kajian tizah new

Upload: asnah-ajor-sally

Post on 10-Jul-2015

384 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bab 1 Pernyataan Masalah Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Memang tidak dapat disangkal bahawa pelbagai teknik boleh digunakan oleh seseorang guru itu ketika mereka mengajarkan satu-satu mata pelajaran. Walaupun demikian, harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur dan berdasarkan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran. 1.0 Pengenalan

Teknik ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan yang menyokongnya. Seperti kaedah, teknik dipraktikkan di bilik darjah untuk tujuan tertentu dalam pengajaran bahasa. Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. (Abd. Aziz Abd. Talib 2000:29).

Mengikut pendapat Edward M. Anthony (dalam buku Mok Soon Sang 2000:26), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.

1

Menurut Mengantar Simanjuntak pula (dalam buku Kamarudin Hj. Husin 2001:77), teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Berdasarkan beberapa pendapat di atas, bolehlah disimpulkan bahawa teknik ialah strategi atau bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan.Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Melalui teknik-teknik ini, pelajar-pelajar menerima dan mempelajari isi-isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Harus diingat bahawa teknik yang dipilih hendaklah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan bersesuaian dengan topik pengajaran.

Pada umumnya, terdapat pelbagai teknik pengajaran bahasa yang boleh diaplikasikan atau digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa. Seorang guru itu hendaklah bijak menyesuaikan teknik-teknik tersebut dengan topik pelajaran yang akan diajarkan. Antaranya ialah: 1. Teknik Imlak 2. Teknik Bacaan Nyaring 3. Teknik Kloz 4. Teknik Bercerita 5. Teknik Simulasi 6. Teknik Soal Jawab 7. Teknik Perbincangan 8. Teknik Kuiz 9. Teknik Korus 10. Teknik Bermain 11. Teknik Ceramah 12. Teknik Penerangan 2

13. Teknik Sumbangsaran (Brainstorming) 14. Teknik Tunjuk Cara 15. Teknik Penyelesaian Masalah 16. Teknik Perbahasan

1.1

Latar Belakang Kajian

Pendidikan Bahasa Melayu di sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah antara lain bertujuan untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca. Pemikiran kritis, analitis dan kreatif perlu ditanamkan dan disuburkan di kalangan pelajar secara sedar dan terancang oleh guru-guru Bahasa Melayu.

Perubahan kurikulum Bahasa Melayu adalah usaha wajar untuk memenuhi peranan baru mata pelajaran ini. Perubahan tersebut telah melibatkan perubahan kandungan, pendekatan dan kaedah penyebarannya. Namun begitu, di kalangan guru Bahasa Melayu, perubahan ini ditanggapi sebagai perubahan kandungan sahaja, sedangkan aspek pendekatan dan kaedah penyebarannya kurang mendapat perhatian mereka.

Berdasarkan pemerhatian dan laporan status Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, guruguru Bahasa Melayu belum menerapkan unsur KBKK secara sedar dan terancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin pernah menganjurkan agar pengajaran guru memberi tumpuan yang lebih kepada perkembangan dan

3

pertumbuhan minda supaya dapat melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mampu berfikir dan memberi sumbangan secara kreatif dan inovatif. Pandangan tersebut didorong oleh rasa tidak puas hati beliau ke atas fenomena yang berlaku dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, di mana menurut beliau, pengajaran guru sekadar memindahkan maklumat daripada sumber pengajaran kepada pelajar, tanpa memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir.

Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu, kecenderungan guru untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM telah mempengaruhi corak pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Implikasinya, wujudlah pengajaran yang amat terikat kepada bahan dan kaedah menjawab soalan peperiksaan. Malah perkembangan langkah-langkah pengajaran adalah bercirikan format soalan peperiksaan.

Berdasarkan pemerhatian sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu, pada umumnya pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah masih belum menampakkan hala tuju yang jelas ke arah pembentukan pemikiran kritis, analitis dan kreatif di kalangan pelajar. Namun begitu telah wujud pengajaran yang mempunyai ciri-ciri peningkatan pemikiran atau intelek pelajar di kalangan guru Bahasa Melayu. Kehadiran ciri-ciri peningkatan intelek dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah merupakan suatu tindakan hasil daripada perancangan secara sedar di kalangan guru Bahasa Melayu. Tegasnya unsur-unsur tersebut lebih merupakan aktiviti tempelan dan bersifat sampingan. Dalam usaha melengkapkan guru Bahasa Melayu dengan pengetahuan tentang penerapan unsurunsur Kemahiran Berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu, maka perlulah diketahui sejauh mana dan dalam bentuk yang bagaimana unsur-unsur tersebut telah sedia hadir dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di semua peringkat sekolah.

4

1.2

Pernyataan Kajian Sumbangsaran juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (Brainstorming).

Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang dikemukakan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea itu didapati kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapatpendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya ialah mata pelajaran Bahasa Melayu seperti membuat karangan dan sebagainya. Tujuan, prinsip, kelebihan dan kelemahan Teknik Sumbangsaran adalah seperti berikut:

1.2.1

Tujuan Teknik Sumbangsaran Teknik Sumbangsaran mempunyai empat tujuan iaitu:

1. Melatih murid-murid untuk mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis. 2. 4. Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi maklumat di antara satu sama lain. Melatih murid-murid supaya dapat menyelesaikan masalah bersama-sama. 3. Melatih murid-murid supaya menguasai kemahiran lisan dengan baik.

1.2.2

Prinsip-prinsip Teknik Sumbangsaran Untuk menjalankan sesi sumbang saran dengan berkesan, guru harus mematuhi

dan memahami beberapa prinsip .Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Garis panduan untuk menjalankan sesi sumbangsaran yang diberikan oleh guru haruslah ringkas dan jelas. Setiap kumpulan harus memilih pengerusi yang 5

boleh menggalakkan ahli-ahlinya mengemukakan cadangan dan idea yang berkaitan dengan topik perbincangan. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan.

Cadangan dan idea yang dikemukakan, walaupun salah, tidak boleh dikritik. Penilaian dan rumusan hanya boleh dibuat pada peringkat perbincangan yang akhir. Setiap ahli hendaklah diberi giliran untuk mengemukakan cadangan. Ahli-ahli digalakkan menggunakan prinsip 5W (iaitu: What? Why? Who? Where? When?).Pastikan peruntukkan masa untuk sesi Sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.

1.2.3 a.

Kelebihan dan Kelemahan Kelebihan menggunakan Teknik Sumbangsaran ialah: Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk mencadangkan

pendapatnya. Idea-idea penyelesaian dihasilkan oleh murid-murid itu sendiri.Strategi pembelajaran berpusatkan murid. Sesi Sumbangsaran dapat melatih murid-murid berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional. Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan. Murid-murid dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain. Interaksi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan. Dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

b.

Kelemahan menggunakan Teknik Sumbangsaran ialah: Cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbangsaran memakan masa yang

banyak. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya rendah. Banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih banyak menggunakan masa untuk berbual6

bual daripada memberi sumbangan. Terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan menimbulkan perasaan kecil hati murid yang berkenaan.

1.2.4

Langkah-langkah Pelaksanaan Langkah pelaksanaan sesi Sumbangsaran ini biasanya melalui tiga peringkat iaitu

peringkat permulaan, perbincangan dan penilaian. 1. Peringkat Permulaan a. Guru mengemukakan soalan-soalan perbincangan. b. Guru menerangkan tujuan perbincangan. c. Guru menghuraikan garis panduan perbincangan. d. Guru membahagikan murid-murid dalam kumpulan-kumpulan kecil.

2.

Peringkat Perbincangan a. Ahli-ahli kumpulan mencadangkan idea penyelesaian. b. Pelapor mencatat idea-idea yang dikemukakan.

3.

Peringkat Penilaian a. Pelapor-pelapor membentangkan idea-idea di depan kelas. b. Guru membimbing murid membuat penilaian dan rumusan. c. Murid-murid mencatat pendapat-pendapat yang telah dipersetujui.

