kanak2

13
http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1178 Cerebral Palsi CEREBRAL ialah OTAK PALSY bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOTKanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. Sebelum Kelahiran Jangkitan dalam rahim Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung Semasa Proses Kelahiran Kelahiran tidak cukup bulan Kecederaan semasa lahir Lemas semasa lahir Jangkitan semasa lahir Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) demam kuning Jaundis yang teruk (kemicterus) Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal. Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial. Punca-punca : Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) punca utama. Perkembangan otak yang tidak normal. Rembesan (intraeraneal bleeding). Demam kuning. Terhentak / terhempas / kejutan. Serangan kuman / penyakit. Tanda-tanda : Bayi kelihatan lembik Lewat perkembangan Menggunakan sebelah tangan (hand preference) Masalah menyusu Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas Sembelit Cepat marah

Upload: ong-shi-qi

Post on 03-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: kanak2

http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1178

Cerebral Palsi

“CEREBRAL” ialah OTAK“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”

Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran Jangkitan dalam rahim Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika

mengandung Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran Kelahiran tidak cukup bulan Kecederaan semasa lahir Lemas semasa lahir Jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning Jaundis yang teruk (kemicterus) Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan

penganiayaan fizikal.

Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

Punca-punca : Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama. Perkembangan otak yang tidak normal. Rembesan (intraeraneal bleeding). Demam kuning. Terhentak / terhempas / kejutan. Serangan kuman / penyakit.

Tanda-tanda : Bayi kelihatan lembik Lewat perkembangan

Page 2: kanak2

Menggunakan sebelah tangan (hand preference) Masalah menyusu Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu

diam dan kurang tindak balas Sembelit Cepat marah

Perkembangan kanak-kanak cerebral palsyBagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

0 – 10 bulanKanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulanMula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 tahun -Belum boleh bercakapAkibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan)- Kerencatan pertuturan- Rencatan penglihatan- Rencatan pendengaran- Sawan (epilepsy)- Kecacatan anggota- Kecacatan gigi- Masalah mengenai pernafasan- Masalah mangenai pemakanan- masalah untuk buang air besar atau kecil.

Page 3: kanak2

Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)

Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.

Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.

Atxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.

Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.

Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.

Page 4: kanak2

Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.

Basal Ganglia Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.

Serebelum Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik. Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :

Kesukaran sewaktu makanKanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.

Masalah pernafasanKanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

Masalah tidur.Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

Page 5: kanak2

Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.

Masalah pendengaran.Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

Masalah penglihatan.Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

Reaksi yang tidak normalKanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).

Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1030

Sekali imbas, jika dilihat dari riak wajah, fizikal mahupun mentalnya, Siew Mei (bukan nama sebenar), 4, tidak ada bezanya jika dibandingkan dengan anak-anak normal yang lain. Malah, kanak-kanak comel yang sihat ini juga memiliki kemahiran bersosial dan mudah mesra dengan sesiapa saja di sekelilingnya. Bagaimanapun, jika diteliti cara dia berjalan, Siew Mei mengalami kesukaran kerana kedua-dua belah tapak kakinya agak sedikit menjingkit dan tirus ke dalam. Menurut ibunya, Siew Lye ketika anak bongsunya mencecah usia setahun, tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa dia sudah boleh mula berjalan. “Anak saya tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang berkaitan dengan pergerakan (motor) seperti kanak-kanak normal lain seusianya. “Saya menyedari bahawa perkembangan anak saya agak lambat berbanding kanak-kanak normal lain dan dia tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia boleh berjalan dan duduk,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Sebaliknya, ketika mencecah umur dua tahun, Siew Mei hanya menghengsot-hengsotkan punggungnya untuk bergerak. Walaupun dari segi perkembangan intelektualnya Siew Mei boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang pintar, namun perkembangan pergerakan (motor) yang agak lewat menimbulkan kebimbangan ibunya. Setelah menjalani pemeriksaan doktor, Siew Mei disahkan menghidap cerebral palsy (CP) iaitu sejenis spastik diplegia yang mengakibatkan kekejangan otot-otot

