bppdp bil. (12) 2016 edisi disember - moe.gov.my · pdf filekoleksi tesis 10 4. koleksi cd-rom...

7
yb 1 Kementerian nafi kaji mansuh UPSR Dato’ Seri Mahdzir Khalid Kementerian Pendidikan menafikan mengadakan kajian secara dalam talian Respon Cadangan Mansuh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang tersebar dalam media sosial, semalam. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian tidak pernah melaksanakan kajian itu meskipun pernah mencadangkan supaya UPSR dimansuhkan. Beliau menafikan bahawa kajian ini diadakan oleh mana-mana bahagian di kementerian atau Pejabat Menteri Pendidikan. Sebelum ini, beliau pernah memberi kenyataan mengenai cadangan untuk memansuhkan UPSR, namun mengakui perlu mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk pengurusan sekolah di luar negara, selain pandangan ahli akademik dan agensi berkaitan. KPM menafikan mengadakan kajian secara dalam talian Respon Cadangan Mansuh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sumber: Berita Harian, 1 Disember 2016 SEHATI SEJIWA Guru kena saman akan dibela Dato’ Seri Mahdzir Khalid Kementerian Pendidikan memberi jaminan guru yang berdepan tindakan mahkamah oleh ibu bapa akan dilindungi dan diberi pembelaan. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, ia berikutan ada ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan oleh kementerian terhadap guru dan memutuskan untuk membawanya ke mahkamah, walaupun hanya membabitkan kes kecil. Beliau telah mengarahkan semua pihak tertinggi termasuk pengarah pendidikan dan pengetua supaya memaklumkan semua kejadian yang berlaku di sekolah kepada pihak kementerian untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Sumber: Berita Harian, 6 Disember 2016 Maklumat dan Pertanyaan Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Email: [email protected] http://www.moe.gov.my Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Disember 2016 1 BPPDP BIL. (12) 2016 EDISI DISEMBER Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

Upload: dokiet

Post on 04-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BPPDP BIL. (12) 2016 EDISI DISEMBER - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 10 4. Koleksi CD-ROM 18 5. Koleksi Jurnal 0 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 20 JUMLAH 54 3 ... gejala

yb

1

Kementerian nafi kaji mansuh UPSR Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan menafikan mengadakan kajian secara

dalam talian Respon Cadangan Mansuh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang tersebar dalam media sosial, semalam. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian tidak pernah melaksanakan kajian itu meskipun pernah mencadangkan supaya UPSR dimansuhkan. Beliau menafikan bahawa kajian ini diadakan oleh mana-mana bahagian di kementerian atau Pejabat Menteri Pendidikan. Sebelum ini, beliau pernah memberi kenyataan mengenai cadangan untuk memansuhkan UPSR, namun mengakui perlu mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk pengurusan

sekolah di luar negara, selain pandangan ahli akademik dan agensi berkaitan.

KPM menafikan mengadakan kajian secara dalam talian Respon Cadangan

Mansuh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Sumber: Berita Harian, 1 Disember 2016

SEHATI SEJIWA

Guru kena saman akan dibela

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan memberi

jaminan guru yang berdepan tindakan mahkamah oleh ibu bapa akan dilindungi dan diberi pembelaan. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, ia berikutan ada ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan oleh kementerian terhadap guru dan memutuskan untuk membawanya ke mahkamah, walaupun hanya membabitkan kes kecil. Beliau telah mengarahkan semua pihak tertinggi termasuk pengarah pendidikan dan pengetua supaya memaklumkan semua kejadian yang berlaku di sekolah kepada pihak kementerian untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Sumber: Berita Harian, 6 Disember 2016

Maklumat dan Pertanyaan

Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Email: [email protected] http://www.moe.gov.my Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Disember 2016

1

BPPDP BIL. (12) 2016

EDISI DISEMBER

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

Page 2: BPPDP BIL. (12) 2016 EDISI DISEMBER - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 10 4. Koleksi CD-ROM 18 5. Koleksi Jurnal 0 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 20 JUMLAH 54 3 ... gejala

