bab 4 - akta- akta perancangan dan pentadbiran bandar di wilayah persekutuan

Upload: zulkis73

Post on 03-Jun-2018

344 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    1/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    2/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4001

    BAB 4: AKTA-AKTA BERKENAAN DENGAN PENTADBIRAN

    PERANCANGAN BANDAR DI WILAYAH

    PERSEKUTUAN

    KANDUNGAN

    4.0 PENGENALAN 4003

    4.1 AKTA IBU KOTA PERSEKUTUAN 1960(AKTA 190) : SEKSYEN - SEKSYEN TERPILIH

    4008

    4.2 AKTA (PERANCANGAN) WILAYAHPERSEKUTUAN 1982 (AKTA 267)

    HURAIAN AKTA BERSERTA ULASAN

    SEKSYEN TERPILIH

    4020

    4.3 PERBEZAAN DI ANTARA AKTA 267 DANAKTA 172

    4145

    4.4 AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995(AKTA536) : PENGENALAN DAN SEKSYEN-

    SEKSYEN TERPILIH

    4152

    4.5 AKTA PERBADANAN LABUAN 2001(AKTA 609) : PENGENALAN DAN SEKSYEN-

    SEKSYEN TERPILIH

    4167

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    3/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4002

    SENARAI JADUAL :

    Jadual 4.0 : Kronologi Akta-Akta di Wilayah

    Persekutuan

    Jadual 4.1 : Kronologi Undang-undang

    Perancangan Bandar di Kuala Lumpur

    Jadual 4.2a : Bandingan Istilah Dalam Akta 267 dan

    Akta 172

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    4/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4003

    4.0 PENGENALAN

    Malaysia mempunyai 3 Wilayah Persekutuan, iaitu, Kuala Lumpur,

    Putrajaya dan Labuan. Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai

    Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, manakala Labuan

    menjadi Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Ini disusuli pula

    dengan Putrajaya pada 1 Februari 2001. Kerajaan persekutuan

    mempunyai kedaulatan ke atas Wilayah Persekutuan dan semuakuasa dan bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan melalui

    Akta Perlembagaan (Pindaan)(No.2) 1973 (Akta A206).

    Dengan kesedaran bahawa perlunya satu badan khusus untuk

    meneliti, mengkaji, mengurus, merangka dasar dan strategi serta

    menetapkan halatuju untuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan,

    Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula pada 27

    Mac 2004 (ianya telah sebelum ini dibubarkan pada tahun 1988)

    untuk memberikan tumpuan yang khusus terhadap kemajuan

    wilayah-wilayah persekutuan dan selaras dengan itu, Kuala

    Lumpur, Putrajaya serta Labuan dan pulau-pulau persisiran di

    Labuan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah

    Persekutuan pada tahun 2004.

    Perkara utama di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah

    Persekutuan ialah menguruskan kemajuan dan pembangunan

    Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

    Putrajaya. Kementerian ini juga ditugaskan untuk membentuk

    dasar-dasar tentang kerajaan tempatan bagi wilayah-wilayah

    tersebut. (lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan

    (No.2) 2004). Fungsi utama kementerian diwujudkan adalah untuk

    menyelaraskan pentadbiran serta menjana pemajuan dan

    pembangunan di ketiga-tiga wilayah persekutuan. Pihak berkuasa

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    5/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4004

    tempatan di ketiga-tiga wilayah persekutuan tersebut iaitu Dewan

    Bandaraya Kuala Lumpur (bagi pihak Datuk Bandar Kuala

    Lumpur), Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan bertindak

    sebagai agensi-agensi di bawah kementerian ini. Manakala agensi-

    agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan menumpukan

    perhatian kepada peranan sebagai pelaksana dasar dan

    pentadbiran harian dan operasi hal ehwal pihak berkuasa

    tempatan.

    Setiap satu Wilayah Persekutuan mempunyai peranan dan

    wawasannya tersendiri. Kuala Lumpur, misalnya, mempunyai visi

    untuk dimajukan menjadi bandaraya bertaraf dunia. Putrajaya

    merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang utama.

    Labuan pula merangkap 3 peranan iaitu Pusat Kewangan Luar

    Persisiran Antarabangsa (diisytiharkan pada 1 Oktober 1990),

    Pulau Pelancongan Bebas Cukai Antarabangsa dan Pusat

    Pendidikan yang terkemuka.

    Fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa setiap Wilayah Persekutuan berasal

    dari Akta Parlimen yang khas. Datuk Bandar Kuala Lumpur

    merupakan kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan Kuala

    Lumpur dan kuasa-kuasanya diberi oleh Akta Ibu Kota

    Persekutuan 1960 (Akta 190). Wilayah Persekutuan Putrajaya

    melaksanakan fungsi-fungsi dan menjalankan kuasa-kuasa di

    bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995, manakala Wilayah

    Persekutuan Labuan melaksanakan fungsi-fungsi dan menjalankan

    kuasa-kuasa di bawah Akta Perbadanan Labuan 2001.

    Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah mula

    beroperasi di Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula 1 Oktober

    2007 melalui P.U. (B) 338/2007.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    6/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    7/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4006

    Jadual 4.0 : Kronologi Akta-Akta Wilayah Persekutuan

    AktaKawasan

    Berkuatkuasa

    Hal

    Bidangkuasa

    1. Akta Ibu Kota

    Persekutuan 1960

    (Akta 190)

    Kuala Lumpur Pentadbiran

    bandar

    2. Akta (Perancangan)

    Wilayah

    Persekutuan 1982

    (Akta 267)

    Wilayah

    Persekutuan Kuala

    Lumpur

    Perancangan

    bandar

    3. Akta Perbadanan

    Putrajaya 1995

    (Akta 536)

    Wilayah

    Persekutuan

    Putrajaya

    Pentadbiran

    bandar

    4. Akta Perbadanan

    Labuan 2001

    (Akta 609)

    Wilayah

    Persekutuan

    Labuan

    Pentadbiran

    bandar

    Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190), Akta Perancangan

    Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta 107) dan Akta (Perancangan)

    Wilayah Persekutuan 1960 (Akta 267) terpakai di Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur, manakala Akta 536 terpakai di

    Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Akta 609 di Wilayah

    Persekutuan Labuan. Akta 107 telah dimansuhkan oleh Akta 267

    dan hanya kaedah-kaedah dan perintah-perintah yang dibuat di

    bawahnya yang tidak bercanggah dengan Akta 267 masih terpakai.

    Akta-akta yang disebutkan di atas, kecuali Akta 107 yang telah

    dimansuhkan, akan dibincangkan dalam Bab ini mengikut

    kronologi. Keseluruhan seksyen-seksyen Akta (Perancangan)

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    8/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4007

    Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) dimuatkan dalam bab ini

    oleh kerana Akta ini merupakan Akta utama yang membincangkan

    sistem perancangan bandar di Wilayah Persekutuan Kuala

    Lumpur. Pada hakikatnya Akta 267 merupakan suatu penyesuaian

    antara Akta 107 dan Akta 172, di mana ianya mengekalkan

    rangkakerja pentadbiran seperti yang tertera dalam Akta 107 dan

    menggabungkan sistem pelan struktur seperti yang diperkenalkan

    oleh Akta 172. Dengan wujudnya Akta 267 ini menggantikan Akta107, sistem perancangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    sedikit sebanyak dapat diselaraskan dengan sistem yang dipakai di

    negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Dewan Bandaraya

    Kuala Lumpur sedang mengkaji cadangan meminda Akta 267

    supaya lebih selari dengan pindaan-pindaan yang telah dibuat

    dalam Akta 172.

    Bab 4 ini menghuraikan undang-undang berkenaan dengan

    perancangan bandar serta mengulas tentang pentadbiran

    perancangan bandar di setiap wilayah persekutuan tersebut. Bagi

    akta-akta lain yang dibincangkan, hanya seksyen-seksyen yang

    terpilih sahaja yang dimuatkan. Seksyen-seksyen tersebut dipilih

    berdasarkan kaitan seksyen-seksyen tersebut dengan struktur

    pentadbiran, fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa pihak berkuasa

    perancang tempatan yang dibincangkan di setiap Wilayah

    Persekutuan.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    9/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4008

    4.1 AKTA IBU KOTA PERSEKUTUAN 1960 (AKTA 190) :SEKSYEN-SEKSYEN TERPILIH

    Pengenalan

    Dari segi sejarah, Kuala Lumpur mula mendapat tempat sebagai

    bandar yang penting pada tahun 1880 apabila ibu pejabat

    pentadbiran British di Selangor dipindahkan dari Klang ke KualaLumpur. Pada tahun 1895, Kuala Lumpur menjadi ibukota Negeri-

    negeri Melayu Bersekutu dan masih menjadi ibu negeri Selangor

    sepanjang Malayan Union (1946) dan Persekutuan Tanah Melayu

    (1948). Pada tahun 1963, Kuala Lumpur menjadi ibu negara

    Malaysia dan pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur diisytiharkan

    sebagai Wilayah Persekutuan.

    Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 diluluskan oleh Parlimen untuk

    memperincikan peranan Kuala Lumpur sebagai ibukota

    persekutuan.

    Akta ini terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut:

    Bahagian IKawasan Bandaraya

    Bahagian IIDatuk Bandar dan Lembaga Penasihat

    Bahagian IIIPeruntukan Peralihan

    Seksyen 2. Tafsiran

    Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna

    yang lain

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    10/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4009

    Bandaraya ertinya Bandaraya Kuala Lumpur atau, dalam bahasa

    Inggeris the City of Kuala Lumpur.

    Datuk Bandar ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur atau, dalam

    bahasa Inggeris, the Commissioner of the City of Kuala Lumpur,

    yang dilantik di bawah seksyen 4; dan

    Lembaga Penasihat ertinya Lembaga Penasihat Bandaraya KualaLumpur atau, dalam bahasa Inggeris, the Advisory Board of the City

    of Kuala Lumpur, yang ditubuhkan di bawah seksyen 6.

    Seksyen 3. Kawasan Bandaraya

    (1) Mengikut peruntukan Fasal (1) Perkara 154 Perlembagaan,Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah menjadi Ibu Kota

    Persekutuan.

    (2) Kawasan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah terdiridaripada kawasan Wilayah Persekutan sebagaimana yang

    diperuntukkan di bawah subseksyen 2(2) Akta Perlembagaan

    (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206].

