laporan kaji selidik pengesanan kaji selidik...[ kaji selidik pengesanan graduan iljtm konvokesyen...

31
LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM SESI 2/2008 DAN SESI 1/2009 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia DISEMBER 2009

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM SESI 2/2008 DAN SESI 1/2009

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Tenaga Manusia

Kementerian Sumber Manusia

DISEMBER 2009

Page 2: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 1

KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF 1

1.0 PENDAHULUAN 2

1.1 Skop Kajian 2

2.0 TUJUAN 3

2.1 Objektif Kajian 3

3.0 METODOLOGI 3

4.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN 4

4.1 Maklumbalas Responden 4

4.1.1 Pecahan Graduan Mengikut Program Persijilan 6

4.1.2 Pecahan Graduan Mengikut Kursus 6

4.2 Tahap ‘Employability’ Keseluruhan Graduan ILJTM 7

4.3 Tahap ‘Employability’ Mengikut Bidang 10

4.3.1 Graduan ADTEC dan JMTI 10

4.3.2 Graduan ILP 11

4.4 Tahap ‘Employability’ Graduan Mengikut Jantina 12

4.5 Analisis Terhadap Responden Telah Bekerja 13

4.5.1 Jawatan Yang Disandang Oleh Graduan 13

4.5.2 Pendapatan Graduan 14

4.5.3 Adakah bekerja mengikut bidang yang dipelajari 17

4.5.4 Adakah kemahiran dipelajari dapat digunakan dalam 17

pekerjaan sekarang

4.5.5 Kaedah Graduan Mendapatkan Pekerjaan 18

4.5.6 Sektor Pekerjaan Graduan 19

4.6 Analisis Terhadap Responden Yang Melanjutkan Pelajaran 19

4.6.1 Tempat Graduan Melanjutkan Pelajaran 19

4.6.2 Tahap Pengajian Yang Diambil 20

4.7 Analisis Terhadap Responden Yang Masih Mencari Pekerjaan 21

5.0 PERBANDINGAN STATUS EMPLOYABILITY GRADUAN ILJTM MENGIKUT 21

PERATUSAN DARIPADA 2004 SEHINGGA 2008

6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 22

6.1 Cadangan 22 GLOSARI 24

Page 3: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 2

LAMPIRAN 1 – LAMPIRAN 5

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kajian ini merupakan kajian tahunan dijalankan pada setiap tahun, adalah untuk

mengesan dan mengukur tahap ‘employability’ pelajar keluaran ILJTM. Secara

keseluruhannya, pelajar yang berjaya menamatkan latihan bagi sesi 2/2008 dan sesi

1/2009 adalah seramai 9,825 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 6,620 (67.4%)

telah mengemukakan maklum balas. Hasil analisa daripada maklum balas yang

dikemukakan mendapati 51% iaitu seramai 3,333 orang graduan ILJTM keluaran sesi

2/2008 dan 1/2009 telah berjaya mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menamatkan

latihan. Manakala, seramai 1,488 (22%) orang graduan lagi berjaya melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, selebihnya iaitu 1,799 (27%) graduan masih

mencari pekerjaan pada masa kajian ini dijalankan. Namun begitu, masalah

‘employment mismatch’ juga harus diberi perhatian serius kerana terdapat sebilangan

graduan yang telah bekerja, iaitu seramai 37.5% yang bekerja di luar bidang

kemahiran mereka.

Graduan keluaran ADTEC yang mengikuti kursus Diploma Lanjutan Teknologi

Kejuruteraan (DLTK) Pembuatan dan DLTK Mekatronik menunjukkan peratusan tertinggi

bekerja, masing-masing 100% dan 87.5%, dan graduan Sijil Teknologi Penyelenggaraan

Kapal Terbang sebanyak 86.2%. Manakala bagi program di ILP, kursus Diploma

Pengajar Vokasional (DPV) (Teknologi Binaan) dan (Instrumentasi) menunjukkan

peratusan tertinggi bagi graduan diploma iaitu 100%, dan kursus sijil Rekabentuk Produk

Industri adalah 71%. Walau bagaimanapun nilai ini hanyalah merujuk kepada sampel-

sampel yang diperolehi daripada maklumbalas yang dikemukakan.

Analisis juga dibuat untuk mengenalpasti kursus-kursus yang kurang mendapat

sambutan, berdasarkan kepada peratusan graduan yang sedang mencari pekerjaan

yang tertinggi, iaitu kursus Diploma Teknologi Binaan 21 orang (53.8%), kursus sijil dari ILP,

iaitu Paip dan Sanitari 25 orang (52.1%) dan Binaan Bangunan 41 orang (48.8%).

Page 4: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3

1.0 PENDAHULUAN.

Borang soal selidik yang dibangunkan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu

maklumat graduan, maklumat kerjaya dan maklumat am. Parameter yang terdapat

dalam borang soal selidik ini dibangunkan supaya ringkas dan mudah difahami dan

diberikan maklumbalas oleh graduan. Borang soal selidik kemudiannya dihantar

kepada semua graduan yang terlibat dalam Majlis Konvokesyen ILJTM bagi tahun

2009.

Statistik-statistik yang diperolehi boleh dijadikan sebagai pengukur awal status

‘employability’ graduan ILJTM pada masa akan datang. Hasil daripada kajian ini

diharapkan dapat membantu pihak pengurusan ILJTM dalam meningkatkan kualiti

latihan dan seterusnya memastikan setiap graduan keluaran ILJTM mendapat

kepercayaan dan keyakinan daripada pihak industri untuk mengambil mereka

sebagai pekerja.

1.1 Skop Kajian

Bagi mendapatkan hasil maklum balas yang tinggi nilai pengesahan dan

kebolehpercayaan, borang soal selidik telah diposkan kepada semua graduan

keluaran 2/2008 dan sesi 1/2009 melalui surat jemputan konvokesyen 2009. Penentuan

saiz sampel telah dibuat berdasarkan kepada empat aspek utama iaitu jenis kajian,

jenis populasi, perbelanjaan dan skala pengukuran. Oleh kerana populasi ini adalah

bersifat heterogenus iaitu mempunyai beberapa sub sampel seperti jantina, jumlah

gaji, tempoh yang berbeza, maka saiz sampel yang besar adalah diperlukan. Jika

merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970), jumlah

sampel sebanyak 4,950 (dengan keadaan ralat pensampelan 1% dan aras

kebolehpercayaan 99%, aras kesignifikanan = 0.01) amat memadai untuk dibuat

analisa. Oleh yang demikian, kesemua borang soal selidik yang diterima iaitu sebanyak

6,620 responden daripada 26 buah ILJTM telah digunakan sebagai sampel kajian ini.

