kajian tindakan masalah membaca

10
KAJIAN TINDAKAN TAJUK: PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN UKONG LIMBANG, SARAWAK. 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya dan untuk menunaikan inovasi kurikulum ini, banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini, 3 kemahiran asas telah ditekankan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Kemahiran 3M merupakan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Dalam Kajian Tindakan ini, kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 2 telah dikenalpasti tahap pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca murid Tahun 2. Pendekatan Kaedah yang digunakan ialah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan kaedah fonik telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca. Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran, tindakan diambil untuk mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka memahami teks yang dibaca. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah murid-murid masih belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada di dalam tahun dua ataupun tahun yang seterusnya. Masalah ini juga sekarang mendapat perhatian umum. Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan apabila ramai pelajar gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. 1

Upload: ahmad-nazri

Post on 23-Jan-2018

3.327 views

Category:

Healthcare


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan masalah membaca

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK: PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM

KALANGAN MURID TAHUN 2 DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN UKONG

LIMBANG, SARAWAK.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun

1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya

dan untuk menunaikan inovasi kurikulum ini, banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan

di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini, 3 kemahiran asas telah

ditekankan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca, Menulis,

Mengira). Kemahiran 3M merupakan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar

bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam Kajian Tindakan ini, kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 2 telah

dikenalpasti tahap pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti

tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca murid Tahun 2. Pendekatan Kaedah

yang digunakan ialah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan kaedah fonik telah digunakan

untuk meningkatkan kemahiran membaca. Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap

kemahiran, tindakan diambil untuk mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka

memahami teks yang dibaca.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah murid-murid masih

belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada di dalam tahun dua

ataupun tahun yang seterusnya. Masalah ini juga sekarang mendapat perhatian umum.

Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan apabila ramai pelajar gagal membaca

walaupun sudah memasuki sekolah menengah.

1

Page 2: Kajian tindakan masalah membaca

Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti bacaan

nyaring manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan

kefahaman. kebiasaan murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa membaca dengan

berulang-ulang tetapi masalah ini bukan disebabkan oleh gagap. Malah terdapat juga murid

yang tidak mengenal huruf. Masalah tidak mengenal huruf ini menjadi punca utama

kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan

murid-murid akan menyebut sesuatu perkataan dengan sesuka hati atau dengan meneka

sahaja. Hal ini akan menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak akan bermakna atau berlainan

makna.

Selain itu, murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau perkataan. Salah

sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf ataupun tidak tahu

membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam kontek

ayat. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka membaca huruf, perkataan atau frasa

secara terbalik atau songsang. Contohnya seperti “bala” disebut “laba”.

Permasalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca

ini perlu diatasi dengan segera sebelum murid-murid ini melangkah ke peringkat yang lebih

tinggi lagi. Dalam situasi ini jika murid tersebut masih tidak dapat menguasai kemahiran

membaca maka mereka akan ketinggalam dalam kurikulum biasa dan seterusnya akan

tercicir dalam bidang pelajaran juga. Jika keadaan ini tidak di kawal dengan segera, keadaan

ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah. Murid-murid akan meningkat ke

peringkat sekolah menengah tanpa masalah akademik mereka pada peringkat sekolah rendah

dapat diselesaikan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, siapakah yang patut dipersalahkan

dalam hal ini?.

4.0 TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai kemahiran

membaca. Berbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan

peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang

bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah dan diikuti dengan KBSM di

sekolah menengah. Namun demikian, selepas fasa pertama KBSM didapati ramai pelajar

yang masih gagal dalam menguasai kemahiran 3M. Keadaan ini sangat menakitkan apabila

semakin ramai pelajar yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah.

2

Page 3: Kajian tindakan masalah membaca

Oleh yang demikian, penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh

manakah kemahiran membaca murid tahun 2 di sekolah Kebangsaan Ukong, Limbang ini

menguasai kemahiran membaca. Kajian ini melibatkan empat jenis ujian yang melibatkan

murid-murid membaca perkataan-perkataan mengikut konsonan dan vokal tertentu dan juga

kemahiran membaca teks pendek. Kemudian murid-murid akan dianalisis mengikut

kefahaman mereka terhadap setiap ujian yang telah dijalankan.

