kajiantindakankoordinasi.docx

31
Kod Kursus: KPD 3026 Nama Kusus: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 Tugasan 3 Kajian Tindakan Pendidikan Jasmani Masaalah koordinasi tubuh badan semasa melakukan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan Pengisian: KUMPULAN: EL-P01 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. ID NO. IC AMIRUL JUFRI BIN ABDUL JALIL D20102040419 820510095075 NAMA PENSYARAH:

Upload: diana-alipin

Post on 13-Aug-2015

76 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajiantindakankoordinasi.docx

Kod Kursus:

KPD 3026

Nama Kusus:

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN

PENAKSIRAN 2

Tugasan 3

Kajian Tindakan Pendidikan Jasmani

Masaalah koordinasi tubuh badan semasa melakukan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan

Pengisian:

KUMPULAN:

EL-P01

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. ID NO. IC

AMIRUL JUFRI BIN ABDUL

JALIL

D20102040419 820510095075

NAMA PENSYARAH:

DR. HAFSAH BT TAHA

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

TARIKH HANTAR:

Page 2: kajiantindakankoordinasi.docx

30 November 2011

PENGHARGAAN.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Kepada :

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya

Pn. Noraini bt Hj. Jaafar

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Delly Rozyta bt. Mohammed

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Syarifah bt. Mansor

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

En. Nasri bin Baharom

Guru Penolong Kanan Petang

En. Azizan bin Saari

Guru-guru Kelas Tahun 1

Guru-guru Pendidikan Jasmani Tahun 1

Page 3: kajiantindakankoordinasi.docx

PENGENALAN.

Kecergasan kinestatik adalah kebolehan kanak-kanak mengguna dan mengkoordinasi bentuk badan

dengan mahir. Selain mengkoordinasi, kecerdasan ini juga termasuklah kebolehan kanak-kanak

menggunakan kemahiran fizikal seperti fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan tubuh badan. Ia

juga merujuk kepada penggunaan anggota tubuh badan untuk melakukan sesuatu aktiviti,

menyatakan idea atau meluahkan sesuatu perasaan, melalui kecerdasan kinestatik ini, kanak-kanak

dapat membuat aktiviti seperti bermain bola, berenang, menari dan lain-lain lagi.

Kecerdasan kinestatik dapat dikaitkan dengan pergerakan fizikal kanak-kanak. Pergerakan fizikal

sering dikaitkan dengan perlakuan aktiviti kanak-kanak tersebut. Pergerakan yang aktif oleh kanak-

kanak ini akan melatih otot-otot mereka berfungsi dengan cekap dan fleksibel. Kanak-kanak ini akan

dapat memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan motor kasar

mereka.

Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestatik yangbaik akan dapat melakukan pergerakan

dengan berkesan seperti menari, bersukan atau bermain bola serta cekap dalam aktiviti yang

melibatkan penggunaan motor anggota badan mereka. Selain itu, kanak-kanak juga akan dapat

menggunakan alatan yang diberi dengan baik seperti kanak-kanak ini dapat bermain permainan

mereka atau menunggang basikal. Oleh itu melalui aktiviti bermain kanak-kanak akan dapat

meningkatkan koordinasi tubuh badan mereka.

Koordinasi ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan

seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. Ianya

merupakan paduan di antara berbagai-bagai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu

pergerakan yang licin. Kemampuan kebolehan menggunakan pancaindera bersama tubuh badan dan

mengaitkannya dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang

dikehendaki .Koordinasi juga boleh ditafsirkan sebagai paduan beberapa kebolehan untuk

menjadikan sesuatu kerja / lakuan itu lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-

otot supaya memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat. Ada juga berpendapat koordinasi

merupakan Kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan.

Barrow Mc Gee (1979) telah mengatakan bahawa koordinasi mempunyai kaitan dengan imbangan,

kelajuan dan ketangkasan. Umur didapati akan mempengaruhi koordinasi motor kasar dan koordinasi

mata dengan tangan serta mata dengan kaki. Koordinasi tubuh badan merupakan salah satu

komponen kecergasan.