Page 5: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 4

2.0 TUJUAN Laporan ini ditulis bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan ILJTM

mengenai penemuan hasil daripada maklum balas yang diterima daripada 6,620

orang graduan ILJTM keluaran sesi 2/2008 dan sesi 1/2009. Laporan ini akan mengulas

lebih lanjut mengenai objektif kajian yang dibuat serta metodologi yang telah dipilih

berdasarkan skop kajian. Penemuan-penemuan dan statistik yang terperinci akan

dilaporkan serta cadangan penambahbaikan. Laporan ini juga akan mengupas

penemuan-penemuan kajian yang dilakukan sebelum ini. Hal ini bertujuan untuk

melihat perbandingan dan pencapaian 'employability' graduan ILJTM. Data-data

perbandingan ini boleh dijadikan kayu pengukur dan memberikan maklumat yang

berguna kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju latihan di ILJTM.

2.1 Objektif Kajian

Terdapat 3 objektif utama dalam kajian ini iaitu;

3.1 Untuk mendapatkan maklumat mengenai status pekerjaan graduan.

3.2 Untuk mengenal pasti permintaan pasaran terhadap graduan ILJTM

3.3 Untuk mengenal pasti kesesuaian pekerjaan dengan bidang latihan

graduan.

3.0 METODOLOGI

Sebanyak 9,825 borang soal selidik telah diedarkan bersama surat jemputan

menghadiri konvokesyen kepada semua graduan, yang yang melibatkan 25 buah

ILJTM. Sehingga awal November 2008 sebanyak 6,620 borang soal selidik (67.4%) telah

dikembalikan oleh graduan.

Semua borang soal selidik yang diterima telah diproses dan dianalisis menggunakan

perisian SPSS (Statistical for Social Scienes). Statistik yang dikeluarkan berdasarkan

kajian daripada parameter dalam borang soal selidik tersebut. Soalan-soalan yang

dikemukakan menjurus kepada objektif utama kajian seperti yang dinyatakan dalam

Page 6: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 5

laporan ini. Data-data yang diperolehi dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk

jadual dan menggunakan pengukur-pengukur statistik yang sesuai bagi

menggambarkan data-data tersebut.

4.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui kaedah

frekuensi statistik. Dalam bab ini laporan akan membincangkan secara terperinci

penemuan-penemuan tahap ‘employability’ graduan ILJTM keluaran sesi 2/2008 dan

sesi 1/2009, sempena Majlis Konvokesyen ILJTM tahun 2009. Penemuan ini akan

memberikan gambaran yang lebih jelas setiap program yang dijalankan di ILJTM.

Selain daripada itu, ianya juga akan memudahkan pihak pengurusan menilai kualiti

latihan yang dijalankan.

4.1 Maklumbalas Responden

Kajian yang dijalankan terhadap graduan keluaran sesi 2/2008 dan sesi 1/2009

daripada 26 buah ILJTM telah berjaya mengumpul sebanyak 6,620 borang soal selidik.

Responden terdiri daripada 4,790 (72.4%) graduan lelaki dan 1,830 (27.6%) graduan

perempuan. Daripada jumlah tersebut, 5,386 (81.4%) graduan lepasan ILP dan

selebihnya 1,234 (18.6%) merupakan graduan lepasan Diploma ADTEC dan JMTI.

Daripada jumlah keseluruhan berkenaan analisis telah dibuat dan dihuraikan di dalam

tajuk berikutnya. Jadual 1 menunjukkan bilangan graduan yang telah mengemukakan

maklum balas yang lengkap untuk dibuat analisa.

Page 7: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 6

MAKLUMBALAS DITERIMA BIL ILJTM BIL GRADUAN

BIL %

1 JMTI 156 148 94.9% 2 ADTEC Batu Pahat 357 324 90.8% 3 ADTEC Shah Alam 350 292 83.4% 4 ADTEC Kulim 299 245 81.9% 5 ADTEC Melaka 252 225 89.3% 6 ILP Kuala Lumpur 628 488 77.7% 7 ILP Kuantan 347 273 78.7% 8 ILP Kuala Terengganu 545 451 82.8% 9 ILP Kota Bharu 559 346 61.9%

10 ILP Bukit Katil 402 282 70.1% 11 ILP Pasir Gudang 551 411 74.6% 12 ILP Ipoh 507 402 79.3% 13 ILP Jitra 559 307 54.9% 14 ILP Pedas 382 294 77.0% 15 ILP Kangar 299 200 66.9% 16 ILP Kota Kinabalu 432 58 13.4% 17 ILP Ledang 635 483 76.1% 18 ILP Kota Samarahan 495 110 22.2% 19 ILP Labuan 371 99 26.7% 20 ILP Selandar 198 172 86.9% 21 ILP Sandakan 389 177 45.5% 22 ILP Mersing 264 235 89.0% 23 ILP Kepala Batas 128 105 82.0% 24 ILP Kuala Langat 290 220 75.9% 25 ILP Arumugam Pillai, NT 272 232 85.3% 26 ILP Miri 158 41 25.9%

JUMLAH 9,825 6,620 67.4%

Jadual 1 : Bilangan Graduan Yang Telah Mengemukakan Maklum balas Mengikut

Institut.

Page 8: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 7

4.1.1 Pecahan Graduan Mengikut Program Persijilan.

Daripada 6,620 borang soal selidik yang berjaya dikumpulkan, 148 (2.2%)

graduan Diploma Teknologi Kejuruteraan (JMTI), 1,086 (16.4%) graduan Diploma

Teknologi (ADTEC) dan selebihnya 5,386 (81.4%) merupakan graduan sijil

kemahiran.

148, 2%

1086, 16%

5386, 82%

DTK (JMTI)DT (ADTEC)SKM

4.1.2 Pecahan Graduan Mengikut Kursus

Keseluruhan graduan adalah daripada 59 kursus. Iaitu 36 peringkat sijil, 4 kursus

peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan 11 kursus peringkat Diploma

Teknologi telah mengemukakan maklum balas. Bagi program sijil, graduan kursus

Teknologi Elektrik 1-Fasa, merupakan yang tertinggi mengemukakan maklum

balas iaitu sebanyak 594 (8.97%).