Page 6: kanak2

pada kedua-dua belah kakinya. Kedua-dua belah kaki Siew Mei menjadi spastik yang menyebabkan keabnormalan ketika berjalan, dia terpaksa menjingkit dan kedua-dua belah tapak kakinya termasuk ke dalam. Menurut laporan doktor, masalah yang dialami oleh Siew Mei mempunyai kaitan dengan sejarah kelahirannya. Hasil siasatan doktor mendapati, Siew Mei adalah bayi yang tidak cukup bulan dan kedudukannya juga songsang ketika dilahirkan. Perkembangan sebagai janin yang belum cukup matang ketika itu menyebabkan Siew Mei memerlukan bantuan pernafasan (oksigen) selama lapan hari bagi membolehkan paru-parunya berfungsi. Selain memerlukan bantuan pernafasan, Siew Mei juga mempunyai rekod pernah mengalami masalah nafas terhenti (apnea) yang memungkinkan bekalan oksigen ke otaknya terganggu. Apabila masalah ini berlaku, ia boleh menjejaskan fungsi saraf pada otak yang mengawal perkembangan pergerakan. Bagaimanapun, Siew Mei yang telah menjalani rawatan ubat-ubatan dan pembedahan untuk membetulkan otot-otot kedua-dua belah kakinya kini menunjukkan perubahan. Dia mungkin akan dapat berjalan seperti kanak-kanak lain. Pembentukan otak yang sempurna merupakan titik permulaan yang paling penting dalam perkembangan awal kehidupan manusia. Ketidaksempurnaan atau sebarang kecederaan yang berlaku pada otak memungkinkan fungsinya terganggu sekali gus menjejaskan lain-lain fungsi tubuh yang berkaitan dengannya. Kecederaan otak yang dialami sama ada sebelum, semasa atau selepas dilahirkan boleh menyebabkan fungsi saraf yang mengawal pergerakan dan tubuh termasuk kaki dan tangan (postur) seseorang terganggu. Pakar Perunding Pediatrik dan Kaji Saraf, Hospital Selayang, Dr. T. Malinee berkata, masalah ini yang lebih dikenali sebagai cerebral palsy menyebabkan pergerakan (motor) otot-otot gagal berfungsi secara normal. Menurut beliau, CP menyukarkan kanak-kanak terbabit melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak atau mengambil sesuatu objek. “Kekejangan otot yang berlaku ini menyebabkan cara mereka berjalan tidak normal seperti menjingkit, otot-otot tangan yang lembik, tidak dapat berdiri dengan seimbang dan sebagainya,” katanya. Bagaimanapun, sebahagian besar kanak-kanak spastik ini mempunyai tahap perkembangan mental yang cukup baik.  Dr. Malinee memberitahu, meskipun punca sebenar CP tidak diketahui, namun ia dikaitkan dengan kecederaan pada otak yang berlaku sama ada dalam proses kehamilan, semasa dan selepas bayi dilahirkan. “Pakar-pakar perubatan masih dalam proses kajian untuk mencari punca sebenar CP,” katanya. Puncanya terbahagi kepada tiga kategori iaitu:  A. Semasa dalam kandungan - Jangkitan kuman seperti rubella, toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus (CMV) dan AIDS boleh menjejaskan pembentukan otak janin dalam tempoh empat bulan pertama kehamilan. - Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras, tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam kesemua elemen itu boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.