Page 4: kajiantindakankoordinasi.docx

Menurut Gallahue (1982) telah mencadangkan dua konsep bagi pembelajaran kenestatik atau

pergerakan badan (a) pergerakan dari mudah ke pergerakan yang lebih kompleks (b) kemahiran

meningkat secara beransur dari kemahiran umum kepada kemahiran khusus. Contohnya kanak-kanak

perlu menguasai kemahiran pergerakan lokomotor seperti berjalan dan berlari sebelum mereka

menguasai kemahiran yang lebih khusus seperti melompat melepasi halangan.

Page 5: kajiantindakankoordinasi.docx

Masaalah koordinasi tubuh badan semasa melakukan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan

manipulasi alatan dengan menggunakan muzik, murid tahun 1 Cendekia

Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya.

Oleh :

Amirul Jufri bin Abdul Jalil

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mendeskripsi tahap koordinasi ke atas 15 orang murid tahun 1 Cedekia Sekolah

Kebangsaan Pauh Jaya . Kajian ini juga bertujuan untuk merangka program jangka pendek bagi

membantu murid yang menghadapi masalah untuk menyelaraskan anggota tubuh badan semasa

melakukan pergerakan asas dan manipulasi alatan di kalangan responden. Data kuantitatif yang

dikumpul ialah, melalui ujian pergerakan asas dan manipulasi alatan. Kaedah temubual separa

berstruktur, pemerhatian serta penelitian dokumen digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data

responden yang dipilih secara purposive. Fasa ketiga melibatkan tindakan yang dijalankan ke atas

responden yang terdiri daripada cadangan aktiviti permainan dan pergerakan asas serta manipulasi

alatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 5 daripada 15 orang murid mempunyai koordinasi

tubuh badan yang baik. Sebanyak 10 daripada 15 orang murid tidak menyelaraskan pergerakan

anggota tubuh badan dengan baik, responden yang dipilih secara purposive, seramai 3 orang telah

berjaya menyelaraskan anggota tubuh badan dan berada dalam kategori normal, manakala seramai 4

orang subjek masih lagi berada dalam keadaan tidak dapat menyelaraskan pergerakan anggota tubuh

badan(koordinasi). Program rawatan yang disediakan ke atas responden didapati berkesan untuk

meningkatkan keupayaan koordinasi murid tahun 1.

Page 6: kajiantindakankoordinasi.docx

Pernyataan Masalah

Koordinasi ataupun kebolehan menyelaraskan anggota tubuh badan antara mata, tangan, kaki dan

badan merupakan salah satu komponen dalam kecergasan. Koordinasi merupakan satu elemen yang

penting untuk seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam permainan atau sukan.

Sebenarnya koordinasi tubuh badan murid juga akan membantu mengasah potensi yang terdapat

dalam diri seseorang murid itu. Koordinasi juga boleh dikaitkan dengan imbangan, ketangkasan,

Kuasa, masa tindak balas dan kepantasan. Manipulasi alatan dan pergerakan lokomotor boleh

dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan. Beberapa kemahiran manipulasi alatan dan pergerakan

lokomotor boleh dilakukan oleh murid adalah seperti melambung, menyambut, menampar,

melantun, memukul, berlari, berjalan,skip dan congklang. Kesemua kemahiran manipulasi alatan dan

pergerakan asas ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil.

Senario yang terdapat di sekolah masa kini menunjukkan terdapat ramai murid terutamanya murid

tahun 1 yang tidak mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik. Ini memberi kesan yang

negatif kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan aktiviti fizikal

khususnya dikalangan murid tahun 1 sewaktu masa Pendidikan Jasmani (Bucher, 1999). Murid yang

mempunyai masalah untuk menyelaraskan anggota tubuh badan akan membataskan pergerakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian yang dijalankan ke atas murid tahun 1

Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya juga menunjukkan terdapat ramai murid tahun satu yang tidak dapat

menyelaraskan anggota tubuh badan ataupun koordinasi semasa melakukan pergerakan asas dan

manipulasi alatan dengan baik.

Page 7: kajiantindakankoordinasi.docx

Berikut adalah maklumat berkaitan kebolehan murid ketika menjalankan aktiviti pergerakan asas

lokomotor dan manipulasi alatan.

