kajian sejarah tempatan tingkatan 3sejarahjpns.tripod.com/kst_t3.doc · web viewdiperkenalkan dalam...

21
Kajian Sejarah Tempatan Tingkatan 3 Kajian Sejarah Tempatan (A) Pengenalan : Diperkenalkan dalam sukatan pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1989 Clifford L.Lord menjelaskan bahawa Sejarah tempatan mengemukakan unit geografi yang paling kecil dalam kajian sejarah. 1 (B) Definisi : Pengkajian sesuatu tempat atau satu unit yang lebih kecil daripada negeri atau negara serta melibatkan penggunaan bahan yang diperolehi setempat. (C) Matlamat : Memupuk pemahaman dan kesedaran pelajar tentang sejarah perkembangan masyarakat setempat Menghargai dan berbangga dengan masyarakat dan persekitaran Mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan serta dapat memperkayakan khazanah sejarah setempat (D) Objektif : 1 Clifford L.Lord 1964, Teaching History with Community Resources, New York, Bureau of Publications Teachers College Columbia University KAJIAN SEJARAH TEMPATAN – TING. 3. http://subjeksejarah.tripod.com JPNNS. 1

Upload: others

Post on 25-Jan-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kajian Sejarah Tempatan Tingkatan 3

Kajian Sejarah Tempatan Tingkatan 3

Kajian Sejarah Tempatan

(A) Pengenalan :

· Diperkenalkan dalam sukatan pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1989

· Clifford L.Lord menjelaskan bahawa Sejarah tempatan mengemukakan unit geografi yang paling kecil dalam kajian sejarah.

(B) Definisi :

· Pengkajian sesuatu tempat atau satu unit yang lebih kecil daripada negeri atau negara serta melibatkan penggunaan bahan yang diperolehi setempat.

(C) Matlamat :

· Memupuk pemahaman dan kesedaran pelajar tentang sejarah perkembangan masyarakat setempat

· Menghargai dan berbangga dengan masyarakat dan persekitaran

· Mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan serta dapat memperkayakan khazanah sejarah setempat

(D) Objektif :

Membolehkan pelajar :

· Mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta mensintesis serta merumus maklumat dan fakta-fakta sejarah

· Lebih mengenali diri dan keluarga

· Mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah

· Mengenali kawasan tempat kediaman dan kawasan persekitaran sekolah dengan lebih dekat lagi

· Memupuk kemesraan, kasih sayang, kebanggaan serta sikap bertanggungjawab dan hormat menhormati terhadap keluarga, sekolah dan persekitaran

· Mengamal nilai murni yang diwarisi bersama dalam keluarga, sekolah, kawasan tempat kediaman dan kawasan persekitaran sekolah

· Mendapat pengalaman secara langsung dalam menjalankan kajian serta membina keyakinan diri

(E) Aspek – aspek Kajian :

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 3

Sejarah Diri dan Keluarga

· Salasilah keluarga

· Perkembangan diri dan keluarga

· Tokoh-tokoh dalam keluarga

· Peristiwa bersejarah dalam keluarga

Sejarah Sekolah

· Latar belakang sekolah

· Nama dan lambang kemegahan sekolah

· Infrastruktur dan kemudahan asas

· Pengetua

· Guru

· Badan pengurus dan PIBG

· Tokoh-tokoh bekas pelajar

· Peristiwa bersejarah

· Prestasi dan kejayaan akademik

· Prestasi dan kejayaan kokurikulum

Sejarah Persekitaran Kawasan Sekolah/ Tempat Tinggal/ Kediaman

1. Asal asul nama tempat

2. Bangunan / tempat bersejarah

3. Tokoh

4. Sejarah penduduk

5. Infrastruktur dan kemudahan asas

6. Peristiwa bersejarah

7. Tradisi setempat

8. Pentadbiran setempat

(F) Ruang Liputan Kajian :

