kesan penggunaan perisian kursus pengajian … fileabstrak kajian ini dijalankan bertujuan untuk...

24
KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL TERHADAP GAYA PENGAJARAN GURU KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI TERENGGANU NORHANIS BINTI JAMALUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhhanh

Post on 17-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN

KEJURUTERAAN MEKANIKAL TERHADAP GAYA PENGAJARAN

GURU KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK DI TERENGGANU

NORHANIS BINTI JAMALUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang
Page 3: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang
Page 4: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang
Page 5: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

ii

Page 6: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ma yang tersayang…dan semua ahli keluaraga saya terutama

along, aidi dan nisah

”..Terima kasih di atas segala pengorbanan yang diberikan.

Nasihat, sokongan dan dorongan yang tidak terhingga...”

Page 7: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

iv

PENGHARGAAN

Dengan syukurnya, Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Kesan Penggunaan Perisian

Kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Terhadap Gaya Pengajaran Guru Kejururteraan

Mekanikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Terengganu” telah berjaya disiapkan dalam

tempoh masa yang ditentukan.

Tanpa sokongan dan bantuan daripada insan-insan di sekeliling yang tidak jemu-jemu

memberikan kritikan, idea dan semangat bantuan, yakni projek ini tidak mungkin dapat

dijalankan dengan lancar. Justeru itu, jutaan terima kasih dirakamkan kepada penyelia projek

sarjana muda iaitu Dr. Hajjah Norani Bt Mohd Noor yang telah banyak memberi semangat dan

sokongan.

Tidak lupa juga merakamkan penghargaan ini kepada semua teman seperjuangan,

Fairus, ahli keluarga dan rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan dan nasihat di

dalam menyiapkan projek ini.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian di dunia dan di akhirat.

Terima kasih.

Page 8: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian

kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang telah dibekalkan oleh

Jabatan Pendidikan Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia (JPTek, KPM) terhadap

gaya pengajaran yang digunakan oleh guru Kejuruteraan Mekanikal semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu kajian ini dijalankan untuk melihat

faktor yang mendorong keberkesanan penggunaan perisian kursus PKM dan faktor

penggalak guru menggunakan perisian kursus PKM semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Data diambil dengan menggunakan borang soal selidik sebagai

instrument kajian. Seramai 5 orang guru dari SMT Dungun dan 5 guru dari SMT

Terengganu dijadikan sebagai sampel. Maklum balas yang diperolehi menerusi

borang soal selidik dan dianalisis dalam bentuk skor min, peratusan dan kekerapan

dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) Version 15.0

for Windows. Kajian rintis telah dijalankan ke atas guru PKM di SMT Batu Pahat

dan SMT Kluang. Nilai kebolehpercayaan instrumen yang diperolehi adalah

α=0.98. Dapatan kajian menunjukkan aspek pelajar merupakan faktor yang

mendorong keberkesanan penggunaan perisian kursus PKM dengan nilai min

tertinggi 2.30 (tahap sederhana). Bagi gaya pengajaran pula, gaya wibawa formal

dan delegator menjadi pilihan utama guru dengan nilai min masing-masing 2.90

(tahap tinggi) manakala bagi faktor penggalak guru, faktor diri sendiri dan perisian

kursus menjadi faktor penggalak utama guru menggunakan perisiaan kursus PKM.

Nilai min masing-masing adalah 2.90 (tahap tinggi). Beberapa cadangan

dikemukakan untuk bakal guru teknikal dan pihak JPTek, KPM seperti

penambahbaikan perisian kursus untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanannya

serta gaya pengajaran berbentuk wibawa formal dan delegator patut menjadi pilihan

semasa menggunakan perisian kursus PKM dalam proses P&P.

Page 9: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

vi

ABSTRACT

This research is carried out to identify the teaching style that being used by

the mechanical engineering teacher when using the software of mechanical

engineering studies (MES) which has been given by the Department of Technical

Education, Ministry Of Education Malaysia. Beside that, the other purposes of this

study is to identify the factor that actuate the effectiveness of using this software and

the encourage factor for the teacher to keep using the software in teaching and

learning process. Questionnaire was used as an instrumental research. 5

respondents from SMT Dungun and 5 respondents from SMT Terengganu have been

chosen as the sample of the study. Feedback from the questionnaire was analyzed in

Frequency, Percentage and Mean Score by using the Statistical Package for Social

Science (SPSS) Version 15.0 for Windows. Pioneer research was conducted at SMT

Batu Pahat and SMT Kluang involving mechanical engineering teacher to test the

reliability of the questionnaire. Value of alpha cronbach is α=0.98. The finding

indicate that the student aspect was the main factor that contributed to the

effectiveness of using the MES software with the highest mean value 2.30

(abstemious level). Furthermore the teacher frequently used the formal authority

style and delegator style when using the MES software with the mean value 2.90

(high level) for each style while the encourage factors that contributed to the

frequently of using MES software were the individual (self) factor together with the

software factor. The mean value for each factors is 2.90 (high level). A couple of

suggestion was prepared to be use by the new technical teacher and the JPTek, KPM

such as addition making to the MES software to increase the effectiveness of its used

and the formal authority style and delegator style should be priority option when

using MES software in teaching and learning process.