Senarai Semak Pergerakan Lokomotor

BIL NAMA SKIP HOPING CONGKLANG

1 Nur Dania Amanina bt. Zahari

x / x

2 Nur Amalina bt. Tuan Kamri

x / x

3 Atiq Analily bt. Kamsani

x / x

4 Puteri Insyirah bt. Zairol Anuar

x x /

5 Amira Amanina bt. Zulkifli

x x /

6 Nur Irdina Sufiah bt. Ahmad Zamzuri

x / x

7 Nur Aiman b. Nizal

x / x

8 Mohd. Ikhmal b. Hamdan

x / x

9 Mohd. Tawil b. Adnan

x / x

10 Syed Mohd. Fawwas b. Syed Rosli

x / x

11 Mohd. Hisyam b. Masri

x x /

12 Ahmad Faizal b. Mansor

/ x x

13 Mohd. Firdaus b. Nordin

x x /

14 Mohd. Ruhil b. Razali

x / x

15 Badri b. Badrol / x x

Page 8: kajiantindakankoordinasi.docx

BIL NAMA MELAMBUNG MENYAMBUT MELANTUN MENGGELECEK

1 Nur Dania Amanina bt. Zahari / x x /

2 Nur Amalina bt. Tuan Kamri / x x /

3 Atiq Analily bt. Kamsani / x x /

4 Puteri Insyirah bt. Zairol Anuar / x x /

5 Amira Amanina bt. Zulkifli / x x /

6 Nur Irdina Sufiah bt. Ahmad Za / x x /

7 Nur Aiman b. Nizal / x x /

8 Mohd. Ikhmal b. Hamdan / x x /

9 Mohd. Tawil b. Adnan / x x /

10 Syed Mohd. Fawwas b. Syed / x x /

Senarai Semak Manipulasi Alatan

FOKUS KAJIAN : Refleksi Awal P&P Lalu.

Selepas saya mengajar tajuk koordinasi untuk murid tahun 1 selama 2 bulan, saya mendapati 15

orang murid tidak dapat melakukan pergerakan yang melibatkan koordinasi tubuh badan. Saya telah

bercadang untuk melakukan satu kajian untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani yang bertajuk

koordinasi dikalangan murid tahun 1 semasa melakukan pergerakan lokomotor dan manipulasi

alatan dengan menggunakan muzik. Semasa saya mengajar Pendidikan Jasmani murid tahun 1

Cendekia saya terpaksa menghabiskan masa selama 1 bulan untuk tajuk kecergasan, komponennya

ialah koordinasi. Ini kerana ramai murid yang tidak dapat melakukan aktiviti yang telah saya rancang,

saya mendapati masaalah ini merupakan satu masaalah yang perlu diberi perhatian kerana P&P saya

terganggu disebabkan ramai murid yang tidak dapat menyelaraskan anggota tubuh badan semasa

melakukan aktiviti, contoh pergerakan yang saya lakukan ialah seperti melambung pundi kacang

dimana aktiviti ini memerlukan koordinasi antara tangan dan mata.

ISU KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIAN.

Kajian ini difokuskan kepada murid tahun 1, Isu yang diberi perhatian untuk kajian ini ialah

murid tahun 1 tidak dapat menyelaraskan anggota tubuh badan dengan baik semasa

Page 9: kajiantindakankoordinasi.docx

melakukan pergerakan asas lokomotor . Ramai murid tahun 1 tidak dapat melakukan aktiviti

yang melibatkan koordinasi. Koordinasi tubuh badan merupakan satu platform untuk

seseorang murid itu menguasai kemahiran yang lebih kompleks contohnya seperti

congklang, skip, melambung pundi kacang, menangkap bola dan sebagainya.

OJEKTIF KAJIAN.

(a) Umum :

i. Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap matapelajaran Pendidikan

Jasmani.

ii. Memperkenalkan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.

(b) Khusus :

i. Membantu murid tahun 1 memahami konsep koordinasi.

ii. Membantu murid menyelaraskan anggota tubuh badan semasa melakukan aktivti.

iii. Merangka satu program jangka pendek untuk membantu pelajar mengatasi masalah

untuk menyelaraskan anggota tubuh badan.

iv. Membantu murid menguasai pergerakkan yang melibatkan koordinasi tubuh badan dengan

lebih baik.

