kajian tindakan satu kaedah meningkatkan minat murid darjah 4 terhadap mata pelajaran matematik

18
KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09 1.0 TAJUK KAJIAN Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik. 2.0 NAMA PENYELIDIK 1. Zulimah Binti Mukid 2. Noor Faizaliza Binti Mokhtar 3. Su Mou Jang 4. Amir Azros Bin Abdul Aziz 3.0 PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mengalami perubahan ketara bukan sahaja melibatkan perubahan sukatan bahkan dari segi pendekatannya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang disemak semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah memberi penekanan terhadap aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah dalam usaha untuk mewujudkan pembelajaran berkesan dan penguasaan pemahaman konsep matematik di kalangan murid. Murid perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan pemahaman konsep. Dalam usaha ke arah itu, murid perlu dikaji bukan sekadar tentang cara mereka belajar dan menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir serta berinteraksi dalam memahami sesuatu konsep matematik. Seperti kata Wood (1988), “Satu-satunya cara untuk mengelakkan 1

Upload: amirazros

Post on 27-Jul-2015

38.989 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mengalami perubahan ketara bukan sahaja melibatkan perubahan sukatan bahkan dari segi pendekatannya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang disemak semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah memberi penekanan terhadap aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah dalam usaha untuk mewujudkan pembelajaran berkesan dan penguasaan pemahaman konsep matematik di kalangan murid.

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

1.0 TAJUK KAJIAN

Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran

Matematik.

2.0 NAMA PENYELIDIK

1. Zulimah Binti Mukid

2. Noor Faizaliza Binti Mokhtar

3. Su Mou Jang

4. Amir Azros Bin Abdul Aziz

3.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mengalami perubahan ketara

bukan sahaja melibatkan perubahan sukatan bahkan dari segi pendekatannya.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang disemak semula oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah memberi penekanan terhadap aspek

pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah dalam usaha untuk mewujudkan

pembelajaran berkesan dan penguasaan pemahaman konsep matematik di kalangan

murid.

Murid perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap

matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan

pemahaman konsep. Dalam usaha ke arah itu, murid perlu dikaji bukan sekadar tentang

cara mereka belajar dan menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir

serta berinteraksi dalam memahami sesuatu konsep matematik. Seperti kata Wood

(1988), “Satu-satunya cara untuk mengelakkan dari terbentuknya salah faham konsep

adalah melalui perbincangan dan interaksi. Suatu masalah yang dikongsi dalam

perbincangan matematik, boleh menyelesaikan suatu masalah”.

Menurut Biggs (1990), perbezaan ini berlaku kerana proses pembelajaran

melibatkan teknik yang kompleks, strategi dan pendekatan yang mana di arah oleh nilai

dan sikap yang relevan. Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar

merangkumi motif, matlamat, sumber, kekangan, maklumat kemaskini, kebolehan,

1

Page 2: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

strategi pemantauan dan ‘finalising’. Kesemua elemen ini memaparkan satu jaringan

kerja yang kompleks yang mana ia akan membawa kepada pendekatan pembelajaran

yang berbeza bagi individu. Suasana pengajaran yang sistematik dan harmoni juga

merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pengajaran

dan pembelajaran. Ini dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dalam

matematik.

Dalam konteks ini, Biggs mengusulkan tiga jenis pendekatan yang dapat dirujuk

sebagai pendekatan permukaan, pendekatan dalaman dan pendekatan mencapai.

Pendekatan permukaan adalah dari motivasi luaran dan pendekatan ini menggalakkan

murid belajar secara mekanikal melebihi belajar untuk pemahaman. Pendekatan

dalaman digunakan apabila seseorang murid adalah dimotivasikan secara dalaman dan

gemar menggunakan strategi untuk memaksimumkan pemahaman. Pendekatan

mencapai pula didorong oleh motif untuk mencapai kejayaan dan penggalakan

penggunaan strategi yang dapat meningkatkan kemahiran belajar yang efektif (Maznah

et all, 1998).

