blog www.abu-

Download Blog Www.abu-

If you can't read please download the document

Post on 10-Jun-2015

1.518 views

Category:

Documents

68 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ini merupakan copy paste dari blog http://abu-syafiq.blogspot.com/yang berisi bukti-bukti ilmiah (scan kitab dan dokument asli) dalam rangka membongkar kesesatan wahaby (salafy /sunni palsu)Nama: Abu Syafiq Al-Asy'aryPekerjaan: PensyarahPendidikan: Usuluddin Aqidah Wal Falsafah Uni. Al-AzharKepakaran: Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah & Ilmu Hadith

TRANSCRIPT

WAHHABI BUKAN SALAFI !

Hiasan HAKIKAT DAN REALITI MEMBUKTIKAN WAHHABI TIDAK BERMANHAJ AS-SALAF SEBENAR SAMAADA DALAM AQIDAH MAHUPUN SELAINNYA Oleh: Abu Syafiq 006 012 2850578 Saya sering terbaca beberapa tulisan yang menyokong atau yang menentang fahaman Wahhabi. Selalu didapati mereka kurang teliti dalam menjelaskan beberapa perkara khususnya bila menyandarkan nama SALAF itu kepada WAHHABI. Menamakan Wahhabi dengan nama yang seiiring dengan Salafi atau Salaf atau As-Salaf atau Al-Salaf atau Salafiyyah adalah satu kesalahan dari segi makna, istilah, dakwah dan kebenaran. Ditambah lagi tokoh-tokoh agamawan juga menamakan mereka ini (Wahhabi) sebagai Salafi atau yang seiring dengan nama tersebut. Ini semua merupakan satu kesalahan yang perlu diperbetulkan kerana dalam kajian didapati :1- Manhja ulama As-Salaf sebenar iaitu ulama Islam yang hidup dalam lingkungan 300Hijriah adalah Tanzih mensucikan Allah dengan persamaan makhluk. Manakala fahaman Wahhabi menyamakan Allah dengan makhluk. Maka Wahhabi tidak layak dilabelkan sebagai Salafi. 2- Aqidah ulama As-Salaf sebenar pada ayat-ayat mutasyabihat dan hadithhadith mutasyabihat adalah tidak berpegang dengan zahir maknanya tetapi ditolak makna zahirnya dan dinafikan segala perumpaan Allah dengan makhluk. Manakala aqidah Wahhabi adalah berpegang dengan zahir makna ayat-ayat mutasyabihat dan hadith-hadith mutasyabihat yang membawa kepada persamaan Allah dengan makhluk kemudian ditambah lagi Wahhabi menyifatkan Allah dengan seluruh sandaran yang bukan sifat pada hakikatnya. Maka Wahhabi tidak harus dinamakan sebagai As-Salaf. 3- Ulama As-Salaf sebenar adalah ulama Islam yang hidup dalam 3 kurun pertama iaitu ulama yang pernah hidup pada zaman sebelum 300Hijrah. Manakala Wahhabi muncul pada lingkungan 1111Hijrah. Amat jauh perbezaan antara yang benar dan yang batil. Maka Wahhabi tidak boleh dinamakan sebagai Al-Salaf.

