kajian penilaian dan penggunaan cd rom ......kajian penilaian dan penggunaan cd rom pendidikan sains...

of 79 /79
KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Author: others

Post on 18-Jan-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN

MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

NAJWANI BINTI MUHAMMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM

PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya NAJWANI BINTI MUHAMMAD (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ ____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: LOT 154 LORONG MADRASAH,, TUAN HAJI JOHARI BIN HASSAN KG.CHICHA, KUBANG KERIAN, NAMA PENYELIA 16150 KOTA BHARU, KELANTAN

TARIKH : 8 MEI 2009 TARIKH : 8 MEI 2009__

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

‘Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)’

Tandatangan : ……………………………..

Nama Penyelia : HJ JOHARI BIN HASSAN

Tarikh : 8 MEI 2009

Page 4: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS

DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

NAJWANI BINTI MUHAMMAD

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2009

Page 5: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

ii

‘Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’.

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penulis : NAJWANI BINTI MUHAMMAD

Tarikh : 8 MEI 2009

Page 6: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

iii

Khas buat ayahanda dan bonda

Muhammad bin Abdullah dan Fuziah binti Ab.Rahim

Yang sentiasa mendoakan kejayaan untuk anakanda mu ini

Serta buat adik-beradikku yang sentiasa menyokongku dari belakang

Teristimewa buat sahabat-sahabat seperjuangan

yang sentiasa bersama dalam susah dan senang

jasa kalian amatku hargai

semoga hidup kita sentiasa dalam limpah kurniaNya

Page 7: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Syukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat

yang dikurniakan dapat saya menyiapkan kajian ini yang mana merupakan salah satu

syarat penganugerahan ijazah. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung

penghargaan buat semua yang telah terlibat dalam menyempurnakan kajian ini dari

permulaan sehingga ke akhirnya.

Pertamanya buat Tuan Haji Johari bin Hassan yang merupakan penyelia

kepada kajian saya ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buatnya. Segala

bantuan serta tunjuk ajar yang diberikan tanpa mengenal erti penat lelah begitu

berharga sekali buat saya seterusnya telah memungkinkan saya untuk menyiapkan

kajian ini.

Di samping itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu dan bapa serta ahli

keluarga yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam

menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya tanpa kalian semua siapalah saya hari ini.

Selain itu, buat sahabat-sahabat seperjuangan ribuan terima kasih juga

diucapkan kepada kalian di atas tunjuk ajar serta bantuan yang diberikan. Ilmu yang

dikongsi bersama untuk menyiapkan kajian ini amat berharga buat saya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam

menyiapkan kajian ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga

jasa dan pengorbanan semua akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T.

Page 8: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan perisian

pendidikan (CD ROM) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang dibekalkan

oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di kalangan guru-guru di sekolah

menengah kebangsaan. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai perisian pendidikan

yang digunakan dalam pelbagai aspek seperti teknikal, rekabentuk interaksi,

rekabentuk visual, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran serta aspek nilai estetik

dan motivasi. Seramai 40 orang guru daripada sekolah sekitar Skudai, Johor telah

dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Secara khususnya borang soal selidik

telah digunakan sebagai instrumen kajian. Segala hasil dapatan dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 13.0

for Windows. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan perisian

pendidikan (CD ROM) mata pelajaran Sains dan Matematik di kalangan responden

sangat tinggi memandangkan perisian ini sangat membantu mereka dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Manakala tahap penilaian responden terhadap

beberapa aspek dalam perisian yang digunakan juga berada pada tahap yang tinggi

dan menunjukkan mereka sangat berpuas hati terhadap perisian CD ROM tersebut

Page 9: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to determine how far the usage of educational

software (CD ROM) in Science and Mathematics that were provided by the Ministry

of Education to the teachers in secondary school. This research also tries to evaluate

the educational courseware that have been use in certain aspects such as technical,

interactional design, visual design, teaching and learning design and estethic and

motivation. 40 teachers from schools around Skudai, Johor have been selected as

respondents in this research. Questionnaire forms had been used as instrument in

this research. The data was analyzed using Statistical Package For Social Science

(SPSS) Version 13.0 for Windows. Result showed that the level of usage of

educational software (CD ROM) in Science and Mathematics among the users were

high because it is very useful in teaching and learning process. Besides, the

respondents are satisfied with the courseware used since the level of evaluation on

some aspects in courseware also at high level.

Page 10: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latarbelakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.5.1 Kementerian Pelajaran 6

1.5.2 Guru 6

1.5.3 Pembangun Perisian 7

1.5.4 Sekolah 7

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah/ Operasional 8

Page 11: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

viii

1.7.1 CD ROM 8

1.7.2 Pengajaran 8

1.7.3 Pembelajaran 9

1.7.4 ICT 9

1.7.5 Komputer 9

1.7.6 Multimedia 9

1.7.7 Perisian 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 11

2.1 Penggunaan CD ROM 12

2.2 Penilaian Guru Terhadap CD ROM 14

2.3 Permasalahan Dan Isu Penggunaan CD ROM 16

2.4 Penutup 17

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 18

3.1 Rekabentuk Kajian 18

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 19

3.3 Tempat Kajian 19

3.4 Instrumen Kajian 20

3.5 Pembinaan Soal Selidik 20

3.6 Prosedur Kajian 21

3.7 Kajian Rintis 22

3.8 Penganalisaan Data 23

3.9 Jangka Masa Kajian 23

4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 25

4.1 Latar belakang responden 26

4.2 Penggunaan perisian Sains dan Matematik 32

Page 12: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

ix

4.3 Penilaian perisian mata pelajaran Matematik dan Sains 39

4.3.1 Analisis terhadap aspek teknikal 39

4.3.2 Analisis terhadap aspek rekabentuk interaksi 41

4.3.3 Analisis terhadap aspek rekabentuk visual 43

4.3.4 Analisis terhadap aspek rekabentuk pengajaran 45

dan pembelajaran

4.3.5 Analisis terhadap aspek nilai estetik dan motivasi 47

4.4 Rumusan 49

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 50

5.1 Perbincangan 50

5.1.1 Penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran 51

dan pembelajaran

5.1.2 Keberkesanan penggunaan CD ROM dalam 52

proses pengajaran dan pembelajaran

5.1.3 Tahap penilaian guru terhadap CD ROM dalam 54

proses pengajaran dan pembelajaran

5.1.4 Persepsi Guru Terhadap Penggunaan CD ROM 56

5.2 Rumusan 57

5.3 Masalah 58

5.4 Cadangan 59

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60

5.6 Penutup 61

BIBLIOGRAFI 62

LAMPIRAN

Borang soal selidik 65

Data SPSS 71

Page 13: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

x

SENARAI JADUAL

N0. TAJUK TAJUK HALAMAN

3.1 Skala Likert 21

3.2 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 23

3.3 Jangka Masa Kajian 24

4.1 Analisis data mengikut bahagian 25

4.2 Taburan kekerapan responden mengikut jantina 26

4.3 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa 27

4.4 Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan 28

4.5 Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan 29

4.6 Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman 29

Mengajar

4.7 Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan 30

penggunaan CD ROM

4.8 Analisis maklumbalas responden terhadap penggunaan 32

CD ROM dalam P&P

4.9 Analisis maklumbalas responden terhadap penggunaan 34

CD ROM dalam membantu proses pengajaran dan

pembelajaran

4.10 Analisis maklumbalas responden terhadap kemudahan 36

menggunakan CD ROM

4.11 Analisis penilaian terhadap aspek teknikal 39

4.12 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk interaksi 41

4.13 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk visual 43

4.14 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk pengajaran 45

dan pembelajaran

4.15 Analisis penilaian terhadap aspek nilai estetik dan 47

motivasi

Page 14: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

xi

SENARAI RAJAH

N0. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Taburan kekerapan responden mengikut jantina 26

4.2 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa 27

4.3 Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan 28

4.4 Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan 29

4.5 Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman 30

mengajar

4.6 Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan 31

penggunaan CD ROM

Page 15: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

xii

SENARAI SINGKATAN

CD ROM CD Read Only Memory

ICT Information Communication Technology

SPSS Statistical Package for Social Science

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

SPBT Skim Pinjaman Buku Teks

PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris

Page 16: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam meniti arus pembangunan negara selari dengan era globalisasi yang

semakin memuncak, pelbagai teknologi mula timbul bagaikan cendawan tumbuh

selepas hujan. Penggunaan teknologi ini banyak membantu dalam semua sektor

tidak kira dalam bidang perindustrian, pertanian mahupun bidang pendidikan

khususnya. Bidang pendidikan sekarang menuntut pelbagai perubahan dari sudut

teknik pengajaran terutamanya. Ini kerana dengan teknologi-teknologi yang baru ini

mampu memberi kesan yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

walaupun buku dan papan tulis menjadi bahan asas pengajaran yang tidak mungkin

dapat digantikan. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan

bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah lama diperkenalkan sejak awal tahun 60an

lagi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom

(Norhashim Abu Samah et al, 1996).

Dalam konteks pendidikan, teknologi komputer bukan hanya mampu

membantu dalam tugas pengurusan pejabat, tetapi juga berpotensi sebagai alat untuk

mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana teknologi

tersebut boleh diprogramkan untuk mengajar bagi membantu guru di sekolah

sewaktu pengajaran. Menurut kenyataan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed, dengan

penyediaan isi kandungan dalam bentuk bantuan komputer, guru hanya sebagai

fasilitator pengajaran dan tidak memerlukan guru pakar dalam Bahasa Inggeris

(Utusan Malaysia, 2002). Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran telah memberi

Page 17: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

2

keutamaan dari segi peruntukan untuk menyediakan infrastruktur teknologi

komunikasi maklumat (ICT) seperti komputer laptop, projektor LCD, skrin dan

bahan interaktif kepada sekolah (Musa Mohamad, 2002). Maka proses pengajaran

ini boleh dilakukan dalam bentuk persembahan bahan kuliah, soal-jawab dengan

pelajar dalam bentuk dialog, menyemak jawapan pelajar dalam sesuatu ujian,

mengulang bahan pengajaran yang diperlukan atau membuat cabangan ke tahap yang

lebih susah dan sebagainya (Rose Alinda Alias, 1996).

Dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi komputer, CD-ROM telah

mula diperkenalkan untuk kegunaan guru dan pelajar. MyCD(Pupil’s CD-ROM)

contohnya, adalah CD-ROM untuk murid bertujuan mengukuhkan kandungan

pelajaran yang disampaikan melalui buku teks. Ia merupakan multimedia interaktif

yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian

interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. MyCD

adalah satu perisian sumber(resource) yang mana perlu merujuk ikon MyCD dalam

buku teks sebelum mengakses MyCD. CD-ROM ini diterbitkan sebagai salah satu

komponen Pakej Buku Teks dan dibekalkan oleh penerbit-penerbit buku teks kepada

setiap sekolah melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

1.1 Latarbelakang Masalah

Selaras dengan seruan kerajaan yang telah memperkenalkan Program

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

pada tahun 2003, maka penerbitan CD-ROM buku teks dan MYCD adalah bertujuan

untuk mengaplikasi teknologi komputer di sekolah. Konsep yang khusus dan abstrak

dalam buku teks contohnya dapat disampaikan secara konkrit kepada murid melalui

elemen multimedia dalam CD-ROM. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan

dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan

telah dianggap sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps,

1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie&Jansen, 1998; Heinich et al, 1999).

Page 18: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

3

Mengikut D’Lgnazio, multimedia adalah teknologi baru yang dapat

memberikan banyak manfaat kepada pembangunan dunia pendidikan (Bairley,

1996). Sebagaimana yang diketahui umum, pendekatan multimedia seperti CD-

ROM contohnya dapat menjadikan komunikasi antara guru dengan pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan berkesan. Pelajar yang terlibat

dalam dalam pakej ini boleh mempelajari ilmu yang terkandung dalamnya sesuai

dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan dan pengetahuannya.

Penggunaan buku teks semata-mata tidak mampu membantu guru dalam

menyampaikan maklumat. Tambahan pula apabila pengajaran melibatkan konsep

yang absrak. Menurut Baker (1991) yang merumuskan bahawa buku teks adalah

tidak efektif dari aspek perubahan konsep yang salah malah ia akan-akan

menambahkan lagi kekeliruan pelajar. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh

Wilkinson (1999), perubahan konsep yang efektif boleh dipertingkatkan melalui

perisian komputer terutamanya yang banyak digunakan dalam subjek-subjek kritikal

seperti Kimia, Fizik dan Biologi.