SOALAN KAJIAN

i. Apakah tahap koordinasi murid tahun 1 Cendekia Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya?

ii. Adakah program jangka pendek yang dapat membantu murid tahun 1 mengatasi masalah

untuk menyelaraskan anggota tubuh badan ataupun koordinasi?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid tahun 1 Cendekia Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya yang terdiri

daripada 15 orang murid, 6 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki.

Page 10: kajiantindakankoordinasi.docx

METADOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk penyelidikan yang dijalankan adalah bukan eksperimen dengan menggunakan

kajian tindakan. Teknik pengumpulan data yang dipilih adalah secara mixed methods iaitu

pendekatan yang mengabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Menurut Creswell (2003),

gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif mampu memberikan kekuatan kepada dapatan

kajian. Dalam konteks ini, pengkaji memilih strategi gabungan secara Sequential Explanatory di

mana keputusan yang tidak dijangka melalui kaedah kuantitatif dapat dikenalpasti melalui

kaedah kualitatif secara mendalam. Kajian tindakan ini berpandukan kepada model Kemmis dan

Taggart (1992) di mana pengkaji membuat tinjauan, merancang tindakan, melaksana untuk mengkaji,

mengumpul data akhir sekali membuat refleksi.

Membuat tinjauan

Merancang tindakan

Melaksana tindakan

Page 11: kajiantindakankoordinasi.docx

Pengumpulan data

Refleksi

Model Kemmis dan Taggart (1992)

Tinjauan dilakukan ke atas murid-murid tahun 1 Cendekia untuk mendapatkan persepsi awal tahap

koordinasi tubuh badan murid. Pada peringkat awal, pengkaji telah menjalankan ujian bagi

mendapatkan klasifikasi murid yang tidak dapat melakukan pergerakan yang melibatkan koordinasi

tubuh badan.

Teknik pengumpulan data dijalankan secara dua fasa yang melibatkan pengumpulan data

kuantitatif dan kualitatif. Menerusi fasa pertama iaitu pungutan data kuantitatif,jumlah murid yang

tidak dapat menguasai atau melakukan aktiviti yang dijalankan. Dapatan yang diperolehi

kemudiannya dianalisis bagi mendapatkan jumalh murid yang tidak dapat melakukan aktiviti.

Fasa kedua melibatkan pungutan data secara kualitatif di mana pengkaji menjalankan kajian

ke atas lima belas orang murid yang dipilih secara purposive dengan menggabungkan kaedah

temubual dan pemerhatian pengkaji untuk mengumpul data.

Dalam konteks penyelidikan, pengkaji telah menjalankan penerokaan secara mendalam bagi

mengetahui rutin harian murid terutamanya untuk aktiviti permainan yang pernah dimainkan

sewaktu berada di rumah yang melibatkan koordinasi. Pengkaji memperuntukkan masa selama 30

minit dalam seminggu selama dua bulan bagi tujuan penyelidikan. Pengumpulan data secara

kualitatif yang dijalankan dalam fasa kedua kajian ini dapat membantu dalam membuat interpretasi

ke atas keseluruhan kajian.

Fasa ketiga melibatkan tindakan yang dijalankan ke atas murid yang mengalami masalah

Melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh badan. Murid dikehendaki menjalankan aktiviti

fizikal diiringi muzik secara berterusan sekurang- kurangnya 15 minit setiap hari atau 30 minit dua

kali seminggu sewaktu matapelajaran Pendidikan Jasmani dan semasa berada di rumah pada waktu

petang. Jadual cadangan aktiviti adalah seperti di bawah.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan adalah menjurus ke arah objektif kajian iaitu mengetahui tahap

koordinasi di kalangan murid tahun 1 cendekia Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya. Terdapat dua aktiviti

Page 12: kajiantindakankoordinasi.docx

untuk mengukur tahap koordinasi murid yang dijadikan panduan untuk mengklasifikasikan murid

yang mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik dengan murid yang tidak mempunyai koordinasi

tubuh badan yang baik, dalam fasa kuantitatif iaitu;

(a) Pergerakan Asas Lokomotor

(b) Manipulasi Alatan

Pergerakan Asas Lokomotor

Untuk pergerakan asas lokomotor ini murid dikehendaki melakukan aktiviti skip, congklang dan

hoping. Penilaian untuk aktiviti ini ialah melalui pemerhatian dan senarai semak.

