kajian penggunaan cd perisian kursus ......dan kajian tinjauan telah dilaksanakan pada 5 disember...

27
KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS PENDIDIKAN DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH KAWASAN SKUDAI NORAZAH BINTI ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS PENDIDIKAN DALAM

KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH

KAWASAN SKUDAI

NORAZAH BINTI ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil
Page 3: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil
Page 4: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS PENDIDIKAN DALAM

KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH

KAWASAN SKUDAI

NORAZAH BINTI ALI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

Page 5: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya dijelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NORAZAH BINTI ALI

Tarikh : APRIL 2010

Page 6: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

v

Teristimewa untuk abah[En Ali Mohd Yusof] dan emak [Pn Maah

Mohamed] tersayang yang sentiasa

mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anakmu ini

juga kepada Along, Angah, Yana, Imah dan Adik

serta rakan-rakan yang sudi membantu

Page 7: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian di rafa’kan ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan limpah dan izin-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada penyelia, Pn

Christina Andin @ Nur Qistina Abdullah di atas segala bimbingan, teguran, tunjuk

ajar, nasihat dan panduan yang telah dihulurkan sepanjang tempoh penyelidikan

projek ini dijalankan. Ribuan terima kasih kerana terus memberi nasihat, teguran dan

bimbingan tanpa jemu-jemu sehingga projek ini sempurna dilaksanakan.

Kepada Norain Idris yang bersusah-payah membantu, Norfaradila Rahim yang

memahami keadaan, teman seperjuangana Haris dan Ameza serta rakan-rakan yang

terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu menyiapkan projek ini.

Akhir sekali tidak lupa juga, kerjasama daripada guru-guru yang terlibat atas

pemberian kerjasama ketika proses mengumpul data amatlah dihargai.

Terima kasih

Page 8: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kekerapan penggunaan CD perisian

kursus pendidikan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

dalam kalangan guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah kawasan Skudai,

halangan-halangan yang dihadapi oleh guru dan presepsi guru dalam penggunaan CD

perisian kursus pendidikan. Seramai 38 guru kemahiran hidup di sekolah menengah

kawasan Skudai telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Soal selidik yang

mengandungi 24 item telah digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Sosial for Window version

15.0 (SPSS 15.0) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan kajian

menunjukkan responden tidak kerap menggunakan CD perisian kursus pendidikan

yang dibekalkan KPM dengan catatan min keseluruhan 2.05. Kekurangan peralatan

LCD merupakan halangan utama dalam penggunaan CD perisian kursus pendidikan

dengan min sebanyak 4.97. Manakala dapatan kajian menunjukkan majoriti

responden memberi maklum balas positif terhadap persepsi mereka terhadap

penggunaan CD perisian kursus pendidikan. Cadangan-cadangan telah dibuat

kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, guru dan pelajar bagi mengatasi

masalah dalam kajian ini.

Page 9: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

viii

ABSTRACT

This research was done to find out the frequency of courseware application

that been supplied by Ministry Of Education Malaysia among Living Skills teachers

at secondary school in Skudai, difficulties faced by teachers and their perception in

using the courseware. This research involved 38 living skills teachers from

secondary schools in Skudai, which had been chosen randomly for this study. A set

of questionnaire consists of 24 items was used as the research instrument. Data was

analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows 15.0

software. All the findings were presented in frequency, percentage, and mean. The

findings showed that the respondent seldom in using courseware with total mean

2.05. Lack of LCD equipment is major obstacle in using courseware with 4.97.

Majority respondents give positive perception on using courseware.

Recommendations for research are discussed to overcome problem in this study.

Page 10: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN JUDUL iii

HALAMAN PENGAKUAN iv

HALAMAN DEDIKASI v

HALAMAN PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix - xi

SENARAI JADUAL xii - xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2 - 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5 - 6

