borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · pdf filebertajuk pembangunan perisian multimedia...

20
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK GARAM DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya : (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 20 LORONG 3, TAMAN LIMAUAN KINARUT, 89600 PAPAR, SABAH. DR. NORAFFANDY YAHAYA Tarikh: MEI 2009_ Tarikh: MEI 2009_ MOHAMMAD AZLIZAN BIN LAWI PSZ 19:16 (Pind.1/97) Nama Penyelia

Upload: ngodiep

Post on 30-Jan-2018

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau

disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA TINGKATAN

EMPAT BAGI TAJUK GARAM DENGAN MENGGUNAKAN

KAEDAH PEMBELAJARAN INKUIRI

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya :

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: NO 20 LORONG 3, TAMAN LIMAUAN KINARUT, 89600 PAPAR, SABAH.

DR. NORAFFANDY YAHAYA

Tarikh: MEI 2009_

Tarikh: MEI 2009_

MOHAMMAD AZLIZAN BIN LAWI

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

Nama Penyelia

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

“Saya akui bahawa telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penyelia : DR. NORAFFANDY YAHAYA

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

i

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA TINGKATAN EMPAT

BAGI TAJUK GARAM DENGAN MENGGUNAKAN

KAEDAH PEMBELARAN INKUIRI

MOHAMMAD AZLIZAN BIN LAWI

Tesis projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penulis : MOHAMMAD AZLIZAN BIN LAWI

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

iii

DEDIKASI

Istimewa untuk...

Ayahanda dan Bonda..

Lawi Jiris & Dg. Jastih Misdih.

Tidak lupa buat adik-adikku…

Norazian & Mohd Affizan.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-

Nya serta berkat dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini yang

bertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4

bagi Tajuk Garam.

Setinggi perhargaan saya ucapkan kepada Dr Noraffandy Yahaya selaku

pensyarah pembimbing atas nasihat, tunjuk ajar dan keprihatinan yang diberikan kepada

saya sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan sekuliah yang banyak membantu

dan berkongsi idea dalam menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada keluarga yang

telah memberikan semangat dan sokongan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang telah memberikan sokongan dan bantuan secara langsung atau tidak langsung

dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi komputer pada zaman ini membawa perubahan besar

kepada masyarakat dunia. Perkembangan ini juga berlaku dalam bidang pendidikan.

Penggunaan Perisian Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) adalah merupakan

suatu perkembangan dalam bidang pendidikan ia juga adalah satu alternatif untuk

menggantikan keadah pengajaran tradisional. Perisian pembelajaran berbantukan

komputer bertajuk Garam dihasilkan bagi membantu pelajar memahami tajuk ini.

Kandungan dalam perisian ini adalah dihasilkan berpandukan sukatan pelajaran Kimia

Tingkatan Empat. Perisian ini dihasilkan berasaskan kaedah pembelajaran inkuiri.

Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Adobe Flash dan beberapa perisian

sokongan yang lain. Diharapkan agar perisian ini dapat membantu proses pengajaran

dan pembelajaran dikalangan guru dan pelajar.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

vi

ABSTRACT

Computer technology development in this era brings changes our world

community. It also occurs in our education system. Computer Aided Instruction’s (CAI)

use in education is was one development in education system and an alternative to

replace traditional education method. Computer Aided Instruction entitled Salt was

develop to help students to understand this subject. This software content is develop by

guided the syllabus of Chemistry Form four. This software is developed based on

inquiry leaning method. This software is developed using Adobe Flash's software and

other support software. Is hoped so that this software can help lesson and learning

process among teachers and students.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Rasional Projek 7