Page 9: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 8

Manakala bagi program Diploma pula, graduan kursus Dip. Teknologi

Mekatronik dari ADTEC merupakan yang paling tinggi mengemukakan maklum

balas iaitu seramai 203 (3.07%). Taburan lengkap pecahan graduan yang

menghantar maklum balas mengikut kursus dan institut seperti di Lampiran 2.

4.2 Tahap 'Employability' Keseluruhan Graduan ILJTM

Daripada maklum balas yang diterima, seramai 3,333 (50.3%) graduan sudah bekerja,

1,488 (22.5%) orang graduan telah menyambung pelajaran dan 1,799 (27%) orang

graduan masih mencari pekerjaan sehingga November 2009. Pecahan tahap

‘employability’ graduan ILJTM tahun 2009 ditunjukkan seperti di Carta 3.

3333, 51%

1488, 22%

1799, 27%

BekerjaMelanjut PelajaranMasih Mencari Pekerjaan

Carta 3 : Tahap 'Employability' Graduan ILJTM.

Page 10: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 9

Lampiran 3, menunjukkan data peratusan ‘employability’ graduan berbanding

dengan jumlah maklumbalas, mengikut institut. Perbandingan daripada data didapati

bahawa untuk program peringkat Diploma, graduan lepasan JMTI mempunyai

peratusan paling tinggi memperolehi pekerjaan berbanding dengan jumlah

responden, manakala program peringkat Sijil pula lepasan ILP Pasir Gudang

mempunyai peratusan paling tinggi berbanding jumlah responden. Jadual 2 di bawah

menunjukkan ILJTM yang mempunyai peratusan bekerja yang tinggi.

BIL ILJTM BEKERJA/

JUM RESPONDEN PERATUS BEKERJA 1 JMTI 90/148 60.81% 2 ILP Pasir Gudang 265/411 64.48%

Jadual 2: ILJTM mempunyai Peratusan Responden Bekerja Tinggi

Manakala Jadual 3 di dawah menunjukkan responden ILJTM yang mempunyai

peratusan graduan yang menyambung pelajaran lebih dari 30%. Didapati ILP Pedas

mempunyai peratusan paling ramai melanjutkan pelajaran.

BIL ILJTM BELAJAR/

JUM RESPONDEN PERATUS BELAJAR 1 ILP Kuala Langat 116/220 52.7 % 2 ILP Kangar 87/200 43.5 % 3 ILP Pedas 116/294 39.46 % 4 ILP Selandar 58/172 33.72 %

Jadual 3: ILJTM mempunyai Peratusan Responden Sambung Belajar Lebih 30%

Jadual 4 menunjukkan responden ILJTM yang mempunyai peratusan masih mencari

kerja yang rendah iaitu kurang dari 10%. Didapati ILP Selandar mempunyai peratusan

paling rendah masih mencari pekerjaan.

Page 11: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 10

BIL ILJTM CARI KERJA/

JUM RESPONDEN PERATUS CARI

KERJA 1 ILP Pasir Gudang 48/411 11.68% 2 ADTEC Batu Pahat 24/148 16.22% 3 ILP Kuala Lumpur 85/488 17.42% 4 ILP Pedas 52/294 17.69%

Jadual 4: ILJTM mempunyai Peratusan Responden Mencari Kerja Kurang 20%

Jadual 5 menunjukkan responden ILJTM yang mempunyai peratusan masih mencari

kerja yang tinggi iaitu lebih dari 40%.

BIL ILJTM CARI KERJA/

JUM RESPONDEN PERATUS CARI

KERJA 1 ILP Labuan 40/99 40.4% 2 ADTEC Kulim 102/245 41.63% 3 ILP Kepala Batas 44/105 41.9% 4 ILP Sandakan 78/177 44.07% 5 ILP Kota Samarahan 58/110 52.73%

Jadual 5: ILJTM mempunyai Peratusan Responden Mencari Kerja Lebih 40%

4.3 Tahap ‘Employability’ Mengikut Bidang

Lampiran 4 menunjukkan peratusan ‘employability’ graduan ADTEC dan JMTI

berbanding dengan kursus manakala Lampiran 5 menunjukkan peratusan

‘employability’ graduan ILP berbanding dengan kursus .

4.3.1 Graduan ADTEC dan JMTI

Jadual 6 (berdasarkan Lampiran 4) menunjukkan kursus yang mempunyai

peratusan bekerja yang tinggi lebih dari 65%.

Page 12: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 11

BIL LEPASAN DIPLOMA BEKERJA/

JUM RESPONDEN PERATUS BEKERJA 1 Dip Lan tek Kej Pembuatan 2/2 100.0 % 2 Dip Lan Tek kej Mekatronik 7/8 87.5% 3 Tek. Penyelenggaraan Kapalterbang (Mekanikal) 56/65 86.2% 4 Tek. Penyelenggaraan Kapalterbang (Avionik) 14/18 77.8% 5 Dip Tek Kej Elektronik (JMTI) 30/44 68.2% 6 Dip Lan Tek Kej Elektronik 2/3 66.7% 7 Dip Tek Pengeluaran 77/118 65.3%

Jadual 6: Kursus mempunyai Peratusan Responden Bekerja Lebih 65%

Manakala kursus Diploma Teknologi kejuruteraan Mekatronik JMTI, mempunyai

peratusan graduan yang menyambung pelajaran yang tinggi iaitu 12 orang

(36.4%), dan bagi graduan kursus Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan

Elektronik dan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan tidak ada yang masih

mencari pekerjaan. Graduan kursus Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)

mempunyai peratusan paling tinggi masih mencari pekerjaan iaitu seramai 49

dari 105 graduan (46.7%).

4.3.2 Graduan ILP

Jadual 7 (berdasarkan Lampiran 5) menunjukkan kursus yang mempunyai

peratusan graduan bekerja yang tinggi lebih dari 65%.

BIL LEPASAN DIPLOMA BEKERJA/

JUM RESPONDEN PERATUS BEKERJA 1 DPV (Tek. Binaan) 6/8 75% 2 Rekabentuk Produk Industri 76/107 71 3 Tek. Percetakan (Cetak) 26/37 70.3% 4 Kenderaan Perdagangan Berat 37/55 67.3%

Jadual 7 : Kursus mempunyai Peratusan Responden Bekerja Lebih 65%

Manakala kursus Teknologi Telekomunikasi, mempunyai peratusan graduan

yang menyambung pelajaran yang tinggi iaitu 79 orang (51.3%) daripada 154

orang, dan bagi graduan mempunyai peratusan paling tinggi masih mencari

Page 13: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 12

pekerjaan dari kursus Diploma Teknologi Binaan 21 orang (53.8%), Paip dan

Sanitari 25 orang (52.1%) dan Binaan Bangunan 41 orang (48.8%).