1.7 Batasan Kajian 6 - 7

1.8 Definisi Istilah/Operational 7 – 9

1.9 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

Page 11: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

x

2.2 Kaedah Pengajaran 12 – 14

2.3 Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer 14 – 16

2.4 Teknologi Multimedia 16 – 19

2.5 Halangan-Halangan Dalam E-Pembelajaran 19 – 23

2.6 Definisi CD-ROM 24

2.6.1 Perisian CD ROM 24 – 25

2.6.2 Strategi Aplikasi CD Dalam Pengajaran 25 – 26

2.6.3 Kepentingan Penggunaan CD-ROM

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 26 – 29

2.7 Penutup 29

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 31 - 32

3.4 Instrumen Kajian 33 - 34

3.5 Kesahan Kandungan Soal Selidik 34 - 35

3.5 Kajian Rintis 35 - 36

3.6 Prosedur Kajian 36 - 38

3.7 Analisis Data 38 - 39

3.8 Penutup 40

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 41

4.2 Latar Belakang Responden 42 – 43

4.3 Maklumbalas Responden Terhadap Persoalan Kajian 43

4.3.1 Maklumbalas Responden Terhadap Persoalan

Kekerapan Penggunaan CD 44 – 45

4.3.2 Maklumbalas Responden Terhadap Persoalan

Halangan yang Dihadapi dalam Penggunaan

CD Perisian Kursus Pendidikan 46 – 47

4.3.3 Maklumbalas Responden Terhadap Persoalan

Persepsi Terhadap Penggunaan CD Perisian

Kursus Pendidikan 48– 50

Page 12: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

xi

4.4 Penutup 50

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 51

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 52 - 53

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Kekerapan Penggunaan CD Perisian Kursus

Pendidikan 54 - 55

5.3.2 Halangan Yang Dihadapi Dalam Penggunaan

CD Perisian Kursus Pendidikan 56 - 58

5.3.3 Persepsi Terhadap Penggunaan CD Perisian

Kursus Pendidikan 58 - 59

5.3.4 Rumusan Keseluruhan 60 - 61

5.4 Cadangan Kajian 61 - 62

5.4 Penutup 62

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 13: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Senarai sekolah terlibat di kawasan Skudai 32

3.2 Taburan item soalan selidik 34

3.3 Kod item, bilangan item, pekali keboleh

percayaan alpha bagi setiap aspek

kekerapan penggunaan, halangan penggunaan

dan persepsi guru 36

3.4 Pengkelasan skala lima mata 38

3.5 Markat skala pengkaji 39

3.6 Perubahan markat dan skala 39

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden

Bahagian A 42

4.2 Maklumbalas responden mengenai kekerapan

guru menggunakan CD perisian kursus

Pendidikan Dalam Proses P&P 44

4.3 Maklumbalas responden mengenai halangan

yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan

CD perisian kursus pendidikan dalam proses

P&P 46 - 47

Page 14: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

xiii

4.4 Maklumbalas responden mengenai persepsi guru

dalam penggunan CD perisian kursus pendidikan

dalam proses P&P 48 - 49

Page 15: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

xiv

SENARAI RAJAH

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Model Bagi Halangan-Halangan Dalam

E-Pembelajaran 20

3.1 Prosedur Kajian 37

Page 16: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

xv

SENARAI SINGKATAN

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

CD - Compact Disc

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LCD - Liquid Crystal Display

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri

PKG - Pusat Kegiatan Guru

PPBK - Pengajaran Dan Pengajaran Berbantukan Komputer

PPSMI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

Page 17: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal-selidik Kajian

B Surat Pengesahan Borang Soalselidik

C Surat Memohon Mendapatkan Maklumat

D Surat Kelulusan EPRD

E Surat Kebenaran JPN

F Kebolehpercayaan Kajian Rintis

Page 18: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diperkenalkan

kepada guru-guru di sekolah dalam bentuk software mahupun dalam bentuk

hardware untuk membantu mereka dalam proses P & P. Pada tahun 1998, Bahagian

Teknologi Pendidikan [BTP] bersama dengan rangkaiannya Pusat Sumber

Pendidikan Negeri [PSPN] dan Pusat Kegiatan Guru [PKG] telah membangunkan

perisian kursus pendidikan yang berteraskan ‘resource base’, bersifat mesra

pengguna dan interaktif, serta mempunyai elemen penggayaan dan pemulihan.

Tujuan utama perisian dihasilkan adalah untuk memberi kaedah tambahan (selain

media cetak, audio dan video) kepada pelajar-pelajar dalam memperolehi

pengetahuan dan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk multimedia

interaktif.

