kementerian pendidikan malaysia kurikulum · pdf file(kssrpk) masalah pembelajaran dibina...

42
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN EMPAT

Upload: dangduong

Post on 30-Jan-2018

248 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

BAHASA MALAYSIA MASALAH PEMBELAJARAN

TAHUN EMPAT

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,
Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

BAHASA MALAYSIA

MASALAH PEMBELAJARAN

TAHUN EMPAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2 MATLAMAT 1

3 OBJEKTIF 1

4 STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

5 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3

6 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 4

7 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

8 FOKUS MATA PELAJARAN

i. Matlamat

ii. Objektif

iii. Pelaksanaan Subjek Modul

6

9 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 11

10 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 17

11 PENTAKSIRAN 17

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,
Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan

(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan

bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang

pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran

bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan

murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan

pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru

boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau

pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata

pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan

matlamat Pendidikan Khas”.

KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang

diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti

secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran

supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan

berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk

memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara

menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap

kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi,

rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis

dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih

bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

berdikari dalam kehidupan seharian

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

2

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan bekerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan

diri dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk

berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan

menepati tatasusila masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan

seharian bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain

utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu

dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah

dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

STANDARD KANDUNGAN

Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

STANDARD PEMBELAJARAN

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan

pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang dinyatakan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang

seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran

berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras

rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan

kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

4

KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara

bahagian berkenaan

Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi

justifikasi

Mencipta menghasilkan idea atau produk atau

kaedah yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata

pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti

berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah

dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti

peta pemikiran, peta minda, dan ThinkingHats serta penyoalan aras

tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid

berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif

dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan

Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR

dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi.

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

5

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,

pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana

idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang

diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam

menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu

dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka

berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan

seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan

warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai

matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

pelajaranTeknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang

berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan

secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan

menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang

difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat.

Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan

kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,

kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan

kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan

murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk

keusahawanan; dan

Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,

perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

6

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam

KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran

digubal untuk membolehkan murid menguasai asas berbahasa dan

boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,berdikari,

memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkan

maklumat, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan

bermakna.

Fokus

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum

StandardSekolah Rendah Masalah Pembelajaran berkeupayaan

dapat:

i. Mendengar, mengecam, mengajuk, memahami dan

menyebut bunyibahasa perkataan, frasa dan ayat dengan

betul;

ii. Mendengar, memahami dan memberi respon berdasarkan

arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

iii. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang

sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal

dengan betul dan bertatasusila;

iv. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara

mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

v. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada

pelbagai bahan dan memberi respons dengan betul;

vi. Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkayakan

kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

vii. Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

viii. Menulis secara mentalis dengan betul dan kemas;

ix. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan

betul;

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

7

x. Menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan,

pembacaan dan penulisan; dan

xi. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,

semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti

berbahasa.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran

bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran

bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

i. Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar meliputi keupayaan murid

mendengar denganteliti, memahami dan menghayati

secara lisan perkara yang didengar dalam situasi

bercerita dan mendiskriminasikan perkataan serta

memberirespons

ii. Kemahiran Bertutur

Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran berkomunikasi

untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan

maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif

dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul

secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga

diberikanpada penggunaan tatabahasa yang betul

iii. Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid

membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan

kelancaran yang betul. Penekanan perludiberikan pada

aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai

bahansecara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik

membaca. Di samping itu murid dapat menghayati teks

yang dibaca.

iv. Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid

menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai

jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan

dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan

perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis,

tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas

dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan

kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur

pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran

bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam

pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

8

Aspek Seni Bahasa

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami,

mengungkapdan menghargai bahasa yang indah melalui

pembelajaran yangmenyeronokkansecara didik hibur. Murid

memperolehi bahasa yang indahsecara didik hibur daripada teknik

bercerita dan berpuisi. Seni bahasa inimenampakkan

keindahanbahasa dari aspek pembentukan ayat yangmenggunakan

personafikasi yang terdapat dalam bercerita dan berpuisi.Idea

ini dapat dilahirkan dalam bentuklisan dan penulisan.