4.4 Tahap ‘Employability’ Graduan Mengikut Jantina

Carta 5 dan carta 6 menunjukkan perbezaan tahap employability graduan

perempuan dan graduan lelaki. Didapati graduan lelaki mempunyai tahap

‘employability’ yang tinggi berbanding wanita, iaitu 54% dari graduan lelaki telah

bekerja, manakala graduan perempuan hanya 42% bekerja. Jelas dapat dilihat

bahawa graduan wanita lebih ramai yang melanjutkan pelajaran, iaitu 25%

berbanding dengan graduan lelaki hanya 21%.

Carta 5: Tahap ‘Employability’ Graduan Lelaki

Bekerja, 2576, 54%

Cari kerja, 1192, 25%

Sambung Belajar, 1022, 21%

Page 14: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 13

Carta 6: Tahap ‘Employability’ Graduan Perempuan

4.5 Analisis Terhadap Responden Telah Bekerja

Analisis juga dibuat untuk melihat secara keseluruhan oleh responden bekerja

terhadap perkara- perkara berikut, iaitu:

i. jawatan yang disandang,

ii. pendapatan,

iii. adakah bekerja mengikut bidang yang dipelajari

iv. adakah kemahiran dipelajari dapat digunakan dalam pekerjaan

sekarang,

v. kaedah mendapat pekerjaan,

vi. sektor pekerjaan,

4.5.1 Jawatan Yang Disandang Oleh Graduan.

Sebanyak 7 klasifikasi jawatan telah ditentukan untuk menentukan jawatan

yang disandang oleh graduan ILJTM daripada jawatan eksekutif / pengurusan

sehingga kepada operator termasuk kategori lain-lain. Jadual 8 di bawah

menunjukkan peratus responden yang memegang jawatan untuk 7 jawatan

Bekerja, 757, 42%

Sambung Belajar, 466, 25%

Cari kerja, 607, 33%

Page 15: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 14

utama di sektor perindustrian tersebut. Jelas menunjukkan bahawa peratusan

untuk jawatan Juruteknik kedua paling tinggi iaitu 32.6 % atau 1,088 responden,

selepas lain-lain jawatan iaitu 43.5% atau 1,450 responden.

BIL JAWATAN RESPONDEN

BEKERJA PERATUS 1 Eksekutif / Pengurusan 84 2.5% 2 Jurutera / Pembantu Jurutera 100 3.0% 3 Penyelia 107 3.2% 4 Pengajar / PPLV 26 0.8% 5 Juruteknik 1,088 32.6% 6 Operator 478 14.3% 7 Lain‐lain 1,450 43.5% JUMLAH 3,333 100

Jadual 8: Peratus Jawatan yang disandang oleh Responden Bekerja

4.5.2 Pendapatan Graduan

Majoriti graduan yang telah bekerja memperoleh pendapatan melebihi RM800.

Ini termasuk 11.7% yang memperoleh pendapatan antara RM1,201 sehingga

RM1500 dan 5.1% memperoleh pendapatan melebihi RM1500. Jadual 9 di

bawah menunjukkan sejumlah besar iaitu 1,335 (40.1%) responden memperolehi

pendapatan antara RM401-RM800 sebulan.

BIL PENDAPATAN RESPONDEN

BEKERJA PERATUS 1 Kurang RM400 190 5.7% 2 RM401 ‐ RM800 1,335 40.1% 3 RM801 ‐ RM1200 1,246 37.4% 4 RM1201 ‐ RM1500 391 11.7% 5 Melebihi RM1500 171 5.1% Jumlah 3,333 100

Jadual 9: Peratus Tahap Memperolehi Pendapatan

Page 16: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 15

Analisa juga dibuat untuk membandingkan kaitan antara gaji yang diterima

dengan jawatan yang disandang. Jadual 10 menunjukan perbandingan di

antara gaji pokok yang diterima dengan jawatan yang disandang. Didapati

31% menjawat Eksekutif Pengurusan dengan pendapatan antara RM801 hingga

RM1200.

PENDAPATAN

JAWATAN kurang RM400

RM401 - RM800

RM801 - RM1200

RM1200 -

RM1500 lebih

RM1500

JUMLAH

Eksekutif / Pengurusan 2.0 19.0 26.0 16.0 21.0 84.0 Peratusan 2.4 22.6 31.0 19.0 25.0 100.0 Jurutera / Pembantu Jurutera 4.0 25.0 26.0 26.0 19.0 100.0 Peratusan 4.0 25.0 26.0 26.0 19.0 100.0 Penyelia 3.0 18.0 39.0 33.0 14.0 107.0 Peratusan 2.8 16.8 36.4 30.8 13.1 100.0 Pengajar / PPLV 0.0 8.0 9.0 5.0 4.0 26.0 Peratusan 0.0 30.8 34.6 19.2 15.4 100.0 Juruteknik 33.0 331.0 524.0 155.0 45.0 1088.0 Peratusan 3.0 30.4 48.2 14.2 4.1 100.0 Operator 25.0 282.0 140.0 19.0 12.0 478.0 Peratusan 5.2 59.0 29.3 4.0 2.5 100.0 Lain-Lain 123.0 652.0 482.0 137.0 56.0 1450.0 Peratusan 8.5 45.0 33.2 9.4 3.9 100.0 Jumlah 190.0 1335.0 1246.0 391.0 171.0 3333.0 Peratus 5.7 40.1 37.4 11.7 5.1 100.0

Jadual 10: Perbandingan di antara gaji pokok yang diterima dengan jawatan

yang disandang

Analisa juga dibuat untuk membandingkan kaitan antara gaji yang diterima

dengan negeri tempat bekerja. Jadual 11 menunjukan perbandingan di antara

gaji pokok yang diterima dengan negeri tempat kerja. Didapati majoriti di setiap

negeri memperolehi gaji antara RM401-RM800 paling ramai,melainkan di negeri

Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor yang

memperolehi pendapatan antara RM801-RM1200 paling ramai.