Manipulasi Alatan

Manipulasi alatan pula ialahpergerakan yang menggunakan alatan. Untuk aktiviti manipulasi alatan

murid dikehendaki melambung dan menyambut pundi kacang, melantun bola, menggelecek bola

dan memukul bola.

Selain dari itu, terdapat tiga kaedah yang dijalankan bagi pengumpulan data dalam fasa

kualitatif iaitu temubual separa berstruktur serta penelitian senarai semak aktiviti yang dijalankan

oleh murid.

Temubual separa berstruktur dijalankan ke atas murid yang dipilih. Temubual ini dijalankan

mengikut protokol temubual yang merangkumi soalan-soalan berkaitan dengan penglibatan

dalam aktiviti fizikal atau permainan yang pernah dimainkan semasa dirumah dan kekerapan

bermain bersama rakan selama satu minggu. Soalan-soalan yang diajukan kepada

murid adalah secara separa berstruktur yang menjurus kepada rutin harian murid yang

melibatkan aktiviti koordinasi tubuh badan.

Pengkaji menggunakan bukti dokumen sebagai alat sokongan terhadap data atau maklumat

yang didapati daripada temu bual yang dijalankan. Menurut Mohd Majid (1990), dokumen terdiri

dari rekod yang bertulis dan tidak tidak bertulis yang dapat membantu dalam memberi

kefahaman terhadap keseluruhan kajian. Dalam konteks kajian ini, catatan aktiviti harian murid pada

waktu petang akan dianalisis.

Selain itu, pengkaji juga merangka satu cadangan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu

murid yang dikategorikan sebagai tidak mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik. Pelan

tindakan jangka pendek tersebut menghendaki murid menjalankan aktiviti fizikal serta mengikuti

Page 13: kajiantindakankoordinasi.docx

jadual aktiviti yang dicadangkan untuk membantu murid meningkatkan koordinasi tubuh badan.

Populasi / Persampelan

Responden kajian terdiri daripada murid tahun 1 Cendekia Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya . Seramai

15 orang murid tahun 1 Cendekia dijadikan responden, 6 orang terdiri daripada murid perempuan

dan 9 orang terdiri daripada murid lelaki. Selepas dijalankan ujian untuk aktiviti pergerakan asas dan

manipulasi alatan murid yang dikategorikan sebagai tidak mempunyai koordinasi badan yang baik

akan dipilih sebagai subjek secara ’purposive’ untuk mengikuti pelan tindakan kajian.

Pelan Tindakan Jangka Pendek Kajian

Berikut adalah pelan tindakan jangka pendek yang disediakan oleh penyelidik untuk subjek

kajian yang dikategorikan sebagai tidak mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik. Pelan

tindakan jangka pendek ini akan dilaksanakan selama dua bulan.

Pelan tindakan jangka pendek ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i. Pelan tindakan - aktiviti pergerakan asas lokomotor

ii. Pelan tindakan – cadangan permainan semasa di rumah

Pelan Tindakan Jangka Pendek – Aktiviti pergerakan asas lokomotor

HARI MASA AKTIVITI

Selasa 7.40 – 8.10 - congklang diiringi muzik

- skip diiringi muzik

- congklang dan skip secara

individu diiringi muzik.

- berjalan diiringi muzik

Rabu 7.40 – 8.10 - skip berpasangan diiringi muzik

- congklang berpasangan diiringi

muzik.

- congklang dan skip berpasangan

diiringi muzik.

Page 14: kajiantindakankoordinasi.docx

- berjalan berpasangan diiringi

muzik.

Pelan Tindakan Jangka Pendek – Cadangan Permainan Semasa Di rumah

HARI MASA AKTIVITI/PERMAINAN

Isnin 5.30 – 6.30ptg - Permainan Musang

dan Ayam

- Permainan Pukul

Berapa Datuk

Harimau.

Selasa 5.30 – 6.30ptg - Permainan

menggunakan tali

skipping

* skipping

berpasangan

* jengket

* lompat tali skipping

Page 15: kajiantindakankoordinasi.docx

berpasangan

Rabu 5.30 – 6.30ptg - Permainan

menggunakan bola

* bola sepak

* bola baling

* tuju kasut

* bola jaring

Khamis 5.30 – 6.30ptg - Permainan Batu

Seremban

Jumaat 5.30 – 6.30ptg - Permainan Timbang

Bola Kecil atau

besar menggunakan

tangan atau

kaki.