Page 10: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

SINGKATAN

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

Page 11: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

viii

1.9 Definisi Istilah 10

1.10 Rumusan 12

2 KAJIAN LITERATUR 13

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Pengajaran Dan Pembelajaran 16

2.3 Gaya Pengajaran 17

2.4 Konsep Dan Definisi Modul 25

2.4.1 Kepentingan Pengajaran Dan 26

Pembelajaran Bermodul

2.4.2 Kebaikan Kepada Pendidik 26

2.5 Pengajaran Berbantu Komputer Dan

Keberkesanannya 28

2.6 Rumusan 33

3 METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pendahuluan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Populasi Dan Sampel 36

3.4 Sumber Data 37

3.5 Instrumen Kajian 37

3.6 Penilaian Instrumen 41

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Pengumpulan Data 43

3.9 Penganalisisan Data 44

3.10 Prosedur Kajian 45

3.11 Rumusan 46

Page 12: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

ix

4 ANALISA DATA 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Kajian 49

4.3 Demografi Responden 52

4.4 Keberkesanan Penggunaan Perisian Kursus

PKM Dalam P&P 56

4.5 Kelaziman Gaya Pengajaran Guru Semasa

Menggunakan Perisian Kursus PKM 62

4.6 Faktor Penggalak Guru Menggunakan Perisian

Kursus Semasa Proses P&P 75

4.7 Rumusan 82

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN 83

5.1 Pengenalan 83

5.2 Rumusan 83

5.3 Perbincangan 85

5.3.1 Kadar Kekerapan Penggunaan Perisian

Kursus PKM 85

5.3.2 Keberkesanan Penggunaan Perisian Kursus

PKM Dalam Proses P&P 86

5.3.3 Kelaziman Gaya Pengajaran Guru Yang

Diamalkan Semasa Proses P&P 87

5.3.4 Faktor Penggalak Guru Menggunakan

Perisian Kursus PKM Semasa Proses P&P 90

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian 91

5.5 Cadangan 93

BIBLIOGRAFI 94

LAMPIRAN A – D 100-104

Page 13: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Gaya Pengajaran Guru 23

2.2 Kerangka Konsep Gaya Pengajaran olahan dari

Grasha (1996) 34

3.1 Jumlah Populasi Dan Sampel Kajian Mengikut SMT 36

3.2 Pembahagian Item Mengikut Aspek Keberkesanan

Penggunaan Perisian Kursus PKM Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran 38

3.3 Pembahagian Item Mengikut Gaya Pengajaran Guru

Semasa Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 38

3.4 Pembahagian Item Mengikut Faktor Penggalak Guru

Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran 39

3.5 Skala Likert Yang Digunakan Dalam Borang Soal

Selidik Untuk Bahagian B Dan D 39

3.6 Skala Likert Yang Digunakan Dalam Borang Soal

Selidik Untuk Bahagian C 40

3.7 Pengkelasan Analisis Skala Ordinal 5 Mata Kepada

3 Mata 41

3.8 Pekali Alpha Cronbach 43

3.9 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Skor Min 44

3.10 Kelas Pemusatan Yang Digunakan 45

Page 14: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

xi

4.1 Pengkelasan Analisis Skala Likert 5 Mata Kepada

3 Mata 51

4.2 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Skor Min 51

4.3 Demografi Jantina 52

4.4 Demografi Keturunan 53

4.5 Demografi Umur 53

4.6 Demografi Pengalaman Mengajar 54

4.7 Demografi Kekerapan Penggunaan Perisian Kursus PKM 55

4.8 Analisis Respon Guru Terhadap Keberkesanan

Penggunaan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P

Bagi Aspek Perisian Kursus Mengikut Kekerapan,

Peratusan Dan Min 56

4.9 Analisis Respon Guru Terhadap Keberkesanan

Penggunaan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P Bagi

Aspek Pelajar Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min 58

4.10 Analisis Respon Guru Terhadap Keberkesanan Penggunaan

Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P Bagi Aspek Guru

Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan Min 60

4.11 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa

Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P

Menurut Gaya Pakar Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min 64

4.12 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa

Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P

Menurut Gaya Wibawa Formal Mengikut Kekerapan,

Peratusan Dan Min 67

4.13 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa

Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P

Menurut Gaya Model Peribadi Mengikut Kekerapan,

Peratusan Dan Min 69

Page 15: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

xii

4.14 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa

Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P

Menurut Gaya Fasilitator Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min 71

4.15 Analisis Respon Terhadap Gaya Pengajaran Guru Semasa

Menggunakan Perisian Kursus PKM Dalam Proses P&P

Menurut Gaya Delegator Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min 73

4.16 Gaya Pengajaran Yang Lazim Digunakan 74

4.17 Analisis Respon Terhadap Faktor Penggalak Guru

Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses P&P

Menurut Aspek Pentadbiran Mengikut Kekerapan,

Peratusan Dan Min 76

4.18 Analisis Respon Terhadap Faktor Penggalak Guru

Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses P&P

Menurut Aspek Diri Sendiri Mengikut Kekerapan,

Peratusan Dan Min 78

4.19 Analisis Respon Terhadap Faktor Penggalak Guru

Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses P&P

Menurut Aspek Perisian Kursus Mengikut Kekerapan,

Peratusan Dan Min 79

4.20 Analisis Respon Terhadap Faktor Penggalak Guru

Menggunakan Perisisan Kursus PKM Dalam Proses P&P

Menurut Aspek Pelajar Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min 80

4.21 Faktor Penggalak Guru Menggunakan Perisian Kursus 81

Page 16: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

xiii

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Langkah-langkah Pelaksanaan Kajian 47

Page 17: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Jadual Krejie Morgan 100

B Kesahan Pakar 101

C Borang Soal Selidik 102

D Surat Kebenaran 103

Page 18: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

xv

SENARAI SINGKATAN

PKM : Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

JPTek : Jabatan Pendidikan Teknikal

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P : Pengajaran Dan Pembelajaran

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

Page 19: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pengajaran merupakan proses yang penuh cabaran bagi seseorang guru. Tugas

pengajar ialah mendidik dan membentuk dari segi kebolehan kognitif, afektif, dan

psikomotor. Pelajar yang diajar oleh guru adalah berbeza kebolehan intelek, kesediaan

emosi, kebolehan fizikalnya. Kemahiran dan kaedah tertentu yang digunakan dalam

pengajaran belum pasti sesuai bagi kesemua pelajar di dalam kelas.

Tidak terdapat pendekatan yang terbaik untuk sesuatu keadaan dan situasi

tersebut. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan guru, pelajar, persekitaran dan

bahan yang digunakan. Masalah dan isu yang wujud berkaitan kefahaman,

perlaksanaan dan sokongan pelbagai pihak yang terlibat harus diteliti dan diatasi.

Pengetahuan yang luas dan kefahaman semua pihak terlibat adalah penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

2

Guru perlu menguasai prinsip pengajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan

dengan baik dan memudahkan pelajar memahami perkara yang disampaikan (Esah

Sulaiman, 2004). Untuk memudahkan pengajaran difahami, guru perlu memulakan

pengajaran dengan mengutarakan konsep atau idea yang lebih dekat dengan kehidupan

pelajar, diikuti dengan idea yang lebih sukar atau abstrak.

Dunne (dalam Bannett dan Carre, 1993) dalam kajian yang dijalankan olehnya

menjelaskan bahawa gaya pengajaran merupakan cara atau teknik seseorang guru

dalam menyampaikan isi pengajaran mereka. Gaya pengajaran adalah berkaitan

dengan penyampaian, interaksi dan ciri-ciri personaliti guru. Selain itu, Dunne

menjelaskan bahawa gaya pengajaran adalah penting kerana memberi kesan terhadap

pengajaran yang akan disampaikan.

Guru perlu menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk pelajarnya.

Strategi ini melibatkan kemahiran memilih, merancang, menyusun dan mengurus

kaedah dan teknik mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi

tujuan mencapai objektif pelajaran secara optimum (Ee Ah Meng, 1997).

Guru boleh menggunakan pelbagai gaya dalam proses P&P. Gaya yang

dipraktikkan dalam menggunakan modul merupakan sesuatu yang baru. Proses

pengajaran dan pembelajaran tradisional perlu disokong oleh bahan multimedia atau

elektronik yang menggunakan teknologi komputer dan komunikasi (Yusup Hashim,

2000).

Page 21: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Mengikut artikel dalam laman web rasmi Jabatan Pendidikan Teknikal,

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris adalah selari dengan pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Melalui

Kertas Taklimat Jemaah Menteri bertarikh 19 Julai 2002 telah menyebut bahawa mata

pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah adalah merangkumi semua mata

pelajaran Sains Tulen, Matematik, Teknikal dan Teknologi Maklumat.

Berdasarkan keputusan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan

Matematik untuk Tahun Satu (1), Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Enam (6) Rendah

bermula pada tahun 2003, maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal dalam Bahasa Inggeris bagi pelajar tingkatan

4 adalah pada tahun 2006.