Page 17: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 16

Jadual 11: Peratusan Perbandingan Di antara Gaji Pokok Dengan Negeri Tempat Bekerja

kurang RM400

RM401 ‐ RM800

RM801 ‐ RM1200

RM1200 ‐ RM1500

lebih RM1500

JUMLAH

Sarawak 12.0 37.0 20.0 12.0 9.0 90.0 Peratus 13.3 41.1 22.2 13.3 10.0 100.0 Sabah 38.0 70.0 15.0 1.0 3.0 127.0 Peratus 29.9 55.1 11.8 0.8 2.4 100.0 Kelantan 32.0 115.0 27.0 7.0 1.0 182.0 Peratus 17.6 63.2 14.8 3.8 0.5 100.0 Terengganu 20.0 125.0 57.0 9.0 5.0 216.0 Peratus 9.3 57.9 26.4 4.2 2.3 100.0 Pahang 10.0 65.0 54.0 13.0 5.0 147.0 Peratus 6.8 44.2 36.7 8.8 3.4 100.0 Johor 17.0 247.0 344.0 95.0 60.0 763.0 Peratus 2.2 32.4 45.1 12.5 7.9 100.0 Melaka 4.0 67.0 70.0 10.0 2.0 153.0 Peratus 2.6 43.8 45.8 6.5 1.3 100.0 Negeri Sembilan 3.0 44.0 57.0 14.0 8.0 126.0 Peratus 2.4 34.9 45.2 11.1 6.3 100.0 Perlis 1.0 19.0 6.0 2.0 2.0 30.0 Peratus 3.3 63.3 20.0 6.7 6.7 100.0 Kedah 19.0 142.0 64.0 24.0 7.0 256.0 Peratus 7.4 55.5 25.0 9.4 2.7 100.0 Pulau Pinang 5.0 62.0 66.0 24.0 19.0 176.0 Peratus 2.8 35.2 37.5 13.6 10.8 100.0 Perak 11.0 127.0 84.0 26.0 4.0 252.0 Peratus 4.4 50.4 33.3 10.3 1.6 100.0 Wilayah Persekutuan 11.0 63.0 109.0 40.0 16.0 239.0 Peratus 4.6 26.4 45.6 16.7 6.7 100.0 Selangor 7.0 152.0 273.0 114.0 26.0 572.0 Peratus 1.2 26.6 47.7 19.9 4.5 100.0 Luar Negara 0.0 0.0 0.0 0.0 4.0 4.0 Peratus 0.0 0.0 0.0 0.0 100.0 100.0 JUMLAH 190.0 1335.0 1246.0 391.0 171.0 3333.0 5.7 40.1 37.4 11.7 5.1 100.0

Page 18: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 17

4.5.3 Adakah bekerja mengikut bidang yang dipelajari?

Daripada carta 7 di bawah, sejumlah 1920 graduan (58%) daripada yang telah

bekerja, adalah bekerja mengikut bidang yang dipelajari.

1413, 42%

1920, 58%

YaTidak

Carta 7: Jumlah Graduan Bekerja Mengikut Bidang Dipelajari

4.5.4 Adakah kemahiran dipelajari dapat digunakan dalam pekerjaan

sekarang?

Pendapat responden juga ditanya adakah kemahiran yang dipelajari dapat

digunakan dalam pekerjaan mereka. Didapati 50% graduan yang telah bekerja

bersetuju bahawa latihan yang diterima berkaitan dan boleh diaplikasikan di

tempat bekerja. Peratusan ini masih rendah disebabkan beberapa faktor seperti

graduan yang bekerja tidak mengikut bidang yang dipelajari ataupun dalam

industri yang berbeza. Jadual 12 menunjukkan pendapat graduan mengenai

kaitan antara latihan yang diterima boleh diaplikasikan di tempat kerja.

Page 19: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 18

BIL PENDAPAT RESPONDEN BEKERJA

PERATUS 1 Amat Tidak Setuju 153 4.6% 2 Tidak Setuju 353 10.6% 3 Tidak Pasti 611 18.3% 4 Setuju 1668 50% 5 Amat Setuju 548 16.4% JUMLAH 3,333 100%

Jadual 12 : Kaitan Antara Latihan Diterima dengan Aplikasi Tempat Kerja

4.5.5 Kaedah Graduan Mendapatkan Pekerjaan

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh graduan dalam usaha

mereka untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan seperti menghadiri temu duga,

permohonan bertulis kepada majikan, melalui permohonan secara online,

tempat menjalani latihan OJT dan sebagainya. Daripada maklum balas diterima

mahoriti iaitu 34.2% graduan memperoleh pekerjaan melalui temu duga

terbuka. Kaedah graduan mendapatkan pekerjaan ditunjukkan dalam Jadual

13.

BIL KAEDAH MENDAPAT PEKERJAAN

RESPONDEN PERATUS

1 Temuduga terbuka 1,141 34.2% 2 Permohonan bertulis 648 19.4% 3 On‐line 244 7.3% 4 Tempat OJT 810 24.3% 5 Lain‐lain 490 14.7% JUMLAH 3,333 100%

Jadual 13: Kaedah Graduan Mendapatkan Pekerjaan

Page 20: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 19

4.5.6 Sektor Pekerjaan Graduan.

Matlamat utama graduan yang dikeluarkan adalah untuk memenuhi

permintaan tenaga mahir negara terutama dalam sektor swasta, yang majoriti

adalah sektor perindustrian. Sektor utama pekerjaan graduan dibahagikan

kepada 3 kategori iaitu kerajaan, swasta ataupun bekerja sendiri. Keseluruhan

maklum balas yang diterima menunjukkan 86.1% graduan bekerja dalam sektor

swasta. Taburan sektor pekerjaan graduan ditunjukkan dalam Jadual 15.

BIL SEKTOR PEKERJAAN RESPONDEN PERATUS 1 Sektor Awam 286 8.6% 2 Sektor Swasta 2,816 84.5% 3 Bekerja Sendiri 231 6.9% JUMLAH 3,333 100.0%

Jadual 14: Sektor Pekerjaan Graduan

4.6 Anilisis Terhadap Responden Yang Melanjutkan Pelajaran

Analisis juga dibuat untuk melihat secara keseluruhan oleh responden yang

melanjutkan pelajaran, terhadap perkara- perkara berikut, iaitu:

i. tempat melanjutkan pelajaran,

ii. tahap pengajian yang diambil serta

iii. alasan mengapa masih mencari pekerjaan.