Walaupun ada kajian yang dijalankan yang menyatakan bahawa guru-guru

percaya bahawa komputer dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pemahaman konsep

(Abdul Razak dan Jamaludin, 1998), namun yang menjadi persoalan adalah tidak

semua guru yang mengaplikasikan penggunaan teknologi ini dalam bilik darjah.

Guru-guru yang senior atau lebih lama berada dalam arena pendidikan lebih gemar

untuk menggunakan kaedah lama yang telah lama diperturunkan.

Teknologi multimedia seperti CD-ROM contohnya, jelas memberi

kesempatan kepada pelajar terutamanya untuk meningkatkan tahap kemajuan dalam

pembelajaran (Yelland.N et. al., 1997). Ini kerana kandungannya yang

sememangnya diakui sangat menarik kerana mengandungi unsur multimedia sepert

audio, video, teks, grafik dan animasi. Namun tidak semua CD-ROM yang

dibekalkan mengandungi elemen-elemen tersebut kerana CD-ROM tersebut tidak

dinilai terlebih dahulu. Pihak kementerian sewajarnya perlu mengambil langkah

Page 19: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

4

yang sewajarnya bagi menangani masalah yang timbul bagi meningkatkan martabat

bidang pendidikan.

1.2 Pernyataan Masalah

Penghasilan CD-ROM adalah selaras dengan arahan kabinet yang

menyarankan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu mengaplikasikan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk penggunaan CD-ROM dan

komputer di sekolah. Dengan kemunculan CD-ROM ini, akan menggalakkan lagi

integrasi ICT pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun tidak semua

guru di sekolah yang mengambil pendekatan ini secara serius. Guru-guru lebih suka

menggunakan kaedah tradisional dibandingkan penggunaan teknologi. Menurut satu

kajian yang telah dijalankan, kemahiran ICT dikalangan tenaga pengajar masih

berada pada tahap kurang memberangsangkan (Khairul Anuar Samad, 2002). Mereka

lebih gemar untuk menggunakannya pada waktu-waktu yang terdesak.

Kekurangan kemudahan komputer dan perisian, serta ketidaksepadanan

perisian dan perkakasan antara dua halangan utama dalam penggunaan komputer

(Honey dan Bruner, 1994). Kebanyakan CD-ROM yang dibekalkan kepada sekolah

tidak melalui satu ujian khas bagi memastikan CD-ROM tersebut adalah berkualiti

dan berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut pengalaman pengkaji sendiri selama menjalani latihan praktikal mengajar

di salah sebuah sekolah di daerah Johor Bahru, kebanyakan pelajar tidak begitu

tertarik dengan kandungan CD-ROM yang digunakan oleh pelajar. Kandungan CD-

ROM tersebut dilihat agak suram dan tidak mampu untuk menarik perhatian pelajar.

Selain itu, sikap dan minat guru sendiri terhadap penggunaan perisian

pendidikan juga turut menjadi faktor dalam pmelancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Ada kajian yang dijalankan mendapati sesetengah guru

bersikap malas dan negatif untuk mengaplikasikannya di dalam kelas mahupun di

dalam makmal.

Page 20: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

5

1.3 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

i. Mengenalpasti penggunaan CD ROM oleh guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah

ii. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan CD ROM dalam membantu

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

iii. Mengenalpasti tahap penilaian guru terhadap perisian CD-ROM yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mencari penyelesaian kepada persoalan-

persoalan berikut:

i. Adakah kemudahan CD-ROM yang dibekalkan oleh kementerian

digunakan sepenuhnya oleh guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah?

ii. Adakah penggunaan CD-ROM membantu guru-guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ?

iii. Apakah tahap penilaian guru terhadap perisian CD-ROM yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Page 21: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

6

1.5 Kepentingan Kajian

Usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membudayakan penggunaan

teknologi komputer untuk diserapkan dalam kehidupan masyarakat adalah bermula

di sekolah. Dengan kehadiran CD-ROM buku teks yang dibekalkan oleh

Kementerian Pelajaran menggalakkan lagi penggunaan teknologi komputer di

sekolah. Sehubungan itu, melalui permasalahan inilah diharapkan agar dapatan

kajian dapat memberi manfaat kepada komponen-komponen berikut:

1.5.1 Kementerian Pelajaran

Kementerian Pelajaran perlu mengkaji dengan teliti setiap CD-ROM yang

dihasilkan sebelum diedarkan ke sekolah untuk digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Ini kerana kebanyakan CD-ROM yang digunakan oleh guru tidak

melalui ujian khas yang akan menentukan tahap kesesuaian CD-ROM tersebut

sebelum diguna pakai. Selain itu, pihak kementerian juga perlu membuat

pemantauan terhadap guru-guru di sekolah bagi menggalakkan mereka untuk

menggunakan CD-ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1.5.2 Guru

Memandangkan setiap sekolah sudah dibekalkan dengan CD-ROM buku

teks, adalah diharapkan agar guru-guru dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan

yang diberikan. Dengan pengaplikasian teknologi ini juga, guru-guru dapat

memantau keberkesanan dan kesesuaian CD-ROM ini terhadap para pelajar dalam

masa yang sama. Ini kerana guru-guru dapat melihat sejauhmana respon yang

diberikan oleh pelajar.

Page 22: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

7

1.5.3 Pembangun Perisian

Kajian yang akan dijalankan ini diharap akan membantu golongan

pembangun perisian memandangkan pelbagai aspek yang perlu diambil kira sebelum

sesuatu perisian itu dibangunkan. Ini kerana perisian yang dibangunkan perlulah

diselaraskan dengan kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian

pelajaran dan tidak boleh dibangunkan secara sambil lewa.

1.5.4 Sekolah Diharapkan daripada kajian yang dilaksanakan mampu memberi kesedaran kepada

pihak sekolah memandangkan mereka juga turut terlibat dalam membantu guru-guru

dalam penggunaan CD ROM pendidikan di sekolah.

1.6 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan tertumpu kepada guru-guru mata pelajaran Sains dan

Matematik di sekolah menengah kebangsaan sekitar Skudai, Johor Bahru yang

memfokuskan kepada penggunaan CD-ROM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah bagi melihat keberkesanan dan kesesuaiannya.

Memandangkan daerah Johor Bahru menempatkan puluhan sekolah

menengah dan populasi guru mata pelajaran Sains dan Matematik yang cukup besar,

maka pengkaji hanya menjadikan seramai 4 orang guru yang mengajar subjek Sains

dan Matematik untuk setiap sekolah sebagai sampel kajian. Sepuluh buah sekolah

menengah kebangsaan akan terlibat dalam kajian ini bagi mendapatkan keputusan

yang lebih rassional.

Page 23: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

8

Dalam kajian ini, persoalan yang cuba dikaji oleh pengkaji adalah adakah

kemudahan CD-ROM yang dibekalkan oleh kerajaan digunakan sepenuhnya oleh

guru dalam proses P&P, adakah CD-ROM tersebut sangat membantu dan apakah

tahap penilaian guru-guru terhadap perisian CD-ROM tersebut.

Bagi mendapatkan keputusan terhadap permasalahan yang cuba dikaji oleh

pengkaji, soalan-soalan dalam bentuk soal selidik disediakan untuk memudahkan

responden memberikan maklumat. Soalan-soalan yang digunakan merangkumi

persekitaran yang dialami oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.7 Definisi Istilah/ Operasional

Beberapa definisi atau istilah digunakan dalam kajian ini bagi menerangkan

sesuatu maksud agar bersamaan dengan apa yang hendak disampaikan.

1.7.1 CD ROM

CD ROM adalah multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi,

simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan

menambah nilai kandungan buku teks. CD ROM berfungsi membantu murid

memahami dan mengukuhkan kandungan pelajaran yang di sampaikan melalui buku

teks.

1.7.2 Pengajaran

Ajar bermaksud tunjuk, sebagai bimbingan atau panduan. Pengajaran

bermaksud mengajar

Page 24: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

9

1.7.3 Pembelajaran

Proses atau kegiatan dalam belajar. Pembelajaran dapat membantu para pelajar

meningkatkan lagi pengetahuan dan kemajuan dalam keceerdasan intelek dalam

memahami dan mentafsir sesuatu ilmu pengetahuan.

1.7.4 ICT

Singkatan bagi Information and Communication Technology atau Teknologi

Maklumat dan Komunikasi. ICT digunakan untuk menyampaikan kandungan

pelajaran berdasarkan urutan yang merangkumi pembelajaran ekpositori,

demonstrasi fenomena, latihan dan penilaian yang dikawal oleh system.

1.7.5 Komputer

Mengikut Jamaluddin dan Zaidatun (1999), komputer merupakan mesin yang

telah diprogramkan. Dua prinsip atau sifat komputer yang utama ialah ia bertindak

bebas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang telah

ditentukan. Selain itu ia mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk

dan aras secara lebih sistematik.

1.7.6 Multimedia

Mengikut Waterworth (1992), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik,

animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan

komputer. Mengikut Rosenberg (1993) pula mendefinisikan multimedia sebagai

Page 25: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

10

gabungan bunyi, imej statik, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan

teknologi komputer.

1.7.7 Perisian

Perisian merupakan sistem komputer yang terdiri daripada atucara, rutin, subritin dan

keseluruhan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan.

Page 26: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

Sejak dahulu lagi dunia pendidikan telah mengaplikasikan pelbagai kaedah

serta teknologi yang ada dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Bermula dengan kaedah tradisional iaitu menggunakan

kapur dan papan tulis serta kemudiannya beralih kepada teknologi yang muncul

seperti komputer dan perisian. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat tiga sebab

utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan :

i. Banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer yang mana

tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri

ii. Kemampuan mengutip dan mentimpan maklumat serta pengetahuan

hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer.

iii. Maklumat dan pengetahuan yang tersimpan dalam komputer menjadi

kunci untuk membantu manusia dalam kehidupan terutamanya bagi

pelajar.

Namun sehingga kini, kita masih melihat betapa sukarnya seorang guru

menyampaikan ilmu pengetahuan serta pelajaran secara efektif. Malah adakalnya

seorang guru berhempas pulas menerangkan isi kandungan pelajaran menggunakan

Page 27: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

12

papan hitam serta mengulang-ulang untuk beberapa kali semata-mata untuk

memahamkan para pelajar.

2.1 Penggunaan CD ROM

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) merupakan dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris

bagi menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains

dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar pendidikan ini mula

dilaksanakan pada masa pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun

2003. Selaras dengan itu, buku teks khususnya buku teks mata pelajaran Sains dan

Matematik telah diterbitkan secara pakej bersama MyCD, yang mana khas untuk

kegunaan pelajar dan CD ROM Guru.

Penerbitan CD ROM ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan bagi

meningkatkan penggunaan apliksi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Usaha kerajaan membudayakan ICT dalam kehidupan masyarakat adalah

sebahagian besar bermula di sekolah. Oleh kerana bahan utama pengajaran dan

pembelajaran di sekolah adalah menggunakan buku teks, maka isi kandungan buku

teks diterjemahkan ke dalam bentuk perisian yang lebih menarik. CD ROM

pendidikan mengandungi objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan

interaktif, galeri multimedia, e-ujian, e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan

tautan atau capaian internet, Bahagian Buku Teks Kemnterian Pelajaran Malysia

(Julai 2008).

Antara aktiviti interaktif yang disediakan dalam MyCD meliputi aktiviti

pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, latihan interaktif. Apa yang

lebih menarik adalah semua aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dapat direkod,

dismpan dan dicetak pada bila-bila masa sahaja. Selain itu galeri multimedia

menempatkan koleksi bahan multimedia yang dapat menyokong dan menambah nilai

bahan dalam buku teks terutama berkaitan konsep khusus dan abstrak untuk

Page 28: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

13

membantu pemahaman pelajar dengan lebih berkesan. Bahan multimedia teridri

daripada audio, video, teks, grafik dan animasi. Menurut Shaharuddin Md Salleh et.

all (2008), grafik telah lama digunakan sebagai salah satu medium bagi penyaluran

maklumat. Ia penting untuk menyediakan bahan-bahan berbentuk visual yang

mampu menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Kebanyakan institusi

pendidikan menggunakan grafik sebagai media pengajaran dan pemudah cara untuk

memahami sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan teks.

Pembangunan MyCD mengambil kira ciri-ciri kepenggunaanya iaitu mesra

pengguna seperti auto-jalan (autorun) dan mudah digunakan oleh murid dengan

pengetahuan asas tentang penggunaan komputer. CD ROM ini memerlukan perisian

sokongan untuk berfungsi seperti Quictime, Acrobat Reader, Java Run-Time. Namun

ia tidak menjadi masalah kerana perisian sememangya telah disediakan bersama

dengan CD ROM dan pemasangannya adalah secara automatik.

