penggunaan tv pendidikan dalam pengajaran dan … · tv - televisyen tvp - televisyen pendidikan...

24
PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU DI EMPAT BUAH SEKOLAH BESTARI DI NEGERI JOHOR FATIMAH SYAHIDA BINTI JUSOH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hathu

Post on 08-Apr-2019

295 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU DI EMPAT BUAH

SEKOLAH BESTARI DI NEGERI JOHOR

FATIMAH SYAHIDA BINTI JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama
Page 3: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama
Page 4: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

i

PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU DI EMPAT BUAH

SEKOLAH BESTARI DI NEGERI JOHOR

FATIMAH SYAHIDA BINTI JUSOH

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

ii

“Saya akui karya ini “Penggunaan TV Pendidikan dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Kalangan Guru-Guru Di Empat Buah Sekolah Bestari Di Negeri

Johor” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Penulis : FATIMAH SYAHIDA BINTI JUSOH Tarikh : 24 APRIL 2006

Page 6: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

iii

Ingatan kasih sayang buat ayahanda,

Jusoh Bin Ngah

Dan bonda

Hasemah Binti Mamat

Yang sentiasa di ingatan

Serta

Adik-beradikku yang dikasihi, Ahmad Tarmizi, Fatimah Noor Suhada dan Nurul ‘Izzati

Jasa dan pengorbananmu dikenang.

Page 7: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya, dapat saya menyiapkan projek Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Encik Johari Hassan selaku penyelia projek ini terhadap bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga, di atas kerjasama dan bantuan yang di berikan oleh pihak sekolah yang terlibat dalam kajian ini.

Seterusnya pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak

memberikan bantuan dan galakan serta mencurahkan ilmunya. Jasa dan budi baik kalian amat di hargai. Terima kasih tidak terhingga juga buat ahli keluargaku yang banyak memberikan sokongan dan dorongan. Jasa dan pengorbananmu sentiasa dikenang.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidik ini. Akhir kata segala kelemahan adalah dari saya sendiri dan segala kebaikan

datangnya dari Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.

Page 8: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

v

ABSTRAK

Kepentingan penggunaan bahan Teknologi Pendidikan bagi menambahkan

keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dinafikan lagi.

Maka, kajian ini di jalankan untuk meninjau, sejauhmanakah penggunaan TV

Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru di

empat buah Sekolah Bestari di negeri Johor. Kajian ini tertumpu kepada kekerapan

penggunaan, persepsi dan sikap serta masalah yang dihadapi dalam menggunakan

TV Pendidikan. Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan

kepada seramai 160 orang responden. Manakala persampelan adalah berbentuk

rawak bertujuan Data-data ini di analisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package For Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Analisis data dilakukan dengan

menggunakan kaedah deskriptif iaitu berbentuk skor min dan frekuensi. Hasil kajian

menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan dan kaedah penggunaan TV

Pendidikan adalah di tahap yang rendah. Manakala persepsi dan masalah guru-guru

terhadap TV Pendidikan adalah di tahap sederhana. Oleh yang demikian beberapa

cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi minat dalam penggunaan TV

Pendidikan secara lebih sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 9: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

vi

Abstract As technology in education has the ability to enhance the effectiveness of

teaching and learning processes cannot be denied nowadays. The purpose of this

research was to identify the usage of Educational Television in teaching and learning

process among teachers at four ‘Sekolah Bestari’ in the state of Johor. Aspects of

interest were the usage level, the perception and attitudes towardof Educational

television and the problem. The instrument of the research was in the form of

questionnaire which was distributed to 160 randomly selected respondents. Data

collected was analyzed using SPSS (Statistical Package for the Social Sciences)

version 11.5. The data was processed and presented using descriptive statistic; mean

score, and standard deviation. The results of this study showed the low level of

usage.. The main problem faced was lack of exposure of Educational Television.

Aspects of interest were the usage level the perception and attitudes towards

Educational Television and the problem arose. Thus, a number of suggestions have

been posed in this research to further increase the interest in the usage of Educational

Television usage for teaching and learning.