    (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalamWarta, dari semasa ke semasa membahagikan Bandaraya

    kepada daerah atau bahagian kecil lain dan mengecualikan

    daripada penguatkuasaan Akta ini atau penguatkuasaan

    mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh

    Bandaraya, mana-mana tempat atau tempat-tempat dalam

    sempadan Bandaraya sebagaimana yang dinyatakan dalam

    pemberitahuan itu.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    11/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4010

    (4) Apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (3) tidak bolehmengecualikan mana-mana orang yang tinggal dalam mana-

    mana tempat sedemikian daripada penguatkuasaan mana-

    mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan

    kadar atau percukaian.

    Seksyen 4. Perlantikan Datuk Bandar

    (1) Hal ehwal perbandaran Bandaraya Kuala Lumpur hendaklahditadbirkan oleh Datuk Bandar Bandaraya Kuala Lumpur.

    (2) Datuk Bandar hendaklah dilantik oleh Yang di-PertuanAgong selama tempoh lima tahun atau, jika Yang di-Pertuan

    Agong dalam mana-mana hal tertentu menentukan

    sedemikian, selama apa-apa tempoh yang lebih pendek

    sebagaimana yang ditentukan sedemikian.

    (3) Tertakluk kepada Akta ini, Datuk Bandar hendaklahmemegang jawatan atas apa-apa syarat sebagaimana yang

    ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke

    semasa.

    (4) Jika, pada bila-bila masa Yang di-Pertuan Agong mendapatibahawa pemecatan mana-mana orang yang memegang

    jawatan Datuk Bandar daripada jawatannya itu adalah perlu

    bagi kepentingan pentadbiran hal ehwal Bandaraya yang

    berkesan, dia boleh, tanpa memberikan apa-apa sebab,

    memecat orang itu daripada jawatan.

    (5) Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasamenerima peletakan jawatan Datuk Bandar.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    12/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    13/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4012

    (2) Datuk Bandar hendaklah mempunyai suatu meterai rasmiyang hendaklah disahkan dengan tandatangan orang yang

    pada masa ini memegang jawatan Datuk Bandar, atau oleh

    mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Datuk Bandar

    bagi maksud itu.

    (3) Meterai Datuk Bandar hendaklah diberi pengiktirafan rasmidan kehakiman, dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagaidikeluarkan atau dibuat Datuk Bandar dan dimeteraikan

    dengan meterai Datuk Bandar, disahkan sebagaimana yang

    diperuntukkan di bawah subseksyen (2), hendaklah dalam

    mana-mana litigasi atau prosiding disifatkan telah dibuat

    atau dikeluarkan sedemikian tanpa bukti selanjutnya,

    melainkan jika ditunjukkan sebaliknya.

    (4) Suatu perakuan yang ditandatangan oleh Datuk Bandaryang memperakui bahawa mana-mana surat cara yang

    berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan olehnya telah dibuat

    atau dikeluarkan sedemikian hendaklah menjadi keterangan

    muktamat tentang fakta yang diperakui sedemikian.

    Seksyen 6. Lembaga Penasihat

    (1) Suatu badan, yang hendaklah dikenali Lembaga PenasihatBandaraya Kuala Lumpur atau, dalam bahasa Inggeris

    Advisory Board of the City of Kuala Lumpur, hendaklah

    ditubuhkan bagi maksud Akta ini untuk menasihati Datuk

    Bandar tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan

    pentadbiran Bandaraya sebagaimana yang ditetapkan oleh

    Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah, dan tentang apa-

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    14/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4013

    apa soalan yang dirujuk kepada Lembaga Penasihat oleh

    Menteri atau Datuk Bandar.

    (2) Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yangdibuat di bawahnya, mesyuarat dan tatacara Lembaga

    Penasihat hendaklah ditentukan oleh Lembaga Penasihat.

    (3) Semua anggota Lembaga Penasihat hendaklah disifatkansebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun

    Keseksaan [Akta 574].

    Seksyen 7. Keanggotaan Lembaga Penasihat

    (1) Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada orang yanghendaklah dilantik sebagai anggotanya oleh Yang di-Pertuan

    Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

    Dalam syarat bahawa hendaklah dimasukkan di kalangan

    anggota Lembaga Penasihat yang dilantik sedemikian, dua

    orang yang dinamakan oleh Raja dalam Mesyuarat Negeri

    Selangor.

    (2) Yang di-Pertuan Agong boleh, tertakluk kepada Akta ini,melalui peraturan-peraturan mengadakan peruntukan bagi

    bilangan, jenis, perlantikan, tempoh jawatan, kelayakan,

    hilang kelayakan, kekananan dan syarat persaraan anggota

    Lembaga Penasihat, dan bagi mesyuarat dan tatacara

    Lembaga Penasihat.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    15/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4014

    Seksyen 8. Datuk Bandar hendaklah mempengerusikan

    mesyuarat Lembaga Penasihat

    (1) Datuk Bandar hendaklah, setakat yang dapat dilaksanakan,menghadiri dan mempengerusikan semua mesyuarat

    Lembaga Penasihat, dan semasa dia tidak hadir, mana-mana

    anggota Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Menteri bagi

    maksud itu secara bertulis, atau jika mana-mana anggota itutidak ada, anggota kanan Lembaga Penasihat yang

    sebenarnya hadir, hendaklah mempengerusikannya.

    (2) Datuk Bandar atau orang lain yang mempengerusikan mana-mana mesyuarat Lembaga Penasihat hendaklah membuang

    undinya bila mana perlu untuk mengelakkan bilangan undi

    yang sama banyak, tetapi tidak boleh mengundi dalam apa-

    apa hal lain.

    Seksyen 10. Datuk Bandar boleh bertindak berlawanan

    dengan nasihat Lembaga Penasihat

    Datuk Bandar boleh, selepas berunding dengan Menteri, bertindak

    berlawanan dengan nasihat yang diberikan kepadanya oleh

    Lembaga Penasihat, dalam apa-apa hal yang difikirkannya patut

    untuk berbuat demikian; tetapi dalam apa-apa hal itu

    (a) dia hendaklah merekodkan dengan sepenuhnya secarabertulis, untuk dimasukkan dalam minit, alasan dan

    sebab bagi keputusannya; dan

    (b) adalah berwibawa bagi mana-mana anggota LembagaPenasihat untuk menghendaki supaya direkodkan dalam

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    16/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4015

    minit itu apa-apa nasihat atau pendapat yang mungkin

    telah diberikannya mengenai soalan yang dipertikaikan,

    dan alasan baginya.

    Seksyen 11. Perlindungan pihak berkuasa awam

    Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198],

    hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaanatau prosiding terhadap Datuk Bandar atau Lembaga Penasihat

    atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pengkhidmat atau

    agen Datuk Bandar berkenaan dengan apa-apa perbuatan,

    keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas

    sifat sedemikian.

    Seksyen 12. Kuasa dan kewajipan Datuk Bandar

    (1) Datuk Bandar hendaklah, tertakluk kepada Akta ini,mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan

    melaksanakan segala kewajipan yang diberikan kepada atau

    yang dipertanggungkan ke atas Anggota Majlis Perbandaran

    Kuala Lumpur, Yang Dipertua dan mana-mana Anggota

    Majlis atau pegawainya sebaik sebelum permulaan kuat

    kuasa Akta ini.

    (2) Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana perintah yangdibuat di bawah subseksyen 16(2) di mana-mana jua dalam

    mana-mana undang-undang bertulis, surat ikatan, dokumen

    atau surat cara lain, yang dikuatkuasanya belum lagi luput

    atau dibatalkan sebelum permulaan kuatkuasa Akta ini,

    terdapat nama Anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur,

    undang-undang, surat ikatan, dokumen atau surat cara lain

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    17/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    18/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4017

    Akta Perlembagaan (Pindaan)(No.2) 1973 (Akta A206) telah

    mewujudkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari

    1974 dengan meminda sempadan Negeri Selangor untuk

    mengecualikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang

    ditunjukkan dalam pelan yang diwartakan sebagai Pelan No. 383.

    Akta ini memaklumkan pengisytiharan Bandaraya Kuala Lumpur

    sebagai Ibukota Persekutuan sepertimana terkandung dalamPerkara 154(1) Perlembagaan Persekutuan. Datuk Bandar Kuala

    Lumpur dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh masa 5

    tahun. Semua hal ehwal kerajaan tempatan di Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur diletakhak kepada Datuk Bandar

    Kuala Lumpur melalui seksyen 4(1) Akta ini. Datuk Bandar Kuala

    Lumpur boleh, dalam menjalankan kuasa-kuasa dan

    tanggungjawabnya di bawah Akta menurunkan/mewakilkan kuasa

    kepada mana-mana orang atau jawatan yang dinamakan dalam

    suratcara bertulis. Selaras dengan ini, Datuk Bandar telah pun

    menurunkan kuasa kepada Ketua Pengarah, Timbalan-timbalan

    Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai DBKL bagi melaksanakan

    kuasa dan tanggungjawab Datuk Bandar di bawah berbagai Akta

    dan Undang-undang Kecil DBKL dalam bentuk Warta Kerajaan

    dan secara pentadbiran. Kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk

    membuat undang-undang kecil tidak boleh diturunkan kuasa.

    Melalui pindaan Akta ini pada tahun 1982 melalui Akta A535/1982,

    peranan Kementerian Wilayah Persekutuan telah diserlahkan

    dalam perlaksanaan Akta 190 ini. Pindaan pada tahun 1982 ini

    telah memasukkan seksyen 4(7) di mana semasa ketiadaan Datuk

    Bandar Kuala Lumpur disebabkan oleh bercuti atau sakit, Ketua

    Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan atau mana-mana

    pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri boleh menjalankan

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    19/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4018

    kuasa-kuasa dan tanggungjawab Datuk Bandar Kuala Lumpur.

    Dalam kesPrithipal Singh v Datuk Bandar Kuala Lumpur (Golden

    Arches Restaurant Sdn. Bhd., Pencelah) [1993] 3 MLJ 336,

    Mahkamah Agung (Supreme Court) telah memutuskan bahawa di

    bawah seksyen 4(7) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, apabila

    jawatan Datuk Bandar menjadi kosong, Ketua Setiausaha

    Kementerian Wilayah Persekutuan akan secara automatik

    menjalankan fungsi dan menggunakan kuasa Datuk Bandar.Bagaimanapun, apabila jawatan Datuk Bandar dan juga Ketua

    Setiausaha menjadi kosong, Menteri Wilayah Persekutuan boleh

    memberikan kuasa secara bertulis kepada sesiapa pegawai awam

    untuk menjalankan fungsi dan menggunakan kuasa Datuk Bandar.