Tingkatan 3 : Sejarah Persekitaran Kawasan Sekolah / Tempat Tinggal / Kediaman

Aspek Kajian

Pengetahuan

Sumber

Unsur Patriotisme

Asal-usual tempat / nama jalan

· Sejarah pembukaan tempat / jalan

· Sebab-sebab nama tempat / jalan dipilih

· Keistimewaan tempat / jalan

· Dokumen rasmi

· Orang sumber

· Gambar

· Jurnal / buku / majalah /akhbar

· Berbangga dengan pembangunan dan kemajuan setempat

Bangunan / Tempat Bersejarah

· Latar belakang bangunan / tempat bersejarah - pengasasan / orang yang terlibat

· Tarikh bangunan dibina / tempat diasaskan

· Keistimewaannya :

a) reka bentuk dan pelan

b) kegunaannya dahulu dan sekarang

· Jurnal

· Buku

· Peta

· Gambar

· Orang sumber

· Memelihara dan memulihara warisan budaya

· Berbangga dengan warisan budaya bangsa

Tokoh

· Nama dan biodata tokoh

· Kejayaan yang diperolehi :

a) bidang – pendidikan, pekerjaan, kebajiakan, anugerah, pingat, gelaran

· Sifat-sifat istimewa

· Sumbangan terhadap masyarakat setempat / Negeri / Kebangsaan

· Dokumen rasmi

· Sijil-sijil

· Pingat

· Orang sumber

· Anugerah / pengiktirafan

· Gambar

· Menghargai jasa dan sumbangan tokoh

· Mengagumi kewibawaan / kepemimpinan

Sejarah Penduduk

· Asal-usul penduduk

· Sebab mereka tinggal di situ

· Kegiatan sosial seperti :

a) Berpersatuan

b) Pendidikan

c) Riadah

· Dokumen

· Orang sumber

· Peta lokasi

· Gambar

· Bersyukur dan memanfaatkan kurniaan Tuhan

· Hidup bersatu dan berharmoni

· Menghormati perbezaan dan menghargai persamaan

Aspek Kajian

Pengetahuan

Sumber

Unsur Patriotisme

Infrastruktur dan kemudahan asas

· Jenis-jenis kemudahan asas dan infrastruktur

· Latar belakang kemudahan asas dan infrastruktur

· Kepentingan

· Kesan terhadap penduduk

· Orang sumber

· Peta lokasi

· Dokumen rasmi

· Risalah

· Memanfaatkan kemudahan asas yang disediakan

· Bersyukur dengan kemudahan yang ada

Peristiwa bersejarah

· Latar belakang peristiwa

a) tarikh

b) masa

c) tempat

d) pihak yang terlibat

· Sebab-sebab

· Bagaimana peristiwa itu berlaku

· Kesannya

· Orang sumber

· Buku

· Gambar

· Jurnal

· Dokumen rasmi

· Akhbar

· Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

· Bersedia menerima perubahan yang membawa kebaikan

· Bermegah dan berbangga dengan kejayaan masyarakat setempat

Tradisi setempat

· Adat resam / kesenian / permainan tradisional yang masih diamalkan atau yang telah ditinggalkan

· Asal usul adat resam / kesenian / permainan tradisional

· Tujuan tradisi setempat diamalkan

· Cara dan alat-alat yang digunakan (jika ada)

· Kepentingan

· Orang sumber

· Jurnal

· Gambar

· Artifak

· Risalah

· Audio visual

· Menyanjungi warisan budaya bangsa

· Menghargai keunikan warisan budaya Malaysia

Aspek Kajian

Pengetahuan

Sumber

Unsur Patriotisme

Pentadbiran setempat

a) Ketua kampung

b) Jawatankuasa dan keselamatan kampung

c) Pemaju kawasan perumahan

d) Jawatankuasa kemajuan penduduk

e) Penghulu

f) Tuai rumah

g) Orang besar jajahan

h) Majlis Perbandaran

i) Mahkamah

j) Masjid / Surau

k) Rukun Tetangga

l) Kemas

m) Dan sebagainya

· Latar belakang

a) tarikh

b) tempat

c) jawatan / orang terlibat

· Struktur organisasi

· Tugas dan tanggungjawab

· Kepentingan kepada masyarakat

· Orang sumber

· Risalah

· Jurnal

· Mematuhi peraturan dan undang-undang

· Berbangga dengan kesinambungan tradisi bangsa

· Menghormati institusi pentadbiran setempat

Pengendalian Dan Pelaksanaan

1. Peranan Guru

a) Perancang

b) Pengurus

c) Penyampai Maklumat

d) Ahli Sejarah

e) Pemudahcara / Pembimbing

f) Penilai

2. Panduan Umum Guru

· Memberi penerangan tentang semua tajuk kajian mengikut tingkatan. Ini termasuk :

a) Aspek-aspek yang perlu dikaji dalam setiap tajuk

b) Kaedah menjalankan kajian

c) Persiapan-persiapan yang diperlukan

d) Merancang strategi pelaksanaan

· Memastikan setiap pelajar memilih SATU tajuk yang disenaraikan dalam sesuatu tajuk yang dipilih