7

1.3

Rajah 1:Kerangka Konsep

Pada peringkat permulaan, guru akan mengemukakan soalan-soalan perbincangan. Kemudian menerangkan tujuan perbincangan. Seterusnya menghuraikan garis panduan perbincangan. Akhir sekali, membahagikan murid-murid dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Peringkat penilaian, para pelapor akan membentangkan idea di depan kelas. Selain itu, guru akan membimbing murid-murid untuk penilaian dan rumusan. Akhir sekali, murid-murid akan mencatat pendapat yang telah dipersetujui

Peringkat perbincangan ini, semua ahli kumpulan akan mencadangkan idea penyelesaian dan pelapor akan mencatat.

Berdasarkan kerangka konsep ini maka kita akan dapat melihat perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan kepada murid-murid oleh seorang pendidik. Selain itu, guru merupakan penggerak dan pendorong kepada pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, peranan guru bukan setakat itu sahaja tetapi menjadi pembimbing kepada murid-murid. Peranan guru akan berterusan melalui pemupukan semangat dan pembentuk sahsiah murid-murid. Memang bukan mudah menjadi seorang pendidik. Ini kerana pendidik akan menjadi contoh atau model kepada murid-murid. Janganlah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung. Kita haruslah menjadi seperti kasturi dan matahari yang memberi wangian dan cahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain.

8

1.4

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik sumbang saran di Sekolah Kebangsaan Tigaman, Kota Merudu Sabah. Seramai 15 orang murid Tahun 6 yang akan dijadikan responden. Kajian ini juga ingin meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang penulisan karangan terutama murid-murid bukan Melayu. Aktiviti pembelajaran dengan menggunakan kaedah sumbang saran ini diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dengan itu mereka bersedia untuk belajar apabila mereka dapat melakukan perkara yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Di samping itu, kaedah ini dapat meningkatkan hubungan komunikasi antara guru dan pelajar serta membina kemahiran interpersonal pelajar itu sendiri kerana mereka berasa dihargai.

Selain itu, kajian tindakan dilakukan untuk menyediakan atau membekalkan atau memberikan kepada pengamal pendidikan dengan ilmu pengetahuan yang baru dan pemahaman untuk membolehkan mereka membaiki dan menambah baik amalan pengajaran mereka ataupun menyelesaikan masalah yang wujud di dalam bilik darjah dan juga sekolah. Guru perlu membuat kajian tindakan sebagai satu usaha. Kajian tindakan memerlukan guru bertindak sebagai penyelidik yang mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri dengan membuat pengubahsuaian terhadap amalan Pengajaran dan Pembelajarannya.

Kajian

Tindakan

mengembangkan

kemampuan

guru

sebagai

peneroka

pengetahuan yang profesional. Guru tidak lagi hanya menjadi pengguna teori atau ilmu

9

yang dikemukakan oleh orang lain, bahkan dirinya berupaya merintis jalan bagi membina dan mencipta satu teori baru dalam menangani pelbagai masalah Pengajaran dan Pembelajarannya. Selain itu, dalam kajian tindakan, guru akan menjadi ketua bagi dirinya dalam mengawal dan menyusun proses kajiannya dan tidak memerlukan kepada arahan orang lain. Dengan itu, guru akan menjadi lebih kreatif dan kritis dalam membuat penyelesaian sesuatu masalah. Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripada percambahan idea dalam bidang yang dikaji.

1.5

Persoalan Kajian

Kajian ini menyediakan lima soalan kajian iaitu ; Soalan kajian pertama : Adakah guru-guru bahasa Melayu mengajar bahasa Melayu menggunakan kaedah sumbang saran?

Soalan kajian kedua: Adakah guru-guru Bahasa Malaysia bersedia untuk mengajar bahasa Melayu kepada murid bukan Melayu? Soalan kajian ketiga: Adakah murid-murid bersedia untuk belajar bahasa Melayu? Soalan kajian keempat: Adakah guru-guru menghadapi masalah dalam pengajaran bahasa Melayu? Soalan kajian kelima: Apakah masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu?

10

1.6

Kepentingan Kajian Apa yang pasti, kajian ini dapat dimanfaatkan oleh jabatan pelajaran dalam

merancang dan menyusun penempatan guru-guru di sekolah. Jabatan pelajaran perlu mengambil kira pengkhususan dan kekosongan di sekolah agar guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan guru-guru yang benar-benar berkelayakan dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak pentadbir sekolah terutamanya dalam menempatkan guru-guru di sekolah. Seterusnya, berdasarkan kajian ini, pihak pentadbir sekolah mungkin boleh menggariskan kriteriakriteria tertentu sebelum menyusun dan menentukan guru-guru mata pelajaran khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, guru-guru juga diharap dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-murid mereka. Aspek-aspek kekuatan dan kelemahan ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Guru-guru diharap dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, objektif dan isi pelajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan bahasa murid-murid. 1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan murid-murid tahun enam

yang bukan Melayu

seramai 15 orang di Sekolah Kebangsaan Tigaman, Kota Merudu Sabah. Walaupun teknik pengajaran berbentuk perbincangan dan ia dilakukan dalam kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu sumbang saran dijalankan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu topik sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.

11

1.8

Penjelasan Istilah

1.8.1 Pertuturan lawan penulisan

Kebanyakan ahli linguistik sezaman mengandaikan bahawa bahasa pertuturan adalah lebih asas dan oleh itu, adalah lebih penting daripada bahasa tulisan. Alasanalasan untuk sudut pandangan ini termasuk:

Pertuturan nampaknya merupakan sejagat manusia, manakala terdapat banyak budaya dan komuniti pertuturan yang tidak mempunyai sebarang komunikasi tulisan;

Manusia belajar untuk bertutur dan memproses bahasa-bahasa pertuturan dengan lebih mudah dan lebih awal, berbanding dengan penulisan; Sebilangan ahli sains kognitif memperdebatkan bahawa otak mempunyai "modul bahasa" yang semula jadi, dengan pengetahuan dianggap datangnya daripada mengkaji pertuturan lebih daripada mengkaji tulisan, khususnya kerana bahasa dalam bentuk pertuturan dianggap merupakan penyesuaian evolusi, manakala penulisan merupakan rekaan yang lebih terkini.

Sudah tentu, ahli-ahli linguistik bersetuju bahawa kajian terhadap bahasa tulisan adalah berfaedah dan bernilai. Bagi penyelidikan linguistik yang menggunakan kaedahkaedah linguistik korpus dan linguistik pengiraan, bahasa tulisan seringnya adalah lebih sesuai untuk memproses jumlah data linguistik yang besar. Korpus besar untuk bahasa pertuturan adalah susah untuk dicipta dan dicari, dan biasanya ditranskripsikan dan ditulis.

Walau bagaimanapun, kajian tentang sistem-sistem tulisan pada dirinya telah dianggap sebagai satu cabang linguistik tersendiri.

12

1.8.2 Latihan Bertulis Latihan bertulis merupakan komponen yang dapat memperkukuh dan

meningkatkan pemahaman pelajar ke atas isi pelajaran. Berdasarkan data kajian ini didapati 15 sampel ada memberikan latihan bertulis kepada pelajar di mana 15 orang didapati sesuai dengan objektif pengajaran. Bentuk latihan bertulis yang diberikan kepada pelajar ialah menjawab soalan kefahaman, membina ayat, merumus atau meringkas, menulis karangan dan latihan-latihan lain. Latihan bertulis merupakan satu lagi komponen pengajaran dan pembelajaran di mana unsur Kemahiran Berfikir dapat dikesan. Didapati 15 sampel yang ada memberikan latihan bertulis yang berunsurkan Kemahiran Berfikir Di antara latihan bertulis tersebut ialah: Membuat rumusan daripada Carta Pie tentang pendapatan dan perbelanjaan. Mengarang berdasarkan idea-idea utama yang disusun dalam bentuk minda. Latihan-latihan pemahaman berdasarkan graf bar, carta pie, jadual matrik dan carta aliran. Latihan pemetaan fakta atau idea mengenai tajuk yang diajar. peta

13

Bab 2 Tinjauan Literature Kajian Perpustakaan 2.0 Pengenalan Terdapat banyak kajian berkenaan penulisan karangan. Di antaranya ialah kajiankajian berkenaan pendekatan-pendekatan untuk mengajar karangan. Mengikut Jos. Daniel Parera (1987:17) pendekatan merupakan satu aksioma iaitu sesuatu yang baku dan tidak lagi dibantah akan kebenarannya. Menurut Abdullah Hassan (1987:412) pula, pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkara-perkara yang mengawal bahasa itu.