Sabtu 5.30 – 6.30ptg - Permainan Aci Lut

Duduk

Ahad 5.30 – 6.30ptg - Permainan Belalang

Belatuk

- Permainan Nenek

Kebayan

Analisis Data

Page 16: kajiantindakankoordinasi.docx

Bagi penyelidikan yang dijalankan dalam fasa pertama iaitu pengumpulan data secara

Kuantitatif ,ujian pergerakan asas dan manipulasi alatan dijalankan ke atas murid tahun1 Cendekia

Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya . Fasa kedua menghendaki pengkaji menjalankan kajian secara

mendalam ke atas 10 orang murid atau responden yang dipilih secara purposive dengan

menggabungkan kaedah temubual separa berstruktur serta ujian pergerakan asas dan manipulasi

alatan.

Perbincangan dalam hal ini ditumpukan kepada penganalisisan data kajian untuk menjawab

objektif kajian berikut:

i. Mendeskripsi sejauh manakah tahap koordinasi tubuh badan murid tahun 1 Cendekia Sekolah

Kebangsaan Pauh Jaya.

ii. Merangka satu program jangka pendek untuk membantu pelajar mengatasi masalah

menyelaraskan anggota tubuh badan atau koordinasi.

Data yang dikumpul dalam fasa yang pertama dianalisis serta diklasifikasikan mengikut tahap

koordinasi tubuh badan murid. Manakala data dari fasa kualitatif pula dianalisis berdasarkan struktur

yang dibentuk bagi menjurus ke arah pencapaian matlamat kajian.

Dapatan Kajian

Pada fasa pertama, data kuantitaif kajian diperolehi melalui ujian pergerakan asas dan manipulasi

alatan yang dijalankan ke atas murid tahun 1 Cendekia Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa 10 daripada 15 orang murid tidak dapat melakukan aktiviti yang

melibatkan koordinasi tubuh badan.

Penguasaan Aktiviti Peratus Jumlah Murid

Menguasai keseluruhan aktiviti 2

Menguasai 6 / 7 aktiviti 2

Menguasai 5 / 7 aktiviti 1

Menguasai 4 / 7 aktiviti 4

Menguasai 3 / 7 aktiviti 2

Menguasai 2 / 7 aktiviti 2

Tidak menguasai aktiviti yang

dijalankan.

2

Page 17: kajiantindakankoordinasi.docx

Seramai 10 orang murid yang tidak dapat melakukan aktiviti pergerakan asas dan manipulasi alatan

dipilih secara purposive untuk mengikuti pelan tindakan yang telah dicadangkan oleh penyelidik.

Setelah mengikuti pelan tindakan selama dua bulan, penilaian aktiviti pergerakan asas dan

manipulasi alatan dijalankan sekali lagi. Dapatan menunjukkan bahawa seramai 5 orang telah berjaya

menguasai pergerakan asas dan manipulasi alatan dengan baik. Manakala seramai 5 orang murid

masih lagi tidak menguasai aktiviti pergerakan asas dan manipulasi alatan.

SUBJEK SELEPAS WAKTU SEKOLAH WAKTU CUTI SEKOLAH

S 1 tidak aktif aktif

S 2 tidak aktif tidak aktif

S 3 aktif aktif

S 4 tidak aktif tidak aktif

S 5 tidak aktif tidak aktif

S 6 aktif aktif

S 7 aktif aktif

S 8 tidak aktif aktif

S 9 tidak aktif tidak aktif

S 10 tidak aktif aktif

• Aktif : > 4 kali seminggu

• Normal : 4 kali seminggu

Jadual di atas merujuk kepada tahap penglibatan subjek kajian dalam aktiviti fizikal dan permainan

yang dimainkan oleh mereka selepas waktu sekolah dan waktu cuti sekolah berdasarkancadangan

pelan tindakan yang disediakan. Didapati 3 subjek melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

permainan yang telah dirancang, manakala 4 subjek lain berada dalam keadaan normal. Seorang

subjek telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal walaupun pasif sebelumnya.

