strategi blog berpengaruh

18
Strategi Membina Blog Berpengaruh Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 1

Upload: educattic-mind

Post on 22-Jun-2015

352 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Ketahui bagaimana untuk menulis blog yang berpengaruh dan bagaimana untuk menghalang writer's block daripada berlaku dan belajar bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda.

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 1

Page 2: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 2

Strategi Membina

Blog Berpengaruh

Page 3: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 3

Kandungan

Prakata

Bahagian 1 : Penulis Menulis

Bab 1 Penulis Harus Unik

Bab 2 Writer’s Block : Mitos atau Realiti?

Bab 3 : Jenis-jenis Penulisan Informasi

Bahagian 2 : Teknik Penulisan Berpengaruh

Bab 4 Kuasai Fakta dan Figur

Bab 5 Rahsia Mendapatkan Informasi Unik

Bab 6 Penulisan Blog Berpengaruh

Bahagian 3 : Reka Letak Blog

Bab 7 Jangan Guna Blog Murahan

Bab 8 Maksimakan Ruangan ‘About’

Bab 9 Tabiat Pembaca Generasi Baru

Bab 10 Kuasa Pengaruh Terletak Pada Simplicity

Biodata Penulis

Page 4: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 4

Prakata

Puji dan syukur kepada Tuhan yang Maha Pemurah. Dia yang memberikan

ilham, serta memberikan semangat dalam setiap patah perkataan, sehinggalah

terhasilnya ebook ini.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak Educattic, atas jasa baik

mereka untuk menerbitkan ebook ini. Tanpa bantuan mereka, maka ilmu ini tidak akan

dapat dikongsi dengan para pembaca yang budiman.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penulis bersama, Cik Norakmal

Jasni yang sudi bergabung tenaga dan ilmu, bagi mempersembahkan karya ini, agar

dapat membantu para pembaca membina pengaruh yang lebih meluas, melalui blog.

Lihat sendiri betapa pentingnya menjadi individu berpengaruh. Ia dapat

mencerminkan kredibiliti kita sebagai individu penting. Dalam masa yang sama, kita

akan mempunyai jumlah pengikut yang ramai, yang sentiasa bersedia untuk

menyokong dan memberi kerjasama terhadap apa yang kita perjuangkan.

Dalam konteks blog, ia merupakan medium social media baru, yang lebih

memudahkan, untuk kita mencapai sasaran prospek bagi membina pengaruh. Lihat

blog UniversitiPTS.com milik Puan Ainon Mohd, dan Che Det milik Dr Mahathir.

Kedua-dua blog tempatan ini merupakan contoh terbaik, bagi membuktikan

bahawa blog mempunyai kuasa, untuk membina pengaruh yang lebih meluas.

Menjadi individu berpengaruh tidak memerlukan kita menjadi seorang yang tinggi

darjatnya. Cukup dengan apa yang kita perjuangkan, dan bagaimana perjuangan

tersebut dapat dimanfaatkan oleh orang sekeliling kita.

Dalam ebook ini, kita bukan sahaja akan ditunjukkan strategi dan tip, bagi

membina blog berpengaruh, dari fasa permulaan sehingga akhir. Malah langkah

praktikal juga disediakan, supaya ia dapat memotivasikan para pembaca untuk terus

bertindak, tanpa sebarang keraguan.

Semoga ebook ini akan menjadi panduan harian kita semua, bagi membina

sebuah blog yang mempunyai pengikut tersendiri, dan meningkat dari semasa ke

semasa. Dalam masa yang sama, mencerminkan diri kita sebagai seorang pemimpin,

dan individu yang dihormati.

Akhir sekali, untuk ayah dan ibu tercinta, Tuan Azizan bin Zakaria dan Puan

Rosilawati binti Darus, mereka ini adalah insan terbaik yang telah dikurniakan oleh

tuhan. Sentiasa menyokong dan tidak pernah kenal erti penat, bagi mendidik anak

Page 5: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 5

supaya menjadi individu yang lebih baik. Tanpa mereka, kita tidak akan mempunyai

peluang untuk berjumpa hari ini.

Aqif Azizan

www.majalahniaga.com

Malina J

www.educatticmind.com

Page 6: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 6

Bahagian 1

Penulis Menulis

Page 7: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 7

Bab 1

Penulis Harus Unik

Perkembangan teknologi memberi kesan kepada perkembangan industri

informasi, termasuklah ebook. Semakin hari, semakin ramai penulis yang muncul di

dunia internet. Ada yang menulis untuk tujuan perniagaan, peribadi dan lain-lain. Ada

juga penulis blog yang menawarkan perkhidmatan ghost writer, guess blogger.