Terdapat beberapa kajian mengenai Pendekatan Proses. Kajian mengenai Pendekatan Proses kebanyakannya telah dilakukan ke atas kajian berkenaan sikap guru dan pelajar terhadap pendekatan ini. Erdman (1988:51) misalnya telah mengkaji sikap pelajar terhadap Pendekatan Proses untuk mengajar penulisan kreatif dan sajak. Beliau telah melakukan kajian terhadap dua buah kelas gred dua dan dua buah kelas gred lima dan menilai kesannya terhadap pelajar. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses lebih baik dalam kedua-dua gred untuk sajak manakala gred lima sahaja yang didapati lebih berkesan untuk bentuk penulisan kreatif.

Begitu juga dengan kajian Dreher (1990:65) terhadap sikap guru-guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses berperanan penting terhadap pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran penulisan. Schwartz (1990:459) menerangkan bahawa Pendekatan Proses

14

berperanan penting dalam penulisan karangan di mana pelajar dibantu untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks. Kajian-kajian ini didapati telah menyokong Pendekatan Proses. Mengapakah Pendekatan Proses penting dan apakah faedah-faedahnya ke atas pengajaran penulisan?

2.1

Literature Berkaitan Selain dari kajian ke atas pendekatan-pendekatan pengajaran karangan, banyak

kajian juga dijalankan ke atas proses-proses penulisan. Flower dan Hayes (1981) mengatakan bahawa semasa aktiviti menulis, penulis-penulis akan merancang (prapenulisan), menyemak serta menulis semula. Smith (1982) juga mengatakan bahawa prapenulisan, penuilisan dan penulisan semula merupakan proses seiringan. Penulis akan menulis berbagai-bagai draf dan akan menyemak karangan mereka seiringan. Bagaimanapun guru perlu mengurangkan peranannya membantu pelajar jika didapati pelajar sudah mula berdikari. Knudson (1990) telah mengkaji peranan guru ketika membantu proses penulisan pelajar mengatakan apabila pelajar telah menjadi penulis yang baik dan berdaya saing, guru perlulah mengurangkan peranannya. Jika tidak pelajar tidak akan menjadi penulis yang boleh berdikari. Flower dan Hayes (1980) telah mengemukakan sebuah model yang dapat memberikan gambaran yang eksplisit tentang proses karang-mengarang. Proses tergambar dalam rajah diperturunkan di sebelah.

Vincent (1990) telah menjalankan satu projek untuk memotivasikan pelajar ijazah pertama dalam kemahiran menulis di Institut Linguistik Gunaan di Universiti Warsaw, Poland. Beliau telah menjemput ahli perniagaan untuk mengadakan perbincangan. Kemudian sesi perbincangan untuk menulis surat rasmi untuk membuat lawatan diadakan. Selepas lawatan pelajar-pelajar diarahkan untuk menulis artikel tentang lawatan. Hasilnya projek ini didapati dapat menggalakkan penyertaan pelajar secara

15

berkumpulan ketika menjalankan proses penulisan. Ia juga menggalakkan proses penyemakan di antara draf serta membantu pelajar ke arah aktiviti pembacaan sebagai persediaan menulis. Lopes (1991) dalam satu eksperimennya ke atas pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua telah menekankan kepada aspek bacaan iaitu membaiki strategi bacaan pelajar. Langkah kedua ialah membantu mengubah sikap pelajar terhadap penulisan dan menggalakkan mereka untuk memberi tumpuan ke atas isi kandungan dan mengeluarkan idea secara jelas. Hasil kajiannya, beliau mendapati pelajar-pelajar mengambil bahagian secara sukarela dalam tahap I. Dalam tahap II, pelajar-pelajar dibantu dalam kemahiran menyusun isi karangan. Pendekatan ini dapat menghasilkan pelajar yang lebih kreatif dan menghasilkan karangan yang lebih tersusun strukturnya. Di samping itu, ia dapat menjawab soalan iaitu apakah yang hendak ditulis dan bagaimanakah untuk menulis dengan baik. Penggunaan teknik bercerita juga didapati berkesan untuk mengajar kemahiran menulis.

Kajian Piper (1986) tentang penggunaan teknik bercerita oleh guru-guru gred dua untuk mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua telah mendapati penggunaan imaginasi dalam cerita dapat mengalakkan kanak-kanak untuk meluaskan pengalaman mereka tanpa batasan. Teknik ini menggabungkan konsep kefahaman, kepentingan bercerita kepada pelajar-pelajar dan penglibatan pelajar dalam kemahiran menulis. Pada awalnya semua kanak-kanak akan mendengar cerita dan kemudiannya menggunakan sebahagian cerita untuk diceritakan semula. Mereka kemudiannya diminta menyudahkan cerita mereka sendiri, membuat draf, menyemak dan menyelesaikan cerita mereka sendiri.

Pengetahuan tentang topik yang ditulisnya memainkan peranan penting dalam penulisan. Kajian Langer (1984) mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan mengenai topik dengan kualiti karangan pelajar. Beliau mengukur

16

pengetahuan pelajar-pelajar gred sepuluh berkenaan konsep spesifik mata pelajaran Kajian Sosial sebelum mereka diminta menulis topik-topik yang berkaitan. Britton, Burgess, Martin, Mcleod dan Rosen (1975) telah mengkaji proses menulis dalam pelbagai teknik. Mereka telah mengumpulkan sample karangan yang terdiri daripada lima ratus orang pelajar dan mengrekodkan sampel karangan untuk mengetahui siapakah pembaca yang ada dalam fikiran pelajar semasa mereka menulis. Hasil kajiannya, beliau mendapati bahawa 40 peratus pelajar memilih guru sebagai pembaca iaitu pada pelajar gred enam di Amerika Syarikat dan kemudiannya meningkat kepada 60 peratus kepada pelajar gred 12. Justeru, dengan menggalakkan pelajar meluaskan pembacaan ke atas tajuk-tajuk karangan mereka, dapat menggalakkan pelajar menulis pelbagai bentuk penulisan.

2.2

Kajian Berkaitan

Di samping itu, terdapat juga kajian-kajian ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti karangan pelajar. Salah satu faktornya ialah kekerapan menulis. Kajian ke atas pendekatan yang membanyakkan latihan menulis telah dijalankan oleh Buxton (1958). Dalam kajiannya Buxton telah menumpukan perhatian kepada dua perkata iaitu:a. b. Melihat kesan dua pendekatan latihan menulis iaitu yang dianggap sebagai latihan biasa dan latihan kerap. Melihat kesan dua kaedah pengajaran menulis karangan iaitu kaedah bebas dan kaedah perbincangan.

Kaedah bebas yang dimaksudkannya adalah kaedah pengajaran yang memberikan banyak kebebasan tanpa gangguan dalam penulisan. Pelajar-pelajar digalakkan menulis karangan seberapa banyak yang boleh. Apabila guru membaca karangan pelajar, guru tidak menandakan sebarang kesalahan, tidak membuat catatan atau komen dan tidak juga 17

memberi markah di kiri kanan karangan tetapi pada penghujung karangan diberikan komen-komen yang positif sahaja. Kaedah perbincangan pula dimaksudkan kepada setiap karangan akan dibincangkan selama 30 - 50 minit di dalam kelas. Selepas karangan diperiksa akan dipulangkan kepada pelajar-pelajar dengan komen-komen positif dan negatif. Hasil kajiannya beliau mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik di antara kumpulan-kumpulan eksperimennya. Ini beerti menambahkan kekerapan menulis tidak menampakkan kesan kepada keberkesanan ekspresi.