Jangan hanya lihat A

,

20 Disember 201

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan bercadang

mengubah format muka hadapan slip keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun hadapan untuk merangkumi keputusan komponen psikometrik, kokurikulum dan sukan selain akademik. Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, perubahan format slip tersebut perlu dibuat kerana sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah tidak mengukur pencapaian pelajar dari segi akademik sahaja tetapi secara menyeluruh. Beliau memaklumkan bahawa disebabkan muka hadapan slip keputusan peperiksaan itu hanya memaparkan keputusan mata pelajaran akademik, ramai ibu bapa terlepas pandang terhadap pencapaian anak-anak mereka dalam komponen-komponen lain kerana terletak dalam muka belakang. Oleh itu, kementerian membuat sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang sebenarnya mengukur pencapaian akademik, psikometrik, kokurikulum dan sukan. Beliau memaklumkan cadangan ini kepada Ketua Pengarah Pelajaran supaya keputusan PT3 nanti adalah laporan penuh.

Sumber: Utusan Malaysia, 20 Disember 2016

Sumber: Berita Harian, 17 November 2016

2,046 sekolah uzur diselenggara Datuk Chong Sin Woon

Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti

sebanyak 2,046 sekolah berusia lebih 20 tahun untuk dilaksanakan pendawaian elektrik semula bermula tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, program pemulihan itu akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan sekolah yang kritikal bagi mengelak kebakaran. Beliau berkata, pendawaian elektrik merupakan salah satu faktor berlakunya kebakaran. Oleh itu, Kementerian telah memberikan keutamaan kepada penyelenggaraan itu di sekolah yang telah berusia lebih 20 tahun.

Sumber: Berita Harian, 15 Disember 2016

1,728 murid sekolah terjebak dadah sepanjang tahun ini Datuk Chong Sin Woon

Bahana dadah terus membarah dalam masyarakat

Malaysia dan buktinya seramai 1,728 murid di seluruh negara dikesan mula berjinak-jinak dengan gejala itu bagi tempoh sepanjang tahun ini sahaja. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, kesemua murid tersebut dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau berkata, sejumlah 1,716 adalah murid lelaki dan 12 murid perempuan yang terlibat dengan gejala dadah. Kesemua mereka telah diberikan sesi kaunseling dan program intervensi dengan kerjasama AADK. Menurut beliau, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan sekolah melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah.

Sumber: Utusan Malaysia, 20 Disember 2016

2 Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

Kata Kunci Kejayaan

” Inovasi adalah hal yang membezakan antara pemimpin dengan

pengikutnya” (Steve Jobs)

(Steve Jobs)

Page 3: BPPDP BIL. (12) 2016 EDISI DISEMBER - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 10 4. Koleksi CD-ROM 18 5. Koleksi Jurnal 0 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 20 JUMLAH 54 3 ... gejala

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Bagi Disember 2016

1. PEROLEHAN

BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

1. Koleksi Umum 0

2. Koleksi KPM 6

3. Koleksi Tesis 10

4. Koleksi CD-ROM 18

5. Koleksi Jurnal 0

6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan

20

JUMLAH 54

2. ARTIKEL AKHBAR

BIL BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, STAR , NEW

STRAITS TIMES

BILANGAN TAJUK BAHAN

JUMLAH 139

3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JENIS KOLEKSI BILANGAN DIKATALOG

JUMLAH 54 Jumlah Kumulatif sehingga 31 Disember 2016:192,472

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR BAGI BULAN DISEMBER 2016

1. Kurikulum Pengajaran & Pembelajaran Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/ Sukatan Mata Pelajaran - 08 isu 2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan & Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia - 10 isu 3. Pengurusan Pendidikan - 03 isu 4. Keselamatan Murid

- 01 isu

STATISTIK PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN BAGI BULAN DISEMBER 2016

Bilangan Pengguna 182

Pendaftaran Baru 34

Pinjaman Buku/CD/ Bahan KPM 06

Pinjaman Tesis 225

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARYKPM

SEHINGGA 31 DISEMBER 2016

35,997 Orang

3

Dapatkan maklumat bahan rujukan dan peminjaman melalui Sistem Virtua versi 2009 Perpustakaan KPM dengan melayari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

SEHATI SEJIWA

Selamat Hari Natal

2016

Senyum Selalu

SEDIA BANTU

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

Page 4: BPPDP BIL. (12) 2016 EDISI DISEMBER - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 10 4. Koleksi CD-ROM 18 5. Koleksi Jurnal 0 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 20 JUMLAH 54 3 ... gejala