Blog juga seperti perniagaan. Ada perniagaan yang kekal lama dalam industri,

ada juga yang gulung tikar di pertengahan jalan. Blog juga ada yang kekal lama dalam

industri, ada juga yang hilang di pertengahan jalan.

Tinjauan penulis mendapati terdapat beberapa perkara yang menjadi faktor yang

menyokong kelangsungan sesuatu blog itu. Antaranya termasuklah gaya penulisan

dalam blog terbabit.

Informasi Sama Merentas Blog

Kemasukan data yang banyak menyebabkan data yang berlegar dalam dunia

blog itu serupa sahaja. Blog A menulis perkara yang serupa dengan blog B. Begitu juga

lingkungan blog-blog yang lain.

Untuk menghasilkan blog yang berpengaruh, kita perlu menyuntik sesuatu yang

luar biasa supaya blog kita tampil berbeza berbanding yang lain. Selain daripada isu

umum yang kita tulis, kita juga boleh menggunakan perkembangan kerjaya sendiri

sebagai elemen suntikan dan menjenamakan blog kita.

Pengerusi syarikat PTS Sdn Bhd, Puan Ainon Mohd menulis dalam blog

UniversitiPTS.Com mengenai peri pentingnya para penulis menggunakan blog sebagai

Page 8: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 8

satu medan membina pengaruh. Memandang kerjaya penulis dan bidang penulisan

sebagai satu perniagaan, maka blog digunakan untuk membina pengaruh secara tidak

langsung.

Pada hari ini, CEO Air Asia juga telah mula menggunakan blog peribadi sebagai

satu medium mendekatkan diri dengan pelanggan dan bakal pelanggan syarikat

AirAsia. Laman blog Dato’ Sri Tony Fernandez boleh dilawati melalui

http://tonyfernandesblog.com.

Blog Dato’ Sri Tony Fernandez

Dato’ Sri Tony menggunakan blog untuk berkongsi minat, perkembangan aktiviti

harian, pengalaman, pengetahuan, pengumuman rasmi malahan jawatan kosong di

syarikatnya. Ia mendekatkan lagi pelanggan dengan orang atasan syarikat.

Melalui blog, kita dapat memperkenalkan perniagaan yang kita usahakan,

pertemuan dan miting yang kita hadiri, pelancaran produk-produk terbaru syarikat kita

dan bermacam lagi. Gunakan blog untuk melaporkan perkara luar yang kita lakukan

termasuklah perkembangan terkini secara ringkas mengenai rakan bisnes kita.

Page 9: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 9

Andaikan blog itu sebagai pegawai PR kita, apakah yang seharusnya seorang

PR lakukan dalam membina imej korporat kita? Blog kita perlu kelihatan profesional,

kemas dan padat dengan informasi penting yang berkaitan.

Tanpa kelainan, blog kita tiada bezanya dengan ribuan blog lain dan blog-blog

baru yang tumbuh bagai cendawan setiap hari.

USP Blog Memberi Kelainan Kepada Blog

Dalam dunia penulisan blog, seringkali kita terserempak dengan penulis-penulis

blog yang menulis blog dengan tema yang tidak jauh berbeza dengan kita. Laman-

laman blog baru pula tumbuh bagai cendawan dari masa ke masa. Apakah yang dapat

kita lakukan untuk stand out of the crowd dan tampil lebih baik berbanding yang lain?

Kita boleh memilih untuk menyenaraikan USP blog sendiri untuk tujuan ini. USP

bermaksud Unique Selling Proposition. Sekali lagi, berandaian blog itu sebagai satu

medium perniagaan, USP akan dapat membezakan blog kita dengan blog orang lain.

(contoh)

Bayangkan blog anda berkonsep bisnes, berwarna hitam, putih dan merah, dan

menulis berkenaan bisnes kedai buku. Justeru, semua entri penulisan kelak berkaitan

dengan kedai buku dan tidak lari fokus ke bidang lain.

Dalam jangka masa panjang, kita membina kredibiliti sebagai blog kedai buku

yang bagus dan berpengaruh. Sebagai contoh, blog Amanz.My pula adalah sebuah

blog yang memaparkan informasi teknologi sejak bertahun yang lalu.

Page 10: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 10

Blog Amanz.My

Seandainya blog yang kita ceburi itu sudah tepu dengan pesaing, pertimbangkan

dan fokus kepada empat aspek penting ini untuk memastikan blog kita survive pada

tahun awal :

1. Kemahiran menulis blog yang berpengaruh dan persuasif. Pastikan kita tahu seni

menulis supaya kita dapat menulis entri yang pembaca suka baca. Ia mungkin

merangkumi penggunaan ayat, reaksi kita kepada pembaca dan lain-lain.

