kanak-kanak luar biasa

35
Kuliah 14: Kuliah 14: Murid Berkeperluan Murid Berkeperluan Khas Khas (Bahagian 2) (Bahagian 2)

Upload: celine-tie

Post on 30-Sep-2015

35 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kanak-kanak Luar biasa (skop sekolah rendah)

TRANSCRIPT

  • Kuliah 14:Murid Berkeperluan Khas(Bahagian 2)

  • Kategori murid Bekeperluan KhasKecacatan fizikal dan deria Kelewatan fungsi kognitif dan sosial (terencat akal)

    Bermasalah sosial dan tingkah lakuKesukaran pembelajaran khusus Pintar cerdas

  • Objektif

    Di akhir pelajaran, pelajar dapat:

    Membincangkan ciri murid bekeperluan khas kategori bermasalah sosial dan tingkah laku, kesukaran pembelajaran khusus dan pintar cerdas.Membincangkan pendekatan pengajaran yang sesuai untuk murid kategori tersebut.

  • 3. Bermasalah sosial dan tingkah lakui. Kecelaruan emosi dan tingkah lakuKeadaan emosi dan tingkah laku tidak stabil yang berterusan untuk satu jangka masa sehingga mengganggu pembelajaran.

    - Biasanya dirujuk sebagai masalah psikiatri

  • Simtom

    Pencapaian rendah tidak tahu puncanyaGagal dalam perhubungan dengan guru dan rakan sebayaPerlakuan tidak sesuai dengan keadaancontoh: senyum apabila sakitMuram, tidak gembira dan sentiasa bersedihDalam keadaan tertekan-menunjukkan kelakuan ekstrim---contoh: menggigil bila nama dipanggil (Bower, 1982).Menunjukkan tingkah laku devian

  • 3. Bermasalah sosial dan tingkah lakuii. Autism Spectrum DisorderKecelaruan dalam kognisi, kemahiran dan interaksi sosial.- Contoh: tidak membuat eye contact, menganggap orang lain sebagai objek

    Pengulangan tingkah laku idiosyncretic serta pengucapan (echolalia).

  • Gemar menyusun barang-barang

  • Ingatan luar biasa terhadap perkara yang menjadi obsesi

  • 4. Kesukaran pembelajaran khususADHD (Attention Deficit Hyperctive Disorder)Kecelaruan pertuturan dan komunikasi- aphasiaBermasalah pembelajaran (LD)- dysgraphia- dyscalculia- dyslexia

  • i. ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) Ciri- ciri

    Tidak memberi perhatian (Inattention) sukar mendengar dan mengikut arahan, mudah distractedHyperactivity tidak boleh duduk diam dan seolah-olah mempunyai tenaga berlebihanImpulsivity Tidak dapat mengawal diri daripada membuat sesuatu tingkah laku secara spontan dan rawak walaupun tidak sesuai dengan keadaan.

  • Murid ADHD tidak semestinya menunjukkan ketiga-tiga ciri tersebut. Namun satu ciri yang ketara ialah mereka tidak mempunyai kebolehan untuk mengawal dan menahan diri daripada melakukan pemikiran dan/atau tingkah laku yang tidak sepatutnya.

  • ii. Kecelaruan pertuturan dan komunikasi

    Aphasia Kesukaran memahami atau mengguna percakapan. Ada dua jenis aphasiaReceptive aphasia -kesukaran memahami maklumat lisan walaupun boleh bertutur.Expressive aphasia (Brocas aphasia)kesukaran menghasilkan bahasa walaupun memahami maksud perkataan.

  • iii. Bermasalah Pembelajaran (LD)Kesukaran belajarBererti kesukaran mempelajari percakapan, pembacaan, pengiraan dan pentaakulan.Sebabnya ialah masalah proses persepsi.Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini secara fizikal dan kecerdasannya adalah normal.

  • i. Dyslexia

    Disleksia ialah suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal untuk menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

    World Federation of Neurology

  • Ciri-ciri murid disleksiaKesukaran menentukan arah (kiri kanan atau utara selatan)Kesukaran mengeja dan membaca walaupun tidak mengalami sebarang kekurangan lain dari segi intelektualMencicirkan huruf atau menerbalikkan huruf semasa menulis

  • Contoh tulisan sebenar murid berusia 9 tahun. Perhatikan nombor 5, 4 dan 9.

    Tulisan dan ejaan pelajar berusia 15 tahun (Tingkatan 3) semasa menjawab soalan peperiksaan

  • ( Hornsby, 1995 )

    Otak mereka yang tidak mengalami DisleksiaOtak mereka yang mengalami Disleksia

    Saraf visual menghantar maklumat ke kawasan pemprosesan bahasa untuk diinterpretasiKekeliruan mesej saraf antara dua kawasan pemprosesan bahasa yang besar

  • ii. Dyscalculia

    Kesukaran mempelajari perhitungan matematik dan konsep. Walaupun begitu mereka tidak semestinya tidak tahu membaca.