` Librarykpm

Integriti Penjawat Awam

Sukalah saya mengingatkan kita semua bahawa tugas yang

dipikul oleh setiap seorang daripada kita merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan jujur, amanah dan penuh berintegriti. Dalam usaha menjadikan perkhidmatan awam terus cemerlang, kita perlu sedar tentang kepentingan mengelakkan berlakunya perkara yang dikhuatiri menggugat integriti penjawat awam seperti ketirisan maklumat, penyalahgunaan kuasa dan aktiviti keganasan yang boleh menghancurkan kesejahteraan negara. Insiden pencerobohan di darat dan perairan negara, gejala rasuah yang semakin menular dalam agensi kerajaan melibatkan jutaan wang ringgit dan penglibatan individu dalam kegiatan militan bukan sahaja memberi kesan negatif kepada negara malah menjejaskan kemurnian penjawat awam khususnya profesion keguruan itu sendiri yang diharapkan membina negara bangsa.

Menteri Pendidikan Malaysia -

Maklumat Berkaitan Program Penajaan Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian sedang menaik taraf sistem penawaran program

penajaan bagi membolehkan proses permohonan dibuat secara atas talian sepenuhnya mulai ambilan 2017. Perubahan dan penambahbaikan ini juga perlu disesuaikan dengan keperluan dan dasar terkini Kementerian dalam pelaksanaan program-program penajaan. Berdasarkan perkembangan terkini, Kementerian menjangkakan iklan penawaran bagi program penajaan dapat dikeluarkan pada Januari 2017. Selaras dengan perubahan ini, bakal pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam sistem e-operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) bagi memudah dan melancarkan proses permohonan akan datang. Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) yang bertanggungjawab dalam urusan ini akan mengeluarkan maklumat penting berkaitan program-program penajaan KPM melalui laman sesawang Kementerian secara berperingkat sebelum iklan penawaran dikeluarkan. Maklumat penting ini hendaklah dibaca dan difahami oleh setiap bakal pemohon bagi mendapat kefahaman yang jelas terhadap program yang akan dilaksanakan sebelum mengemukakan permohonan.

Sumber : Bahagian Tajaan Pendidikan, 2016

Sukalah saya mengingatkan kita semua bahawa tugas yang

dipikul oleh setiap seorang daripada kita merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan jujur, amanah dan penuh berintegriti. Dalam usaha menjadikan perkhidmatan awam terus cemerlang, kita perlu sedar tentang kepentingan

WAKTU OPERASI Isnin- Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari 2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum

KEAHLIAN Keahlian adalah percuma: Terbuka kepada semua

warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat & Mesra.

Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016 4

Page 5: BPPDP BIL. (12) 2016 EDISI DISEMBER - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 10 4. Koleksi CD-ROM 18 5. Koleksi Jurnal 0 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 20 JUMLAH 54 3 ... gejala

`

1,200 Jurulatih bantu guru kuasai ICT Dato’ P. Kamalanathan

Kementerian Pendidikan (KPM) akan

menugaskan seramai 1,200 jurulatih untuk membantu warga pendidik mengoptimumkan penggunaan Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) menerusi projek perkhidmatan 1BestariNet yang kini sudah memasuki fasa kedua. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ P. Kamalanathan, jurulatih itu akan membantu guru meningkatkan penguasaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Beliau menambah, penguasaan dalam kemahiran digital dapat membantu guru untuk mewujudkan kandungan pengajaran sendiri dan dikongsi dengan pelajar menerusi landasan tersebut. Mengulas mengenai tindakan kementerian melaksanakan fasa kedua 1BestariNet, beliau menyatakan bahawa kementerian sentiasa komited untuk memastikan isu yang dibangkitkan diatasi segera termasuk menetapkan penunjuk prestasi utama (KPI) kepada syarikat yang melaksanakan 1BestariNet. .

