itu hingga ajal menjemputnya. Pada waktu dimandikan, Muhammad bin Sirrin, seorang tabi’in, yang memandikannya.

Upload: tuanasmawi1

Post on 01-Jul-2015

215 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

http://twitter.com/tuanasmawi2u

TRANSCRIPT

Page 1: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

1

ANAS BIN MALIK RIWAYAT HIDUP ANAS BIN MALIK

Nama sebenar beliau ialah Anas bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Beliau adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah. Ayahnya pula bernama Malik ibn Nadar dan beliau tidak memeluk Islam. Pada waktu berumur 10 tahun ibunya mendorong agar beliau mengabdi pada Rasulullah. Ibunya berkata, “Ini anakku pandai menulis.” Rasulullah pun menerima permohonan ibunya. Rasulullah berdo’a, “Ya Allah berikan dia harta dan anak yang banyak. Dan Beri keberkahan yang saya berikan padanya.”(HR.Bukhori Muslim). Beliau telah berkhidmat kepada Rasulullah S.A.W semenjak kecil lagi di mana ibunya telah menghadiahkannya kepada Rasulullah S.A.W agar dapat berkhidmat kepada Baginda S.A.W. Semenjak itu beliau hidup bersama Baginda Rasulullah S.A.W selama sepuluh tahun. Ketika Rasulullah S.A.W wafat, umur beliau baru mencecah 20 tahun. Maka dalam umur 10 hingga 20 tahun beliau mendapat tarbiah secara langsung daripada Baginda S.A.W. Beliau juga adalah salah seorang sahabat yang faham akan keadaan nabi, tahu akan kesusahan nabi, dan tahu akan sifat dan tingkah laku nabi.

SUMBANGAN ANAS BIN MALIK

Menjadi duta umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah selepas wafatnya Baginda S.A.W. Anas bin Malik urutan ke tiga dari sahabat yang banyak meriwayatkan hadith, Ia meriwayatkan sebanyak 2.286 hadith. Anas bin Malik tidak berperang dalam perang Badar yang akbar, kerana usianya masih sangat muda. Tetapi ia banyak mengikuti peperangan lainnya sesudah itu. Pada waktu Abu Bakar meminta pendapat Umar mengenai pengangkatan Anas bin Malik menjadi pegawai di Bahrain, Umar memujinya :” Dia adalah anak muda yang cerdas dan bisa baca tulis, dan juga lama bergaul dengan Rasulullah”.

KEWAFATAN ANAS BIN MALIK

Beliau merupakan antara sahabat Rasulullah S.A.W yang panjang umurnya , dan hidupnya menjangkaui usia 100 tahun lebih.Setelah menjalani hidupnya hampir satu abad, beliau wafat pada tahun 91 Hijriah, berumur 99 tahun. Pada waktu beliau sakit, beliau berpesan kepada keluarganya, “Ajarkan/talkin aku kalimat “La ilahaillallah. Muhammadurrasullah.” Beliau pun mengucap kalimat itu hingga ajal menjemputnya. Pada waktu dimandikan, Muhammad bin Sirrin, seorang tabi’in, yang memandikannya.

Page 2: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

2

USAMAH BIN ZAID BIODATA USAMAH BIN ZAID

Usamah bin Zaid adalah anak kepada Zaid bin Harithah dengan Ummi Ayman yang merupakan pembantu kepada Rasulullah S.A.W. Ibu Usamah bin Zaid merupakan seorang wanita Habsyi yang diberkati, terkenal dengan panggilan "Ummu Aiman". Ummu Aiman adalah bekas hamba sahaya ibunda Rasulullah Aminah binti Wahab. Usamah bin Zaid merupakan salah seorang sahabat yang tidak menyertai Perang Badar pertama kerana ditugaskan untuk membantu Uthman bin Affan merawat isterinya, Ruqaiyah yang sedang sakit tenat. . Usamah bin Zaid sebaya dengan cucu Rasulullah iaitu Hasan bin Fatimah az-Zahra. . Usamah adalah seorang hamba yang berkulit hitam , hidungnya pesek, sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi. Sejak Usamah meningkat remaja, sifat-sifat dan pekerti yang mulia sudah kelihatan pada dirinya, yang memang layak menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar, bijaksana dan pandai, takwa dan wara. Ia senantiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela. Ketika usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun, Rasulullah telah mengangkat Usamah bin Zaid yang muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yang akan diberangkatkan untuk memerangi pasukan Rum. Dalam pasukan itu terdapat sahabat seperti Abu Bakar Al- Siddiq, Umar bin Khattab, Sa'ad bin ABi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat yang tua-tua.

HUBUNGAN DENGAN RASULULLAH S.A.W Usamah bin Zaid lahir dalam keluarga Rasulullah S.A.W sebagai pembantu Baginda lantaran kedua ibu bapanya berkhidmat sebagai pembantu Rasulullah S.A.W. SUMBANGAN USAMAH BIN ZAID

Beliau menjadi panglima dari satu pasukan besar dalam menghadapi serangan Kerajaan Rumawi ketika berusia 18 tahun. Usamah berjaya kembali dari medan perang dengan kemenangan gemilang serta membawa harta rampasan yang banyak, melebihi perkiraan yang diduga orang. Di samping itu, beliau banyak menghafal hadis dari Rasulullah S.A.W. Antara murid-muridnya ialah: Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas, Usman an-Nahdi dan Abu Wail. Usamah turut berperang dalam Perang Khandaq, Perang Hunain, dan Perang Mu'tah. Usamah bin Zaid sepanjang hidupnya berada di tempat terhormat dan dicintai kaum muslimin kerana beliau sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah dengan sempurna dan memuliakan peribadi Rasulullah.

KEWAFATAN USAMAH BIN ZAID Beliau meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah.

Page 3: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

3

ALI BIN ABI TALIB RIWAYAT HIDUP ALI BIN ABI TALIB Nama beliau sebenarnya ialah Ali bin Abi Thalib bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 602 M atau 10 tahun sebelum kelahiran Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dari Rasulullah S.A.W. Beliau adalah orang pertama yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Beliau adalah seorang yang berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam. Beliau telah didoakan dengan lafaz ”Karramallahu wajhah” yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala. Beliau juga adalah khalifah keempat atau yang terakhir di antara empat khalifah rasyidin yang lain.Selain itu, beliau dikurniai pemahaman yang sangat baik terhadap agama dan keduniaan. Beliau adalah suami kepada Fatimah az-Zahra serta mempunyai anak, Hassan dan Hussain. Beliau merupakan khalifah yang sangat genius, hanya segelintir sahaja yang menerima anugerah dengan watak kepahlawanan, berpengetahuan yang luas, serta memiliki kesolehan, kejernihan pemikirandan daya imaginasi yang luar biasa. Perwatakan istimewa seorang menantu Nabi saw, yang dibesarkan dan dibimbing oleh Nabi saw sendiri. Secara umumnya, Sy Ali diakui salah seorang tempaan Islam yang baik. Keberaniannya, membuatkannya menyandang julukan ”Singa Tuhan”. Sy. Ali dikenali sebagai seorang yang dermawan. Diceritakan bahawa beliau pernah memberikan pedang kesayangannya kepada seseorang untuk dijual untuk kegunaan membeli sehelai kain. Walaupun dalam kemiskinan beliau tidak biasa mengecewakan sesiapa pun yang mengetuk pintu rumahnya. Beliau juga bersifat adil dan jujur, contohnya semasa zaman pemerintahannya, beliau membahagikan harta Baitulmal dengan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan, dan harta masyarakat dikembalikan kepada rakyat. Sy. Ali juga dalam menjalankan pemerintahan adalah seorang yang tidak berat sebelah dan tidak pilih kasih. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat keras terhadap gabenor-gabenornya, dengan cara teratur memantau tindakan-tindakan mereka. HUBUNGAN DENGAN RASULULLAH S.A.W Saidina Ali merupakan sepupu dan juga menantu Baginda S.A.W melalui pernikahannya dengan Fatimah az-Zahra. SUMBANGAN ALI BIN ABI TALIB Ketika Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah, Ali sanggup tidur di tempat tidur Baginda S.A.W bagi mengaburi kaum Quraisy yang ingin membunuh Rasulullah S.A.W. Beliau juga berjaya meruntuhkan gerbang benteng pertahanan Khaibar yang menjadi pertahanan terakhir Yahudi. Ketika

Page 4: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

4

Rasulullah S.A.W menunaikan ibadah haji, Ali telah bertanggungjawab melaksanakan misi ketenteraan ke Yaman dan dilakukannya dengan baik. KEWAFATAN SAIDINA ALI BIN ABI THALIB Saidina Ali R.A telah diserang dengan pedang ketika berangkat ke masjid dan meninggal dunia dua hari kemudian. Beliau telah diserang oleh Abdurrahman yang ditugaskan untuk membunuh beliau. Peristiwa itu berlaku pada Ramadhan 40 Hijrah, bersamaan 661Masihi. ABU UBAIDAH IBN JARRAH RIWAYAT HIDUP ABU UBAIDAH IBN JARRAH Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal al-Fihri al-Quraisyi. Beliau adalah di antara orang yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Siddiq dan termasuk dalam golongan sahabat yang dijamin masuk syurga. Beliau mempunyai bentuk tubuh yang kurus, tinggi dan berjanggut tipis tetapi berwajah kacak serta menarik pada pabdangan mata.Beliau juga termasuk dalam golongan yang awal memeluk agama Islam bawaan Rasulullah saw.Kualiti diri beliau dapat diketahui melalui sebuah sabda yang bermaksud,”Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah.” Kehidupan Abu Ubaidah tidak jauh berbeza dengan kehidupan yang dilalui oleh sahabat baginda yang lain. Kehidupan beliau diisi dengan pengorbanandan perjuangan menegakkan syiar Islam. Beliau seorang yang berwibawa, berani, berwajah ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Beliau juga adalah seorang yang zuhud. Contoh mengenai keberanian beliau ialah ketika dalam peperangan yang dasyat, beliau melihat ayahnya dalam barisan musyrikin dan tanpa membuang masa beliau menghayunkan pedangnya untuk menamatkan riwayat salah seorang panglima perang Quraisy iaitu ayahnya sendiri. Sejarah menunjukkan tentang kezuhudan beliau ketika kekuasaan Islam telah meluas dan kekhalifahan negara dipimpin oleh khalifah Umar, Abu Ubaidah menjadi pemimpin di daerah Syria. Saat Khalifah Umar mengadakan kunjungnn dan singgah di rumah beliau, tidak terlihat sesuatu pun oleh Umar kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangan Abu Ubaidah di rumah tersebut. SUMBANGAN ABU UBAIDAH IBN JARRAH Beliau menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al-Quds di Baitul Maqdis. KEWAFATAN ABU UBAIDAH IBN JARRAH Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah sempat berpesan kepada tenteranya agar mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, saling menasihati dan jangan

Page 5: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

5

terperdaya dengan harta dunia. Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun. ABDUL RAHMAN BIN AUF RIWAYAT HIDUP ABDUL RAHMAN BIN AUF Abdul Rahman bin Auf atau nama sebenar beliau Abu Amr adalah salah seorang sahabat nabi yang terkaya sebagaimana kayanya Saidina Uthman bin Affan. Beliau dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah. Sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman telah menganggap bahawa minuman arak itu adalah terlarang. Beliau telah memeluk Islam sebelum Rasulullah S.A.W memasuki Darul Arqam yang kemudiannya menjadi pusat penyampaian dakwah Islam secara tersembunyi. Beliau juga merupakan antara sahabat yang paling banyak mengorbankan kekayaannya untuk kepentingan Islam. SUMBANGAN Abdul Rahman bin Auf telah memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika Perang Tabuk. Beliau juga telah dilantik oleh rasulullah S.A.W untuk mengimami solat ketika ketiadaan Baginda. Beliau merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi pada masa itu dimonopoli oleh kaum Yahudi. KEWAFATAN ABDUL RAHMAN BIN AUF Abdul Rahman bin Auf telah kembali ke rahmatullah pada tahun 31 Hijrah ketika berusia 75 tahun. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saidina Uthman bin Affan, Zubair ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat. IMAM AL-GHAZALI RIWAYAT HIDUP IMAM AL-GHAZALI Nama sebenar Imam Al- Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Ahmad.Namun beliau lebih dikenali sebagai Imam Al-Ghazali. Beliau dilahirkan dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun 1059 Masehi di Thus daerah Khurasan.Beliau dikenali sebagai gelaran Al-Ghazali mungkin kerana disebabkan oleh ayah beliau seorang pemintal benang tenun wol atau mungkin juga kerana beliau berasal dari desa Ghazalah.Pendidikan beliau dimulai di daerah beliau sendiri iaitu beliau telah belajar daripada Ahmad Ibnu Muhammad al-Razkani al-Thusi. Kemudian beliau belajar dipondok di Jurjan untuk mendalami ilmu agama dan bahasa.Kemudian beliau kembali semula ke Thus untuk mempelajari ilmu tasawuf, kemudian melanjutkan pelajaran ke Nisyapur sehingga tamat pengajiannya. Namun selepas tamat pengajian beliau tetap giat dalam mencari ilmu dan mula menulis serta mengajar mengenai bidang Ilmu Fiqah.Imam Al-Ghazali bukan sahaja dianggap sebagai ulamak terbilang