Bagi Ujian menulis esei, Buxton mendapati kaedah perbincangan telah menunjukkan kualiti barangan yang lebih baik. Faktor lain yang mempengaruhi kualiti barangan pelajar ialah pendekatan yang melebihkan pemeriksaaan secara intensif. Pendekatan ini berpegang kepada keyakinan bahawa sekiranya karangan pelajar-pelajar diperiksa secara intensif berkenaan aspek-aspek penting dalam karangan, kemahiran mengarang pelajar akan dapat ditingkatkan. Kajian Burton dan Arnold (1963) misalnya telah mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kualiti karangan pelajar walaupun karangan mereka diperiksa secara intensif, diberikan markah dan gred.

McCarthy (1954) telah melaporkan bahawa terdapat juga pertalian yang positif dan signifikan di antara kualiti karangan pelajar dengan status sosioekonomi keluarga mereka. Beliau mendapati, pelajar-pelajar yang datang dari status sosioekonomi yang tinggi telah menghasilkan penulisan yang lebih baik khususnya dalam aspek struktur ayat dan perbendaharaan kata. Ini menunjukkan bahawa faktor sosial mempengaruhi kualiti karangan. Faktor lain yang mempengaruhi kualiti karangan ialah aliran persekolahan dan taraf kelulusan pelajar.

Raminah Hj. Shabran (1986) dalam kajiannya telah mendapati sedemikian. Beliau telah menjalankan kajian terhadap kesilapan nahu yang dilakukan oleh penutur-penutur

18

jati Bahasa Melayu ke atas guru pelatih tahun satu sebuah maktab perguruan di Kuala Lumpur. Beliau mendapati angkubah masa tidak mempengaruhi jumlah kesilapan. Dewasa ini, penggunaan komputer semakin meluas dalam bidang teknologi maklumat. Terdapat juga kajian untuk mengintegrasikan pemproses perkataan dalam pengajaran penulisan karangan. Percubaan dan kajian menggunakan pakej aplikasi komputer telah banyak dijalankan di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat (Opack dan Perushek, 1986). Sommers (1985) menyatakan bahawa penggunaan pemprosesan perkataan dalam penulisan karangan dapat membantu menghilangkan rasa bosan dan keperitan pelajar yang diakibatkan oleh kerja-kerja menulis semula. Pemproses perkataan menggunakaan komputer dapat menjadikan hasil tulisan bersifat draf dan memberikan peluang yang luas terhadap hasil tulisan untuk disunting sekehendak hati. Sulaiman Sarkawi (1993) telah mencadangkan rancangan pengajaran karangan yang menggunakan pemprosesan perkataan menggunakan komputer untuk pelajar-pelajar menengah rendah.

2.3

Rumusan Dalam pengajarannya, beliau membahagikan langkah perlaksanaan pengjarannya

seperti berikut iaitu:a. Aktiviti prapenulisan b. Draf Pertama c. Penulisan semula d. Draf akhir

Beliau mencadangkan kaedah ini kerana dalam draf pertama, pemprosesan perkataan dalam komputer dapat mencetak draf pertama manakala dalam proses penulisan semula, pelajar boleh menaip dan menyisipkan ayat yang hendak ditambah, menukarkan perkataan atau ayat, mengubah atau menambah perenggan dengan begitu mudah. Dalam draf akhir, proses penyuntingan dapat dilakukan dengan menggunakan 19

kemudahan menyemak ejaan dan tatabahasa. Kemudahan tesaurus boleh digunakan untuk mencari perkataan yang lebih sesuai termasuk untuk menggantikan perkataan yang berulang dalam satu ayat. Perubahan terhadap perenggan, jarak baris, jenis dan saiz font, nombor halaman, ruang kiri, kanan, atas dan bawah juga boleh disesuaikan. Ini menunjukkan penggunaan computer bantu meningkatkan kualiti karangan pelajar.

Kajian tindakan membantu guru untuk memperbaiki amalan P&P dalam bilik darjah. Tujuan kajian dan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan satusatu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan inovasi (BBM/BBB) yang digunakan. Pemilihan kaedah pengajaran dan bahan inovasi khusus untuk mengatasi satusatu masalah dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar menguasai kemahiran yang paling asas. Perbezaan tahap penguasaan dan aras kebolehan pelajar menyebabkan guru agak sukar untuk menyampaikan pengajaran berasaskan hanya satu kaedah bahkan guru terpaksa menjalankan beberapa aktiviti selari mengikut kumpulan. Keadaan ini menyebabkan guru terpaksa menanggung kerja yang lebih banyak untuk menyediakan bahan bantu mengajar.

Walau bagaimanapun, guru yang berdedikasi, berakautabiliti dan responsibiliti akan sentiasa mencari dan menguji kaedah serta bahan inovasi yang digunakan untuk mengatasi masalah pelajar. Guru akan sentiasa peka terhadap masalah pelajar dan mahu membantu mereka supaya dapat menguasai pelajaran dengan sebaik mungkin. Bagi tujuan latihan penghasilan kajian tindakan, BTPN Sabah sentiasa mengadakan Kursus Kajian Tindakan dan menubuhkan Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS). Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) yang telah ditubuhkan sejak tahun 2003, kini mempunyai lebih daripada 200 orang pengkaji yang telah dilatih dan sebahagian daripada mereka telahpun menghasilkan kajian amalan bilik darjah dan hasil inovasi masing-masing. Pada setiap tahun pihak BTPN Sabah akan mengadakan konvensyen inovasi untuk memberikan peluang kepada guru-guru membentangkan hasil inovasi dan kajian mereka

20

sebelum diterbitkan ke dalam jurnal. Kajian dan hasil inovasi yang dikenalpasti boleh dikongsikan kepada sekolah lain akan diperkenalkan. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak semua jurulatih kajian tindakan dan inovasi mengalu-alukan penyertaan daripada guru-guru yang bakal dinobatkan sebagai salah seorang guru kreatif dan inovatif. Justeru, guru kreatif dan inovatif juga bakal dicalonkan sebagai guru pakar pada masa akan datang. Untuk menjadi Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah, calon atau guru atau bakal pengkaji tersebut haruslah menjadi ahli pasukan kajian tindakan daerah dahulu dengan memohon kepada Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru (PKG) di daerah masing-masing. Borang khas perlu diisikan dan seterusnya calon akan diberikan bengkel khas sebagai panduan untuk melaksanakan kajian dan membina bahan inovasi pada masa akan datang.

Sejarah refleksi telah lama bermula iaitu sejak awal tahun 1930-an namun disebabkan elemen-elemen yang terkandung di dalamnya amat berharga dan efektif dalam membantu mempertingkatkan keprofesionalan individu maka penyelidikan tentang refleksi tidak pernah terhenti hingga ke abad 21. Menurut Ramsey (2003), pemikiran dan amalan refleksi kini telah berada di puncak perbincangan dalam dunia pendidikan sebagai suatu isu kritikal ke arah menyediakan guru dan pelajar yang mampu bermandiri dalam era globalisasi di abad ke-21 ini. Teknologi dan sistem maklumat yang canggih telah berupaya mengeluarkan pelajar dalam kepompong negaranya dan membuka ruang penerokaan terhadap setiap ceruk dunia sekaligus mendedahkan kepada pelbagai risiko pertembungan budaya dan limpahan maklumat yang tidak dapat dibuktikan kesahannya. Kewujudan pelbagai produk-produk ilmiah yang dipasarkan oleh para peniaga mencetuskan aneka pilihan kepada para guru dan pelajar untuk menerima bahan-bahan pengajaran yang tidak berkualiti. Oleh yang demikian, pelajar perlulah dibimbing dan dididik agar dapat berfikir dan bertindak untuk menapis, menentukan ketepatan dan kesahan sesuatu maklumat yang diterima, mengenalpasti permasalahan, mencari langkah penyelesaian dan membuat keputusan yang tepat sebagaimana yang terkandung dalam pemikiran agar mereka berupaya menyediakan diri untuk meneruskan kehidupan, bekerja dan mengharungi implikasi globalisasi (Rodgers, 2002). Sehubungan itu, bagi 21