· Memastikan setiap pelajar menyediakan

a) Buku catatan aktiviti yang mengandungi senarai semak dan catatan berperingkat

b) Surat penghargaan

c) Surat pengenalan diri

d) Surat kepada pihak yang berkuasa

· Menyemak dan menandatangani buku catatan activiti pelajar

· Memastikan hasil kajian ditulis atau ditaip pada kertas A4

· Memastikan hanya gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk kajian sahaja yang dimasukkan dalam hasil kajian

· Menggalakkan pelajar membuat laporan dalam bentuik peta, pelan, graf dan carta

· Memastikan panjang hasil kajian ialah seperti berikut :

a) Tingkatan 1 : 5 hingga 10 muka surat

b) Tingkatan 2 : 10 hingga 15 muka surat

c) Tingkatan 3 : 15 hingga 20 muka surat

· Kajian boleh dijalankan secara individu atau kumpulan tetapi hasil kajian dibuat secara INDIVIDU

2.1. Peruntukan Masa

· Tingkatan 1 dan 2 (Februari hingga Julai)

· Tingkatan 3 tertakluk kepada arahan daripada Lembaga Peperiksasan Malaysia

· Jumlah masa yang diperlukan adalah 1 waktu daripada jumlan 3 waktu yang diperuntukkan untuk Sejarah setiap minggu.

2.2. Keselamatan Pelajar

Sekolah hendaklah mengatur langkah-langkah bagi memastikan keselamatan pelajar. Antaranya ialah :

· Membuat tinjauan terlebih dahulu ke tempat yang hendak dikaji

· Mendapatkan kebenaran ibu bapa / institusi / orang sumber

· Membuat kajian secara berkelompok

· Memastikan pelajar memakai pakaian seragam sekolah semasa menjalankan kajian

· Sentiasa menasihati pelajar supaya berdisiplin dan menjaga nama baik sekolah

· Menjemput tokoh-tokoh yang hendak dikaji ke sekolah untuk mengadakan sesi temu ramah

3. Sumber – sumber Sejarah

(A) Sumber Pertama

· Sumber asal seperti orang sumber, bangunan, monumen dan artifak

· Bahan bertulis seperti rekod kerajaan, swasta, surat persendirian dan surat perjanjian

· Gambar / fotografi, peta

· Tradisi lisan

· Inskripsi batu nisan

· Riwayat hidup, puisi dan diari

(B) Sumber Kedua

· Hasil penulisan sejarawan tentang sesuatu zaman atau peristiwa

· Merupakan tafsiran tentang apa yang telah berlaku berdasarkan siasatan terhadap pelbagai sumber pertama dan sumber lain termasuklah penulisan sejarawan lain

4. Prosedur Kajian Sejarah Tempatan

Satu prosedur perlu difahami oleh guru Sejarah

Prosedur Kajian Sejarah Tempatan

1. Apakah yang hendak dikaji ?

· Tokoh tempatan

· Institusi tempat pergerakan sosial, politik, dan lain-lain

2. Apakah tujuan objektif kajian ?

· Apakah yang hendak difokuskan dalam kajian ini ?

3. Bagaimanakah menentukan skop kajian ?

· Tentukan format kajian

· Tujuan kajian : apakah perkara yang hendak ditumpukan serta objektifnya

4. Di manakah kajian hendak dijalankan ?

· Di sebuah kampung

· Tempat bersejarah

· Menggunakan orang tempatan

5. Bilakah kajian akan dijalankan ?

· Tentukan tempoh masa

· Jadual kajian

6. Siapakah yang akan menjalankan kajian ?

· Pelajar ( individu )

· Kumpulan pelajar

· Pelajar dan guru

Prosedur Kajian Sejarah Tempatan

7. Adakah melibatkan perbelanjaan ?

· Adakah kajian ini mampu dibiayai / tidak membebankan ?