4- Dakwah ulama As-Salaf sebenar adalah tidak mengkafirkan umat Islam samaada individu mahupun ramai selagi seseorang itu muslim dan tidak melakukan perkara yang membatalkan keislamannya. Manakala Wahhabi mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam tanpa hak secara umum tanpa had habis dikafirkannya. Maka Wahhabi diharamkan daripada mempergunakan nama Salaf. 5- Feqah ulama Al-Salaf adalah tidak jumud dan tidak sempit serta tidak menghukum amalan umat Islam yang mempunyai dalil sebagai bidah sesat. Manakala Wahhabi berfeqah secara jumud, sempit dan suka menghukum seluruh amalan umat Islam khasnya yang mempunyai dalil sebagai Bidah Sesat dan Syirik. Maka Wahhabi tidak sepatutnya dinamakan sebagai Salafiyyah. Ya memang terdapat beberapa tokoh yang secara tidak langsung menamakan puak Wahhabi ini sebagai Salafi atau yang seiring dengannya. Kemudian berlaku pula tindakan pada orang awam yang tidak mengkaji secara detail mengatakan Wahhabi itu bermanhaj Salafi. Hakikat dan kebenarannya adalah Wahhabi amat berbeza dengan ulama Salaf dengan perbeza yang jelas dan jauh bak langit ketujuh dengan bumi ketujuh. Maka tidak harus, tidak boleh dan haram menyandarkan nama Salafi atau Salaf atau As-Salaf atau Al-Salaf atau Salafiyyah kepada ajaran Wahhabi ini atas sebab yang telah dijelaskan oleh para ulama yang dinotakan di atas tadi. Tetapi nama yang paling sesuai bagi Wahhabi ini adalah Musyabbih, iaitu yang menyamakan Allah dengan makhluk Mukaffir, iaitu yang mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam Mubaddi, iaitu yang suka menghukum bidah ke atas amalan umat Islam yang ada dalil Mujassim, iaitu yang menjisimkan Allah. *Anda mengetahui hakikatnya jangan perdaya orang awam dengan melabelkan golongan Wahhabi ini kepada ulama yang mulia kerana kemulian dan keberkatan tidak wujud dalam kamus Wahhabi! Jika ditanya adakah Wahhabi itu Salafi jawab lah : WAHHABI BUKAN SALAFI WAHHABI ADALAH MUSYABBIH MUKAFFIR MUBADDI MUJASSIM. WAHHABIYAH BUKAN SALAFI TETAPI WAHHABIYAH ADALAH MUSYABBIHAH MUKAFFIRAH MUBADDIAH MUJASSIMAH !

Menyanggah Rasul Dahri Wahhabi Takfiry (1)

Oleh: Ustaz Abu Syafiq 006 012 2850578 RASUL DAHRI MENGUBAH AYAT ALLAH DAN BERDUSTA TERHADAP IMAM ABU HASAN AL-ASYARY Ketahuilah bahawa kitab Al-Ibanah karangan Imam Abu Hasan Al-Asyary telah banyak ditokok tambah isi kandungannya oleh ajaran Hasyawiyyah dan Musytasyriqin. Oleh itu terdapat dalam isi kandungan kitab Al-Ibanah tersebut berbeza-percanggahan antara satu sama dalam kitab yang sama. Ya, kitab Al-Ibanah An Usulid Diyanah sememangnya karangan Imam Agong Imam Abu Hasan Al-Asyary dan beliau pernah mengarangnya tetapi isi kandungannya telah diubah-ditukar oleh musuh-musuh Islam bertujuan menjauhkan kesatuan aqidah umat Islam bahkan naskhah yang asal amat berbeza dengan apa yang tercetak sekarang. Maka sesetengah penulis tidak teliti dan tidak amanah dalam menukilkan sesuatu lantas menyandarkan sesuatu kenyataan itu kepada Imam Abu Hasan Al-Asyary tanpa kajian dan tahqiq. Disamping itu golongan Musyabbihah yang menyamakan Allah dengan makhluk zaman kini mengambil peluang mengunakan teks yang telah diubahubah dan ditokok-tambah itu untuk memenangkan dan menyokong aqidah mereka menyamakan Allah dengan makhluk dan mengkafirkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka. Rasul Dahri Mengubah Ayat Allah Dan Berdusta Ke atas Imam Abu Hasan AlAsyary. Dalam kitabnya berjudul Yang Benar Mazhab Syafie Bukan Wahhabi penulisnya Rasul Dahri telah meletakkan pelbagai kenyataan yang diubah oleh dirinya sendiri samaada pada terjemahan juga pada nukilan bertujuan merialisasikan impian aqidah songsangnya yang menyamakan Allah dengan makhluk dan mendakwa kononnya Allah itu jisim. Antara yang diubah oleh Rasul Dahri dalam kitabnya tersebut adalah firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 16 yang bermaksud: Apakah kamu semua merasa aman terhadap siapa yang dilangit. Perkataan man iaitu siapa dalam ayat tadi bererti malaikat bukan bererti Allah berada dan bertempat dilangit.Tidak. Ia berdasarkan kepada ulama Ahli Hadith yang menjelaskannya iaitu Imam Al-Hafiz Al-Iraqi dalam Amalinya (kitab) bahawa Perkataan siapa pada ayat tersebut bererti malaikat. Begitu juga saya (Abu Syafiq) mendapati Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya turut menjelaskan perkara yang sama bila mentafsirkan ayat tersebut. Sekiranya

