kajian tahap pengetahuan penyakit hiv aids dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di smk tambun, ipoh...

104

Click here to load reader

Upload: muhammad-nasrullah

Post on 14-Jan-2017

1.364 views

Category:

Health & Medicine


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV/AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK

TAMBUN, IPOH PERAK.

BIL NAMA NO. MATRIKS

01 MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD ALI BPP2013 – 1661

02 MUHAMMAD KHUSHAIRY BIN MD KHAIRAT BPP2013 – 1659

03 NUR SHUHADA BINTI ABDULLAH BPP2013 – 1695

04 NURUL JAMEELAH BINTI HASSIM BPP2013 – 1703

UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA KEHENDAK KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

TARIKH PENYERAHAN : 01 OKTOBER 2015

NAMA PENYELIA : JAAFAR B. ABU SEMAND

IPLO

MA

PEM

BA

NT

U PE

RU

BA

TA

N K

SKB

SAS 2013

Page 2: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

BIL. NAMA NO. K/P NO. KAD MATRIX

1 MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD ALI 911016-xx-xxxx BPP2013 – 1661

2 MUHAMMAD KHUSHAIRY BIN MD KHAIRAT 940720-xx-xxxx BPP2013 – 1659

3 NUR SHUHADA BINTI ABDULLAH 920621-xx-xxxx BPP2013 – 1695

4 NURUL JAMEELAH BINTI HASSIM 940902-xx-xxxx BPP2013 - 1703

Page 3: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

PENGAKUAN

“ Kami mengakui bahawa karya kajian tahap pengetahuan penyakit HIV / AIDS

dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di SMK Tambun, Ipoh Perak merupakan hasil

kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah

kami jelaskan sumbernya ”

…………………………………MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD ALI

911016-xx-xxxx

…………………………………MUHAMMAD KHUSHAIRY BIN MD KHAIRAT

940720-xx-xxxx

…………………………………NUR SHUHADA BINTI ABDULLAH

920621-xx-xxxx

…………………………………NURUL JAMEELAH BINTI HASSIM

940902-xx-xxxx

Page 4: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca, Ucapan ribuan terima

kasih tidak terhingga kepada semua pengajar, ahli keluarga dan rakan-rakan

seperjuangan yang terlibat secara lansung menjayakan kertas kajian ini. Kerjasama

dan bantuan yang dihulurkan dalam mempersiapkan kertas kajian ini akan dikenang

seumur hidup kami. Penghargaan tidak terhingga juga kami sampaikan kepada

Penyelia HSR kami, Encik Jaafar Bin Abu Seman yang juga Penyelaras bersama

Kelas Diploma Pembantu Perubatan Kumpulan 32 bersama Encik Pairul Hisham B

Awang atas kesempatan yang diperuntukkan mencurah ilmu dan juga tidak jemu

memberikan panduan, dorongan serta membimbing kami bersama sehingga lahirnya

sebuah kajian yang kami boleh banggakan. Tidak juga dilupakan Pengetua SMK

Tambun , Encik Rosli Bin Shuaid yang membenarkan kami melakukan kajian

melibatkan pelajar beliau. Seterusnya, Ucapan terima kasih dipanjangkan kepada

pelajar tingkatan 5 SMK Tambun yang terlibat sebagai responden kerana memberikan

kerjasama dan kepada ahli keluarga tersayang yang banyak memberikan galakkan

yang membina kepada kami dalam terus berusaha dan meningkatkan kualiti diri dalam

profession yang dipilih. Semoga segala apa yang kami curahkan ini akan diberkati

Allah S.W.T dan menjadi panduan berguna kepada para pembaca sekalian dan bakal

penyelidik akan datang.

Page 5: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

ABSTRAK

PENGENALAN :. Penyakit AIDS (sindrom kurang daya tahan melawan penyakit)

berpunca daripada virus HIV (Human Immunodeficiency virus ). secara ringkasnya

merupakan penurunan daya keimunan terhadap serangan penyakit sehingga

membawa maut.

KENYATAAN MASALAH Belakangan ini penularan penyakit HIV / AIDS

menunjukkan trend peningkatan. Oleh itu melalui kajian penyelidik dapat menilai

sejauh manakah pemahaman pelajar daripada kalangan remaja ini mengenai

penyakit HIV / AIDS. Selain itu, Pengkaji juga cuba mengenalpasti faktor-faktor

yang mempengaruhi tahap pengetahuan dan memberikan cadangan untuk

mempertingkatkan pengetahuan pelajar tentang penyakit HIV / AIDS

METODOLOGI : Seramai 30 orang responden dipilih dalam kalangan pelajar

tingkatan 5 SMK Tambun daripada pelbagai bangsa, agama dan jantina dipilih

secara rawak. Kaedah kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah deskriptif

kuantitatif.

DAPATAN KAJIAN : Keputusan kajian mendapati faktor media massa dan

elektronik yang paling banyak menyumbang dalam tahap pengetahuan pelajar

mengenai penyakit HIV / AIDS iaitu sebanyak 90%. Namun, Faktor pengaruh

rakan sebaya dan ibubapa paling kurang menyumbang iaitu hanya 10% dalam

tahap pengetahuan pelajar .

CADANGAN : Kempen-kempen tentang bahayanya penyakit AIDS haruslah

dilakukan dengan lebih kerap tanpa mengira batasan umur dan sempadan

geografi

Page 6: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

SENARAI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

1.2 KENYATAAN MASALAH

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.4 DEFINISI OPERASIONAL

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

1.6 RUMUSAN

Page 7: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

BAB 2 KAJIAN SEMULA

2.1 PENGENALAN

2.2 KAJIAN-KAJIAN DALAM NEGARA

2.3 KAJIAN-KAJIAN LUAR NEGARA

2.4 RUMUSAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

3.3 LOKASI KAJIAN

3.4 SAMPEL KAJIAN

3.5 ALATAN KAJIAN

3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

3.7 KAEDAH MENGANALISIS DATA

3.8 ISU ETIKA

3.9 LIMITASI KAJIAN

3.10 RUMUSAN

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN

4.2 DEMOGRAFIK

Page 8: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

4.3 TAHAP PENGETAHUAN

4.4 RUMUSAN

BAB 5 PERBINCANGAN

5.1 PENGENALAN

5.2 PERBINCANGAN

5.3 RUMUSAN

BAB 6 RUMUSAN

6.1 PENGENALAN

6.2 DAPATAN KAJIAN

6.3 CADANGAN

6.4 RUMUSAN

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN A – BORANG PROPOSAL

LAMPIRAN B – CARTA GANTT

LAMPIRAN C – CARTA BUIH

LAMPIRAN D – BORANG SOAL SELIDIK

Page 9: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Penyakit AIDS berpunca daripada virus HIV (Human Immunodeficiency virus ).

Virus HIV atau virus kurang daya tahan manusia yang membawa kepada

penyakit AIDS (sindrom kurang daya tahan melawan penyakit) secara ringkasnya

merupakan penurunan daya keimunan terhadap serangan penyakit sehingga

Page 10: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

suatu tahap pesakit mudah dijangkiti pelbagai mikroorganisma dan sistem

keimunannya lumpuh sepenuhnya sehingga membawa maut.

Penularannya di seluruh pelusuk dunia telah mencecah sebanyak 39.5 juta orang

seperti yang dilaporkan dalam Global Summary of the AIDS Epidemic

(UNAIDS,2006) . Di asia sahaja bilangan orang yang hidup dengan membawa

gen HIV/AIDS positif mencecah 8.6 juta. Malaysia juga tidak terkecuali terpalit

dengan penularan virus ini. Di Malaysia kes HIV/AIDS positif pertama dikesan

pada disember 1986 . Bermula dari kes itu, penghidap HIV / AIDS meningkat

dari saban tahun sehinggalah mencecah kepada 77084 kes pada tahun 2010.

Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan jumlah ini akan terus

menunjukkan trend peningkatan kepada 300000 kes menjelang tahun 2015.

Bilangan ini sebenarnya mengejutkan dan menunjukkan seakan-akan tiada

penghalang mengawal penularan virus ini.

Page 11: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

1.2 KENYATAAN MASALAH

HIV/AIDS telah membunuh lebih daripada 25 juta orang sejak pertama kali

ditemui pada tahun 1981. Sindrom HIV/AIDS bukanlah penyakit yang boleh

dipandang remeh dan ia seharusnya dibendung agar dapat dielakkan daripada

terus merebak kepada generasi akan datang. Malaysia merupakan tempat

terdapatnya epidemic AIDS yang kelima paling pesat merebak di rantau Asia

Timur dan Pasifik dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tiga

tahun. (UNICEF). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan seramai

35.3 juta orang di seluruh dunia menghidapi AIDS pada tahun lalu. Laporan juga

menunjukkan seramai 2.1 juta remaja berusia antara 10 hingga 19 tahun dikesan

menghidapi HIV. (Berita Harian, Disember 2012)

Di Malaysia, kes HIV / AIDS pertama kali dikesan pada tahun 1991 iaitu

sebanyak 38 kes ditemui dan 30 daripadanya telah meninggal dunia. Mereka

adalah penagih-penagih tegar yang menagih dadah secara suntikan (IVDU). Pada

tahun 1991 tersebut seramai 2,5255 orang telah dikesan sebagai pembawa virus

HIV dimana 2,020 orang (80%) adalah penagih dadah (IVDU)

Pengetahuan tentang penyakit HIV/AIDS mempengaruhi tahap kecenderungan

remaja untuk terlibat dalam pemasalahan ini. Menurut Mahtab Mohammadi

(2010), pengetahuan tentang HIV / AIDS adalah penting bagi golongan remaja

Page 12: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

bagi membendung mereka daripada terjerumus di dalam pemasalahan yang

membawa kepada risiko dijangkiti HIV / AIDS. Menurut kajiannnya juga, majority

(77.7%) daripada pelajar mengetahui bahawa penyakit HIV / AIDS boleh

membawa maut. Namun begitu, hamper 52% tidak sedar bahawa tiada ubatan

untuk merawat penyakit tersebut. Terdapat pelbagai komplikasi yang boleh

berlaku akibat dari penyakit AIDS. Antaranya ialah Sarcoma Kaposi, Kanser

Limfoma, Pneumonia Pneumocystis, pembengkakan kelenjar nodus limfa, organ

hepar dan limpa iaitu Progressive Generalised Lymphadenopathy (PGL), Herpes

Simplex, Candidiasis Oral dan Tuberkulosis. Dilaporkan seramai 30 juta

penghidap HIV di seluruh dunia mati akibat virus HIV manakala ketika Ini kira-

kira 34 juta orang menderita akibat penyakit yang boleh merosakkan sel darah

yang penting untuk sistem imun seseorang. (Berita Harian, Jun 2013).