4.6.1 Tempat Graduan Melanjutkan Pelajaran

Tidak dinafikan graduan yang tamat latihan menyambung pelajaran mereka ke

peringkat yang lebih tinggi terutama ke peringkat Diploma bagi pelajar lepasan

ILP dan Diploma Lanjutan atau Ijazah bagi pelajar lepasan ADTEC, JMTI dan

CIAST. Namun terdapat juga pelajar yang menyambung pelajaran di peringkat

Page 21: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 20

sijil dan juga SKM seperti Kursus Teknologi Penyelenggaraan Aviation yang

dianjurkan di ADTEC Shah Alam.

Institusi Latihan Kemahiran merupakan tempat yang paling ramai graduan

melanjutkan pelajaran iaitu 78.9%. Perkara ini berlaku kerana pelajar lepasan ILP

yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di ADTEC adalah tinggi.

Jadual 15 menunjukkan taburan institusi latihan tempat graduan melanjutkan

pelajaran.

BIL TEMPAT RESPONDEN PERATUS 1 Universiti Awam 42 2.8% 2 Universiti Swasta 86 5.8% 3 Institusi Kemahiran 1174 78.9% 4 Politeknik 27 1.8% 5 Kolej 125 8.4% 6 Kolej Universiti 34 2.3% JUMLAH 1,488 100.0%

Jadual 15: Taburan Institusi Latihan Tempat Graduan Menyambung Pelajaran

4.6.2 Tahap Pengajian Yang diambil

Jadual 16 menunjukkan taburan tahap pengajian yang diambil oleh graduan.

Didapati majoriti graduan menyambung pelajaran ke tahap diploma aiaitu 866

orang atau 58.2%.

BIL TAHAP PENGAJIAN RESPONDEN PERATUS 1 Ijazah 59 4.0% 2 Diploma 866 58.2% 3 Sijil 378 25.4% 4 SKM 185 12.4% JUMLAH 1,488 100.0% Jadual 16: Taburan tahap penajian yang diambil oleh graduan

Page 22: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 21

4.7 Anilisis Terhadap Responden Yang Masih Mencari Pekerjaan

Analisis juga dibuat untuk melihat alasan graduan yang masih mencari pekerjaan,

Majoriti graduan yang masih mencari pekerjaan memberikan asalan bidang tugas

yang tidak sesuai menyebabkan mereka belum mendapat pekerjaan. Jadual 17

menunjukkan dengan jelas alasan yang diberikan pelajar mengapa mereka masih

mencari pekerjaan.

BIL ALASAN RESPONDEN PERATUS 1 Bidang tugas tidak sesuai 723 40.2% 2 Gaji yang ditawarkan tidak sesuai 138 7.7% 3 Jawatan yang ditawarkan tidak sesuai 205 11.4% 4 Tidak mahu berhijrah dari tempat asal 125 6.9% 5 Lain‐Lain 608 33.8% JUMLAH 1799 100.0%

Jadual 17: Alasan Mengapa Masih Mencari Pekerjaan

5.0 PERBANDINGAN STATUS ‘EMPLOYABILITY’ GRADUAN ILJTM MENGIKUT PERATUSAN DARIPADA 2004 SEHINGGA 2009

Jadual 18 di bawah menunjukkan perbandingan status ‘employability’ graduan ILJTM

pengikut peratusan daripada 2004 sehingga 2009.

TAHUN BEKERJA MENYAMBUNG PELAJARAN

MASIH MENCARI PEKERJAAN JUMLAH

BIL % BIL % BIL % 2004 1,840 61% 340 11% 814 27% 2,994 2005 3,152 67% 638 14% 935 20% 4,725 2006 3,624 62% 707 12% 1,553 26% 5,884 2007 3,807 65% 878 15% 1,172 20% 5,857 2008 3,266 60% 1,245 23% 926 17% 5,437 2009 3,333 50.3% 1,488 22.5% 1,799 27.2% 6,620

Jadual 18 : Status 'Employability' Graduan ILJTM dari tahun 2004 sehingga 2008.

Page 23: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 22

6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga objektif yang

dinyatakan telah tercapai. Kajian ini mendapati 50.3% graduan telah mendapat

pekerjaan di samping 22.5% yang telah melanjutkan pelajaran manakala selebihnya

masih mencari pekerjaan. Terdapat penurunan peratusan graduan mendapat

pekerjaan dan peratusan graduan melanjutkan pelajaran daripada tahun

sebelumnya. Keseluruhan didapati 72.8% graduan yang telah mendapat pekerjaan

dan melanjutkan pelajaran, dan peningkatan dalam peratusan graduan masih

mencari pekerjaan (27.2%) berbanding hanya 17% pada tahun 2008. Hasil kajian juga

mendapati keluaran ILJTM masih mendapat permintaan daripada pihak swasta di

mana 84.5% graduan bekerja di sektor swasta. Bagi mereka yang masih belum bekerja,

mereka perlulah meningkatkan kebolehan diri dan berusaha untuk memajukan diri

sebagaimana rakan-rakan mereka yang telah berjaya memasuki alam pekerjaan.

Alasan yang diberikan bahawa bidang tugas tidak sesuai sewajarnya boleh diatasi

memandangkan keluaran ILJTM telah diberikan dengan kemahiran yang mencukupi

untuk mereka memasuki alam pekerjaan.

6.1 Cadangan

Jabatan sentiasa mengambil berat terhadap graduan yang telah tamat latihan di

semua ILJTM. Kejayaan graduan mendapatkan pekerjaan ataupun melanjutkan

pelajaran merupakan merit kepada Jabatan dalam menentukan outcome daripada

pelaksanaan program latihan yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, berikut

dicadangkan beberapa cadangan penambahbaikan untuk dipertimbangkan oleh

pengurusan tinggi JTM.

6.1.1 Bagi membolehkan graduan ILJTM dikenali, maka perlu setiap ILJTM

menambahbaik hubungan dengan industri terutama industri setempat dan

berdekatan dengan ILJTM berkenaan. Berbagai aktiviti boleh dilaksanakan

untuk merapatkan hubungan dengan industri termasuk melalui promosi,

lawatan, hari terbuka dan sebagainya.

Page 24: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 23

6.1.2 Selain daripada itu, ILJTM juga perlu mengambil langkah inisiatif dan proaktif

dalam memasarkan graduan yang dikeluarkan. Untuk tujuan berkenaan,

penubuhan unit CESS dan juga Job Malaysia Point di semua ILJTM, diharap

dapat memainkan peranan penting untuk bertindak sebagai pemudah cara

dan penjodohan antara majikan dan graduan. Unit ini hendaklah sentiasa

mengemas kini keperluan perjawatan terutama dalam bidang-bidang yang

terdapat di ILJTM berkenaan. Dalam masa yang sama juga, unit ini akan

bertindak menempatkan graduan yang masih gagal mendapatkan pekerjaan

di industri yang bersesuaian.