    Seksyen 13(1) juga telah dipinda dengan meluaskan lagi jenis

    arahan yang boleh diberi oleh Menteri Wilayah Persekutuan kepada

    Datuk Bandar. Ini dibuat dengan memadamkan frasa of a general

    character, and dalam seksyen 13(1) yang asal. Kesan pindaan ini

    ialah Menteri sekarang boleh memberikan arahan yang lebih

    terperinci kepada Datuk Bandar dan tidak terhad kepada arahan-

    arahan am sahaja.

    Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan sebuah perbadanan

    (corporation sole) yang mempunyai meterai rasmi tersendiri yang

    hanya boleh dimeterai oleh Datuk Bandar sendiri atau mana-mana

    orang yang diberi kuasa untuk berbuat demikian bagi pihaknya.

    Dalam kesAbdul Aziz b. Mohamed Ginan & 108 Yang Lain v Datuk

    Bandar Kuala Lumpur[2007] 3 MLJ 12, Mahkamah Tinggi Kuala

    Lumpur telah membuat beberapa pemerhatian tentang kedudukan

    Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan

    1960. Dalam kes ini, salah satu isu ialah samada satu perintah

    injunksi boleh dikeluarkan oleh Mahkamah terhadap Datuk Bandar

    Kuala Lumpur. Plaintif dalam kes ini telah menerima notis

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    20/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4019

    daripada defendan untuk mengosongkan dan memusnahkan rumah

    mereka dalam tempoh 7 hari bagi tujuan projek lebuh raya DUKE.

    Plaintif memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan

    daripada memusnahkan rumah mereka. Defendan menghujahkan

    bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan sebuah jabatan

    kerajaan dan oleh itu satu perintah injunksi tidak boleh

    dikeluarkan terhadapnya di bawah seksyen 54(d), Akta Relif

    Spesifik 1950. Mahkamah memutuskan Datuk Bandar KualaLumpur merupakan sebuah badan berkanun di bawah Seksyen 4,

    Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 dan merupakan corporation sole

    di bawah seksyen 5 Akta tersebut. Ia mempunyai legal personality

    nya tersendiri yang tidak bergantung kepada kerajaan. Ia boleh

    mendakwa serta boleh didakwa di mahkamah, serta boleh

    memasuki kontrak dan mempunyai meterai tersendiri. Oleh itu,

    mahkamah memutuskan dalam kes ini bahawa Datuk Bandar

    Kuala Lumpur bukan sebuah jabatan kerajaan dan satu perintah

    injunksi boleh dikeluarkan terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur.

    Akta ini juga menubuhkan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala

    Lumpur untuk menasihati Datuk Bandar mengenai perkara-

    perkara yang berkenaan dengan pentadbiran bandar sebagaimana

    yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

    Ahli-ahli Lembaga Penasihat ini dilantik oleh Yang di-Pertuan

    Agong tetapi Sultan Selangor boleh melantik seramai 2 orang

    sebagai ahli Lembaga Penasihat. Datuk Bandar boleh

    mempengerusi mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat ini. Mengikut

    seksyen 10 Akta ini, Datuk Bandar tidak terikat untuk mengikuti

    nasihat yang diberi oleh Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala

    Lumpur. Mengikut seksyen 10(a), apabila Datuk Bandar tidak

    bersetuju dengan nasihat yang diberikan, beliau mesti merekodkan

    alasan-alasan dan sebabnya dalam minit mesyuarat Lembaga

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    21/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4020

    Penasihat. Peraturan-peraturan mengenai tatacara Lembaga

    Penasihat ini terkandung dalam Peraturan-peraturan Lembaga

    Penasihat Bandar Raya Kuala Lumpur 1989.

    4.2 AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN1982 (AKTA 267) HURAIAN AKTA BERSERTA

    ULASAN SEKSYEN TERPILIH

    Pengenalan

    Sebelum Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

    diwujudkan, perancangan bandar di Kuala Lumpur telah

    dilaksanakan mengikut Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran

    (FMS Cap 137) dari tahun 1945 sehingga tahun 1970, Ordinan

    Dharurat (Kuasa-kuasa Khas) (No.46) 1970 dari 1970 sehingga

    1973 dan Akta Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta

    107) dari tahun 1973 sehingga 1982. Undang-undang perancangan

    bandar yang telah berkuatkuasa di Kuala Lumpur di senaraikan

    mengikut kronologi dalam Jadual 4.1.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    22/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    23/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4022

    Akta 267

    AKTA (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN 1982

    Tarikh Perkenan Diraja: 9 Mac 1982

    Tarikh diterbitkan dalam

    Warta:

    18 Mac 1982

    Tarikh mula berkuatkuasa

    ditetapkan:

    [Bhg. I, II & III25 Ogos 1982

    (P.U.(B) 445/82);Bhg. IV ke X15 Ogos 1984

    (P.U.(B) 315/84)]

    Suatu Akta untuk membuat peruntukan-peruntukan bagi

    mengawal dan mengatur perancangan yang teratur dalam Wilayah

    Persekutuan, bagi melevi caj pembangunan, dan bagi maksud-

    maksud yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

    MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli

    Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

    dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat

    yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya,

    seperti berikut:

    BAHAGIAN 1

    PERMULAAN

    Seksyen

    1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa.2. Tafsiran.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    24/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4023

    BAHAGIAN II

    TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA DATUK BANDAR

    3. Dasar perancangan am.4. Lembaga Penasihat Perancangan.5. Datuk Bandar menjalankan tugas dan kuasa yang diberi dan

    kewajipan yang dikenakan oleh Akta ini.

    6. Tugas-tugas Datuk Bandar.

    BAHAGIAN III

    PELAN PEMBANGUNAN

    7. Draf pelan struktur, prosedur notis awam dan mendengarbantahan-bantahan.

    8. Kelulusan atau penolakan draf pelan struktur oleh Menteri.9. Penyiaran notis awam mengenai draf pelan struktur yang

    diluluskan.

    10. Perubahan, penambahan, penyemakan atau penggantianpelan struktur.

    11. Kebenaran Menteri dan Penyiaran Notis.12. Pengisytiharan dan pembatalan kawasan tindakan.13. Penyediaan draf pelan tempatan.14. Publisiti berkenaan dengan draf pelan tempatan.15. Penyiasatan dan pembicaraan berkenaan dengan draf pelan

    tempatan.

    16. Penerimaan draf pelan tempatan.17. Perubahan, pemansuhan dan penggantian draf pelan

    tempatan.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    25/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4024

    18. Penggantungan pelan pembangunan oleh Menteri.BAHAGIAN IV

    KAWALAN PERANCANGAN

    19. Kegunaan tanah dan bangunan20. Larangan mengenai pembangunan tanpa kebenaran

    perancangan

    21. Permohonan untuk kebenaran perancangan22. Perintah pembangunan23. Rayuan terhadap keputusan Datuk Bandar24. Luputnya perintah pembangunan25. Pembatalan dan pengubahsuaian perintah pembangunan,

    kebenaran dan kelulusan

    26. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan pembangunan yangtidak dibenarkan

    27. Notis penguatkuasaan berhubung dengan pembangunanyang dijalankan yang melanggar undang-undang

    28. Kesan notis penguatkuasaan yang disampaikan menurutseksyen 27.

    29. Penalti kerana tidak mematuhi notis penguatkuasaan yangdisampaikan menurut seksyen 27

    30. Notis permintaanBAHAGIAN V

    PEMELIHARAAN DAN PENANAMAN POKOK

    31.

    Peruntukan untuk pemeliharaan dan penanaman pokok

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    26/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4025

    32. Datuk Bandar boleh menyebabkan pokok-pokok ditanamdengan betul

    33. Pembayaran bank deposit apabila kerja selesai34. Pembayaran balik deposit jika kerja-kerja bangunan tidak

    dimulakan

    35. Perintah pemeliharaan pokok36. Larangan memotong pokok yang lilitannya melebihi satu

    meter

    37. Penggantian pokok.38. Penalti kerana tidak mematuhi perintah pemeliharaan.39. Penguatkuasaan duti mangenai perintah pemeliharaan

    pokok.

    BAHAGIAN VI

    CAJ PEMBANGUNAN

    40. Caj pembangunan dan tanggungannya.41. Penentuan caj pembangunan.42. Rayuan terhadap taksiran caj pembangunan.43. Caj pembangunan adalah suatu caj ke atas tanah.44. Pembayaran wang ke dalam kumpulanwang.

    BAHAGIAN VII

    LEMBAGA RAYUAN

    45. Lembaga Rayuan.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    27/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4026

    BAHAGAN VIII

    NOTIS PEMBELIAN DAN PENGAMBILAN TANAH

    46. Notis menghendaki pembelian tanah dalam hal-hal tertentuBAHAGIAN IX

    KAWASAN TINDAKAN DAN KAWASAN PEMBANGUNAN

    47. Penyampaian perintah kawasan tindakan48. Kuatkuasa perisytiharan49. Datuk Bandar boleh menggaji agen, membuat perkiraan dan

    menubuhkan perbadanan

    50. Kuasa meminjam wang51. Kuasa melupuskan tanah dan harta

    BAHAGIAN X

    PERUNTUKAN PELBAGA1

    52. Kuasa masuk53. Penyampaian dokumen54. Pengesahan dokumen-dokumen55. Bukti dokumen56. Sekatan terhadap menyaman Datuk Bandar, pegawai-

    pegawai berkuasa dan agen-agen

    57. Pendakwaan58. Pelupusan barang yang dipindah oleh Datuk Bandar59. Penalti kerana mengganggu tanda-tanda60. Pengkhidmat awam

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    28/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4027

    61. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 194862. Mengganti rugi dan kecuaian tanggungan dan sebagainya63. Pengecualian daripada fee dan caj64. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah65. Pemansuhan dan kecualian66. Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971

    BAHAGIAN I

    PERMULAAN

    1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

    (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perancangan) WilayahPersekutuan 1982.

    (2) Tanpa menyentuh seksyen kecil (3), Akta ini hendaklahdipakai hanya bagi Wilayah Persekutuan sahaja.

    (3) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yangakan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam

    Warta:

    Dengan syarat bahawa Menteri boleh menetapkan tarikh yang

    berlainan untuk Akta ini mula berkuatkuasa bagi bahagian-

    bahagian yang berlainan dalam Wilayah Persekutuan atau bagi

    peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    29/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4028

    Ulasan:

    Demi keseragaman perancangan mengikut konsep dan tatacara

    sistem rancangan pemajuan seperti yang dimaksudkan oleh Akta

    Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), adalah lebih

    sempurna sekiranya semua pihak berkuasa tempatan di

    Semenanjung Malaysia menerimapakai Akta 172 tersebut. Walau

    bagaimanapun, taraf pentadbiran dan kedudukan WilayahPersekutuan Kuala Lumpur adalah unik dan tidak dapat

    disamakan dengan pihak berkuasa tempatan yang lain sehingga

    tidak mungkin baginya menggunapakai sepenuhnya Akta tersebut.

