kajian penggunaan blog dalam kalangan pelajar … · kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang...

34
KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOOR FAZLINDA BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangxuyen

Post on 12-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN

PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR FAZLINDA BINTI OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KAJIAN PENGGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN

PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya : NOOR FAZLINDA BINTI OTHMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :LOT 705/37, JLN HAJI MAT ALI DR.DAYANG HJH TIAWA BNTI AWANG HJ HAMID KAMPUNG KUPANG PALAS

21600, MARANG, TERENGGANU

Tarikh : 13 DISEMBER 2010 Tarikh : 13 DISEMBER 2010

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

Page 3: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan daripada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)”.

Tandatangan :.....................................................

Nama Penyelia: DR. DAYANG HJH TIAWA BINTI

AWANG HAJI HAMID

Tarikh : 13 DISEMBER 2010

Page 4: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN

PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR FAZLINDA BINTI OTHMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER, 2010

Page 5: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :.....................................................

Nama Penulis : NOOR FAZLINDA BINTI OTHMAN

Tarikh : 13 DISEMBER 2010

Page 6: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

iii

“Khas buat keluarga tersayang, ayah (Othman Bin Che Hussim), mak (Azizah Binti

Omar), Abg Ja, Abg G, Abg Rie serta adik-adik yang dikasihi, terima kasih di atas

segala pengorbanan dan kasih sayang dicurahkan selama ini. Tanpa kalian semua,

siapalah diri ini.

“Tidak lupa pada Dr. Dayang Hjh Tiawa Bt Awang Hj Hamid yang banyak

membantu dalam memberikan pandangan dan tunjuk ajar yang baik sehingga saya

dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih....

“Buat teman teristimewa, Mohd Nazri Bin Mohamed, terima kasih di atas segala

nasihat dan sokongan yang diberikan untuk membina diri ini. Kau sentiasa berada

disampingku tika susah dan senang…Terima Kasih..

“Buat teman-teman seperjuangan terutamanya Rin dan Mel yang sentiasa memberi

dorongan dan banyak membantu dalam menyumbang idea-idea yang bernas. Terima

Kasih tidak terhingga buat kalian semua…

Page 7: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

iv

PENGHARGAAN

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ”

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya dapat saya menyiapkan tesis ini dengan sempurna dalam tempoh yang telah

ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Dr.

Dayang Hjh Tiawa Bt Awang Hj Hamid di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang

telah diberikan kepada saya di sepanjang tempoh pelaksanaan tesis ini. Sesungguhnya

segala idea dan dorongan yang diberikan amat berguna dan dihargai.

Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada ayah, mak, abang-abang serta

adik-adik saya kerana telah banyak memberi sokongan dan nasihat yang berguna dalam

menyiapkan tesis ini.

Ucapan tidak terhingga buat teman teristimewa iaitu Nae yang sentiasa

menasihati dan menyokong saya dalam menyiapkan tesis ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung di atas sumbangan, nasihat dan idea-idea yang

bernas dalam menjayakan kajian pendidikan ini.

Page 8: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

v

ABSTRAK

Penggunaan blog dalam pendidikan dapat membantu pelajar berhubung secara

atas talian dengan guru atau rakan. Pelajar boleh menggunakan blog sebagai medium

untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan

pengguna blog yang lain. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kekerapan

penggunaan blog dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan. Selain itu, mengkaji

faktor-faktor penggunaan blog dari tiga aspek iaitu perkembangan teknologi, pengaruh

sosial dan perkongsian maklumat. Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang

dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

orang pelajar yang mengikuti program Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Data latar belakang pelajar

seperti jantina, status pengajian, status pekerjaan dan status blog pelajar telah dikutip.

Terdapat tiga faktor penggunaan blog yang dikaji iaitu perkembangan teknologi,

pengaruh sosial dan perkongsian maklumat. Kajian rintis yang dijalankan sebelum

kajian sebenar memberi nilai Alpha Cronbach 0.8204. Dapatan kajian ini menunjukkan

purata min bagi setiap bahagian yang diuji adalah tinggi iaitu melebihi 3.67 kecuali

bahagian yang mengkaji masalah dalam penggunaan blog mencatatkan nilai purata min

iaitu kurang daripada 3.00. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan

penggunaan blog dengan jantina. Selain itu, tiada perbezaan signifikan antara kekerapan

penggunaan blog dengan status pengajian pelajar. Dapatan melalui temubual

menunjukkan pelajar gemar menggunakan blog disebabkan faktor perkembangan

teknologi, pengaruh sosial dan perkongsian maklumat. Secara umumnya, kajian ini

menunjukkan pelajar perlu menggunakan blog dalam aktiviti pembelajaran supaya

menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen.