Page 6: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

6

bahkan juga seorang ahli falsafah, ahli fikir yang tiada bandingannya serta seorang ahli sufi yang termasyhur namanya sehingga sekarang. Al-Ghazali juga seorang yang suka beribadat. Al-Ghazali juga menjadikan Masjid Umawi sebagai tempat beribadat beliau. Di masjid Umawi tersebut, beliau ber’itiqaf dan berzikir di puncak menara sebelah barat sepanjang hari dengan makanan dan minuman yang amat terbatas sekali.Imam Al-Ghazali memasuki suluk sufi dengan riyadhah dan mujahadah terus menerus selama lebih 2 tahun di Damaskus. Beliau juga akan berzikir sepanjang berada di Qubbah Shahrah. SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI Imam Al- Ghazali banyak memberi sumbangan dalam hasil tulisan dengan penghasilan pelbagai karya-karya. Antara kitab-kitab karangan Imam Al-Ghazali yang membahas tentang tasawuf ialah : 1.Mizan al-’Amal 2.Al-Ma’arif al-Aqliah wa Lubab al-Hikmah al-Ilahiyah 3.Ihya ;Ulumiddin 4.Bidayat al-Hidayah Menurut pengkaji sejarah Islam, tasawuf Imam Al-Ghazali telah menghimpunkan akidah, syariat dan akhlak dalam suatu sistematika yang kuat. KEWAFATAN IMAM AL-GHAZALI Imam Al-Ghazali yang bergelar Hujjatul Islam meninggal dunia di kota kelahirannya iaitu di Thus pada hari Isnin bersamaan 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah. IMAM ASY-SHAFIE RIWAYAT HIDUP IMAM ASY-SHAFIE Nama sebenar imam Shafie ialah Muhammad bin Idris asy-Shafie.Beliau dilahirkan di Gaza, Palestin pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masehi.Beliau dikatakan mempunyai hubungan darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Beliau telah mengasas sebuah mazhab yang dikenali sebagai mazhab Syafie.Pada usianya 10 tahun, ibunya membawa ke Mekah untuk ibadat haji dan selepas itu beliau terus menetap di sana untuk memenuhkan dadanya dengan ilmu agama. Riwayat telah menceritakan bahawa semasa di Mekah, asy-Syafie telah memulakan pencarian ilmunya dengan berguru kepada Muslim bin Khalid al-Zanji, yang ketika itu menjadi mufti kota Mekah.Selain itu, beliau menggarap ilmu daripada Sofyan bin Uyaina.Pada umur 15 tahun, beliau berjaya menghafal kitab Al-Muattha’. Kemudian beliau juga berguru dengan penulis kitab tersebut iaitu Imam Malik bin Anas, di Madinah.Menurut riwayat Imam asy-Shafie terus tinggal dengan Imam Malik sehinggalah beliau meninggal dunia. Ketokohan asy-Shafie sebagai murid terpintar Imam Malik telah diiktiraf oleh ramai pengkaji dan cendiakiawan Islam. Menurut riwayat juga beliau pernah mengambil alih sebentar kedudukan jawatan Gabenor.

Page 7: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

7

Dalam memperkatakan kelebihan Imam Syafie, Daud bin Ali pernah ditanya akan kelebihan Imam Syafie berbanding tokoh-tokoh yang lain ketika itu, maka beliau menjawab: ”Asy-Shafie mempunyai beberapa keutamaan, terkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Dia seorang bangsawan, dia mempunyai agama dan iktikad yang benar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadis sahih dan hadis dhaif, nasikh, mansukh dan sebagainya.Imam Syafie mempunyai sikap yang amat murni. Beliau amat senang sekali menyelesaikan berbagai masalah terutama dalam menyelesaikan sebarang persoalan mengenai agama yang diajukan oleh orang ramai kepadanya.Beliau sanggup tidak tidur demi untuk menjawab segala soalan yang diajukan oleh masyarakat kepadanya. SUMBANGAN IMAM ASY-SHAFIE Imam Syafie tinggal di Mesir lebih daripada 40 tahun, di mana beliau telah menyusun beberapa buah kitab di antaranya, ”Al-Um” yang mengandungi hukum-hukum tentang pelbagai masalah. Beliau juga menyusun mazhab baru dengan membezakan situasi dan adat istiadat masyarakat yang dihadapinya Disamping mengajar ilmu fiqh, beliau turut mengajar ilmu-ilmu lain. Beliau juga menulis dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Menurut sebahagian ahli sejarah, beliau telah menulis 13 buah buku, iaitu bidang usul fiqh, fiqh sastera dan lain-lain.Antara kitabnya masyhur ialah ”Ar-Risalah”. KEWAFATAN ASY-SYAFIE Menurut catatan sejarah, Imam asy-Syafie telah kembali ke rahmatullah pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan tahun 820 Masehi di Mesir, dalam usia 54 tahun. Beliau telah meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqah iaitu kitab al-Risala. UMAR BIN AL-KHATTAB RIWAYAT HIDUP UMAR BIN AL-KHATTAB Nama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Nawfal yang berasal daripada keturunan Bani Adi (Quraisy). Pertalian keturunannya dengan Rasulullah saw ialah pada Ka’ab bin Lu’ayy iaitu moyang Abd al-Uzza. Umar dilahirkan di kota Mekah tiga belas tahun sesudah kelahiran Nabi Muhammad saw.Semasa kecilnya beliau bekerja sebagai pengembala kambing, setelah dewasa beliau membuka perniagaan sendiri dan berniaga di Syam. Beliau bersifat berani dan tidak takut kepada celaan di dalam menengakkan perkara yang benar. Beliau tidak lemah semangat di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan yang berfaedah. Beliau memeluk Islam pada tahun ke-5 kerasulan Nabi Muhammad saw, pada ketika itu beliau berumur 33 tahun. Umar menjadi pemimpin negara setelah Abu Bakar. Dia dikenal sebagai seorang yang keras kemauannya, adil dalam memberikan keputusan, sangat teliti, wara’ dan tidak terpengaruh oleh kedudukan, sangat sederhana dalam hidupnya, dan sama sekali tidak terpengaruh oleh mengalirnya harta kekayaan bersamaaan dengan penaklukan Islam ke wilayah yang lebih luas.

Page 8: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

8

SUMBANGAN UMAR BIN AL-KHATTAB Dalam sistem pentadbiran, beliau menakluki banyak wilayah dalam pemerintahan beliau. Untuk melancarkan pemerintahan tersebut beliau membahagi-bahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian ditadbir oleh gabenor.Kemudian beliau juga menubuhkan Bait Al-Mal atau Perbendaharaan Negara, di mana semua harta kerajaan disimpan. Dalam organisasi sosial pula, beliau telah mengeluarkan pembayaran gaji atau elaun untuk tentera. Selain itu juga, beliau juga orang pertama yang mengadakan takwim Islam berdasarkan tahun Hijrah iaitu bermula pada 1 Muharam (menyamai 16 Julai 622 M). Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran negara. KEWAFATAN UMAR BIN AL-KHATTAB Khalifah Umar telah meninggal dunia pada tahun 644 M akibat dibunuh oleh seorang hamba Parsi bernama Abu Lu’lu’ah. Beliau ialah bekas tawanan perang Nihawand pada tahun 21 H dan menganut agama asalnya iaitu Majusi. Beliau berkesempatan menikam khalifah Umar ketika khalifah Umar hendak mengerjakan solat. ABU HURAIRAH RIWAYAT HIDUP ABU HURAIRAH

Abu Hurairah r.a. dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama samaran beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal dari qabilah al-Dusi di Yaman. Abu Hurairah r.a. memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W. berangkat menuju ke Khaibar. Ketika itu ibunya masih belum menerima Islam bahkan menghina Nabi. Abu Hurairah r.a. lalu bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta baginda berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah r.a. menemui ibunya kembali, mengajaknya masuk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat.

Gelar Abu Hurairah r.a. adalah karena kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. ketika dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih dikenal dengan nama Abu Hurairah r.a..