    Oleh yang demikian beberapa pengubahsuaian dan penyelarasan

    terhadap Akta 172 itu terpaksa dilakukan sekiranya Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur ingin dimajukan mengikut sistem

    rancangan pemajuan. Berikutan perkara ini, dalam tahun 1982,

    Parlimen menggubal Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan

    1982 (Akta 267). Adalah menjadi tujuan Akta 267 untuk

    menyediakan peruntukan-peruntukan bagi mengawal dan

    mengatur perancangan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

    bagi melevi caj pembangunan dan perkara-perkara yang

    bersangkutan.

    2. Tafsiran.

    (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain:

    bangunan termasuklah sesuatu rumah, pondok, bangsal atau

    kepungan bertutup sama ada sementara atau kekal dan sama ada

    digunakan atau tidak digunakan bagi maksud kediaman manusia,

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    30/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4029

    dan juga sesuatu tembok, pagar, pelantar, pentas, pintu, get, tiang

    wayarles, arial dan antena yang digunakan bagi maksud

    pemancaran, tiang, pancang, bingkai, dinding adang, limbungan,

    kolam mandi dan kolam renang, dok, dermaga, pier, jeti, pelantar

    mendarat atau jambatan, atau apa-apa struktur, tompang atau asas

    yang disambungkan pada atau dengan mana-mana yang tersebut

    itu;

    caj pembangunan ertinya caj pembangunan yang dilevi di bawah

    seksyen 40;

    Datuk Bandar ertinya Datuk Bandar yang dilantik di bawah Akta

    Ibu Kota Persekutuan 1960;

    jalan ertinya mana-mana jalan sama ada jalan awam atau jalan

    persendirian dan termasuklah sesuatu lebuh, medan, sahan, jalan

    kecil, lorong, jambatan, lorong kaki, jejak, jalan namkaki, laluan,

    atau lebuhraya, sama ada tembus atau tidak di atas mana orang

    awam berhak lalu;

    kawasan pembangunan ertinya suatu bahagian atau keseluruhan

    sesuatu kawasan tindakan yang diperolehi mengikut seksyen 47;

    kawasan plinth ertinya kadar kawasan sesuatu lot yang diliputi

    oleh bangunan;

    kawasan tindakan ertinya sesuatu kawasan atau kawasan-

    kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana pelan

    pembangunan atau yang telah diisytiharkan sedemikian mengikut

    peruntukan-peruntukan Akta ini untuk memudahkan

    pembangunan baru, pembangunan semula atau pembaikan;

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    31/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4030

    kebenaran perancangan ertinya kebenaran yang diberikan dengan

    atau tanpa syarat dalam sesuatu perintah pembangunan untuk

    menjalankan apa-apa pembangunan yang dinyatakan dalam

    perintah itu;

    kediaman ertinya menggunakan sebagai tempat kediaman

    manusia sesuatu tanah atau bangunan atau sebahagiannya

    termasuklah taman, perkarangan, garaj, kandang, dan rumah-luaryang menjadi sebahagian bangunan itu;

    kegunaan, berhubungan dengan sesuatu tanah, ertinya apa-apa

    kegunaan tanah lain daripada semata-mata untuk menyimpan atau

    menstor bahan-bahan dan kelengkapan yang bertujuan untuk

    digunakan bagi membina atau mendirikan sesuatu bangunan di

    atas tanah tersebut, atau sebagai tapak untuk bangunan sementara

    untuk menempatkan pekerja-pekerja yang terlibat dalam membina

    atau mendirikan bangunan tersebut;

    kegunaan perdagangan ertinya kegunaan sesuatu tanah atau

    bangunan atau sebahagian daripadanya bagi maksud perdagangan;

    kegunaan perindustrian termasuklah kegunaan sesuatu tanah

    atau bangunan atau sebahagiannya bagi maksud perindustrian;

    kemudahan awam termasuklah jalan, bekalan air dan elektrik,

    perkhidmatan telefon, lampu jalan, pembetungan, perparitan, kerja

    raya, dan lain-lain perkhidmatan dan kesenangan awam yang

    serupa itu;

    kepadatan ertinya keamatan menggunakan tanah yang dihitung

    atau dikira mengikut bilangan orang, unit kediaman, atau bilik

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    32/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4031

    yang boleh dihuni, atau apa-apa gabungan daripada faktor-faktor

    itu, bagi satu unit kawasan tanah;

    kerja bangunan ertinya meruntuh, mendirikan semula, atau

    meluaskan sesuatu bangunan atau struktur atau apa-apa

    bahagiannya dan termasuklah

    (a) apa-apa tambahan pada tinggi atau ruang lantaisesuatu bangunan

    (b) apa-apa tambahan atau perubahan pada sesuatu

    bangunan yang menyentuh atau mungkin menyentuh

    perparitan atau susunan kebersihan atau

    keteguhannya;

    (c) apa-apa tambahan atau perubahan pada sesuatu

    bangunan, sama ada dibuat sebelum atau selepas

    bangunan itu siap, yang menyimpang dengan apa-apa

    butir daripada mana-mana pelan atau penentuan

    berkenaan dengan bangunan itu yang diluluskan pada

    bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang diberi kuasa

    di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk

    meluluskan pelan atau penentuan itu;

    (d) apa-apa tambahan atau perubahan pada sesuatu

    bangunan yang secara matan menyentuh atau

    mungkin secara matan menyentuh sesuatu bangunan

    mengikut apa-apa cara; dan

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    33/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4032

    (e) apa-apa kerja lain yang biasanya dikendalikan oleh

    seseorang yang menjalankan urusan pembinaan

    bangunan;

    kerja kejuruteraan termasuklah membentuk atau meratakan

    tanah, membentuk atau membina jalan masuk ke sesatu jalan dan

    menyusun kabel, sesalur bekalan air, pembetungan atau

    perparitan;

    keselesaan ertinya apa-apa kualiti atau keadaan sesuatu tempat

    atau kawasan yang turut menyebabkan tempat atau kawasan itu

    menjadi selesa, harmoni dan dapat dinikmati dengan lebih baik,

    dan termasuklah tanah lapang, taman, taman lipurdiri dan tempat

    permainan;

    Lembaga Rayuan ertinya Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di

    bawah seksyen 45;

    luas lantai ertinya jumlah luas ruang lantai dalam sesuatu

    bangunan yang diukur dari dinding sebelah luar dan berkenaan,

    dengan dinding berkongsi, diukur dari tengah-tengah dinding

    berkongsi itu;

    nisbah plot ertinya nisbah di antara jumlah luas lantai sesuatu

    bangunan dan luas plot bangunan itu;

    notis pembelian ertinya notis pembelian yang tersebut dalam

    seksyen 46;

    notis penguatkuasaan ertinya notis penguatkuasaan yang

    disampaikan menurut seksyen 27;

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    34/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4033

    notis permintaan ertinya notis permintaan yang tersebut dalam

    seksyen 30;

    pegawai berkuasa, berhubungan dengan sesuatu peruntukan,

    ertinya seseorang pegawai yang dilantik secara bertulis oleh Datuk

    Bandar sebagai seseorang pegawai berkuasa bagi maksud-maksud

    peruntukan tersebut;

    pelan pembangunan berhubungan dengan sesuatu kawasan,

    ertinya

    (a) pelan tempatan bagi kawasan itu; atau

    (b) jika tiada pelan tempatan bagi kawasan itu, pelanstruktur bagi kawasan itu;

    dan, berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan, ertinya

    pelan pembangunan, sebagaimana yang ditakrifkan, bagi kawasan

    di mana tanah atau bangunan itu terletak;

    Pelan Pembangunan Lengkap ertinya pelan pembangunan

    lengkap yang disebut sebagai pelan No. 1039, 1040 dan 1041 dalam

    Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur, 1973;

    pelan struktur, berhubungan dengan sesuatu kawasan, ertinya

    sesuatu kenyataan bertulis yang disertai dengan gambarajah,

    gambaran dan lain-lain bahan perihalan yang mengandungi dasar-

    dasar dan cadangan-cadangan mengenai pembangunan dan

    kegunaan tanah dalam kawasan itu dan boleh menunjukkan

    kawasan tindakan; dan draf pelan struktur hendaklah ditafsirkan

    sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    35/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4034

    pelan tempatan, berhubungan dengan sesuatu kawasan, ertinya

    pelan tempatan seperti yang disediakan di bawah seksyen 13;

    pembangunan ertinya menjalankan sesuatu kerja bangunan atau

    sesuatu kerja kejuruteraan, kerja perlombongan atau perindustrian

    atau apa-apa kerja lain yang serupa itu di dalam, di atas, atau di

    bawah tanah, dan termasuklah sesuatu pertukaran tentang

    kegunaan tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian tanahatau bangunan itu, atau pemecahan sempadan atau penyatuan

    tanah;

    pemunya berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan,

    ertinya

    (a) tuanpunya berdaftar tanah itu;

    (b) pemegang pajak berdaftar bagi sesuatu pajakantermasuk seseorang pemegang pajak kecil berdaftar;

    (c) agen atau pemegang amanah bagi mana-mana orangyang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b) jika

    Datuk Bandar berpendapat bahawa mana-mana orang

    tersebut tidak dapat dijumpai;

    (d) wakil peribadi di sisi undang-undang bagi mana-manaorang yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b)

    jika mana-mana orang itu telah mati;

    (e) orang yang pada masa itu menerima sewa premisyang berkenaan dengannya perkataan itu digunakan

    sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai agen

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    36/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4035

    atau pemegang amanah bagi mana-mana orang lain

    atau sebagai seorang penerima atau orang yang akan

    menerima sewa itu jika premis itu disewakan kepada

    seseorang penyewa;

    penduduk berhubungan dengan sesuatu tanah atau bangunan,

    termasuklah

    (a) seseorang penyewa tanah atau bangunan;(b) seseorang pemunya tanah atau bangunan yang

    menduduki atau secara lain menggunakan tanah atau

    bangunan itu;