Bagi meluaskan lagi skop proses pengajaran dan pembelajaran, CD ROM

dilengkapi dengan tautan atau capaian internet yang mengandungi laman web yang

berkaitan mata pelajaran dalam buku teks. Dengan adanya kemudahan ini, pelajar-

pelajar dapat berkomunikasi, berkongsi, mengumpul dan mendapatkan maklumat

tambahan menerusi internet. Selaras dengan seruan kerajaan yang menggalakkan

pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, capaian internet ini

diharap mampu membuka minda pelajar agar bersikap lebih terbuka dan

berpandangan jauh. Menurut Faridah Shaari blog (2007), dalam konteks

pembelajaran, penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh dikategorikan sebagai :

i. ICT sebagai Alat Tutorial

ii. ICT sebagai Alat Penerokaan

iii. ICT sebagai Alat Aplikasi

iv. ICT sebagai Alat Komunikasi

Page 29: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

14

Walaubagaimanapun CD ROM ini merupakan bahan sokongan kepada buku

teks. Maka penggunaannya berkait rapat dengan penggunaan buku teks. Ikon yang

terpapar pada halaman tertentu dalam buku teks memberi petunjuk bahawa tajuk atau

unit dalam buku teks dijelaskan lagi secara interaktif dalam CD ROM.

2.2 Penilaian Guru Terhadap CD ROM

Walaupun pihak kementerian telah membekalkan pelbagai kemudahan

teknologi pendidikan kepada sekolah-sekolah, namun tidak semua

mengaplikasikannya. Menurut Holmes (1999), intergrasi teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam

menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang

diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan teknologi ini belum mencukupi untuk

membolehkan guru menggabungkan teknologi yang ada dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Guru perlulah mempunyai pandangan positif terhadap pengaplikasian ini.

Menurut Arnove (1976) dalam kajiannya menjelaskan bahawa guru-guru bersikap

negatif terhadap penggunaan teknologi terutamanya perisian pendidikan, CD ROM.

Sekiranya perkara ini berlaku, maka ia akan menjurus kepada kurangnya pemahaman

guru terhadap isi pengajaran seterusnya memberi kesan kepada pelajar. Pelajar pada

masa kini akan memain peranan yang aktif dalam pembelajaran dan bukan lagi

semata-mata sebagai penerima maklumat yang pasif seperti mana yang terdapat

dalam suasana kelas yang tradisional, Qasem (1992). Cross (1987) menyatakan

bahawa apabila pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, pelajar akan lebih

banyak belajar jika dibandingkan dengan keadaan apabila pelajar semata-mata

menerima arahan dan maklumat daripada guru secara pasif.

Dalam membina perisian Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)

multimedia yang bermutu, seseorang pembangun perlu melengkapkan diri dengan

kemahiran dan pengetahuan dalam bidang grafik disamping kreativiti, semangat

Page 30: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

15

kerjasama, kecekalan hati dan inisiatif yang tinggi sebagaimana yang disebutkan

dalam kajian Ngoi Yoon Koy (1999). Begitu juga dengan guru-guru yang terlibat

dalam menggunakan perisian PBK di sekolah. Sikap dan minat amat penting dan

perlu diambil kira bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan sempurna. Ini kerana pengaruh guru sangat tinggi dalam

mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kajian yang dibuat oleh Mattox (1974) mendapati ada segelintir guru

bersikap malas dalam menggunakan perisian pendidikan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Mungkin kerana tiada sokongan daripada pihak atasan atau

mungkin juga terlalu mendapat tekanan daripada mereka untuk menggunakannya di

dalam kelas atau makmal.

Bahagian Teknologi Pendidikan dan Jemaah Nazir Sekolah ada

melaksanakan kajian yang menunjukkan dengan pertambahan alat dan bahan media

tidak memadai dengan perasaan dan pemikiran para pendidik, guru besar dan juga

pihak pengurusan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia yang menganggap bahan

media bersifat optimal. Ini menyebabkan ia diketepikan tanpa sebarang perbezaan

yang ketara. Namun demikian masih ada lagi sekolah yang tidak menggunakan

mana-mana teknologi pendidikan disebabkan masalah-masalah yang dihadapi.

2.3 Permasalahan Dan Isu Penggunaan CD ROM

Kebanyakan buku teks dan buku rujukan di pasaran sekarang mengepilkan

bersama perisian yang mengandungi kandungan buku tersebut bagi memberi

kemudahan kepada pengguna. Ini kerana perisian mengandungi elemen multimedia

yang mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melauinya

teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan di

dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama, Jamalluddin Harun dan Zaidatun

Tasir (2004). Menurutnya juga pengguna yang tertarik akan memberi lebih

penumpuan pada persembahan isi kandungan atau maklumat yang ingin disampaikan

Page 31: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

16

dan seterusnya ini akan membolehkan proses penyampaian maklumat berlaku

dengan lebih berkesan. Namun tidak semua perisian pendidikan mempunyai ciri-ciri

sebegini. Kebanyakannya hanya membangunkan perisian semata-mata memenuhi

kehendak semasa tanpa memikirkan spesifikasi yang sepatutnya.

Berita Harian (1988) melaporkan bahawa sesetengan sekolah tidak

menggunakan alat bantu mengajar dengan sepenuhnya walaupun mereka dibekalkan

dengan kemudahan tersebut. Guru-guru tidak mengaplikasikannya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana tiada galakan dan sokongan

daripada pihak pengetua. Kebanyakan daripada mereka bersikap negatif dengan

menyimpan alat bantu mengajar tersebut. Mereka bimbang sekiranya digunakan dan

didedahkan kepada kepada pelajar-pelajar akan menyebabkan kerosakan dan

mungkin tidak dapat digunakan lagi.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Silbawa (1983), guru-guru yang

mempunyai banyak pengalaman mengajar dan mengikuti latihan yang dianjurkan

oleh pihak kementerian lebih banyak menggunakan teknologi pendidikan

berbanding guru-guru yang hanya mempunyai pengalaman bertahun-tahun mengajar

tetapi kurang latihan. Ini jelas menunjukkan kemahiran sangat penting dan begitu

mempengaruhi teknologi-teknologi yang dibekalkan oleh pihak kementerian kepada

sekolah-sekolah untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-

gur seharusnya menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan berhubung dengan

pengendalian dan teknik mengajar menggunakan teknologi pendidikan, Ab. Rahman

Ab. Rashid (1995).

Teknologi bersepadu menggabungkan ciri-ciri yang paling baik teknologi-

teknologi dahulu dengan menggunakan pelbagi format di bawah kawalan

mikropemproses. Biasanya terdapat dua komponen yang disambungkan dengan

sistem teknologi bersepadu iaitu prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat. Ini

merupakan salah satu ciri-ciri yang ada pada sesebuah perisian pendidikan. Menurut

kajian yang dilaksanakan oleh Abdul Rahman (1995) faktor-faktor yang

mempengaruhi penggunaan alat teknologi pendidikan dalam pengajaran matematik

Page 32: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

17

dikalangan guru sekolah rendah menunjukkan bahawa guru yang

menggunakanteknologi didapati pelajar-pelajarnya lebih berjaya.

2.4 Penutup

Bab ini telah mengemukakan perihal tentang penggunaan CD ROM dan

persepsi guru-terhadap penggunaan CD ROM dalm proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah melalui kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji

terdahulu. Disamping itu juga, bab ini mengetengahkan permasalahan dan isu yang

timbul terhadap CD ROM yang banyak memberi kesan terhadap bidang pendidikan.

Page 33: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan faktor yang penting dalam memperoleh

keputusan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam bahagian ini,

penerangan adalah berkisarkan tentang proses perlaksanaan kajian oleh penyelidik.

Penyelidik akan menerangkan tentang kaedah, prosedur, tatacara dan program bagi

memastikan kajian dapat dijalankan dengan sempurna. Antara perkara yang

berkaitan adalah rekabentuk kajian, pemilihan sampel, tempat kajian, instrumen

kajian, dan pengendalian data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian berbentuk ilmiah yang melibatkan kaedah

tinjauan berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk mengupas maklumat terperinci

dan mengkaji tentang kecenderungan penggunaan CD ROM mata pelajaran Sains

dan Matematik dikalangan guru-guru di sekolah menengah kebangsaan.

Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk

menerangkan fenomena yang berlaku. Satu set soalan berbentuk soal selidik

disediakan untuk guru-guru memberikan maklumat. Keringer (1973) menyatakan

bahawa menyediakan rekabentuk kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan

kepada andaian-andaian dalam penyelidikan sekaligus membantu dalam

Page 34: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

19

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Kajian menggunakan kaedah

soal selidik dipilih kerana kaedah ini adalah lebih mudah dan data yang diperolehi

senang untuk diproses dan dianalisi.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan yang memenuhi

spesifikasi. Sebagai nombor keseluruhan unit yang beroperasi bagi pemerhatian,

populasi adalah sebahagian kecil daripada unit, sebahagian besar daripada unit

ataupun nombor yang tidak terkira unitnya. Jadi, populasi merupakan keseluruhan

kumpulan manusia, objek mahupun peristiwa yang mempunyai sedikit persamaan

secara umumya dan ia mestilah didefinisikan secara spesifik Azizi Yahaya et. al

(2007).

Dalam kajian ini, populasinya adalah terdiri daripada guru-guru sekolah

menengah di sekitar Skudai, Johor Bahru. Guru-guru ini merupakan guru-guru yang

mengajar matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah yang dipilh.

Sebagai sampel kajian, penyelidik telah memilih seramai 40 orang guru yang

mengajar subjek Sains dan Matematik.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini dibuat dengan memilih 10 buah sekolah yang terletak di daerah

Johor Bahru. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-

guru berkenaan tentang tahap penggunaan dan penilaian terhadap CD ROM dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Disamping itu, sekolah yang dipilih

mempunyai kemudahan teknologi pendidikan yang dibekalkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia. Pemilihan sekolah di negeri Johor adalah kerana memudahkan

penyelidik menjalankan kajian.

Page 35: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

20

3.4 Instrumen Kajian

Memandangkan kaedah soal selidik lebih efektif dan banyak digunakan, maka

instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang

merangkumi beberapa bahagian. Item-item soal selidik adalah dibina oleh

penyelidik melalui rujukan daripada bahan-bahan yang berkaitan. Menurut Tuckman

(1988), soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah mendapatkan kerjasama

daripada responden. Kajian berbentuk tinjauan dalam penyelidikan sangat popular

menggunakan soal selidik berbanding teknik temubual. Pengkaji merasakan

instrumen yang dibina dapat membantu mencapai objektif kajian dengan lebih

berkesan.

3.5 Pembinaan Soal Selidik

Borang soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan

bahagian B. Item-item yang terdapat dalam setiap bahagian adalah seperti berikut:

i. Bahagian A : mengenai maklumat diri responden seperti jantina, bangsa,

umur, kelulusan dan tempoh pengalaman mengajar.

ii. Bahagian B : mengenai item-item soalan yang diklasifikasikan kepada

persoalan kajian yang dikaji berbentuk skala likert untuk mendapatkan

maklumat mengenai penggunaan dan penilaian terhadap CD ROM dalam

proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif yang ditetapkan.

Page 36: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

21

Jadual 3.1 : Skala Likert

SKALA PENGELASAN

1 Amat Tidak Setuju (ATS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Kurang Setuju (KS)

4 Setuju (S)

5 Amat Setuju (AS)

3.6 Prosedur Kajian

Bagi memastikan kajian yang dilakukan adalah berkesan, langkah-langkah

dalam mengendalikan kajian telah diperincikan oleh penyelidik sebagaimana berikut

:

3.6.1 Memohon surat pengesahan dari pihak Universiti Teknologi Malaysia

khusunya Fakulti Pendidikan.

3.6.2 Memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidik

Pendidikan (EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menghantar

kertas cadangan kajian.

3.6.3 Memohon kebenran melakukan kajian daripada Pejabat Pelajaran Negeri

Johor.

3.6.4 Menjalankan kajian soal selidik terhadap guru-guru sekolah yang terlibat.

3.6.5 Setelah data diperolehi, ia dimasukkan dalam jadual dan seterusnya diproses

dengan menggunakan perisian SPSS.

Page 37: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

22

3.6.6 Membuat analisis,membincangkan dapatan dan merekodkannya dalam

bentuk laporan.

