kajian terhadap amalan dan tingkahlaku pengguna terhadap penggunaan lestari dan kualiti hidup

14
KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Hampir semua bidang dikaitkan samaada secara langsung atau tidak langsung dengan konsep penggunaan dan kualiti hidup termasuklah bidang fizik, ekologi, ekonomi dan sosiologi. Ini tidak menghairankan kerana kualiti hidup itu sendiri adalah matlamat terakhir yang ingin dicapai oleh semua bidang walaupun pengertian yang diberikan kepada kualiti hidup itu sendiri adalah pelbagai. Secara kasarnya, ahli fizik mendefinisikan penggunaan sebagai kesan yang berlaku apabila bahan atau tenaga diubah. Ahli ekologi mendefinisikan penggunaan sebagai apa yang dilakukan oleh satu kumpulan ke atas kumpulan yang lain. Ahli ekonomi pula mendefinisikan penggunaan sebagai bagaimana pengguna menggunakan

Upload: mandalina-landy

Post on 21-May-2015

12.615 views

Category:

Business


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP

PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Hampir semua bidang dikaitkan samaada secara langsung atau tidak langsung dengan

konsep penggunaan dan kualiti hidup termasuklah bidang fizik, ekologi, ekonomi dan sosiologi.

Ini tidak menghairankan kerana kualiti hidup itu sendiri adalah matlamat terakhir yang ingin

dicapai oleh semua bidang walaupun pengertian yang diberikan kepada kualiti hidup itu sendiri

adalah pelbagai. Secara kasarnya, ahli fizik mendefinisikan penggunaan sebagai kesan yang

berlaku apabila bahan atau tenaga diubah. Ahli ekologi mendefinisikan penggunaan sebagai apa

yang dilakukan oleh satu kumpulan ke atas kumpulan yang lain. Ahli ekonomi pula

mendefinisikan penggunaan sebagai bagaimana pengguna menggunakan wang manakala ahli

sosiologi mendefinisikan penggunaan sebagai tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk

menyamai orang lain. Penggunaan juga adalah penentu kepada kesejahteraan dimana

penggunaan dapat dilihat sebagai penentu modal insan dan merupakan input utama dalam fungsi

sosial dan ekonomi negara. Konsep penggunaan dalam konteks ini yang lebih menyeluruh

merangkumi pemilikan, guna, dan pelupusan barangan dan perkhidmatan. Berdasarkan

Page 2: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

pengertian yang menyeluruh ini dapatlah disimpulkan bahawa kesejahteraan hidup adalah

matlamat akhir penggunaan isirumah (Magrabi, 1991).

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini menumpukan perhatian kepada amalan dan tingkahlaku pengguna terhadap

penggunaan lestari dan kualiti hidup kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Pada masa kini,

amalan penggunaan barangan atau perkhidmatan yang tidak lestari menyebabkan kuantiti

sampah semakin bertambah dan mengakibatkan masalah kekurangan tempat menyimpan dan

memproses dimana ini menyebabkan amalan penggunaan lestari semakin berkurang. Pada masa

kini banyak pihak membincangkan isu globalisasi yang secara langsung atau tidak langsung akan

mempengaruhi penggunaan. Hasil yang paling ketara daripada globalisasi ini ialah budaya

penggunaan dan konsumerisme, sama ada dari segi material atau bukan material. Budaya ini

meletakkan nilai dan kepercayaan material sebagai pengukur kejayaan dan cara hidup dimana

pada masa yang sama, nilai murni dan cara hidup tradisi perlahan-lahan dipinggirkan. Di dalam

konteks pembangunan yang berorientasikan gaya hidup mewah pada masa kini, pengguna

banyak membazir dan ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

Isu alam sekitar pada abad ke-21 ini secara globalnya banyak tertumpu kepada perkara yang

boleh mengancam keharmonian, keindahan dan kesejahteraan hidup manusia. Menyedari tentang

seriusnya pencemaran alam sekitar inilah yang telah mewujudkan kesedaran baru yang dikenali

sebagai pembangunan lestari yang diharap dapat menyederhanakan gaya hidup pengguna.