Sejak menikah, Abu Hurairah r.a. membagikan malamnya kepada tiga bagian iaitu untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-ulang hadis. Ia dan keluarganya tetap hidup sederhana walaupun telah menjadi orang berada. Abu Hurairah r.a. suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di Madinah untuk pembantu-pembantunya.

SUMBANGAN ABU HURAIRAH

Page 9: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

9

Pada masa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a. , Abu Hurairah r.a. menolak tawaran menjadi gubernur Madinah. Ketika terjadi pertemuan antara Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia bersikap tidak memihak dan menghindari fitnah. Setelah Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah r.a. dilantik menjadi gubernur Madinah setelah diusulkan oleh Marwan ibn Hakam. Hadis Abu Hurairah r.a. yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a. juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

KEWAFATAN ABU HURAIRAH Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) ini pula ia mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu Hurairah r.a. meninggalkan sebanyak 5,374 hadis. SAIDINA HAMZAH RIWAYAT HIDUP SAIDINA HAMZAH Nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim. Beliau dilahirkan pada 570 Masihi, di kota Mekah. Beliau berketurunan Bani Hasyim dan merupakan bapa saudara Rasulullah saw. Beliau berjawatan sebagai panglima perang Rasulullah saw. Beliau juga adalah pembawa panji angkatan tentera Islam dalam peperangan. Beliau juga gemar melakukan aktiviti seperti memanah dan memburu. Beliau juga di beri gelaran sebagai Assadullah dan juga Sayyid As-Syuhada. Antara sifat peribadi yang ada dalam dirinya ialah berani, pantas bertindak dan cekal hati.

Beliau sangat menjaga tingkah lakunya dan tidak pernah terbabit dengan adab jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina & berpoya-poya.Beliau juga adalah seorang yang gagah berani. Beliau pernah menyahut cabaran melawan 2 orang tentera musyrikin dalam perang Badar. Beliau banyak membunuh musuh dalam perang Uhud dan merupakan pemegang panji-panji tentera Islam dalam beberapa peperangan. Beliau juga pernah melindungi Rasulullah SAW dari ancaman pihak Quraisy.Beliau adalah seorang yang cekal dan pantas bertindak. Beliau pernah ditugaskan sebagai Ketua Peninjau pergerakan musuh di antara Makkah dan Syam. Pernah dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai panglima perang dalam perang Badar. Beliau merupakan seorang yang bijak mengatur strategi perang dan melancarkan serangan dengan tersusun ketika perang meletus hingga memberikan kemenangan kepada pihak Muslimin. SUMBANGAN SAIDINA HAMZAH Antara sumbangan Saidina Hamzah ialah beliau bertindak dengan melindungi Rasulullah daripada ancaman musuh. Beliau juga amat mengambil berat tentang hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama umat Islam. Saidina Hamzah juga tidak melepas peluang dengan mengambil bahagian dalam setiap peperangan dan berusaha mengatur strategi untuk kemenangan

Page 10: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

10

umat Islam dalam pertempuran. Beliau juga sanggup mengorbankan masa,tenaga,dan nyawa untuk menegakkan agama Allah S.W.T. Beliau juga turut membantu perkembangan dakwah Islam yang disampaikan oleh Rasullullah. KEWAFATAN SAIDINA HAMZAH

Beliau gugur sebagai syuhada semasa Perang Uhud setelah ditikam curi dengan lembing oleh seorang hamba sahaya bernama Wahsyi bin Harb yang dijanjikan pembebasan oleh pemiliknya, Jubair bin Muth'im, sekiranya dapat membunuh Saidina Hamzah. Setelah dibunuh, hati beliau telah dilapah oleh Hindun bt Utbah, isteri Abu Sufyan kerana ingin membalas dendam di atas kematian bapanya, Utbah bin Rabi'ah. KHADIJAH BINTI KHUWAILID RIWAYAT HIDUP KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Nama sebenar beliau ialah Khadijah binti Khuwailid, beliau merupakan isteri pertama Nabi Muhammad. Nama lengkapnya adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Khadijah al-Kubra, anak perempuan dari Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Za'idah, berasal dari kabilah Bani Asad dari suku Quraisy. Ia merupakan wanita as-Sabiqun al-Awwalun Khadijah berasal dari golongan pembesar Mekkah. Kawin dengan Muhammad, ketika berumur 40 tahun, manakala Muhammad berumur 25 tahun. Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Khadijah bisa hidup mewah dengan hartanya sendiri. Meskipun memiliki kekayaan melimpah, Khadijah merasa kesepian hidup menyendiri tanpa suami, karena suami pertama dan keduanya telah meninggal. Khadijah berasal dari golongan pembesar Mekkah. Kahwin dengan Muhammad saw, ketika berumur 40 tahun, manakala Muhammad berumur 25 tahun. Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Khadijah bisa hidup mewah dengan hartanya sendiri. Meskipun memiliki kekayaan melimpah, Khadijah merasa kesepian hidup menyendiri tanpa suami, karena suami pertama dan keduanya telah meninggal, kemudia beliau berkahwin dengan Rasulullah saw. Perkahwinan itu dianugerahkan Allah dengan 6 orang cahaya mata.

SUMBANGAN KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Jasa Khadijah cukup besar antaranya memainkan peranan dalam mententeramkan Baginda S.A.W selepas turunnya Jabril di Gua Hira' bagi membawa perlantikan sebagai nabi dan rasul untuk sekelian alam ini seterusnya menyampaikan wahyu Allah kepada Baginda S.A.W. Rasulullah S.A.W pulang dalam keadaan gementar lalu ditenteramkan dan ditenangkan oleh Khadijah r.a dengan kata-kata, belaian dan pujukan lembut dan manis sebagai seorang isteri yang sanggup menempuh segala rintangan bersama suami tercinta: Demi Allah! Allah tidak akan menganiaya engkau wahai suamiku. Sesungguhnya engkau wahai suamiku adalah orang yang sentiasa menyambung silaturahim, membuat kebaikan, menghormati manusia, menolong orang lain, amanah dan sentiasa diatas kebenaran. Lalu Khadijah

Page 11: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

11

r.a membawa Rasulullah S.A.W berjumpa bapa saudaranya iaitu Waraqah bin Naufal bin Asadbin Abdul Uzza, seorang tua yang buta dan menganut agama nabi dan rasul yang terdahulu bagi meminta pandangannya. Setelah diceritakan kejadian di Gua Hira' itu, lantas Waraqah mengatakan: Itulah An-Namus yang telah Allah utuskan kepada Musa, alangkah baiknya aku masih muda dan masih hidup ketika kaum engkau mengusir engkau. Lalu Rasulullah S.A.W bertanya: apakah kaumku akan mengusirku ? jawab Waraqah: Ya, sesungguhnya tidak didatangi oleh seseorang lelaki dengan apa yang sedemikian itu melainkan dia akan dimusuhi. Sekiranya aku masih ada ketika itu, nescaya aku akan menolong engkau sedaya upaya. Namun tidak lama selepas itu Waraqah pun meninggal dunia.