Penyelidik sendiri mengedar dan mengelolakan soal selidik di sekolah-

sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Dengan cara ini, penyelidik dapat

menerangkan dengan terperinci tujuan kajian ini dibuat dan sebarang keraguan dapat

dijelaskan.

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis ini dijalankan adalah bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan

borang selidik. Ini kerana kebolehpercayaan sesuatu alat kajian menjadi pengukur

kepada dapatan atau hasil kajian. Mengikut Mohd Majid Konting (1994), setiap

dapatan daripada penyelidikan akan menjadi tidak bermakna sekiranya alat

pengukuran tersebut tidak dapat mengukur apa yang hendak diukur. Dalam keadaan

ini pelbagai masalah yang timbul dapat dikenalpasti contohnya dari segi pemahaman

soalan ataupun kesalahan ejaan. Maka kajian rintis dilaksanakan terlebih dahulu

sebelum kajian sebenar dijalankan.

Dalam kajian rintis yang telah dijalankan, penyelidik telah menjalankan

kajian terhadap 10 orang responden iaitu guru mata pelajaran Sains dan Matematik di

beberapa buah sekolah di daerah Johor Bahru. Penyelidik telah membekalkan

dengan borang soal selidik terhadap responden tersebut bagi memudahkan mereka

memberikan maklumbalas terhadap persoalan kajian.

Selepas borang soal selidik daripada responden diperolehi, analisis data akan

dilaksanakan dengan menggunakan bantuan perisian komputer iaitu Statiscal

Packages For The Social Science For Windows Version 13.0 (SPSS). Nilai alpha

yang melebihi 0.6 adalah sah. Daripada kajian rintis yang dijalankan, mendapati

nilai alphanya melebihi 0.910, maka instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan.

Page 38: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

23

3.8 Penganalisaan Data

Setelah borang soal selidik dikumpul, maka penganalisaan data dilakukan.

Prose ini dilakukan secara berkomputer dengan menggunakan perisian Statiscal

Packages For The Social Science For Windows Version 13.0 (SPSS). Melalui

proses ini, kekerapan maklumat responden terhadap pernyataan akan dikelaskan

mengikut peratus dan min. Berikut adalah jadual tahap penilaian berdasarkan min

Jadual 3.2: Tahap Penilaian Berdasarkan Min

Julat Skor Tafsiran Tahap

1.00-2.49 Tidak Setuju Rendah

2.50-3.49 Kurang Setuju Sederhana

3.50-5.00 Amat Setuju Tinggi

3.9 Jangka Masa Kajian

Jangka masa kajian adalah merujuk kepada tempoh kajian dilaksanakan

bermula daripada mencari tajuk sehingga kepada pembentangan kajian. Jadual di

sebelah menunjukkan aliran masa yang dirancang oleh penyelidik dalam

melaksanakan kajian.

Page 39: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

24

Jadual 3.2: Jangka Masa Kajian

BULAN

AGENDA

Jun 2008

Perjumpaan dengan penyelia

Perbincangan tajuk kajian tesis

Julai 2008

Ogos 2008

September 2008

Perbincangan dan penyediaan proposal kajian

(Bab 1, 2 dan 3)

Oktober 2008

Penghantaran proposal

kajian kepada penyelia

Penghantaran proposal

kajian kepada EPRD

Januari 2009

Menjalankan kajian sebenar

Feb 2009

Mac 2009

Analisis data

Penyediaan penulisan

kajian (Bab 4 dan 5)

April 2009

Pembentangan PSM

Penghantaran tesis

lengkap ke Fakulti

Pendidikan

Page 40: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian daripada soal selidik yang

telah diedarkan. Dalam kajian ini, seramai 39 responden terlibat yang mana terdiri

daripada guru-guru matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah

kebangsaan di sekitar Skudai. Hasil dapatan kajian yang diperolehi dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 13.0

for Windows.

Analisis dapatan kajian dibuat mengikut persoalan kajian seperti yang telah

dinyatakan dalam bab 1. Maka, analisis dibuat seperti mana dalam jadual di bawah:

Jadual 4.1 Analisis data mengikut bahagian

Bahagian Pernyataan soalan kajian

A Latar belakang responden

B Penggunaan perisian Sains dan Matematik

Penilaian perisian Sains dan Matematik

Page 41: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

26

4.1 Latar belakang responden

Jadual 4.2 Taburan kekerapan responden mengikut jantina

Pernyataan Kekerapan Peratus(%)

Lelaki 11 28.2

Perempuan 28 71.8

Jumlah 39 100.0

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut jantina. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru perempuan mempunyai

kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 28 orang atau 71.8 peratus. Manakala

guru lelaki pula seramai 11 orang iaitu sebanyak 28.2 peratus sahaja.

Taburan kekerapan responden mengikut jantina

05

1015202530

Lelaki Perempuan

Kekerapan

Jant

ina

Graf 4.1 Taburan kekerapan responden mengikut jantina

Page 42: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

27

Jadual 4.3 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa

Pernyataan Kekerapan Peratus(%)

Melayu 32 82.1

Cina 7 17.9

India 0 0

Lain-lain 0 0

Jumlah 39 100.0

Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut bangsa.

Hasil kajian menunjukkan bahawa responden berbangsa Melayu lebih ramai

berbanding bangsa lain dengan kekerapan seramai 32 orang iaitu sebanyak 82.1

peratus. Manakala responden berbangsa Cina seramai 7 orang iaitu sebanyak 17.9

peratus. Daripada kajian yang dijalankan didapati tiada responden berbangsa India.

Taburan kekerapan responden mengikut bangsa

05

101520253035

Melayu Cina India Lain-lain

Bangsa

Kek

erap

an

Graf 4.2 Taburan kekerapan responden mengikut bangsa

Page 43: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

28

Jadual 4.4 Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan

Pernyataan Kekerapan Peratus(%)

Sains 12 30.8

Matematik 7 17.9

Sains dan Matematik 20 51.3

Jumlah 39 100.0

Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut

pengkhususan masing-masing. Daripada hasil kajian yang dijalankan didapati

responden yang mengikuti pengkhususan Sains sahaja seramai 12 orang iaitu 30.8

peratus Manakala bagi pengkhususan Matematik seramai 7 orang sahaja iaitu 17.9

peratus. Kebanyakan responden yang ditemui mempunyai pengkhususan Sains

adalah juga mempunyai pengkhususan dalam Matematik iaitu seramai 20 orang atau

51.3 peratus. Ini menunjukkan responden ini mengajar mata pelajaran Sains dan

juga Matematik di sekolah.

Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan

05

10152025

Sains Matematik Sains dan Matematik

Pengkhususan

Kek

erap

an

Graf 4.3 Taburan kekerapan respoden mengikut pengkhususan

Page 44: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

29

Jadual 4.5 Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan

Pernyataan Kekerapan Peratus (%)

Diploma 0 0

Sarjana Muda 36 92.3

Sarjana 3 7.7

Doktor Falsafah 0 0

Jumlah 39 100.0

Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut kelulusan.

Daripada hasil kajian, menunjukkan semua responden mempunyai kelulusan sarjana

muda iaitu seramai 28 orang atau 100 peratus.

Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan

010203040

Diploma Sarjana Muda Sarjana DoktorFalsafah

Kelulusan

Kek

erap

an

Graf 4.4 Taburan kekerapan responden mengikut kelulusan

Jadual 4.6 Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman

mengajar

Pernyataan Kekerapan Peratus(%)

< 5 tahun 5 12.8

5 hingga 10 tahun 16 41.0

10 hingga 20 tahun 9 23.1

> 20 tahun 9 23.1

Jumlah 39 100.0

Page 45: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

30

Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut pengalaman

mengajar masing-masing. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa

responden yang berpengalaman selama 5 hingga 10 tahun adalah paling ramai

berbanding yang lain iaitu seramai 16 orang atau 41.0 peratus. Manakala responden

yang mempunyai pengalaman 10 hingga 20 tahun seramai 9 orang iaitu 23.1 peratus.

Begitu juga dengan responden yang berpengalaman mengajar lebih daripada 20

tahunn juga seramai 9 orang iaitu 23.1 peratus. Manakala responden yang

mempunyai pengalaman kurang daripada 5 tahun pula seramai 5 orang iaitu 12.8

peratus.

Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman mengajar

05

101520

< 5 tahun 5 hingga 10tahun

10 hingga 20tahun

> 20 tahun

Pengalaman mengajar

Kek

erap

an

Graf 4.5 Taburan kekerapan responden mengikut pengalaman

mengajar

Jadual 4.7 Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan

penggunaan CD ROM

Pernyataan Kekerapan Peratus(%)

Jarang-jarang 5 12.8

Apabila perlu 9 23.1

Kerap 13 33.3

Amat kerap 12 30.8

Jumlah 39 100.0

Page 46: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

31

Jadual 4.7 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut kekerapan

penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan

kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden kerap menggunakan CD ROM

iaitu seramai 13 orang atau 33.3 peratus.

Manakala responden yang amat kerap menggunakan CD ROM pula seramai

12 orang iaitu 30.8 peratus. Namun demikian, ada juga dikalangan responden yang

menggunakan CD ROM dalam P&P apabila perlu sahaja iaitu seramai 9 orang atau

23.1 peratus. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ada juga responden

yang jarang-jarang menggunakan CD ROM iaitu seramai 5 orang atau 12.8 peratus.

Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan penggunaan CD ROM

05

1015

Jarang-jarang Apabila perlu Kerap Amat kerap

Penggunaan

Kek

erap

an

Graf 4.6 Taburan kekerapan responden mengikut kekerapan

penggunaan CD ROM

Page 47: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

32

4.2 Penggunaan perisian Sains dan Matematik

Bagi analisis penggunaan perisian CD ROM, pengkaji telah membahagikan

item-item kepada beberapa bahagian. Ini bagi memudahkan pengkaji untuk menilai

dan menganalisis setiap item yang digunakan.

Jadual 4.8 Analisis maklumbalas responden terhadap penggunaan CD ROM

dalam P&P

Pernyataan STS TS KS S SS Min

1. Saya menggunakan CD

ROM sebagai bahan

tambahan dalam

pengajaran saya

- 5

(12.8%)

7

(17.9%)

19

(48.7%)

8

(20.5%)

3.77

2. Saya selalu menggunakan CD ROM semasa mengajar

1

(2.6%)

5

(12.8%)

6

(15.4%)

20

(51.3%)

7

(17.9%)

3.69

3. Saya menggunakan CD ROM apabila membuat ulangkaji

- 2

(5.1%)

16

(41.0%)

15

(38.5%)

6

(15.4%)

3.64

4. Saya menggunakan CD ROM bagi menarik perhatian pelajar

1

(2.6%)

1

(2.6%)

17

(43.6%)

15

(38.5%)

5

(12.8%)

3.56

5. Saya menggunakan CD ROM bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara aktif

1

(2.6%)

3

(7.7%)

14

(35.9%)

15

(38.5%)

6

(15.4%)

3.56

6. Pelbagai kaedah atau pendekatan yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan CD ROM

- 4

(10.3%)

11

(28.2%)

19

(48.7%)

5

(12.8%)

3.64

Min keseluruhan 3.64

Jadual 4.8 menunjukkan analisis maklumbalas terhadap penggunaan CD

ROM dalam proses pengajaran dan pelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan

bahawa purata min keseluruhan adalah 3.64. Menurut pentafsiran skor min, nilai

min yang diperolehi berada pada tahap yang tinngi. Secara keseluruhannya

Page 48: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

33

menunjukkan bahawa responden menggunakan kemudahan CD ROM dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Bagi pernyataan pertama yang dengan pernyataan ‘Saya menggunakan CD

ROM sebagai bahan tambahan dalam pengajaran saya’, kebanyakan responden

bersetuju dengan kenyataan tersebut iaitu seramai 19 orang daripada keseluruhan

responden. Bagi pernyataan ini, minnya adalah yang paling tinggi iaitu 3.77.

Bagi item yang mempunyai nilai min yang kedua tinggi adalah ‘Saya selalu

menggunakan CD ROM semasa mengajar’ dengan nilai min 3.69. Seramai 20 orang

responden bersetuju dengan pernyataan ini iaitu 51.3 peratus. Namun demikian ada

juga dikalangan responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini iaitu seramai 6

orang, tidak setuju seramai 5 orang dan sangat tidak setuju seramai seorang.

Manakala bagi pernyataan ‘Saya menggunakan CD ROM apabila membuat

ulangkaji ’ dan pernyataan ‘Pelbagai kaedah atau pendekatan yang saya gunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan CD ROM’, nilai

minnya adalah sama iaitu 3.64. Nilai min ini adalah berada pada tahap yang tinggi.