    (c) seseorang yang sebenar-benarnya menduduki tanahatau bangunan itu atau menjaga, mengurus, atau

    mengawal tanah atau bangunan itu, sama ada bagi

    pihaknya sendiri atau sebagai agen bagi orang lain;

    tetapi tidak termasuk seseorang yang menumpang;

    perdagangan ertinya menjalankan sesuatu dagangan, perniagaan

    atau profesion dan termasuklah pembekalan atau tawaran untuk

    membekalkan barang-barang atau perkhidmatan, penyimpanan

    atau pertukaran barang-barang dari apa-apa jua jenis bagi maksud

    dagangan, perniagaan atau profesion, pengurusan hospital

    persendirian, rumah rawatan, rumah orang uzur, sanatorium,

    institusi pelajaran, rumah tumpangan dan penubuhan pejabat-

    pejabat;

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    37/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4036

    perindustrian termasuklah menjalankan sesuatu pengilangan,

    perekaan, pembaikan, pemasangan atau memproses keluaran

    pertanian atau proses pengemasan;

    perintah pembangunan ertinya perintah pembangunan yang

    dikeluarkan di bawah Akta ini yang memberi kebenaran

    perancangan dengan atau tanpa syarat bagi apa-apa pembangunan

    yang dinyatakan dalam perintah itu;

    pertanian termasuklah perkebunan, perladangan, bercucuk tanam

    buah-buahan, tanam-tanaman, sayur-sayuran, atau pokok-pokok,

    menanam apa-apa tanaman untuk digunakan sebagai makanan

    ternak, tenusu, membiak dan menyimpan ternak, ikan, atau lebah,

    dan kegunaan tanah bagi maksud-maksud tambahan kepada mana-

    mana aktiviti tersebut atau bagi mana-mana aktiviti pertanian

    yang lain tetapi tidak termasuk kegunaan tanah sebagai taman

    untuk digunakan bersama dengan sesuatu bangunan yang

    bercantum dengan tanah itu;

    tanah termasuklah

    (a) permukaan bumi, dan segala benda yang menjadikanpermukaan bumi itu;

    (b) segala benda di bawah permukaan bumi;

    (c) segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaransemulajadi sama ada memerlukan kegunaan buruh

    secara berkala atau tidak untuk mengeluarkannya

    dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    38/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4037

    (d) segala benda, sama ada di atas atau di bawahpermukaan bumi, yang bercantum kepada bumi atau

    yang terpasang dengan kekalnya kepada sesuatu

    benda yang tercantum dengan bumi;

    (e) tanah yang dilitupi air; dan

    (f) apa-apa harta atau kepentingan mengenai tanah atauhak ke atas tanah;

    tanah lapang ertinya sesuatu tanah sama ada dikepung atau

    tidak yang dikhaskan (atau direzabkan untuk dikhaskan)

    keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman, taman

    bunga awam, padang sukan dan padang lipurdiri awam atau

    tempat makan angin atau jalankaki awam, atau sebagai suatu

    tempat awam;

    tempat awam termasuklah sesuatu tempat, bangunan atau jalan

    yang terbuka untuk digunakan dan dinikmati oleh orang awam

    atau dimana orang awam boleh atau dibenarkan masuk sama ada

    dengan bayaran atau selainnya;

    Wilayah Persekutuan ertinya kawasan sebagaimana yang

    ditunjukkan dalam pelan simpanan yang dikenali melalui rujukan

    kepada Pelan WartaNo. 383.

    (2) Bagi mengelakkan keraguan dalam mentafsirkan bidangsesuatu pertukaran tentang kegunaan tanah bagi maksud

    Akta ini, maka adalah dengan ini ditetapkan bahawa

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    39/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4038

    (a) kegunaan tanah sebagai suatu tempat untukmembuang sampah sarap atau bahan buangan adalah

    melibatkan suatu pertukaran tentang kegunaan tanah

    itu, walaupun tanah itu mengandungi sesuatu tapak

    yang sudah pun digunakan bagi maksud itu jika

    keluasan permukaan atau longgokan itu adalah

    dengan itu bertambah;

    (b) apa-apa kegunaan tanah atau kegunaan sebahagiandaripadanya yang melanggar atau tidak konsisten

    atau berlawanan dengan mana-mana peruntukan

    pelan pembangunan adalah melibatkan suatu

    pertukaran tentang kegunaan tanah itu.

    (3) Bagi mengelakkan keraguan dalam mentafsirkan bidangsesuatu pertukaran tentang kegunaan bangunan bagi

    maksud Akta ini, maka adalah dengan ini ditetapkan

    bahawa

    (a) apa-apa tambahan pada bilangan unit dalam suatubangunan lebih daripada bilangan yang diluluskan

    pada mula-mulanya oleh sesuatu pihak berkuasa yang

    diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang

    bertulis untuk memberi kelulusan bagi bangunan itu

    adalah melibatkan suatu pertukaran tentang

    kegunaan bangunan itu;

    (b) kegunaan sesuatu bangunan yang bukan pada mula-mulanya dibina untuk kediaman manusia sebagai

    rumah tempat tinggal adalah melibatkan suatu

    pertukaran tentang kegunaan bangunan itu;

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    40/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    41/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4040

    kepada takrif dalam undang-undang bertulis yang lain seperti Akta

    Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Kanun Tanah

    Negara 1965, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), dan Akta

    Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

    Istilah yang digunakan dalam Akta 267 berlainan dengan yang

    digunakan dalam Akta 172, seperti yang disenaraikan dalam Rajah

    4.2a di bawah.

    Rajah 4.2a : Perbandingan Istilah dalam Akta 267 dan

    Akta 172

    Akta 267 Akta 172

    1. kebenaran perancangan kebenaran merancang

    2. pelan pembangunan rancangan pemajuan

    3. caj pembangunan caj pemajuan

    4. notis permintaan notis rekuisisi

    5. perdagangan Komersil

    6. pelan struktur rancangan struktur

    7. pelan tempatan rancangan tempatan

    8. pembangunan Pemajuan

    9. penghuni Penduduk

    Tafsiran bangunan dalam Akta 267 lebih luas dan maju jika

    dibandingkan dengan tafsiran bangunan dalam Akta 172 kerana

    Akta 267 memasukkan tiang wayarless, arial dan antena yang

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    42/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4041

    digunakan bagi maksud pemancaran, tiang, dan pemancaran dalam

    tafsiran bangunan.

    Tafsiran pembangunan (development) dalam Akta 267 juga

    berlainan dengan tafsiran pemajuan dalam Akta 172. Perbezaan

    yang ketara dilihat dalam Akta 267 ialah dalam aspek sesuatu

    pertukaran tentang kegunaan tanah atau bangunan atau mana-

    mana bahagian tanah atau bangunan itu yang termasuk dalamtafsiran pembangunan. Ini jelas berlainan dengan tafsiran

    pemajuan dalam Akta 172 yang menekankan perubahan mengenai

    penggunaan mana-mana tanah atau bangunan sebagai perubahan

    material sahaja. Tafsiran kerja kejuruteraan yang merupakan

    sebahagian dari pembangunandalam Akta 267 juga lebih luas dari

    tafsiran kerja pembangunan dalam Akta 172. Dalam Akta 267,

    kerja kejuruteraan juga termasuk pembetungan atau perparitan.

    Tafsiran pemunya dalam Akta 267 lebih luas daripada yang di

    peruntukkan oleh Akta 172 kerana pemunya dalam Akta 267 juga

    termasuk pemegang pajak berdaftar bagi sesuatu pajakan termasuk

    seseorang pemegang pajak kecil berdaftar.

    Di bawah seksyen 2, istilah 'pelan pembangunan' berhubung

    dengan sesuatu kawasan adalah merujuk kepada pelan tempatan

    bagi kawasan itu atau jika tiada pelan tempatan bagi kawasan itu,

    pelan struktur bagi kawasan itu.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    43/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4042

    BAHAGIAN II

    TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA DATUK BANDAR

    3. Dasar perancangan am.

    Menteri hendaklah bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan

    dengan perancangan pembangunan semua tanah dalam Wilayah

    Persekutuan dan (tertakluk kepada fasal (5) dan (6) Perkara 91Perlembagaan) kegunaan tanah dan bangunan itu dan bagi

    maksud-maksud itu Menteri boleh memberi arahan-arahan secara

    am atau tertentu yang tidak bertentangan dengan peruntukan-

    peruntukan Akta ini dan Datuk Bandar hendaklah

    menguatkuasakan arahan-arahan itu.

    Ulasan:

    Menteri di sini merujuk kepada menteri yang bertanggungjawab

    terhadap Wilayah Persekutuan iaitu Menteri di Kementerian

    Wilayah Persekutuan. Pada tahun 2004, kerajaan telah

    menubuhkan sebuah Kementerian Wilayah Persekutuan dan di

    bawah Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No.2)

    2004 yang dibuat di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.

    Menteri Wilayah Persekutuan mempunyai kuasa-kuasa berikut di

    dalam Kuala Lumpur:

    i. Mengurus kemajuan dan pembangunan KualaLumpur;

    ii. Membuat dasar-dasar mengenai kerajaan tempatan diKuala Lumpur;

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    44/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    45/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4044

    (a) Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuanyang hendaklah menjadi Pengerusi;

    (b) wakil daripada Jawatankuasa Kerja Tanah yangditubuhkan di bawah Kanun Tanah Negara;

    (c) Ketua Pengarah Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA);

    (d) Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar danDesa Persekutuan; dan

    (e) Tiga orang ahli yang dilantik oleh Menteri.

    (3) Seseorang ahli Lembaga Penasihat yang dilantik di bawahseksyen kecil (2)(e) hendaklah, melainkan jika ia meletakkan

    jawatannya lebih awal atau lantikannya ditarik balik lebih

    awal, memegang jawatan selama sesuatu tempoh tidak lebih

    daripada tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.

    (4) Seorang ahli Lembaga Penasihat boleh dibayar apa-apa elaunyang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri

    Kewangan.

    (5) Tertakluk kepada Akta ini dan kepada mana-mana peraturanyang dibuat di bawahnya, mesyuarat dan prosedur Lembaga

    Penasihat hendaklah ditetapkan oleh Lembaga Penasihat itu

    sendiri.

    (6) Seseorang ahli Lembaga Penasihat yang mempunyai suatukepentingan dalam apa-apa perkara di hadapannya

    hendaklah menzahirkan fakta kepentingannya dan jenis

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    46/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4045

    kepentingan itu dan penzahiran itu hendaklah direkodkan

    dan ahli itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam

    apa-apa prosiding Lembaga Penasihat berkenaan dengan

    perkara itu.

    (7) Semua ahli Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagaipengkhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan.

    (8) Menteri tidak terikat untuk bersetuju dengan pendapatLembaga Penasihat mengenai apa-apa perkara yang

    dirujukkan kepadanya.