2. Elakkan dari menyibukkan diri bersaing dengan penulis blog yang lain. Fokus,

modal dan tenaga kerja yang ada haruslah digunakan untuk menghasilkan blog

yang baik, berpengaruh dan cuba untuk menurunkan kos selenggara. Syarikat

tetap tidak maju-maju..

3. Ketika memilih niche blog, masuklah ke pasaran tradisional kerana banyak

perkara yang dapat kita belajar dari pengusaha blog yang lebih awal. Pasaran

Page 11: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 11

tradisional adalah seperti pasaran bahan bacaan, baju, makanan, rumah dan

lain-lain. Kita belajar dari kesilapan, kekurangan dan strategi kejayaan mereka.

Ambil mana yang berguna kepada kita, praktiskan dan hasilkan blog yang lebih

berpengaruh.

4. Blog adalah ibaratnya satu bentuk perniagaan. Justeru, dalam berniaga,

amalkan etika bisnes yang baik. Jujur, amanah dan mencontohi Nabi

Muhammad. Ini penting.

Ringkasan bab :

1. Gunakan blog untuk memberi perkembangan kerjaya sebagai elemen suntikan

kelainan.

2. Wujudkan USP blog untuk tujuan jangka masa panjang

Page 12: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 12

Bab 2

Writer’s Block : Mitos atau Realiti?

Better to write twaddle, anything, than nothing at all – Anon

Menurut Wikipedia.Com, writer’s block melibatkan situasi penulis gagal

menghasilkan tulisan baru. Hal ini boleh berlanjutan selama beberapa hari, beberapa

bulan dan ada yang memakan masa bertahun-tahun.

Penulis blog juga tidak terlepas daripada perkara seperti ini. Pernahkah

pembaca duduk di hadapan komputer, bersiap sedia untuk menaip entri blog terbaru

tetapi selepas lebih sepuluh minit, masih tidak berjaya menulis walau sepatah

perkataan? Pernahkah pula pembaca menulis tetapi kemudian tersekat pada

Page 13: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 13

pertengahan penulisan, atau tidak dapat mencari kesimpulan yang bersesuaian dengan

kehendak dan objektif penulisan saudara? Inilah yang dinamakan writer’s block.

Walaupun kita seringkali mendengar perihal ini, pernahkah kita terfikir jika

fenomena ini sebenarnya realiti atau mitos semata-mata? Wujud juga pendapat yang

mengatakan bahawa writer’s block hanyalah ciptaan dan tercetus dari minda penulis

semata-mata. Ia terhasil sebagai satu alasan dan akhirnya memerangkap minda

daripada terus menghasilkan kreativiti.

Kesan Pigmalion

Pernahkah pembaca mendengar mengenai Kesan Pigmalion? (Pygmalion

Effect). Menurut sejarah, Pigmalion merupakan nama watak dalam mitos Yunani.

Dalam satu kajian oleh ahli psikologi Robert Rosenthal and Lenore Jacobson,

sekumpulan pelajar yang “lambat berkembang” tetapi diberikan nama murid-murid yang

kononnya kanak-kanak pintar, menerima layanan berbeza daripada guru-guru mereka.

Dalam ujikaji ini, guru-guru tidak mengetahui situasi dan tahap sebenar kanak-kanak itu

dan layanan mereka memberi kesan positif kepada prestasi para pelajar.

Bagaimanakah hal ini terjadi? Menurut penjelasan Puan Ainon Mohd dalam

bukunya Mendorong Diri Sendiri, cara kita berfikir boleh mencipta realiti. Manusia cuma

melihat perkara yang mereka ramalkan dan harapkan, walaupun hal itu bukan realiti.

Contohnya, kita melihat diri sebagai seorang yang gagal bukan kerana kita seorang

yang gagal, tetapi kerana kita melihat diri kita sebagai seorang yang gagal. Cara kita

melihat diri kita itu adalah ramalan kita tentang diri kita sendiri.

Begitu juga halnya dengan penulisan blog. Ramalan kita tentang kemampuan

kita menulis, kapasiti penulisan kita setiap hari, gaya penulisan kita dan idea penulisan

memberi kesan kepada aktiviti menulis kita. Kita mempunyai tanggapan bahawa writer’s

block itu wujud dalam diri setiap penulis, maka ia pastinya juga wujud dalam diri kita.

Kita mempunyai ramalan bahawa kita akan berdepan situasi kebuntuan idea, maka

itulah ramalan kita.

Page 14: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 14

Siri-siri ramalan ini, akan memberi kesan kepada tingkah laku kita. Kita akan

cenderung dan mula bertingkah laku untuk memadankannya dengan ramalan kita itu.