Page 9: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

vi

ABSTRACT

The blog usages in education are to assist students communicate online with

teachers or peers. Students can use blogs as a medium for learning especially in how to

find or share information with other users and their own different blogs. The purpose of

this study was to investigate the frequencies of blog usage among the students of the

Faculty of Education. In addition, this study also intends to investigate the factors of

blog usage from three aspects, namely technology development, social influence and

information sharing. The study also reviewed the problems faced by students when they

use blogs. Sets of questionnaires were distributed to 70 students pursuing the Master of

Education (Educational Technology), Faculty of Education, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai. Student background data such as gender, education status,

employment status and the status of the student blog has been collected. There are three

factors that investigated the use of blog technology development, social influence and

information sharing. A pilot study conducted prior to the survey gave a Cronbach Alpha

0.8204. The findings showed that the mean of each part of the test is high, higher than

3.67 except for the problem in the use of blogs recorded mean value of less than 3.00.

There was no significant difference between the frequencies of blog usages by gender.

In addition, there is no significant difference between the frequencies of blog usages to

the status of student learning. The findings of the interviews showed that students prefer

to use the blog due to technological factors, social influence and information sharing. In

general, this study shows that students need to use a blog in learning activities that

generate the learning environment more effective and efficient.

Page 10: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

iv

v

vi

vii

xiii

xiv

xv

xvi

1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalaan Kajian

1.6 Skop Kajian

1.7 Kerangka Kajian

1.8 Rasional Kajian

1.9 Kepentingan Kajian

1.10 Definisi Istilah

1.10.1 Penggunaan

1

3

6

7

8

8

9

10

10

11

11

Page 11: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

viii

1.10.2 Blog

1.10.3 Kalangan

1.10.4 Pelajar

1.10.5 Faktor

1.11 Kesimpulan

11

13

13

14

14

2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

2.2 Sejarah Perkembangan Blog

2.3 Ciri-Ciri Sesebuah Blog

2.4 Istilah-Istilah Dalam Blog

2.5 Media Blog Popular

2.5.1 Media blog Popular Di Talian

2.6 Blog Pendidikan Popular

2.7 Manfaat Penggunaan Blog

2.8 Perbezaan Antara Pembelajaran Traditional

Dengan Blog

2.9 Faktor-Faktor Penggunaan Blog

2.9.1 Faktor Perkembangan Teknologi

2.9.2 Faktor Pengaruh Sosial

2.9.3 Faktor Perkongsian Maklumat Atau

Pengetahuan

2.10 Kajian Lepas Tentang Penggunaan Blog

2.11 Kesimpulan

15

16

18

20

23

24

26

28

30

30

32

34

36

38

43

Page 12: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

ix

3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.2.1 Pendekatan Kuantitatif