Manakala bagi pernyataan 4 dan 5 masing-masing mempunyai nilai min yang

paling rendah iaitu 3.56. Namun demikian ia masih lagi berada pada tahap tinggi.

Bagi pernyataan 4 ‘Saya menggunakan CD ROM bagi menarik perhatian pelajar’,

seramai 17 orang responden kurang setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 43.6

peratus. Manakala seramai 15 orang pula setuju, 5 orang sangat setuju dan masing-

masing seorang untuk tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa dengan

menggunakan CD ROM, ia dapat menarik perhatian pelajar. Responden juga

bersetuju bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih aktif

apabila guru menggunakan CD ROM sebagai alat bantu mengajar.

Page 49: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

34

Jadual 4.9 Analisis maklumbalas responden terhadap penggunaan

CD ROM dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran

Pernyataan STS TS KS S SS Min

1.Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dengan menggunakan CD ROM

- 3

(7.7%)

9

(23.1%)

22

(56.4%)

5

(12.8%)

3.74

2.Penggunaan CD ROM dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran saya

4

(10.3%)

10

(25,6%)

24

(61.5%)

- 3.56

3.Penggunaan CD ROM dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar saya

- 3

(7.7%)

10

(25.6%)

26

(66.7%)

- 3.59

4.Penggunaan CD ROM dapat meringankan tugas saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1

(2.6%)

3

(7.7%)

7

(17.9%)

25

(64.1%)

3

(7.7%)

3.67

5.Kandungan CD ROM banyak membantu dalam pengajaran berbentuk teknikal

- 2

(5.1%)

11

(28.2%)

25

(64.1%)

1

(2.6%)

3.64

6.Pelajar mudah memahami kaedah teknikal yang ditunjukkan melalui CD ROM

- 1

(2.6%)

11

(28.2%)

25

(64.1%)

2

(5.1%)

3.72

7.CD ROM merupakan sumber maklumat utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran

- - 17

(43.6%)

22

(56.4%)

- 3.56

8.Penggunaan CD ROM dapat membantu saya menghabiskan sukatan pelajaran dengan mudah

- 2

(5.1%)

10

(25.6%)

24

(61.5%)

3

(7.7%)

3.72

9.Beban tugas sampingan tidak mengganggu saya menggunakan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

- 2

(5.1%)

9

(23.1%)

28

(71.8%)

- 3.67

10.Saya dapat mengawal kelas dengan baik semasa mengendalikan CD ROM

- 4

(10.3%)

7

(17.9%)

19

(48.7%)

9

(23.1%)

3.85

11.Pelajar memberi tindakbalas positif semasa menggunakan CD ROM

- 3

(7.7%)

7

(17.9%)

23

(59.0%)

6

(15.4%)

3.82

Min keseluruhan 3.69

Page 50: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

35

Jadual 4.9 menunjukkan analisis maklumbalas responden terhadap

penggunaan CD ROM dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil

dapatan kajian menunjukkan nilai min yang paling tinggi ialah 3.85 iaitu dengan

pernyataan ‘Saya dapat mengawal kelas dengan baik semasa mengendalikan CD

ROM’. Seramai 19 orang responden setuju dengan prnyataan ini atau 48.7 peratus,

sangat setuju seramai 9 orang. Manakala responden yang kurang setuju dengan

pernyataan ini adalah seramai 7 orang, tidak setuju seramai 4 orang atau 10.3

peratus.

Manakala pernyataan ‘Pelajar memberi tindakbalas positif semasa

menggunakan CD ROM’, mempunyai nilai min kedua tinggi iaitu 3.82. Seramai 23

orang responden setuju dengan pernyataan ini iatu 59.0 peratus. Manakala

responden yang sangat setuju pula seramai 6 orang iaitu 15.4 peratus. Bagi

responden yang kurang setuju pula seramai 7 orang dan yang kurang setuju pula

seramai 3 orang.

Seramai 22 orang responden setuju dengan pernyataan ‘Proses pengajaran

dan pembelajaran lebih menarik dengan menggunakan CD ROM’ iaitu 56.4 peratus.

Manakala 5 orang responden pula sangat setuju iaitu seramai 5 orang. Namun begitu

masih ada responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini iaitu 9 orang atau

23.1 peratus dan yang tidak setuju pula seramai 3 orang atau 7.7 peratus.

Manakala untuk pernyataan 6 dan 8 pula, ‘Pelajar mudah memahami kaedah

teknikal yang ditunjukkan melalui CD ROM’ dan ‘Penggunaan CD ROM dapat

membantu saya menghabiskan sukatan pelajaran dengan mudah’ pula mempunyai

nilai min yang sama iaitu 3.72. Nilai min ini berada pada tahap yang tinggi.

Pernyataan 4 dan 9 juga mempunyai nilai min yang sama iaitu 3.67. Bagi

pernyataan ‘Penggunaan CD ROM dapat meringankan tugas saya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran’, seramai 25 orang responden bersetuju dengan

pernyataan ini atau 64.1 peratus. Manakala 3 orang responden sangat setuju, 7 orang

kurang setuju, 3 orang tidak setuju dan seorang sangat tidak setuju. Bagi pernyataan

Page 51: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

36

9 pula, 28 orang responden setuju dengan pernyataan tersebut. 9 orang responden

kurang setuju dan 2 orang tidak setuju.

Pernyataan 5 pula mempunyai nilai min 3.64. Nilai min ini berada pada tahap

tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan pernyataan

‘Kandungan CD ROM banyak membantu dalam pengajaran berbentuk teknikal’.

Seramai 25 orang responden setuju atau 64.1 peratus.

Pernyataan 2 dan 7 mempunyai niali min yang sama iaitu 3.56. Pernyataan 2,

‘Penggunaan CD ROM dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran saya’

kebanyakan responden setuju dengan pernyataan ini iaitu seramai 24 orang.

Manakala bagi pernyataan ‘CD ROM merupakan sumber maklumat utama dalam

proses pengajaran dan pembelajaran’, seramai 22 orang setuju dengan pernyataan

tersebut.

Secara keseluruhannya nilai minnya adalah 3.69 iaitu pada tahap yang amat

tinggi. Dengan ini menunjukkan bahawa responden sangat bersetuju bahawa

penggunaan CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik membantu mereka dalam

proses P&P.

Jadual 4.10 Analisis maklumbalas responden terhadap kemudahan

menggunakan CD ROM

Pernyataan STS TS KS S SS Min

1.Saya mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam menggunakan CD ROM

- 1

(2.6%)

6

(15.4%)

19

(48.7%)

13

(33.3%)

4.13

2.Saya pernah mengikuti kursus penggunaan CD ROM

16

(41.0%)

18

(46.2%)

5

(12.8%)

- - 1.72

3.Pihak sekolah ada menyediakan latihan dalam menggunakan CD ROM

11

(28.2%)

21

(53.8%)

7

(17.9%)

- - 1.90

Page 52: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

37

4.Kursus yang mencukupi menyebabkan saya mahir dalam menggunakan CD ROM

7

(17.9%)

22

(56.4%)

4

(10.3%)

6

(15.4%)

- 3.56

5.Pihak pengurusan sekolah sentiasa memberi sokongan dalam menggunakan CD ROM

- 6

(15.4%)

10

(25.6%)

21

(53.8%)

2

(5.1%)

3.49

6.Pihak pengurusan akan memberi bantuan apabila saya menghadapi masalah dalam penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

- 10

(25.6%)

19

(48.7%)

10

(25.6%)

- 3.00

7Pihak pengurusan sekolah ada menyediakan peruntukan bagi kemudahan untuk menggunakan CD ROM

2

(5.1%)

9

(23.1%)

18

(46.2%)

10

(25.6%)

- 2.92

Min keseluruhan 2.96

Jadual 4.10 menunjukkan analisis maklumbalas responden terhadap

kemudahan menggunakan CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik dalam

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan

nilai min yang paling tinggi ialah 4.13 iaitu dengan pernyataan ‘Saya mempunyai

kemahiran yang mencukupi dalam menggunakan CD ROM’.

Nilai min yang sangat tinggi ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden

bersetuju bahawa responden mempunyai kemahiran yang secukupnya dalam

penggunaan CD ROM matapelajaran Sains dan Matematik dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Seramai 19 orang responden setuju dengan pernyataan tersebut

iaitu 48.7 peratus. Manakala 13 orang responden sangat setuju, 6 orang kurang

setuju dan seorang tidak ssetuju.

Manakala bagi pernyataan 4 ‘Kursus yang mencukupi menyebabkan saya

mahir dalam menggunakan CD ROM’, mempunyai nilai min yang kedua tinggi iaitu

3.56. Seramai 22 orang responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut, 4 kurang

Page 53: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

38

setuju dan 7 orang sangat tidak setuju. Tetapi seramai 6 orang responden setuju

dengan pernyataan tersebut.

Bagi pernyataan 5 ‘Pihak pengurusan sekolah sentiasa memberi sokongan

dalam menggunakan CD ROM’, nilai min adalah 3.49. Seramai 21 orang responden

setuju dengan pernyataan ini atau 53.8 peratus dan seramai 2 orang sangat setuju

dengan pernyataan ini. Manakala 10 orang responden kurang setuju iaitu 25.6

peratus, dan 6 orang responden tidak setuju dengan penyataan tersebut.

Bagi pernyataan 2 dan 3 pula, nilai min adalah rendah. Bagi pernyataan 2

‘Saya pernah mengikuti kursus penggunaan CD ROM’ nilai min adalah 1.72.

Seramai 18 orang responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 46.2

peratus, kurang setuju 5 orang dan sangat tidak setuju seramai 16 orang.

Bagi pernyataan 3 pula ‘Pihak sekolah ada menyediakan latihan dalam

menggunakan CD ROM’, nilai min adalah 1.90. Kebanyakan responden tidak setuju

dengan pernyataan ini iaitu seramai 21 orang. Manakala bilangan responden yang

kurang setuju pula 7 orang iaitu 17.9 peratus dan yang sangat tidak setuju pula

seramai 11 orang.

Secara keseluruhannya nilai minnya adalah 2.96 iaitu pada tahap yang

sederhana. Dengan ini menunjukkan bahawa responden kurang bersetuju bahawa

kemahiran yang ada sudah mencukupi untuk menggunakan CD ROM mata pelajaran

Sains dan Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.3 Penilaian perisian mata pelajaran Matematik dan Sains

Analisis hasil dapatan kajian dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas

terhadap persoalan kajian ketiga. Persoalan kajian ini merujuk kepada tahap

penilaian guru terhadap perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik

Page 54: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

39

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Analisis dijalankan mengikut

aspek-aspek yang telah ditetapkan.

4.3.1 Analisis terhadap aspek teknikal

Jadual 4.11 Analisis penilaian terhadap aspek teknikal

Pernyataan STS TS KS S SS Min

1.Perisian mempunyai arahan penggunaan yang jelas

- 1

(2.6%)

7

(17.9%)

22

(56.4%)

9

(23.1%)

4.00

2.Perisian berfungsi dengan baik - 2

(5.1%)

6

(15.4%)

25

(64.1%)

6

(15.4%)

3.90

3.Perisian mempunyai latar suara yang jelas

- 2

(5.1%)

11

(28.2%)

21

(53.8%)

5

(12.8%)

3.74

4.Perisian boleh berfungsi untuk semua sistem komputer

- 1

(2.6%)

- 33

(84.6%)

5

(12.8%)

4.08

5.Perisian mempunyai peralihan yang lancar dari satu paparan ke paparan yang lain

- 1

(2.6%)

11

(28.2%)

24

(61.5%)

3

(7.7%)

3.74

Min keseluruhan 3.89

Jadual 4.11 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek teknikal bagi

perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik yang digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan jadual tersebut, didapati min

keseluruhan adalah 3.89 yang mana pentafsiran skor min ini berada pada tahap yang

tinggi.

Pernyataan 4 ‘Perisian boleh berfungsi untuk semua sistem komputer’,

mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 4.08. Seramai 33 orang yang bersetuju

dengan pernyataan tersebut iaitu 84.6 peratus. Manakala 5 orang responden sangat

setuju. Seorang responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut.

Page 55: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

40

Pernyataan 1, ‘Perisian mempunyai arahan penggunaan yang jelas’

mempunyai min yang kedua tinggi iaitu 4.00. Ini menunjukkan bahawa responden

bersetuju bahawa perisian yang digunakan mempunyai arahan penggunaan yang

jelas. Seramai 22 orang responden yang setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 56.4

peratus. Manakala 9 orang responden sangat setuju iaitu 23.1 peratus. Namun

demikian ada responden yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 7 orang

dan yang tidak setuju pula seramai seorang.

