cidb keluar tiga notis kesalahan arah henti kerja … · anggota adalah dari jabatan sukarelawan...

4
1 KENYATAAN AKHBAR Untuk siaran segera CIDB KELUAR TIGA NOTIS KESALAHAN ARAH HENTI KERJA PEMBINAAN KUALA LUMPUR, 26 September: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini mengeluarkan tiga notis kesalahan pelanggaran Akta 520 dan mengarahkan sebuah projek pembinaan di ibu negara menghentikan kerja-kerja pembinaan serta-merta. Dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Segambut itu, sebanyak 14 kontraktor telah diperiksa dan didapati 1 daripadanya tidak berdaftar manakala 185 pekerja daripada 200 pekerja binaan berkenaan didapati tidak berdaftar dengan CIDB. Bagi kesalahan kontraktor tidak berdaftar, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 29, Akta 520 yang membolehkan mereka didenda tidak melebihi RM100,000 jika disabitkan bersalah. Manakala, bagi kesalahan pendaftaran personel binaan mereka boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 33 (4) dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000. Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zainora Zainal berkata, operasi kali ini adalah susulan daripada Taklimat Pematuhan Akta 520 yang telah dihadiri oleh 85 syarikat kontraktor dari negara China yang berlangsung pada awal September lepas di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Chan Sow Lin.

Upload: ngohanh

Post on 08-Jun-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

KENYATAAN AKHBAR Untuk siaran segera CIDB KELUAR TIGA NOTIS KESALAHAN ARAH HENTI KERJA PEMBINAAN KUALA LUMPUR, 26 September: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB) hari ini mengeluarkan tiga notis kesalahan pelanggaran Akta 520 dan

mengarahkan sebuah projek pembinaan di ibu negara menghentikan kerja-kerja

pembinaan serta-merta.

Dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Segambut itu, sebanyak 14

kontraktor telah diperiksa dan didapati 1 daripadanya tidak berdaftar manakala 185

pekerja daripada 200 pekerja binaan berkenaan didapati tidak berdaftar dengan CIDB.

Bagi kesalahan kontraktor tidak berdaftar, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 29,

Akta 520 yang membolehkan mereka didenda tidak melebihi RM100,000 jika disabitkan

bersalah. Manakala, bagi kesalahan pendaftaran personel binaan mereka boleh

disabitkan kesalahan di bawah seksyen 33 (4) dan boleh didenda tidak melebihi

RM5,000.

Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zainora Zainal berkata, operasi

kali ini adalah susulan daripada Taklimat Pematuhan Akta 520 yang telah dihadiri oleh

85 syarikat kontraktor dari negara China yang berlangsung pada awal September lepas

di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Chan Sow Lin.

2

Selaras dengan itu jelasnya, bagi memastikan kesemua kontraktor berkenaan

mematuhi peruntukan undang-undang di negara ini, operasi kali ini menumpukan

kepada projek-projek yang dikendalikan oleh kontraktor-kontraktor China.

Seramai 103 anggota penguatkuasa dikerahkan dalam operasi kali ini di mana 60

anggota adalah dari Jabatan Sukarelawan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Jabatan Imegresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (30 anggota) dan CIDB

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 13 anggota.

##########

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tentang CIDB Malaysia Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ditubuhkan menerusi Akta

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi membina kapasiti

dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan

memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah

kehidupan yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

CIDB Malaysia

Rakis Santa [email protected] 012–620 0360 / 03-4047 7018 Mansor Ahmad [email protected] 012–386 4997 / 03-4047 7021

3

Antara pekerja binaan yang diperiksa dalam operasi disekitar ibu negara

4

Kanan: Zainora Zainal, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur