tatbahasa blog

13
KATA NAMA Kata nama ialah perkataan yang digunakan untuk mena makan manusia , haiwan, benda, tumbuhan dan tempat. Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata nama yang digunakan untuk menamakan benda, haiwan, tempat dan tumbuhan secara umum. Ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat. Contoh; Kata nama yang digunakan untuk menamakan benda, haiwan, manusia, tempat dan tumbuhan secara khas. Ditulis dengan huruf besar. Contoh: Benda Bakul, buku, bola, beg, lampu, kipas Benda Citizen, Pensonic, Proton Saga Haiwan ayam, itik, burung, harimau, cacing Haiwan Sang Kancil, Si Comel, sang Rangkak Manusia guru, polis, datuk, doktor, ibu Manusia Abang Halim, Ismail, Cikgu Za rina Tempat padang, kelas, kantin, kedai, pantai Tempat Kampung Siantan, Taman Harmoni Tumbuhan Bunga, keledek, rumput, serai, halia Tumbuhan Hibiscus Rosa Sinensis (bunga raya) KATA GANTI NAMA DIRI Digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata Ganti Nama Diri Pertama Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap. Sayadigunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua, teman-teman dan orang yang baru dikenali. Contoh; 1. “Ibu, saya suka makan pudding ini,” kata Ayu kepada ibunya.  

Upload: zayati-omar

Post on 04-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 1/12

KATA NAMA

Kata nama ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan manusia, haiwan,

benda, tumbuhan dan tempat.

Kata Nama Am Kata Nama Khas

Kata nama yang digunakan untuk

menamakan benda, haiwan, tempat dan

tumbuhan secara umum.

Ditulis dengan huruf kecil kecuali pada

awal ayat.

Contoh;

Kata nama yang digunakan untuk

menamakan benda, haiwan, manusia,

tempat dan tumbuhan secara khas.

Ditulis dengan huruf besar.

Contoh:

Benda

Bakul, buku, bola, beg, lampu, kipas

Benda

Citizen, Pensonic, Proton Saga

Haiwan

ayam, itik, burung, harimau, cacing

Haiwan

Sang Kancil, Si Comel, sang Rangkak

Manusia

guru, polis, datuk, doktor, ibu

Manusia

Abang Halim, Ismail, Cikgu Zarina

Tempat

padang, kelas, kantin, kedai, pantai

Tempat

Kampung Siantan, Taman Harmoni

Tumbuhan

Bunga, keledek, rumput, serai, halia

Tumbuhan

Hibiscus Rosa Sinensis (bunga raya)

KATA GANTI NAMA DIRI

Digunakan untuk menggantikan nama orang.

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap.

„Saya‟ digunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua, teman-teman dan

orang yang baru dikenali.

Contoh;

1.  “Ibu, saya suka makan pudding ini,” kata Ayu kepada ibunya. 

Page 2: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 2/12

2.  ”Siti, saya hendak pergi ke perpustakaan,” kata Siva. 

„Kami‟ digunakan untuk merujuk diri sendiri dan rakan-rakan.

Contoh:

1.  “Saya dan Siti hendak pergi ke kantin. Kami hendak membeli makanan danminuman,” kata Ayu kepada Salmi.

2.  Kami berasa bangga kerana dapat belajar di sekolah ini.

„Kita‟ digunakan untuk merujuk diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap.

Contoh:

1.  Kita perlu berbaik-baik dengan jiran tetangga.

2.  Kita perlu mengambil makanan yang berkhasiat. 

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUADigunakan untuk menggantikan nama orang yang dilawan bercakap.

„Awak‟ digunakan untuk merujuk diri orang yang kedua yang rapat hubungannya

dengan kita.

Contoh:

1.  “Awak seorang rakan yang sangat baik,” kata Abu kepada Ali. 

„Kamu‟ digunakan untuk merujuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan

kita tetapi lebih halus daripada „awak‟. Contoh:

“Kamu perlu melintas jalan menggunakan jejantas,” kata Cikgu Ali kepada Ramli. 

KATA KERJA

Kata yang menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh manusia, binatang atau

benda.

Contoh:

duduk, berjalan, berlari, makan, tidur, menyanyi.

Ayat contoh:

1.  Abu berehat sambil membaca buku di bawah pokok.

Page 3: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 3/12

2.  Pak Abu menternak ayam dan itik.

KATA ADJEKTIF

Kata yang digunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau

frasa nama.

KATA ADJEKTIF WARNA

Kata yang digunakan untuk menerangkan warna seperti merah, biru, hiaju dan

kuning

Contoh:1.  Hijau, kuning dan merah ialah warna yang ada pada lamu isyarat.

2.  Darah berwarna merah.

KATA HUBUNG

Kata yang digunakan untuk menghubungkan ayat.

Contoh: dan, atau, tetapi, kerana

dan menambahkan subjek atau prediket dalam ayat 

atau menunjukkan sesuatu pilihan 

kerana menunjukkan sesuatu sebab 

tetapi menunjukkan makna yang berlawanan 

Contoh:

1.  Siti hendak makan nasi lemak dan minum air milo.

2.  Kamu hendak beli beg atau kasut?3.  Zali tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakait perut.

4.  Jasni hendak memetik buah jambu tetapi tiada galah.

Page 4: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 4/12

KATA TANYA

Kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.

apa digunakan untuk menanyakan benda, tempat dan binatang.

siapa digunakan untuk menanyakan orang.

Contoh:

1.  Kamu suka makan apa?

2.  Kereta ini milik siapa?

IMBUHAN

Imbuhan ialah penambahan pada kata dasar hingga menyebabkan perubahan makna

pada kata dasar tersebut.

Imbuhan Awalan Imbuhan Akhiran

Imbuhan meN, peN- dan beR- ialah

imbuhan awalan.

Imbuhan awalan dicantumkan pada

hadapan kata dasar.

Imbuhan –kan

Lepaskan, masukkan, belikan

Contoh:

Imbuhan meN-

Membalas, membeli, menjual

Imbuhan –an

mainan, makanan, minuman

Imbuhan peN-

penternak, penjual, pembeli

Imbuhan –i

Hormati, miliki, sayangi

Imbuhan beR-bekerja, berbaju, berbuah, berdaun

Page 5: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 5/12

AYAT 

Ayat dasar ialah ayat yang paling ringkas dan paling mudah bentuknya.

Ayat yang mengandungi makna yang lengkap.

POLA AYAT DASAR

Frasa nama (FN) t Frasa nama (FN)

Puan Siti t ibu Nani.

Frasa nama (FN) t Frasa kerja (FK)

Pak Salleh t menternak ikan air tawar.

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu prediket.

Subjek Prediket

Mereka sedang makan.

Ibu menyiram pokok bunga

AYAT MAJMUK

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau prediket.

Ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua atau lebih ayat tunggal.

Ayat-ayat tunggal ini dicantumkan dengan kata hubung seperti dan, atau, kerana,

tetapi.

Contoh:

1.  Mereka hendak memancing udang di dalam kolam.Kolam itu telah tercemar.

Mereka hendak memancing udang di dlam kolam tetapi kolam itu telah

tercemar.

Page 6: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 6/12

Latihan 1: Kata Nama Am

Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul.

komputer polis buku kasut

baju pensel batu kucing

1.  Anggota ________________ sedang melakukan rondaan di kawasan

perumahan itu.

2.  Melalui ________________ saya boleh melayari internet.

3.  Ibu sedang menjahit ___________ sekolah saya.

4.  ____________ latihan saya sudah dihantar kepada Cikgu Ali.

5. 

Saya membasuh ________________ sekolah pada hujung minggu.6.  Saya menulis menggunakan ___________________ .

7.  Ayah membela tiga ekor _____________________ .

8.  Kaki adik luka kerana tersepak ________________ .

Latihan 2: Kata Nama Am

Kelaskan kata nama am mengikut kumpulan yang betul.

singa betik ular hakim

meja buku pisang topi

lembu polis jambu batu guru

manusia benda

1. 1.

2. 2.

3. 3.

haiwan buah-buahan

1. 1.2. 2.

3 3.

Page 7: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 7/12

Latihan 3: Kata Nama Khas

Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul.

Restoran Budi Taman Cempaka Si Comel

Sekolah Kebangsaan Setia Datuk Sheikh Muzaffar Januari

1.   __________________________ merupakan seorang angkasawan negara.

2.  Nama kucing saya ________________________ .

3.  Saya dan keluarga menjamu selera di ___________________________ .

4.  Saya dilahirkan dalam bulan ________________ .

5.  Saya bersekolah di __________________________________________.

6. 

Saya tinggal di _______________________________ bersama keluargasaya.

Latihan 4: Kata Nama Khas

Bulatkan kata nama khas dalam rajah di bawah.

Menara Kuala Lumpur lampu Puan Aini

bendera kucing Kampung Pandan

Jalur Gemilang kereta Proton City

komputer Citizen Proton Saga

Page 8: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 8/12

Latihan 5 : Kata Ganti Diri

Gariskan jawapan yang betul.

1.  (Dia, Aku ) adik saya.

2.  Itu kantin sekolah (saya, kamu).

3.  (Mereka, Aku) guru di sekolah ini.

4.  (Saya, Kamu) sudah makan?

5.  Saya Sonn Kitt. (Saya, Kami) suka membaca buku.

6.  Saya suka makan durian. (Kamu, Kami) suka makan apa?

7.  Ali, Raju dan Karim sedang bermain bola di padang. (Mereka, Kamu) bermain

semasa hujan turun.

8.  “Saya dan Suzana hendak ke kantin. (Mereka, Kami) hendak membeli

makanan,” kata Ayu kepada Kamal.

9.  Nama kawan baik saya Razif. (Dia, Kamu) berasal dari Melaka.

10. Saya dan Kim Kim rakan sekelas. (Mereka, Kami) tinggal di Taman Siantan.

Latihan 6: Kata Kerja

Gariskan jawapan yang betul.