Page 10: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

Page 11: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 TV Pendidikan 9

1.8.2 Penggunaan 9

1.8.3 Guru 10

1.8.4 Pengajaran dan pembelajaran 10

1.8.5 Sekolah 10

1.8.6 Sekolah Bestari 11

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Penggunaan TV Pendidikan 13

2.3 Sekolah Bestari 16

2.4 Persepsi Atau Sikap Guru Terhadap TV Pendidikan 18

2.5 Permasalah Dan Isu Terhadap TV Pendidikan 19

2.6 Penutup 21

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 23

Page 12: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

ix

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Tempat Kajian 24

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 24

3.5 Instrumen Kajian 25

3.6 Kandungan Soal Selidik 25

3.7 Kajian Rintis 27

3.8 Prosedur Kajian 28

3.7 Penganalisaan Data 29

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 32

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 32

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 33

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Sesi Pengajaran 34

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 34

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 35

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Jawatan 35

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Penggunaan 36

ASTRO-Rumah

4.2.9 Taburan Responden Yang Menonton TV Pendidikan 37

4.3 Persoalan Kajian 37

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 37

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 40

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 43

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 46

Page 13: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

x

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.1.1 Latar Belakang Responden 51

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 52

5.2.1 Kekerapan Penggunaan TV Pendidikan 52

Di Kalangan Responden

5.2.2 Cara Penggunaan TV Pendidikan Di Kalangan 53

Responden

5.2.3 Persepsi Responden Terhadap TV Pendidikan 53

5.2.4 Masalah Dalam Penggunaan TV Pendidikan 54

Di Kalangan Responden

5.3 Rumusan 55

5.4 Cadangan 56

5.4.1 Guru 57

5.4.2 Pihak Sekolah 58

5.4.3 Bahagian Teknologi Pendidikan 59

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60

5.6 Penutup 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN 64

Page 14: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Jadual Pemerolehan Pengetahuan Berdasarkan Deria 2

3.0 Jadual Krejcie dan Morgan 25

3.1 Item Soal Selidik 26

3.3 Item Negatif Dan Positif 26

3.3 Skala Likert 26

3.4 Skala Likert Bagi Kekerapan 27

3.5 Nilai Skala Likert 27

3.6 Analisis Kebolehpercayaan Soal Selidik 28

3.7 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 30

3.8 Jadual Tahap Penilaian Berdasarkan Min. 30

4.1 Taburan kekerapan dan peratus mengikut jantina 32

4.2 Taburan kekerapan dan peratus mengikut Kaum 33

4.3 Taburan kekerapan dan peratus mengikut Umur 33

4.4 Taburan kekerapan dan peratus mengikut Sesi Pengajaran 34

4.5 Taburan kekerapan dan peratus mengikut kelulusan 34

akademik tertinggi

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut pengalaman 35

mengajar

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut Jawatan 36

4.8 Taburan Mengikut Pemilikan Rangkaian ASTRO Di Rumah 36

4.9 Taburan kekerapan dan peratus responden yang pernah 37

mengikuti Menonton TV Pendidikan Di Rumah

4.10 Taburan Kekerapan Penggunaan TV Pendidikan 39

4.11 Taburan Peratusan dan Kekerapan mengenai Tahap 40

Kekerapan Penggunaan TV Pendidikan

Page 15: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

xii

4.12 Taburan Kaedah Penggunaan TV Pendidikan 42

4.13 Taburan Peratusan Dan Kekerapan Mengenai Tahap Cara 43

Penggunaan TV Pendidikan

4.14 Taburan Persepsi Terhadap TV Pendidikan 45

4.15 Taburan Peratusan kekerapan Mengenai Tahap 46

Persepsi Terhadap TV Pendidikan

4.16 Taburan Masalah Di Hadapi 48

4.17 Taburan Peratusan kekerapan Mengenai Tahap 49

Masalah Di Hadapi

4.18 Masalah Mengikut Nilai Min 50

Page 16: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

xiii

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

TV - Televisyen

TVP - Televisyen Pendidikan

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama Malaysia

VHS Pita Rakaman

MSC Koridor Raya Multimedia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pengajian Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

KP - Kurang Pasti

TS - Tidak Setuju

S - Setuju -

K - Kerap

SK - Sangat Kerap

Page 17: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Borang Soal Selidik 64

B Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia 72

C Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor 74

D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 75

E Data Kajian Rintis SPSS versi 11.5 76

Page 18: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Salah

satu faktor ke arah menjadikan sebuah negara maju adalah dengan perkembangan

sains dan teknologi yang pesat. Justeru itu, penguasaan sains dan teknologi di

sekolah perlu dipertingkatkan. Suasana pengajaran dan pembelajaran ke arah sains

dan teknologi perlu diperkayakan dengan menggunakan pelbagai media pendidikan.