    Ulasan:

    Akta 267 mempunyai peruntukan bagi pembentukan sebuah

    Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan. Lembaga

    ini adalah hampir sama dengan Jawatankuasa Perancang Negeri di

    bawah Akta 172. Tugas-tugas Lembaga ialah memberi nasihat

    kepada Menteri mengenai:

    i. Draf pelan struktur;

    ii. Draf pelan tempatan;

    iii. Pengisytiharan dan pembatalan kawasan tindakan ;

    iv. Pengisytiharan kawasan pembangunan; atau

    v. Perkara-perkara lain yang dari masa ke semasadirujukkan oleh Menteri kepada Lembaga.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    47/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4046

    Walau bagaimanapun, Menteri adalah tidak terikat untuk

    bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Lembaga

    Penasihat berkenaan dengan perkara-perkara yang dirujukkan.

    Tiada peruntukan dalam Akta 267 yang menyatakan sama ada

    arahan Lembaga Penasihat boleh mengikat Datuk Bandar. Oleh

    kerana Akta 267 hanya menyatakan bahawa fungsi Lembaga

    Penasihat adalah untuk menasihati Menteri dan bukan Datuk

    Bandar, maka boleh dirumuskan bahawa Datuk Bandar tidakterikat dengan apa-apa arahan Lembaga Penasihat tersebut.

    Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan tidak sama

    dengan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur. Lembaga

    Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur ditubuhkan di bawah Akta

    Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) dan berfungsi untuk

    menasihati Datuk Bandar mengenai perkara-perkara berkaitan

    dengan pentadbiran bandaraya sahaja. Lembaga Penasihat

    Bandaraya Kuala Lumpur ini tidak boleh menyentuh hal-hal

    mengatur, mengawal dan merancang pembangunan Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur kerana hal-hal yang demikian telah

    diletakkan di bawah struktur organisasi perancangan dalam Akta

    267.

    5. Datuk Bandar menjalankan tugas dan kuasa yang

    diberi dan kewajipan yang dikenakan oleh Akta ini

    (1) Datuk Bandar adalah dengan ini dilantik untukmenjalankan segala tugas dan kuasa yang diberi dan

    melaksanakan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh

    Akta ini.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    48/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4047

    (2) Pada menjalankan tugas-tugas dan kuasa-kuasanya yang

    diberi atau pada melaksanakan sesuatu kewajipannya yang

    dikenakan oleh Akta ini, Datuk Bandar tidak tertakluk

    kepada peruntukan-peruntukan seksyen 5 Akta Ibu Kota

    Persekutuan 1960; dan mana-mana peruntukan dalam Akta

    itu yang menyebut mengenai Lembaga Penasihat Kuala

    Lumpur yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 itu tidak boleh

    dipakai bagi Datuk Bandar pada melaksanakan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini.

    (3) Jika oleh atau di bawah Akta ini Datuk Bandar diberi kuasa

    untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-

    apa kewajipan, ia boleh secara bertulis mewakilkan,

    tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat sebagaimana

    yang dinyatakan dalam perwakilan bertulis itu, penjalanan

    kuasa-kuasa atau pelaksanaan kewajipan-kewajipan itu

    kepada mana-mana orang yang diperihalkan mengikut nama

    atau jawatan:

    Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen kecil

    ini boleh dipakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat

    perundangan kecil yang diberi kepada Datuk Bandar oleh

    atau di bawah Akta ini.

    (4) Jika Datuk Bandar mewakilkan penjalanan apa-apa kuasa

    atau pelaksanaan apa-apa kewajipan kepada mana-mana

    orang menurut seksyen kecil (3), orang yang diwakilkan

    sedemikian itu hendaklah dalam Akta ini disebut sebagai

    pegawai berkuasa.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    49/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4048

    (5) Datuk Bandar boleh melantik dengan kelulusan Menteri dan

    tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat sebagaimana

    yang dinyatakan dalam surat perlantikan, ejen untuk

    menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa

    perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan

    dalam melaksanakan tugas-tugas, kuasa-kuasa atau

    kewajipan-kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud

    Akta ini dengan cara lebih baik; dan ejen yang dilantiksedemikian itu hendaklah dalam Akta ini disebut sebagai

    ejen berkuasa.

    Ulasan:

    Menyentuh mengenai kuasa-kuasa Datuk Bandar menurut Akta

    ini, beliau tidak tertakluk kepada peruntukan seksyen 6 Akta Ibu

    Kota Persekutuan 1960 iaitu yang menyentuh mengenai penubuhan

    Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan kuasa-

    kuasanya. Datuk Bandar tidak boleh menggunapakai peruntukan

    tersebut untuk menjalankan tugasnya atau kuasa-kuasanya di

    bawah Akta 267 kerana peruntukan tersebut adalah untuk

    Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan ahli-ahlinya dan

    Datuk Bandar bukan merupakan ahli Lembaga Penasihat

    Bandaraya Kuala Lumpur.

    Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan pihak berkuasa tempatan

    bagi Kuala Lumpur di bawah seksyen 4(1) Akta Ibu Kota

    Persekutuan 1960. Datuk Bandar juga merupakan pihak berkuasa

    perancang tempatan bagi Kuala Lumpur (rujuk seksyen 6(1) dan

    ulasan seksyen tersebut). Untuk melaksanakan tugas-tugasnya

    dengan cara yang lebih efisien, seksyen 5(3) Akta 267 telah

    membenarkan Datuk Bandar untuk melantik mana-mana orang

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    50/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4049

    secara bertulis (menurunkan kuasa) untuk menjalankan tugas-

    tugas tersebut. Penurunan kuasa ini adalah tertakluk kepada had-

    had dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam perlantikan bertulis

    tersebut. Mana-mana orang yang dilantik oleh Datuk Bandar ini

    adalah dikenali sebagai 'pegawai berkuasa'. Dengan mendapatkan

    kelulusan daripada Menteri terlebih dahulu, Datuk Bandar juga

    dibenarkan untuk melantik suatu agen untuk maksud menjalankan

    tugas-tugasnya dengan cara yang lebih baik sepertimana yangdikehendaki di bawah seksyen 5(5), Akta 267. Sebagaimana

    pegawai berkuasa, agen yang dilantik juga tertakluk kepada had-

    had dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat perlantikan itu.

    6. Tugas-tugas Datuk Bandar

    (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, tugas-tugas Datuk Bandar ialah mengatur, mengawal dan

    merancang pembangunan semua tanah dalam Wilayah

    Persekutuan dan kegunaan tanah-tanah dan bangunan-

    bangunan itu dan melaksanakan apa-apa tugas lain

    sebagaimana yang diberi oleh Menteri kepadanya.

    (2) Khususnya dan tanpa menyentuh peluasan peruntukan-peruntukan di atas, Datuk Bandar boleh, dan hendaklah jika

    diarahkan oleh Menteri

    (a) menyedia dan melaksanakan pelan pembangunan;(b) mengusaha, membantu dan menggalakkan

    pemungutan, penyenggaraan dan penyiaran

    perangkaan, buletin dan lain-lain penyiaran

    berhubung dengan perancangan bandar;

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    51/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    52/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4051

    disediakan olehnya kepada Menteri untuk mendapat

    kebenaran Menteri supaya disiarkan suatu notis awam

    dalam Warta dan dalam akhbar-akhbar tempatan

    sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar mengenai

    penyediaan draf pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan.

    (2) Notis awam di bawah seksyen kecil (1) hendaklahmengandungi

    (i) butir-butir mengenai tempat atau tempat-tempat dimana salinan-salinan draf pelan struktur boleh

    diperiksa atau di mana salinan-salinan itu boleh dibeli

    dengan membayar bayaran yang ditetapkan;

    (ii) pelawaan untuk membuat bantahan-bantahan secarabertulis menyatakan alasan-alasan bantahan itu

    daripada mana-mana orang berhubungan dengan draf

    pelan struktur; dan

    (iii) tempoh dalam mana, tetapi tidak boleh kurangdaripada satu bulan daripada tarikh notis itu

    disiarkan, bantahan-bantahan itu boleh dibuat,

    dengan syarat bahawa tempoh bantahan boleh

    dilanjutkan oleh Datuk Bandar jika ia fikirkan perlu.

    (3) Bagi maksud menimbangkan dan melaporkan apa-apabantahan yang dibuat menurut seksyen kecil (2) Menteri

    hendaklah melantik suatu Jawatankuasa yang kemudian

    dari ini disebut Jawatankuasa yang terdiri tidak kurang

    daripada tiga orang yang akan dilantik oleh Menteri.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    53/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4052

    (4) Jika tiada apa-apa bantahan diterima, Datuk Bandarhendaklah, apabila tamat tempoh membuat bantahan,

    mengemukakan draf pelan struktur itu kepada Menteri

    untuk keputusannya menurut seksyen 8.

    (5) Jika sesuatu bantahan diterima, Datuk Bandar hendaklahmemberitahu Jawatankuasa yang mana akan menimbang

    dan membuat laporan atas bantahan itu.

    (6) Pada menimbangkan sesuatu bantahan Jawatankuasa ituhendaklah dengan seberapa segera yang praktik mendengar

    mana-mana orang termasuklah wakil-wakil Jabatan

    Kerajaan atau badan-badan berkanun yang telah membuat

    suatu permintaan untuk didengari tatkala memfailkan

    bantahan itu.

    (7) Selepas Jawatankuasa itu mendengar dan menimbangkanbantahan-bantahan itu ia hendaklah, dalam masa yang

    munasabah tetapi tidak lewat daripada enam bulan atau

    apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang

    dibenarkan oleh Menteri selepas tarikh pendengaran yang

    akhir, membuat suatu laporan kepada Datuk Bandar dan

    Datuk Bandar hendaklah menimbangkan laporan

    Jawatankuasa itu dan boleh membuat apa-apa pindaan

    kepada draf pelan struktur sebagaimana yang difikirkannya

    patut dan hendaklah mengemukakan draf pelan struktur itu

    dengan atau tanpa pindaan-pindaan bersama dengan

    laporan Jawatankuasa itu kepada Menteri tidak lewat

    daripada tiga bulan daripada tarikh laporan itu diterima

    daripada Jawatankuasa atau apa-apa tempoh lanjutan lain

    sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    54/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4053

    Ulasan:

    Datuk Bandar ditugaskan untuk menyediakan draf pelan struktur

    untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dari segi proses

    perancangan, peruntukan Akta 267 menetapkan bahawa Datuk

    Bandar hendaklah terlebih dahulu mengemukakan draf pelan

    struktur yang disediakannya kepada Menteri untuk mendapat

    kebenarannya menyiarkan sebuah notis awam dalam WartaKerajaan dan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai

    penyediaan draf pelan struktur itu. Notis awam itu hendaklah

    mengandungi maklumat tentang tempat di mana Draf Pelan itu

    boleh diperiksa dan dibeli salinannya serta pelawaan kepada orang

    ramai untuk membuat bantahan atau ulasan. Masa yang diberi

    untuk menyampaikan bantahan bertulis ialah satu bulan dikira

    dari tarikh makluman; akan tetapi masa ini boleh dipanjangkan

    oleh Datuk Bandar jika difikirkannya perlu.