3.2.2 Pendekatan Kualitatif

3.3 Prosedur Kajian

3.4 Pemilihan Sampel Kajian

3.4.1 Pendekatan Kuantitatif

3.4.2 Pendekatan Kualitatif

3.5 Tempat Kajian

3.6 Instrumentasi

3.6.1 Pendekatan Kuantitatif

3.6.2 Pendekatan Kualitatif

3.7 Kajian Rintis

3.7.1 Kesahan

3.7.2 Kebolehpercayaan

3.8 Prosedur Pengumpulan Data

3.9 Analisis Data

3.9.1 Kaedah Analisis Deskriptif

3.9.2 Kaedah Analisis Kualitatif

3.10 Takwin Penyelidikan

3.11 Kesimpulan

44

44

45

46

46

49

50

51

51

52

52

55

57

58

60

62

63

63

67

69

70

Page 13: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

x

4

ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan

4.2 Demografi Pelajar

4.3 Analisis Kekerapan Penggunaan Blog Dalam

Kalangan Pelajar

4.4 Analisis Faktor Penggunaan Blog Dalam

Kalangan Pelajar

4.4.1 Analisis Faktor Penggunaan Blog

Dari Aspek Perkembangan

Teknologi

4.4.2 Analisis Faktor Penggunaan Blog

Dari Aspek Pengaruh Sosial

4.4.3 Analisis Faktor Penggunaan Blog

Dari Aspek Perkongsian Maklumat

4.5 Analisis Masalah Penggunaan Blog dalam

Kalangan Pelajar

4.5.1 Analisis Masalah Penggunaan Blog

Dalam Kalangan Pelajar Denga

Menggunakan Item Soalan

4.5.2 Analisis Masalah Penggunaan Blog

Dalam Kalangan Pelajar Menggunakan

Soalan Terbuka.

4.6 Perbezaan Kekerapan Penggunaan Blog Dalam

Kalangan Pelajar Di Antara Jantina

4.7 Perbezaan Kekerapan Penggunaan Blog Dalam

Kalangan Pelajar Di Antara Status Pengajian

4.8 Analisis Data Kualitatif

71

72

74

80

80

83

86

90

90

93

99

99

100

Page 14: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

xi

4.9 Kesimpulan

117

5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Demografi Responden

5.2.2 Kekerapan Penggunaan Blog Dalam

Kalangan Pelajar

5.2.3 Faktor-Faktor Penggunaan Blog Dalam

Kalangan Pelajar

5.2.3.1 Faktor Teknologi

5.2.3.1 Faktor Pengaruh Sosial

5.2.3.3 Faktor Perkongsian

Maklumat Atau

Pengetahuan

5.2.4 Masalah Penggunaan Blog

5.2.5 Perbezaan Kekerapan Penggunaan

Blog Dalam Kalangan Pelajar Di

Antara Jantina

5.2.6 Perbezaan Kekerapan Penggunaan

Blog Dalam Kalangan Pelajar Di

Antara Status Pengajian

5.2.7 Perbincangan Temubual Pelajar

5.3 Rumusan

5.4 Implikasi Kajian

5.5 Kekangan Kajian

118

118

119

119

120

121

122

123

124

125

126

126

128

129

131

Page 15: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

xii

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

5.7 Penutup

131

132

RUJUKAN

134

LAMPIRAN

145

Page 16: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

1.1

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

3.1

4.1

TAJUK

Kerangka Kajian faktor-faktor penggunaan

blog

Blog pertama iaitu What’s New pada browser

Mosaic

Blogosphere

Contoh Antaramuka bagi blog

Kitaran dalam penggunaan blog

Komponen sosial dalam fenomena

penggunaan blog

Perkongsian maklumat menerusi internet

melalui blog

Prosedur Kajian

Taburan Responden Mengikut Jantina

MUKA SURAT

9

17

18

23

31

35

37

49

72

Page 17: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

2.1

2.2

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

TAJUK

Media Blog popular masa kini

Kategori Blog dalam pendidkan

Taburan populasi dan sampel kajian.