Kementerian Pendidikan telah menjalankan pelbagai usaha dalam mengembangkan

dan meluaskan media dan teknologi bagi tujuan pendidikan. Tidak boleh dinafikan

bahawa potensi bagi memperkukuhkan lagi usaha-usaha dalam bidang pendidikan di

negara kita amatlah baik.

Penggunaan Teknologi Pendidikan juga memberi cabaran dan tanggungjawab

kepada semua yang berkenaan dalam bidang pendidikan termasuklah guru-guru.

Pengembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran perlu dalam menghadapi

cabaran-cabaran yang di lalui dengan menggunakan teknologi yang ada seluas-

luasnya bagi membantu mempertingkatkan dan memperbaiki mutu pendidikan di

negara ini dalam melahirkan generasi para pelajar sekarang yang akan menghadapi

dan mengharungi cabaran dalam perkembangan sains dan teknologi menjelang abad

ke-21 yang akan datang.

Page 19: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

2

Ini bertepatan dengan matlamat Sekolah Bestari yang menggunakan

teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran dalam bidang sains dan

teknologi di samping menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat

untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat. Kementeriaan Pendidikan telah

merancang program latihan untuk guru-guru Sekolah Bestari terutamanya dalam

penggunaan Teknologi Pendidikan. Menurut pengarah Bahagian Pendidikan Guru

(PBG) kementerian, Ahmad Mohanad Said (1999), sebanyak 18 institusi perguruan

seluruh negara telah dipetanggungjawabkan untuk melatih guru yang sedia ada

dalam melaksanakan program Sekolah Bestari. Ini adalah kerana budaya pengajaran

dan pembelajaran di sekolah Bestari adalah berbeza berbanding sekolah biasa. Oleh

itu persediaan guru-guru dalam perlaksanaan Sekolah Bestari sangat penting.

Perkembangan teknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam

bidang pendidikan selain daripada bidang perniagaan dan bidang-bidang lain. Sistem

komunikasi adalah alat yang penting untuk menyebarkan maklumat dan sebagai alat

manusia berhubung. Sistem yang digunakan secara meluas untuk meyampaikan

maklumat adalah dengan menggunakan radio dan televisyen. Jika dibandingkan

penggunaan televisyen yang digunakan dalam pengajaran adalah lebih kurang sama.

Namun, televisyen boleh memberi kesan yang lebih baik kepada pelajar kerana dapat

menggunakan kedua-dua deria iaitu penglihatan dan pendengaran. Penggunaan

kedua-kedua pancaindera mata dan telinga menerusi penglihatan dan pendengaran

boleh menguatkan lagi keupayaan seseorang pelajar itu memahami konsep

pembelajaran yang di pelajari. Menurut penyelidikan yang telah dijalankan oleh ahli-

ahli psikologi berhubung kadar pengetahuan yang diperolehi berdasarkan

pancaindera yang digunakan adalah seperti berikut :

Jadual 1.1 : Pemerolehan Pengetahuan Berdasarkan Deria Deria yang di gunakan Kadar Pemerolehan Pengetahuan

Penglihatan 83.0%

Pendengaran 11.0%

Bau 3.5%

Sentuhan 1..5%

Rasa 1.0%

Page 20: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

3

Konsep televisyen sebagai medium multimedia dan bersifat interaktif adalah

suatu cabaran kerana teknologi televisyen bukan bergantung kepada pantasnya

berlaku perubahan, tetapi adalah menghasilkan program yang dapat menarik

perhatian penonton terhadap kekuatan persembahannya. Ini amat penting

terutamanya dalam menghasilkan program yang berkaitan dengan TV Pendidikan.