Page 3: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i. Untuk mengenalpasti amalan penggunaan lestari dikalangan pelajar Universiti Putra

Malaysia

ii. Untuk mengukur kualiti hidup pengguna bagi membantu pengguna kearah penggunaan

lestari

iii. Untuk mengenalpasti tingkahlaku pengguna terhadap penggunaan lestari

1.4 Hipotesis Kajian

Hipotesis-hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Hipotesis 1

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan pengguna yang melakukan pengunaan

barangan atau perkhidmatan yang tinggi berbanding isi rumah yang kurang menggunakan barang

dan perkhidmatan

Hipotesis 2

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekerapan pengguna dalam melakukan amalan

penggunaan lestari dan kualiti hidup.

1.5 Kepentingan Kajian

1.5.1 Kepentingan kepada khazanah ilmiah

Dari segi khazanah ilmiah, kajian ini diharapkan dapat menyokong dan mengukuhkan teori dan

model kajian terdahulu berkaitan amalan dan tingkahlaku penggunaan lestari. Di samping itu,

kajian ini juga dijalankan bagi menambah bilangan kajian yang berkaitan dengan psikologi

Page 4: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

pengguna yang dirasakan amat kurang dijalankan terutama di Malaysia. Dapatan dari kajian ini

juga menambahkan bahan bacaan umum dalam bentuk artikel atau jurnal.

1.5.2 Kepentingan kepada manusia

Kajian ini dapat memberikan gambaran tentang tingkahlaku penggunaan lestari terhadap

penggunaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas kearah mencapai

kualiti hidup yang lebih baik.. Justeru, kajian ini akan cuba mengenalpasti pembolehubah yang

mempengaruhi corak perbelanjaan didalam pembelian dan penggunaan barangan. Selain itu,

dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada perbendaharaan ilmu pengguna

1.6 Limitasi Kajian

i. Tiada peruntukan: Peruntukan bagi membuat kajian tidak disediakan dimana ini telah

menghadkan kajian kami dari segi saiz sampel dan kawasan kajian. Hasil yang lebih

komprehensif juga sukar dihasilkan

ii. Borang soal-selidik: Beberapa borang soal-selidik yang dipulangkan oleh responden

adakalanya tidak lengkap, maka ia tidak dapat digunakan dalam hasil kajian kami.

iii. Tiada kerjasama : Ada diantara responden yang kurang memberi kerjasama dan ini akan

menyukarkan kami dalam proses untuk mendapatkan maklumat daripada responden.

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Harga

Konsepsual : Jumlah wang yang dikenakan untuk mendapatkan sesuatu produk atau

perkhidmatan atau jumlah nilai (wang) yang diperuntukkan untuk mendapat faedah

daripada sesuatu barangan atau perkhidmatan ( Kotler dan Armstrong,2004 )

Page 5: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

Operasional : Harga bagi sesuatu barangan sama ada tinggi atau rendah dan membuat

perbandingan harga bagi barangan yang sama.

1.7.2 Jenama

Konsepsual : Jenama ialah perkataan, simbol atau rekabentuk atau kombinasinya yang

digunakan untuk mengenalpasti sesuatu produk atau perkhidmatan penjual di samping

membezakan sesuatu produk atau perkhidmatan dari yang lain (Kotler dan

Armstrong,2004 )

Operasional : Jenis sesuatu barangan yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh

pengeluar (pembuat,pengilang) tertentu.

Page 6: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

1.8 Kerangka Konsep

Demografi

-Tempat

-Pendapatan

-Pekerjaan

-Budaya

Amalan Penggunaan

-Kekerapan

Ciri-ciri Produk

-Citarasa

-Harga

-Jenama

Badan-badan yang terlibat

-Kerajaan

-Bukan kerajaan

Tingkahlaku penguna dalam penggunaan lestari ke arah kehidupan yang lebih sejahtera

Tahap penggunaan lestari ke arah kehidupan yang lebih sejahtera

Page 7: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

Rajah ini menunjukkan kerangka kerja konsep “Amalan penggunaan lestari kearah

kehidupan yang lebih sejahtera”. Kajian tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari

didahului dengan mengenalpasti ciri-ciri demografi seperti kawasan tempat tinggal, perbezaan

pendapatan, jenis pekerjaan dan budaya yang pelbagai. Ciri-ciri demografi ini dapat

mempengaruhi tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih

sejahtera. Isi rumah yang tinggal dikawasan bandar dan mempunyai pendapatan yang tinggi

lebih cenderung kearah pembelian barangan dan perkhidmatan yang mempunyai harga yang

tinggi berbanding penduduk luar bandar yang mempunyai pendapatan yang rendah lebih