Page 7: kanak2

- Kekurangan zat pemakanan. Ibu yang kurang mengambil makanan yang seimbang seperti asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin. - Faktor genetik. Masalah terlebih kromosom Trisomi 13 dan Trisomi 18 boleh mengakibatkan muka, jantung, otak, kaki dan tangan janin mengalami kecacatan. - Ibu-ibu yang menghidap penyakit-penyakit yang serius seperti diabetes, jantung, buah pinggang, tiroid dan epilepsi. - Kehamilan kembar - Bayi yang songsang  B. Semasa kelahiran Dengan kecanggihan dan kepakaran dalam bidang obstetrik pada masa kini, risiko untuk bayi mengalami kecederaan pada otak semasa dilahirkan terlalu rendah. Kriteria yang meningkatkan risiko seseorang bayi mendapat CP semasa dilahirkan ialah: - Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (premature). Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan mempunyai risiko mendapat CP yang cukup tinggi berbanding bayi yang normal. - Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 2.5 kilogram. Dianggarkan risiko bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 1.5 kilogram mendapat CP ialah antara lima hingga lapan peratus. Malah, bayi-bayi ini juga mempunyai risiko 25 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat CP berbanding bayi yang dilahirkan normal. - Bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan (meconium aspiration). - Penyakit kuning (jaundis). Ia berpunca daripada kekurangan G6PD, masalah rhesus darah yang tidak sesuai antara ibu dan bayi dan kelahiran tidak cukup bulan. Kandungan billirubin yang tinggi boleh merosakkan otak. C. Selepas dilahirkan   - Asphyxia. Masalah kesukaran bernafas seperti penyakit asma menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. - Shaken Baby Syndrome. Bayi yang digoncang dengan kuat supaya berhenti menangis boleh menggegarkan bahagian otak. - Keracunan ubat-ubatan seperti panadol, minyak tanah dan sebagainya. - Tertelan benda asing. - Kemalangan jalan raya yang mencederakan kepala dan otak. Jenis-jenis CP - Spastik. Kekejangan pada bahagian sebelah kanan tubuh. Jika tangan dan kaki kanan terbabit ia dipanggil hemiplegia. Jika spastik ini membabitkan kedua-dua belah bahagian kaki ia dipanggil diplegia. Jika ia membabitkan seluruh tangan dan kaki dinamakan quadriplegia. - Diskinetik. Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal. - Ataxic. Otot-otot tangan atau kaki yang lembik. Bagaimanapun, kategori ini paling jarang berlaku. - Campuran kesemuanya.  Masalah-masalah yang dikaitkan dengan CP

Page 8: kanak2

Dianggarkan lima hingga 60 peratus kanak-kanak yang menghidap CP menghadapi beberapa masalah lain seperti: - Lewat perkembangan mental - Epilepsi - Kerencatan otak - Masalah pembelajaran - Masalah pertuturan - Masalah kepekakan - Masalah penglihatan seperti juling, rabun atau hilang penglihatan - Masalah emosi Rawatan Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap CP dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan doktor kerana terdapat kaedah yang boleh membantu masalah anak-anak ini. Kaedah yang digunakan ialah: - Ubat-ubatan. Ia untuk mengurangkan masalah ketegangan otot-otot dan masalah epilepsi. Selain itu suntikan ubat Botulinum Toxin pada bahagian otot-otot yang tegang juga dapat membantu mengurangkan keadaan anggota tubuh yang spastik. - Pembedahan. Sekiranya rawatan ubat-ubatan gagal, kaedah pembedahan akan dilakukan dengan memotong dan memanjangkan otot-otot yang tegang. - Proses pemulihan – Rehabilitasi. Proses pemulihan kanak-kanak CP ini merangkumi pakar fisioterapi, juru pulih cara kerja, pakar terapi pertuturan, pakar telinga, pakar mata dan pakar psikologi. Selain itu, ia juga membabitkan guru-guru sekolah khas yang mempunyai latihan dalam pembelajaran kanak-kanak istimewa. Penggunaan splint, kasut khas dan alat-alat bantuan orthotic termasuklah corner feat iaitu kerusi khas, standing frame, rollator dan walker juga diperlukan.