Bagi pernyataa 2 ‘Perisian berfungsi dengan baik’, nilai min adalah 3.90 yang

mengikut jadual pentafsiran skor min adalah berada pada tahap tinggi. Seramai 25

orang responden setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 64.1 peratus. Manakala

masing-masing 6 orang yang sangat setuju dan kurang setuju.

Manakala bagi pernyataan 5 dan 3 pula, nilai minnya adalah yang paling

rendah iaitu 3.74 berbanding yang lain. Namun demikian ia masih lagi berada pada

tahap yang amat tinggi. Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek

teknikal ini mempunyai nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden

amat bersetuju bahawa aspek teknikal tidak membawa masalah dalam penggunaan

CD-ROM.

Page 56: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

41

4.3.2 Analisis terhadap aspek rekabentuk interaksi

Jadual 4.12 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk interaksi

Pernyataan STS TS KS S SS Min

1. Perisian ini mengandungi ikon/butang interaktif yang mudah difahami

- 4

(10.3%)

- 22

(56.4%)

3

(7.7%)

3.62

2.Perisian ini mengandungi ikon/butang interaktif yang senang dicapai

- 1

(2.6%)

6

(15.4%)

30

(76.9%

2

(5.1%)

3.85

3.Perisian menyediakan ikon/butang interaktif antaramuka yang konsisten

- 2

(5.1%)

7

(17.9%)

26

(66.7%

4

(10.3%)

3.82

4.Keinteraktivitian perisian ini tidak mengganggu proses P&P

- 1

(2.6%)

10

(25.6%)

27

(69.2%

1

(2.6%)

3.72

5.Perisian ini membenarkan saya berhenti bila-bila masa

- 4

(10.3%)

18

(46.2%)

17

(43.6%

- 3.33

Min keseluruhan 3.67

Jadual 4.12 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk

interaksi bagi perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil dapatan

kajian, didapati min secara keseluruhan adalah 3.67 yang mana pentafsiran skor min

ini berada pada tahap yang tinggi.

Pernyataan 2, ‘Perisian ini mengandungi ikon/butang interaktif yang senang

dicapai’ mempunyai min yang palin tinggi iaitu 3.85. Ini menunjukkan bahawa

responden bersetuju bahawa perisian yang digunakan mengandungi ikon atau butang

interaktif yang senang dicapai. Seramai 30 orang responden setuju dengan

penyataan tersebut iaitu 76.9 peratus. Manakala 6 orang responden kurang setuju, 2

orang sangat setuju dan seorang tidak setuju.

Pernyataan 3 ‘Perisian menyediakan ikon/butang interaktif antaramuka yang

konsisten’, mempunyai nilai min kedua tinggi iaitu 3.82. Seramai 26 orang

Page 57: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

42

responden setuju dengan pernyataan ini iaitu 66.7 peratus. Manakala 7 orang kurang

setuju dengan pernyataan tersebut, 4 orang sangat setuju dan 2 orang tidak setuju.

Manakala bagi pernyataan 4, nilai min adalah 3.72. Berdasarkan pernyataan

tersebut seramai 27 orang setuju dengan pernyataan tersebut iaitu 69.2 peratus.

Manakala 10 orang kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Masing-masing

seorang yang sangat setuju dan tidak setuju.

Bagi pernyataan 1 ‘Perisian ini mengandungi ikon/butang interaktif yang

mudah difahami’, nilai min adalah 3.62. Seramai 22 orang responden setuju dengan

pernyataan tersebut iaitu 56.4 peratus. Manakala 10 orang kurang setuju, 4 orang

tidak setuju dan 3 orang sangat setuju.

Manakala bagi pernyataan 5, nilai minnya adalah yang paling rendah iaitu

3.33. Mengikut pentafsiran skor, nilai min ini berada pada tahap sederhana. Ini

menunjukkan bahawa responden kurang setuju terhadap pernyataan bahawa perisian

ini membenarkan saya berhenti bila-bila masa.

Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek rekabentuk interaksi

ini mempunyai nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden sangat

setuju terhadap aspek rekabentuk interaksi yang terdapat dalam perisian pendidikan

ini.

Page 58: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

43

4.3.3 Analisis terhadap aspek rekabentuk visual

Jadual 4.13 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk visual

Pernyataan STS TS KS S SS Min

1. Intergrasi warna dalam perisian adalah jelas

- - 9

(23.1%)

26

(66.7%)

3

(7.7%)

3.87

2. Perisian mempunyai susun layout yang bersesuaian

- - 10

(25.6%)

26

(66.7%)

3

(7.7%)

3.82

3. Perisian mengintergrasikan elemen multimedia (teks, audio, video, animasi, dan grafik) bersesuaian dengan strategi pengajaran yang dipersembahkan

- 2

(5.1%)

6

(15.4%)

18

(46.2%)

13

(33.3%)

4.08

4. Perisian mempunyai intergrasi elemen multimedia yang menarik perhatian

- 1

(2.6%)

7

(17.9%)

27

(69.2%)

4

(10.3%)

3.87

5. Elemen multimedia yang disediakan berfungsi dengan baik

- 1

(2.6%)

5

(12.8%)

25

(64.1%)

8

(20.5%)

4.03

Min keseluruhan 3.93

Jadual 4.13 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk visual

bagi perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik yang digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil dapatan kajian, didapati min

secara keseluruhan adalah 3.93 yang mana pentafsiran skor min ini berada pada

tahap yang tinggi.

Pernyataan 3, ‘Perisian mengintergrasikan elemen multimedia seperti teks,

audio, video, animasi, dan grafik bersesuaian dengan strategi pengajaran yang

dipersembahkan ’ mempunyai min yang paling tinggi iaitu 4.08. Ini menunjukkan

bahawa responden bersetuju bahawa perisian yang digunakan mengintergrasikan

elemen-elemen multimedia untuk disesuaikan dengan strategi pengajaran. Seramai

18 orang responden mengatakan setuju berkenaan pernyataan ini. Manakala 13

orang lagi sangat setuju iaitu 33.3 peratus, 6 orang kurang setuju dan 2 orang setuju.

Page 59: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

44

Manakala bagi pernyataan 5 ‘Elemen multimedia yang disediakan berfungsi

dengan baik’, seramai 25 orang responden setuju iaitu 64.1 peratus. Manakala 8

orang responden pula sangat setuju iaitu 20.5 peratus. Selebihnya 5 orang kurang

setuju dan seorang responden tidak setuju. Nilai min adalah yang kedua tinggi iaitu

4.03.

Pernyataan 1 dan 4 masing-masing mempunyai nilai min yang sama iaitu

3.87. Pernyataan 4 ‘Perisian mempunyai intergrasi elemen multimedia yang menarik

perhatian’, seramai 27 orang setuju, 4 orang sangat setuju, 7 orang kurang setuju dan

seorang tidak setuju. Manakala bagi pernyataan 1 pula seramai 26 orang setuju iaitu

66.7 peratus. Manakala 9 orang kurang setuju dan 3 orang setuju.

Manakala bagi pernyataan 2, nilai minnya adalah yang paling rendah iaitu

3.82. Mengikut pentafsiran skor, nilai min ini berada pada tahap tinggi. Ini

menunjukkan bahawa responden bersetuju terhadap pernyataan bahawa perisian ini

mempunyai susun layout yang bersesuaian.

Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek rekabentuk visual ini

mempunyai nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden berpuas hati

terhadap aspek rekabentuk visual yang terdapat dalam perisian pendidikan ini

Page 60: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

45

4.3.4 Analisis terhadap aspek rekabentuk pengajaran dan pembelajaran

Jadual 4.14 Analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk pengajaran dan

pembelajaran

Pernyataan STS TS KS S SS Min

1. Perisian menyediakan sukatan matapelajaran selaras dengan kurikulum yang digubal oleh KPM

- 7

(17.9%)

22

(56.4%)

10

(25.6%)

- 3.08

2. Perisian menyediakan objektif pengajaran yang mudah dicapai oleh kepelbagaian kecerdasan pelajar

3

(7.7%)

9

(23.1%)

24

(61.5%)

3

(7.7%)

- 2.69

3. Perisian menyediakan isi kandungan berkesinambungan dan disusun dengan baik

- 6

(15.4%)

25

(64.1%)

8

(20.5%)

- 3.05

4. Perisian menyediakan strategi pengajaran (simulasi, latih tubi, tutorial, dan permainan) bersesuaian dengan topik yang diajar

- 1

(2.6%)

6

(15.4%)

26

(66.7%)

6

(15.4%)

3.95

5. Perisian menyediakan aktiviti dan masalah yang mengajar pelajar kemahiran menyelesaikan masalah

- 4

(10.3%)

24

(61.5%)

10

(25.6%)

1

(2.6%)

3.21

6. Perisian membantu memudahkan proses P&P

1

(2.6%)

4

(10.3%)

8

(20.5%)

23

(59.0%)

3

(7.7%)

3.59

Min keseluruhan 3.26

Jadual 4.14 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek rekabentuk

pengajaran dan pembelajaran bagi perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan

Matematik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan

hasil dapatan kajian, didapati min secara keseluruhan adalah 3.26 yang mana

pentafsiran skor min ini berada pada tahap sederhana.

Pernyataan 4 ‘Perisian menyediakan strategi pengajaran (simulasi, latih tubi,

tutorial, dan permainan) bersesuaian dengan topik yang diajar’, mempunyai nilai min

yang paling tinggi iaitu 3.95. Seramai 26 orang responden setuju dengan pernyataan

Page 61: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

46

tersebut iaitu 66.7 peratus. Manakala masing-masing 6 orang yang sangat setuju dan

kurang setuju. Manakala seorang yang tidak setuju.

Manakala bagi pernyataan 6 ‘Perisian membantu memudahkan proses P&P’,

nilai min adalah yang kedua tinggi iaitu 3.59. Seramai 23 orang responden setuju

dengan pernyataan tersebut iaitu 59.0 peratus. Manakala 3 orang sangat setuju, 8

orang kurang setuju, 4 orang tidak setuju dan seorang sangat tidak setuju.

Bagi pernyataan 5 pula, seramai 24 orang yang kurang setuju iaitu 61.5

peratus. 10 orang responden setuju iatu 25.6 peratus. Manakala seorang sangat

setuju, 4 orang tidak setuju dan seorang sangat tidak setuju. Nilai min bagi

pernyataan 5 adalah 3.21.

Baagi pernyataan 1 ‘Perisian menyediakan sukatan matapelajaran selaras

dengan kurikulum yang digubal oleh KPM’, nilai min adalah 3.08 yang mana berada

pada tahap sederhana. Seramai 22 orang responden kurang setuju dengan pernyataan

tersebut iaitu 56.4 peratus. Manakala 10 orang pula setuju, dan 7 orang tidak setuju.

Pernyataan 3, ‘Perisian menyediakan isi kandungan berkesinambungan dan

disusun dengan baik ’ mempunyai min 3.05. Ini menunjukkan bahawa responden

kurang setuju dengan pernyataan tersebut.

Manakala bagi pernyataan 2, nilai minnya adalah yang paling rendah iaitu

2.69. Mengikut pentafsiran skor, nilai min ini berada pada tahap sederhana. Ini

menunjukkan bahawa responden kurang bersetuju terhadap pernyataan bahawa

perisian ini menyediakan objektif pengajaran yang mudah dicapai oleh kepelbagaian

kecerdasan pelajar.

Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek rekabentuk visual ini

mempunyai nilai min yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa responden kurang

Page 62: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

47

berpuas hati terhadap aspek rekabentuk pengajaran dan pembelajaran yang terdapat

dalam perisian pendidikan ini.