6.1.3 Pihak ILJTM juga dicadangkan supaya memberikan pendedahan yang

sewajarnya mengenai peluang-peluang yang boleh mereka rebut selepas

tamat latihan. Contohnya menganjurkan seminar kerjaya ataupun seminar

keusahawanan. Hal ini bertujuan membuka minda pelajar berkenaan daripada

tertumpu kepada sesuatu bidang pekerjaan sahaja. Graduan dalam bidang

juruelektrik misalnya selain daripada bekerja makan gaji, mereka juga boleh

menjalankan aktiviti perniagaan sendiri ataupun mengambil upah pemasangan

pendawaian secara bersendirian.

6.1.4 Selain daripada kemahiran yang dibekalkan, pelajar juga perlu dilengkapkan

dengan kemahiran-kemahiran asas yang lain (soft skill) seperti kemahiran

komunikasi dan juga Bahasa Inggeris. Pemantapan penerapan ‘soft skill’ ini akan

memberi nilai tambah kepada graduan dalam usaha mereka mempromosikan

diri mereka untuk diterima bekerja.

Page 25: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 24

GLOSARI ADTEC Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC BP Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat ADTEC KU Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim ADTEC MEL Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka ADTEC SA Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam CIAST Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan DKM Diploma Kemahiran Malaysia ILJTM Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILP Institut Latihan Perindustrian ILP APNT Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal ILP BK Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil, Melaka ILP IP Institut Latihan Perindustrian Ipoh ILP JT Institut Latihan Perindustrian Jitra ILP KB Institut Latihan Perindustrian Kota Baharu ILP KK Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu ILP KL Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur ILP KGT Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat ILP KN Institut Latihan Perindustrian Kuantan ILP KPB Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas ILP KT Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu ILP KS Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan ILP LB Institut Latihan Perindustrian Labuan ILP MR Institut Latihan Perindustrian Muar ILP MSG Institut Latihan Perindustrian Mersing ILP PG Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang ILP PS Institut Latihan Perindustrian Pedas ILP SDK Institut Latihan Perindustrian Sandakan ILP SDR Institut Latihan Perindustrian Selandar JMTI Institut Teknikal Jepun Malaysia NITP Program Latihan Pengajar Kebangsaan SKM Sijil Kemahiran Malaysia

Page 26: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 25

LAMPIRAN 1

Page 27: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 26

Page 28: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 27

LAMPIRAN 2

BILANGAN GRADUAN YANG MENGHANTAR MAKLUM BALAS MENGIKUT INSTITUT DAN KURSUS

Page 29: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 28

LAMPIRAN 3

STATUS KESELURUHAN GRADUAN ILJTM

BEKERJA MENYAMBUNG

PELAJARAN SEDANG MENCARI

PEKERJAAN BIL ILJTM Graduan yang menghantar

maklumbalas BIL % BIL % BIL % 1 JMTI 148 90 60.8% 34 23.0% 24 16.2% 2 ADTEC Batu Pahat 324 192 59.3% 31 9.6% 101 31.2% 3 ADTEC Shah Alam 292 173 59.2% 30 10.3% 89 30.5% 4 ADTEC Kulim 245 124 50.6% 19 7.8% 102 41.6% 5 ADTEC Melaka 225 119 52.9% 39 17.3% 67 29.8% 6 ILP Kuala Lumpur 488 283 58.0% 120 24.6% 85 17.4% 7 ILP Kuantan 273 131 48.0% 70 25.6% 72 26.4% 8 ILP Kuala Terengganu 451 230 51.0% 66 14.6% 155 34.4% 9 ILP Kota Bharu 346 151 43.6% 86 24.9% 109 31.5% 10 ILP Bukit Katil 282 120 42.6% 89 31.6% 73 25.9% 11 ILP Pasir Gudang 411 265 64.5% 98 23.8% 48 11.7% 12 ILP Ipoh 402 195 48.5% 105 26.1% 102 25.4% 13 ILP Jitra 307 170 55.4% 59 19.2% 78 25.4% 14 ILP Pedas 294 126 42.9% 116 39.5% 52 17.7% 15 ILP Kangar 200 58 29.0% 87 43.5% 55 27.5% 16 ILP Kota Kinabalu 58 27 46.6% 9 15.5% 22 37.9% 17 ILP Muar 483 254 52.6% 116 24.0% 113 23.4% 18 ILP Kota Samarahan 110 42 38.2% 10 9.1% 58 52.7% 19 ILP Labuan 99 51 51.5% 8 8.1% 40 40.4% 20 ILP Selandar 172 78 45.3% 58 33.7% 36 20.9% 21 ILP Sandakan 177 70 39.5% 29 16.4% 78 44.1% 22 ILP Mersing 235 140 59.6% 28 11.9% 67 28.5% 23 ILP Kepala Batas 105 46 43.8% 15 14.3% 44 41.9% 24 ILP Kuala Langat 220 56 25.5% 116 52.7% 48 21.8% 25 ILP Arumugam Pillai, NT 232 121 52.2% 47 20.3% 64 27.6% 26 ILP Miri 41 21 51.2% 3 7.3% 17 41.5% JUMLAH 6,620 3,333 50.3% 1,488 22.5% 1,799 27.2%

Page 30: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 29

LAMPIRAN 4

STATUS KESELURUHAN GRADUAN ADTEC dan JMTI MENGIKUT KURSUS

BEKERJA (dalam tempoh 6

bulan)

MENYAMBUNG PELAJARAN

SEDANG MENCARI

PEKERJAAN

BIL KURSUS Graduan yang Menghantar

Maklumbalas BIL % BIL % BIL %

1 A16 Tek Penyelenggaraan Kapal Terbang (Mekanikal)

65 56 86.2 0 0.0 9 13.8

2 B12 Tek Penyelenggaraan Kapal Terbang (Avionik)

18 14 77.8 2 11.1 2 11.1

3 J01 Dip. Tek. Kej. Mekatronik (JMTI) 33 18 54.5 12 36.4 3 9.1 4 J02 Dip. Tek. Kej. Komputer (JMTI) 32 14 43.8 10 31.3 8 25.0 5 J03 Dip. Tek. Kej. Elektronik(JMTI) 44 30 68.2 5 11.4 9 20.5 6 J04 Dip. Tek. Kej. Pembuatan (JMTI) 26 17 65.4 6 23.1 3 11.5 7 G01 Dip. Tek. Komputer (Sistem) 83 46 55.4 15 18.1 22 26.5 8 G02 Dip. Tek. Komputer (Rangkaian) 105 41 39.0 15 14.3 49 46.7 9 K01 Dip. Tek. Kimpalan 57 32 56.1 7 12.3 18 31.6