Oleh yang demikian, dalam kajian ini penyelidik telah memilih 30 orang

responden dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh untuk

mengetahui tahap pengetahuan tentang penyakit AIDS / HIV dalam kalangan

remaja.

Page 13: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am :

Mengkaji tahap pengetahuan penyakit HIV/AIDS dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di

SMK Tambun, Ipoh Perak.

Objektif Khusus :

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tentang penyakit HIV/AIDS.

2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar

tentang penyakit HIV/AIDS

3. Memberikan cadangan untuk mempertingkat tahap pengetahuan pelajar

tentang penyakit HIV/AIDS

Page 14: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

1.4 DEFINISI OPERASIONAL

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahap

pengetahuan pelajar tingkatan 5 di SMK Tambun, Ipoh Perak mengenai penyakit

HIV / AIDS. Setiap data yang diperolehi akan diambil dan direkodkan untuk

dianalisis secara menyeluruh bagi menjawab persoalan mengenai tahap

pengetahuan pelajar tersebut tentang penyakit HIV/AIDS. Kumpulan penyelidik

menggunakan pendekatan kajian secara deskriptif dan kuantitatif di mana

kaedahnya menggunakan borang kaji selidik yang mengandungi beberapa

komponen soalan berkaitan kajian yang dijalankan sebagai medium untuk

memperoleh data dan maklumat penyelidikan.

Lokasi kajian yang dipilih adalah di SMK Tambun, Ipoh Perak. Penyelidik

menggunakan pemilihan corak persempelan secara rawak mudah iaitu sebanyak

30 orang responden dipilih dikalangan kelompok pelajar lelaki dan perempuan

pada jumlah yang sama banyak bagi berlainan jantina tetapi dalam tngkatan 5

sahaja.

Setelah semua borang yang diedarkan tersebut siap diisi, Kumpulan penyelidik

akan merekodkan data-data yang diperolehi dan diklasifikasikan serta dianalisis

dalam bentuk carta pai, carta bar dan jadual berkala. Aplikasi Microsoft Excel akan

digunakan untuk memudahkan lagi proses pengkelasan data dijalankan.

Page 15: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Penyakit ini mula membunuh generasi muda, Iaitu generasi yang sepatutnya

membentuk masa depan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). Para

ibubapa dan Kementerian Pendidikan telah menunjukkan kebimbangan apabila

berita mengenai pelajar-pelajar sekolah merupakan diantara mereka yang

tersenarai dalam perangkaan terbaru mangsa HIV / AIDS di negara ini. Berita

seterusnya yang telah betul-betul memeranjatkan ibubapa dan kementerian yang

berkaitan apabila tersiarnya berita mengenai lima ratus orang pelajar telah

disahkan dijangkiti virus HIV / AIDS di negara ini (Roslan, 1996) dan kali

pertama dalam sejarah pendidikan negara tiga orang pelajar disahkan mati akibat

daripada AIDS (Raymond & Khairunnisa, 1996).

Oleh sebab itu, Kumpulan penyelidik tertarik dengan isu ini . Kajian ini

dijalankan untuk mengkaji sejauh mana tahap pengetahuan remaja mengenai

bahayanya penyakit HIV / AIDS kepada mereka serta menilai sejauh mana

kesedaran golongan remaja ini terhadap komplikasi atau masalah yang bakal

dihadapi seandainya tiada langkah-langkah pencegahan awal bagi menghalang

penyakit ini merebak, setelah pelbagai penerangan dan penyebaran maklumat

dilakukan melalui media cetak mahupun elektronik serta melalui pameran tentang

penyakit HIV / AIDS yang telah diadakan oleh kerajaan melalui Kementerian

Kesihatan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) .Selain I tu, kajian ini

juga bertujuan untuk mengenalpasti penerimaan remaja terhadap penerangan dan

kempen –kempen yang dijalankan.

Page 16: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Melalui kajian ini juga kami cuba untuk menilai tahap kefahaman golongan

remaja ini, samaada mereka memahami dan mengetahui akan bahaya serta

komplikasi penyakit HIV / AIDS dan langkah yang boleh diambil bagi menghalang

penyakit ini berleluasa. Selain itu juga , kajian ini bertujuan untuk mengetahui

keberkesanan kempen-kempen serta program-program kesihatan yang telah

dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama ini.

Penyelidik juga berharap agar kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk

penyelidik baru dan juga panduan untuk perancangan kerajaan Malaysia

khususnya KKM serta terhadap banyak lagi pihak yang berminat pada masa

akan datang.

1.6 RUMUSAN

Di dalam bab ini penyelidik membincangkan serba sedikit berkaitan HIV / AIDS

terutamanya dalam skop definisi, cara rebakan, patofisiologi dan objektif kajian

ini dilakukan. Semua keterangan diatas adalah bertujuan bagi memenuhi

prospek kajian penyelidik mengenai tahap pengetahuan remaja berkenaan

penyakit AIDS serta komplikasinya jika tidak mengambil langkah pencegahan

awal. Segala maklumat yang dinyatakan diperolehi daripada bahan bacaan

yang terdapat di perpustakaan dan juga melalui pencarian di laman sesawang.

Page 17: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

BAB 2

KAJIAN SEMULA

2.1 PENGENALAN

Sejarahnya bermula selepas sahaja tamat peperangan dunia ke 2. Dunia masa

itu berlumba-lumba dari segi persaingan persenjataan dan ketika itu sainstis juga

tidak terkecuali terlibat dalam penyelidikan dan eksperimen perubatan melibatkan

tahanan perang. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi ketika itu dilihat

dipelopori oleh Amerika Syarikat kerana pelbagai perubahan berlaku seperti

dalam bidang perubatan, pil perancang kehamilan dikalangan wanita diperkenalkan

. Perubahan yang mendadak di era baru pasca peperangan dunia kedua ini

mencetuskan evolusi dalam kehidupan masyarakat mereka. Ketika itu kaum

homoseksual menemui kebebasan meluahkan kehidupan mereka, penggunaan

dadah dikalangan remaja tidak terkawal dan senantiasa berkembang . Rentetan

Page 18: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

daripada perkembangan pesat teknologi dan keruntuhan kehidupan sosial yang

makin parah di Amerika Syarikat, Pada satu hari dalam tahun 1981, satu berita

mengejutkan telah terpampang dalam dada akhbar. Ini merupakan rekod pertama

dalam sejarah manusia mengenai kes immune deficiency ( namun ketika itu

ianya tidak digelar HIV/AIDS kerana saintis belum menemui mengenainya )

dikalangan kumpulan kecil golongan homoseksual di Los Angeles, Amerika

Syarikat rujuk kepada US Department of health and Human Services, (1984).

Dua orang saintis Amerika Syarikat iaitu Dr. Robert Gallo ( National Cancer

Institute ) dan Dr. M. Essex ( Harvard AIDS institute ) membuat kenyataan rasmi

pada tahun 1982 iaitu “GRID/AIDS mungkin berpuca daripada retrovirus” .

Sejurus dengan itu, apabila penyakit berjangkit itu dikatakan dating dari golongan

homoseksual, ianya digelar sebagai GRID ( Gay Related Immunodeficiency

Syndrome ) dan ditukar kepada AIDS ( Acquired Immune Deficiency Syndrome )

menurut US Department of health and Human Services, (1984).

Penamaan HIV juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Nama Human

Immunodeficiency Virus ialah satu terminologi yang telah diterima pakai setelah

dua nama yang berlainan digunakan untuk virus ini. Seorang profesor Perancis ,

Lue Montagnier telah menamakan virus itu sebagai Lymphadenopathy Associated

Virus (LAV). Ini diikuti pula oleh Profesor Gallo dari Institut Kanser Nasional

Amerika Syarikat memberi huraian tentang virus yang diasingkan daripada tisu

pesakit yang terkena AIDS dan menamakannya Human T-Cell Lymphotropic

Virus Type III (HTLV III). Kini kesemua ahli penyelidik telah menerima akan

Page 19: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

persamaan LAV dan HTLV III dan bersetuju kepada nama biasa HIV yang

disyorkan oleh International Committee on The Taxonomy of Virus pada bulan

Mei 1986 . merujuk kata-kata Dr. Jit Singh Kaur, (1994).