    8. Kelulusan atau penolakan draf pelan struktur oleh

    Menteri

    Dengan seberapa segera yang boleh selepas menerima draf pelan

    struktur menurut seksyen kecil (4) atau (7) seksyen 7 Menteri

    boleh

    (i) meluluskannya; atau

    (ii) meluluskannya dengan apa-apa ubahsuaian,sebagaimana yang ia fikirkan perlu; atau

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    55/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4054

    (iii) mengembalikannya kepada Datuk Bandar untukpertimbangan selanjutnya sebelum memberi

    kelulusannya; atau

    (iv) menolak pelan itu.

    Ulasan:

    Seksyen ini memberikan budi bicara kepada Menteri Wilayah

    Persekutuan berkaitan dengan kelulusan atau penolakan draf pelan

    struktur. Fungsi Menteri dalam hal ini boleh dibandingkan dengan

    fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri dalam meluluskan

    rancangan struktur di bawah seksyen 10 Akta 172. Perkara-perkara

    yang harus dipertimbangkan oleh Menteri tidak diperuntukkan

    secara khusus dalam seksyen ini manakala seksyen 10 Akta 172

    memperincikan dalam subseksyen (2), (3) dan (4), perkara-perkara

    yang harus dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri

    sebelum meluluskan atau menolak draf rancangan struktur. Di

    antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah apa-apa

    bantahan terhadap rancangan itu, hasil rundingan dengan Majlis

    Perancang Fizikal Negara mengenai draf rancangan struktur itu,

    dan pandangan mana-mana pihak berkuasa tempatan lain.

    Oleh kerana Majlis Perancang Fizikal Negara tidak dirujuk dalam

    Akta 267, tiada peruntukan dibuat untuk draf pelan struktur

    dibawa kepada Majlis Perancang Fizikal Negara jika Menteri tidak

    memberikan kelulusannya dalam satu jangkamasa yang ditetapkan

    sepertimana diperuntukkan dalam seksyen 10(5) Akta 172.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    56/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4055

    9. Penyiaran notis awam mengenai draf pelan struktur

    yang diluluskan

    (1) Selepas sahaja draf pelan struktur diluluskan oleh Menteri,Datuk Bandar hendaklah menyiarkan suatu notis awam

    dalam Warta dan dalam mana-mana akhbar tempatan

    sebagaimana ditentukan oleh Datuk Bandar mengenai

    kelulusan draf pelan struktur itu dengan atau tanpapindaan-pindaan atau ubahsuaian dan tempat atau tempat-

    tempat di mana salinan-salinan pelan itu boleh diperiksa dan

    di mana salinan-salinan itu boleh dibeli dengan membayar

    fee yang ditetapkan.

    (2) Dari tarikh penyiaran notis awam dalam Warta di bawahseksyen ini, pelan struktur itu sebagaimana disiarkan

    hendaklah mula berkuatkuasa.

    Ulasan:

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah pun melalui

    seksyen ini, menerimapakai dua Pelan Struktur, iaitu Pelan

    Struktur Kuala Lumpur 1984 dan yang terkini ialah Pelan Struktur

    Kuala Lumpur 2020. Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah

    dipamerkan kepada orang awam dari 10 Mac 2003 sehingga 9 April

    2003. Sebanyak 258 bantahan awam diterima yang mengandungi

    945 bantahan. Menteri telah melantik 18 orang untuk menjadi ahli

    Jawatankuasa Mendengar Bantahan Awam yang terdiri daripada

    ahli-ahli Lembaga Penasihat DBKL, pegawai-pegawai kanan

    DBKL, wakil badan-badan profesional dan pengamal profesional

    bagi mendengar dan menimbang bantahan awam. Jawatankuasa

    ini telah mendengar dan menimbangkan bantahan-bantahan awam

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    57/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4056

    tersebut dari 5 Mei 2003 sehingga 6 Oktober 2003 dan Laporan

    Pendengaran Bantahan Awam telah dikemukakan kepada Datuk

    Bandar pada 8 Disember 2003. Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur

    2020, Laporan Pendengaran Bantahan Awam dan Laporan Pindaan

    Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah dikemukakan oleh

    Datuk Bandar kepada Menteri pada 8 Mac 2004. Menteri

    kemudiannya telah merujuk ketiga-tiga dokumen tersebut kepada

    Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan untukdipertimbangkan dan diperakukan. Pelan tersebut serta pindaan-

    pindaan telah diluluskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada

    12 Ogos 2004. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah diwartakan

    pada 4 November 2004.

    10. Perubahan, penambahan, penyemakan atau

    penggantian pelan struktur.

    (1) Pada bila-bila masa selepas suatu pelan struktur bagiWilayah Persekutuan mula berkuatkuasa, Datuk Bandar

    boleh mengemukakan kepada Menteri dan hendaklah, jika

    diarahkan sedemikian oleh Menteri, mengemukakan

    kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan dalam arahan itu,

    cadangan-cadangan bagi perubahan, penambahan,

    penyemakan atau penggantian bagi keseluruhan atau

    sebahagian daripada pelan itu sebagaimana yang difikirkan

    bermanfaat oleh Datuk Bandar atau sebagaimana yang

    diarahkan oleh Menteri, mengikut mana yang berkenaan.

    (2) Bagi maksud membuat cadangan-cadangan untukmenjalankan apa-apa perubahan, penambahan, penyemakan

    atau penggantian bagi keseluruhan atau sebahagian

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    58/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4057

    daripada pelan struktur, Datuk Bandar boleh mengikut

    kehendaknya sendiri dan hendaklah, jika diarahkan

    sedemikian oleh Menteri, memulakan suatu kajian

    sebagaimana yang perlu untuk memeriksa perkara-perkara

    yang dijangka mungkin menjejaskan pembangunan atau

    perancangan yang sesuai bagi pembangunan Wilayah

    Persekutuan.

    (3) Tanpa menyentuh keluasan am seksyen-seksyen kecil (1) dan(2) perkara-perkara yang hendak dikaji adalah termasuk

    (a) ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran dansosial termasuklah kegunaan utama tanah Wilayah

    Persekutuan, dan setakat mana ciri-ciri utama itu

    dijangka akan memberi kesan kepada Wilayah

    Persekutuan dan kawasan-kawasan yang

    berhampiran;

    (b) saiz, kandungan dan taburan penduduk WilayahPersekutuan sama ada menetap atau tidak;

    (c) tanpa menyentuh perenggan (a) perhubungan, sistempengangkutan, dan lalulintas Wilayah Persekutuan,

    dan setakat mana ia dijangka akan memberi kesan

    kepada Wilayah Persekutuan dan kawasan-kawasan

    yang berhampiran;

    (d) apa-apa perkara yang tidak disebut dalam mana-mana perenggan yang lalu yang dijangka akan

    memberi kesan kepada apa-apa perkara yang disebut;

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    59/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4058

    (e) lain-lain perkara yang ditetapkan atau dalam sesuatukes tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh

    Menteri; dan

    (f) apa-apa pertukaran yang telah pun diunjurkan dalamsesuatu perkara yang disebut dalam mana-mana

    perenggan yang lalu dan kesan-kesan yang mungkin

    timbul disebabkan oleh pertukaran itu ke ataspembangunan, atau perancangan pembangunan

    Wilayah Persekutuan.

    (4) Pada membuat dasar dan cadangan-cadangan amnya untukperubahan, penambahan, penyemakan, atau penggantian

    bagi keseluruhan atau sebahagian daripada pelan struktur,

    Datuk Bandar hendaklah memberi perhatian kepada dasar-

    dasar semasa berkenaan dengan perancangan dan

    pembangunan sosial dan ekonomi, perlindungan alam sekitar

    negara dan wilayah dan lain-lain perkara sebagaimana yang

    diarahkan oleh Menteri supaya diambilkira.

    Ulasan:

    Menggunakan kuasa di bawah seksyen ini, Datuk Bandar Kuala

    Lumpur telah menggantikan Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984

    (PSKL 1984) dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL

    2020). PSKL 1984 telah disemak pada tahun 1994 dan mempunyai

    jangkamasa perspektif 20 tahun. Dengan adanya pembangunan

    yang pesat dan perubahan-perubahan yang semakin laju dan

    mendadak dalam jangkamasa 20 tahun selepas PSKL 1984

    diwujudkan, satu keperluan untuk mengkaji semula perkara-

    perkara yang disenaraikan dalam subseksyen (3) di atas, termasuk

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    60/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4059

    ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran dan sosial

    termasuklah kegunaan utama tanah, saiz, kandungan dan taburan

    penduduk serta sistem pengangkutan, dan lalulintas di Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur. Beberapa perkembangan penting yang

    akan memberi kesan kepada perancangan bandar di Kuala Lumpur

    yang tidak dijangkakan dalam PSKL 1984 termasuk Multimedia

    Super Corridor (MSC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

    Lumpur (KLIA) dan pemindahan pusat pentadbiran kerajaanpersekutuan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    11. Kebenaran Menteri dan Penyiaran Notis.

    Apabila cadangan-cadangan itu telah disediakan di bawah seksyen

    10 Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa segera yang boleh

    tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada masa, jika ada, yang

    ditetapkan oleh Menteri, mengemukakan kepada Menteri untuk

    mendapat kebenaran menyiarkan suatu notis awam mengenai

    cadangan-cadangan itu, dan seksyen kecil (2), (3), (4), (5), (6) dan (7)

    seksyen 7 dan seksyen 8 dan 9 hendaklah dipakai, dengan apa-apa

    ubahsuaian yang perlu berhubungan dengan draf pelan struktur.

    12. Pengisytiharan dan pembatalan kawasan tindakan

    Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh bila-bila masa

    melalui pemberitahuan dalam Warta dan dalam akhbar-akhbar

    tempatan sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar,

    mengisytiharkan mana-mana kawasan yang tidak ditunjukkan

    sebagai kawasan tindakan dalam pelan pembangunan sebagai

    kawasan tindakan atau boleh membatalkan mana-mana kawasan

    tindakan yang ditunjukkan dalam pelan pembangunan.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    61/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    62/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4061

    (4) Suatu draf pelan tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklahdisertakan dengan gambarajah, gambaran, dan bahan

    perihalan yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar bagi

    maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan-cadangan

    dalam pelan itu dan gambar rajah, gambaran dan bahan

    perihalan itu hendaklah disifatkan menjadi sebahagian

    daripada pelan itu.