Aspek Tatabahasa

Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan

tatabahasa denganbetul dan tepat dalam konteks yang diajarkan

secara terancang

Sistem Bahasa

Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata,

sebutandan intonasi. Perlaksanaan sisitem bahasa dalam

pengajaran danpembelajaran. Bahasa Malaysia membolehkan

murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

Penjelasan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

Tatabahasa

Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis

i. Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk

dangolongankata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran

ataulambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bentuk kata pula ialahunit tatabahasa sama ada bentuk tunggal.

Golongan katapula ialah prosesmenjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaanbentuk atau fungsi dengan anggota yang

lain dalamgolongan yangsama;

a) Struktur kata majmuk pola suku kata bagi:

i) kata asli bahasa Melayu

b) Bentuk kata terdiri daripada:

i) kata tunggal

c) Golongan kata terdiri daripada:

i) kata nama

ii) kata kerja

iii) kata adjektif

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

9

ii) Sintaksis

Sintaksis ialah bidang bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan

binaan ayat. Ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian tentang

hukum ataurumus tatabahasa yang menjadi dasar kaedah

penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok

perkataan untuk membentuk ayat.

Aspek tumpuan sintaksis adalah seperti berikut:

a) Unsur utama yang terdiri daripada kata,

frasa, klausa dan aspekpembinaannya

serta pembahagian subjek dan predikat.

b) Jenis ayat iaitu ayat penyata dan ayat

tanya

c) Binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal

dan ayat majmuk

iii) Tanda Baca

Tanda baca perlu dikuasai dalam

komunikasi tulisan untuk memastikan

keselarasan dan juga makna yang tepat.

Contohnya, koma dan tanda

noktahmewakili hentian di dalam pertuturan.

Penggunaan tanda baca yang yang

betuldapat mewakili intonasi dalam bacaan

dan tulisan.

iv) Sistem Ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah:

a)Pola keselarasan huruf vokal

b) Ejaan kata pinjaman

c) Ejaan kata dasar

v) Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid

dapat menyebutperkataan danayat yang betul

serta memahami intonasi dan jeda.

Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan

mengenal pasti danmembezakan pelbagai

aspek dalam sebutan dan intonasi supaya

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

10

murid dapat menyampaikan maksud dengan

tepat.

a) Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat

menyebut sesuatu katadengan betul.

Sebutan bahasa Malaysia yang diajarkan di

Sekolahhendaklah menggunakanbahasa

Melayu baku.

b) Intonasi

Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul

hendaklah diajarkanmengikut pola ayat

yangberikut:

i) ayat penyata

ii) ayat tanya

iii) ayat perintah

iv) ayat aktif

v) ayat pasif

c) Kosa kata

Kosa kata daripada kata umum dan istilah.

Penguasaan kosakata perlu

dipertingkatkan dan diperkembangkan agar

muriddapat mengungkapkanmaklumat dan

buah fikiran selaras dengan penambahan

ilmu dalam mana-manamata pelajaran

yang dipelajari di peringkat ini.

Pelaksanaan Modul

Modul Pengajaran

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard

Kurikulum Mata pelajaran bahasa Malaysia untuk membantu

guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru

boleh mengubahsuai atau membina modul yang

bersesuaian mengikut keperluan murid. Penglibatan murid

yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran

Modul pembelajaran Mata pelajaran Bahasa Malaysia juga

disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi

lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan

murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran.

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

11

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penekanan 5P

Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P

iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan

pengayaan. Hal ini selaras dalam usaha memenuhi konsep

bersepadu dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi

pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti berikut;

i. Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini,

beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga

dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat

dalam standard kandungan.

ii. Penyerapan

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,

unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh

diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan

disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.

iii. Penilaian

Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran

dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk

mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan

pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian perlukan dijalankan secara berterusan dalam

prose pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses

penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti

dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap

seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau

pengayaan.

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

12

iv. Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid

menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai

dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini

terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan,

dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-

peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.

Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar

kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

v. Pengayaan

Program pengayaan disediakan untuk memantapkan

kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid

hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan

secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan

bacaan tambahan kad, permainan dan bahan aktiviti boleh

diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran

dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal

daripada jangka masa yang ditentukan.

Pendekatan berpusatkan murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran

Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan

mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui

pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina kenyakinan

berbahasa.

Pendekatan Tematik

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia

diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran

bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan

pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di

samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih

mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancagan dan penentuan

tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian

dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya

kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.

Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

13

i) Kebudayan, Kesenian dan Estetika

Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi

elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat

pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya.

Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni

budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas

pembentukan jati diri warga Malaysia.

ii) Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan

Tema jati diri, patriotisma dan kewarganegaraan merujuk

kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan

yang seimbang dari segi fizikal, mental , emosi dan rohani

serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban

demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk

melahirkan masyarakat madani yang mempunyai semangat

kekitaan dan setia kepada negara.

iii) Sains, Teknologi dan Inovasi

Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu

pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji,

dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu

yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar

dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk

menghasilkan sesuatu yang berinovasi.

iv) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan

murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk

kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan

bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema

ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan perihatin serta

bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan

teknologi hijau.

v) Pertanian dan Penternakan

Tema pertanian dan perternakan memberi murid

pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan

secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan

untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang

bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

14

vi) Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan

Kewangan

Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang

perniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan

dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan

untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang

ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam

kehidupan.

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas

3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi

mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Antaranya adalah:

i) Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran

dan pembelajaran dalam kumpulan murid belajar

bersama-sama, saling belajar dan membantu antara

satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu

tugasan. Ahli kumpulan bekerja, berkongsi idea,

bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat

sendiri dan kumpulan. Ia mewujudkan interaksi dan

kerjasama serta semangat berpasukan di dalam

kumpulan bagi mencapai matlamat pembelajaran.

ii) Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah

pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan

pengalaman harian individu, masyarakat dan

persekitaran. Pembelajaran berlaku apabila murid

berupaya berhubungkaitkan pengetahuan terbaharu

secara bermakna dan menghayati proses

pembelajaran dalam kehidupan mereka.

iii) Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui

pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis

dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama

ada dari segi percambahan idea, menyelesaikan

masalah atau membuat keputusan adalah penting

dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada

masa hadapan.

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

15

iv) Didik Hibur

Didik Hibur adalah satu pendekatan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran secara santai dan

berhibur yang terancang dan bersistematik dengan

penekanan pelaksanaannya terhadap dua elemen

komponen sastera iaitu nyanyian dan puisi.

v) Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk

perkataan, frasa dan ayat. Murid perlu

menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang

telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah

yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid

berfikir secara kritis dan kreatif.

vi) Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan Projek memastikan

murid menggunakan maklumat lama dan baharu

untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini

melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu,

menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Ini

dapat membantu guru menilai perkembangan murid

dan kualiti pembelajaran murid. Murid lebih

bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu

projek.

vii) Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan

dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk

membina pemahaman dan pengetahuan

barumereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia

ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin,

faham dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

viii) Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran ini memberikan murid kepada teknik

belajar yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini

membolehkan murid meningkatkan pengetahuan

dan cekap bertindak untuk menghadapi situasi yang

sentiasa berubah-ubah untuk pembelajaran

sepanjang hayat.

ix) Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan

pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin

terhadap sesuatu perkara atau isu yang lampau,

masa kini dan akan datang. Perkara seperti ini

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

16

memberikan murid untuk menjangka, meramal serta

menangani perubahan semasa supaya mereka

mendapat memanfaat sepenuhnya.

x) Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran akses kendiri ialah memberi peluang

murid belajar secara kendiri dengan menggunakan

bahan pembelajaran. Murid diberi peluang untuk

memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau

kemajuan mereka sendiri. Ini memberi peluang

mereka bertanggungjawab terhadap hasil

pembelajaran mereka.

xi) Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Pembelajaran luar bilik darjah adalah aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang terancang,

berstruktur dan berpusatkan murid. Kaedah ini

mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep

yang dipelajari di bilik darjah. Ia memberi

pengalaman pembelajaran di dalam situasi yang

sebenar untuk mengembangkan kemahiran sosial

dan kerja berpasukan.

xii) Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteriadalah memastikan murid

menguasai sesuatu hasil pembelajaran sebelum

berpindah keunit seterusnya. Pembelajaran ini

dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil untuk

mudah dikuasai murid.

Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan kemudahan pusat sumber dan komputer adalah

digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan

yang berunsur ilmu dan disesuaikan dengan murid hendaklah

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aksesinternetdapat memberi peluang kepada murid di dalam

mendapatkan sumberpengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu:

Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah satu dokumen bertulis

yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang

dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan

panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan

boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

17

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid

Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai

disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid

pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan

dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan

penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang

disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah

tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut

dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada

kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid

itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat

negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan

lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan

mengukuhkan pembelajaran murid, dan meningkatkan pengajaran

guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang

telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula

daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen

pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan

dan pelaporan.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak

sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan

seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang

memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas

daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan

potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

18

PS mempunyai ciri-ciri berikut:

Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan

tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta

pengamalan nilai murni.

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring

dengan PdP.

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

Merujuk Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran

yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

- Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring

denganprosesPdP.

- Pentaksiransumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi

untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran

serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan

mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam

dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan

pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan

prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang

kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk

kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam

masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran

dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan individu lain. Pihak

sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam

bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek

tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

masing.

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

19

Standard Prestasi

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan

pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan tahap penguasaan murid dalam perkembangan atau

kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu

terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar

(konstruk) dan perkembangan menegak (Tahap Penguasaan).

Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier

menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul

menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambah

baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran

Rujukan Standard.

Kerangka Standard Prestasi

Tahap

Penguasaan Huraian Tahap Penguasaan

1 Sangat Terhad

2 Terhad

3 Memuaskan

4 Baik

Tahap

Penguasaan Huraian Tahap Penguasaan

5 Sangat Baik

6 Cemerlang

Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda

aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi

tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok

standard. Standard ialah satu pernyataan tentang

sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan

bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang

individu.

Tafsiran Umum Keseluruhan

TAHAP PENGUASAAN

MAKSUD TAFSIRAN UMUM

1 Tahu Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau member respons terhadap perkara yang asas.

2 Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

20

TAHAP PENGUASAAN

MAKSUD TAFSIRAN UMUM

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut proseduratau secara sistematik.

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

Tafsiran Umum Keseluruhan Tahap Penguasaan Untuk

Bahasa Malaysia

Tahap ini menandakan pencapaian murid berdasarkan Dokumen

Standard Kurikulum dan Prestasi Bahasa Malaysia KSSR

dalam kemahiran bahasa.

Tahap

Penguasaan Tafsiran

1

Murid mempamerkan tahap

pengetahuan bahasa dan kecekapan

berbahasa yang sangat lemah, sangat

terhad dan memerlukan banyak

bimbingan, panduan, dan latihan dalam

kemahiran bahasa.

2

Murid mempamerkan tahap

pengetahuan bahasa dan kecekapan

berbahasa yang lemah, terhad dan

memerlukan sedikit bimbingan,

panduan, dan latihan dalam kemahiran

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

21

Tahap

Penguasaan Tafsiran

bahasa.

3

Murid berupaya mempamerkan tahap

pengetahuan bahasa dan kecekapan

berbahasa yang sederhana dan

berupaya mengungkapkan idea serta

menguasai kemahiran berfikir yang

asas tanpa bimbingan dalam

kemahiran bahasa.

4

Murid berupaya mempamerkan tahap

pengetahuan bahasa dan kecekapan

berbahasa yang baik, dapat

mengaplikasikan pengetahuan bahasa

dengan berkesan, berupaya

mengungkapkan idea, menguasai

kemahiran berfikir yang kritis, dan

mengamalkan pembelajaran kendiri

secara minimum dalam kemahiran

bahasa.