Page 18: kajiantindakankoordinasi.docx

Dari segi amalan aktiviti permainan di waktu petang pula, didapati hanya seorang subjek yang tidak

mengamalkan aktiviti yang dicadangkan. Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa subjek ini

lebih cenderung bermain permainan elektronik atau permainan komputer daripada melakukan

aktiviti fizikal di luar rumah . Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek dapat menyesuaikan diri

dengan pelan tindakan yang disediakan.

KESELURUHAN

Kajian tindakan adalah satu kajian menyeluruh dan perlu dihalusi bagi mendapat maklum balas

kajian. Namun maklum balas yang diperolehi ini mengambil masa yang panjang kerana ia melibatkan

proses perancangan membuat kertas kerja, pelaksanaan dan membuat laporan. Didalam setiap

proses-proses ini banyak halangan dan perkara baru yang dapat dipelajarai dan ia adalah

pengalaman yang amat berguna kepda pengkaji dimasa akan datang.

Berdasarkan kajian ini, proses membuat kertas kerja adalah titik mula cabaran dalam kajian ini.

Pengkaji harus memahirkan diri dalam aspek selok belok pergerakan asas terutama dalam

pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan. Pengkaji juga harus mengetahui apakah kemahiran

asas yang penting dalam melakukan pergerakan asas dan manipulasi alatan untuk memastikan

seseorang murid itu dapat meningkatkan koordinasi tubuh badan. Pengkaji dapat merumuskan

bahawa koordinasi yang baik akan dapat melahirkan seorang murid atau insan yang mantap dari segi

penguasaan kemahiran sukan dan permainan.

Dalam proses merancang kertas kerja kajian, pengkaji perlu banyak mencari dan membaca sebanyak

mungkin sumber rujukan berkaitan pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak. Pengkaji

perlu menumpukan perhatian terhadap bahan rujukan berkenaan pergerakan asas terutama dalam

pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan. Pengkaji dapat mengetahui dengan lebih

mendalam setelah mengumpul maklumat-maklumat berkaitan melalui bahan rujukan serta dengan

melayari laman web.

Sepanjang menjayakan kajian ini, banyak pengetahuan baru yang pengkaji perolehi dan pelajari.

Sebagai contoh, dalam merancang Pelan Tindakan Jangka Pendek, banyak aspek yang perlu

dititikberatkan. Aspek keselamatan, aspek kualiti Pelan Tindakan Jangka Pendek, aspek kandungan

Pelan Tindakan Jangka Pendek yang harus diberi perhatian sewajarnya. Ini memerlukan pengkaji

merujuk kepada bahan-bahan rujukan dan individu yang arif dalam pergerakan asas dan manipulasi

alatan agar hasil kajian lebih bermutu.

Akhir sekali, kajian ini banyak memberi maklum balas kepada pengkaji bagi menambahkan

pengetahuan sedia ada dan pengalaman serta akan menjadi panduan dan rujukan kepada individu

Page 19: kajiantindakankoordinasi.docx

lain seandainya mereka ingin membuat kajian dalam tajuk yang sama iaitu koordinasi murid dalam

pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan.

PENUTUP

Kajian ini sedikit sebanyak membantu guru-guru dalam meningkatkan koordinasi murid dalam

pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan. Dalam Pelan Tindakan Jangka Pendek yang

dilakukan ke atas responden, pengkaji telah menetapkan aktiviti permainan dan pergerakan asas

tersebut kerana aktiviti itu mampu menberi kesan yang baik dalam meningkatkan koordinasi murid.

Para guru yang dipertanggungjawabkan dalam mengajar murid tahun satu akan dapat menggunakan

cadangan Pelan Tindakan Jangka Pendek ini untuk murid lebih mudah menguasai segala kemahiran

atau pergerakan yang melibatkan koordinasi serta dapat melicinkan aktiviti p&p mereka.

Kajian ini juga berguna kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya. Pengkaji mendapati

murid Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya ini lebih suka menghabiskan waktu petang mereka dengan

bermain permainan “video game”. Pelan Tindakan Jangka Pendek yang telah dirangka boleh

digunakan oleh pihak sekolah dimasa akan datang supaya dapat mengatasi masalah ini. Seandainya

murid tahun 1 selalu didedahkan dengan Pelan Tindakan sebegini nescaya masaalah tentang

koordinasi murid akan dapat diatasi .

