kanak-kanak luar biasa

8
DEFINISI MURID LUAR BIASA Kanak – kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. (Chua Tee

Upload: norfarhada-mohd-yusof

Post on 19-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Pendidikan khas

TRANSCRIPT

Slide 1

DEFINISI MURID LUAR BIASA

Kanak kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon,1992).

KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN) Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.

Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa

CIRI-CIRI KANAK-KANAK LUAR BIASA

perbezaan intelekperbezaan komunikasiperbezaan deriaperbezaan tingkah lakuperbezaan fizikalkecacatan pelbagai dan serius

Jenis Kanak-kanak Luar Biasa

Perbezaan keupayaan mentalAutismeCacatFizikalCacat DeriaMasalahKomunikasiMasalahTingkah LakuMasalahTumpuan& HiperaktifPintarCerdas

Kreatif&Berbakat

DefisitKognitif

CerebralPalsy

Epilepsi

Spastik

Cacat Anggota

Buta atauRabun

Pekak

MasalahPertuturan

MasalahBahasa

GangguanEmosi

Agresif

Disruptive

ADD

ADHD

Jenis ketiga ialah kanak-kanak bawah tanah atau bersembunyi di mana kanak-kanak cuba untuk menyembunyikan kepintaran mereka. Kebiasaannya kanak-kanak jenis ini adalah kanak-kanak perempuan yang sedang bersekolah. Mereka sering berasa cemas dan tidak selamat. Hal ini terjadi kerana satu konflik kemurungan kerana wujudnya ketidakeyakinan dalam jiwa mereka untuk mengetengahkan bakat yang mereka miliki.Jenis keempat adalah kanak-kanak yang keciciran. Kanak-kanak ini mempunyai pencapaian rendah sepanjang masa dan memerlukan program sokongan yang cukup banyak untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Pencapaian rendah boleh dihasilkan disebabkan mereka tidak mempunyai dorongan motivasi yang dipengaruhi oleh program-program yang tidak sesuai untuk mereka.

Jenis-jenis Pintar CerdasTerdapat enam jenis kanak-kanak pintar cerdas dab berbakat yang telah dikenalpasti( Betts & Neihart, 1988).Jenis pertama merupakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang paling senang dikenal pasti adalah mereka yang berbakat. Kanak-kanak dari kategori inidisukai guru dan rakan sebaya serta mencapai hasil tahap yang tinggi. Mereka lebih suka bergantung pada orang lain berbanding berdikari. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka untuk mengambil risiko. Mereka juga tidak suka mengembangkan autonomi dan sebenarnya mereka boleh mencapai sesuatu dengan lebih tinggi jika mereka menentukan diri sendiri.Jenis kedua ialah pencabar, dalam kategori ini kebiasaanya kanak-kanak ini lebih kreatif. Signifikasi daripada kekurangan sokongan untuk kanak-kanak yang kreatif boleh mengakibatkan tingkah laku yang degil dan memberi cabaran-cabaran untuk guru dan ibu bapa. Justeru para guru dan ibu-bapaperlu bijak dalam menguruskan kanak-kanak ini. Cara yang lain paling baik untuk membantu kanak-kanak kategori ini ialah sentiasa memberi motivasi

Jenis kelima dipanggil label berganda iaitu kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran fizikal atau emosinal. Oleh itu, mereka kurang diberi perhatian dan potensi serta bakat mereka dibiarkan. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dari aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilinya tidak dipenuhi oleh orang lain kerana dilabel sebagai seorang kurang upayaJenis keenam ialah kanak-kanak berautonomi. Kanak-kanak jenis ini kanak-kanak yang mempunyai cara tersendiri dan tidak bergantung padaorang lain. Kanak-kanak ini akan terus berkembang jika terdapat program-program pendidikan yang bersesuaian disediakan untuk mereka (Betts & Neihart)

AUTISME

Autisme adalah merupakan sejenis gangguan perkembangan saraf otak yang berlaku di kalangan individu manusia yang bermula seawal usia antara 1 hinggsa 3 tahun dan diklasifikasikan sebagai gangguan neuropsikiatri. Autisme, seperti juga Asperger, adalah sebahagian daripada beberapa gugusan gangguan yang lebik kompleks lagi dikenali sebagai Autisme Spectrum Disorder atau ASD. Gangguan ini telah mula mendapat perhatian dalam dunia sains perubatan sejak pada tahun 1943 apabila seorang pakar psikiatri kanak-kanak dari negara Austria yang dikenali sebagai Leo Kanner telah cuba memberi satu diagnosis dan rawatan terhadap masalah berkaitan perkembangan tingkahlaku dan komunikasi di kalangan pesakit kanak-kanak.