Jurulatih akan membantu guru meningkatkan penguasaan

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi

memudahkan proses PdP

Sumber: Berita Harian, 1 Disember 2016

ISU AKHBAR DISEMBER 2016

Tarikh /Akhbar Isu Brif Akhbar

01 Dis 2016

Berita Harian

Kementerian nafi kaji mansuh UPSR

15 Dis 2016

Berita Harian

2,046 sekolah uzur diselenggara

Informasi

BULETIN PILIHAN BPPDP 2016

PROGRAM KERJASAMA KPM – OGFICE (OSAKA GAS FOUNDATION

OF INTERNATIONA CULTURAL EXCHANGE) MIRI LOWER PRIMARY TEST OF READING (Miri LoPToR):

BENGKEL READY TO READ?

Murid menjalani kajian rintis Miri LoPToR

Seramai 100 orang murid dari 19 buah sekolah di

daerah Miri, Subis dan Baram telah mengikuti bengkel Ready To Read? selama 3 hari 2 malam bertempat di Kampung Sukan Petronas pada 6-9 September 2016. Bengkel ini telah memberi peluang kepada murid dari kawasan luar bandar dan pedalaman untuk berinteraksi serta melibatkan diri dalam beberapa aktiviti khusus untuk meningkatkan motivasi serta menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bahasa Inggeris selaras dengan dasar MBMMBI di peringkat nasional.

Instrumen Miri LoPToR ini juga telah dapat membantu guru dalam memilih bahan bacaan yang bersesuaian bagi murid serta membantu guru dalam menambah baik pengajaran dan pembelajaran (PdP) selaras dengan dasar MBMMBI untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui bahan bacaan dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, ia memberi ruang dan peluang kepada guru-guru untuk

bertukar-tukar fikiran dalam mempertingkatkan minat murid untuk

menguasai Bahasa Inggeris

Sumber: BPPDP 2016

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016 5

Page 6: BPPDP BIL. (12) 2016 EDISI DISEMBER - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 10 4. Koleksi CD-ROM 18 5. Koleksi Jurnal 0 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 20 JUMLAH 54 3 ... gejala

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

NEWS Education Informations

Chinese schools must use own funds first

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Chinese vernacular schools should make

do with whatever funds they have while the Education Ministry resolves issues related to their funding, said Education Minister Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid. A Chinese daily reported yesterday that Chinese primary schools and mission schools nationwide claimed they had yet to receive any of the RM50mil allocation from the ministry for maintenance works. ”There is a slight shortage in the allocation of budget (for SJK(C) schools) this year,” said Dato’ Seri Mahdzir yesterday. ”We hope to resolve the issue by the end of this year. I hope they will manage with whatever funds they have”.

"There is a slight shortage in the allocation of budget (for SJK(C) schools) this year,"

Source: The Star, 21 December 2016

HAPPY NEW YEAR 2017

Report being prepared to explain Pisa disqualification Datuk Chong Sin Woon

Deputy Education Minister Datuk Chong Sin Woon

informed that the report being prepared by the committee conducting the Mathematics, Reading and Science under the Programme for International Student Assessment (Pisa) 2015 and will explain the reason for the inadequate sampling which resulted in Malaysia’s disqualification. He added, although Malaysia was disqualified, its improvement compared with previous results was recognised. The Education Ministry has been questioned for claiming that Malaysian students had achieved higher scores when in fact it was disqualified from the ranking. It was also reported that Malaysia followed all protocols and procedures implemented on all technical standards for Pisa 2015, except that there was an unsufficient number of schools that responded and the data was not disqualified.

Source: The Star, 16 December 2016

Do not politicise school funding issue Datuk Chong Sin Woon

The Opposition should not try to gain cheap political

mileage by politicising the issue of Chinese vernacular school allocation said Deputy Education Minister, Datuk Chong Sin Woon. He said, the money reached the ministry in August but the amount was insufficient. While, Minister of Education, Datuk Seri Mahdzir bin Khalid informed that Chinese vernacular schools would receive their allocations soon, and there was a slight shortage in the allocation of budget for the schools this year. He added, there is one week before the year come to an end and if the ministry are unable to resolve the matter, he hope chinese vernacular schools will manage with these allocations. He was commenting on a report in a Chinese Daily that claimed Chinese vernacular schools and mission schools had not received the RM50mil allocation from the ministry for maintenance works.

Source: The Star, 22 December 2016

6

Page 7: BPPDP BIL. (12) 2016 EDISI DISEMBER - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 10 4. Koleksi CD-ROM 18 5. Koleksi Jurnal 0 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 20 JUMLAH 54 3 ... gejala