KEWAFATAN KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Khadijah telah hidup bersama-sama Muhammad selama 24 tahun dan beliau wafat dalam usia 64 tahun 6 bulan.

SAAD BIN ABI WAQQAS RIWAYAT HIDUP SAAD BIN ABI WAQQAS

Nama sebenar beliau adalah Abu Ishak Malik bin Wuhaib bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah, dan ibunya bernama Hamnah. Saad lahir dan besar di kota Makkah. Ia dikenal sebagai pemuda yang serius dan memiliki pemikiran yang cerdas. Susuk tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap dengan potongan rambut yang pendek. Orang-orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Ia berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orangtuanya, terutama ibunya. Meskipun berasal dari Makkah, ia sangat benci pada agamanya dan cara hidup yang dianuti masyarakatnya. Ia membenci upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Makkah saat itu.

Suatu hari dia didatangi Abu Bakar yang dikenal sebagai orang yang ramah. Ia mengajak Saad menemui Muhammad di sebuah bukit dekat Makkah. Pertemuan itu amat berkesan di jiwa Saad yang ketika itu baru berusia 20 tahun. Ia pun segera menerima undangan Muhammad s.a.w. untuk menjadi salah seorang penganut ajaran Islam yang dibawanya. Saad kemudian menjadi salah satu sahabat yang pertama masuk Islam. Saad sendiri secara tidak langsung memiliki hubungan kekerabatan dengan Rasulullah s.a.w.. Ibunda rasul, Aminah binti Wahhab berasal dari suku yang sama dengan Saad iaitu dari Bani Zuhrah. Kerana itu Saad juga sering disebut sebagai Saad dari Zuhrah, untuk membezakannya dengan Saad-Saad yang lain.

SUMBANGAN SAAD BIN ABI WAQQAS

Beliau banyak menyumbang dalam peperangan, antaranya ialah melalui kepahlawan Saad dalam Peperangan Qadisiyyah.Penolakan kaisar Farsi

Page 12: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

12

untuk menerima Islam membuat air mata Saad bercucuran. Berat baginya melakukan peperangan yang harus mengorbankan banyak nyawa kaum Muslim dan bukan Muslim. Kepahlawanan Saad bin Abi Waqqas tertulis dengan tinta emas saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Farsi di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

KEWAFATAN SAAD BIN ABI WAQQAS Abu Ishak Saad bin Abi Waqqas meninggal dunia semasa umurnya mencecah 70 tahun atau 82 tahun pada tahun 55 Hijri, iaitu sahabat yang terakhir yang meninggal dunia dari kalangan Asyarah Al-Mubasyirin (10 Yang Dijanjikan Syurga) di Aqiq, kira-kira 10 batu dari Madinah Al-Munawwarah. Beliau disemadikan dengan dikafani pakaian yang pernah dipakainya semasa menyertai Perang Badar di tanah perkuburan Baqi’ di Madinah. MUAZ BIN JABAL RIWAYAT HIDUP MUAZ BIN JABAL Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah. - Muaz r.a mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar, mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap, mempunyai rupa paras dan tutur kata yang indah. - Muaz bin Jabal r.a memeluk Islam sejak beliau masih kecil melalui Mus'ab bin Umair yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah. Muas bin Jabal adalah sahabat Nabi s.a.w. yang sangat alim dan juga pakar dalam persoalan halal dan haram. Bukan mudah untuk mendapat pengikhtirafan seumpama itu.Ketinggian iman dan takwa sebab utama seseorang hamba sepertinya sangat dikasihi Allah dan Rasul-Nya.Bukan mudah seseorang mendapat pengiktirafan seumpama itu, lebih-lebih lagi lidah Rasulullah sendiri yang memberi pengiktiraf tersebut.Muas bin Jabal, sahabat mulia al-Ansar ini turut serta berbai'ah dengan Rasulullah pada peristiwa Bai'ah Aqabah kedua. Berdasarkan penyertaan dan kondisi itu, dia tergolong daripada kalangan as-Sabiqunal Awwalun iaitu sahabat golongan awal. Selepas itu dia tidak menoleh kebelakang lagi. Dia tidak pernah terlepas dan ketinggalan untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w. di dalam apa jua sempena dan peristiwa, di dalam suka dan duka, di dalam ketawa dan air mata. SUMBANGAN MUAZ BIN JABAL Sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah s.a.w sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik menyebabkan beliau muncul sebagai seorang yang paling alim tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat, orang yang paling baik membaca Al-Quran serta paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji beliau dengan bersabda, yang bermaksud: Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah. -

Page 13: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

13

Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. - Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w, penduduk Mekah memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama dengan mereka untuk mengajar syariat Allah s.w.t, lalu Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai agama Allah s.w.t. Sifat terpuji beliau juga jelas terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah s.a.w mengisytiharkan keislaman mereka dan meminta kepada Rasulullah s.a.w supaya menghantar tenaga pengajar kepada mereka. Akhirnya baginda memilih Muaz r.a untuk memegang tugas tersebut bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada rombongan para sahabat tersebut. KEWAFATAN MUAZ BIN JABAL Ketika hampir meninggal dunia, beliau berkata: "Selamat datang wahai kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama dirindukan!". Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu menerima diri seseorang yang beriman". Kemudian beliau meninggal dunia. IMAM TARMIZI RIWAYAT HIDUP IMAM TARMIZI Nama sebenar Imam Tarmizi ialah Imam Al-Hafiz Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa bin Ad-Dahhak As-Sulami At-Tarmizi. Beliau dilahirkan pada 279 H di kota Tirmiz. Sejak kecil, Imam Tarmizi gemar belajar ilmu dan mencari Hadith. Untuk keperluan inilah ia mengembara ke pelbagai negeri, antara lain Hijaz, Irak, Khurasan, dan lain-lain.

Khazanah keilmuan Islam klasik mencatatkan bahawa Imam Tarmizi merupakan salah satu periwayat dan ahli Hadith utama, selain Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, dan sederet nama lainnya. Karyanya, Kitab Al Jami’, atau biasa dikenal dengan kitab Jami’ Tarmizi, menjadi salah satu rujukan penting berkaitan masalah Hadith dan ilmunya, serta termasuk dalam Kutubus Sittah (enam kitab pokok di bidang Hadith) dan ensiklopedia Hadith terkenal. Sosok penuh tawadhu’ dan ahli ibadah ini tak lain adalah Imam Tarmizi. Dalam lawatannya itu, ia banyak mengunjungi ulama-ulama besar dan guru-guru Hadith untuk mendengar Hadith dan kemudian dihafal dan dicatatnya dengan baik. Di antara gurunya adalah; Imam Bukhari, Imam Muslim, dan Imam Abu Daud. Selain itu,beliau juga belajar pada Imam Ishak

Page 14: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

14

bin Musa, Mahmud bin Gailan, Said bin Abdurrahman, Ali bin Hajar, Ahmad bin Muni’, dan lainnya.

SUMBANGAN IMAM TARMIZI

Setelah Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Abu Dawud, kini giliran Imam Tirmidzi, juga merupakan tokoh ahli hadith dan penghimpun hadith yang terkenal. Karyanya yang masyhur yaitu Kitab Al-Jami' (Jami' At-Tirmidzi). Ia juga tergolong dalam salah satu "Kutubus Sittah" (Enam Kitab Pokok Bidang Hadith) dan ensiklopedia hadith terkenal.