AIDS merupakan cabaran utama kesihatan awam dekad ini. Sehingga kini masih

belum lagi ditemui vaksin untuk mencegah jangkitan dan ubat untuk

menyembuhkannya. Ini adalah kerana, Bila HIV memasuki dalam salur darah

mangsa, ia mengfokuskan serangan terhadap sel-T. Kecenderungan serangan

terhadap sel-T menyebabkan gerak balas imun ( sel hemopoietik, monosit, sel

limfoid, limfosit dan sel makrofaj ) terjejas dan tidak berfungsi untuk

mempertahankan tubuh badan dari serangan penyakit . Mengikut satu kajian,

AIDS mungkin terjadi dalam masa 12 bulan atau bilangan sel-T kurang daripada

200/µl.

Pesakit AIDS selalunya akan meninggal dunia bukan kerana virus HIV itu sendiri

secara lansung. Tetapi berpunca dari kesan sampingan jangkitan berkenaan.

Misalkata, Kematian berlaku apabila mangsa terdedah kepada pelbagai ancaman

penyakit dan jangkitan lain ketika system imun tubuh lumpuh sepenuhnya. Jadi,

pengetahuan tentang AIDS, pengesanan awal kes, penjagaan kesihatan dan

amalan cara hidup sihat merupakan benteng utama menghadapi ancaman wabak

AIDS .

Page 20: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Hubungan seks, perkongsian darah serta cecair badan yang tercemar dengan

virus HIV serta transmisi secara transplasenta masih merupakan 3 cara asas

bagi menularkan virus ini daripada individu pembawa virus kepada individu lain.

AIDS merupakan tahap terakhir jangkitan HIV pada seseorang apabila berlaku

kemusnahan sistem imun yang membolehkan segala jenis mikrob dan virus

menyerang mangsa AIDS. menurut Dr. Jit Singh Kaur, (1994).

Seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak serta merta mengalami klinikal penyakit

AIDS . AIDS mengambil masa di antara 5-10 tahun . Tempoh ini dinamakan

tempoh pengeraman (inkubasi), iaitu tempoh virus itu bertindak ke atas sel-sel

darah putih mangsa jangkitan sehingga memusnahkan serta melumpuhkan

benteng pertahanan tubuh mangsa. Apabila daya ketahanan mangsa mencapai

peringkat yang paling merunsingkan , maka akan timbullah tanda-tanda dan

gejala-gejala yang diakibatkan oleh kombinasi kelemahan tubuh mangsa seperti

Caposy Sarcoma, Mycobacterium Tuberculosis, Pneumocystic Carinii dan

Candidiasis kenyataan Professor Madya Dr Rusli Nordin , (1997).

Dalam pandangan Islam, AIDS adalah penyakit kelamin akibat perzinaan dan

merupakan seksaan dari Allah S.W.T yang tidak terperi kerana oleh tindakan

manusia sendiri. Sebelum penemuan penyakit HIV/AIDS, kita sudah mengenal

penyakit lain yang sama waktu dengannya seperti gonorrhea dan Sifilis.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila perzinaan dan riba telah melanda suatu

negeri, maka mereka (penghuninya) sudah menghalalkan seksaan Allah atas

mereka sendiri" (HR. At- Tabrani dan Al-Hakim).

Page 21: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

AIDS berkait rapat dengan isu moral serta sosial, maka kerjasama pelbagai

agensi adalah sangat penting dalam mengawal dan mencegah penularan

penyakit ini. AIDS boleh dihidapi oleh pelbagai golongan sesuatu masyarakat

tanpa mengira had umur, bangsa, warna kulit, agama, pekerjaan, mahupun

kumpulan etnik.

Oleh sebab itu , semakin banyak artikel-artikel yang memperkatakan berkenaan

dengan AIDS seperti komplikasi serta bahayanya penyakit ini jika tidak dicegah,

cara bagaimana penyakit ini boleh menjangkiti seseorang, mereka yang berisiko

tinggi menghidapi penyakit ini, langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang

dilakukan bagi menghalang penyakit tersebut dan bermacam-macam lagi. kata

Cadwell,( 1988)

Melalui bab ini, Penyelidik akan membincangkan dan meninjau kajian-kajian lepas

yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Kajian yang berkaitan dengan tahap

pengetahuan penyakit HIV / AIDS dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK

Tambun, Ipoh, Perak berkaitan kajian lepas sama ada dalam Negara mahupun

luar Negara . Tujuan utama adalah untuk melihat persamaan , perbezaan dan

hubungkait yang akan didapati daripada kajian lalu.

Page 22: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

2.2 KAJIAN-KAJIAN DALAM NEGARA

Di Malaysia, jangkita-jangkitan HIV / AIDS yang baru kini berganda dua kali

setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Daripada

74.000 orang yang telah dijangkiti di Malaysia, lebih kurang empat puluh peratus

(40%) daripada mereka adalah berumur kurang daripada 29 tahun. Jangkitan HIV

daripada ibu kepada anak juga telah meningkat daripada 0.2% pada tahun 1991

kepada 1.2% pada tahun 2005. Rujukan dari UNICEF Malaysia, (2005)

Stigma masyarakat masih menganggap ia adalah penyakit berjangkit walhal kita

tahu HIV tidak mudah untuk berjangkit melainkan melalui berkongsi jarum dadah

dengan insan yang telah djangkiti, bersetubuh tanpa perlindungan dengan

pembawa HIV positif dan tidak menerima rawatan berkaitan HIV / AIDS. Seramai

30 juta penghidap HIV di seluruh mati akibat virus HIV manakala ketika ini kira-

kira 35 juta orang menderita dengan peyakit ini dalam Artikel Stigma HIV – Berita

Harian (2013)

Kes berkaitan HIV di Malaysia masih lagi ditakuk membimbangkan dengan

17,000 kes dilaporkan setakat ini, menurut Majlis AIDS Malaysia (MAM), 90

peratus kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki di mana 26 peratus terdiri

daripada golongan muda yang berumur antara 13 hingga 29 tahun, 60 peratus

berusia 30 hingga 49 tahun dan selebihnya berusia 50 tahun ke atas.

Berdasarkan laporan terkini, Pengamal seks rambang merupakan yang paling

Page 23: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

banyak dijangkiti HIV diikuti dengan penyalahgunaan dadah, menurut Majlis AIDS

Malaysia, (2013)

Menjelang tahun 2015, Diunjurkan seramai 300,000 warga Malaysia akan

dijangkiti HIV sekiranya TIADA program pencegahan efektif dilaksanakan. ‘Harm

Reduction’ merupakan program khusus untuk mencegah dan mengawal penularan

HIV di kalangan penagih dadah tegar dan juga kepada pasangan seks mereka.

Penagih dadah HIV positif boleh menularkan HIV kepada isteri dan seterusnya

kepada janin dalam kandungan. Dengan ini, berlakunya penularan HIV / AIDS ke

dalam keluarga dan masyarakat umum. Program ‘ Harm Reduction’ akan memberi

ruang dan peluang kepada penagih-penagih dadah untuk mendapatkan rawatan

serta penjagaan berkaitan HIV / AIDS. dalam natijah Program ‘Harm Reduction’,

Kementerian Kesihatan Malaysia. ( 2013)

Kajian pada peringkat tempatan mengenai pengetahuan dan sikap terhadap HIV /

AIDS dikalangan remaja masih lagi terbatas. Kajian yang dilakukan oleh

Samsudin dan Herman (1996) yang mendapati pendedahan media untuk

mendapatkan maklumat AIDS adalah sederhana dikalangan remaja. Secara

Umumnya, remaja lebih berpengetahuan tentang pencegahan jangkitan AIDS,

sementara pengetahuan tentang pencegahan jangkitan AIDS adalah lebih rendah.

Kajian tempatan yang lain yang berkaitan juga dilakukan oleh Shammie (1992)

yang mengkaji pengetahuan, sikap dan kesediaan bekerja dengan pesakit HIV /

AIDS dikalangan pelajar kerja sosial di Malaysia, Singapura dan Thailand. Hasil

kajian tersebut menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar kerja sosial di

Page 24: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Malaysia tentang HIV / AIDS adalah rendah namun memiliki kesediaan bekerja

dengan orang yang dijangkiti HIV / AIDS. Dapatan lain dari kajian ialah

pengetahuan tentang AIDS tidak mempengaruhi untuk mengurangkan tingkah laku

negatif yang boleh menyebabkan remaja terjebak dengan jangkitan AIDS.

2.3 KAJIAN-KAJIAN LUAR NEGARA

Di seluruh dunia, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mewakili 1 daripada 6

kematian yang berkaitan dengan HIV / AIDS dan 1 daripada 7 jangkitan

melibatkan HIV yang baru. Seorang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun

meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan AIDS setiap

minit setiap hari, seorang anak muda di antara umur 15-24 tahun mendapat

jangkitan HIV setiap 15 saat manakala 15 juta orang kanak-kanak di seluruh

dunia telah menjadi anak yatim disebabkan oleh AIDS . Gaye Phillips, (2006)

Sejak awal wabak ini, hampir 70 juta orang telah dijangkiti oleh virus HIV dan

lebih 35 juta meninggal dunia akibat AIDS. Di peringkat global, 35 juta orang

hidup dengan jangkitan HIV pada akhir tahun 2011. Dianggarkan seramai 0.8%

orang dewasa berumur 15-49 tahun hidup bergelumang dengan jangkitan HIV di

seluruh dunia. Sub-Sahara Afrika kekal mengungguli kes keterukan HIV hampir 1

dalam 20 orang dewasa iaitu sebanyak 4.9 % hidup dengan HIV di seluruh

dunia. (Global Health Observatory,(2013).