CEREBRAL PALSY (KERENCATAN OTAK) http://www.pkskpb.myportal.my/?lang=my&act=5&content=11&id=4&mnu=4

Maklumat dan faktaCerebral bermakna otak dan Palsy ialah kurang daya kawalan ke atas otot-otot. Cerebral Palsy (atau lebih dikenali sebagai Spastik) ialah suatu keadaan yang berpunca daripada kecacatan otak yang lazimnya berlaku :

1. Sebelum kelahiran Jangkitan dalam rahim. Ibu mengalami Darah Tinggi, Kencing Manis, Kurang

Darah, dsbnya. ketika mengandung. Pendarahan teruk & kronik ketika mengandung.

2. Semasa proses kelahiran Kelahiran tidak cukup bulan, Kecederaan semasa lahir, Lemas semasa lahir dan

Jangkitan semasa lahir .3. Selepas kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)

- Meninggitis (jangkitan kuman diselaput otak) - demam kuning. - Jaundis yang teruk (kemicterus),

- Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan & penganiayaan fizikal. Seorang kanak-kanak cerebral palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran,

tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latarbelakang sosial.

Page 9: kanak2

Tanda-tanda : - Bayi kelihatan lembik (floppy)

- Lewat perkembangan - Menggunakan sebelah tangan (hand preference)

- Masalah menusu - Kerap menangis, meragam, merengek tanpa sebab, ataupun terlalu diam &

kurang tindakbalas terhadap rangsangan. - Refleks primitif yang kekal

- Sembelit - Cepat marah

- Jenis-Jenis Kerencatan Otak - Spastik - otot menjadi kejang

- Kanak-kanak Cerebral Palsy yang spastik mempunyai otot badan tertentu mengikut jenis. Ini menyebabkan bahagian badan yang terlibat keras dan susah

untuk dikendalikan. - Spastik Quadriplegik CP - di mana kedua kaki dan lengan terlibat

- Spastik Hemiplegik CP - di mana sebelah tubuh terlibat - Spastik Diplegik CP - di mana kedua kaki terlibat dan kedua lengan dan tangan

terlinat secara minima. - Athetoid - pergerakan yang tidak dapat dikawal - Ataxia - gaya berjalan / duduk yang tidak stabil

- Hypotonik - otot lembik - Campuran sifat- sifat di atas.

Masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak CP - Terjejas pusat kawalan otot di otak

- Kecacatan Fungsi (motor / deria / persepsi / terencat akal ) - masalah koordinasi - pergerakan badan / pergerakan tangan

- masalah gerak badan yang kekok, janggal, tidak dapat mengimbang badan, menggeletar dan menyeringai.

- Kekejangan, terencat akal, penglihatan kabur , pekak -juga dialami oleh kanak-kanak ini.

- Kesulitan untuk menghisap dan menelan. - Lain-lain masalah :

* komunikasi -pertuturan * pendengaran * pembelajaran * penglihatan * sawan tarik

* masalah tingkahlaku -meragam

Page 10: kanak2

http://www.phkks.org/bm/info_syndown.html

SYNDROME DOWN - Maklumat & Fakta Apa itu Sindrom Down?

Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan

manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu

hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21

menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai

risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa

proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku

oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46

kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang

dinamakan "mosaic".Apakah ciri-ciri Sindrom Down?

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik.SIFAT PADA KEPALA, MUKA DAN LEHER

Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga

adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.

SIFAT PADA TANGAN DAN LENGANSifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka

biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease". SIFAT PADA KAKI

Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.

SIFAT PADA OTOTKanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka

menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

Page 11: kanak2

Masalah-masalah yang berkaitan:Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ

dalaman terutama sekali jantung dan usus.MASALAH JANTUNG

Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria

kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh

mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.

MASALAH USUSMasalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti:

a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2

hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk

menyedut air perut semasa baru lahir. b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang

air besar. c. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.

Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.

MASALAH PERUBATAN YANG LAIN Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu

kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di

tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-

kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.

MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan

perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat

untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka

lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.

