perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

30
DISEDIAKAN OLEH:- FARAH FAZRIYANA BINTI BASRI FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM NOR AZRINA BINTI MOHD ZAINOL NORAZILA BINTI ABIDEN NUR AFIFAH BINTI AHMAD Sejarah perkembangan LINGUISTIK Zaman Yuanani, Rom, Iskandariah Zaman Pertengahan, Arab, India Zaman Linguistik Perbandingan & Linguistik Moden

Upload: fitri-ibrahim

Post on 20-Jun-2015

450 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

DISEDIAKAN OLEH:-

FARAH FAZRIYANA BINTI BASRIFITRI NORLIDA BINTI IBRAHIMNOR AZRINA BINTI MOHD ZAINOLNORAZILA BINTI ABIDENNUR AFIFAH BINTI AHMAD

Sejarah perkembangan LINGUISTIK

Zaman Yuanani, Rom, Iskandariah Zaman Pertengahan, Arab, India

Zaman Linguistik Perbandingan & Linguistik Moden

Page 2: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

PERBEZAAN ZAMAN YUNANI, ROM, ISKANDARIAH

Page 3: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

Zaman Yunani Sejarah Perkembangan

Page 4: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

Tokoh

• Plato (427-437 SM)• Karya

: Crystalus

• Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat

• Ayat ialah ‘logos’ yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna

• ‘Logos’ terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita)

• Membezakan kata nama dan kata kerja

• Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik)

Aristotle (384 – 322 SM) •memperkenalkan kata hubung dan sistem kala ‘tense’ (past tense, present tense)

Page 5: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

Kaum Stoik•membezakan antara bentuk dan makna•pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama)•memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Ingeris (go:went:gone)•memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif

Page 6: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

Kelebihan- Pelopor sejarah perkembangan

kajian ilmu linguistik- Menganggap bahasa ialah

lambang ketinggian

tamadun dan dikaji untuk

menerangkan segala kejadian

alam

Page 7: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

…..Zaman Iskandariah……

Merupakan salah satu tanah jajahan Yunani

Sejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistik

Melanjutkan usaha sarjana Yunani

Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SM

Kemudian dikembangkan oleh Derrentusvaro dalam karyanya ‘De Lingua Latina’

Sejarah Perkembangan

Page 8: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

Tokoh

Dionysius Thrax

• karya : Techne Grammatike• mengkaji berdasarkan bahasa yang betul seperti yang

digunakan oleh Homer dalam puisinya• mengajar di Rhodes dan Rom• asas tatabahasa dalam Techne Grammatike menjadi asas

penulisan buku tatabahasa Eropah kini • menggolongkan kata kepada 8 : kata nama, ganti nama, kata

kerja, kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata seru

• dalam bidang fonetik beliau membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk

• bunyi digolongkan menurut prinsip-prinsip sebutan• membezakan bunyi ‘r’ dengan ‘l’• dalam bidang sintaksis beliau mentafsirkan ayat sebagai unit

deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud lengkap

Page 9: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

Kelebihan• berkembang sebagai

pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik sejak abad ke-3

Kelemahan• kerja-kerja mencari asal

teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan di dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni

• menumpukan kajian terhadap bahasa bertulis sahaja. Tiada usaha untuk membezakan secara tetap antara bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi itu

Page 10: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

…Zaman Rom…

• Tidak banyak menghasilkan karya asli, sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik

• Masyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle

• Pengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M.T.Varro yang mengkaji bahasa Latin

• Sarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek lain yang lebih halus dalam bahasaTerdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia 

Sejarah Perkembangan

Page 11: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

 1) Appolonius Discollus

• mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis 

• menambahbaik huraian Thrax

• menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, disamping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi

• berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja

• juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian 

Tokoh

Page 12: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

2) M.T.Varro (116-27 SM)

• hidup sezaman dengan Thrax

• cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin

• pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik

• berpendapat bahawa bahasa hádala seragam

• mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan

• dalam bidang morfologi, beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu

Tokoh

Page 13: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

3) Priscian (500 TM)