1.6 Kepentingan Projek 7

1.7 Skop dan Batasan 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 9

1.8.2 Multimedia 9

1.8.3 Simulasi 10

1.8.4 Analisis Kualitatif Garam 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

viii

1.8.5 Garam 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Komputer dan Teknologi dalam Pendidikan 12

2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 13

2.4 Multimedia dalam Pendidikan 16

2.4.1 Elemen-elemen multimedia 17

2.4.1.1 Teks 18

2.4.1.2 Grafik 18

2.4.1.3 Audio 19

2.4.1.4 Video 19

2.4.1.5 Animasi 20

2.4.1.6 Interaktiviti 20

2.5 Teori Pembelajaran 21

2.5.1 Teori Behaviorisme 21

2.5.2 Teori Kognitivisme 23

2.5.3 Teori Konstruktivisme 24

2.5.4 Kekuatan dan Kelemahan Teori 26

Pembelajaran

2.6 Pendekatan Inkuiri 27

2.7 Strategi Pembelajaran 29

2.7.1 Simulasi 29

2.7.2 Permainan 31

2.7.3 Latihtubi 32

2.8 Model Reka Bentuk Perisian 32

2.8.1 Model ADDIE 32

2.8.2 Model ASSURE 33

2.8.3 Model Hannafin & Peck 34

2.8.4 Model Dick & Carey 35

2.8.5 Model Robert Glasea 36

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

ix

2.8.6 Model Waterfall 37

2.9 Penutup 37

BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN PERISIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Model Reka Bentuk Pembangunan Perisian 39

3.2.1 Model ADDIE 40

3.3 Fasa Analisis 41

3.3.1 Pemilihan Tajuk 41

3.3.2 Skop Tajuk 42

3.3.3 Pengguna Sasaran 42

3.3.4 Matlamat yang ingin dicapai 43

3.3.5 Persekitaran Pembelajaran 44

3.3.6 Pengumpulan Sumber Bahan 44

3.4 Fasa Rekabentuk 45

3.4.1 Carta Alir 45

3.4.2 Teori Pembelajaran 49

3.4.3 Pendekatan Pengajaran 49

3.4.4 Jenis Media dan Teknologi 50

3.5 Fasa Pembangunan 51

3.5.1 Pembinaan Isi Kandungan 51

3.5.2 Mengarang/ Mengaturcara Tajuk 52

3.5.3 Penggunaan Perisian Pembangunan 52

3.5.4 Perisian Sokongan 53

3.5.5 Penggunaan Perkakasan 54

3.5.5.1 Perkakasan Pembangun Perisian 55

3.5.5.2 Spesifikasi Perkakasan Minimum 55

Pengguna

3.6 Fasa Perlaksanaan 56

3.7 Fasa Penilaian 57

3.8 Penutup 57

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

x

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 58

4.2 Kandungan Perisian 59

4.3 Menu Utama 59

4.4 Paparan Eksperimen 60

4.4.1 Paparan Kandungan Eksperimen 62

4.5 Kuiz 66

4.6 Aktiviti 69

4.7 Glossari 71

4.8 Penutup 72

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN & CADANGAN

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan 73

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi 75

5.4 Kelebihan Perisian 76

5.5 Kekurangan Perisian 77

5.6 Kesimpulan 78

5.7 Cadangan 79

5.8 Penutup 79

RUJUKAN 80

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Aliran Kerja berdasarkan Model ADDIE 40

3.2 Carta Alir Menu Utama Perisian 46

3.3 Carta Alir Menu Eksperimen 47

3.4 Carta Ali Menu Kuiz 48

4.1 Paparan Menu Utama 60

4.2 Paparan Menu Eksperimen 61

4.3 Paparan Ujian Anion 61

4.4 Paparan Pernyataan Masalah 63

4.5 Paparan Hipotesis 63

4.6 Paparan Bahan Kimia 64

4.7 Paparan Prosedur Eksperimen 64

4.8 Paparan Merekod Pemerhatian 65

4.9 Paparan Kesimpulan 65

4.10 Paparan Menu Kuiz 67

4.11 Paparan Soalan Objektif 67

4.12 Paparan Soalan Subjektif 68

4.13 Paparan Soalan Padanan 68

4.14 Paparan Skor Pengguna 69

4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata 70

4.16 Paparan Aktiviti Hangman 70

4.17 Paparan Glossari 71

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah untuk mewujudkan

masyarakat yang berteknologi selaras dengan perubahan zaman industri ke zaman

teknologi maklumat. Ianya juga menjadi semakin dominan disebabkan setiap aspek

kehidupan memerlukan penggunaan komputer.

Menjelang tahun 2010, pakar-pakar meramalkan bahawa semua jenis pekerjaan

akan melibatkan penggunaan komputer. Ini disokong oleh pendapat Irwin (2000), yang

menyatakan bahawa komputer sudah menjadi alat yang diperlukan untuk melibatkan diri

dengan pertukaran maklumat global, perdagangan antarabangsa, pertumbuhan ekonomi

dan pendidikan. Justeru itu, penggunaan komputer dalam bidang pendidikan seharusnya

tidak menjadi suatu perkara yang asing.