Page 25: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Terdapat sebahagian besar kumpulan belia di Taiwan tidak mempunyai maklumat

yang tepat berkaitan HIV terutamanya berkaitan kaedah jangkitan penyakit

tersebut. Usaha untuk mencegah penularan wabak HIV/AIDS perlu melibatkan

keluarga, system pendidikan, media massa dan masyarakat secara

keseluruhannya . Tung, Hu, Davis, Tung dan Lin ,(2008). mendapati bahawa

ketiadaan pengetahuan seks yang selamat serta tingkahlaku seksual yang tidak

dilindungi adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya penyebaran

jangkitan virus HIV . Chao, Lin, Ma, Ku, Tsai dan Shi ( 2010).

Terdapat 35.4 juta orang hidup dengan HIV pada tahun 2012. Peningatan ini

dilihat drastik kerana pada tahun 2001 hanya 29.4 juta kes sahaja yang

dilaporkan. HIV adalah punca kematian utama di Afrika. Kes HIV baru telah

meningkat sebanyak 33% sejak tahun 2001 di 26 buah negara berpendapatan

rendah. Namun, terdapat lebih 2.3 juta jangkitan baru dilaporkan pada tahun

2012 atau lebih 6,300 kes setiap hari. menurut UNAIDS, The Global HIV / AIDS

Epidemic. (2012)

Seramai lebih satu per empat rakyat United Kingdom tidak sedar bahawa

mereka hidup dengan HIV. Fakta yang diperoleh mendapati lebih 90% penduduk

United Kingdom dijangkiti HIV / AIDS melalui hubungan seks. . Transforming the

UK’s response to HIV, World AIDS Day. (2011)

Page 26: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

2.4 RUMUSAN

Melalui bab ini, Kajian lepas menunjukkan, membincangkan dan berhubungkait

dengan tajuk kajian ini. Kajian tentang tahap pengetahuan HIV / AIDS dalam

kalangan julat umur remaja telah banyak dilakukan sama ada tentang

kepentingannya, kesan-kesan serta keburukkan telah terjadi. Hasil kajian-kajian

lepas ini juga telah dijadikan sebagai sokongan untuk menjalankan kajian ini

serta memudahkan penyelidik untuk memastikan pemboleh ubah yang berkaitan.

Page 27: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi mempunyai maksud yang luas berkaitan prosedur dan cara

pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan

termasuk menguji hipotesis menurut Prof. Madaya Dr. Aziz Yahaya (2006). Namun,

dalam kajian ini kami tidak menguji hipotesis, Cuma menilai tahap pengetahuan pelajar

sahaja. Aspek – aspek yang perlu diambilkira meliputi kaedah dan reka bentuk

penyelidikan, instrument penyelidikan, sampel serta teknik pengolahan dan

analisis data.

Page 28: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Metodologi penyelidikan penting dalam membentuk himpunan data yang

diperlukan dalam penyelidikan kata Prof. Madaya Syed Mohamed Shafeq Syed

Mansur Al-habni (2008). Dengan erti kata lain, metodologi penyelidikan memberi

panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan tersebut.

Caranya adalah tentukan jenis data yang hendak dikumpul, tentukan alat yang

digunakan, dari manakah data diperoleh, berapa banyak yang diperlukan,

bagaimana data dipersembahkan dan sebagainya.

Sebelum membuat penyelidikan, kita mestilah menguasai unsur – unsur

penyelidikan seperti yang dijelaskan di atas. Sebahagian besar daripada unsur –

unsur itu mestilah dapat mencerminkan turutan penyelidikan (susulan penyelidikan)

dan wujud dalam pelaksanaan penyelidikan daripada kajian lapangan.

Page 29: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Sebelum kajian ini dijalankan, penyelidik terlebih dahulu merujuk kepada penyelia

HSR (Health System Research ) untuk mendapatkan maklumat serta kefahaman

mengenai model kajian. Setelah itu, Penyelidik mendapati bahawa kajian ini perlu

diberikan perhatian tentang bentuk atau cara untuk melakukan kajian ini.

Daripada penerangan Penyelia HSR, Encik Jaafar Bin Abu Seman, Maka

penyelidik memilih kajian Deskriptif. Pendekatan ini dipilih kerana jalan

pendekatannya akan menjadikan kajian ini lebih terperinci dan sistematik. Teknik

persempelan yang digunakan adalah jenis simple random sampling. Satu

komponen yang besar dalam kajian ini adalah Kajian Semula. Secara umumnya,

kajian semula akan mengkaji dan mengembangkan secara terperinci tentang

beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu. Ini

bermaksud kajian-kajian yang terdahulu dijadikan satu sumber rujukan untuk

membuktikan bahawa kajian yang akan dijalankan ada nilainya.

Pendekatan diskriptif terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek kualitatif dan aspek

kuantitatif. Aspek kualitatif bermaksud fakta-fakta dan data-data yang tidak boleh

dikira seperti tahap pengetahuan dan pemahaman tentang sesuatu perkara di

dalam sesebuah komuniti . Aspek kualitatif pula bermaksud aspek yang boleh

dikira serta penghuraian ciri-ciri melalui carta-carta pai, graf dan jumlah

keseluruhan dalam sesebuah kajian.

Page 30: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Menurut Simon (1987), beliau menyatakan bahawa analisis data yang terbaik

adalah analisis yang dapat menunjukkan data yang penting dalam bentuk yang

mudah difaham i oleh pembaca . Kajian berbentuk diskriptif atau tinjauan telah

digunakan dalam menjalankan kajian ini. Manakala menurut Gay (1996), kajian

diskriptif melibatkan pengumpulan data dalam usaha untuk menguji hipotesis

atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap perkara

yang dikaji Bentuk kajian ini dipilih kerana ianya memudahkan penyelidik didalam

menjalankan kajian tanpa memerlukan perbandingan data yang akan diperolehi

dengan data kawalan

Bentuk kajian yang dipilih perlulah bersesuaian dengan kajian yang dilakukan

bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat dan menjawab segala permasalahan

yang dikemukakan. Reka bentuk kajian jenis diskriptif juga dipilih kerana

mempunyai banyak kelebihan. Contohnya apabila maklumat yang ingin diperolehi

boleh dikutip terus daripada responden untuk tujuan menggubal atau merancang

polisi atau menilai sesuatu program menurut Fink & Koscoff (1998).

Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan pengkaji membuat generalisasi

dapatan kajian kepada populasi sekiranya kesilapan-kesilapan pengumpulan data

diberi perhatian semasa instrument digubal. Menurut Talbot, L.A. (1995), Satu

Page 31: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

kajian mengenai satu fenomena yang berlaku dalam persekitaran yang natural di

mana satu keadaan yang hendak dikaji itu sememangnya berlaku tetapi kurang

diketahui umum.

Ketika menjalankan sesuatu kajian, pengkaji juga perlu mempertimbangkan faktor-

faktor kos, masa, kemudahan untuk mengutip data dan sebagainya. Tambahan

pula, kaedah tinjauan mempunyai kelebihan dari segi faktor kos kerana ia tidak

melibatkan perbelanjaan yang banyak, di samping faktor penjimatan masa dan

juga kemampuan menjangkau kawasan geografi yang luas. Pengkaji boleh

memperoleh data dengan lebih mudah dan cepat berbanding dengan kaedah

kualitatif yang memerlukan data yang dikutip secar a mendalam dan ini akan

mengambil masa yang lama.

Page 32: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

3.3 LOKASI KAJIAN

Kajian dilakukan di SMK Tambun, Ipoh. Perak

3.4 SAMPEL KAJIAN

3.4.1 CORAK PERSAMPELAN

Sampel untuk kajian ini adalah seramai 30 orang pelajar tingkatan 5

SMK Tambun.

3.4.2 RESPONDEN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dikalangan pelajar tingkatan 5 yang dipilih

secara rawak .Ini adalah kerana saiz populasi yang agak besar.

Page 33: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

3.5 ALATAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan mengedarkan borang kaji selidik (

Questionaires Form ) yang diedarkan kepada 30 orang responden secara

rawak dikalangan pelajar yang ditetapkan.. Responden berkenaan akan diberi

penerangan dan diberi masa untuk menjawab beberapa bahagian soalan.

Borang kaji selidik ini terdiri kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A dan B

Bahagian A : (Demografik)

Bahagian ini merangkumi soalan berkaitan rekod dan data maklumat

kendiri serta latar belakang responden.

Contoh : Jantina, Bangsa dan Agama

Bahagian B : (Faktor yang Mempengaruhi)

Bahagian ini merangkumi soalan yang menguji tahap pengetahuan

responden mengenai HIV/AIDS.

Ia terdiri daripada set soalan yang tertutup yang hanya memerlukan

responden menjawab samada ‘ya’, ‘tidak’ atau ‘kurang pasti’.

Page 34: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

3.5.1 Pilot Study

Sebelum pengedaran kertas soalan dilakukan pada responden, terlebih dahulu

‘pilot study’ dilakukan kepada 5 Pelajar tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh. Perak. Ianya

bertujuan untuk menilai sejauh mana soalan yang dikemukakan dapat difahami

dan berkesan serta menepati objektif kajian yang dilakukan. Ini juga untuk

mengelakkan sebarang salah faham, kurang faham atau kecelaruan yang akan

membuatkan responden tidak dapat menjawab sepatutnya dengan baik. Jika tidak,

hasil keputusan yang akan diperolehi tidak memuaskan.

Sekiranya masalah timbul maka langkah penyelesaian akan dapat diambil lebih

awal. Pilot study yang telah dijalankan ini amat penting dalam memastikan

kejayaan kajian ini. Hasil pilot study ini menunjukkan bahawa kawasan yang

telah dipilih ini sesuai dan semua masalah yang timbul telah pun diatasi. Maka

borang soal selidik diteruskan pengedaran mengikut responden yang telah dipilih .

Page 35: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam pengumpulan data, teknik yang digunakan untuk pengumpulan data dalam

kajian ini adalah menggunakan teknik borang kaji selidik. Responden akan

diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab semua soalan yang diberikan.