Walaubagaimanapun, menurut satu kajian yang dibuat mendapati hanya

beberapa peratus sahaja guru yang menggunakan CD perisian tersebut dalam proses

P&P mereka. Hal ini sedikit sebanyak dilihat sebagai satu pembaziran kerana pihak

kementerian telah mengeluarkan perbelanjaan bagi menghasilkan CD tersebut tetapi

tidak digunakan sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan ini

adalah untuk mengetahui penggunaan terhadap perisian-perisian yang telah

dibekalkan oleh kementerian kepada para guru dalam proses P&P mereka. Justeru,

dengan adanya kajian ini, kita dapat mengetahui sedikit sebanyak halangan yang

Page 19: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

2

menyebabkan mengapa mereka kurang menggunakan CD kursus perisian yang

dibekalkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran dahulu, kebanyakan

para guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu menggunakan

kaedah “Chalk and Talk” di mana guru secara keseluruhannya menjadi pengajar

kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis. Ini kerana kaedah ini mudah

dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama oleh guru tersebut.

Namun begitu, bagi pelajar suasana pembelajaran sebegini membuatkan

mereka bosan dan jemu kerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru

sahaja yang mengemukakan kandungan dan pelajar hanya mendengar serta

suasananya yang statik dan sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan

minat pelajar-pelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran itu berkurangan.

Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi P&P yang mampu menarik minat

pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses P&P.

Maka, kini seiring dengan perkembangan teknologi, proses P&P juga telah

mencapai kemodenan di mana Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK) telah diperkenalkan. Dengan wujudnya penggunaan komputer, maka pada

tahun 1998, BTP bersama dengan rangkaiannya PSPN dan PKG telah

membangunkan perisian kursus pendidikan yang berteraskan ’resource base’,

bersifat mesra pengguna dan interaktif, serta mempunyai elemen penggayaan dan

pemulihan.

Tujuan utama perisian dihasilkan adalah untuk memberi kaedah tambahan

(selain media cetak, audio dan video) kepada pelajar-pelajar dalam memperolehi

pengetahuan dan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk multimedia

interaktif. Liputan mata pelajaran terdiri dari Sains, Matematik, Bahasa Inggeris,

Page 20: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

3

Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam, Kajian Tempatan, Sejarah, Geografi dan

Kemahiran Hidup. Sehingga tahun 2004, sejumlah 233 judul perisian terbitan Sektor

Pelbagai Media Pendidikan, BTP telah diterbit dan diedarkan ke seluruh negara.

Namun, kemudahan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan guru.

Perkara ini dilihat dari aspek kurangnya penggunaan perisian PPBK yang

dibekalkan. Satu kajian yang dibuat oleh Unit Pembangunan Penyelidikan dan

Penilaian Bahagian Teknologi Pendidikan pada tahun 2001 ke atas penggunaan

perisian di sekolah-sekolah KDP (sekolah-sekolah yang melaksanakan program

Komputer Dalam Pendidikan) didapati hanya 9.67% penggunaan perisian kursus

dalam kalangan guru-guru di sekolah. Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada

5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP.

Dapatan hasil kajian mendapati bahawa 39.3% pelajar menggunakannya sebagai

pembelajaran kendiri. Guru-guru pula sebanyak 66.9% menggunakannya sebagai

bahan pemulihan.

Sekiranya CD perisian kursus ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya, maka

pembaziran juga akan turut berlaku. Hal ini kerana pihak kementerian telah

mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar bagi membeli peralatan komputer dan

menghasilkan bahan-bahan tersebut. Semasa bajet 2003 yang dibentangkan oleh

Perdana Menteri Ke-4, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memperuntukkan

RM978.7 juta untuk tujuan pembekalan peralatan ICT ke sekolah-sekolah. Selain

itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah hampir RM5 bilion dalam

tempoh tujuh tahun bermula 2002 hingga 2008 bagi melaksanakan dasar ini. Hal

inilah yang menyebabkan kerugian bagi beberapa pihak, antaranya pihak

kementerian pendidikan dan pelajar. Bagi para pelajar, mereka sepatutnya

berpeluang memperolehi kefahaman yang lebih berkesan sekiranya proses PPBK

kerap diamalkan.

Oleh itu, adalah perlu para guru di sekolah memanfaatkan segala bahan yang

telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran ini sekaligus dapat mengurangkan

pembaziran dan hak pelajar agar memperolehi P&P yang berkesan di sekolah.