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

2

Untuk meningkatkan lagi pengintegrasian komputer dalam pendidikan, pelbagai

usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melaksanakan

penggunaan komputer khususnya Teknologi Multimedia dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Antara usaha yang dilakukan adalah Projek sekolah bestari. Sekolah

bestari ini bertanggungjawab untuk menyediakan generasi baru yang mampu

mengharungi cabaran dunia baru teknologi maklumat dan mampu bersaing dengan

negara-negara membangun yang lain.

.

Pelaksanaan Sekolah Bestari ini juga menukar cara pengajaran di sekolah

daripada kaedah tradisional kepada kaedah pengajaran yang berasaskan teknologi moden

dan canggih. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan

pelajar yang mana pelajar aktif untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Fokus utama Sekolah Bestari adalah kepada kurikulum seperti

pembelajaran koperatif, berfikiran kritis dan pengembangan kreativiti, kerohanian, sikap

dan nilai, pengembangan pelbagai kecerdasan rekreasi, pengayaan diri dan khidmat serta

kemahiran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

rakyat Malaysia yang cemerlang, dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,

intelek dan juga sahsiah.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa

Inggeris juga telah meningkatkan lagi penggunaan komputer khususnya teknologi

multimedia di sekolah. Pengintegrasian elemen-elemen multimedia seperti grafik,

animasi, audio dan video digital ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu

menarik minat pelajar untuk belajar.

Oleh yang demikian aplikasi Teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bukanlah suatu perkara yang mustahil dan sukar untuk dilaksanakan.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

3

Sekiranya semua pihak dapat mengembleng tenaga demi menjayakan proses pengajaran

dan pembelajaran menggunakan teknologi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang sains khususnya matapelajaran kimia merupakan matapelajaran yang

menyeronokkan kerana ia banyak berkait rapat dan sebati dalam hidup kita. Tetapi

matapelajaran kimia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipelajari kerana ianya adalah

bersifat abstrak dan memerlukan daya pemahaman yang mendalam dan imaginasi yang

tinggi untuk memahami sesuatu teori dan konsep. Keadaan ini juga menyebabkan

kebanyakkan pelajar di sekolah sukar untuk menguasai matapelajaran kimia dengan

baik.

Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang tidak berminat dengan sains

khususnya kimia merasakan bahawa matapelajaran ini suatu yang membebankan kerana

kebanyakkan konsep dan teori adalah abstrak dan sukar untuk difahami (Subahan,

1999). Selain itu juga proses yang berlaku di dalam kimia juga tidak boleh dilihat

dengan menggunakan mata kasar, ini memerlukan imaginasi yang tinggi. Kesukaran

untuk mengaitkan teori dalam kehidupan seharian juga membuatkan pelajar merasa

bosan untuk mempelajari matapelajaran kimia.

Berdasarkan sukatan pelajaran kimia tingkatan empat, terdapat beberapa topik

yang memerlukan tumpuan yang lebih mendalam kerana ianya adalah sukar bagi pelajar.

Antara topik yang perlu difokuskan adalah topik elektrokimia, asid dan bes, struktur

atom dan garam. Topik ini sering kali menyebabkan masalah kepada pelajar dan terdapat

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

4

kekeliruan atau miskonsepsi yang berlaku kepada pelajar. Kejadian miskonsepsi ini

menyebabkan pelajar membentuk idea mereka sendiri yang tidak selaras dengan konsep

kimia yang sebenar (Lilia Halim et al, 2002).

Penggunaan bahan pengajaran yang kurang menarik serta pengajaran guru yang

masih menggunakan kaedah tradisional tidak mampu menarik minat untuk mempelajari

matapelajaran kimia. Pelajar juga tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan

konsep dalam kehidupan seharian mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran yang

aktif mampun untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran kimia

berbanding menggunakan kaedah tradisional. Menurut Chiapetta, Collette dan Koballa

(1998), berdasarkan pandangan ahli psikologi dan teori pembelajaran, pelajar yang

meminati sains atau kimia adalah pelajar yang menganggapkan pembelajaran merupakan

suatu proses yang bermakna bagi dirinya.

Pembelajaran bermakna berlaku apabila pelajar itu sendiri diberi peluang untuk

terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini pelajar diberi

peluang untuk membandingkan maklumat yang baru dengan pengetahuan sedia ada.