Namun, kelonggaran masa diberikan sehingga kesemua diantara mereka telah

selesai menjawab semua soalan yang dibekalkan. Setelah semua selesai

menjawab, semua set soalan yang diedarkan akan dikutip dan di kumpul untuk

dianalisa satu per satu. Borang yang telah siap diisi responden akan dikutip sendiri

oleh penyelidik bagi memastikan privasi setiap responden dijaga dan sedia

dianalisa data yang didapati. Justeru itu, ini menjadikan cara pengumpulan data

ini tepat, mudah dan tidak membelanjakan kos yang tinggi. Selain itu, hasil

keputusan kajian yang dilakukan juga tidak berat sebelah.

3.7 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Perisian Microsoft Excel akan digunakan untuk menganalisa data dari hasil kajian

yang dijalankan . Data ini kemudiannya dianalisia setelah cukup kesemua borang

kaji selidik sebanyak 30 salinan itu telah siap dilengkapkan oleh responden.

Page 36: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

3.8 ETIKA KAJIAN

Setiap data yang diperolehi akan dijamin kerahsiaannya serta salinan borang

yang akan diedarkan tidak akan diletakkan nama responden yang dipilih...

Penjagaan kualiti juga akan diambil kira untuk mengelakkan daripada berlakunya

penipuan dan plagiarism . Setiap responden diminta untuk berlaku jujur dengan

jawapan yang diberikan..

3.9 LIMITASI KAJIAN

Kami kumpulan penyelidik akan menggariskan beberapa limitasi yang dihadapi

dalam menjalani kajian agar kajian ini dapat dijalankan dengan lebih efisien serta

relevan sepanjang kajian dijalankan dengan mengikut teknik kajian yang

ditetapkan.

1. Tempoh kajian yang singkat

Tempoh kajian yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk

membuat persiapan yang lebih teratur dan kemas .

Page 37: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

2. Borang kaji selidik

Kemungkinan beberapa borang kaji selidik mungkin tidak akan

lengkap dengan jawapan yang diisi oleh responden..

3. Kerjasama responden

Sesetengah responden memberi kerjasama yang baik

manakala ada yang tidak memberi kerjasama seperti tidak

menjawab kehendak soalan.

4. Sikap pengkaji

Sikap pengkaji sendiri yang kurang ilmu pengetahuan

mengenai kajian yang dijalankan mungkin kerana pertama kali

menjalankan kajian sendiri.

3.10 RUMUSAN

Secara rumusannya, bab ini telah menerangkan mengenai bagaimana kajian ini

akan dijalankan oleh penyelidik. Hal ini memudahkan penyelidik untuk

menjalankan kajian mengikut panduan yang betul.

Page 38: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN

Penganalisaan data telah menggunakan analisis statistik diskriptif kuantitatif di

mana hasil kajian akan diterangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan

kekerapan serta peratusan skor bagi soalan-soalan yang diajukan kepada

responden. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan

‘Microsoft Excel’. Bahagian ini mengemukakan keputusan statistik kuantitatif yang

telah diperolehi melalui kaedah peratusan.

Seramai 30 orang responden lelaki dan perempuan yang terdiri daripada pelajar

tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh yang telah dipilih secara rawak untuk diedarkan

Page 39: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

borang soal selidik untuk membantu kajian ini. Borang soal selidik ini

merangkumi tiga (3) bahagian iaitu Bahagian A (maklumat peribadi responden)

dan Bahagian B (merangkumi soalan yang berkaitan kajian yang dijalankan) iaitu

mengkaji tahap pengetahuan penyakit HIV/AIDS dalam kalangan pelajar tingkatan

5 SMK Tambun, Ipoh. Perak.

Page 40: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

4.2 DEMOGRAFI

Untuk bahagian ini, maklumat peribadi responden yang diambil ialah jantina,

bangsa dan agama.

BIL DEMOGRAFIK

01 JANTINA Lelaki : 13 Perempuan : 17

02 BANGSA Melayu : 23 Cina :4 India : 3 Lain-lain : 0

03 AGAMA Islam : 23 Buddha :4 Hindu : 3 Kristian : 0

Bahagian A

Page 41: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Soalan 1 : Jantina

Untuk jantina, hasil keputusan mendapati jantina lelaki seramai 13 orang

(43.33%) dan perempuan pula seramai 17 orang (56.67%).

43%

57%

Pecahan Jantina Responden Tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh. Perak

Lelaki Perempuan

Soalan 2 : Bangsa

Page 42: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Untuk pecahan taburan bangsa . Responden berbangsa melayu adalah seramai

23 orang (76.67%) . Manakala, Responden berbangsa Cina pula seramai 4 orang

(13.33%). Responden yang berbangsa India direkodkan seramai 3 orang

(10.00%).

77%

13%

10%

Pecahan Bangsa Responden Tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh. Perak

Melayu Cina India

Soalan 3 : Agama

Page 43: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Untuk pecahan agama pula . Responden beragama Islam adalah seramai 23

orang (76.67%) . Manakala, Responden beragama buddha pula seramai 4 orang

(13.33%). Responden yang beragama Hindu direkodkan seramai 3 orang

(10.00%).

77%

13%

10%

Pecahan Agama Responden Tingkatan 5 SMK Tambun, Ipoh. Perak

Islam Buddha Hindu

4.3 TAHAP PENGETAHUAN DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA

Page 44: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Untuk bahagian ini, Tahap pengetahuan responden mengenai penyakit HIV / AIDS

diuji dengan beberapa set soalan tertutup. Soalan yang dipilih berdasarkan

empat (4) faktor utama yang dikenalpasti mempengaruhi pengetahuan responden.

Empat (4) faktor itu ialah Sikap responden , Faktor sekeliling responden , Media

dan. Kawasan.

BIL TAHAP PENGETAHUAN RESPONDEN DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA

01 SIKAP – Kurang Prihatin Ya : 17 Tidak : 2 Kurang Pasti : 11

02 SIKAP – Tidak Ambil Peduli Ya : 15 Tidak : 3 Kurang Pasti : 12

03 PENDIDIKAN – Ceramah di sekolah Ya : 22 Tidak : 5 Kurang Pasti : 3

04 PENDIDIKAN – Melalui Kain Rentang dan Risalah

Ya : 22 Tidak : 2 Kurang Pasti : 6

05 PENGARUH RAKAN SEBAYA – Informasi dari kawan-kawan

Ya : 8 Tidak : 17 Kurang Pasti : 5

06 PENGARUH RAKAN SEBAYA – Mencari Maklumat Bersama

Ya : 7 Tidak : 17 Kurang Pasti : 6

07 IBUBAPA – Informasi dari Ibubapa Ya : 11 Tidak : 13 Kurang Pasti : 6

08 IBUBAPA – Menggalakkan Penyertaan Program

Ya : 9 Tidak : 6 Kurang Pasti : 15

09 MEDIA – Media Elektronik Ya : 27 Tidak : 1 Kurang Pasti : 2

10 MEDIA – Media Cetak Ya : 27 Tidak : 2 Kurang Pasti : 1

11 KAWASAN – Pusat Hiburan Ya : 5 Tidak : 22 Kurang Pasti : 3

12 KAWASAN – Aktiviti Penagihan Dadah Ya : 2 Tidak : 17 Kurang Pasti : 11

Bahagian B

Page 45: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Soalan 1 : Adakah anda prihatin mengenai informasi tentang HIV / AIDS ?

Untuk faktor sikap, seramai 17 orang (56.67%) prihatin mengenai informasi

berkaitan penyakit HIV/AIDS. Lagi 2 orang (6.67%) kurang prihatin dan baki lagi

11 orang responden (6.66%) pula kurang pasti.

Soalan 2 : Jika terdapat program tentang penyakit HIV / AIDS , Adakah anda akan

mengambil peduli dan melibatkan diri dalam program tersebut.

Seramai 15 orang (50.00%) ambil peduli mengenai program tentang penyakit HIV

/ AIDS dan melibatkan diri. Namun, seramai 3 orang (10.00%) responden

memilih tidak dan baki 12 orang (40.00%) kurang pasti.

Prihatin Ambil Peduli

56.6750

6.67 10

36.66 40

Sikap Responden Mengenai Informasi dan Program Berkaitan HIV/AIDS

Ya Tidak Kurang Pasti

Faktor seterusnya yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah faktor

sekeliling responden. Untuk faktor ini, terbahagi kepada tiga (3) komponen kecil

Page 46: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

iaitu pendidikan, pengaruh rakan sebaya serta ibubapa. Berikut merupakan

dapatan data yang diperolehi.

Soalan 3 : Pernahkah anda menerima sebarang bentuk pendidikan seperti

ceramah mengenai penyakit HIV / AIDS di sekola h anda.

Dari segi pendidikan, seramai 22 orang (73.33%) mengakui telah menerima

sebarang bentuk pendidikan formal seperti ceramah berkaitan HIV / AIDS di

sekolah. Namun, 5 orang (16.67%) responden memilih tidak menerima serta lagi

3 (10.00%) responden kurang pasti.

Ya73%

Tidak17%

Kurang pasti10%

Menerima Pendidikan HIV/AIDS di Sekolah

Soalan 4 : Tahukah anda bahawa pendidikan kesihatan tentang penyakit HIv /

AIDS boleh didapati daripada risalah-risalah dan kain rentang (banner).

Page 47: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Seramai 22 orang (73.33%) bersependapat bahawa pendidikan kesihatan

berbentuk risalah serta kain rentang (banner) yang berkaitan dengan HIV / AIDS

boleh didapati. Namun, 2 orang (6.63%) responden membangkang dan lagi 6

orang (20.00%) responden kurang pasti mengenai perihal ini.