• karya : Instituciones Grammaticae• lengkap membincangkan pembentukan kata

dan ayat• melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius• bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa

dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan

• bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro)

Tokoh

Page 14: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

Kelebihan

• menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin

• karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini

Kelemahan

• hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah 

• cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro)

• penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik

Page 15: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

PERBEZAAN ZAMAN PERTENGAHAN, ARAB, INDIA

Page 16: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah
Page 17: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah
Page 18: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

PERBEZAAN ZAMAN LINGUISTIK PERBANDINGAN & LINGUISTIK

MODEN

Page 19: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

•Perkembangan ilmu linguistik perbandingan bermula dari abad ke 19.

•Pendekatan agak objektif dan saintifik.•Ahli linguistik abad 19 telah terpengaruh dengan

bidang anthropologi dan sosiologi dalam pengkajian bahasa.

•Anthropologi dan sosiologi adalah bidang yang mengkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.

Page 20: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

•Kajian bahasa kurun ke 19 memperlihatkan kegiatan memperbandingkan bahasa-bahasa.

•Kesedaran timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan di antara bahasa.

•Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah. (Indo-Eropah)

•Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu.

•Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan.

Page 21: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

•Ilmu perbandingan bahasa bertujuan mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa.

•Peringkat permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik.

•Akibat pemisahan geografi dan sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan.

Page 22: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

Bahasa Inggeris Belanda

mother moeder

son zon

Bahasa Perkataan

Jawa pari

Malegasi fari

Sunda pare

Madura padih

Melayu padi

Bali padi

Tagalog palai

• Dalam Bahasa Austronesia, Bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan beberapa bahasa seperti:

Page 23: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

•Di atas adalah bukti jelas bagi menyatakan adanya hubungan kekeluargaan dan berasal dari satu rumpun atau turun dari satu bahasa induk yang lebih tua.

•Umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha ke arah menentukan rumpun bahasa melalui perbandingan.

•Antara rumpun bahasa sedunia adalah; Indo-Eropah, Hamito-Semit, Finno-Ugria, Bantu, Tibeto-China, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain.

Page 24: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

•Tokoh kajian linguistik perbandingan adalah seperti R.K Rask (1787-1832), Jacob Grimm (1785-1863) dan Verner.

•R.K Rask membuktikan bahawa perkataan bahasa German ada pertalian dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah.

•Hukum p-s-vBahasa Contoh

Latin pater

Inggeris father

Jerman vater

Belanda vader

Page 25: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

•Dalam abad ke 20, penekanan telah diberikan kepada linguistik deskriptif.

•Tokoh yang mula-mula memperkenalkan teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure.

•Beliau orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden.

•Beliau menekankan tentng pentingnya tinjauan mengenai bahasa itu dilakukan dari sudut berbeza iaitu kajian sinkronis dan diakronis.

Linguistik Moden

Page 26: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

•Bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai suatu ‘keadaan’ pada sesuatu masa yang tertentu.

•Dengan kata lain, ia bermaksud kajian mengenai sesuatu bahasa pada waktu tertentu.

•Kajian ini berminat khususnya kepada ‘keadaan’ bahasa pada satu masa.

Linguistik Sinkronis

Page 27: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

• Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan kepada bahan-bahan sejarah merupakan bidang linguistik diakronis.

• Maksud lain, kajian mengenai perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa, perubahan bahasa dan sebagainya.

• Kajian yang merangkumi linguistik perbandingan dan linguistik sejarah.

• F. De Saussure mengemukakan konsep langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan yang konkrit).

Linguistik Diakronis

Page 28: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

•Merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa iaitu suatu sistem yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan setiap penutur dalam sesuatu bahasa.

•Sistem perhubungan yang dimiliki bersama oleh semua penutur.

Langue

Page 29: Perbezaan zaman yunani, rom, iskandariah

•Tingkah laku pertuturan yang sebenarnya ditinjau dari sudut penutur-penuturnya.

•Ringkasnya, ia bermaksud pertuturan sebenar yang diucapkan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat.

Parole