Tahap

Penguasaan Tafsiran

5

Murid berupaya mempamerkan tahap

pengetahuan bahasa dan kecekapan

berbahasa yang tinggi, berupaya

mengungkapkan idea dengan jelas dan

terperinci, berkomunikasi secara efektif,

mengaplikasikan pengetahuan bahasa

yang lebih kompleks, menguasai

kemahiran berfikir yang kritis dan

kreatif, serta mengamalkan

pembelajaran secara kendiri dalam

kemahiran bahasa.

6

Murid berupaya mempamerkan tahap

pengetahuan bahasa dan kecekapan

berbahasa yang cemerlang dan

konsisten, berupaya mengungkapkan

idea dengan jelas, terperinci dan

tersusun, menguasai kemahiran berfikir

yang kritis, kreatif dan inovatif,

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

22

Tahap

Penguasaan Tafsiran

berkomunikasi secara efektif dan penuh

keyakinan, mengamalkan pembelajaran

secara kendiri serta menjadi model

teladan kepada murid yang lain dalam

kemahiran bahasa.

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah

dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang

dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada

waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap

keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah

disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard

pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap

muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik

dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari

dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi

panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti

yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah

dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh

dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah

pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,

bukan hasil akhir yang diperoleh.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.

Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif

atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan

pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

23

pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains

adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan

folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

24

KEMAHIRAN MENDENGAR

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.1 Mendengar dan memahami arahan

1.1.1 Mendengar arahan

1.1.2 Mendengar dan memahami arahan

1 Memberi respons secara lisan dan gerak laku terhadap arahan

yang didengar

2 Menyebut arahan yang didengar

3 Menyusun ayat arahan yang didengar

4 Menyampaikan arahan didengar berpandukan gambar

5 Menyampaikan arahandidengar dengan tepat

6 Menyampaikan arahan dengan yakin, kreatif dan mempengaruhi

khalayak

1.2 Mendengar dan memahami pesanan

1.2.1 Mendengar pesanan

1.2.2 Mendengar dan memahami pesanan

1 Memberi respons secara lisan dan gerak laku terhadap pesanan

yang didengar

2 Menyebut pesanan yang didengar

3 Menyusun ayat pesanan yang didengar

4 Menyampaikan pesanan didengar berpandukan gambar

5 Menyampaikan pesanan didengar dengan tepat

6 Menyampaikan pesanan dengan yakin, kreatif dan mempengaruhi khalayak

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

25

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.3 Mendengar dan memahami cerita

1.3.1 Mendengar dan memberi respons kepada cerita yang diperdengarkan

1.3.2 Memahami dan menyebut semula perkataan-perkataan yang didengar dalam cerita

1.3.3 Memahami cerita berpandukan gambar

1.3.4 Menyambung cerita berpandukan gambar

1 Menyatakan maklumat daripada cerita yang didengar

2 Memberi respons secara lisan dan gerak laku terhadap cerita yang didengar

3 Menyusun ayat dari cerita yang didengar

4 Menceritakan semula cerita didengar dengan betul berpandukan gambar

5 Menyampaikan cerita yang didengar dengan betul

6 Menyampaikan cerita dengan yakin, kreatif dan mempengaruhi khalayak

Page 34: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

26

KEMAHIRAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.1 Bertutur

2.2 Bercerita dengan sebutan yang jelas

2.1.1 Bertutur tentang pengalaman atau gambar mengenai;

i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah 2.2.2 Bercerita tentang pengalaman atau gambar mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

1 Menyatakan maklumat mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

2 Berbual mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

3 Memberi respons secara lisan tentang; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

Page 35: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

27

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4 Bercerita mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