Ya73%

Tidak7%

Kurang pasti20%

Pecahan Responden Berpendapat Bahan Pendidikan Kesihatan Berkaitan HIV/AIDS

Boleh Didapati

Soalan 5 : Pernahkah anda mendapat informasi atau maklumat daripada rakan-

rakan anda mengenai perihal penyakit HIV / AIDS

Page 48: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Untuk pengaruh rakan sebaya pula, seramai 8 orang (26.66%) bersependapat

pernah mendapatkan informasi berkaitan HIV / AIDS dari pada rakan masing-

masing . Namun , 17 orang (56.67%) responden lain menyatakan mereka tidak

pernah berbuat demikian. Baki lagi 5 orang (16.67%) responden pula kurang

pasti mengenai hal ini.

Ya

Tidak

Kurang Pasti

0 10 20 30 40 50 60

26.66

56.67

16.67

Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari kalangan

kawan-kawanPecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari kalangan sahabat

Soalan 6 : Pernahkah anda dan rakan-rakan anda mencari maklumat mengenai

penyakit HIV / AIDS

Page 49: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Seramai 7 orang (23.33%) responden menyatakan bahawa pernah mencari

maklumat HIV / AIDS bersama rakan boleh didapati . Namun, 17 orang (56.67%)

responden membangkang dan lagi 6 orang (20.00%) responden kurang pasti

mengenai perihal ini

Ya

Tidak

Kurang Pasti

0 10 20 30 40 50 60

23.33

56.67

20

Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari kalangan

kawan-kawanPecahan Responden yang Pernah Mencari Maklumat Berkaitan HIV/AIDS Bersama-sama Kawan

Soalan 7 : Pernahkah anda mendapatkan informasi daripada ibubapa anda

mengenai perihal HIV / AIDS

Page 50: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Untuk komponen terakhir dalam faktor sekeliling responden , iaitu dari segi

penglibatan ibubapa, seramai 11 orang (36.67%) bersependapat pernah

mendapatkan informasi berkaitan HIV / AIDS daripada ibubapa masing-masing .

Namun , 13 orang (43.33%) responden lain menyatakan mereka tidak pernah

berbuat demikian. Baki lagi 6 orang (20.00%) responden pula kurang pasti

mengenai hal ini.

YaTidak

Kurang Pasti

01020304050 36.67 43.33

16.67

Pecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari Ibubapa

SendiriPecahan Responden yang Pernah Menerima Maklumat Berkaitan HIV/AIDS dari Ibubapa Sendiri

Soalan 8 : Adakah ibubapa anda menggalakkan anda mengikuti sebarang

program berkaitan penyakit HIV / AIDS

Page 51: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Seramai 9 orang (30.00%) responden menyatakan bahawa ibubapa pernah

memberikan galakkan untuk menyertai sebarang program berkaitan penyakit HIV /

AIDS. Namun, 6 orang (20.00%) responden membangkang dan lagi 15 orang

(50.00%) responden kurang pasti mengenai perihal ini

YaTidak

Kurang Pasti

01020304050

30

20

50

Pecahan Responden yang Ibubapa Pernah Memberikan Galakkan Menyertai Sebarang

Program Berkaitan Penyakit HIV/AIDSPecahan Responden yang Ibubapa Pernah Memberikan Galakkan Menyertai Sebarang Program Berkaitan Penyakit HIV/AIDS

Faktor seterusnya yang diuji dalam set soalan yang disediakan ialah faktor

Media. Untuk faktor ini, terbahagi kepada dua (2) jenis media iaitu media

elektronik dan media cetak. Berikut merupakan dapatan data yang diperolehi

berdasarkan media berkenaan.

Page 52: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Soalan 9 : Pernahkah anda melihat atau mendengar berkaitan penyakit HIV / AIDS

di televisyen, radio, atau media elektronik yang lain

Seramai 27 orang (90.00%) mengakui telah melihat atau mendengar berkaitan

HIV/AIDS melalui media elektronik . Namun, 1 orang ( 3.33%) responden memilih

tidak menerima serta lagi 2 orang (6.67%) responden kurang pasti.

Ya

Tidak

Kurang Pasti

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90

90

3.33

6.67

Pecahan Responden yang Pernah Melihat atau Mendengar Maklumat Berkaitan

HIV/AIDS Melalui Media ElektronikPecahan Responden yang Pernah Melihat atau Mendengar Maklumat Berkaitan HIV/AIDS Melalui Media Elektronik

Soalan 10 : Pernahkah anda melihat atau terbaca artikel berkaitan penyakit HIV /

AIDS di surat khabar majalah atau media cetak yang lain

Page 53: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Untuk pengaruh media cetak pula, seramai 27 orang (90.00%) bersependapat

pernah melihat atau terbaca artikel berkaitan HIV/AIDS melalui media cetak .

Namun , 2 orang (6.67%) responden lain menyatakan mereka tidak pernah

berbuat demikian. Baki lagi 1 orang (3.33%) responden pula kurang pasti

mengenai hal ini.

Ya

Tidak

Kurang Pasti

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90

90

6.67

3.33

Pecahan Responden yang Pernah Melihat atau Terbaca Artikel Maklumat Berkaitan

HIV/AIDS Melalui Media CetakPecahan Responden yang Pernah Melihat atau Terbaca Artikel Maklumat Berkaitan HIV/AIDS Melalui Media Cetak

Faktor terakhir yang diuji dalam set soalan yang disediakan ini ialah faktor

Kawasan. Untuk faktor ini, terbahagi kepada dua (2) jenis kawasan iaitu pusat

hiburan dan tempat penagihan dadah. Berikut merupakan dapatan data yang

diperolehi berdasarkan kawasan berkenaan.

Page 54: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Soalan 11 : Adakah tempat tinggal anda berhampiran dengan pusat-pusat

hiburan?

Seramai 5 orang (16.67%) mengakui kawasan tempat tinggal mereka dekat

pusat hiburan . Namun, 22 orang (73.33%) responden memilih tidak manakala

lagi 3 orang (10.00%) responden kurang pasti.

Ya

Tidak

Kurang Pasti

0 10 20 30 40 50 60 70 80

16.6773.33

10

Pecahan Responden yang kawasan tempat tinggalnya terdapat pusat hiburan

Pecahan Responden yang Pernah Melihat atau Terbaca Artikel Maklumat Berkaitan HIV/AIDS Melalui Media Cetak

Soalan 12 : Adakah terdapat aktiviti penagihan dadah di sekitar kawasan tempat

tinggal anda?

seramai 2 orang 6.67%) responden menyatakan bahawa terdapat aktiviti penagihan

dadah di kawasan sekitar tempat tinggal mereka . Namun, 17 orang (56.67%)

Page 55: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

responden membangkang dan lagi 11 orang (36.66%) responden kurang pasti

mengenai perihal ini

Ya

Tidak

Kurang Pasti

0 10 20 30 40 50 60

6.67 56.67

36.66

Pecahan Responden yang kawasan tempat tinggalnya terdapat aktiviti penagihan

dadahPecahan Responden yang kawasan tempat tinggalnya terdapat pusat hiburan

4.4. RUMUSAN

Secara rumusannya bab ini telah menerangkan mengenai maklumat- maklumat

yang diperolehi daripada responden dan menganalisis maklumat- maklumat

Page 56: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

tersebut . Hasil analisis yang diperolehi diterjemahkan dalam bentuk gra f dan

jadual ringkas untuk mudah difahami pembaca.

Page 57: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 PENGENALAN

Maklumat dan penemuan daripada hasil kajian yang diperolehi pengkaji

diketengahkan kepada beberapa faktor penting yang menjadi objektif teras kajian

ini. Setiap maklumat penting yang diperolehi telah dikenal pasti dan dibincangkan

dalam sesi perbincangan. Kerjasama yang diberikan oleh responden kepada

penyelidik adalah amat memberansangkan .

Page 58: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan mengenai maklumat dan data

yang dipersembahkan . Borang soal selidik dijadikan sebagai satu alat atau bahan

untuk mendapatkan semua jawapan. Hasil daripada pemprosesan dan

penganalisaan data daripada borang soal selidik yang telah dilakukan, kami

sebagai pengkaji mendapati tahap pengetahuan responden yang terdiri daripada

pelajar tingkatan 5 di SMK Tambun tentang penyakit HIV / AIDS adalah baik dan

memuaskan.

5.2 PERBINCANGAN

Dalam proses pengumpulan data, kami memilih responden dalam kalangan

remaja sekolah menengah iaitu pelajar tingkatan 5 tanpa mengira bangsa dan

agama. Ini kerana penyakit AIDS merupakan salah satu penyakit yang

berbahaya serta boleh menggugat kestabilan sesebuah negara di mana ia boleh

dihidapi oleh pelbagai golongan masyarakat tidak kira warna kulit, umur, jantina,

bangsa, agama mahupun kumpulan etnik jika langkah-langkah pencegahan awal

tidak diambil. Golongan remaja menjadi sasaran dalam kajian ini kerana golongan

ini kebiasaannya mudah terjebak dengan pelbagai masalah sosial termasuk

masalah penyalahgunaan dadah disebabkan keinginan yang kuat untuk mencuba

sesuatu yang baru tanpa mengambil kira kesan yang bakal dihadapi. Menurut

Zainuddin Abdul Wahab (1994), golongan remajalah yang banyak terjebak

Page 59: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

dengan amalan gaya hidup yang sememangnya berisiko tinggi seperti

penyalahgunaan dadah serta perlakuan seks rambang.