Sebagai contoh, apabila kita duduk di hadapan komputer, kita mula berasa bingung,

fikiran terasa sempit, idea tidak hadir dan jari jemari seakan kaku. Tingkah laku ini

akhirnya kita tafsirkan sebagai writers block (merupakan idea awal kita) dan akhirnya

ramalan kita itu menjadi nyata.

Dapat kita yakini, melalui kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi Robert

Rosenthal and Lenore Jacobson, manusia mempunyai kebolehan untuk membina

ramalan dan menukarkanya menjadi realiti. Justeru, jika kita mahu membina ramalan,

binalah ramalan yang memanfaatkan kita, elakkan ramalan yang membinasakan kita.

Menguruskan Kerja-Kerja Menulis

Dalam usaha membina ramalan-ramalan baru yang memanfaatkan, kita dapat

mengaplikasikan beberapa langkah berikut :

• Mewujudkan waktu prioriti menulis. Walau apa juga tugasan kita setiap hari,

pastikan kita mempunyai waktu prioriti untuk menulis. Kita sering berkata kita

akan menyambung kerja menulis selepas mencuci baju, mengemas rumah dan

menidurkan anak. Kadang, kita juga meramalkan kita akan tertidur selepas

selesai semua kerja itu. Kebiasaannya, yang mana satu yang akan terjadi? Bina

ramalan yang memanfaaatkan seperti ‘saya menulis satu entri setiap hari pada

jam 10 pagi’.

• Meletakkan jumlah halaman wajib tulis setiap hari (KPI). Penulis ebook ini

menetapkan KPI 3 muka surat setiap hari untuk menulis. Dengan adanya KPI

setiap hari, kita lebih berdisiplin dan ramalan seperti ini juga memanfaatkan diri

sendiri.

Page 15: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 15

• Teknik ini kedengaran lucu tetapi ia memberi kebaikan kepada penulis. Jika

perlu, ikatkan kaki kita pada meja dan kerusi, paksa diri sendiri untuk duduk dan

menaip entri blog. Penulis novel romantis Kate Walker menerangkan aktiviti

menulis sebagai BICHOK! - bum in chair, hands on keyboard - dan kekal disana

sehingga kerja penulisan selesai.

• Sekiranya semua teknik di atas tidak dapat kita laksanakan atas kekangan

tertentu, cuba usahakan untuk mendapatkan 10 minit setiap hari. Peruntukan 10

minit untuk menulis untuk memastikan idea penulisan kita kekal segar dalam

ingatan. Setiap daripada kita pasti dapat mencari 10 minit dalam setiap hari.

Jimatkan 5 minit waktu makan dan 5 minit waktu mandi, kita sudah mempunyai

10 minit yang berharga.

Page 16: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 16

Biodata Penulis

Aqif Azizan

Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau

kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network,

sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda.

Mempunyai pengalaman selama 4 tahun dalam pemasaran internet, pengamal

pemikiran lateral, serta sentiasa melakukan kajian mendalam, terhadap dunia

pemasaran offline mahupun online.

Kini fokus beliau adalah untuk membina bisnes informasi, seperti menghasilkan

lebih banyak buku, video, audio dan ebook dalam bidang pemasaran serta komunikasi

jualan.

Beliau boleh dihubungi menerusi 012 252 7909, atau di [email protected].

Malina J

Malina J merupakan seorang penulis sepenuh masa dan pengusaha bisnes

kecil-kecilan. Beliau mempunyai pengalaman selama enam tahun dalam bidang

penulisan dan bisnes internet.

Beliau mempunyai minat dalam bidang penulisan, psikologi dan tingkah laku

pelanggan. Malina J mempunyai latar belakang pendidikan Sarjana Muda Sains

Komputer serta Pendidikan (Matematik).

Page 17: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 17

Produk Terbitan EducatticMind

“Bagaimana Cara Mempromosi Produk, Perkhidmatan

Dan Perniagaan Dengan Cara Mudah, Sambil Memenuhi

Masa Lapang, Secara Santai.”

Klik>> http://www.educatticmind.com/kuasa-forum

Page 18: Strategi blog berpengaruh

Strategi Membina Blog Berpengaruh

Hak Cipta Terpelihara (c) www.EducatticMind.com 18

“Mahukah anda menjana pendapatan pasif pada setiap

bulan dengan hanya menjual ebook secara Online tanpa

perlu bersemuka dengan sesiapa?”

Klik>> http://www.educatticmind.com/ebook-wang

Berminat dan serius untuk menjadi penulis bersama EducatticMind? Hubungi kami

sekarang! http://www.educatticmind.com/hubungi/