Objektif penghasilan TV Pendidikan adalah bagi menggariskan kepentingan

teknologi dalam pembangunan pendidikan di antara guru dengan pelajar dan juga

bagi memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kreativiti dan

inovatif dengan menggunakan pelbagai media dan teknologi. Keberkesanan

pengajaran menggunakan TV Pendidikan adalah banyak bergantung kepada

kreativiti guru yang mengajar. TV Pendidikan dapat menimbulkan motivasi pelajar

dalam pembelajaran, jika guru memainkan peranannya dengan baik. TV Pendidikan

tidak akan berfungsi dengan sempurna tanpa persediaan guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya faham bahawa TV Pendidikan tidak

akan menggantikan peranannya tetapi hanya membantu guru dalam mewujudkan

proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan disamping menarik minat

pelajar terhadap pembelajaran. Menerusi televisyen pengajaran yang di sampaikan

dengan penerangan dan contoh-contoh yang konkrit seperti gambar-gambar yang

sebenar diiringi dengan muzik atau kesan serta lakonan dapat menarik minat pelajar

dan mendorong mereka untuk belajar serta lebih bermotivasi dalam pembelajaran.

Pada 19hb Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di

Semenanjung Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin

Dato' Hussein Perdana Menteri pada ketika itu. Perlancaran Pekhidmatan TV

Pendidikan telah melahirkan Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di negara kita. TV

Pendidikan adalah salah satu projek perkembangan pendidikan bagi sekolah rendah

dan menengah terutama sekali dalam matapelajaran bahasa, sains dan matematik.

Perkhidmatan TV Pendidikan telah dapat menyampaikan rancangannya kepada 215

buah sekolah rendah dan 265 buah sekolah menengah. Pada peringkat awal, Sabah

dan Sarawak tidak termasuk dan projek perkhidmatan TV Pendidikan kerana pada

ketika itu sistem penyiaran kebangsaan masih belum diperluaskan ke sana.

Page 21: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

4

Selama 28 tahun TV Pendidikan disiarkan melalui saluran TV2 , pada tahun

2000, BTP menempa sejarah apabila TV Pendidikan disiarkan melalui satelit

ASTRO. Pemancaran rancangan TV Pendidikan di ASTRO memang ada nilai

tambahnya terutamanya kepada pelajar bukan sahaja tentang ilmu yang terdapat

dalam kandungan kurikulum, malah dapat menambah ilmu pengetahuan dengan

menonton rancangan-rancangan berunsur pendidikan seperti National Geography,

Discovery dan rancangan Animal Planet. Dalam pengajaran, guru sebagai sumber

maklumat

1.2 Latar Belakang Masalah

Program TV Pendidikan telah menelan berjuta-juta ringgit setiap tahun.

Namun demikian adakah objektifnya tercapai dengan sekolah-sekolah

memanfaatkannya ataupun tidak menggunakan langsung kemudahan berkenaan.

Sejak TV Pendidikan bertukar tangan daripada siaran melalui TV2 RTM kepada

siaran telelevisyen melalui satelit iaitu ASTRO pada awal tahun 2000, kerajaan telah

membayar 20 juta untuk perkhidmatan tersebut. Kerajaan juga telah membelanjakan

kira-kira RM14.25 seminggu untuk setiap sekolah bagi melanggan ASTRO, atau

kira-kira RM5 juta setahun.

Menurut laporan Auditor General (2003), bahawa kebanyakkan sekolah tidak

memanfaatkan program TV Pendidikan kerana pelbagai punca. Antaranya ialah

kegagalan fungsi teknikal peralatan sehinggalah percanggahan waktu dalam jadual

persekolahan. Manakala Mattox (1974), menunjukkan sikap malas guru membawa

kesan terhadap penggunaan teknologi pendidikan termasuklah TV pendidikan adalah

kerana guru menghadapi tekanan daripada pihak atasan dan kurang sokongan.

Arnove (1976) pula, menjelaskan bahawa guru-guru sendiri yang bersikap negatif

terhadap teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

Blondin (1996) mendapati bahawa salah satu faktor penghalang penggunaan

teknologi pendidikan ialah kekurangan kemahiran di kalangan guru-guru. Sifat tidak

mengetahui dan kekurangan latihan biasanya disuarakan oleh guru-guru sebagai

Page 22: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

5

sebab mengapa teknologi pendidikan kurang digunakan. Adakah faktor-faktor ini

menjadi menyebabkan penggunaan TV Pendidikan tidak mendapat sambutan.

1.3 Penyataan Masalah

Antara keistimewaan Sekolah Bestari adalah sekolah yang menggunakan

teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran dalam bidang sains dan

teknologi dalam menghadapi cabaran era teknologi maklumat. Namun demikian,

sejauh manakah pengggunaan teknologi tersebut di Sekolah Bestari.