4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah

bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang

berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah

keadaan demikian terjadi?

Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-

murid di sekolah rendah dan menengah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada

masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir

darab pada papan tulis dan murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian, murid-

murid menghafaznya dan meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal

oleh guru.

Selain itu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik

berkenaan. Akibatnya, murid-murid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab

tetapi tidak mengerti apa yang dilakukannya. Oleh sebab matematik merupakan mata

2

Page 3: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

pelajaran yang bertimbun dan memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar

dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan, pembelajaran matematik akan

bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga

kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal.

Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang

pakar, maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan cara-

cara bagaimana mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih

berkesan. Dengan mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik

matematik dapat memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan memasukkan topik-

topik matematik yang sesuai dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata

pelajaran matematik.

5.0 PENYATAAN MASALAH

Di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP)

mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas Matematik di kalangan 3569 orang

murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di seluruh negara pada

tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab

secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 %

ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong

kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat

mengatasi masalah akademik yang dialami oleh murid.

Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan

kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang

mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program

pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap

matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila

kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran Matematik dapat bermula

daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid

3

Page 4: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

mengalami masalah pembelajaran dalam Matematik tidak dibantu dan tidak diberi

bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi

kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi

untuk belajar Matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid-murid bermasalah dalam

menjawab soalan Matematik terutama sekali bahagian penyelesaian masalah. Ini

kerana kebanyakan dari mereka lemah dalam penyusunan ayat terutama sekali apabila

mata pelajaran Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Baretta-Lorton (1997) juga

menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita

memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman

teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah

tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita

disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah

mengira.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4 terhadap

mata pelajaran Matematik KBSR. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses

pengajaran dan pembelajaran Matematik kelihatan tidak menyeronokkan,

mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid

menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti dalam keadaan terkongkong

dengan teks. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat murid

kepada mata pelajaran Matematik dengan menjalankan aktiviti “Kad Interaktif

Bernombor”.

4

Page 5: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

6.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar darjah 4 terhadap

mata pelajaran Matematik.

6.2 Objektif Khusus

i. Penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid terhadap

mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan.

ii. Murid dapat memahami dan meningkatkan tahap penguasaan

dan pemahaman asas mata pelajaran Matematik melalui Kad

Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

iii. Murid dapat menggunakan Kad Interaktif untuk menyelesaikan

kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti tambah, tolak,

bahagi dan darab.

iv. Guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah satu alat

bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.

6.3 Soalan Kajian

i. Adakah penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid

terhadap mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan?

ii. Adakah dengan menggunakan Kad Interaktif murid dapat

meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman asas mata

pelajaran Matematik?

5

Page 6: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

iii. Adakah Kad Interaktif dapat digunakan oleh murid untuk

menyelesaikan kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti

tambah, tolak, bahagi dan darab?

iv. Adakah guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah

satu alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran

Matematik yang berkesan?

7.0 Definisi Konsep

7.1 Murid

Murid merujuk kepada 27 orang murid Darjah 4 Venus, Sekolah

Kebangsaan Balok, Kuantan yang telah dijadikan sampel untuk kajian

tindakan ini.

7.2 Guru Matematik

Merujuk kepada guru Matematik kelas tersebut yang akan menggunakan

kaedah Kad Interaktif Bernombor sebagai bahan & cara di dalam Proses

Pengajaran & Pembelajaran (P & P)

7.3 Guru Kelas

Merujuk kepada guru kelas Darjah 4 Venus yang menyokong tindakan

guru Matematik dalam meningkatkan kemahiran asas penguasaan

Matematik khususnya operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

6

Page 7: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

7.4 Matematik

Carl Friedrich Gauss merujuk Matematik sebagai "ratu kepada sains (ilmu

pengetahuan)". Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran

atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau dalam

erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga

ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak

menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai

lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan dengan kosa

kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami

hubungan fizikal dan konsep.