8. Apakah persediaan kajian yang diperlukan ?

· Tentukan apakah persediaan yang perlu dibuat sebelum / semasa / sesudah kajian dijalankan

9. Bagaimanakah menyiapkan kajian / laporan ?

· Adakah format penulisan dalam keadaan tersusun rapi dan mudah difahami ?

· Bagaimanakah membahagikan kajian tersebut kepada tajuk-tajuk kecil, menghuraikan isi-isi, maklumat atau bahan

· Ilustrasi – fakta sokongan yang dipersembahkan dalam bentuk data, jadual, pelan, gambar, gambar rajah dan lain-lain

10. Bagaimanakah penilaian dibuat ?

· Bagaimanakah kerja ini dinilai dan memberi kesan terhadap pembelajaran – pencapaian pelajar ?

11. Apakah gerak kerja susulan yang sesuai ?

· Apakah gerak kerja susulan berkaitan dengan hasil kajian yang boleh dibuat ?

· Contohnya : pameran, pembentangan hasil kajian kepada pelajar, seminar sejarah

5. Format Kajian Sejarah Tempatan

Bagi memudahkan penyemakan, setiap hasil Kajian Sejarah Tempatan haruslah bersistematik. Lantaran itu, setiap hasil harus mempunyai format tertentu. Cadangan format adalah seperti di bawah :

1. Tajuk

· Tajuk yang berkaitan dengan kajian

2. Senarai Kandungan

· Satu jadual yang menyenaraikan tajuk dan muka surat haruslah disediakan.

3. Penghargaan

· Penghargaan mesti diberikan kepada semua pihak yang terlibat dan menjelaskan sebab orang terbabit diberi penghargaan

4. Objektif Kajian

· Objektif kajian harus dinyatakan dengan jelas dan memberikan tujuan khusus yang akan menjadi panduan kepada kajian yang dijalankan

5. Kaedah Kajian

Kaedah kajian akan memberikan penjelasan tentang kaedah-kaedah yang dipilih.

a) Temu Ramah :

· Kaedah tinjauan dalam penyelidikan

· Melibatkan pertemuan pengkaji dengan responden ( orang sumber ) untuk mendapatkan maklumat

· Persediaan awal :

Guru

Pelajar

· Mengenal pasti orang sumber

· Membuat temu janji dengan orang sumber

· Membimbing pelajar membina item-item soalan diikuti dengan penerangan tentang soalan tambahan

· Membantu pelajar menyediakan peralatan seperti pita rakaman, pita video, kamera dan alat tulis

· Menyemak dan membetulkan draf soalan yang disediakan ole pelajar

· Membantu pelajar membentuk kumpulan

· Memilih tajuk kajian

· Membentuk kumpulan masing-masing

· Mengagihkan tugas mengikut kumpulan

· Membina soalan temu ramah

· Mengenal pasti bahan yang sesuai

· Menyediakan buku catatan aktiviti / senarai semak

· Membuat rujukan untuk mendapatkan maklumat awal tentang orang sumber

· Memperbaiki soalan temu ramah selepas diperbetulkan oleh guru

b) Kaedah Lawatan dan Pemerhatian :

· Pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi peluang kepada pelajar memerhati dan mengkaji sesuatu langsung di luar bilik darjah

· Lawatan dan pemerhatian dibuat di dalam kumpulan.

i) Persediaan Guru :

· Guru membuat tinjauan atau penyelidikan ke tempat yang hendak dilawati untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu

· Guru membantu pelajar merancang lawatan dan pemerhatian

· Pelajar perlu dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pembahagian tugas kepada pelajar juga perlulah ditentukan seperti melakar, memerhati, mengumpul risalah dan membuat catatan

· Membimbing pelajar untuk membina soalan-soalan sebelum lawatan dan pemerhatian dijalankan bagi mencungkil maklumat yang akan menjurus kepada tajuk yang dikaji

c) Kaedah Analisis Dokumen :

· Dokumen sumber pertama dan sumber kedua

6. Laporan Kajian

· Mengandungi bab-bab yang mempunyai kesinambungan atau pun susunan mengikut kronologi