Di samping itu, di kebanyakkan sekolah, penyediaan televisyen dan

rangkaian ASTRO sudah tidak asing lagi. Apatah lagi di Sekolah Bestari. TV

Pendidikan merupakan salah satu ransangan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran berbanding dengan kaedah pengajaran tradisi. Televisyen yang

menyedikan visual-visual bergerak yang boleh menarik minat pelajar untuk

memfokuskan kepada pembelajaran. Dengan ini visual-visual konkrit yang

menggambarkan keadaan dunia sebenar dapat memberikan pengalaman yang konkrit

kepada pelajar dalam pembelajaran. Tetapi sejauh manakah aplikasi TV Pendidikan

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian penyelidikan media

teknologi juga mendapati bahawa pembelajaran adalah melalui 83 peratus melalui

penglihatan, 11 peratus melalui pendengaran, 3.5 peratus melalui hidu, 1.5 peratus

melalui sentuhan dan satu peratus melalui rasa.

Terdapat pelbagai jenis teknologi telekomunikasi di kalangan masyarakat kita

yang digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain,

namun bagaimanakah penggunaannya dalam bidang pendidikan. Di sekolah,

terutamanya guru memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan pendekatan-

pendekatan teknologi dalam pengajaran mereka. Lazimnya mereka berpuashati

dengan penggunaan kaedah tradisional iaitu dengan menggunakan kapur dan cakap

sahaja yang telah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kemampuan dan pentingnya

teknologi terutamanya dalam bidang pendidikan masih belum dihayati dan diketahui

Page 23: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

6

sepenuhnya oleh guru-guru. Dengan penyediaan kemudahan tidak memadai, jika

tidak diaplikasikan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh

guru-guru dan juga pihak pengurusan. Oleh itu, adakah sikap atau persepsi guru-guru

itu sendiri yang menyababkan TV Pendidikan tidak di gunakan sepenuhnya di

sekolah.

Selain itu, masalah umum yang di hadapi oleh sekolah tentang penggunaan

rancangan-rancangan TV pendidikan ialah penyelarasan jadual waktu TV Pendidikan

dengan jadual waktu sekolah. Walaupun terdapat siaran ulangan pada pukul 1.00

petang hingga 5 petang, namun ia juga bergantung kepada sesi persekolahan dan

kepadatan jadual waktu matapelajaran. Manakala, rancangan asalnya pula pada pukul

9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Perancangan yang lebih teliti perlu dibuat dalam

menyelaraskan jadual waktu sekolah dengan jadual waktu TV Pendidikan. Masalah

sebeginikah yang boleh menyebabkan TV Pendidikan kurang mendapat sambutan di

sekolah.

Di samping itu, penggunaan Teknologi Pendidikan untuk menambah nilai

kepada sesuatu bahan sumber memerlukan kemahiran dan latihan. Oleh itu,adakah

dari sifat tidak mengetahui dan kekurangan latihan di kalangan guru-guru juga

merupakan faktor mengapa teknologi pendidikan kurang digunakan di sekolah. Ini

mungkin juga di sebabkan oleh sikap guru itu sendiri yang fobia untuk menggunakan

teknologi pendidikan yang disediakan. Ataupun mungkin, kandungan yang terdapat

dalam TV Pendidikan yang tidak menyokong kehendak pedagogi yang boleh

menyebabkan juga TV Pendidikan kurang di minati oleh guru-guru.

Page 24: PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN … · TV - Televisyen TVP - Televisyen Pendidikan BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan ASTRO Jenama Pengendali Televisyen Satelit pertama

7

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang akan dikaji ialah:

1. Sejauh manakah penggunaan TV Pendidikan oleh guru-guru.

2. Bagaimanakah persepsi guru-guru terhadap TV Pendidikan.

3. Adakah TV Pendidikan banyak membantu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

4. Apakah permasalahan yang dihadapi dalam penggunaan TV Pendidikan

1.4 Objektif Kajian

Daripada persoalan kajian, maka objektif kajian adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti kekerapan TV Pendidikan digunakan di kalangan guru-guru di

Sekolah Bestari.

2. Mengenalpasti cara penggunaan TV Pendidikan yang digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap penggunaan TV Pendidikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Mengenalpasti masalah yang di hadapi dalam penggunaan TV Pendidikan.