7.5 Kad Interaktif

Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk

berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna

boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan

hala tuju masing-masing semasa berinteraksi.

Kad Interaktif merupakan kepingan kad-kad manila kecil yang di

depannya dilekatkan gambar untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan (Gambarajah 1).

Gambarajah 1: Contoh Kad Interaktif

7

Page 8: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kajian ini

dapat dijalankan dengan sempurna.

8.1 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, beberapa kaedah akan digunakan dalam pengumpulan

data seperti:

a) Tinjauan Masalah

Salah satu kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpasti

murid lemah dan tahap penguasaan asas matematik di kalangan mereka

ini ialah melalui kaedah tinjauan. Kaedah ini sangat membantu penyelidik

untuk fokus kepada kumpulan murid-murid lemah dan mengenalpasti

sikap dan mencari punca pelajar-pelajar tersebut gagal menguasai asas

matematik dengan baik. Samaada tinjauan dibuat sendiri oleh penyelidik

ataupun ia boleh dilakukan oleh guru-guru sekolah yang mengajar di

kelas tersebut.

b) Sesi Temubual

Dalam kajian ini, kaedah temubual akan dijalankan untuk

mengumpul maklumat secara terus daripada kumpulan sasar. Temubual

dijalankan secara tidak formal. Hasil maklumat daripada temubual akan

dijadikan panduan asas bagi merangka kaedah intrumetasi bagi kajian

ini. Pada kebiasaanya, temubual boleh dilakukan samaada terus kepada

kumpulan sasaran yang ingin dikaji atau terhadap faktor-faktor

persekitaran seperti guru yang mengajar, ibu bapa atau rakan-rakan.

c) Pemerhatian

Pemerhatian akan dijalankan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung untuk mengenalpasti tahap sebenar

penguasaan asas Matematik di kalangan pelajar-pelajar darjah 4. Selain

8

Page 9: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

itu, kaedah ini akan dapat memberi gambaran tentang keberkenasan

kaedah pengajaran oleh guru di dalam kelas. Samaada minat terhadap

mata pelajaran Matematik tadi adalah kerana faktor guru atau faktor-

faktor lain.

d) Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam

penguasaan asas Matematik. Ini secara tidak langsung akan dapat

membantu penyelidik menilai tahap penguasaan asas Matematik sebenar

di kalangan murid-murid yang lemah. Ujian Pasca pula dijalankan untuk

menguji tahap keberkesanan kaedah ini untuk kumpulan sasaran.

e) Soal Selidik

Set Dokotomus digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan

persetujuan responden terhadap pernyataan minat responden terhadap

aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dengan menggunakan

skala pengukur “Ya” dan “Tidak”. Borang soal selidik akan disediakan dan

diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid

mengenai minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik sebelum

dan selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dijalankan.

f) Bahan-bahan dokumentasi

Dokumen-dokumen ini boleh membekalkan maklumat yang

berkaitan dengan isu atau masalah yang diselidiki. Ia merupakan bahan

yang penting untuk memahami tujuan, rasioal dan sejarah sesuatu

program atau sesuatu dasar. Contoh bahan-bahan dokumentasi seperti

kerja murid, jadual kedatangan sekolah, rekod keputusan peperiksaan,

rekod latarbelakang murid, kertas peperiksaan murid dan bab-bab dalam

buku teks yang yang dikaji.

9

Page 10: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

8.2 Kumpulan Sasaran

Berdasarkan kepada refleksi dan penyataan masalah di atas, didapati

bahawa murid lemah dalam mata pelajaran Matematik disebabkan oleh

kegagalan menguasai kemahiran asas Matematik. Kemahiran asas Matematik

adalah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Penguasaan kemahiran asas

matematik adalah penting agar murid boleh menguasai kemahiran-kemahiran

lain dalam matematik dan menyelesaikan masalah matematik seperti pecahan,

perpuluhan dan gandaan nombor. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada

kemahiran asas dalam matapelajaran Matematik seperti tambah, tolak, darab

dan bahagi. Sasaran kajian adalah 27 orang murid Darjah 4 Venus di Sekolah

Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang yang telah dikenalpasti mengalami

masalah tahap penguasaan asas Matematik yang lemah.