Jabatan Pendidikan Teknikal telah melaksanakan beberapa sesi latihan

kemahiran penterjemahan kepada guru-guru. Latihan ini telah dijalankan pada tahun

2004 bagi melatih guru dalam membuat penterjemahan rancangan pengajaran serta

bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada beberapa temubual ringkas yang di buat oleh penyelidik

(Fairus, 2006) terhadap beberapa orang guru Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan

pelajar Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di beberapa buah sekolah menengah teknik,

penyelidik mendapati pelajar seronok belajar dengan penggunaan perisian kursus tetapi

kadangkala memerlukan penjelasan yang lebih jelas daripada guru kerana isi

kandungan perisian kursus bagi sesetengah topik kurang lengkap. Selain itu, terdapat

Page 22: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

4

juga beberapa permasalahan seperti guru terpaksa menggunakan masa yang lebih untuk

membuat penerangan dalam Bahasa Melayu kerana kadangkala pelajar kurang

memahami pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Terdapat juga sesetengah pelajar tidak

suka penggunaan perisian kursus dijalankan sepanjang masa sebaliknya lebih gemar

penggunaan corak pengajaran secara konvensional. Ini kerana mereka gemar menyalin

nota di papan putih.

Menurut En. Mohd Noh Bin Sarip, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional SMT

Batu Pahat memberitahu bahawa Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek), Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah membekalkan perisian kursus kepada setiap SMT di

seluruh Malaysia bermula dari tahun 2006. Beliau menyatakan gaya pengajaran guru

berubah apabila perisian kursus yang dibekalkan digunakan secara menyeluruh.

Menurut temubual yang dijalankan oleh pengkaji kebanyakkan guru-guru mampu

menggunakan perisian kursus yang dibekalkan tetapi gaya yang digunakan adalah

terpulang kepada pengalaman dan cara guru tersebut mengajar (Fairus, 2006)

Perisian kursus ini juga merupakan satu bentuk bahan bantu mengajar yang juga

berkonsepkan modul pengajaran berbantukan komputer yang baru diperkenalkan untuk

mata pelajaran teknikal teras. Selain menggunakaan perisian Microsoft Power Point

sebagai asas paparan untuk semua isi pengajaran dan pembelajaran, perisian kursus ini

juga mengandungi unsur interaktif dan animasi grafik.

Selain itu menurut Kamaruzaman (1995) terdapat beberapa faktor yang

mempengaruhi penggunaan bahan bantu mengajar ini seperti faktor jantina,

pengalaman mengajar, kelulusan ikhtisas dan beberapa faktor lain. Kajian yang dibuat

oleh Mohamed Najib (1990) mendapati guru wanita lebih kerap menggunakan media

elaktronik manakala kajian yang dibuat oleh Aziz (1993) menyatakan sebaliknya.

Namun begitu dari segi pengalaman mengajar pula didapati semakin lama tempoh

Page 23: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

5

pengalaman semakin kurang penggunaan bahan bantu mengajar ini. Hal ini mungkin

disebabkan timbul perasaan jemu dan guru mengalami ‘burn-out’.

Menurut Shafie Mohd Daud (1990) pula beban tugas dan pentadbiran

merupakan dua faktor yang mempengaruhi penggunaan media teknologi di beberapa

buah sekolah di Kedah. Selain itu menurut Nur Dzainuddin (dalam Abdul Aziz, 1993)

terdapat beberapa masalah penggunaan bahan bantu mengajar ini seperti sikap guru

yang malas, pengaruh kawan, sikap pengetua atau pentadbir.

Ini menimbulkan persoalan sama ada gaya pengajaran manakah yang sesuai

diterapkan apabila penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

digunakan secara seragam dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara

kita di mana kepentingan inti pati pengajaran dan pembelajaran amat di titikberatkan.

Oleh itu penyelidik mengambil inisiatif ini untuk mengkaji keberkesanan

penggunaan perisian kursus PKM yang dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal,

Kementerian Pelajaran Malaysia (JPTek, KPM), gaya pengajaran manakah yang

bersesuian digunakan bersama penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal di sekolah menengah teknik khasnya dan faktor penggalak guru

menggunakan perisian kursus ini.

Page 24: KESAN PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PENGAJIAN … fileABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang

6

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelidik ingin menjalankan kajian berhubung kesan penggunaan perisian

kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal terhadap gaya pengajaran guru-guru

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Dungun dan Sekolah

Menengah Teknik Terengganu di Terengganu sebagai satu inisiatif dalam mencari

alternatif gaya pengajaran yang bersesuaian dengan penggunaan perisian kursus

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk :

i. Mengenalpasti faktor yang mendorong keberkesanan penggunaan

perisian kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dalam proses P&P.

ii. Mengenalpasti gaya pengajaran guru Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal semasa penggunaan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal dalam proses P&P.

iii. Mengenalpasti faktor penggalak guru Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal menggunakan perisian kursus Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal dalam proses P&P.