Kerelevanan pemilihan pelajar tingkatan 5 sebagai responden sebenarnya dibuat

kerana ianya dalam julat usia remaja. Ianya sesuai dijadikan sebagai responden

kerana pada usia ini merupakan kemuncak bagi individu untuk

mengeksploitasikan dunia dan berani mencuba sesuatu yang baru. Peningkatan

kes dari tahun ke tahun kebanyakkannya terdiri daripada golongan ini. Kenyataan

ini disokong sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, (2006) yang

menyatakan bilangan golongan muda di Malaysia dengan jangkitan HIV

meningkat setiap tahun. Statistik bulan Disember 2006 daripada Kementerian

Kesihatan Malaysia mendedahkan bahawa 36% jangkitan ini berlaku dalam

kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun. Ketidaksaksamaan jantina, stigma

negatif, diskriminasi, berdiam diri, penafian dan kejahilan diri sendiri menjadi

bahan bakar wabak ini di Malaysia. Kenyataan ini menguatkan lagi bahawasanya

usia remaja mudah untuk dijangkiti AIDS.

Kajian menunjukkan antara faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar

tentang penyakit HIV / AIDS ialah sikap iaitu keprihatinan dan ambil peduli

tentang informasi dan program berkaitan penyakit ini. Daripada data yang telah

dianalisa, 56.67% daripada responden yang mewakili seramai 17 orang adalah

prihatin tentang informasi berkaitan penyakit HIV / AIDS, 6.67% yang mewakili 2

orang responden kurang prihatin serta bakinya lagi 11 orang responden (6.66%)

Page 60: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

pula kurang pasti. Seramai 15 orang (50.00%) ambil peduli terhadap program

tentang penyakit HIV/AIDS dan melibatkan diri dalam program tersebut. Namun,

seramai 3 orang (10.00%) responden memilih tidak dan baki 12 orang (40.00%)

kurang pasti. Jelaslah dapat dilihat daripada kajian ini bahawa sikap seseorang

yang prihatin dan ambil peduli terhadap informasi dan program berkaitan

penyakit ini amat membantu dalam mempertingkat tahap pengetahuan. Ini adalah

kerana, kebiasaannya informasi penting dan terbaru dapat diperoleh

memandangkan kakitangan-kakitangan yang menyediakan bahan-bahan program

adalah terlatih di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, faktor dari segi pendidikan juga mempengaruhi tahap pengetahuan

pelajar tentang penyakit HIV / AIDS . Daripada kajian yang telah dilakukan,

seramai 22 orang (73.33%) mengakui telah menerima sebarang bentuk

pendidikan formal seperti ceramah berkaitan HIV / AIDS di sekolah. Namun, 5

orang (16.67%) responden memilih tidak menerima serta lagi 3 (10.00%)

responden kurang pasti. Selain itu, seramai 22 orang (73.33%) bersependapat

bahawa pendidikan kesihatan berbentuk risalah serta kain rentang (banner) yang

berkaitan dengan HIV / AIDS boleh didapati. Namun, 2 orang (6.63%) responden

membangkang dan lagi 6 orang (20.00%) responden kurang pasti mengenai

perihal ini . Dengan ini, dapat dilihat bahawa pendidikan sama ada dalam bentuk

formal atau risalah terutama di sekolah amat membantu dalam mempertingkat tahap

pengetahuan pelajar tentang penyakit ini. Hal ini berkemungkinan disebabkan

oleh bahan yang mudah didapati oleh pelajar iaitu kebiasaannya telah disediakan

Page 61: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

oleh guru-guru mereka tanpa perlu mereka bersusah payah mencari dan

mendapatkannya.

Menurut Shammie Husaini Hakim, (2004) asas pencegahan global masih lagi

melalui sistem pendidikan kesihatan serta menjauhkan diri daripada melakukan

aktiviti harian yang dianggap berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah

melalui jarum suntikan, homoseksualiti serta perlakuan seks secara rambang

sememangnya mempunyai risiko tinggi pembawa virus HIV. Bagaimanapun

kemungkinan untuk dijangkiti virus ini adalah lebih rendah sekiranya seseorang

individu itu mengamalkan gaya hidup yang selamat iaitu tidak menjebakkan diri

dengan perkara yang berisiko. Oleh yang demikian, amalan gaya hidup yang

sihat perlu bagi mengurangkan risiko sebagai pembawa virus HIV.

Penglibatan ibubapa juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap

pengetahuan pelajar tentang penyakit ini. Daripada analisa data yang diperoleh,

seramai 11 orang (36.67%) bersependapat bahawa pernah mendapatkan informasi

berkaitan HIV / AIDS daripada ibubapa masing-masing, 13 orang (43.33%)

responden lain menyatakan mereka tidak pernah berbuat demikian. Baki lagi 6

orang (20.00%) responden pula kurang pasti mengenai hal ini. Selain itu,

seramai 9 orang (30.00%) responden menyatakan bahawa ibubapa pernah

memberikan galakkan kepada mereka untuk menyertai sebarang program

berkaitan penyakit HIV/AIDS yang dianjurkan oleh badan kerajaan dan bukan

kerajaan . Namun, 6 orang (20.00%) responden membangkang dan lagi 15 orang

Page 62: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

(50.00%) responden kurang pasti mengenai perihal ini. Daripada dapatan kajian

ini, dapat dilihat bahawa ibu bapa kurang melibatkan diri dalam menyampaikan

informasi tentang penyakit ini kepada anak-anak mereka. Hal ini mungkin

disebabkan oleh kekangan masa ibubapa masa kini yang berkerjaya. Selain itu,

hal ini juga berlaku mungkin disebabkan pemikiran ibubapa yang meletakkan

tanggungjawab untuk menyampaikan informasi seperti ini di bahu para guru di

sekolah anak mereka.

Selain itu juga, tahap pengetahuan pelajar tentang penyakit HIV / AIDS dalam

kalangan pelajar juga dipengaruhi oleh media cetak dan media elektronik yang

menyampaikan informasi-informasi berkaitan penyakit tersebut. Seramai 27 orang

(90.00%) mengakui telah melihat atau mendengar berkaitan HIV / AIDS melalui

media elektronik. Namun, 1 orang (3.33%) responden memilih tidak menerima

serta lagi 2 orang (6.67%) responden kurang pasti. Untuk pengaruh media cetak

pula, seramai 27 orang (90.00%) bersependapat pernah melihat atau terbaca

artikel berkaitan HIV / AIDS melalui media cetak . Namun , 2 orang (6.67%)

responden lain menyatakan mereka tidak pernah berbuat demikian . Baki lagi 1

orang (3.33%) responden pula kurang pasti mengenai hal ini. Daripada analisa

data ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh media cetak dan media elektronik

amat menyumbang dalam usaha mempertingkat tahap pengetahuan pelajar

tentang penyakit ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh era globalisasi masa kini

yang memudahkan pelajar untuk mendapatkan informasi-informasi menggunakan

alatan elektronik yang mereka miliki.

Page 63: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Selain itu juga, faktor persekitaran tempat tinggal juga merupakan antara faktor

yang mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar tentang penyakit ini. Seramai 5

orang (16.67%) mengakui kawasan tempat tinggal mereka dekat pusat hiburan.

Namun, 22 orang (73.33%) responden memilih tidak manakala lagi 3 orang

(10.00%) responden kurang pasti. Selain itu, seramai 2 orang (6.67%) responden

menyatakan bahawa terdapat aktiviti penagihan dadah di kawasan sekitar tempat

tinggal mereka. Namun, 17 orang (56.67%) responden membangkang dan lagi

11 orang (36.66%) responden kurang pasti mengenai perihal ini. Kajian ini

menunjukkan bahawa faktor persekitaran tempat tinggal kurang mempengaruhi

tahap pengetahuan mereka tentang penyakit ini.

Page 64: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

5.3 RUMUSAN

Pada keseluruhan kaji selidik ini, pengkaji mendapati bahawa keseluruhan

responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi kerana julat keseluruhan

soal selidik yang dikira oleh pengkaji mencapai sasaran. Ada kajian yang

dilakukan oleh Gray dan Saracino (1991), Riley dan Greene (1993), Royse et.

Al (1987), menunjukkan hubungan pengetahuan yang tepat mengenai HIV / AIDS

mempunyai kesan yang positif dengan sikap diterjemahkan kepada HIV / AIDS.

Kajian ini seiring dengan kajian-kajian lain yang dijalankan di luar negara seperti

Silberman, (1991) , Temoshok et. Al (1987), Wexler (1989), Wiener dan Siegel (1990).

Berdasarkan data yang dianalisis, satu pembolehubah diperolehi peramal yang

memberi pengaruh kuat ke atas sikap terhadap HIV / AIDS iaitu pendidikan dan

pengetahuan mengenai HIV / AIDS.

Kaedah penyebaran maklumat juga mempengaruhi tahap pengetahuan responden

tentang HIV / AIDS . Ini dapat dibuktikan seramai 27 orang (90.00%) mengakui

telah melihat atau mendengar berkaitan HIV/AIDS melalui media elektronik dan

massa. Nelson (1994) menyatakan bahawa kaedah penyebaran maklumat ada

berhubungan dengan terbentuknya pengetahuan remaja yang baik tentang HIV /

AIDS .

Page 65: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

BAB 6

RUMUSAN

6.1 PENGENALAN

Di sepanjang kajian in i dijalankan, penyelidik telah berjaya mengumpul data-data

bagi menentukan penyelidikan yang dijalankan memenuhi objektif kajian. Data-

data yang telah dikumpulkan adalah melalui soalan kaji selidik. Walaupun kaedah

ini tidak dapat memberi banyak maklumat yang tepat, ianya sedikit sebanyak

telah memenuhi kehendak penyelidik.