mempertingkatkan keberkesanan pengajaran khususnya Bahasa Malaysia amat perlu menerapkan pemikiran dan amalan refleksi. Kepentingan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia tidak perlu diragui lagi berdasarkan segala pernyataan yang telah dijelaskan. Begitu juga ianya sangat perlu diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi membolehkan guru menyampaikan sesi pengajaran yang sempurna dan berkesan. Kajian yang dijalankan oleh Zembal-Saul et al. (2000) menegaskan bahawa guru perlu melaksanakan kitaran perancangan yang sistematik, pengajaran yang berjaya dapat menjamin penyampaian isi kandungan Bahasa Malaysia yang bermakna dan interaktif. Dalam kajian yang dijalankan oleh Abell dan Bryan (1999) ke atas empat orang guru mendapati amalan refleksi amat perlu dilaksanakan semasa proses pengajaran bagi membantu guru yang baru mula mengenal erti proses pengajaran mencari elemen yang seringkali menjadi halangan kepada mereka dan berusaha mencari alternatif bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Labrie et al. (2000) melakukan kajian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarahnya bersama bekas pensyarah yang pernah mengajar subjek tersebut di University of Queen. Hasil perbincangan yang dilakukan setiap kali selepas menghadiri kuliah tersebut telah membantu pensyarah tersebut memperbaiki aktiviti pengajaran yang dilaksanakan dari semasa ke semasa dan secara tidak sedar amalan refleksi yang dilakukan itu membantu pensyarah tersebut melaksanakan sesi perkuliahan yang bermutu.

Bagi Hudson dan Skamp (2003) guru walaupun sudah mempunyai pengalaman mengajar selama sepuluh tahun akan tetapi masih lagi tidak cukup untuk diisytihar sebagi guru cemerlang. Oleh itu, untuk mencapai ke tahap tersebut guru memerlukan kemahiran bagi melaksanakan amalan refleksi dalam pengajaran Hudson dan Skamp (2003) berpendapat semakin kerap guru menilai semula pengajaran yang dilaksanakan semakin mudah untuk guru sains mempersembahkan strategi pengajaran yang berkesan. Oven (2000) juga menyatakan bahawa guru di sekolah rendah amat perlu menjadi reflectively professional melalui kaedah inkuiri dan membuat perubahan dengan cara yang lebih kritikal. 22

Terdapat berbagai model gaya pembelajaran (Honey dan Mumford, 1992; Dunn dan Dunn, 1978). Honey dan Mumford (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku belajar yang diamalkan oleh individu. Menurut Dunn dan Dunn (1978), gaya pembelajaran adalah cara seseorang mula menumpu perhatian, memproses dan mengingat sesuatu maklumat yang sukar atau baru. Tujuan menguji gaya pembelajaran adalah untuk (a) mengenalpasti gaya pembelajaran yang paling berkesan bagi sesuatu individu, (b) mengenalpasti gaya pembelajaran yang tidak ketara, (c) mengenalpasti gaya pembelajaran secara tepat melalui instrumen tertentu, (d) mengelakkan salah tafsir tingkah laku dan mengenali tanda-tanda tingkah laku tertentu. Terdapat pelbagai model gaya pembelajaran seperti yang dijelaskan dalam bahagian yang seterusnya. Kajian ini menggunakan model Dunn dan Dunn untuk mengukur gaya pembelajaran responden kajian.

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, b) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu, c) gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan d) iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran. Dun dan Dunn menyatakan individu pelajar dapat mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1978) mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 5 bahagian iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Model Dunn dan Dunn telah digunakan untuk mengkaji pelbagai jenis pelajar dari peringkat tadika sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Lima kategori ini mempengaruhi keupayaan seseorang individu

23

terhadap persekitaran pembelajarannya. Rajah 1.6 di bawah menjelaskan elemen yang terdapat dalam gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978). Menurut Pollard dan Tan (1990), model pengajaran reflektif yang dikemukakan adalah merupakan satu proses yang dinamik dan diharapkan dapat membawa ke arah kualiti pengajaran yang lebih baik dan cemerlang. Model ini ringkas, komprehensif dan sudah pastinya membawa pengaruh yang besar dalam amalan pengajaran reflektif lebihlebih lagi ianya mengandungi elemen gagasan pemikiran yang diusulkan oleh Dewey dan menyediakan penjelasan prosedur pengajaran reflektif yang penting. Walau bagaimanapun, model ini boleh dipertingkatkan lagi keberkesanannya.

24

Bab 3 Kaedah Kajian 3.0 Pengenalan

Kaedah kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian. Kaedah kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999).

Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Bab ini terdiri daripada reka bentuk kajian, populasi, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian, penganalisis data dan kesimpulan. Input bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti prapenulisan seperti sumbangsaran, membaca dan mendengar, membuat tinjauan pendapat, mengkaji, bacaan cepat, perbahasan, mendengar kaset, membaca nota kuliah dan mendengar syarahan. Peringkat menulis draft pertama dijalankan diluar kelas dan pelajar diberitahu bahawa draf pertama tidak semestinya sempurna.

Semasa penilaian rakan sebaya pelajar-pelajar boleh dipecahkan secara berasingan atau bertiga di mana mereka diberikan panduan satu senarai semak untuk membuat komen ke atas isi kandungan sahaja. Contohnya apakah idea utama dalam perenggan atau apakah idea utama penulis? Dalam peringkat menulis draf kedua, pelajar digalakkan membuat perubahan pada kandungan karangan. Dalam bengkel menulis, guru mengajar karangan kepada pelajar seperi memberi definisi atau membuat koherensi, 25

melihat draf kedua dan membaca tiap-tiap draf sebanyak tiga kali. Bacaan pertama untuk mendapatkan idea keseluruhan. Bacaan kedua untuk memberi komen dan cadangan dan bacaan ketiga untuk menandakan kesalahan mereka. Sesi perbincangan guru murid adalah sesi di mana guru meminta murid memberitahu isi utama dalam karangan mereka. Dalam sesi ini, kelemahan tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan selepas perbincangan isi kandungan. Draf akhir dihantar bersama-sama dengan semua nota dan lampiran. 3.1 Reka Bentuk Kajian

3.1.1

Rajah 2 : Kitaran kajian tindakan

26

Banyak teknik yang dapat dipergunakan guru untuk meningkatkan motivasi murid dalam belajar. Guru hendaknya selalu ingat betapa pentingnya memberikan alasan-alasan kepada pelajar mengapa mereka harus belajar dengan sungguh-sungguh dan berusaha untuk berprestasi sebaik-baiknya. Guru juga perlu menjelaskan kepada pelajar-pelajar apa yang diharapkan dari mereka selama dan sesudah proses belajar berlangsung. Lebih jauh, guru perlu mengusahakan agar pelajar-pelajar mengetahui tujuan jangka pendek dari pelajaran yang sedang diikutinya.

Ingatlah bahawa ada cara-cara yang berkesan dan ada pula cara-cara yang tidak berkesan dalam memberikan penghargaan untuk meningkatkan kegiatan belajar, sikap terhadap belajar dan sikap terhadap diri sendiri murid, tetapi jangan lupa bahawa untuk pelajar-pelajar tertentu mungkin dapat merosak motivasi belajar mereka. Oleh kerana itu, anda sebagai guru harus berhati-hati dalam melaksanakan ujian dan memberikan angka atau markah kepada pelajar.