Skala Pemeringkatan Likert

Pembahagian Item Mengikut Soal Selidik

Pekali Alpha Cronbach

Kriteria Menganalisis Data

Kriteria Analisis Data Kualitatif

Takwin Penyelidikan

Taburan Responden Mengikut Status

Pengajian

Taburan Responden Mengikut Status

Pekerjaan

Taburan Responden Mengikut Pelajar Yang

Mempunyai Blog

Taburan Responden Terhadap Pendedahan

Awal Menggunakan Blog

Taburan Responden Terhadap Jenis-Jenis Blog

Yang Digunakan

Taburan Responden Terhadap Pengalaman

Menggunakan Blog

MUKA SURAT

24

26

51

54

54

60

65

67

69

73

73

73

74

74

75

Page 18: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

xiv

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

Taburan Responden Terhadap Anggaran Masa

Yang Diperuntukan Untuk Menulis Blog

Taburan Responden Terhadap Lokasi

Menggunakan Blog

Taburan Responden Terhadap Kekerapan

Penggunaan Blog

Taburan Responden Terhadap Faktor

Penggunaan Blog Dari Aspek Teknologi

Taburan Responden Terhadap Faktor

Penggunaan Blog Dari Aspek Pengaruh Sosial

Taburan Responden Terhadap Faktor

Penggunaan Blog Dari Aspek Perkongsian

Maklumat

Taburan Responden Terhadap Masalah Dalam

Penggunaan Blog

Hasil Ujian-t Perbezaan Kekerapan Penggunaan

Blog Dalam Kalangan Pelajar di antara Jantina

Hasil Ujian-t Perbezaan Kekerapan Penggunaan

Blog Dalam Kalangan Pelajar di antara Status

Pengajian

Analisis Pembinaan Tema

76

76

79

82

85

88

92

99

100

101

Page 19: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

xv

SENARAI SINGKATAN

VoIP - Voice over Internet Protocol

PBK - Pengajaran/Pembelajaran Berbantukan

Komputer

HTML - HyperText Markup Language

CSS - Cascading Style Sheets

PHP - Hypertext PreProcessor

dsb - Dan Sebagainya

URL - Uniform Resource Locator

RMK - Rancangan Malaysia ke

ICT - Information and communication technologies

CATE - Conference on Computers and Advanced

Technology in Education

PDA - Personal digital assistant

ASP - Active Server Pages

CMS - Content Management System

XML - Teknologi Extensible Markup Language

CSCL - Computer-Supported Collaborative Learning

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

IPT - Institut Pengajian Tinggi

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

CALL - Computer Assisted Language Learning

OEDb - Online Education Database

CMC - Computer Mediated Communication

Page 20: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

A

B

C

D

E

F

G

H

I

TAJUK

Surat Pengesahan Pelajar

Surat Permohonan Data

Surat Kelulusan Mendapatkan Data

Statistik Jumlah Pelajar

Jadual Persampelan

Pengesahan Soal Selidik Dari Pakar

Analisis Pekali Alpha Cronbach

Borang Soal selidik

Contoh Soalan Temubual

MUKA SURAT

145

146

147

148

151

152

154

157

164

Page 21: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa,

komunikasi dan teknologi maklumat memainkan peranan yang amat penting dalam

bidang pendidikan. Ini kerana masyarakat Malaysia di abad ke-21 merupakan

masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan

teknologi. Masyarakat ini sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi

dalam semua aspek kehidupan, pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif

sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggerak utama kemajuan dan

pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi

maklumat dan komunikasi atau information technology and communication (ICT).

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,

penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan

teknologi (Zoraini Wati Abas, 1993).

Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) kini memasuki fasa kedua

bermula dari tahun 2003 hingga 2010 yang akan memberikan penyelidikan teknologi

baru dan pembangunan kreatif multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi komputer tidak boleh dinafikan lagi khususnya dalam domain komunikasi

Page 22: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

2

dan pembudayaan nilai pengetahuan. Peranannya ialah sebagai agen perubahan tidak

pernah berkurang malah semakin bertambah lebih-lebih lagi apabila kekayaan

maklumat dijadikan indeks pengukur dalam membezakan negara maju dengan

negara yang sedang membangun.

Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) menunjukkan

bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu

meningkatkan hasil pembelajaran. Bower (1998) menekankan lagi bahawa

pengajaran berasaskan teknologi adalah lebih interaktif dan perlu terus ditingkatkan.

Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan kaedah dengan

memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif serta

menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif.

Kelebihan dunia informasi serantau ini telah diguna pakai secara keseluruhan

oleh ramai pembangun-pembangun teknologi yang telah menghasilkan produk-

produk berasaskan atas talian seperti sistem forum dalam e-learning, sistem

komunikasi atas talian (chat), sistem perhubungan melalui jalur lebar, Voice over

Internet Protocol (VoIP), sistem rangkaian perhubungan melalui sistem peringkat

seperti rangkaian sosial dan yang terkini adalah perkembangam dunia informasi telah

mewujudkan suatu sistem penyampaian hebahan maklumat persendirian secara

online iaitu Blog (Aizam Hussin, 2009).

Blog adalah singkatan daripada dua perkataan iaitu web dan blog atau

weblog. Penggunaan perkataan web blog dimulakan Jorn Barger pada 17 Disember

1997. Namun, seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin

Hall dipercayai menceburi dunia penulisan blog hampir lapan tahun sejak 1994 lagi.

Beliau antara blogger terawal dan impaknya dalam penulisan blog telah membuka

lanskap dan dimensi baru dalam dunia penulisan moden. Perkataan blog akhirnya

diterima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara meluas.