    (5) Jika sesuatu kawasan ditunjukkan sebagai suatu kawasantindakan dalam pelan struktur atau diisytiharkan sebagai

    kawasan tindakan di bawah seksyen 12, Datuk Bandar

    hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas

    pelan struktur itu mula berkuatkuasa, menyediakan suatu

    draf pelan tempatan bagi kawasan itu.

    (6) Pada menyediakan cadangan-cadangannya dalam draf pelantempatan, Datuk Bandar hendaklah memastikan bahawa

    cadangan-cadangan itu adalah pada amnya menurut pelan

    struktur sebagaimana keadaannya pada masa itu, sama ada

    itu telah berkuatkuasa atau tidak, dan hendaklah memberi

    perhatian kepada apa-apa maklumat dan lain-lain

    pertimbangan yang pada fikirannya adalah berkaitan, atau

    yang boleh ditetapkan atau yang mana Menteri boleh dalam

    sesuatu kes tertentu mengarahkan ia diambilkira.

    Ulasan:

    Datuk Bandar Kuala Lumpur, dengan menggunakan kuasanya di

    bawah seksyen 13(3) Akta ini, telah pun menyediakan draf pelan

    tempatan bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur termasuk untuk

    kawasan tindakan Kampong Baru. Proses penyediaan draf pelan

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    63/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4062

    tempatan bermula pada tahun 2005 dan dilaksanakan melalui 4

    peringkat utama, iaitu:

    i) Penyediaan Laporan Awal (Inception Report)

    ii) Penyediaan Laporan Pemeriksaan (Findings Report)

    iii) Penyediaan Pelan Interim (Interim Plan Report)iv) Penyediaan Draf Pelan Tempatan (Draft Local Plan)

    Di peringkat penyediaan Laporan Permulaan, perunding yang

    dilantik telah mengumpul semua maklumat di kawasan kajian,

    maklumat sekunder dan keputusan daripada Kajian Soal Selidik

    (public opinion survey). Pada peringkat ini, pihak awam telah

    dimaklumkan melalui program penyertaan awam tentang kajian

    yang sedang dijalankan untuk menyediakan draf pelan tempatan

    tersebut. Semua pihak berkepentingan (stakeholders) yang

    termasuk persatuan-persatuan penduduk (Resident Associations)

    dan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGOs), pihak swasta

    (private sectors) dan jabatan-jabatan kerajaan (Goverment Agencies)

    telah dijemput menghadiri sesi taklimat pada September 2005.

    Di peringkat penyediaan Laporan Pemeriksaan, perunding telah

    membuat pemeriksaan pendapat beberapa sektor komuniti untuk

    memutuskan permasalahan dan potensi setiap kawasan di Kuala

    Lumpur. Di peringkat penyediaan Pelan Interim, perunding telah

    menyiapkan cadangan interim yang kemudiannya dibincangkan

    dengan persatuan-persatuan penduduk dan persatuan-persatuan

    bukan kerajaan dalam sesi Perbincangan Kumpulan Bertumpu

    (Focus Group Discussion (FGD)). Enam belas sesi diadakan dari

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    64/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4063

    Disember 2005 sehingga Mei 2006. Selain itu, sesi Kumpulan Kerja

    Teknikal telah diadakan di antara jabatan-jabatan di Dewan

    Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi-agensi kerajaan atau

    berkaitan dengan kerajaan.

    Di peringkat penyediaan draf pelan tempatan, perunding bersama

    dengan jabatan-jabatan di DBKL (diterajui oleh Jabatan Pelan

    Induk, DBKL) telah menyediakan draf pelan tempatan setelahmenimbangkan semua pendapat yang dikumpulkan daripada sesi-

    sesi Perbincangan Kumpulan Bertumpu dan Kumpulan Kerja

    Teknikal.

    Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (DPBKL 2020)

    mengandungi peta, gambarajah dan pernyataan bertulis tentang

    cadangan pembangunan tanah dan guna tanah dalam kawasan

    pelan tempatan. Ianya disediakan dalam 4 jilid seperti berikut:

    i) Jilid PertamaPelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020(Pelan Tindakan);

    ii) Jilid KeduaPelan Kawalan Pembangunan KualaLumpur 2020;

    iii) Jilid KetigaGarispanduan PerancanganPembangunan; dan

    iv) Jilid KeempatLaporan Pembangunan KampongBaru;

    Bagi tujuan DPBKL 2020, seluruh kawasan Bandaraya Kuala

    Lumpur dibahagikan kepada 6 zon strategik iaitu:

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    65/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4064

    i) Pusat Bandar;ii) Bandar Tun Razak-Sungai Besi;iii) Wangsa Maju-Maluri;iv) Sentul-Menjalara;v) Damansara-Penchala; danvi) Bukit Jalil-Seputeh.

    Apabila Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 berkuatkuasananti, Pelan Pembangunan Lengkap 1039, 1040 dan 1041 serta

    Kaedah-kaedah Kelas Penggunaan Tanah 1980 yang digunapakai

    sekarang, tidak akan berkuatkuasa lagi.

    14. Publisiti berkenaan dengan draf pelan tempatan

    Apabila Datuk Bandar telah menyediakan draf pelan tempatan, ia

    hendaklah, sebelum menerimanya di bawah seksyen 16 tetapi tidak

    sebelum pelan strukur mula berkuatkuasa, menyiarkan suatu notis

    awam dalam Warta dan dalam akhbar tempatan sebagaimana yang

    ditentukan oleh Datuk Bandar mengenai penyediaan draf pelan

    tempatan dan seksyen kecil (2) seksyen 7 hendaklah dipakai dengan

    apa-apa ubahsuaian sebagaimana perlu.

    Ulasan:

    Seksyen ini harus dibaca dengan subseksyen 7(2) mengenai

    kandungan notis awam serta tempoh yang diberikan untuk

    membuat bantahan.

    Publisiti berkenaan penyediaan DPBKL 2020 telah pun

    dilaksanakan pada 15 Mei 2008 melalui notis awam dalam Warta

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    66/182

    Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

    4065

    Kerajaan bertarikh 15 Mei 2008 (PU(B) 231/2008) dan akhbar-

    akhbar tempatan terpilih. Notis tersebut memberitahu tentang

    penyediaan draf pelan tempatan, harga setiap naskah dan di mana

    boleh dibeli. Walaupun tidak diperuntukkan dalam seksyen ini

    tentang tanggungjawab pihak berkuasa perancang tempatan

    menyediakan salinan draf pelan tempatan untuk diperiksa di

    pejabatnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah juga dalam notis

    tersebut memberitahu tempat di mana draf pelan tempatantersebut boleh diperiksa serta hak orang ramai untuk memfailkan

    bantahan dalam satu tempoh yang dinyatakan.

    15. Penyiasatan dan pembicaraan berkenaan dengan draf

    pelan tempatan

    Datuk Bandar hendaklah dengan seberapa segera yang praktik

    mendengar mana-mana orang termasuk wakil jabatan Kerajaan

    atau badan-badan berkanun yang telah membuat suatu permintaan

    untuk didengar tatkala memfail bantahan atau membuat

    representasi dan jika hal keadaan memerlukan ia boleh

    mengadakan penyiasatan tempatan.

    Ulasan:

    Di dalam notis awam dalam Warta Kerajaan tentang penyediaan

    draf pelan tempatan, Datuk Bandar telah memberikan jangkamasa

    tidak kurang daripada satu bulan daripada tarikh notis disiarkan

    untuk bantahan difailkan oleh orang ramai. Langkah seterusnya

    adalah untuk Datuk Bandar mendengar bantahan-bantahan

    tersebut mengikut seksyen ini. Seksyen ini hanya menamakan

    Datuk Bandar sebagai orang yang akan mendengar bantahan dan

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    67/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4066

    membuat penyiasatan tempatan dan tidak memperuntukkan

    tentang penubuhan satu jawatankuasa oleh Datuk Bandar untuk

    tujuan tersebut. Dalam melaksanakan seksyen ini, Datuk Bandar

    Kuala Lumpur telah melantik beberapa orang untuk membantunya.

    16. Penerimaan draf pelan tempatan

    (1) Selepas tamat tempoh yang diberi untuk membuat bantahan-bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf

    pelan tempatan atau, jika bantahan-bantahan dan

    representasi itu telah dibuat dengan sewajarnya dalam

    tempoh itu selepas menimbangkan bantahan-bantahan atau

    representasi itu, Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri

    boleh, tertakluk kepada seksyen kecil (2) menerima pelan itu

    sama ada sebagaimana disediakan pada mulanya atau

    sebagaimana diubahsuaikan dengan tujuan untuk

    mengambil kira bantahan-bantahan dan representasi itu

    atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya, dan dengan

    itu pelan tersebut hendaklah berkuatkuasa.

    (2) Datuk Bandar hendaklah menyebabkan faktapenerimaannya mengenai suatu draf pelan tempatan

    disiarkan dalam Warta dan dalam akhbar-akhbar tempatan

    sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar, dan

    tempat atau tempat-tempat di mana salinan pelan itu boleh

    diperiksa dan di mana salinan itu boleh dibeli dengan

    membayar bayaran yang ditetapkan.

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    68/182

  • 8/12/2019 Bab 4 - Akta- Akta Perancangan Dan Pentadbiran Bandar Di Wilayah Persekutuan

    69/182

    Akta-Akta Perancangan dan Pentadbiran Bandar di Wilayah Persekutuan

    4068

    18. Penggantungan pelan pembangunan oleh Menteri

    (1) Menteri boleh mengikut kehendaknya sendiri atau atas syorDatuk Bandar dan melalui perintah yang disiarkan dalam

    Warta dan mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang

    ditentukan olehnya menggantung pelan pembangunan atau

    sebahagian daripada pelan pembangunan itu bagi apa-apa

    tempoh dan berkenaan dengan kawasan dalam WilayahPersekutuan sebagaimana yang difikirkan patut oleh

    Menteri jika ia berpuas hati bahawa dengan memberi

    perhatian kepada hal keadaan yang istimewa adalah

    bermanfaat berbuat demikian.

    (2) Jika Menteri membuat sesuatu perintah di bawah seksyenkecil (1), ia boleh mengadakan peruntukan dalam perintah

    itu bagi membua