cenderung membeli barangan yang mempunyai harga yang lebih murah. Untuk mencapai

kesejahteraan, perbezaan yang keterlaluan boleh menbawa kesan yang buruk dan tahap

penggunaan yang terlalu rendah pula akan menyebabkan isi rumah gagal memenuhi keperluan

asas untuk perkembangan fizikal dan mental. Perbezaan jenis pekerjaan bergantung kepada taraf

pendidikan yang menentukan kadar pendapatan sekaligus mempengaruhi corak pembelian

barangan dan perkhidmatan kearah amalan penggunaan lestari yang lebih sejahtera. Budaya juga

menentukan amalan penggunanan lestari pengguna yang dapat dilihat dari segi amalan yang

dilakukan dan diamal oleh setiap pengguna.

Tingkahlaku amalan penggunaan lestari dapat diatur dari segi kekerapan amalan ini

diamalkan. Amalan penggunaan lestari pengguna dapat memberi gambaran terhadap

keberkesanan amalan penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Ciri-ciri produk

seperti citarasa, harga dan jenama barang dan perhidmatan terhadap pengguna mempengaruhi

pembelian barangan dan perkhidmatan, pengaruh media masa seperti iklan, ciri produk dan harga

merupakan elemen yang yang penting didalam meningkatkan citarasa pengguna terhadap

Page 8: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

pembelian barangan dan perkhidmatan, ini juga bergantung kepada kepentingan produk tersebut

terhadap pengguna didalam memenuhi keperluan dan kehendak.

Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seperti NGO, swasta dan pertubuhan merupakan badan-

badan yang terlibat didalam menentukan menciptaan barangan oleh industri bagi

memperkasakan penggunaan lestari. Keempat-empat aspek ini dapat menentukan tingkahlaku

pengguna dalam penggunaan lestari dan seterusnya dapat menentukan tahap penggunaan lestari

kearah kehidupan yang lebih sejahtera.

Page 9: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Kajian Literatur

Fakta-fakta asas tentang amalan dan tingkahlaku penggunaan lestari adalah lebih mudah

dipastikan dengan menggunakan pemerhatian yang asas. Menurut satu kajian yang dijalankan

iaitu bukan sahaja melihat kepada input penggunaan seperti penentuan tentang apa yang perlu

dihasilkan, bagaimana input digunakan dalam proses pengeluaran, agihan barangan dan

perkhidmatan yang dihasilkan, tetapi juga mengaitkan penggunaan dengan tahap hidup

(Magribi,1991). Menurut Motavalli (1996), Di Negara perindustrian sudah jelas bahawa tahap

penggunaan yang tinggi tidak bermakna pencapaian yang lebih tinggi ataupun kehidupan yang

lebih baik. Kualiti hidup adalah subjektif yang dilihat daripada pelbagai aspek kesejahteraan

termasuklah keadaan hidup yang dialami, kepuasan terhadap keperluan dan kehendak,

kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan bukan material serta kebebasan manusia (United

Nation,1954 ). Menurut Glenn (1989) lagi, proses penggunaan adalah melibatkan tiga aktiviti

atau keputusan:

• Menentukan kehendak kumpulan atau individu.

• Mencari dan membeli produk.

• Menggunakan produk untuk mendapatkan faedah

Oleh itu, pengguna boleh dirujuk kepada sebahagian orang yang menunjukkan salah satu

daripada aktiviti dalam proses penggunaan tersebut dan juga seseorang yang menunjukkkan

ketiga-tiga aktiviti tersebut.

Page 10: KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk

kuantitatif. Kaedah kuantitatif yang merupakan satu proses yang logik membawa kepada

kesimpulan berdasarkan sesuatu ketentuan atau fakta yang telah diketahui benar.

3.2 Lokasi Kajian

Kajian ini dibuat dikalangan pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang. Lokasi kajian ini

adalah disekitar kawasan Universiti Putra Malaysia.

3.3 Persampelan

i. Data primer akan dikumpulkan daripada 100 orang pelajar UPM yang akan dipilih secara

persampelan berkelompok dengan mengisi borang soal selidik di dalam kampus.

ii. Kami memilih persampelan berkelompok kerana kaedah tersebut dapat mewakili sesuatu

populasi kajian.

iii. Seramai 100 orang pelajar akan dipilih daripada setiap fakulti di UPM yang dapat

mewakili sampel setiap fakulti.