4.3.5 Analisis terhadap aspek nilai estetik dan motivasi

Jadual 4.15 Analisis penilaian terhadap aspek nilai estetik dan motivasi

Pernyataan STS TS KS S SS Min

1. Perisian mempunyai induksi set/ permulaan persembahan pengajaran yang menarik

- 1

(2.6%)

10

(25.6%)

19

(48.7%)

9

(23.1%)

3.92

2. Perisian menyediakan maklumbalas yang meningkatkan motivasi pelajar

- 2

(5.1%)

9

(23.1%)

24

(61.5%)

4

(10.3%)

3.77

3. Strategi pengajaran yang digunakan mampu meningkatkan motivasi untuk terus belajar

- 5

(12.8%)

7

(17.9%)

22

(56.4%)

5

(12.8%)

3.69

4. Perisian menggunakan istilah dan tatabahasa yang betul

- - 5

(12.8%)

34

(87.2%)

2

(5.1%)

3.87

5. Tiada kesalahan ejaan dan struktur ayat

- 1

(2.6%)

4

(10.3%)

26

(66.7%)

8

(20.5%)

4.05

Min keseluruhan 3.86

Jadual 4.15 menunjukkan analisis penilaian terhadap aspek nilai estetik dan

motivasi bagi perisian CD-ROM mata pelajaran Sains dan Matematik yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil dapatan

kajian, didapati min secara keseluruhan adalah 3.86 yang mana pentafsiran skor min

ini berada pada tahap yang tinggi.

Pernyataan 5 ‘Tiada kesalahan ejaan dan struktur ayat’, mempunyai nilai min

yang paling tinggi iaitu 4.05. Seramai 26 orang responden setuju dengan pernyataan

tersebut iaitu 66.7 peratus. Manakala bagi 8 orang responden sangat setuju

dengannya. Seramai 4 orang kurang setuju, dan seorang responden tidak setuju.

Page 63: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

48

Pernyataan 1, ‘Perisian mempunyai induksi set/ permulaan persembahan

pengajaran yang menarik’ mempunyai min yang kedua tinggi iaitu 3.92. Ini

menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa perisian mempunyai induksi set

atau permulaan persembahan pengajaran yang menarik untuk disesuaikan dengan

strategi pengajaran. Seramai 19 orang responden setuju dengan pernyataan tersebut

iaitu 48.7 peratus. Manakala 9 orang sangat setuju, 10 orang kurang setuju dan

seorang tidak setuju.

Bagi pernyataan 4 ‘Perisian menggunakan istilah dan tatabahasa yang betul’,

nilai min adalah 3.87 yang mana berada pada tahap tinggi. Seramai 34 orang

responden setuju dengan pernyataan tersebut. Manalkala 2 orang sangat setuju dan 5

orang kurang setuju.

Pernyataan 2 pula ‘Perisian menyediakan maklumbalas yang meningkatkan

motivasi pelajar’, nilai min adalah 3.77. Seramai 24 orang responden setuju dengan

pernyataan tersebut iaitu 61.5 peratus. Manakala 4 orang sangat setuju, 9 orang

kurang setuju dan 2 orang tidak setuju.

Manakala bagi pernyataan 3, nilai minnya adalah yang paling rendah iaitu

3.69. Mengikut pentafsiran skor, nilai min ini berada pada tahap tinggi. Ini

menunjukkan bahawa responden bersetuju terhadap pernyataan bahawa perisian ini

mempunyai strategi pengajaran yang digunakan mampu meningkatkan motivasi

untuk terus belajar.

Secara keseluruhannya, setiap pernyataan dalam aspek rekabentuk visual ini

mempunyai nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden berpuas hati

terhadap aspek nilai estetik dan motivasi yang terdapat dalam perisian pendidikan

ini.

Page 64: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

49

4.4 Rumusan

Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan

kemudahan ICT seperti CD ROM yang dibekalkan oleh pihak kementerian kepada

sekolah-sekolah sudah diaplikasikan sepenuhnya. Memandangkan di sekolah sudah

dibekalkan dengan peralatan ICT seperti komputer, maka mudahlah untuk guru

menggunakan perisian pendidikan tersebut dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Penggunaan CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik ini banyak

membantu guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sememangnya proses P&P akan menjadi lebih menarik dan isi kandungan pelajaran

akan mudah disampaikan kepada pelajar. Tidak semua topik dalam pelajaran Sains

dan Matematik dapat disampaikan secara teori sahaja. Dengan menggunakan CD

ROM ini, keberkesanan serta prestasi pencapaian pelajar dapat ditingkatkan..

Dari sudut perisian yang digunakan, banyak perkara yang perlu

dititikberatkan. Pelbagai aspek perlu diperhatikan seperti aspek teknikal, rekabentuk

interaksi, rekabentuk visual, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran serta nilai

estetik dan motivasi. Ada sestengahnya perlu diperbaiki lagi memandangkan ia akan

mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran .

Page 65: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Bab ini mengandungi perbincangan dan rumusan mengenai hasil kajian yang

telah dijalankan seperti yang telah dianalisis dalam bab 4. Memandangkan pada

masa kini penggunaan ICT telah mula diterapkan di kebanyakan sekolah, maka pihak

kementerian telah membekalkan CD ROM bagi membantu guru-guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran supaya proses P&P menjadi lebih menarik. Namun

yang menjadi persoalan adalah adakah CD ROM mata pelajaran Sains dan

Matematik pendidikan ini digunakan sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah atau

sekadar menjadi bahan simpanan sahaja. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk

mengenalpasti sejauhmana penggunaan CD ROM dapat membantu guru-guru dalam

menyampaikan isi kandungan pelajaran serta mengenalpasti tahap penilaian guru

terhadap CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik.

5.1 Perbincangan

Penyelidik akan membincangkan serta merumus hasil dapatan kajian

berdasarkan persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab pertama kajian iaitu:

Page 66: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

51

5.1.1 Mengenai penggunaan CD ROM oleh guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah

5.1.2 Mengenai keberkesanan penggunaan CD ROM oleh guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

5.1.3 Mengenai tahap penilaian guru terhadap CD ROM mata pelajaran

Sains dan Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran

5.1.1 Penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti samada kemudahan CD

ROM yang dibekalkan oleh pihak kementerian digunakan sepenuhnya dalam proses

pengajaran dan pembelajan di sekolah. Merujuk kepada jadual taburan kekerapan

responden mengikut kekerapan penggunaan CD ROM, kebanyakan responden selalu

menggunakannya. Manakala jika dirujuk pada jadual 4.7, nilai min yang tinggi iaitu

3.73, jelaslah menunjukkan guru-guru memang menggunakan CD ROM dalam

proses P&P.

Bajet 2003 telah memperuntukkan RM5 billion untuk tempoh tahun 2002

hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga

pengajar, menyediakan geran perintis kepada sekolah-sekolah dan juga peralatan

bantuan pengajaran dan pendidikan seperti komputer riba, projektor (LCD) dan akses

internet untuk kemudahan proses pengajaran dan pembelajaran (Journal Pendidikan

Universiti Malaya, 2006). Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa kerajaan sangat

menggalakkan penggunaan ICT ini contohnya penggunaan CD ROM.

Mengikut hasil dapatan kajian, berdasarkan analisis maklumbalas responden

terhadap penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

mendapati bahawa nilai min yang diperolehi adalah 3.64. Ini menunjukkan bahawa

Page 67: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

52

penggunaan perisian penidikan ini adalah sangat tinggi dalam kalangan guru-guru

terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik. Mereka menggunakannya sebagai

bahan tambahan pengajaran dan tidak hanya bergantung kepada buku teks sahaja.

Ada juga dikalangan guru-guru ini menggunakan CD ROM tersebut sebagai

bahan untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan bahan untuk mengulangkaji

pelajaran tidak terhad kepada buku latihan sahaja.

Sebahagian daripada guru-guru pula menggunakan CD ROM ini bagi

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan aktif. Mengikut Dr.

Rusmini Ku Ahmad (Institut Aminuddin Baaki Cawangan Utara), prasarana

telekomunikasi dan sistem maklumat berasakan multimedia membenarkan pelajar

berinteraksi secara aktif denagn maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti

tambahan seperti CD ROM, teknologi video dan digital telah menyediakan satu

persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan

pelajar (Ng Wai Kong, 1999).

Guru-guru juga dapat mempelbagaikan pendekatan sewaktu mengajar dengan

menggunakan CD ROM. Sebagai contoh guru menunjukkan simulasi sebuah

eksperimen menggunakan CD ROM yang mana terlalu bahaya untuk dilaksanakan di

dalam makmal. Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi berlaku

dan pelajar dapat memerhati setiap proses yang tejadi.

5.1.2 Keberkesanan penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

Hasil dapatan kajian mendapati penggunaan CD ROM sangat membantu

guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajarn. Nilai min yang diperolehi

adalah begitu tinggi iaitu 3.69. Kebanyakan guru bersetuju bahawa penggunaan CD

ROM dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Mengikut satu kajian

(Baharuddin, Mohamad & Muhammad Kasim 2001), menyatakan bahawa ICT dapat

Page 68: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

53

membantu mengatasi kelemahan pendidikan Sains yang diajar secara tradisional

serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif.

Penggunaan CD ROM ini juga mampu membantu guru dalam menghabiskan

sukatan pelajaran. Ini kerana sebelum ini guru-guru terpaksa menggunakan kaedah

tradisional iaitu kapur dan papan hitam untuk mengajar. Namun dengan adanya

kemudahan teknologi ini, ia dapat membantu guru-guru khasnya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut satu kajian yang telah dijalankan, ia membuktikan bahawa

penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan pencapaian pelajar (Abd Hamid Abd. Rahman 1995). Ini kerana tidak

semua topik yang dipelajari mampu diajar oleh guru secara manual tanpa bantuan

kemudahan teknologi. Sebagai contoh topik cahaya dalam mata pelajaran Sains,

yang mana melibatkan campuran beberapa jenis warna yang perlu ditunjukkan.

Guru boleh menggunakan perisian pendidikan supaya warna yang terhasil dapat

ditunjukkan dengan lebih jelas. Kaedah ini lebih efektif berbanding hanya

menggunakan pensil warna.

Selain itu juga, CD ROM ini merupakan antara salah satu sumber maklumat

yang utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana isi kandungan

perisian ini adalah ringkasan maklumat yang terdapat di dalam buku teks. Bagi

guru-guru yang mungkin ingin menggunakan pendekatan yang berbeza, mereka

bolehlah menggunakan CD ROM. Disamping mempelbagaikan kaedah, guru-guru

juga dapat mengawal kelas dengan lebih baik memandangkan para pelajar sukakan

sesuatu yang baru.

Namun demikian, jika dilihat dari sudut sokongan serta galakan yang

diberikan oleh pihak pengurusan sekolah adalah sangat kurang. Ia bergantung

sepenuhnya kepada guru-guru yang mahu menggunakannya. Hasil dapatan kajian

mendapati kurangnya kursus yang diberikan oleh pihak kementerian mahupun pihak

swasta kepada guru-guru.

Page 69: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

54

Selain itu, kurangnya bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah atau badan-

badan lain kepada guru-guru yang menhadapi kesukaran dalam menggunakan CD

ROM juga antara masalah yang selalu timbul pada masa sekarang.. Sebagai

resolusinya, Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan utama

yang relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT.

Antara teknik lain yang boleh diperkenalkan adalah teknik perkongsian pintar

antara sekolah dan sektor swasta sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran

ICT dalam kalangan guru dan juga warga sekolah (Dr. Rusmini Ku Ahmad).

Peluang yang ada perlulah direbut sebaik mungkin untuk mendapatkan sumbangan

dalam bentuk tenaga pakar demi membangunkan lagi kaedah penggunaan CD ROM

di sekolah.

Oleh kerana itu, amatlah penting bagi pihak pengurusan sekolah untuk

membina polisi, pelan pembangunan ICT dan juga sokongan terhadap penggunaan

ICT terutamanya aplikasi CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.1.3 Tahap penilaian guru terhadap CD ROM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

Terdapat pelbagai jenis perisian berbantukan komputer yang mudah didapati

di pasaran pada masa sekarang. Namun demikian pelbagai aspek perlulah

dititikberatkan sebelum ianya dijadikan satu bahan bantu mengajar. Ini kerana

peisian PBK yang terdapat pada masa sekarang kurang sesuai, tidak bermutu dan

tidak menepati kehendak atau objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ow 2000).

Melalui kajian yang dijalankan, penilaian terhadap perisian dalam kalangan

guru-guru dibahagikan kepada beberapa aspek seperti aspek teknikal, rekabentuk

interaksi, rekabentuk visual, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran, serta nilai

estetik dan motivasi.

Page 70: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

55

Bagi aspek teknikal, didapati bahawa CD ROM mata pelajaran Sains dan

Matematik berada dalam tahap yang tinggi kerana nilai min yang diperolehi adalah

3.89. Aspek teknikal merupakan salah satu aspek yang utama perlu ditekankan. Di

sini ia menekankan dari sudut fungsinya samada arahan penggunaan, latar suara

ataupun peralihan yang lancar dari satu paparan ke paparan yang laian.