Akhir sekali, melalui kajian ini pengkaji telah dapat mempelajari banyak perkara serta selok belok

tentang koordinasi pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan murid tahun 1 dan sedikit

sebanyak akan menjadi rujukan dan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain pada masa akan datang.

Page 20: kajiantindakankoordinasi.docx

LAMPIRAN

Bulan Pertama

Senarai Semak Pergerakan Lokomotor

BIL NAMA SKIP HOPING CONGKLANG

1 Nur Dania Amanina bt. Zahari

x / x

2 Nur Amalina bt. Tuan Kamri

x / x

3 Atiq Analily bt. Kamsani

x / x

4 Puteri Insyirah bt. Zairol Anuar

x x /

5 Amira Amanina bt. Zulkifli

x x /

6 Nur Irdina Sufiah bt. Ahmad Zamzuri

x / x

7 Nur Aiman b. Nizal

x / x

8 Mohd. Ikhmal b. Hamdan

x / x

9 Mohd. Tawil b. Adnan

x / x

10 Syed Mohd. Fawwas b. Syed Rosli

x / x

11 Mohd. Hisyam b. Masri

x x /

12 Ahmad Faizal b. Mansor

/ x x

13 Mohd. Firdaus b. Nordin

x x /

14 Mohd. Ruhil b. x / x

Page 21: kajiantindakankoordinasi.docx

Razali

15 Badri b. Badrol / x x

Senarai Semak Manipulasi Alatan

BIL NAMAMELAMBUNG MENYAMBUT MELANTUN

MENGGELECEK

1 Nur Dania Amanina bt. Zahari

/ x x x

2 Nur Amalina bt. Tuan Kamri

/ x x x

3 Atiq Analily bt. Kamsani

/ x x x

4 Puteri Insyirah bt. Zairol Anuar

/ x x x

5 Amira Amanina bt. Zulkifli

/ x x x

6 Nur Irdina Sufiah bt. Ahmad Za

/ x x x

7 Nur Aiman b. Nizal

/ x x x

8 Mohd. Ikhmal b. Hamdan

/ x x x

9 Mohd. Tawil b. Adnan

/ x x x

10 Syed Mohd. Fawwas b. Syed

/ x x x

11 Mohd. Hisyam b. Masri

/ x x x

12 Ahmad Faizal b. Mansor

/ x x x

13 Mohd. Firdaus b. Nordin

/ x x x

14 Mohd. Ruhil b. Razali

/ x x x

15 Badri b. Badrol / x x x

Page 22: kajiantindakankoordinasi.docx

LAMPIRAN 2

Bulan Kedua

Senarai Semak Pergerakan Lokomotor

BIL NAMA SKIP HOPING CONGKLANG

1 Nur Dania Amanina bt. Zahari / / x

2 Nur Amalina bt. Tuan Kamri / / x

3 Atiq Analily bt. Kamsani / / x

4 Puteri Insyirah bt. Zairol Anuar x / /

5 Amira Amanina bt. Zulkifli x x /

6 Nur Irdina Sufiah bt. Ahmad Zamzuri x / x

7 Nur Aiman b. Nizal x / /

8 Mohd. Ikhmal b. Hamdan / / /

9 Mohd. Tawil b. Adnan / / x

10 Syed Mohd. Fawwas b. Syed Rosli / / /

Senarai Semak Manipulasi Alatan

BIL NAMA MELAMBUNG MENYAMBUT MELANTUN MENGGELECEK

1 Nur Dania Amanina bt. Zahari / x / x

2 Nur Amalina bt. Tuan Kamri / / / x

3 Atiq Analily bt. Kamsani / / / /

4 Puteri Insyirah bt. Zairol Anuar / x / x

5 Amira Amanina bt. Zulkifli / / / /

6 Nur Irdina Sufiah bt. Ahmad Za / / / x

7 Nur Aiman b. Nizal / x / /

8 Mohd. Ikhmal b. Hamdan / / / /

9 Mohd. Tawil b. Adnan / / / x

Page 23: kajiantindakankoordinasi.docx

10 Syed Mohd. Fawwas b. Syed / / / x

BIBLIOGRAFI