Guru melakukan sesuatu yang menimbulkan kekaguman kepada pelajar untuk merangsang perasaan ingin tahunya. Memang baik sekali untuk menimbulkan minat belajar, jika sekali-sekala guru memberikan aktiviti dengan memperkenalkan sesuatu yang baru bagi para pelajar. Berilah pelajar-pelajar kesempatan untuk mendapatkan penghargaan. Jadikan jangka masa belajar awal (permulaan) menjadi lebih mudah bagi pelajar dan usahakan agar semua pelajar mendapat kesempatan untuk merasa sukses.

Tingkatkan motivasi pelajar dengan merangsang perasaan ingin tahu dengan cara memperkenalkan contoh-contoh yang khas dalam menerapkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip. Doronglah pelajar untuk mempergunakan pengetahuan dan kemahiran

27

serta pengalaman yang telah mereka pelajari dari bahan pelajaran sebelumnya untuk mempelajari bahan-bahan yang baru. Cubalah masukan unsur permainan dalam proses belajar untuk menarik minat dan memudahkan pemahaman pelajar terhadap bahan yang dipelajari. Doronglah pelajar anda untuk melaksanakan usaha-usaha penemuan atau berbagai percubaan (penyelidikan) untuk menemukan sesuatu yang belum pernah ada.

3.1.2

Rajah 3 : Prosedur Kajian Tindakan Menurut Ernie Stringer

Menurut Ernie Stringer, prosedur dalam menjalankan kajian tindakan adalah seperti berikut: a. Merekabentuk kajian berdasarkan permasalahan yang telah dikenal pasti.

28

b. Mengumpul data daripada sumber yang pelbagai. c. Menganalisis data untuk mengenal pasti ciri penting dalam permasalahan kajian. d. Berkongsi hasil dapatan kajian. e. Menggunakan hasil kajian untuk membina penyelesaian permasalahan yang dikaji.

3.2

Populasi dan Sampel Kajian Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Sekolah Kebangsaan

Tigaman, Kota Merudu Sabah. Seramai 15 orang murid telah dijadikan responden dalam kajian ini, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tigaman, Kota Merudu Sabah. Pemilihan sekolah ini sebagai tempat kajian dibuat dengan mengambil kira pandangan Marshall dan Rossman (1995) yang menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian iaitu tidak ada halangan untuk menjalankan kajian. Ini kerana saya mengajar di kelas yang dikaji. Dalam hal ini, pengkaji mendapati guru-guru dan juga guru besar sekolah ini telah memberikan kerjasama yang baik. Pihak sekolah dan responden memberikan persetujuan untuk pengumpulan data.

Oleh sebab itu maka saya mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melaksanakan proses pengumpulan data dengan baik, serta wujudnya minat dan kerjasama daripada responden. Dalam hal ini pengkaji yakin dapat memperoleh data yang diperlukan untuk kajian ini kerana pengkaji mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir sekolah dan semua responden. Responden memberikan kerjasama semasa pengajaran, temu bual dan pemerhatian, dan juga semasa menjawab soal selidik.

3.3

Instrumen Kajian Pengkaji membina sendiri instrumen kajian berdasarkan kepada soalan-soalan

kajian. Satu set soal selidik disediakan dan soal selidik ini dijawab oleh responden. Soal

29

selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bahagian A berkaitan dengan demogra. responden, Bahagian B berkenaan dengan kesediaan guru, Bahagian C berkaitan dengan kesediaan murid dan Bahagian D berkenaan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Bahagian A mengandungi enam soalan, Bahagian B mengandungi lima soalan, Bahagian C pula lima soalan dan Bahagian D juga lima soalan. Selain itu, setiap kerja yang dihantar dan dibuat oleh murid perlu dipantau dengan menggunakan senarai semak yang telah sedia ada. Melalui senarai semak maka kerja murid-murid akan dapat dipantau dari masa ke semasa agar kemahiran penulisan dapat ditingkatkan dan walaupun murid-murid bukan Melayu tetapi mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Instrumen Penilaian Kendiri Senarai semak hasil kerja murid: Bil 01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. Item-item Bersih Idea Tersusun Mengikut Kehendak Soalan Huraian isi yang menepati Tatabahasa mudah difahami Tulisan mudah difahami Kreatif Ya (/) Tidak (X)

30

08.

Siap mengikut masa yang ditetapkan 3.3.1 Jadual 1: Instrumen Penilaian Kendiri

3.4

Penganalisaan Data Fasa pertama dalam menjalankan kajian tindakan ialah pengumpulan data yang

mana ia dapat membina kajian yang sah dan beretika. Pemerolehan sumber maklumat secara sistematik dapat menyumbang kepada pemahaman yang meluas terhadap topik kajian. Antara teknik yang digunakan dalam proses pengumpulan data bagi kajian tindakan ialah:

3.4.1

Temu bual Teknik yang paling asas dalam memperoleh pengalaman dan pandangan manusia

ialah melalui temu bual. Temu bual dilakukan dengan memberi sama ada soalan jenis berpandu ataupun jenis terbuka. Sebelum memulakan sebarang temu bual, penyelidik hendaklah membina hubungan kepercayaan dengan sampel atau peserta agar mereka berasa selesa ketika ditemu ramah dan dapat memberikan maklumat yang diinginkan dengan jelas dan lancar.

3.4.2

Pemerhatian Pemerhatian dalam kajian tindakan adalah jauh berbeza dengan pemerhatian dalam

kajian eksperimental. Dalam kajian tindakan, penyelidik mencatat pengulangan tingkah laku, perbuatan atau peristiwa tertentu dengan menggunakan kaedah pemerhatian yang berstruktur dengan baik. Sampel yang digunakan adalah lebih terbuka dalam memperoleh data mengenai tabiat dan sikap manusia bagi memahaminya dengan lebih mendalam.

31

Perkara yang menjadi pemerhatian adalah: manusia, tempat, tingkah laku, aktiviti, peristiwa, objek, tujuan, masa dan juga perasaan.

Guru haruslah berusaha untuk sedapat mungkin mengurangi persaingan di antara pelajarpelajar dalam meningkatkan motivasi untuk mencapai prestasi akademik. Jauhilah perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang dapat menimbulkan keengganan murid untuk belajar, sama ada yang merupakan ketidak-selesaan secara fizikal mahupun yang menyebabkan hilangnya harga diri pelajar. Jangan ada keinginan guru untuk menghukum pelajar dengan maksud agar pelajar akan belajar, tetapi sebaliknya berilah mereka penghargaan. Terakhir yang patut diperhatikan oleh guru dalam meningkatkan motivasi pelajar adalah bahawa guru hendaknya peka terhadap suasana atau iklim sosial sekolah dan benar-benar memahami bagaimana pengaruh iklim sosial itu terhadap nilai-nilai yang dipegang oleh para pelajar.

Guru hendaklah berhati-hati terhadap apa yang sedang berlangsung di dalam kelasnya dan mencuba merasakan apabila mengajar sesuatu topik dengan cara tertentu. Buatlah kumpulan pengalaman mengajar anda untuk dijadikan cermin dalam mengadakan perbaikan-perbaikan. Janganlah takut melakukan berbagai percubaan untuk menemukan cara yang terbaik dalam mengajar. Oleh kerana itu anda harus yakin akan pentingnya belajar melalui pengalaman. Jika suatu cara yang anda lakukan berjalan lancar, lakukan lagi; tetapi jika cara itu tidak atau sedikit sekali memotivasi murid dalam belajar, tinggalkan cara itu. Mengajar adalah suatu proses yang menuntut perbaikan secara cermat dan terus menerus.

32

Bab 4 Hasil Kajian 4.0 Pengenalan

4.0.1 Jadual 2: Hasil Kajian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Walaupun demikian, harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur dan berdasarkan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran. 33

Selain itu, Unsur Kemahiran Berfikir telah wujud secara tidak disedari oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Unsur Kemahiran Berfikir hadir dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu malah dalam aspek-aspek seperti penyoalan, aktiviti dan latihan bertulis, unsur tersebut telah terjelma dalam pengajaran lebih separuh daripada bilangan guru yang dijadikan sampel kajian. Carta palang majmuk berikut menunjukkan tahap kehadiran unsur Kemahiran Berfikir dalam setiap aspek yang dijadikan tumpuan kajian.