Imam Tirmidzi, di samping dikenal sebagai ahli dan penghafal hadith yang mengetahui kelemahan-kelemahan dan perawi-perawinya, ia juga dikenal sebagai ahli fiqh yang mewakili wawasan dan pandangan luas. Sesiapa yang mempelajari kitab Jami'nya ia akan mendapatkan ketinggian ilmu dan kedalaman penguasaannya terhadap berbagai mazhab fiqh. Kajian-kajiannya mengenai persoalan fiqh mencerminkan dirinya sebagai ulama yang sangat berpengalaman dan mengetahui kedudukan permasalahan yang sebenar.

Karya-karyanya

Imam Tirmidzi banyak menulis kitab-kitab. Di antaranya:

Kitab Al-Jami', terkenal dengan sebutan Sunan at-Tirmidzi. Kitab Al-'Ilal. Kitab At-Tarikh. Kitab Asy-Syama'il an-Nabawiyyah. Kitab Az-Zuhd. Kitab Al-Asma' wal-kuna.

Di antara kitab-kitab tersebut yang paling besar dan terkenal serta beredar luas adalah Al-Jami'.

Sekilas tentang Al-Jami'

Kitab ini adalah salah satu kitab karya Imam Tirmidzi terbesar dan paling banyak manfaatnya. Ia tergolonga salah satu "Kutubus Sittah" (Enam Kitab Pokok Bidang Hadith) dan ensiklopedia hadith terkenal. Al-Jami' ini terkenal dengan nama Jami' Tirmidzi, dinisbatkan kepada penulisnya, yang juga terkenal dengan nama Sunan Tirmidzi. Namun nama pertamalah yang popular.

KEWAFATAN

Setelah menjalani perjalanan panjang untuk belajar, mencatat, berdiskusi dan bertukar fikiran serta mengarang, beliau pada akhir kehidupannya, mendapat musibah kebutaan, dan beberapa tahun lamanya ia hidup sebagai tuna netra; dalam keadaan seperti inilah akhirnya at-Tirmidzi meninggal

Page 15: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

15

dunia. Ia wafat di Tirmiz pada malam Isnin 13 Rejab tahun 279 H dalam usia 70 tahun.

ZUBAIR BIN AWWAM RIWAYAT HIDUP Zubir bin Al-Awwam tergolong salah seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa dan handal di zaman Rasulullah s.a.w. Keberaniannya dapat disamakan dengan Saidina Ali r.a. atau Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Zubair termasuk orang-orang yang masuk Islam di masa-masa awal, kerana beliau termasuk dalam tujuh orang pertama yang masuk Islam, dan sebagai perintis perjuangan di rumah Arqam. Pada waktu usinya baru 15 tahun, beliau telah diberi petunjuk, cahaya, dan kebaikan pada saat remaja. Beliau seorang yang berbudi tinggi, berakhlak mulia, berkeberanian dan bersifat pemurah. Ia seorang usahawan yang berjaya. Harta kekayaannya melimpah ruah. Semuanya ia dermakan untuk kepentingan Islam hingga saat kematiannya. Kedermawanan, keberanian, dan pengorbanannya bersumber dari sikap tawakalnya yang sempurna kepada Allah. Sifat dermawannya, menyebabkan sehingga beliau rela mendermakan nyawanya demi Islam. Sebelum meninggal, ia berpesan kepada anaknya untuk melunasi hutang-hutangnya, Ia ahli menunggang kuda dan memiliki keberanian sejak kecil. Bahkan, ahli sejarah menyebutkan bahawa pedang pertama yang dihunuskan untuk membela Islam adalah pedang Zubair bin Awwam. SUMBANGAN Disebutkan dalam buku sejarah, “Zubair tidak pernah menjadi gabenor.serta tidak pernah menjadi petugas penarik pajak atau cukai. Ia tidak pernah menduduki jabatan kecuali sebagai pejuang perang membela agama Allah.” Ia sangat percaya dengan kemampuannya di medan perang dan itulah kelebihannya. Meskipun pasukannya berjumlah 100 ribu parajurit, namun ia seakan-akan sendirian di medan pertempuran. Seakan-akan dia sendiri yang memikul tanggung jawab perang. Keteguhan hati di medan perang dan kecerdasannya dalam mengatur siasatan perang adalah keistimewaannya. KEWAFATAN Beliau meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656M, akibat ditikam.

Page 16: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

16

IBN KHALDUN RIWAYAT HIDUP

Nama beliau ialah Wali al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun, dilahirkan di Tunis tahun 1332, dan meninggal dunia di Kahirah, tahun 1406. Kawasan Khalduniyah di Tunis masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah, dengan rumah yang dipercayai tempat kelahirannya.

Sebagaimana yang beliau sebutkan sendiri dalam riwayat hidupnya (at-Ta’rif bi’bni Khaldun) keluarganya berasal dari keturunan Khaldun yang berketurunan Arab Selatan, yang datang ke Sepanyol dalam tahaun-tahun awal masa pembukaan Sepanyol oleh tentera Arab Muslimin; kemudian mereka menetap di Carmona, kemudian berpindah ke Seville dan memainkan peranan penting dalam perang-perang saudara di abad ke 9 itu, dan mereka dianggap termasuk ke dalam satu daripada tiga keluarga yang terpenting dalam kota itu.Dalam abad-abad berikutnya keluarga Ibn Khaldun itu secara berturutan memegang jawatan-jawatan pentadbiran dan politik yang tinggi di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah, al-Murabitun dan al-Muwahhidun.

SUMBANGAN

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barbar, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efisyen, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosiologi, dan penyelidikan sejarah.

KEWAFATAN

beliau meninggal dunia pada 1406 Masihi. UTHMAN BIN ‘AFFAN. RIWAYAT HIDUP.

Page 17: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

17

Uthman bin ‘Affan bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bi Qusaiy Al-Qurasyi, Al-Umawiy. Dilahirkan pada tahun kelima selepas kelahiran Rasulullah. Sejak kecil, beliau telah masyhur dengan budi pekertinya dan perbuatan-perbuatannya yang terpuji. Beliau memeluk agama Islam selepas menerima dakwah daripada Saidina Abu Bakar.