ingin dimaksudkan dari perkataan man (siapa) dalam ayat tadi itu adalah Allah maka tidak boleh dikatakan keberadaan Allah itu di langit kerana Allah tidak memerlukan langit tetapi memberi erti kerajaan Allah BUKAN zat Allah. Maha suci Allah dari sifat makhlukNya. Kemudian, yang berada dilangit dan bertempat dilangit bukanlah Allah tetapi para malaikat berdasarkan hadith Nabi bermaksud: Tidaklah di setiap langit itu kecuali pada setiap empat jari terdapat banyak para malaikat melakukan qiyam, rukuk atau sujud . Hadith Riwayat Tirmizi. Ketahuilah bahawa tempat tinggal para malaikat yang mulia adalah di langit pada setiap langit penuh dengan para malaikat manakala bumi terkenal dengan tempat tinggal manusia dan jin. Maha suci Allah dari bertempat samaada di langit mahupun di bumi. Malangnya Rasul Dahri mengubah ayat Allah tersebut sekaligus berdusta ke atas kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asyary, buktinya lihat teks kenyataan Rasul Dahri ketika menukilkan kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asyary tanpa kajian dalam bukunya berjudul Yang Benar Mazhab Syafie Bukan Wahhabi (teks Rasul Dahri) : Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit?.Tamat nukilan dari kenyataan Rasul Dahri. Sanggahan : 1) Ketika Rasul Dahri menukilkan kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asyary dari kitab Al-Ibanah yang telah ditokok tambah isi kandungannya Rasul Dahri telah mengubah firman Allah pada surah Al-Mulk ayat 16 itu. Lihat dan rujuk ayat tersebut dalam al-Quran yang asal tidak terdapat perkataan zat dan tidak terdapat perkataan berada (maujud) tetapi demi merialisasikan impiannya menyebar aqidah Tajsim dan Tashbihnya maka ayat Allah itu diubah dan ditokok-tambah oleh Rasul Dahri dengan perkataan zat sedangkan ia tidak wujud langsung bahkan tiada satupun ulama tafsir mutabar mengatakan sedemikian. 2) Apabila dirujuk kepada kitab Al-Ibanah yang dicetak dalam bahasa arab pula didapati perkataan Zat itu tidak wujud langsung. Lihat bagaimana kitab AlIbanah yang asal telah diubah-ubah kini kitab itu yang mereka ubah sendiri, mereka ubah pula terjemahannya. Menukar-mengubah atas apa yang mereka sendiri ubah-tukar.Subhanallah. Ketahuilah bahawa kitab Al-Ibanah sekarang ini telah banyak diubah-suai isi

kandungannya oleh penjenayah ilmiah seperti Wahhabiyah dan selainnya. Ini hanya secebis antara contoh kitab Al-Ibanah karangan Imam Abu Hasan AlAsyary diputar-belit dan diubah isi kandungannya oleh Musyabbih Mujassim, mereka turut merubah pelbagai isi kandungan kitab-kitab para ulama lain bagi mencapai impian jahat mereka.

Adakah Kenyataan Rasul Dahri Itu Sesat ? Cuba perhatikan apabila Rasul Dahri mengubah ayat al-Quran tadi bertujuan dengan niat jahat iaitu menanamkan rangkaian aqidah Tasybih dan Tajsim kepada pembaca. Fokus saja pada perkataan Zat yang ditokok-tambah olehnya dan dimaksudkan oleh Rasul Dahri dari perkataan Zat itu adalah Jisim Allah ini kerana apabila difokus pada seluruh penulisannya dalam kitab tersebut perkataan ZAT diertikan oleh Rasul Dahri sebagai Jisim. Sedangkan Allah tidak pernah memberitahu diriNya itu adalah Jisim.Maha suci Allah dari sifat berjisim. Seterusnya, bila diamati terdapat kenyataan yang amat jelas menjisimkan Allah dan menyandarkan tempat bagi Allah. Lihat pada kenyataannya yang berada di langit. Bukankah apabila perkataan zat itu disandarkan pada perkataan berada di langit bererti zat itu bertempat ? Ahli Sunnah Wal Jamaah

menafikan tempat bagi Allah termasuk Al-Albani tokoh Wahhabi menafikan tempat bagi Allah dan Al-Albani sendiri sering berkata : Sesungguhnya sesiapa yang mengubah ayat al-Quran maka dia telah terpesong aqidahnya. Tidak harus ke atas umat Islam berkata : zat Allah berada disuatu tempat atau dimanamana tempat kerana Allah wujud