4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Dalam metodologi pendidikan ini akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian, sasaran

kajian, batasan kajian, dan juga instrumen kajian.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian tindakan ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan

awal. dalam tinjauan awal terhadap murid Tahun 2 SK Ukong Limbang, pencapaian

murid dalam kemahiran-kemahiran asas membaca dikenalpasti. Ujian awal

(diognostik) dilaksanakan. Antara ujian yang dilaksanakan ialah ujian 1 iaitu ujian

membaca perkataan suku kata KVKV, ujian 2 ialah ujian membaca perkataan

KVKVK, ujian 3 ialah ujian membaca perkataan VKVK, ujian 4 ialah membaca teks

pendek.

4.2 Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 30 orang murid tahun

2 Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak. Murid tahun 2 ini terdiri daripada

murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Murid telah

mengenal huruf vokal dan konsonan, namun belum berapa fasih membaca suku kata

perkataan dengan lancar.

4.3 Batasan Kajian

Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca

dalam kalangan murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak.

Fokus kajian ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran membaca KVKV,

KVKVK, VKVK, dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya.

Faktor murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca dengan lancar juga dikaji.

3

Page 4: Kajian tindakan masalah membaca

4.4 Instrumen Kajian

Instumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan ujian diognostik yang

merangkumi 4 bahagian iaitu, ujian pertama ialah ujian membaca perkataan suku kata

KVKVK, ujian yang kedua ialah ujian membaca perkataan KVKVK, ujian yang

ketiga ialah ujian membaca perkataan VKVK, dan ujian yang ke empat ialah ujian

membaca teks pendek iaitu 15 hingga 20 patah perkataan.. Setiap ujian ini dianalisis

keputusannya bagi mengenalpasti kelemahan yang dihadapi.

5.0 ANALISIS DATA KAJIAN

Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 14 Februari 2011 yang melibatkan 30 orang murid

tahun 2 Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak.. Murid-murid ini didedahkan

dengan kemahiran membaca. Dalam tinjauan awal, pencapaian pelajar dalam kemahiran-

kemahiran asas membaca dikaji. Ujian dagnostik awal telah dilaksanakan. Ujian dan

temubual berikut dilaksana:

Ujian 1 : Membaca perkataan suku kata KVKV

Ujian 2: Membaca perkataan KVKVK

Ujian 3: Membaca perkataan VKVK

Ujian 4: Membaca Teks pendek (15-20 perkataan

Analisis Data Ujian 1:

Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus0 – 8 Sangat lemah 12 11.19 – 16 Lemah 52 48.217 – 24 Sederhana 37 34.225 - 32 Baik 4 3.733 - 42 Sangat Baik 3 2.8

4

Page 5: Kajian tindakan masalah membaca

Dari data yang diperolehi sebanyak 6.5 peratus murid sahaja yang dapat menguasai

kemahiran ini dengan baik manakal 59.3 peratus berada pada tahap lemah. ini menunjukkan

murid masih belum dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata.

Analisis Data Ujian 2:

Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus0 – 4 Sangat lemah 48 44.45 -8 Lemah 26 24.1

9 – 12 Sederhana 30 27.813 - 16 Baik 3 2.817 - 20 Sangat Baik 1 0.9

Daripada data yang diperolehi daripada ujian ini mendapati, hanya 3.7 peratus murid sahaja

yang dapat menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan 68.5 peratus masih belum

menguasai kemahiran membaca KVKVK. Hal ini kerana murid-murid masih tidak dapat

membatangkan suku kata sebelum menyebut keseluruhan perkataan. Hal ini menyebabkan

murid-murid tidak dapat membaca perkataan yang telah diberikan.

Analisis Data Ujian 3:

Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus0 – 4 Sangat lemah 4 3.75– 8 Lemah 15 13.99 –12 Sederhana 30 27.813- 16 Baik 32 29.617 - 20 Sangat Baik 27 25

Daripada ujian ini pula, adalah didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 54.6 peratus boleh

memberi membaca VKVK dan hanya 17.6 peratus masih belum menguasai kemahiran ini.

hal ini kerana murid-murid lebih mengenal huruf vokal yang terdiri daripada a.e,i,o dan u

tetapi masih lemah dalam menguasai huruf konsonan yang lain.

Analisis Data Ujian 4:

Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus0 – 4 Sangat lemah 4 3.75– 8 Lemah 15 13.99 –12 Sederhana 30 27.8

5

Page 6: Kajian tindakan masalah membaca

13- 16 Baik 32 29.617 - 20 Sangat Baik 27 25

Daripada ujian yang terakhir iaitu kemahiran membaca teks didapati sebahagian murid iaitu

sebanyak 54.6 peratus boleh memberi membaca teks dan hanya 17.6 peratus masih belum

menguasai kemahiran ini.