1.  Siti dan Deepa berkawan baik.2.  Kucing itu tidur di bawah kerusi.

3.  Adik menangis di dalam buaian.

4.  Aliff bermain di padang.

5.  Gadis itu tersenyum manis.

6.  Selvam terjatuh ke dalam longkang.

7.  Johan tidak hadir ke sekolah.

8.  Beca itu beroda tiga.

9.  Hobi datuk berkebun.10. Kereta api itu bergerak di atas landasan.

Page 9: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 9/12

Latihan 7: Kata Adjektif

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1.  Daun itu berwarna ______________.

2.  Rambut kakak berwarna __________________ dan lebat.

3.  Saya memakai baju sekolah berwarna _______________.

4.  Kulit gadis itu _________________.

5.  Bunga ros yang berwarna _______________ itu sangat wangi.

6.  Daun kering berwarna _________________ itu jatuh berguguran.

7.  Datuk membeli sebuah kereta berwarna _____________.

8.  Beg sekolah saya cantik dan berwarna _____________.

9.  Sebagai seorang pengawas sekolah saya memakai kasut berwarna ________.

10. Baju yang berwarna _____________ itu pilihan hati ibu.

Latihan 8: Kata Hubung

Lengkap ayat di bawah dengan kata hubung yang diberi.

dan atau kerana tetapi

1.  Nama kucing saya Comel. Comel kecil ____________ lincah.

2.  Kucing saya suka makan ikan _________ minum susu.

3.  Adik saya tidak hadir ke sekolah _____________ demam.

4.  Ayah ___________ ibu pergi ke pasar.

5.  Encik Amri seorang anggota polis ____________ askar?

6.  Badan datuk sakit ____________ penat bekerja.

7.  Abang kamu guru _____________ peguam?.

8.  Datuk menternak ayam ________ itik.9.  Cikgu Talib garang ____________ baik hati.

10. Solehan tidak dapat bermain bola sepak __________ hari hujan.

Page 10: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 10/12

Latihan 9: Kata Tanya

Lengkap ayat di bawah dengan kata tanya yang diberi.

apa siapa

1.  Kamu suka makan _______________ ?

2.  Kereta ini milik __________________?

3.  Nama kucing kamu ________________?

4.  Orang yang memakai baju biru itu __________ ?

5.  Buku ini kepunyaan _______________?6.   ________kah yang dilakukan oleh mereka?

7.  ________kah yang melukis gambar kartun ini ?

8.  ________kah yang menyanyikan lagu itu?

9.  ________kah nama kucing kamu?

10.  ________kah yang dilakukan oleh murid-murid itu?

Latihan 10: Imbuhan Awalan

Berikan imbuhan ber- pada kata yang sesuai dalam ayat di bawah.

1.  Kami _______________ baik.

2.  Kami tidak suka _______________________ .

3.  Setiap petang kami ___________________ bola.

4.  Kain itu sudah ________________ di atas katil.

5.  Datuk saya suka _________________.

Berikan imbuhan men_ pada kata yang sesuai dalam ayat di bawah.

1.  Kakak sedang _________________ adik.

2.  Ait itu sedang _____________________.

3.  Hafiz _____________ tempat pertama dalam pertandingan itu.

4.  Siti ______________ beg yang berat itu.

5.  Abu __________________ bola itu kea rah Samy.

Page 11: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 11/12

Latihan 11: Imbuhan Akhiran

Lengkapkan imbuhan akhiran an-, -kan dan –i pada kata diberi.

Perkataan Imbuhan an- Imbuhan -kan Imbuhan -i

bantu bantuan - -mula - mulakan mulai 

lompat

tunjuk

lawat

didik

bersih

sayang

latih

selamat

lalu

lukis

Latihan 12:Imbuhan

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang sesuai.

1.  “Cikgu yang paling saya ____________ ialah Cikgu Mimi,” kata Julia. 2.  “ ___________ buku latihan di atas meja saya,” kata Cikgu Razman. 

3.  Kami akan ke ____________ itu esok.

4.  _________________ itu selamatt untuk dimakan.

5.  Jasa guru tidak dapat saya _________________.

6.  ____________ kita menyakiti hati ibu dan bapa.

7.  Salmi sedang _______________ bajunya yang koyak itu.

8.  Devi ________________ buku-buku di dalam rak buku.

9.  Suraya _________________ neneknya menganyak ketupat.10. Dali _____________________ pokok bunga di hadapan rumahnya.

11. Pokok manga itu sudah ___________________.

12.  _______________________ itu sangat cantik

Page 12: Tatbahasa Blog

7/30/2019 Tatbahasa Blog

http://slidepdf.com/reader/full/tatbahasa-blog 12/12

Latihan 13: Ayat

Bina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi.

1.  beg

 __________________________________________________ .

2.  pensel

 __________________________________________________.

3.  pembaris

 __________________________________________________.

4.  pemadan

 __________________________________________________.

5.  pengorek

 __________________________________________________.

Latihan 14: Ayat

Suaikan.

1.  Ibu saya rumah banglo.

2.  Nama murid itu Ahmad.

3.  Rumah itu suri rumah.

4.  Baju ini murid Tahun Satu Kreatif.

5.  Balqis baju hujan.