· Menjelaskan aspek-aspek yang dikaji serta menepati objektif kajian

7. Rumusan

· Mengemukakan pendapat mereka secara kritis dan kreatif

· Menyatakan iktibar dan teladan yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan ini

8. Lampiran

· Lampiran yang berkaitan dengan kajian

9. Rujukan

· Buku – jadual, penerbit dan tahun

· Majalah / surat khabar – nama, tarikh dan tahun

· Orang sumber : Nama penuh, umur, pekerjaan dan alamat

Contoh pengendalian Kajian Sejarah Tempatan Tingkatan 3

Aspek kajian : Asal usul Nama Tempat

Objektif :

· Mengetahui dan memahami sejarah pembukaan tempat yang dikaji

· Memahami dan menghargai perkembangan dan kemajuan yang berlaku di kawasan persekitaran yang dikaji

· Mewujudkan semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan penduduk setempat

· Menguasai kemahiran, mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat

Isi Kandungan :

· Sejarah pembukaan tempat

· Tarikh nama itu mula digunakan

· Sebab-sebab nama berkenaan dipilih

Pendahuluan :

· Guru menerangkan konsep dan skop kajian bagi tajuk asal-usul nama tempat

· Guru mengemukakan beberapa soalan, antaranya :

a) Sebutkan nama tempat di kawasan anda

b) Mengapakah kita perlu mengetahui asal-usul nama tempat

c) Mengapakah nama tempat sering dikaitkan dengan nama tokoh

· Guru merumuskan jawapan pelajar

· Guru menyatakan perkara yang perlu diketahui tentang tajuk kajian di atas :

a) Sejarah pembukaan tempat

b) Tarikh nama tempat itu digunakan

c) Sebab nama tempat dipilih

d) Perkembangan dan perubahan yang berlaku

e) Peristiwa penting, contoh pertukaran nama tempat

Perkembangan :

· Guru menerangkan kaedah semasa mencari dan mengumpul maklumat seperti :

a) Temu ramah

Contoh : Menemu ramah orang sumber

b) Analisis dokumen

Contoh : memilih maklumat, dokumen yang berkaitan seperti surat khabar dan risalah

c) Lawatan dan perkembangan

Contoh : lawatan secara berkumpulan dan membuat pemerhatian di tempat kajian

· Selepas mengumpulkan maklumat, guru membimbing pelajar mengolah dan menyusun maklumat yang relevan

· Semasa pelajar menjalankan kajian, guru bertindak sebagai pemudahcara serta menilai perkembangan kerja pelajar

· Guru juga membimbing pelajar cara menulis laporan

Rumusan :

· Guru merancang sesi pembentangan hasil kajian seperti :

a) Panel perbincangan

b) Pelaporan oleh ketua kumpulan

c) Main peranan, lagu, sketsa, penceritaan, pentomen, temu ramah, puisi

· Guru merangsang dan menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam sesi pembentangan ini

· Guru merumuskan secara keseluruhan hasil kajian pelajar dari aspek :

a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Kemahiran yang dikuasai

c) Nilai dan sikap serta iktibar

Penilaian :

· Guru membuat penilaian dan merekod markah

� Clifford L.Lord 1964, Teaching History with Community Resources, New York, Bureau of Publications Teachers College Columbia University

� Buku Panduan Kajian Sejarah Tempatan Sekolah Menengah Rendah, Kemernterian Pendidikan Malaysia, m.s. 17

� Buku Panduan KST Sekolah Menengah Rendah, Kemernterian Pendidikan Malaysia, m.s. 20, 21, 22

� Buku Panduan KST Sekolah Menengah Rendah, Kemernterian Pendidikan Malaysia, m.s. 23

� Buku Panduan KST Sekolah Menengah Rendah, Kemernterian Pendidikan Malaysia, m.s. 53

� Buku Panduan KST Sekolah Menengah Rendah, Kemernterian Pendidikan Malaysia, m.s. 54

� Buku Panduan KST Sekolah Menengah Rendah, Kemernterian Pendidikan Malaysia, m.s. 54

PAGE

1

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN – TING. 3. http://subjeksejarah.tripod.comJPNNS.