5.0 CADANGAN TINDAKAN

Bagi cadangan tindakan ini, tindakan awal yang boleh dijalankan bagi membantu murid-

murid ini menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata

KV dan KVK ialah dengan mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai. Dalam kajian ini,

pengkaji mencadangkan kaeadah pembelajaran masteri. Kaedah pembelajaran masteri ini

dilaksanakan dengan mewujudkan beberapa Stesen Bacaan di dalam kelas di mana, guru

menggunakan beberapa sudut di dalam bilik darjah sebagai stesen bacaan. Di setiap stesen

bacaan ini disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti kad suku kata, kad perkataan,

kad ayat, dan cerita-cerita pendek.

Tujuan stesen ini diwujudkan ialah untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk

mengisi masa terluang mereka selepas mereka selesai melakukan sesuatu aktiviti. Bagi

murid-murid yang telah berjaya membaca bahan-bahan yang disediakan di setiap stesen

dengan lancar, bolehlah diberikan ganjaran sebagai peneguhan positif kepada murid-murid

berkenaan. Contoh-contoh setiap stesen adalah ditunjukkan seperti dibawah:

STESEN 1

Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan

KV dan KVK seperti ‘kasut’ dan ‘jalur’. Murid-murid dikehendaki mengeja dan

membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad

tersebut.

KAD SUKU KATA

+ = kasut

6

ka sut

Page 7: Kajian tindakan masalah membaca

+ = jalur

+ + = memasak

+ + + = sekolah

Penggunaan warna untuk setiap suku kata dalam kad bacaan adalah penting. Ini bagi

memudahkan murid mengeja suku kata tersebut berdasarkan warna tersebut.

STESEN 2

KAD PERKATAAN

7

ja lur

me ma sak

se ko lah

memasak

tembikai

permata

membaca

Page 8: Kajian tindakan masalah membaca

Kad perkataan ini juga dihasilkan dalam bentuk warna yang mana setiap suku kata

diwakilkan dengan warna yang berlainan. Penggunaan warna ini juga bertujuan untuk

memudahkan para murid membaca perkataan tersebut berdasarkan warna dan juga sekaligus

menarik perhatian mereka terhadap kad-kad bacaan yang dipamerkan.

STESEN 3

KAD AYAT

Aktiviti pada stesen tiga ini merupakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Stesen tiga ialah

aktiviti yang berkesinambungan daripada stesen-stesen yang sebelumnya.

STESEN 4

Aktiviti dalam stesen 4 ini ialah murid disediakan dengan sebuah buku yang mengandungi

gambar dan ilustrasi yang menarik dan dilengkapi dengan ayat-ayat pendek yang mudah

dibaca oleh murid. Jika murid berjaya melepasi tahap ini, bermakna mereka sudah fasih

membaca ayat-ayat pendek.

7.0 SKEDUL/ JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

PERKARA TARIKHPenerimaan Projek 6 Januari 2011

8

Ibu memasak nasi di dapur dadadadapaydapur

Hobi kakak membaca buku

Page 9: Kajian tindakan masalah membaca

Kajian awal 11 Januari 2011Pernyataan masalah 13 Januari 2011Pembentukan soalan ujian murid 15 Januari 2011Kajian lapangan 14 Februari 2011Pengumpulan data 19 Februari 2011Cadangan kajian 22 Februari 2011Penyerahan projek 18 Mac 2011

8.0 JADUAL KEWANGAN

9.0 KESIMPULAN

Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya

memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. justeru, guru perlu

memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini

demikian kerana, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata

tidak mencukupi, oleh itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian

pengajarannya.

Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid

Tahun Dua dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran

guru. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan

kadar kehadiran mereka untuk datang kesekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan

dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang

dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada

pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan

yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat.

BIBLIOGRAFI

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman

Malaysia Sdn. Bhd.

9

Page 10: Kajian tindakan masalah membaca

Kajian awal 11 Januari 2011Pernyataan masalah 13 Januari 2011Pembentukan soalan ujian murid 15 Januari 2011Kajian lapangan 14 Februari 2011Pengumpulan data 19 Februari 2011Cadangan kajian 22 Februari 2011Penyerahan projek 18 Mac 2011

8.0 JADUAL KEWANGAN

9.0 KESIMPULAN

Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya

memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. justeru, guru perlu

memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini

demikian kerana, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata

tidak mencukupi, oleh itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian

pengajarannya.

Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid

Tahun Dua dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran

guru. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan

kadar kehadiran mereka untuk datang kesekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan

dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang

dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada

pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan

yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat.

BIBLIOGRAFI

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman

Malaysia Sdn. Bhd.

9