Page 21: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

4

1.3 Penyataaan Masalah

Pada masa kini, PPBK yang disediakan oleh pihak BTP, Kementerian

Pelajaran Malaysia [KPM] masih kurang digunakan secara optimum oleh guru-guru

di sekolah, terutamanya dalam kalangan guru matapelajaran selain Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris [PPSMI] khususnya

Kemahiran Hidup. Walaupun pelbagai kemudahan dan prasarana diberikan kepada

guru-guru, masih lagi terdapat rungutan dan permasalahan dalam penggunaan PPBK

dalam P&P di bilik darjah. Justeru itu, penyelidik ingin mengkaji penggunaan CD

perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh pihak kementerian pelajaran semasa

proses P&P dijalankan dalam kalangan guru Kemahiran Hidup. Dalam kajian ini,

penyelidik ingin mengetahui kekerapan penggunaan CD perisian kursus pendidikan,

mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru tersebut terhadap penggunaan CD

perisisan kursus pendidikan dalam P&P dan persepsi guru terhadap penggunaan CD

perisian kursus dalam P&P.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah mengenal pasti :

i) kekerapan penggunaan CD perisian kursus pendidikan dalam

kalangan guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah

ii) halangan yang dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup dalam

penggunaan CD perisian kursus pendidikan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran

iii) persepsi guru Kemahiran Hidup terhadap penggunaan CD perisian

kursus pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Page 22: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

5

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa persoalan yang

menjadi asas kajian:

i. Apakah kekerapan penggunaan CD perisian kursus pendidikan dalam kalangan

guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah?

ii. Apakah halangan yang dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup dalam penggunaan

CD perisian kursus pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

iii. Apakah persepsi guru Kemahiran Hidup terhadap penggunaan CD perisian

kursus pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat kerana mempunyai beberapa kepentingannya terhadap pihak

yang terlibat, antaranya ialah:

i. Kementerian Pelajaran Malaysia

Kajian ini akan membuat penilaian terhadap penggunaan CD perisian kursus

pendidikan yang telah diedarkan oleh pihak KPM dalam guru Kemahiran Hidup

dari sudut kekerapan penggunaan, halangan dan persepsi. Hasil kajian ini akan

menyumbang maklumat kepada Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia

tentang kekerapan, halangan dan persepsi dalam menggunakan CD perisian

kursus pendidikan dalam kalangan guru Kemahiran Hidup. Maklumat ini akan

membantu pihak berkenaan dalam membuat perancangan dan strategi untuk

menambahbaik sekiranya terdapat masalah yang dihadapi bagi mencapai objektif

PBK yang lebih berkesan. Tambahan pula, PBK telah lama diterapkan oleh guru

PPMSI khususnya dan ia perlulah dipraktikkan oleh semua guru.

Page 23: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

6

Untuk menjayakan usaha ini, kajian yang mendalam, menyeluruh dan teliti

dapat dijalankan untuk mengkaji keberkesanan pendekatan ini dan

memperbaikinya jika perlu. Walaupun ia telah lama dikenalkan di sekolah,

namun ia tidak begitu popular dan ia memerlukan kajian berterusan serta

penglibatan aktif semua pihak untuk meningkatkan lagi mutu P&P di negara kita.

ii. Guru

Hasil kajian mampu membekalkan hasil penyelidikan kepada guru khasnya

Kemahiran Hidup dalam merancang strategi yang terbaik untuk menerapkan

penggunaan CD perisian kursus pendidikan dalam proses pengajaran mereka.

Hasil kajian ini diharapkan akan membantu guru memanfaatkan kemajuan dalam

teknologi perkomputeran bagi melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka

dengan lebih licin dan berkesan, dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dengan kemudahan yang telah disediakan.

iii. Pelajar-pelajar

Kajian ini juga bertujuan dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang

kepentingan dan keperluan sekiranya P&P dijalankan dengan bantuan komputer.

Sekiranya mereka didedahkan dengan kewujudan alat bantu mengajar yang lebih

mudah difahami dan lebih jelas ini, maka proses pembelajaran mereka juga

mungkin lebih bermutu.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini adalah terbatas kepada beberapa perkara

seperti berikut:

a) Terbatas kepada persoalan kajian sahaja.