Page 66: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

6.2 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan keputusan yang diperolehi penyelidik dari kajian yang dibuat,

bahawa kebanyakan golongan remaja muda-mudi mempunyai tahap pengetahuan

mengenai penyakit AIDS yang agak memuaskan walaupun terdapat sebilangan

kecil daripada mereka mesih ragu-ragu mengenai penyakit ini jika tidak dicegah.

Keraguan yang timbul ini boleh dielakkan jika golongan remaja ini mempunyai

sikap bertanggungjawab untuk menjaga diri sendiri, sentiasa berwasapada serta

menjauhkan diri daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat bagi mengelakkan

risiko dijangkiti penyakit AIDS.

Tahap kesedaran, sikap serta pengetahuan yang tinggi adalah berkait rapat di

antara satu sama lain. Groenman n et all (1992) mengatakan semua pengetahuan

itu perlu dan ianya boleh diperolehi dengan mendapatkannya daripada orang

yang berpengetahuan. Ini akan mewujudkan satu rantaian ilmu yang akan

memberi banyak manfaat kepada semua orang.

6.3 CADANGAN

Usaha yang berterusan adalah teras atau matlamat yang penting bagi

memperolehi sesuatu kejayaan yang diidamkan. Ternyata adalah sesuatu yang

amat sukar bagi menjadikan negara Malaysia ini satu negara yang bersih

daripada ancaman AIDS sepenuhnya. Atas dasar itulah Kementerian Kesihatan

Page 67: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Malaysia bersama-bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) mesti

memainkan peranan utama dalam memberi kesedaran tentang bahayanya

penyakit AIDS ini.

Dalam merealisasikan matlamat ini, kempen-kempen tentang bahayanya penyakit

AIDS haruslah dilakukan dengan lebih kerap tanpa mengira batasan dan

sempadan. Ini bermaksud, kerajaan haruslah menggerakkan kempen ini daripada

peringkat akar umbi iaitu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat

Institusi Pengajian Tinggi dan bermula dari desa-desa hingga ke bandaraya.

Selain itu penerapan budaya membaca haruslah dipupuk dan disemai dari kecil

agar pengetahuan remaja mengenai masalah ini dapat dipertingkatkan dari awal

dan dibendung dengan jayanya. Kempen-kempen kesedaran AIDS dan ceramah-

ceramah mengenai AIDS juga memberi impak yang amat besar dalam

mewujudkan satu Negara yang sihat.

Di samping itu, badan-badan swasta juga perlu proaktif dalam menghadapi

dilema penyakit ini dengan mempergunakan sepenuhnya kemudahan dan

keupayaan alat-alat sebaran media cetak dan elektronik. Ini perlu dimanfaatkan

Page 68: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

sepenuhnya bagi memastikan maklumat yang diperlukan sampai kepada

masyarakat dengan meluas.

Di harap semua pihak perlu prihatin dan melakukan reformasi untuk melahirkan

masyarakat yang berpandangan jauh serta sensitive mengenai kesihatan. Kita

haruslah bersedia untuk ditransformasikan kepada kehendak-kehendak yang

hendak direncanakan. Mudah-mudahan hasrat ini akan tercapai.

6.4 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Bahagian ini merumuskan segala hasil kajian yang

dilakukan oleh pengkaji untuk pemahaman yang lebih lanjut meliputi dapatan

kajian dan cadangan – cadangan untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan

tentang HIV dan AIDS dalam kalangan remaja sekolah.

Page 69: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Baingana, Florence ; Rachel Thomas and Christine Comblain (2005), HIV / AIDS and

Mental Health, Health, Nutrition and Population (HNP) Discussion Paper, The

World Bank, Washington.

Ministry of Health Malaysia (2005). HIV / AIDS in Malaysia, AIDS / STD Branch,

Department of General Health.

Holden, S. (2006). Good Donorship in a time for AIDS : Guidelines on a support to

partners to manage HIV / AIDS in a workplace. Amsterdam : STOP AIDS NOW !

Development Project.

Kalla, Kristin (2006), Analyzing Civil Society Participation in Country-Level HIV / AIDS

UNGASS 2006 Reporting, CARE International.

Kamarulzaman, Adeeba (2007), Harm Reduction in Asia : No More Time to Wait, 8th

International Conference on AIDS in Asia the Pacific, Colombo 19-23.

Khalib, Azrul Mohd (2008), Women and Girls : Confronting HIV and AIDS in Malaysia,

Ministry of Health Malaysia ; UNICEF – United Natons Children’s Fund Malaysia.

Third World Network & Peoples’ Health Movement, (2004). AIDS in search of a social

solution. Penang : Third World Network.

Page 70: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

United Nations & United Nations Association Malaysia (2003) . Listen : Young people

as a force for change in a world with AIDS, a collection of essays on HIV / AIDS

by Young Malaysians. Kuala Lumpur : United Nations Association Malaysia.

Abu, B. S. (1991). An overview of the AIDS / HIV situation in Malaysia. Paper presented

at the National Seminar on AIDS , Kuala Lumpur.

Inungu, J., Mumford, V., younis, M., & Langford, S. (2009). HIV knowledge, attitudes

and practices among college students in the United States. Jhhsa Winter, 259-

277.

The Star (2006, February 15). AIDS kills more than Hepatitis B, p. W43

The Star (2006, February 17), AIDS victims bring home message to men who stray p.

N29.

Borneo Post Online (2013). 3,100 New HIV Infections Verted Due to Harm Reduction

Programmes in Malaysia. Borneo Post Online 4 July.

Page 71: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

LAMPIRAN A – BORANG PROPOSAL

Page 72: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK
Page 73: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

LAMPIRAN B– CARTA GANTT

AKTIVITI

BULAN

2014NOV

2015JAN

2015FEB

2015MAC

2015APR

2015MEI

2015JUN

2015JULY

2015OGOS

2015SEPT

2015OKT

2015NOV

1.Proposal2.Helaian Tajuk3.Pengenalan4.Kenyataan Masalah5.Objektif Kajian6.Kajian Literature7.Pengumpulan Maklumat8.Metodologi9.Bentuk Kajian10.Populasi/Persampelan Kajian11.Alat Kajian12.Pilot Study13.Pengumpulan Data14.Analisa Data15.Kelulusan Penyelia16.Penyerahan HSR(Bahagian 1)17.Penemuan18.Analisis19.Perbincangan20.Kesimpulan21.Cadangan22.Rujukan Dan Abstrak23.Lampiran24.Penilaian Akhir HSR Lengkap

Page 74: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

LAMPIRAN D– BORANG SOAL SELIDIK

HEALTH SYSTEM RESEARCH ( HSR )

BORANG SOAL SELIDIK TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV/AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK.

Arahan Kepada Responden :

1. Sila jawab semua soalan di (Bahagian A, B dan Bahagian C) yang dikemukakan

dengan tenang, selesa dan tanpa sebarang tekanan.

2. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dengan jujur tanpa rasa malu dan takut.

3. Tidak perlu meniru atau melihat jawapan rakan disebelah.

4. Sila tandakan ( ) bagi jawapan yang betul.

5. Semua maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk kajian

ini sahaja.

Kerjasama anda di dalam menjawab soalan-soalan ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Page 75: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Selamat Menjawab

BAHAGIAN A

(Maklumat peribadi responden).

1. Jantina

Lelaki

Perempuan

2. Bangsa

Melayu

Cina

India

Lain-lain

3. Agama

Islam

Buddha

Hindu

Kristian

Lain-lain

Page 76: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

BAHAGIAN B

(Tahap pengetahuan responden dan faktor yang mempengaruhinya)

1. Adakah anda prihatin mengenai informasi tentang HIV/AIDS.

Ya

Tidak

Kurang pasti

2. Jika terdapat program tentang penyakit HIV/AIDS, adakah anda ambil peduli

dan melibatkan diri dalam program tersebut.

Ya

Tidak

Kurang pasti

3. Pernahkah anda menerima sebarang bentuk pendidikan seperti ceramah

mengenai penyakit HIV/AIDS di sekolah anda.

Ya

Tidak

Kurang pasti

Page 77: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

4. Tahukah anda bahawa pendidikan kesihatan tentang penyakit HIV/AIDS boleh

didapati daripada risalah-risalah dan kain rentang (banner).

Ya

Tidak

Kurang pasti

5. Pernahkah anda mendapat informasi atau maklumat daripada rakan-rakan anda

mengenai perihal penyakit HIV/AIDS.

Ya

Tidak

Kurang pasti

6. Pernahkah anda dan rakan-rakan anda mencari maklumat mengenai penyakit

HIV/AIDS.

Ya

Tidak

Kurang pasti

7. Pernahkah anda mendapat informasi daripada ibubapa anda mengenai perihal

penyakit HIV/AIDS.

Ya

Tidak

Kurang pasti

8. Adakah ibubapa anda menggalakkan anda mengikuti sebarang program

berkaitan penyakit HIV/AIDS.

Page 78: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Ya

Tidak

Kurang pasti

9. Pernahkah anda melihat atau mendengar berkaitan penyakit HIV/AIDS di

televisyen, radio atau media elektronik yang lain.

Ya

Tidak

Kurang pasti

10.Pernahkah anda melihat atau terbaca artikel berkaitan penyakit HIV/AIDS di

surat khabar, majalah atau media cetak yang lain.

Ya

Tidak

Kurang pasti

11.Adakah tempat tinggal anda berhampiran dengan pusat-pusat hiburan.

Ya

Tidak

Kurang pasti

12.Adakah terdapat aktiviti penagihan dadah di sekitar kawasan tempat tinggal

anda.

Ya

Tidak

Page 79: KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DI SMK TAMBUN, IPOH PERAK

Kurang pasti