Oleh itu, guru perlu menyediakan minda dengan bahan-bahan bacaan ilmiah sebagai langkah-langkah berjaga agar setiap persoalan yang dikemukakan oleh anak didik kita, dapat kita bahaskan dengan penuh tanggungjawab. Bahan-bahan latihan yang kita sediakan perlulah diserapkan kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis . Walau bagaimanapun , dengan berpandukan jadual yang dipamerkan maka jelas kelihatan bahan-bahan yang digunakan adalah selaras dengan KBKK.

4.1

Profil Responden

Kajian ini juga ingin meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang penulisan karangan terutama murid-murid bukan Melayu. Aktiviti pembelajaran dengan menggunakan kaedah sumbang saran ini diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dengan itu mereka bersedia untuk belajar apabila mereka dapat melakukan perkara yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Selain itu, kajian tindakan dilakukan untuk menyediakan atau membekalkan atau memberikan kepada pengamal pendidikan dengan ilmu pengetahuan yang baru dan pemahaman untuk membolehkan mereka membaiki dan menambah baik amalan pengajaran mereka ataupun menyelesaikan masalah yang wujud

34

di dalam bilik darjah dan juga sekolah. Guru perlu membuat kajian tindakan sebagai satu usaha. Kajian tindakan memerlukan guru bertindak sebagai penyelidik yang mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya.

Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri dengan membuat pengubahsuaian terhadap amalan Pengajaran dan Pembelajarannya. Selain itu, dalam kajian tindakan, guru akan menjadi ketua bagi dirinya dalam mengawal dan menyusun proses kajiannya dan tidak memerlukan kepada arahan orang lain. Dengan itu, guru akan menjadi lebih kreatif dan kritis dalam membuat penyelesaian sesuatu masalah.

Namun semua ini akan dapat dilaksanakan sekiranya proses pengajaran dapat diubahsuai mengikut keadaan kerana mood murid-murid juga akan berubah-ubah mengikut persekitaran dan sama siapa mereka bergaul dan bagaimana amalan kehidupan mereka. Tidak ada yang boleh mengubah individu tersebut melainkan diri mereka sendiri. Maka teknik sumbang saran ini adalah salah satu ikhtiar para guru dalam mendidik anakanak didik mereka. Guru sebenarnya adalah insan yang paling hampir kepada muridmurid di sekolah malahan ada murid-murid yang lebih mempercayai segala apa yang diluahkan oleh guru mereka berbanding kedua ibu bapa mereka. Memang tidak dapat dinafikan bahawa teknik pengajaran memainkan peranan penting dalam memberikan keberkesanan pengajaran kepada anak didik kita. Oleh itu , seorang guru itu perlu sentiasa belajar untuk memahami sikap anakanak didik kita ataupun mencari jalan penyelesaian dalam aktiviti pengajaran. Kita perlu lebih berhati-hati dan peka terhadap anak-anak didik kita apa lagi kini masalah ibu bapa

35

yang sangat mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan perasaan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa seperti ini, mereka hanya mahukan menang sendiri dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak. 4.2 Dapatan Kajian

4.2.1

Rajah 4 : Peranan Guru

36

Berdasarkan dapatan yang terdapat pada grafik maka jelaslah bahawa kesediaan guru dalam memulakan pengajaran adalah sangat penting dan ini akan memudahkan lagi penyampaian pembelajaran kepada anak-anak didik.

Sumbangsaran juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (Brainstorming). Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang dikemukakan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea itu didapati kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

1. Peringkat Permulaan Guru mengemukakan soalan-soalan perbincangan. Guru menerangkan tujuan perbincangan. Guru menghuraikan garis panduan perbincangan. Guru membahagikan murid-murid dalam kumpulan-kumpulan kecil.

2. Peringkat Perbincangan Ahli-ahli kumpulan mencadangkan idea penyelesaian. Pelapor mencatat idea-idea yang dikemukakan.

3. Peringkat Penilaian Pelapor-pelapor membentangkan idea-idea di depan kelas. Guru membimbing murid membuat penilaian dan rumusan. Murid-murid mencatat pendapat-pendapat yang telah dipersetujui.

37

4.2.3

Rajah 5 : Peranan Murid

38

4.2.4

Jadual 3 : Senarai Semak

39

Dengan berpandukan senarai semak maka didapati ramai murid berminat dengan teknik sumbangsaran yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Inilah salah satu cara yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya ada banyak cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mendidik murid-murid agar dapat mencapai kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ini hanya bergantung kepada cara guru itu menyampaikan. Lagi kreatif cara penyampai maka lagi cepat berkesan . Selain itu, peranan murid amat penting dalam menjayakan teknik sumbang saran ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak maka teknik pengajaran ini tidak akan berkesan. Apa yang penting ialah sentiasa buat sesuatu cara yang boleh meninggalkan kesan di hati para pelajar. Pengajaran yang berkesan akan menjadi amalan dalam kehidupan para pelajar kita.

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 1 2 3 4 5 6 7 8 SS S TP TS STS

4.2.5

Jadual 4 : Carta Senarai Semak

40

Nama Penuh Singkatan SS S TP TS STS SANGAT SETUJU SETUJU TIDAK PASTI TIDAK SETUJU SANGAT TIDAK SETUJU

Daripada analisis kajian yang dibuat maka didapati murid-murid begitu berminat dengan teknik pengajaran sumbangsaran dan bila dilihat dengan teliti. Jumlah yang tidak pasti,tidak setuju dan sangat tidak setuju hanya sebilangan kecil sahaja. Selebihnya adalah sangat menyukai teknik ini kerana sumbangsaran dapat mengembalikan kenyakinan murid-murid untuk lebih berdaya saing dengan sihat. Walaupun ada segelintir yang kurang bersetuju atau sangat tidak bersetuju tetapi untuk lebih memantapkan lagi pengajaran tidak ada yang dapat menghalangnya.

4.3

Rumusan

Sumbangsaran akan memberikan peluang kepada setiap ahli dalam kumpulan kecil untuk mencadangkan pendapatnya. Idea-idea penyelesaian dihasilkan oleh murid-murid itu sendiri.Strategi pembelajaran juga berpusatkan murid agar mereka lebih mempunyai sikap berdikari. Selain itu, Sesi Sumbangsaran dapat melatih murid-murid berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional.Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan.Murid-murid ini dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain.Interaksi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan.Namun apa yang amat penting ialah sumbangsaran dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

41

Walaupun ada kelemahan seperti cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbangsaran memakan masa yang banyak tetapi murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya rendah.Maka itulah sebab mengapa perlukan guru sebagai fasilitator. Tidak dapat dinafikan bahawa banyak masa akan terbuang jika muridmurid lebih banyak menggunakan masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan.Oleh yang demikian, jika terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir.Di sinilah peranan guru diperlukan agar setiap pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan , sekurang-kurangnya tidak akan menimbulkan perasaan kecil hati murid yang berkenaan.

42

Bab 5 Penutup 5.0 Pengenalan Penggunaan teknik adalah penting bagi seseorang guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, penggunaan teknik-teknik tertentu (seperti yang diterangkan di atas) dapat membantu melancarkan pengajaran guru dan murid dapat mengikuti dan memahami apa yang telah diajarkan kepada mereka. Tegasnya, kedua-dua belah pihak mendapat faedah darinya. Walau bagaimanapun, pemilihan teknik itu haruslah disesuaikan dengan peringkat umur, kecerdasan dan kemampuan murid serta disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekali lagi ditegaskan bahawa tidak terdapat sebarang teknik yang dianggap terbaik dan sesuai untuk diaplikasikan dalam semua keadaan atau semua situasi pengajaran. Terpulanglah kepada guru untuk memilih teknik manakah yang patut dan sesuai untuk digunakan dalam proses pengajarannya.