Page 24: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

7

b) Terbatas kepada sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai.

c) Menggunakan borang soal-selidik yang akan disediakan berdasarkan aspek

bimbingan pensyarah ke atas guru-guru terhadap penggunaan CD perisian

kursus pendidikan.

d) Kejituan kajian adalah bergantung kepada kejujuran guru yang menjawab

soalan soal-selidik dengan jujur.

1.8 Definisi Istilah/Operational

a. CD

Dipetik dari wikipedia.org, cakera padat (bahasa Inggeris: compact disc atau CD)

adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada

asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. Ia adalah antara alat yang

menggabungkan pelbagai elemen media iaitu grafik (gambar), animasi (gambar

yang bergerak), audio (suara), video (gambar dan suara) dan teks (tulisan).

Dalam kajian ini, CD merujuk kepada cakera padat iaitu alat bantu mengajar

digunakan dalam proses P&P dalam kalangan guru Kemahiran Hidup. CD ini

telah dibekalkan oleh KPM ke setiap sekolah kerajaan di Malaysia.

b. Perisian kursus pendidikan

Perisian kursus pendidikan ialah bahan atau modul pembelajan yang dihasilkan

menggunakan program komputer tertentu. Pada masa kini ia telah dihasilkan

dalam bentuk CD dan DVD agar mudah digunakan oleh guru dan pelajar.

(Bahagian Teknologi Pendidikan, 1977)

Page 25: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

8

Dalam kajian ini, perisian kursus pendidikan adalah modul Kemahiran Hidup

yang dibangunkan oleh BTP mengikut silibus matapelajaran setiap tingkatan

dan disimpan dalam bentuk CD.

c. Guru

Mengikut wikipedia.org, guru ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik,

Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan

seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Guru juga merupakan istilah yang

digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang.

Istilah guru yang digunakan dalam kajian adalah responden yang terdiri daripada

guru yang mengajar Kemahiran Hidup di sekolah menengah di kawasan Skudai.

d. Kekerapan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kekerapan ditakrifkan sebagai keadaan

kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan. Kamus Pelajar Edisi Kedua pula

menyatakan kekerapan adalah keadaan kerap; kerapnya berlaku sesuatu yg

berulang-ulang.

Dalam kajian ini pula, kekerapan merujuk kepada kekerapan penggunaan CD

perisian kurus pendidikan oleh guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah

kawasan Skudai.

e. Halangan

Kamus Dewan Edisi Tiga mentakrifkan halangan sebagai aral, gangguan,

rintangan, tegahan.

Page 26: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

9

Dalam kajian ini, halangan merujuk kepada rintangan/kekangan dalam

penggunaan CD perisian kurus pendidikan. Sebanyak sembilan halangan yang

telah dinyatakan dalam kajian ini.

f. Persepsi

Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan persepsi sebagai gambaran atau

bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi

pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan tanggapannya

terhadap alam dan kehidupan. Persepsi juga membawa maksud mempersepsi

membuat gambaran (bayangan) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu.

Dalam kajian ini, persepsi adalah pandangan guru Kemahiran Hidup terhadap

penggunaan CD perisian kursus pendidikan. Beberapa persepsi yang sesuai

telah disenaraikan dalam borang soal selidik kajian.

g. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran

atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang

dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.

Dalam kajian ini, PPBK merujuk kepada kaedah pengajaran menggunakan CD

perisian kursus pendidikan oleh guru dengan bantuan komputer. Antara

peralatan lain yang diperlukan dalam kaedah ini adalah LCD projector, skrin

dan pembesar suara.

Page 27: KAJIAN PENGGUNAAN CD PERISIAN KURSUS ......Dan Kajian Tinjauan telah dilaksanakan pada 5 Disember 2003 bagi mengenalpasti status penggunaan perisian CDRI terbitan BTP. Dapatan hasil

10

1.9 Penutup

Bab ini telah membincangkan pengenalan kajian, latar belakang kajian,

pernyataan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian

dan definisi konsep. Di dalam bab ini telah diterangkan secara ringkas isi kandungan

untuk kajian ini. Keterangan yang lebih lanjut akan dibincangkan dalam Bab dua

hingga Bab lima.