Penulisan blog lebih berbentuk jurnal dan catatan diari dengan isi kandungannya

boleh dikongsikan untuk tatapan umum di internet. Pelbagai maklumat dan informasi

dalam pendidikan boleh dikongsikan secara global. Malah, pembaca boleh

Page 23: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

3

berinteraksi antara satu sama lain serta memberikan komen dan ulasan yang

membina terhadap catatan yang dibuat (Berita Harian, Khamis, 3 Mei 2005)

1.2 Latar Belakang Masalah

Dengan kepesatan dalam penyebaran maklumat, seiring dengan kepesatan

teknologi penyebaran maklumat maka terhasilnya teknologi penyampaian yang

begitu efisyen dan mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat. Blog

adalah revolusi kepada pemesatan penyebaran maklumat terutamanya dalam bidang

pendidikan. Selari dengan pergerakan masa, blog telah banyak membantu

perkembangan dalam pemikiran manusia dalam perspektif pendidikan secara global.

Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) menunjukkan

bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu

meningkatkan hasil pembelajaran. Bower (1998) menekankan lagi bahawa

pengajaran berasaskan teknologi adalah lebih interaktif dan perlu terus ditingkatkan.

Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan kaedah dengan

memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif serta

menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif.

Corak pendidikan pada masa kini semestinya sudah banyak berubah jika

dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi

maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan.

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu

cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dalam kalangan

para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinisikan PBK sebagai perisian pendidikan

dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming

language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and

programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek (Scribd, 2009).

Page 24: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

4

Seorang ahli teknologi pendidikan terkemuka, Kelly-Bootle memberi

pendapat bahawa “Pengajaran atau pembelajaran dibantu oleh komputer bermaksud

setiap yang dihubungkan secara dalam talian (on-line)”. Kenyataan itu adalah

mengenai interaksi antara pelajar dengan komputer melalui perisian PBK. Oleh

sebab kemampuan komputer memberi pengajaran secara individu kepada pelajar,

maka setiap pelajar masing-masing akan berhadapan dengan sebuah komputer dalam

sesi pembelajarannya (Baharuddin et al., 2000).

Pengajaran secara tradisional banyak melibatkan komunikasi satu hala, iaitu

guru sahaja yang bercakap di hadapan sesebuah kelas. Pelajar hanya perlu duduk,

mendengar dan mencatatkan isi penting sesebuah matapelajaran. Persembahan

sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap matapelajaran

tersebut dan seterusnya mengkategorikannya sebagai matapelajaran yang sukar

difahami. Ini kerana, interaksi yang kurang di antara pelajar dan guru mengarahkan

pelajar menjadi pelajar yang pasif. Di samping itu, interaksi pelajar dengan

matapelajaran itu sendiri turut terbatas kerana guru mengajar tanpa mementingkan

tahap keupayaan pembelajaran mereka. Pelajar juga sukar untuk menentukan sejauh

mana mereka boleh memahami pengajaran guru mereka (Baharuddin et al., 2000).

Penggunaan Internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada

guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta

penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal

tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal

pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu

mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-

satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang

kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini

dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang

diperbaharui lima tahun sekali (Zalina Yahaya, 2001).

Page 25: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

5

Forum secara maya adalah salah satu teknologi yang sangat berpotensi

sebagai ruang perbincangan dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun banyak

kajian yang telah dijalankan terhadap ruang perbincangan secara online yang

dibangunkan untuk komuniti pendidik umumnya menunjukkan penyertaan yang

sangat rendah (Carboni, 1999; Pomeroy, 1997; Hawkes & Good, 2000; Leach, 2002;

Stephens & Hartmann, 2002). Kajian juga menunjukkan sebahagian besar warga

pendidik yang terlibat di dalam perbincangan secara maya telah menggunakan

ruangan tersebut untuk membincangkan perkara-perkara yang remeh dan

mengandungi maklumat yang kurang tepat. (Hough et al. 2004). Selain itu juga,

perbincangan yang di adakan dalam laman forum adalah perbincangan bagi pelajar

yang mempunyai kata laluan sahaja. Ia tidak melibatkan perbincangan secara global.

Malah topik yang dibincangkan tidak dapat dipaparkan secara terbuka. (Dr. Sajap

Maswan, 2009).

Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu pelajar berhubung

secara atas talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Pelajar boleh

menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat

ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Menurut Kennedy

(2003) blog kini telah menjadi dimensi baru untuk pengajar-pengajar dan pelajar-

pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Blog boleh

menjadi medium di mana kerja pelajar dikutip, disunting dan ditaksir dan seterusnya

diterbitkan untuk penonton atau pembaca maya.

Selain itu juga, kelebihan blog adalah mudah untuk digunakan dalam

menghantar penulisan secara atas talian. Jesteru itu, pelajar dapat mengasah bakat

dalam bidang penulisan disamping dapat berkongsi maklumat dengan pengguna yang

lain. Ia juga digunakan sebagai laluan teknologi bagi pelajar-pelajar yang tidak selesa

menggunakan komputer. Semakin lama para pelajar didedahkan dengan penggunaan

blog maka mereka mudah untuk menggunakan teknologi yang sedia ada. Pembinaan

blog juga tidak memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod-kod aturcara seperti

HTML, CSS, PHP dan sebagainya. Blog lebih senang diselenggara kerana telah

Page 26: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

6

tersedia fungsi kiriman mudah serta rekabentuk yang boleh di ubahsuai melalui

kaedah “drag and drop”. Layout dalam blog juga adalah bersifat mesra pengguna.

Menerusi blog, perkongsian ilmu akan berlaku di antara pelajar dengan

pengguna yang lain. Hal yang demikian kerana menurut Cabrera (2002) perkongsian

ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran-kemahiran atau

kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli-ahli keluarga, satu

komuniti atau sebuah organisasi. Penggunaan blog sebagai medium penghubung

membolehkan pelajar berkongsi maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna

yang lain tanpa sempadan atau kekangan masa (NurAzza, 2009). Penggunaan blog

pada masa kini banyak membantu dalam meningkatkan sistem pendidikan di

Malaysia.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan masalah yang sedia wujud iaitu pengajaran dan pembelajaran

secara tradisional, pengkaji ingin menjalankan kajian terhadap kekerapan

penggunaan blog dalam kalangan pelajar. Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan

oleh Pew Internet dan American Life Project, pembaca blog meningkat 58% pada

tahun 2004 (L. Rainie, 2005). Jumlah blog di Amerika Syarikat juga meningkat dari

29,500 pada tahun 2000 menjadi 5,340,000 pada tahun 2005 (Perseus,2005).

Berdasarkan teori reasoned action yang diperkenalkan oleh J.K. Liker, A.A.

Sindi (1997), faktor yang mendorong pelajar menggunakan blog adalah disebabkan

oleh faktor perkembangan teknologi di mana blog mudah digunakan. Manakala

faktor penggunaan blog disebabkan oleh perkongsian maklumat menyumbang

kepada 78 % daripada variance (Chin-Lung Hsu, 2007). Daripada 212 responden

yang terdiri daripada pelajar di Soochow University, Taipei, Taiwan yang dikaji

menunjukkan sebanyak 86 % orang mahu menggunakan blog (Judy Chuan-Chuan

Lin, 2007).

Page 27: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

7

Oleh itu pengkaji ingin mengkaji faktor-faktor penggunaan blog dari tiga

aspek utama iaitu perkembangan teknologi, pengaruh sosial dan dari aspek

perkongsian maklumat atau pengetahuan terhadap pelajar-pelajar di Universiti

Teknologi Malaysia. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah

yang dihadapi oleh pelajar ketika menggunakan blog supaya pengubahsuaian

terhadap sistem pendidikan secara tradisisonal dapat dilaksanakan.

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif perlu dicapai untuk memenuhi matlamat ini. Antara

objektif yang perlu dicapai ialah untuk mengenalpasti :

i) kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar.

ii) sama ada faktor perkembangan teknologi, pengaruh sosial atau

perkongsian pengetahuan yang menyumbang kepada penggunaan blog.

iii) masalah-masalah yang di hadapi oleh pelajar apabila menggunakan blog.

iv) perbezaan kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar diantara

jantina.

v) perbezaan kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar diantara

status pengajian.

Page 28: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

8

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah

dikemukakan:

i) Apakah kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar?

ii) Apakah faktor yang menyumbang kepada penggunaan blog secara

meluas pada masa kini dalam bidang pendidikan?

iii) Apakah masalah yang selalu di hadapi oleh pelajar ketika menggunakan

blog?

vi) Adakah terdapat perbezaan kekerapan penggunaan blog dalam kalangan

pelajar diantara jantina.

vii) Adakah terdapat perbezaan kekerapan penggunaan blog dalam kalangan

pelajar diantara status pengajian.