Uthman bin Affan (Arab: عثم�����ان ب�����ن عف�����ان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habsyah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah. SUMBANGAN. Pada era Khalifah Uthman, wilayah Islam bertambah luas hingga ke Kabul, di bahagian timur asia, dan Maghribi di sebelah bahagian utara Afrika. Beliau juga memelihara kesucian al-Quran. Al-Quran al-Karim adalah tertulis dalam bahasa arab, yang merupakan bahasa asing bagi jutaan manusia yang memeluk islam ketika itu. Dalam kerja-kerja pembangunan, bangunan-bangunan pejabat dibina, begitu juga rumah-rumah rehat untuk kegunaan para pegawai yang bertugas di beberapa bandar seperti Kufah, Basrah dan Syria. Dalam pentadbiran kenegaraan, beliau mengamalkan sistem “ syura “ sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah sebelumnya, dengan para sahabat yang sama dilantik menduduki “Majlis Syura” sebagai anggotanya. Dalam era pemerintahannya , kekuatan ketenteraannya dan bilangan anggotanya meningkat. Beliau juga menyelaraskan mekanisma perhubungan di antara satu Briged dengan satu Briged yang lain. Selain itu juga, pendapatan hasil cukai untuk perbendaharaan meningkat dan hasil itu dipergunakan sebaiknya demi kepentingan dan kebajikan rakyat. KEWAFATAN Saidina Uthman meninggal dunia akibat dibunuh akibat daripada perkhianatan, dan al-Quran bernama Mashaf Usman itu berada dalam gengamannya ketika beliau wafat. Beliau meninggal pada 35 Hijrah iaitu setelah 35 tahun beliau memerintah. AL-QURTUBI BIODATA AL-QURTUBI

Page 18: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

18

Nama sebenar al-Qurtubi ialah bernama Abu ‘Abd Allah Ibn Ahmad Ibn Abu Bakr Ibnfarh al-Anshari al-Khazraji Syamsy al-Din al-Qurtubi al-Maliki. Al-Qurtubi merupakan cedekiawan muslim yang dilahirkan di Cordoba, Andalusia (Sepanyol). Beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh yang bermazhab Maliki. Aktiviti beliau dalam mencari ilmu di bawah bimbingan ulama yang ternama pada saat itu iaitu diantaranya adalah al-Syaikh Abu al-Abbas Ibn ‘Umar al-Qurtubi dan Abu Ali al-Hasan Ibn Muhammad al-Bakri. Imam Qurtubi belajar bahasa arab dan syair disamping ketekunannya dalam mempelajari al-Qur'an di negeri yang ditakluk oleh Thoriq bin Ziyad . Salah satu dari sekian banyak tafsir yang ada adalah tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Quran karya al-Qurtubi, yang dikenali dengan Tafsir al-Qurtubi. Diantara guru-guru imam Qurtubi ialah Ibnu Rawaj, . Ibnu al-Jumayzi, Abu ‘Abbas Ahmad bin ‘Umar bin Ibrahim al-Maliki al-Qurtubi, Al-Hasan al-Bakri. Imam Qurthubi dalam mengarang buku tafsirnya banyak dipengaruhi oleh ulama-ulama sebelumnya seperti Ibnu ‘Athiyyah, Abu J‘afar al-Nuhâs, al-Mawardi, dan Abu Bakar bin al-‘Arabi.

SUMBANGAN AL-QURTUBI

Antara penulisan kitab tafsir beliau yang terkenal ialah Kitab Tafsir Al- Qurtubi . Beberapa karya penting yang dihasilkan oleh al-Qurtubi adalah Al-jami‘ li Ahkâmil al-Quran, al-Tadzkirah fî ahwali al-Maut wa umuri al-Akhirah, al-Tadzakkar fî afdhali al-Adzkar, al-Asmâ fî Syarhi asmai al-Husnâ, al-‘Ilam bima fî al-Dini al-Nashârâ min al-Mafâsid wal al-Auhâam wa Idzhâri mahâsina Din al-Islam, Qom‘u al-Harshi bil Zuhdi wal Qona‘ah, Risâlat fî al-Qâbi al-Hadith, Kitâbu al-Aqdhiyah, dan al-Misbah baina al-Af‘al wa al-Shohah.

KEWAFATAN AL-QURTUBI

Beliau meninggal dunia pada 671 H di kota Maniyya Ibn Hisab Andalusia.

AMRU BIN AL- `ASS Riwayat hidup

Amru Bin Al- `Ass dilahirkan sekitar setengah kurun sebelum Hijrah. Amru r.a adalah merupakan salah seorang yang tergolong di dalam kalangan orang Arab yang cerdik serta salah seorang yang pintar, unik dan sangat ganjil. Beliau merupakan seorang yang lantang dan fasih bercakap. Beliau memiliki kemampuan berfikir dan berpandangan jauh. Bapa beliau pula iaitu Al-As bin Wail adalah merupakan seorang yang mempunyai ketokohan di kalangan bangsa Arab malah dia merupakan salah seorang pemimpin bangsa Arab pada zaman jahiliah. Beliau telah meninggalkan sirah perjalanan yang sangat mengagumkan dan menyibukkan masyarakat dunia bertahun-tahun lamanya.

Amru Bin Al- `Ass mula tertarik kepada Islam dan akhirnya Allah membuka pintu hati beliau untuk menerima petunjuk hidayah Islam pada tahun 8 Hijrah.Beliau adalah merupakan seorang yang sangat pintar dan mempunyai

Page 19: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

19

hubungan yang baik dengan Najasyi. Kepintaran Amru Bin Al- `Ass menyebabkan Najasyi merasa penuh yakin dan tenang serta tertarik kepada Islam menyebabkan dia memeluk Islam selepas itu . Imam Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda tentang beliau: Orang yang paling kuat Iman dan Islam adalah Amru Bin Al- `Ass.

SUMBANGAN AMRU BIN AL- `ASS

Selepas kematian Rasulullah s.a.w, Amru r.a mempunyai peranan penting di dalam memerangi golongan murtad pada zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq.

Manakala pada zaman pemerintahan Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a, Amru Bin Al- `Ass berjaya membuka Palestine dan Mesir malah kepentingan kedua-dua pembukaan ini tidak dapat dinafikan lagi kerana pembukaan Palestine dapat memberikan keamanan kepada kawasan persisiran pantai Syam terhadap umat Islam dan pembukaan Mesir pula berjaya memberi laluan untuk menuju ke Afrika, negeri-negeri di Moroko seterusnya ke Sepanyol selepas itu.

Kecerdikan dan kepintaran Amru terlalu menyerlah di dalam pembukaan Mesir sehingga menakjubkan ahli-ahli sejarah termasuk dari kalangan bukan Islam terutamanya kebijaksanaan dan perancangan beliau yang begitu baik.

KEWAFATAN AMRU BIN AL- `ASS

Beliau meninggal dunia pada tahun 43 Hijrah selepas menghabiskan usia dan perjalanan hidup yang panjang.

KHALID IBN WALID BIODATA KHALID IBN WALID Menurut catatan sejarah, Khalid Ibn Walid telah dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Beliau merupakan anggota suku Bani Makhzum, suatu cabang dari suku Bani Quraisy. Ayah beliau bernama Walid dan ibunya bernama Lababah. Bapa Khalid adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Bapanya juga seorang yang berada, kaya dan hartawan. Kekayaan yang dimiliki oleh ayah beliau ini membuatkan Khalid ibn Walid bebas daripada kewajipan-kewajipan beliau. Kehidupan tanpa suatu ikatan yang kuat telah memberikan kesempatan kepada beliau untuk mengisi masa lapang beliau dengan kegemarannya yang tersendiri. Beliau juga termasuk di antara keluarga Rasulullah yang sangat rapat. Selain itu, Maimunah , iaitu ibu saudara kepada Khalid, adalah seorang isteri Rasulullah S. A. W. sejarah telah mencatatkan bahawa pada zaman kanak-kanak , belia telah menonjol di antara teman-temannya yang lain. Beliau dikatakan telah sanggup merebut tempat istimewa di hati rakyat tempatan. Lama-kelamaan , Khalid telah menanjak menjadi seorang pemimpin suku Quraisy.