Selain itu, reka bentuk interaksi juga perlu ditekankan. Menurut (Kristof dan

Satran, 1995), rekabentuk interaksi yang baik adalah manusia (pengguna) yang

memberi arahan kepada komputer dan bukan sebaliknya. Ia biasanya melibatkan

ikon atau butang interaktif untuk pengguna meneroka seluruh perisian tersebut.

Aspek rekabentuk visual juga perlu ditekankan dalam sesebuah perisian. Di

sini intergrasi warna serta elemen multimedia perlulah dititikberatkan. Rekabentuk

antara muka merupakan perkara yang perlu diberi perhatian dalam perisian kerana

antaramuka merupakan perantaraan komunikasi di antara pengguna dan komputer

(Baharuddin Aris et al, 2002).

Aspek rekabentuk pengajaran dan pembelajaran antara aspek yang begitu

penting dalam pembangunan sesebuah perisian. Hasil dapatan kajian menunjukkan

bahawa kebanyakan perisian tidak memfokuskan aspek tersebut. Menurut Rao

(1991), apabila sesebuah perisian dihasilkan, pembangun sering menumpukan

perhatian kepada nilai komersial yang menyebabkan kualiti hanya dinilai

berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti nilai

pengajaran dan pembelajaran serta perubahan tingkah laku pelajar yang diharapkan.

(Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun dan Rasman Alip, 2008)

Selain itu, aspek nilai estetik dan motivasi juga perlulah diambil kira. Hasil

dapatan kajian terhadap CD ROM mata pelajaran Sains dan Matematik mendaati

bahawa perisian ini sangat menitikberatkan aspek tersebut. Nilai min yang didapati

adalah 3.86 yang mana berada pada tahap yang tinggi.

Page 71: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

56

5.1.4 Persepsi Guru Terhadap Penggunaan CD ROM

Daripada kajian yang dijalankan, didapati guru-guru mengambil sikap positif

terhadap penggunaan CD ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah memandangkan kekerapan penggunaannya adalah tinggi. Jika dilihat pada

hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai minnya berada pada tahap tinggi

iaitu 3.64. Kebanyakan guru-guru menggunakan aplikasi teknologi ini adalah bagi

menjadikan proses pengajaran berlaku secara aktif memandangkan guru-guru boleh

mempelbagaikan kaedah atau pendekatan dalam pengajaran melalui penggunaan CD

ROM.

Selain itu juga, penggunaan CD ROM ini adalah sangat membantu guru-guru

dalam proses P&P. Nilai min yang tinggi iaitu 3.69 menunjukkan bahawa

penggunaan aplikasi teknologi ini mampu meningkatkan keberkesanan serta

meringankan tugas guru dalam pengajaran. Kaedah ini juga mampu menarik minat

pelajar untuk memberikan tindakbalas positif kerana pelajar akan mudah memahami

kaedah teknikal yang ditunjukkan melalui CD ROM.

Manakala dari sudut perisian itu sendiri yang jika dilihat dari beberapa aspek,

guru-guru sangat berpuah hati. Sebagai contoh aspek teknikal yang menekankan dari

sudut arahan penggunaan dan fungsinya, guru-guru memberikan maklumbalas yang

baik. Ini dapat dibuktikan daripada hasil dapatan kajian yang mana nilai minnya

adalah sangat tinggi iaitu 3.89.

Bagi aspek rekabentuk interaksi pula, nilai minnya adalah 3.67 yang mana

berada pada tahap tinggi. Di sini dapat dilihat bahawa guru-guru sangat berpuas hati

mengenai ikon atau butang interkatif yang terdapat dalam perisian pendidikan ini.

Manakala untuk aspek rekabentuk visual pula, kebanyakan responden memberikan

maklumbalas positif dengan nilai minnya adalah 3.93.

Bagi analisis terhadap aspek nilai estetik dan motivasi pula mendapati

bahawa guru-guru sangat berpuas hati. Ini jelas dapat dilihat pada nilai min yang

Page 72: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

57

diperolehi sebanyak 3.86. Mereka bersetuju bahawa perisian ini menyediakan set

induksi atau permulaan persembahan pengajaran yang menarik selain memberikan

maklumbalas yang mampu meningkatkan motivasi pelajar.

Secara keseluruhannya guru-guru di sekolah mengapliksikan penggunaan CD

ROM pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

memandangkan penggunaan teknologi ini banyak mendatangkan faedah kepada guru

mahupun pelajar.

5.2 Rumusan

Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan, mendapati bahawa guru-guru di

sekoalah menengah kebangsaan sekitar Skudai telah mengaplikassikan penggunaan

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya penggunaan CD ROM

pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik. Tambahan pula Kementerian

Pelajaran membina 4500 makmal komputer dalam Rancangan Malaysia Kelapan

(RMK-8) yang berakhir 2005 manakala 4500 lagi disiapkan dalam Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kemudahan yang disediakan oleh pihak kementerian sememangnya

memberikan kesenangan kepada guru-guru terutamnaya dalam membantu proses

pengajaran dan pembelajaran. Hakikatnya penggunaan perisian CD ROM ini

mampu membantu para guru serta pelajar khususnya agar ilmu yang diajar dapat

diserapkan.

Namun begitu, perisian yang hendak digunakan perlulah dinilai terlebih

dahulu dari pelbagai sudut bagi memastikan perisian tersebut adalah bersesuaian

serta mengikut keperluan dan kehendak Kementerian Pelajaran yang telah

digariskan.

Page 73: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

58

5.3 Masalah

Sepanjang melaksanakan kajian ini, terdapat pelbagai masalah yang timbul yang

mana menjejaskan sedikit perjalanan kajian ini. Di sini pengkaji menyenaraikan

beberapa masalah tersebut. Antaranya ialah:

5.3.1 Pada awalnya jumlah responden hanyalah 28 orang sahaja.

Tetapi setelah di analisis didapati hasilnya tidak relevan.

Maka pengkaji telah menambahkan bilangan responden

kepada 39 orang.

5.3.2 Terdapat sebilangan responden yang tidak memulangkan

kembali borang soal selidik yang telah dijawab menyebabkan

pengkaji sukar untuk memperolehi maklumat.

5.3.3 Kekangan masa dan juga tenaga untuk mendapatkan maklumat

menyebabkan pengkaji terpaksa mengambil tempoh yang agak

lama untuk mengedarkan borang soal selidik serta

mengumpulkannya kembali.

Page 74: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

59

5.4 Cadangan

Setelah melihat kepada hasil dapatan kajian yang telah dijalankan, didapati

ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Di sini dicadangkan beberapa

perkara untuk mempertingkatkan lagi penggunaan perisian pendidikan ini di samping

memberi kemudahan kepada guru-guru di sekolah khususnya:

5.4.1 Pihak Kementerian Pelajaran ataupun pihak sekolah dapat

menyediakan kursus atau latihan kepada para guru dalam

mennggunakan CD ROM.

5.4.2 Pihak sekolah dapat menyediakan peruntukan bagi kemudahan

untuk menggunakan CD ROM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

5.4.3 Pembangun-pembangun perisian juga perlu lebih

menitikberatkan aspek rekabentuk pengajaran dan

pembelajaran dari sudut objektif pengajaran yang mudah

dicapai oleh kepelbagaian kecerdasan pelajarar.

5.4.4 Pihak sekolah boleh bergabung dengan badan badan akademik

yang lain bagi membantu dalam aspek teknikal dalam

membantu guru-guru menggunakan kemudahan ICT di

sekolah.

Page 75: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

60

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Pengkaji telah menggariskan beberapa cadangan sebagai kajian lanjutan pada

masa akan datang bagi mempertingkatkan lagi penggunaan dan penilaian perisian

pendidikan CD ROM ini. Antaranya ialah:

5.5.1 Saiz sampel kajian perlu diperbesarkan lagi mungkin sehingga

70 orang guru untuk memperolehi hasil yang lebih tepat.

5.5.2 Meluaskan skop kajian iaitu dengan mendapatkan penilaian

terhadap perisian CD ROM bukan sahaja pada mata pelajaran

Sains dan Matematik, malah untuk subjek-subjek kritikal yang

lain seperti Fizik, Kimia dan juga Biologi.

5.5.3 Penilaian terhadap CD ROM pendidikan boleh juga

dilaksanakan oleh pakar bidang multimedia kerana golongan

mempunyai lebih kepakaran dan pengalaman dalam

pembangunan seseuatu perisian.

Page 76: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

61

5.6 Penutup

Secara keseluruhannya kajian penilaian dan penggunaan CD ROM

pendidikan Sains dan Matematik bagi sekolah menengah kebangsaan ini telah dapat

dilaksanakan dengan sebaiknya. Hasil maklumat-maklumat yang diperolehi melalui

borang soal selidik ke atas 39 orang guru matapelajaran Sains dan Matematik

sekolah menengah sekitar Skudai, Johor telah membantu dalam menjawab ketiga-

tiga persoalan kajian yang ditimbulkan.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden sangat

mengambil berat mengenai penggunaan perisian pendidikan ini dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Di sini jelas menunjukkan bahawa guru-guru sentiasa

merebut peluang yang ada dalam memoptimumkan proses pengajaran.

Daripada dapatan kajian juga menunjukkan bahawa rata-rata responden

mengakui bahawa aplikasi teknologi ini sangat membantu mereka dalam

mempelbagaikan kaedah mengajar supaya tidak hanya tertumpu kepada satu kaedah

sahaja. Selain itu, tahap penilaian mereka terhadap beberapa aspek perisian juga

memberikan maklumbalas yang positif.

Diharapkan daripada kajian yang telah dijalankan ini mampu membantu

beberapa pihak seperti guru, sekolah mahupun pihak kementerian dalam

mempertabatkan lagi mutu bidang pendidikan negara di mata dunia.

Page 77: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

62

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi: Keperluan

Pertimbangan Semula Program Pendidikan Tinggi. Kertas Kerja Seminar

Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K.

Baharuddin Aris, Mohamad Bilal dan Muhammad Kassim Basir Pembelajaran fizik

secara koloboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal, 1-1

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin, Manimegalai Subramaniam (2002). Reka

Bentuk Perisian Multimedia. Edisi pertama. Johor. Universiti Teknologi

Malaysia.

Baker, D. R (1991). A Summary of Research In Science Education 1989. Journal Of

Science Education.

Brian Kahn (1985). Using Computers For Learning And Teaching, London:

Cambridge University.

Bruner, J (1990). Acts Of Meaning. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Fazliana Rashida Abdul Rahman (2007). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajran

Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor

Page 78: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

63

Holmes. W (1990). The Transforming Power Of Information Technology.

Community College Journal.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2004) Multimedia Menerusi Macromedia

Flash MX 2004. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (1999) Pengenalan Kepada Komputer.

Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor

Juwairiah binti Arifin (2008) Pembinaan Instrumen Penilaian Untuk Menilai

Perisian CD ROM Interaktif (CDRI) Matapelajaran Fizik Sekolah Memengah

Kebangsaan. Tesis. Universiti Teknologi Malaysia.

Kulik, J., Banert, R., dan Williams, G (1983). Effects of Computer-based Teaching

on Secondary School Students. Journal of Educational Psychology.

Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman (1988). Alat Bantu Mengajara Dalam Pengajaran

Bahasa. Longman.

Md Musa bin Ahmad (2003). Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Teknikal

Sekolah Menengah Teknik Di Selangor Dan Kula Lumpur. Tesis Sarjana Muda

Februari

Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewana Bahasa dan

Pustaka.

Ng Wai Kong, (1999). ICT & pengajaran. http://www.ptpm.usm.my/ICT-

BM(1).htm

Page 79: KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM ......KAJIAN PENILAIAN DAN PENGGUNAAN CD ROM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAJWANI BINTI MUHAMMAD UNIVERSITI

64

Norasyikin Mohd Zaid dan Normashita Ahmad (2007). Kesan Penggunaan Perisian

Fizik Terhadap Pemahaman Konsep Daya Dan Gerakan. Seminar Penyelidikan

Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun

Rusmini Ku Ahmad. Intgrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas Kerja. Institut Aminuddin Baki Cawangan

Utara, Jitra Kedah

Robert F Arnove (1976) Education Television. Praeger Publishers New York,

Washington and London.

Seels, B., and Glasgow, Z (1998). Making Instructional Design Decisions. Volume

8, 182-184.

Shaharuddin Md Salleh, Rozita Abd Jalil dan Siti Norul Azizah Abd Wahab (2008)

Modul Teknologi Multimedia.Universiti Teknologi Skudai, Johor.

Tuckman (1988). Conducting Educational Research. New York: Harcout

Javanovick. 1