Walau apapun teknik yang dilakukan, janganlah sampai merosakkan keaslian pengajaran tersebut. Jangan menokohtambah kaedah-kaedah yang akan membebankan guru-guru dan tidak lain dan tidak bukan anank-anak didik kita. Anak-anak itu merupakan sehelai kain putih yang bersih dan terpulang kepada kita untuk mencoraknya. Kalau corak yang kita berikan itu kurang menarik maka hasilnya juga kurang bermutu. Oleh itu, sebagai seorang guru yang profesional, kita haruslah memberikan hasilan yang kreatif dan kritis agar dapat dijadikan bahan yang menarik.

5.1

Ringkasan Kajian Idea-idea penyelesaian dihasilkan oleh murid-murid itu sendiri.Strategi

pembelajaran juga berpusatkan murid agar mereka lebih mempunyai sikap berdikari. Selain itu, Sesi Sumbangsaran dapat melatih murid-murid berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional.Penguasaan kemahiran lisan dapat

43

dikukuhkan dan dipertingkatkan.Murid-murid ini dilatih untuk menghormati pendapatpendapat orang lain.Interaksi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan.Namun apa yang amat penting ialah sumbangsaran dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian Perbincangan hasil daripada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa

keberkesanan Sesi Sumbangsaran dalam pengajaran adalah amat besar impaknya kepada anak-anak didik kita. Selain itu, Sesi Sumbangsaran dapat melatih murid-murid berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional.Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan.Murid-murid ini dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain.Interaksi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan.Namun apa yang amat penting ialah sumbangsaran dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih banyak menggunakan masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan.Oleh yang demikian, jika terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir.Di sinilah peranan guru diperlukan agar setiap pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan , sekurang-kurangnya tidak akan menimbulkan perasaan kecil hati dalam kalangan murid yang terlibat.

44

5.3

Kesimpulan Dapatan kajian

Kesimpulan daripada dapatan kajian ialah Sesi Sumbangsaran adalah satu teknik yang akan membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapat kita lihat analisis dalam bab 4. Dengan jelas menyatakan bahawa murid-murid sangat menyukai teknik ini kerana teknik ini memberikan mereka peluang untuk memandirikan diri agar dapat bersama-sama dengan rakan-rakan untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran. Cara ini juga membantu murid-murid agar lebih bersikap positif dan terbuka minda untuk meningkatkan pembelajaran. Seterusnya , teknik ini juga dapat mewujudkan sikap daya saing yang boleh diterima oleh semua orang. Murid-murid begitu berminat dengan teknik pengajaran sumbangsaran dan bila dilihat dengan teliti. Jumlah yang tidak pasti,tidak setuju dan sangat tidak setuju hanya sebilangan kecil sahaja. Selebihnya adalah sangat menyukai teknik ini kerana sumbangsaran dapat mengembalikan kenyakinan murid-murid untuk lebih berdaya saing dengan sihat. Walaupun ada segelintir yang kurang bersetuju atau sangat tidak bersetuju tetapi untuk lebih memantapkan lagi pengajaran tidak ada yang dapat menghalangnya.

5.4

Implikasi Dapatan Kajian Sumbangsaran merupakan satu teknik pembelajaran yang dapat membuat

pencambahan fikiran (Brainstorming). Teknik ini juga berbentuk perbincangan dan ia membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang dikemukakan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea itu didapati kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

45

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan Aktiviti pembelajaran dengan menggunakan kaedah sumbangsaran ini diterapkan

dalam pengajaran dan pembelajaran dan dengan itu mereka bersedia untuk belajar apabila mereka dapat melakukan perkara yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Kajian tindakan memerlukan guru bertindak sebagai penyelidik yang mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan muridmurid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalansoalan yang digunakan dan sebagainya.

Para guru haruskah menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri dengan membuat pengubahsuaian terhadap amalan Pengajaran dan Pembelajarannya. Selain itu, dalam kajian tindakan, guru akan menjadi ketua bagi dirinya dalam mengawal dan menyusun proses kajiannya dan tidak memerlukan kepada arahan orang lain. Dengan itu, guru akan menjadi lebih kreatif dan kritis dalam membuat penyelesaian sesuatu masalah. 5.6 Rumusan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur dan berdasarkan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.

46

Selain itu, Unsur Kemahiran Berfikir telah wujud secara tidak disedari oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Unsur Kemahiran Berfikir hadir dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu malah dalam aspek-aspek seperti penyoalan, aktiviti dan latihan bertulis, unsur tersebut telah terjelma dalam pengajaran lebih separuh daripada bilangan guru yang dijadikan sampel kajian.

47

Bibliografi Abdullah Hassan (1989). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distribution Sdn. Bhd. Abdul Rahim Mohd Saad (1996). Mereka Bentuk Teks Pengajaran Bahasa Secara Efisien dan Efektif. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ah Meng, Ee (2000). Psikologi Pendidikan II (semester II). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Amir Awang (1986). Teori-teori Pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Atan Long (1984). Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Anderson, L. (2004). From mechanics to meaning through formative peer feedback. Essential Teacher, 11, 54-56. Badger, R., & White, B. (2000). A process genre approach to teaching writing. ELT Journal,54(2), 153-160. Ferris, D. R. (2003). Response to student writing: Implications for second language students.Mahwah, NJ: Er1baum.

48

Flower, L., & Hayes, J. R. (1980). A cognitive theory process of writing. College Composition and Communication, 32, 365-387. Gibbons, P. (2005). Writing in a second language across the curriculum. Dalam P. A. Richard &A. M. A. Snow (Sid. Ed.), Academic success for English language learners (ms. 275-310). New York: Longman. Hansen, J. G., & Liu, J. (2005). Guidelines for effective peer response. ELT Journal 59(1),31-38.Mynard, J., & A1marzouqi, I. (2006). Investigating peer tutoring. ELT Journal, 60(1), 13-22. Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rollinson, P. (2005). Using peer feedback in the ESL writing class. ELT Journal, 59(1), 23-30. Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes.Cambridge, MA: Cambridge UP. Sharifah Alwiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan II: Psikologi Pembelajaran dan Kognitif, Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn.Bhd. Shok Mee, Lee (1991). Asas Pendidikan 2 - Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Soon Sang, Mok (1990). Pedagogi 4. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd _____________ (1997). Pedagogi: Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. _____________ (2000). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sulaiman Hamzah (1970). Aliran Pendidikan. Kelantan, Malaysia: Pustaka Aman Press.

49

Sulaiman Ngah Razali (1997). Pedagogi: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Yan, G. (2005). A process genre model for teaching writing. English Teaching Forum, 43(3), 18-22. Zahrah Mokhtar. 2002. Amalan Pengurusan Pentadbir Akademik Universiti: Satu Kajian Kes. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2000. Pengenalpastian Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa sebagai Satu Cara Mengatasi Masalah Kepelbagaian Pelajar dalam Kelas Bahasa. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000. 13-26. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2001. Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa: Metodologi, Dapatan dan Agenda Masa Depan. Language Reporter 2001: Issue. 189-207. Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak dan Juriah Long. 2002. Strategi Pembelajaran Bahasa dari Segi Jantina Pelajar Cemerlang: Satu Kajian Perbandingan. Proceeding of The International Conference on Education for All 2002. 1: 63-77. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2003a. Strategi Pembelajaran Bahasa Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa. 3(2): 263-319. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2003b. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa untuk Menguasai Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Virtec Journal. 3(2): 43-65. Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah dan Mohamed Amin Embi. 2003. Memperkasakan Pembelajaran Pelajar Melalui Kepelbagaian Strategi Pembelajaran Bahasa.

50

Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan 2003. 682699. Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak dan Juriah Long. 2003. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu: Satu Kajian Pemerhatian Kemahiran Lisan antara Pelajar Perempuan. Kertas Kerja dibentang di Persidangan Psikologi 2003 pada 9-11 Mei di Langkawi, Kedah anjuran Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

51

Lampiran

52