(Driver, Squires, Rushworth, Wood-Robinson, 1994). Oleh itu, keadah pengajaran kimia

perlu diubahsuai daripada kedah tradisional kepada pembelajaran aktif atau

pembelajaran bermakna.

Penggunaan perisian PBK dalam pendidikan dilihat suatu jalan yang terbaik

untuk menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik dalam matapelajaran kimia

khususnya dan matapelajaran sains amnya. Perisian PBK juga dapat memberikan

peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. PBK juga dilihat dapat meningkatkan lagi penguasaan pelajar dalam

matapelajaran kimia selain mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran guru. Ini terbukti

dengan beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum ini.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

5

Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengukur keberkesanan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Daripada

kajian yang dilakukan keseluruhannya menyatakan bahawa penggunaan teknologi

multimedia dalam pendidikan adalah memberikan kesan positif berbanding kaedah

pengajaran tradisional. (Wang dan Seleman, 1994).

Kulik, Bergert dan William (1983) membuat kajian tentang keberkesanan

penggunaan PBK terhadap 48 orang pelajar. Hasilnya seramai 39 orang pelajar yang

menggunakan komputer memperoleh markah yang lebih tinggi berbanding dengan

pelajar yang menggunakan kaedah tradisional.

Robyler (1988) dalam penelitiannya ke atas literatur berkenaan keberkesanan

mikrokomputer dalam pendidikan mendapati PBK dapat memberikan kesan yang

signifikan dan positif terhadap pembelajaran pelajar.

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan penggunaan perisian PBK dalam

proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan berbanding penggunaan

kaedah tradisional. Keadah ini juga membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam

proses pembelajaran dan pelajar dapat menerima pembelajaran adalah suatu bermakna

bagi dirinya. Penggunaan perisian PBK juga dijangka mampu untuk menyelesaikan

kekeliruan ataupun miskonsepsi yang berlaku dikalangan pelajar. Namun begitu,

diingatkan bahawa penggunaan teknologi multimedia tidak dapat menggantikan guru

sebagai perantaraan proses pengajaran dan pembelajaran tetapi membantu proses

pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan, teratur dan efektif.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

6

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah yang berlaku dalam pembelajaran subjek kimia adalah, pelajar sukar

untuk memahami topik bagi eksperimen analisis kualitatif garam dalam Bab 8 Kimia

tingkatan 4 banyak ujian yang dilakukan untuk mengenalpasti sesuatu garam tersebut.

Ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pelajar untuk menentukan sesuatu garam.

Oleh itu, satu perisian pembelajaran berbantukan komputer yang berasaskan

CD-ROM dibangunkan untuk mendedahkan kepada terlebih dahulu kepada pelajar

tentang eksperimen yang dilakukan sebelum menjalankan eksperimen sebenar.

1.4 Objektif Projek

Membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer yang

mengandungi elemen-elemen multimedia bagi matapelajaran kimia tingkatan 4,

eksperimen Analisis Kualitatif Garam dalam Bab 8 tajuk Garam.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF filebertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM Kimia Tingkatan 4 ... 4.15 Paparan Aktiviti Teka Silang Kata ... Bidang

7

1.5 Rasional Projek

Matapelajaran sains khususnya kimia adalah berkait rapat dengan kehidupan

seharian kita. Kita seharusnya memahami, mendalami konsep-konsep dalam

matapelajaran kimia untuk dipraktikan dalam kehidupan. Tetapi kebanyakkan

masyarakat khususnya pelajar sekolah kurang memahami teori dan konsep dalam

matapelajaran kimia.

Dalam kehidupan kita, masyarakat beranggapan bahawa garam merupakan bahan

yang berasa masin dan digunakan sebagai perasa dalam makanan. Tetapi dalam kimia

garam bukanlah seperti apa yang dianggapkan oleh kita. Garam dalam kimia terdiri

daripada berbagai-bagai jenis dan warna.

Jenis-jenis garam ini boleh ditentukan melalui ujian yang dijalankan. Penentuan

garam ini juga melibatkan banyak prosedur dan ia boleh mengelirukan pelajar tentang

tindak balas yang dijalankan. Eksperimen untuk penentuan garam ini juga memerlukan

masa yang agak panjang dan memerlukan kemahiran saintifik yang tinggi.

Oleh sebab itu, perisian ini dibangunkan bagi membantu guru untuk

menyampaikan pengajaran dengan teratur dan efektif bagi topik eksperimen Analisis

Kualitatif Garam.