1.6 Skop Kajian

Untuk memastikan kajian ini memenuhi matlamat dan objektif kajian,

terdapat sempadan bagi kefungsian aktiviti kajian yang telah dikenalpasti. Hal ini

adalah bertujuan untuk memastikan agar kajian dapat mencapai matlamatnya. Skop

bagi kajian ini ialah:

i) Kajian ini hanya dilakukan untuk pelajar-pelajar fakulti pendidikan di

Universiti Teknologi Malaysia.

Page 29: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

9

ii) Kajian ini hanya mengkaji kekerapan penggunaan blog dalam bidang

pendidikan sahaja.

iii) Kajian ini menekankan tiga faktor utama iaitu perkembangan teknologi,

pengaruh sosial ataupun perkongsian maklumat atau pengetahuan yang

menjadi pendorong utama dalam penggunaan blog dalam kalangan

pelajar.

iv) Kajian ini turut mengkaji tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh

pelajar dalam penggunaan blog.

1.7 Kerangka Kajian

Kajian ini direkabentuk berdasarkan kerangka kajian seperti yang ditunjukkan

dalam rajah 1.1 di bawah:

Rajah 1.1: Kerangka Kajian faktor-faktor penggunaan blog

Page 30: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

10

Rekabentuk kajian menunjukkan penggunaan blog dalam kalangan pelajar

dikaji melalui kekerapan penggunaan blog dalam kalangan pelajar, faktor-faktor

yang mempengaruhi penggunaan blog dari tiga aspek utama iaitu perkembangan

teknologi, pengaruh sosial dan perkongsian maklumat atau pengetahuan. Aspek-

aspek yang dipilih untuk diuji adalah berdasarkan kajian J.W. Moon dan Y.G. Kim

(2001), Elsevier B.V(2007), Chin-Lung Hsu dan Judy Chuan-Chuan Lin (2007).

Selain itu, pengkaji mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam

menggunakan blog.

1.8 Rasional Kajian

Didapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan pelajar terutamanya

dalam bidang pendidikan semakin berkembang dengan pesatnya. Penggunaan blog

dalam pendidikan memberikan faedah kepada pelajar. Menurut Aizam Hussin

(2009), blog bukan muncul begitu sahaja, ia bukanlah satu sistem yang hadir dengan

sempurna. Kehadiran blog adalah satu revolusi. Ia muncul apabila ramai pembangun-

pembangun teknologi berasaskan web merasakan sesebuah informasi terkini perlu

dikemaskini secara berkala dan disusun mengikut sisipan terkini. Jesteru itu, kajian

ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penggunaan blog, mengenalpasti faktor-

faktor penggunaan blog dalam kalangan pelajar dan masalah yang dihadapi oleh

mereka dalam menggunakan blog.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kerana ia mampu mendedahkan kepada pelajar tentang

kebaikan dan faedah yang akan diperolehi sekiranya menggunakan blog dalam

penyebaran maklumat berkaitan dengan pendidikan. Ia boleh meningkatkan tahap

kecermelangan dalam kalangan pelajar di samping memajukan tahap pendidikan di

Page 31: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

11

negara ini. Malah penggunaan blog ini mampu menyelesaikan masalah dan

kesukaran yang dihadapi oleh para pengajar dan pelajar atau pelajar dengan pelajar

kerana ia melibatkan komunikasi dua hala yang interaktif berbanding dengan forum

maya yang lain. Malah ia juga dapat meningkatkan prestasi penulisan dalam

kalangan pelajar. Selain itu, penggunaan blog banyak memberi faedah antaranya

ialah dapat menjana kemahiran pemikiran secara kritis, melahirkan sikap positif

terhadap pembelajaran, membangunkan kemahiran sosial dan menggalakkan

perkongsian idea disamping meningkatkan tahap motivasi para pelajar (Nur Azza

Haron, 2009).

1.10 Definisi Istilah

1.10.1 Penggunaan

Perkataan " penggunaan" ialah menggunakan barangan dan perkhidmatan

untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Menurut Kamus Pelajar Karisma (2000) penggunaan merujuk kepada

perbuatan atau perihal menggunakan sesuatu.