10 K02 Dip. Tek. Pengeluaran 118 77 65.3 11 9.3 30 25.4 11 K03 Dip. Tek. Pembuatan 117 72 61.5 4 3.4 41 35.0 12 K04 Dip. Tek, Jaminan Mutu 52 23 44.2 10 19.2 19 36.5 13 K05 Dip. Tek. Mekatronik 200 109 54.5 27 13.5 64 32.0 14 L01 Dip. Tek. Elektrik Kuasa 28 12 42.9 6 21.4 10 35.7 15 L02 Dip. Tek. Elektronik 104 57 54.8 11 10.6 36 34.6 16 L03 Dip. Tek. Telekomunikasi 107 53 49.5 7 6.5 47 43.9 17 L05 Dip. Tek. RAC 26 14 53.8 3 11.5 9 34.6 18 R01 Dip Lan Tek Kej Mekatronik 8 7 87.5 0 0.0 1 12.5 19 R03 Dip Lan Tek Kej Elektronik 3 2 66.7 1 33.3 0 0.0 20 R04 Dip Lan Tek Kej Pembuatan 2 2 100.0 0 0.0 0 0.0 21 S04 Dip Lan Tek Jaminan Mutu 6 2 33.3 1 16.7 3 50.0

JUMLAH 1,234 698 56.6 153 12.4 383 31.0

Page 31: LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK...[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2009] Dis, 2009 Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3 1.0 PENDAHULUAN

[ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 30

LAMPIRAN 5

STATUS KESELURUHAN GRADUAN ILP MENGIKUT KURSUS

BEKERJA (dalam tempoh 6 bulan)

MENYAMBUNG PELAJARAN

SEDANG MENCARI

PEKERJAAN

KURSUS Graduan Yang Menghantar

Maklumbalas BIL % BIL % BIL %

1 A01 Mekanik Industri 357 172 48.2 114 31.9 71 19.9 2 A02 Pemesinan Am 209 101 48.3 50 23.9 58 27.8 3 A03 Pemesinan CNC 186 97 52.2 52 28.0 37 19.9 4 A04 Pembuat Acuan dan Alat Pemotong 67 38 56.7 19 28.4 10 14.9 5 A05 Pembuat Acuan dan Pembentuk 74 36 48.6 22 29.7 16 21.6 6 A06 Teknologi Foundri 30 12 40.0 5 16.7 13 43.3 7 A07 Pembuat Corak Foundri 5 3 60.0 0 0.0 2 40.0 8 A08 Kimpalan Arka dan Gas 487 294 60.4 76 15.6 117 24.0 9 A09 Fabrikasi Logam 172 82 47.7 42 24.4 48 27.9

10 A10 Pemasangan Paip Gas 113 58 51.3 12 10.6 43 38.1 11 A11 Automotif 253 133 52.6 70 27.7 50 19.8 12 A12 Rekabentuk Produk Industri 107 76 71.0 14 13.1 17 15.9 13 A13 Kenderaan Perdagangan Berat 55 37 67.3 2 3.6 16 29.1 14 A14 Kejuruteraan Jaminan Mutu 12 6 50.0 5 41.7 1 8.3 15 A15 CADD‐ Mekanikal 152 79 52.0 47 30.9 26 17.1 16 B01 Juruelektrik 594 369 62.1 74 12.5 151 25.4 17 B02 Penyejukbekuan & Penyaman Udara 303 185 61.1 43 14.2 75 24.8 18 B04 Instrumen Perindustrian 81 30 37.0 30 37.0 21 25.9 19 B05 Tek. Elektrik Industri 254 99 39.0 81 31.9 74 29.1 20 B06 Tek. Telekomunikasi 154 39 25.3 79 51.3 36 23.4 21 B10 Automasi Perindustrian 181 68 37.6 55 30.4 58 32.0 22 C01 CADD Senibina 163 56 34.4 46 28.2 61 37.4 23 C02 Binaan Bangunan Berasaskan Kayu 20 10 50.0 2 10.0 8 40.0

BEKERJA (dalam tempoh 6 bulan)

MENYAMBUNG PELAJARAN

SEDANG MENCARI PEKERJAAN

KURSUS Graduan Yang Menghantar Maklumbalas

BIL % BIL % BIL %

24 C03 Binaan Bangunan 84 30 35.7 13 15.5 41 48.8 25 C04 Paip dan Sanitari 48 18 37.5 5 10.4 25 52.1 26 C05 Teknologi Perabot 17 8 47.1 4 23.5 5 29.4 27 C06 Diploma Teknologi Binaan 39 15 38.5 3 7.7 21 53.8 28 D01 Teknologi Percetakan (Grafik) 62 27 43.5 12 19.4 23 37.1 29 D02 Teknologi Percetakan (Pracetak) 45 28 62.2 9 20.0 8 17.8 30 D03 Teknologi Percetakan (Cetak) 37 26 70.3 3 8.1 8 21.6 31 E01 Teknologi Plastik 89 34 38.2 22 24.7 33 37.1 32 E02 Teknologi Seramik 13 8 61.5 3 23.1 2 15.4 33 F01 Tek. Komputer (Sistem) 308 128 41.6 79 25.6 101 32.8 34 F02 Tek. Komputer (Rangkaian) 355 129 36.3 141 39.7 85 23.9 35 F04 Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) 89 33 37.1 38 42.7 18 20.2 36 F05 Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) 148 60 40.5 57 38.5 31 20.9 37 I10 DPV (Tek. Binaan) 8 6 75.0 1 12.5 1 12.5 38 I15 DPV (Tek. Instrumentasi) 10 5 50.0 0 0.0 5 50.0 39 G02 Dip. Tek. Komputer (Rangkaian) 2 0 0.0 2 100.0 0 0.0 40 K05 Dip. Tek. Mekatronik 3 0 0.0 3 100.0 0 0.0

JUMLAH 5,386 2,635 48.9 1,335 24.8 1,416 26.3