9.0 KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam

sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian

antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan

seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran.

Bagi pendapat kami kaedah pengajaran guru Matematik tersebut boleh

diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam

kelas namun kehilangan minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat

merbahaya pada diri seorang murid khususnya dan sekolah amnya. Kami yakin

jika kami dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap

mata pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.

Selain daripada itu, guru Matematik kelas tersebut dapat pula

meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) menggunakan

pelbagai pendekatan di dalam kelas dan seterusnya meningkatkan prestasi

akademik murid Darjah 4 Venus dalam mata pelajaran Matematik.

10

Page 11: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

Jelaslah di sini bahawa kajian ini amat penting dari sudut pembelajaran

kerana ianya memberikan peluang kepada murid untuk lebih memahami dan

meminati mata pelajaran ini. Apabila murid dapat menguasai asas matematik ini,

maka teknik ini dapat membantu murid untuk menguasai ke peringkat yang lebih

tinggi. Bagi guru pula, kaedah ini dapat membantu dalam proses pengajaran

kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama

lain. Lantaran itu, kaedah ini dapat menarik perhatian murid ketika proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan.

11

Page 12: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jenis Bahan Kegunaan Bil Kos Jumlah (RM)

Ketas A4 dan

belanja

percetakan

laporan

1. Soalan kaji selidik

2. Tujuan percetakan soalan

kaji selidik, laporan kajian,

membuat salinan laporan dan

tujuan penjilidan.

5 set 5X RM10.00 RM50.00

Permanent

Marker

1. Membuat carta yang

berkaitan

3 batang 3X RM 3.00 RM 9.00

Kertas Modul

Penyelesian

masalah

1. Untuk diberikan kepada

murid-murid

30 set RM 33.30 RM 33.30

Kos

pengangkutan

1.Berjumpa dengan guru dan

penyelia

4 kali RM 80.00 RM 80.00

Laporan kajian 1.Dijadikan contoh 5 salinan RM 5.70 RM 5.70

Alat tulis dan

dakwat

komputer

1. Penyedian soalan dan

peyedian untuk kajian

- RM 74.00 RM 74.00

Gambar

Dokmentasi

1. Bukti kajian RM 10.00 RM10.00

Cenderahati

kepada pihak

sekolah

1. Sumbangan dan

peghargaan kepada pihak

sekolah

2 buah 2X RM20.00 RM 40.00

Lain-lain

perbelanjaan

1. Untuk menyiapkan

penyelidikan

- - RM 50.00

JUMLAH RM 351.70

12

Page 13: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

11.0 JADUAL KERJA

Bil Aktiviti Tarikh

1. Menemubual guru 22 Julai 2009

2. Mengenalpasti masalah 28 Julai 2009

3. Menulis proposal kajian 28 Julai 2009

4.Perbincangan dan perbentangan proposal yang

hendak dijalankan30 Julai 2009

5. Pengesahan proposal 24 Ogos 2009

6. Analisis data 29 Ogos 2009

7. Merancang tindakan 4 September 2009

8. Perlaksanaan tindakan (a,b) 18 September 2009

9. Kumpul dan analisis data 20 September 2009

10. Laksana tindakan (c,d) 6 Oktober 2009

11. Kumpul dan analisis data 10 Oktober 2009

12 Laksana tindakan (e,f) 14 Oktober 2009

13. Kumpul dan analisis data 16 Oktober 2009

14. Refleksi kajian 17 Oktober 2009

15. Menulis laporan kajian 19 Oktober 2009

13

Page 14: Kajian Tindakan Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran Matematik

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kumpulan D – DPLI’09

14