1.10.2 Blog

Blog ialah sebutan ringkas bagi weblog. Ia adalah sebuah diari atau jurnal

online yang menyenaraikan pendapat atau pandangan tidak rasmi dan

menghubungkan maklumat dengan pihak ketiga secara berkala tentang sesuatu topik

khusus dan biasanya disusun mengikut kronologi. Blog mengandungi maklumat

yang menggambarkan minat, pemikiran atau pendapat serta mengikut kronologi iaitu

maklumat yang terbaru diletakkan di bahagian atas. Ia mudah dikemaskini tanpa

Page 32: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

12

memerlukan pengaturcaraan dan membolehkan pembaca memberikan komen dan

ulasan.

Weil (2006) – “a frequent, chronological publication of personal thoughts and web

links”

Wu (2005) – “in principal, a blog is mot different from webpage, however, a blog

can be created with the touch of mouse clicks and no experience in web authoring is

needed” “

…. Blog merupakan laman web yang memudahkan interaksi sepontan, anda boleh

berkongsi minat dan kepakaran melalui blog…” ( Rosli Jamal, 2007)

….Blog ialah singkatan bagi ungkapan weblogs. Secara ringkasnya bolehlah kita

katakan blog ini sebagai jurnal atau diari secara dalam talian (online ). Ia terdiri

daripada siri-siri entri yang dibezakan mengikut tarikh dan masa ia ditulis. Pemilik

blog (atau juga dipanggil blogger) boleh mengubah (customize ) format tarikh dan

masa ini. Jika beliau tidak mahu maklumat waktu blog ini di terbitkan (posted ),

maka beliau boleh berbuat demikian.

Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut website pribadi yang

selalu dikemaskini secara berperingkat dan mempunyai pautan ke website lain yang

dianggap menarik

Roger Yim, seorang kolumnis San Francisco Gate pada artikelnya di Februari

(2001), menuliskan bahawa sebuah Blog adalah persilangan antara diari seseorang

dan daftar pautan di Internet.

Page 33: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

13

Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan yang berkaitan dengan

topik. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format

interaktif merupakan ciri yang utama kebanyakan blog (Peter Lang, 2006).

Wu (2005) – “The blogs is updated instantly and allows readers to post comments”.

Siemens (2002) – “The postings in a blog are also viewed chronologically,

therefore giving readers a sense of continuity”.

Secara kesueluruhannya, blog memainkan peranan penting dalam dunia

pendidikan. Ini kerana penggunaan blog mendatangkan banyak faedah di mana

pelajar dapat bertukar pendapat dan pandangan terhadap pelajaran. Di samping itu

juga meningkatkan kemahiran penulisan dalam kalangan pelajar.

1.10.3 Kalangan

Perkataan “kalangan” merujuk kepada kumpulan, kelompok atau golongan

tertentu. Dalam kajian ini kumpulan pelajar adalah terdiri dari pelajar-pelajar Fakulti

pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. ( Kamus Dewan, 2000, Ms. 452).

1.10.4 Pelajar

Pelajar membawa maksud orang yang belajar (seperti murid, penuntut di

maktab dsb), orang yang mengaji (menyelidik ilmu).(Kamus Dewan Edisis Ketiga,

1994 :18)

Page 34: KAJIAN PENGGUNAAN BLOG DALAM KALANGAN PELAJAR … · Kajian ini juga mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog. Set soal selidik diedarkan kepada 70

14

Mengikut Kamus Dewan (2000) pelajar adalah golongan orang yang belajar

atau menuntut di sekolah, maktab atau universiti. Pelajar yang dimaksudkan dalam

kajian ini ialah pelajar pelajar Sarjana Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia,

Johor.

1.10.5 Faktor

Perkataan ‘Faktor” bermaksud sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002:348)

Menurut Kamus Dewan (2000) faktor merujuk kepada perihal, kejadian atau

keadaan yang mempengaruhi terjadinya sesuatu atau hasil dari sesuatu.

1.11 Kesimpulan

Dalam bab ini telah dihuraikan dan diterjemahkan perkara-perkara yang

menjadi asas dan hala tuju kajian ini, latar belakang kajian telah dihuraikan dengan

penyataan masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian, batasan kajian,

kepentingan kajian, istilah dan kesimpulan.