  • Lebih baik jangan makan hari ini.mungkin mereka akan ketawa kalau saya salah.atau makcik kantin akan marah saya..

    2 biji karipap.30 sen satu..RM2.cukup ke tak??!!!

    Tidak dapat menggarap konsep wang

  • iii. DysgraphiaKesukaran untuk menghasilkan tulisan

    Tulisan murid berusia 9 tahun. Baris pertama merupakan tulisan guru. Perhatikan terdapat tambahan a atau 9 serta masalah menulis di atas garisan.

  • LATIHANBincang dengan rakan anda dan cuba nyatakan jenis kecelaruan bagi kes-kes berikut

  • Kes 1:Daphne merupakan seorang murid yang agak cerdas dan sering memberikan idea kreatif dan bernas. Namun dia selalu lambat menyalin nota dan sering tidak menyiapkan kerja rumahnya. Daphne juga sering tidak menyempurnakan semua arahan guru dan selalu tersilap ketika menulis jawapan. Ramai yang menganggapnya cuai dan tidak fokus ketika belajar dan ini memberikan tekanan kepada Daphne.

  • Jawapan

    Daphne mengalami disleksia tahap sederhana yang membolehkannya menulis dan membaca dengan agak baik sekiranya tidak tertekan atau penat.

  • Kes 2:Ady adalah murid sekolah menengah biasa yang menunjukkan potensi dalam Sains dan Matematik serta memperoleh gred A dan B bagi kebanyakan subjek. Semasa Tingkatan 4, beliau menunjukkan kemerosotan ketara dalam akademik. Ady juga kadang kala bertingkah laku biadab dan agak ganas. Dalam tempoh setahun Ady mula terlibat dalam salah laku dan grednya merosot kepada C dan D.

  • Ady juga kadang kala kelihatan seperti dalam keadaan tertekan, tidak fokus serta khayal (spr di bawah pengaruh dadah). Semasa pengetua menerangkan masalah tingkah lakunya kepada ibu bapanya, Ady hanya tersenyum sinis. Beberapa hari setelah dihukum buang sekolah, Ady ditangkap kerana membawa pisau di perkarangan sekolah.

    Nyatakan jenis kecelaruan yang dialami Ady.

  • Jawapan

    Ady telah didiagnosis sebagai mengalami kecelaruan emosi dan tingkah laku. Secara lebih spesifik, beliau mengalami kecelaruan bipolar atau manic depression yang lazimnya hanya muncul semasa remaja, walaupun simtomnya telah wujud sejak lahir.

  • 5. Murid pintar cerdas dan berbakatKanak-kanak pintar cerdas dan berbakat dikatakan mempunyai ciri-ciri berikut:sentiasa cergas dan berwaspada (alert)Jangka tumpuan yang panjang

  • Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat dikatakan mempunyai ciri-ciri berikut:sentiasa cergas dan berwaspada (alert)Jangka tumpuan yang panjangTahap aktiviti yang tinggiKurang keperluan rehat dan tidurDaya ingin tahu yang tinggiCepat menguasai sesuatuKepekaan yang tinggi dan sukakan permainan yang kompleks

  • Murid pintar cerdas juga...

    Mempunyai keperluan pembelajaran unikMengalami perkembangan kognitif yang tidak selari dengan perkembangan emosi, sosial dan psikomotor Bersifat perfectionistBerisiko keciciran jika keperluan diabaikanBerisiko tidak capai potensi sebenar

  • Program Pendidikan Murid Bekeperuan KhasProgram pendidikan yang disediakan hendaklah bersesuaian dengan keperluan murid bekeperluan khas iaitu selaras dengan keupayaan dan kebolehan mereka.

    Contoh program:- Pengumpulan mengikut kebolehan (kelas khas)- Pendidikan inklusif- Program pemulihan (cacat deria, anggota, rencat akal)- Pengayaan dan pecutan

  • Pecutan melibatkan membenarkan segelintir murid terpilih menempuhi pengalaman pendidikan standard dalam tempoh yang lebih singkat daripada murid lain

    Pengayaan membekalkan pengalaman pendidikan yang lebih luas dan mendalam kepada murid terpilih berbanding majoriti murid lain.

  • KesimpulanTerdapat sekumpulan murid yang mengalami perkembangan fizikal/psikomotor, kognitif dan psikososial yang berbeza daripada murid biasa.Mereka perlu dikenal pasti awal agar keperluan khusus mereka dapat dipenuhi dan potensi mereka dapat dikembangkan sepenuhnya.

    Masalah clash.Tekankan supaya tidak datang lewat.