5 Bekomunikasisecara bertatasusila mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

6 Berceritamengenaiahlikeluarga, rakan, guru, PPM dansekolahdenganmenggunakanintonasi

yang betul,sebutan yang jelasdankosa kata yang luas

Page 36: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

28

KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.1 Membunyikan suku kata

3.2 Mengeja dan membatangkan perkataan

3.3 Membaca secara mekanis

3.1.1 Membunyikan suku kata KVKK 3.2.1 Mengeja dan membatang perkataan VKVKK 3.2.2 Mengeja dan membatang perkataanVKKVK 3.2.3 Mengeja dan membatang perkataan KVKK 3.2.4 Mengeja dan membatang perkataan VKVKK 3.2.5 Mengeja dan membatang perkataan KVKVK 3.2.6 Mengeja dan membatang perkataan KVKKKV

1

Mengajuk dan membunyikan suku kata dan perkataan

2

Mengeja dan membatang suku kata dan perkataan

3

Menyatakan maksud perkataan,frasa dan ayat yang dibaca

Page 37: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

29

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.2.7 Mengeja dan membatang perkataan KVKKVKK 3.2.8 Mengeja dan membatang perkataan KVKKKVKK 3.2.9 Mengeja dan membatang perkataan vokal berganding 3.3.1 Membaca kuat perkataan yang telah dipelajari 3.3.2 Membaca kuat frasa yang mengandungi perkataan telah dipelajari 3.3.3 Membaca kuat ayat tunggal yang mengandungi perkataan telah dipelajari

4

Membaca dan memahami maksud perkataan, frasa dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

5

Membaca perkataan, frasa dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi

6

Memahami dan memindahkan maklumat daripada bahan grafik dan bahan bukan grafik

Page 38: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

30

KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.1 Menulis secara mekanis

4.2 Menghasilkan penulisan mentalis

4.1.1 Menulis suku kata KVKK 4.1.2 Menulis perkataan VKVK 4.1.3 Menulis perkataan VKKVK 4.1.4 Menulis perkataan KVKK 4.1.5 Menulis perkataan VKVKK 4.1.6 Menulis perkataan KVKVKK 4.1.7 Menulis perkataan KVKKKV

1

Menyalin suku kata dan perkataan

2

Menulis dan memahami suku kata dan perkataan

3

Membina dan menulis perkataan,frasa dan ayat berpandukan;

i.gambar ii.perkataan

Page 39: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

31

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.1.8 Menulis perkataan KVKKVKK 4.1.9 Menulis perkataan KVKKKVKK 4.1.10 Menulis perkataan vokal berganding 4.1.11 Membina dan menulis frasa berpandukan: i. gambar ii. perkataan 4.1.12 Membina dan menulis ayat tunggal 4.2.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif berpandukan gambar

4

Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber

5

Menghasilkan penulisan berbentuk naratif berpandukan gambar

6

Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara bertatasusila

Page 40: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

32

KEMAHIRAN SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian

5.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas 5.1.2 Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku.

1 Menyebut seni kata lagu.

2 Menyebut dan memahami seni kata lagu.

3 Menyanyi dengan gerak laku

4 Mencatat maklumat yang betul berdasarkan seni kata lagu.

5 Merekacipta seni kata lagu berdasarkan melodi yang didengar

6 Mempersembahkan lagu secara kreatif

5.2 Melafazkan dan memahami puisi dengan betul menggunakan bahasa yang indah

5.2.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan gerak laku 5.2.2 Melafazkan dan memahami maksud pantun empat kerat dengan gerak laku

1 Melafazkanpantun

2 Melafaz dan memahami maksud pantun

3 Berpantun dengan gerak laku

4 Mencatat maksud pantun.

5 Mencipta pantun secara kreatif

6 Berpantun secara kreatif

Page 41: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

DRAF

33

KEMAHIRAN TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

6.1 Mengenal dan menggunakan golongan kata mengikut konteks

6.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia mengikut konteks 6.1.2 Mengenal dan menggunakan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

1 Menyatakan dan memahami kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

2 Menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia

mengikut konteks

3 Berkomunikasi menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

4 Membanding beza dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

5 Menghubungkait dan membina ayat menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

6 Menghasilkan bahan grafik menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

Page 42: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF file(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah ... Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604

PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

http//www.moe. gov.my/bpk