Page 20: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

20

Kepahlawanan dan semangat perjuangan yang ada dalam dada Khalid Ibn Walid sudah tercatat dalam sejarah . Beliau merupakan seorang pahlawan atau mujahid Islam yang unggul dan tiada tolok bandingnya . Lantaran itu, Rasulullah telah melantik beliau sebagai turus pedang , mengemudi ribuan tentera Islam memerangi kaum Musyrikin suatu ketika dulu. Salah satu cita-cita dan keazaman yang menggunung di dada Khalid ialah agar menjadi seorang pemuda yang dapat mengalahkan teman-temannya yang lain di dalam bidang adu tenaga. Beliau telah menceburkan dirinya ke dalam seni bela diri . malah mempelajari cara-cara yang betul menunggang kuda , memainkan pedang dan memanah. SUMBANGAN KHALID IBN WALID Beliau telah mencurahkan seluruh perhatian dan kecenderungan beliau di dalam bidang kepimpinan angkatan perang . dengan keazaman yang kuat, latihan yang keras, telah berjaya membentuk Khalid Ibn Walid menjadi seorang yang amat luar biasa. Kemahiran dan keberanian beliau telah mengagumkan setiap orang yang melihat. Selain itu, perancangan, kewibawaan , kelicikan dan sebagainya yang ditunjukkan oleh beliau terutama mengenai taktik-taktik peperangan amat menakjubkan . Dengan kehebatan yang beliau pamerkan, menjadikan beliau seorang yang pakar dalam bidang ketenteraan. Khalid Ibn Walid telah diangkat menjadi komandan perang dan beliau telah menunjukkan hasil yang gemilang atas segala usaha jihadnya . KEWAFATAN KHALID IBN WALID Allah telah mengkehendaki beliau mati di atas tempat tidur, sesudah menempuh pelbagai perjuangan membela agama Islam yang luar biasa.

SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

BIODATA SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

Nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau merupakan salah seorang sahabat besar Rasulullah.Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana Saidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Beliau telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Page 21: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

21

Beliau seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam tempoh yang singkat saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah serta merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin. Abdul Rahman merupakan antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.

SUMBANGAN SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan agama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam. Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda.

KEWAFATAN SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

Beliau meninggal dunia pada usia 74 tahun iaitu pada tahun 31 Hijrah.

Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.

SALAHUDDIN AL-AYUBI BIODATA SALAHUDDIN AL-AYUBI Sultan Salahuddin al-Ayubi adalah sultan dan panglima perang dari suku Kurdi. Usahanya yang paling berharga ialah kemampuannya mempertahankan Negara pada saat-saat yang genting (meskipun berjalan sangat singkat) , iaitu ketika moral politik sangat tidak baik. Pada saat itu, beliau dapat menunjukkan teladan yang baik dalam semua perilakunya. Beliau membuat benteng-benteng persatuan yang teguh untuk menghadapi serangan dari pelbagai penjuru. Beliau juga telah berjaya mengusir penjajah Perancis dari Pelestina dan Syam. Beliau sangat suka bergaul dengan para

Page 22: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

22

pemimpin dan panglima , samada daripada kalangan kawannya sendiri mahupun dari musuhnya. Ucapannya sangat jujur dan suka menepati janji . beliau merupakan sumber yang mengilhami semua unsur dan kekuatan untuk menggalang kesatuan Islam di mata pejuangnya , dan membuat wadah untuk persatuan tersebut. Beliau merupakan orang yang paling dekat dalam sejarah Islam dengan orang-orang bukan Islam. Salahuddin al-Ayubi lahir pada tahun 1137 Masehi . ia mendapat pendidikan awalnya daripada ayahnya yang termasyhur, Najmuddin Ayub, dan saudaranya yang berjiwa kesatria , Asaduddin Sherkoh . Beliau membaktikan sisa hidupnya dalam pelbagai kegiatan yang berguna bagi kepentingan orang ramai dan membangunkan beberapa rumah sakit serta masjid di hampir semua semua wilayah kekuasaannya. Beliau merupakan seorang raja yang paling penyayang dan perkasa dalam sejarah umat manusia. Beliau dapat melakukan semua perkara kerana beliau merupakan teladan yang tampak dari keberanian dan kemahuannya yang kuat , kerendahan hati dan kemuliaannya , serta kesederhanaan dan kejernihan hatinya. Beliau tidak ingin melakukan semua itu untuk kepentingan dirinya sendiri. KEWAFATAN SALAHUDDIN AL-AYUBI Beliau merupakan antara sahabat Rasulullah S.A.W yang panjang umurnya, . Beliau akhirnya wafat pada tahun 1193 Masehi ZAID BIN HARITHAH BIODATA ZAID BIN HARITHAH Zaid bin Harithah (Bahasa Arab: حارثة بن زيد) atau Zaid Mawla Muhammad (c. 588-629 CE) adalah figur penting dalam masyarakat Islam awal. isterinya adalah Zainab binti Jahsh . Zaid bin Harithah adalah bapa kepada Usamah bin Zaid bin Harithah. Zaid bin Harithah merupakan anak angkat nabi Muhammad sekaligus memainkan peranan yang penting dalam komuniti kecil Muslim Mekah pada zaman pra-Hijrah. Zaid dikatakan telah ditangkap dalam perang antara suku dan dijual sebagai budak. Beliau kemudiannya diberikan sebagai hadiah kepada isteri pertama nabi Muhammad iaitu Khadijah binti Khuwaylid . Pasangan itu membebaskan beliau dan melayan beliau sebagai anak, ia kemudian dikenali sebagai Zaid bin Muhammad. Dia tinggal bersama Muhammad dan Khadijah dalam rumah tangga mereka di bandar Mekah di wilayah Hijaz Arab barat. Sementara itu, ayah dan saudara Zaid datang untuk membawa Zaid bin Harithah pulang, tetapi ia lebih suka tinggal bersama keluarga angkatnya. Pada 622 Hijrah, Zaid bin Harithah berpindah ke oasis Yathrib (kemudian disebut Madinah) dengan seluruh komuniti Muslim kecil. SUMBANGAN ZAID BIN HARITHAH Zaid mengambil bahagian dalam sebuah ekspedisi pada 629 H. Seramai 3000 orang Muslim berangkat untuk menyerang bandar Byzantium Bosra. Namun, mereka tersekat dan disekat di sebuah tempat bernama Muta'h.

Page 23: Nama2 Tokoh Islam_masjid2 Di Wilayah Persekutuan

NAMA MASJID-MASJID DI WILAYAH SEMPENA NAMA-NAMA TOKOH

http://twitter.com/tuanasmawi2u

23

Perang Mu'tah adalah kemunduran bagi kaum Muslimin. Zaid terbunuh di sebuah tempat bernama Muta'h. KEWAFATAN ZAID BIN HARITHAH Zaid bin Harithah meninggal dalam Perang Mu'tah, 627. Beliau adalah muslim pertama yang dibunuh di tanah asing.