LEMBAM (SLOW LEARNER)

Page 12: kanak2

DefinisiKanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan

serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Ciri - ciri:

- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. - Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.

- Sukar menerima arahan. - Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.

- Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar. - Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis.

- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca. - Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.

- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun - Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah

- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.

- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. - Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Punca:- Baka

- Tersekat pengalaman - Intelek yang rendah

- Masalah emosi - Kekecewaan

- Rasa rendah diri - Kemantangan yang lambat

- Lemah daya ingatan - Mudah terganggu tumpuan

- Kurang rangsangan - Faktor-faktor kesihatan

- Persekitaran - Amalan makanan

- Kesan semasa mengandung - Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.

- Ubat semasa mengandung. - Kemalangan.

- Sosio - ekonomi. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

- Temubual - Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan

- Mewujudkan suasana pengajaran - pembelajarn yang sesuai / menyeronokkan - Senang ke susah. - Konkrit ke abstrak.

- Melibatkan seberapa banyak pancaindera

Page 13: kanak2

- Banyakan pengukuhan dan latihtubi. - Jauhkan dendaan yang negatif

CEREBRAL PALSY (KERENCATAN OTAK) Cerebral bermakna otak dan Palsy ialah kurang daya kawalan ke atas otot-otot. Cerebral Palsy (atau lebih dikenali sebagai Spastik) ialah suatu keadaan yang

berpunca daripada kecacatan otak yang lazimnya berlaku : 1. Sebelum kelahiran

Jangkitan dalam rahim. Ibu mengalami Darah Tinggi, Kencing Manis, Kurang Darah, dsbnya. ketika mengandung. Pendarahan teruk & kronik ketika

mengandung.2. Semasa proses kelahiran

Kelahiran tidak cukup bulan, Kecederaan semasa lahir, Lemas semasa lahir dan Jangkitan semasa lahir .

3. Selepas kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)- Meninggitis (jangkitan kuman diselaput otak) - demam kuning.

- Jaundis yang teruk (kemicterus), - Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan & penganiayaan

fizikal. Seorang kanak-kanak cerebral palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran, tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latarbelakang sosial.

Tanda-tanda : - Bayi kelihatan lembik (floppy)

- Lewat perkembangan - Menggunakan sebelah tangan (hand preference)

- Masalah menusu - Kerap menangis, meragam, merengek tanpa sebab, ataupun terlalu diam &

kurang tindakbalas terhadap rangsangan. - Refleks primitif yang kekal

- Sembelit - Cepat marah

- Jenis-Jenis Kerencatan Otak - Spastik - otot menjadi kejang

- Kanak-kanak Cerebral Palsy yang spastik mempunyai otot badan tertentu mengikut jenis. Ini menyebabkan bahagian badan yang terlibat keras dan susah

untuk dikendalikan. - Spastik Quadriplegik CP - di mana kedua kaki dan lengan terlibat

- Spastik Hemiplegik CP - di mana sebelah tubuh terlibat - Spastik Diplegik CP - di mana kedua kaki terlibat dan kedua lengan dan tangan

terlinat secara minima. - Athetoid - pergerakan yang tidak dapat dikawal - Ataxia - gaya berjalan / duduk yang tidak stabil

- Hypotonik - otot lembik - Campuran sifat- sifat di atas.

Masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak CP - Terjejas pusat kawalan otot di otak

- Kecacatan Fungsi (motor / deria / persepsi / terencat akal ) - masalah koordinasi - pergerakan badan / pergerakan tangan

Page 14: kanak2

- masalah gerak badan yang kekok, janggal, tidak dapat mengimbang badan, menggeletar dan menyeringai.

- Kekejangan, terencat akal, penglihatan kabur , pekak -juga dialami oleh kanak-kanak ini.

- Kesulitan untuk menghisap dan menelan. - Lain-lain masalah :

* komunikasi -pertuturan * pendengaran * pembelajaran * penglihatan * sawan tarik

* masalah tingkahlaku -meragam